kisah teladan 1

6
SATURDAY, 15 JUNE 2013 IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! | Kisah NYATA Yang SANGAT SEDIH BY QUE ACHMAD POSTED IN IBU, IBU MENGANDUNG, KISAH BENAR, KISAH NYATA, QUE ACHMAD BERKONGSI..., SAYANG IBU IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! | Kisah NYATA Yang SANGAT SEDIH | Abe ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini. Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk. baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa

description

kisah teladan 1

Transcript of kisah teladan 1

Page 1: kisah teladan 1

SATURDAY, 15 JUNE 2013

IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! | Kisah NYATA Yang SANGAT SEDIH

BY QUE ACHMAD

POSTED IN IBU, IBU MENGANDUNG, KISAH BENAR, KISAH NYATA, QUE ACHMAD BERKONGSI...,

SAYANG IBU

IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! IBU MAMPUS! | Kisah NYATA Yang

SANGAT SEDIH | Abe ada sebuah kisah yang mahu dikongsikan dengan

semua. Mari baca, semoga timbul insaf dalam diri ini.

Pernah, saya menyertai satu operasi di Muar, dan kami bertolak dari Johor

Bahru kira-kira jam 10 malam dan operasi selesai jam 6 pagi. Kami terus

pulang ke Johor Bahru. Sepanjang perjalanan, saya yang memandu sendiri

berhenti hampir tujuh kali kerana terlalu mengantuk.

baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

Pulang ke Johor Bahru, biar bantal memanggil, terpaksa diketepikan. Perlu

disiapkan berita yang operasi itu untuk siaran berita tengahari. Bukan

Page 2: kisah teladan 1

mudah. Selesai segalanya, jam sudah hampir 11 pagi. Jam dua pula ada satu

lagi tugasan. Begitulah kehidupan. Kais pagi makan petang, jika tak dikais,

memang tak makanlah.

Saya lebih cenderung kepada kisah human interest seperti satu operasi yang

saya ikuti bersama sahabat sahabat baik di Cawangan Trafik Johor Bahru

Selatan yang bersengkang mata tanpa mengira masa membanteras

kegiatan lumba haram.

Antaranya termasuk kisah seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang pada

mulanya begitu yakin memberi jawapan kepada pegawai serta anggota polis

trafik, dia dibenarkan menunggang motosikal oleh bapanya, yang juga

pemilik kenderaan itu.

Sebagaimana lazim, pegawai polis bertugas menghubungi ibubapa pelajar

itu dan selepas menanti hampir dua jam, akhirnya muncul ibubapanya di tepi

jalan Danga Bay.

Dari jauh, tampak si ibu bagai meluru tak sabar sabar untuk tiba ke tempat

anak lelakinya berdiri.Si ayah pula berjalan lesu. Waktu tika itu hampir jam

empat pagi.

Sebaik tiba di depan anaknya, tanpa lengah si ibu bagai melepas geram

terus mencubit dan menampar badan anaknya. Kami terpinga pinga

melihatkan situasi itu lantas beberapa anggota polis trafik meredakan

keadaan.

Terkedu anaknya yang dua jam lalu, beriya-iya mendakwa ibubapanya sudah

memberi keizinan untuk dia menunggang motosikal milik bapanya dan turut

dibonceng rakan sekampung berusia 16 tahun.

Ketika cuba ditahan, dia melarikan diri dari sekatan jalanraya dan turut

menendang motosikal anggota penguatkuasa yang mengejar mereka!

Page 3: kisah teladan 1

"Masuk lokap jek encik. Masuk sekolah jahat Henry Gurney. Tak apa, saya

rela," tercetus akhirnya luahan hati si ibu sebaik diredakan.

"Aku tak boleh kawal kau lagi. Kat sekolah kau anak murid aku, kat luar aku

tak boleh kawal kau seorang. Selama ini kau cakap tak goyang, tak goyang,

tengok semua polis ni, tengok.

"Kalau dahi ni tak sujud pada sejadah, inilah jadinya," berterusan si ibu

melepaskan geram bagai sebuah drama realiti di depan hampir 50 pegawai

dan anggota polis serta anggota Rela yang turut bersama-sama dalam

operasi itu.

Suasana menjadi sunyi dan hanya kedengaran suara si ibu. Semua

memerhati. Semua bagai menyokong tindakan si ibu. Mat mat rempit lain

yang ditahan sebelum ini sibuk berbual sesama sendiri turut kaku melihat

adegan itu. Mungkin timbul keinsafan dalam diri mereka?

"Dia cakap, ibu keluar, saya cakap malam minggu jangan keluar. jangan,

jangan. Tak tengok kat TV (orang kena tangkap)," luah si ibu dan suaranya

beriring nada kekesalan.

"Bila kita marah, dia cakap nak rompak rumah orang. Tak kurang ajar punya

anak? Sampai hati kau jadi anak macam ni. Budak sekolah pukul 10 duduk

rumah," kata si ibu lagi dan kali ini nada sudah berselang kesedihan.

Tatkala itu, sudah mula mengalir airmata si ibu. Si anak hanya tunduk kaku,

tak seperti tika selepas ditahan dua jam sebelum itu, ceria, beriya iya.

Si ayah tak mampu nak berkata kata. Mungkin sudah puas dileteri anaknya

itu. Mungkin sudah kering airmata si ayah memikirkan kedegilan anaknya

tika dia keluar mencari rezeki buat kesemua anaknya.

Page 4: kisah teladan 1

Bagi meredakan keadaan, seorang pegawai polis, Inspektor (kini ASP) Mohd

Lail Ab Halim mencelah.

"Kami akan charge (tuduh) dia lari dari sekatan jalan," kata Mohd Lail tegas.

Mungkin mendengar penjelasan ringkas Mohd Lail itu, tercetus luahan si ibu

lagi.

"Kat rumah berapa kali dia nak tumbuk saya. Sekarang ni apa? Aku ni mak

kau. Hari-hari aku doa, Ya Allah jadikanlah anak aku golongan yang baik-

baik. Tapi kau apa? Ibu mampus, ibu mampus."

Ketika ini, si ibu mencucuk cucuk perut si anak. Hilang segala kehebatan si

anak. Akhirnya ibubapa juga yang datang. Biar marah, kesemua yang

menyaksikan bagai mengerti, dia tetap anaknya. Dia tetap darah dagingnya.

Mungkin sudah kemuncak kemarahan si ibu.

"Nanti puan datang ke balai trafik untuk jamin anak makcik," jelas Mohd Lail

lagi.

Sambil menjeling marah ke arah anaknya, si ibu dengan cepat menjawab:

"Jamin kau? No, no. Ibu tak akan jamin kau, tak ada tak ada," katanya bagai

puas, biar malam itu menjadi pengajaran buat si anak yang degil itu.

Si ibu berlalu pergi.

Lantas, Mohd Lail mengarahkan anak buahnya untuk membawa pelajar itu

ke balai. Tak sempat dibawa, pelajar itu meraung raung menangis mengejar

ibunya.

Sekali lagi kami kaget. Si ibu tak memperdulikan. Kami yang melihat bagai

menyokong tindakan si ibu. Biarkan dia rasa. Biar dia serik. Biarkan. Itulah

kata hati kami. Kami pun marah. Apatah lagi mendengar luahan hati si ibu di

Page 5: kisah teladan 1

pagi yang bening itu.

Berterusan suara si anak merintih pada ibunya. Semakin jelas suaranya. Si

ibu berhenti. Dibiarkan anaknya menangis, meraung di depannya.

Direnungnya anaknya itu.

Siapa tak sayang anak. Tentu wanita itu ibu yang baik. Apatah lagi sebagai

seorang guru, sifat penyayang tinggi dalam diri mereka. Tampak wajah

amarah si ibu sudah bertukar menjadi simpati dan penuh kasih sayang,

tatkala si anak menarik narik tangan yang sama mengendong dia ketika

kecil, memimpinnya ketika melintas jalan, menepuk nepuk tika mahu tidur.

Akhirnya si ibu mengalah. Dipimpin tangan anaknya ke kenderaan polis.

Berdiri kaku si ibu melihat si anaknya di bawa pergi.

Selepas segala proses selesai, saya terserempak dengan si ibu berjalan

keluar dari balai beriring dengan bapa pelajar itu. Dan di sebelahnya,

anaknya tadi, tangan dipimpin erat, kuat kuat bagai tak mahu melepaskan

anaknya itu.

Saya sempat bertegur. Menasihat si anak, jika tak kesian pada diri sendiri,

kesianlah pada mak ayah. Kesian mereka berhempas pulas membesarkan

awak. Esok awak dah kahwin, awak nak anak awak macam awak?

Tertunduk diam si pelajar itu. Saya tepuk bahunya beberapa kali dan sempat

berkata padanya, awak mesti anak yang baik sebab tu awak menangis minta

maaf pada mak tadi. Dan sempat saya mengucapkan terima kasih kepada si

ibu dan ayah kerana tak putus asa dengan kasih sayang pada si anak yang

degil ini. Tersenyum si ayah. Bagai mereda hati si ibu.

Itulah antara kisah kisah kecil yang mahu saya jadikan iktibar untuk kita

semua. Kongsilah dengan sesiapa, pada anak anak, pada anak saudara atau

mungkin pada diri sendiri. Jahat mana sekalipun, ibu ayah tetap bersengkang

Page 6: kisah teladan 1

mata buat anak-anak. Biar sakit lutut, biar membuai diri dek tak lena tidur,

demi anak!

Itu hanya sekelumit. Saya memang mahu berkongsi segala kisah di sini

tetapi kadangkala masa tak mengizinkan. Yelah kais pagi makan petang.

Kalau tak dikais, mahu tak makan petang nanti kan.