kisah sahabat nabi

2
CERITA SAHABAT NABI (SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ) Abu bakar as-siddiq merupakan salah seorang dari sahabat rapat baginda, Nabi Muhammad S.A.W. Seperti yang kita ketahui, Abu bakar merupakan khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad. Beliau sering berjuang bersama-sama Nabi Muhammad dalam perperangan. Antaranya perang Uhud and perang Hunain. Dalam banyak-banyak peristiwa yang menunjukan kasih sayang dan cintanya Abu bakar terhadap Nabi Muhammad adalah ketika beliau bersama menemani baginda untuk berhiijrah ke Madinah. Sebelum baca perenggan seterusnya, cuba fikir gua apa yang Nabi Muhammad dan Abu Bakar gunakan untuk bersembunyi? Jawapan nya Gua Saur. Gua ini antara gua yang sunyi sebab ianya merupakan tempat persinggahan binatang-binatang liar dan berbisa. Jadi, memang tidak ada orang nak tinggal di sana. Apabila Abu bakar dan Rasulullah masih dalam perjalanan ke gua saur, Abu bakar sentiasa berada keadaan gelisah. Sebentar beliau di depan Rasulullah, sebentar di belakang, sebentar di kanan dan kiri. Jadi Rasulullah bersabda "Kenapa kamu ini wahai Abu bakar? saya tidak mengerti tingkah lakumu!" jawab Abu bakar "Ya Rasulullah, saya rasa ada pengintip di depan anda maka saya berada di depan agar anda terlindung. Kemudian saya teringat kepada pemburu, maka saya berada di belakang anda. Sesekali saya berada di kiri dan kanan adalah untuk mengawal" Apabila mereka tiba di gua saur, keadaan sudah gelap gelita.. maka Abu bakar nekad memasuki ke dalam gua untuk membersihkan tempat mereka akan duduk. Abu bakar memindahkan batu satu persatu dengan beliau mengoyakkan secebis demi secebis pakaian nya untuk melapik tangan nya dari terkena

description

Cerita sahabat nabi

Transcript of kisah sahabat nabi

Page 1: kisah sahabat nabi

CERITA SAHABAT NABI (SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ)

Abu bakar as-siddiq merupakan salah seorang dari sahabat rapat baginda, Nabi

Muhammad S.A.W. Seperti yang kita ketahui, Abu bakar merupakan khalifah

pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad. Beliau sering berjuang bersama-sama

Nabi Muhammad dalam perperangan. Antaranya perang Uhud and perang

Hunain. Dalam banyak-banyak peristiwa yang menunjukan kasih sayang dan

cintanya Abu bakar terhadap Nabi Muhammad adalah ketika beliau bersama

menemani baginda untuk berhiijrah ke Madinah. Sebelum baca perenggan

seterusnya, cuba fikir gua apa yang Nabi Muhammad dan Abu Bakar gunakan untuk

bersembunyi?

Jawapan nya Gua Saur. Gua ini antara gua yang sunyi sebab ianya

merupakan tempat persinggahan binatang-binatang liar dan berbisa. Jadi, memang

tidak ada orang nak tinggal di sana. Apabila Abu bakar dan Rasulullah masih dalam

perjalanan ke gua saur, Abu bakar sentiasa berada keadaan gelisah. Sebentar

beliau di depan Rasulullah, sebentar di belakang, sebentar di kanan dan kiri. Jadi

Rasulullah bersabda "Kenapa kamu ini wahai Abu bakar? saya tidak mengerti

tingkah lakumu!" jawab Abu bakar "Ya Rasulullah, saya rasa ada pengintip di depan

anda maka saya berada di depan agar anda terlindung. Kemudian saya teringat

kepada pemburu, maka saya berada di belakang anda. Sesekali saya berada di kiri

dan kanan adalah untuk mengawal"

Apabila mereka tiba di gua saur, keadaan sudah gelap gelita.. maka Abu

bakar nekad memasuki ke dalam gua untuk membersihkan tempat mereka akan

duduk. Abu bakar memindahkan batu satu persatu dengan beliau mengoyakkan

secebis demi secebis pakaian nya untuk melapik tangan nya dari terkena binatang

berbisa. Dan apabila Abu bakar mengais seketul batu dengan kaki nya, tiba-tiba

kakinya di patuk ular. Bayangkan betapa sakitnya bisa di patuk ular, tetapi Abu

bakar tetap mendiam kan diri dan menahan.

Setelah selesai, Abu bakar mempersilakan Rasulullah duduk.. kerana sangat

keletihan Rasulullah tertidur di pangkuan Abu bakar. Walaupun bisa patukan sangat

menyakitkan, Abu bakar tetap tidak berani bergerak kerana bimbang Rasulullah

akan terbangun. Beliau menahan sakit itu sehingga air matanya menitik di muka

Rasulullah.

Page 2: kisah sahabat nabi

Rasulullah berkata "Mengapa kamu menangis wahai Abu bakar?"

abu bakar menjawab "tadi saya di patuk ular wahai Rasulullah"

"mengapa kamu tidak kabarkan kepada saya" kata baginda

Abu bakar menjawab "saya takut mengejutkan kamu"

Apabila matahari sudah menaik maka Rasulullah terlihat pakaian Abnu bakar

yang koyak rabak, lalu baginda bertanya. Maka setelah Abu bakar menceritakan

segala yang dilakukan ketika memindahkan batu-batu di dalam gua itu, Rasulullah

berdoa kepada Allah "Ya Allah! Jadikanlah Abu bakar sedarjat denganku pada hari

kiamat!"