Kisah Teladan Semut Dan Belalang

11
KISAH TELADAN SEMUT DAN BELALANG Pada suatu pagi yang damai, ada sekumpulan semut yang sedang bertungkus-lumus memunggah makanan untuk dibawa ke sarang mereka. Sambil bekerja, mereka semua rancak menari dan ada seekor semut yang terkenal sebagai penyanyi dalam kalangan mereka iaitu Semut Merah namanya. Dia menyanyikan lagu ‘ Mari Kita bekerja’ dengan merdu sekali. Semut Merah: Mari kita bekerja.... sambil goyangkan badan... ikut rentak.. sama-sama....lalala.. Dalam rancak semut-semut itu menari dan menyanyi, tiba-tiba datang seekor belalang yang tinggi, badan besar dan tangan yang tajam. Sekali Si belalang itu menghayunkan tangannya dapat menyebabkan semut-semut itu rebah dalam sekelip mata sahaja. Belalang : Hoi! apa kamu semua buat kat sini ? Semut : Kami sedang mencari makanan untuk dibawa ke sarang. Tak lama lagi akan tibanya musim kemarau yang sangat dahsyat. Kamu tak mendengar berita ke? Belalang : Aku tak peduli la dengan cerita karut kamu semua ni. Mana ada kemarau, aku tengok keadaan sekarang biasa saja. Baik kamu semua pergi dari kawasan ini, kalau tidak aku akan melaporkan perkara ini kepada ketuaku.. Semut Merah :Kenapa kami harus pergi dari sini sedangkan kawasan ini tak ada sesiapa yang punya. Semua binatang boleh datang mencari makanan di kawasan ini. Belalang :Oh, kamu semua melawan ya...siap la kamu nanti ! Semua kaum semut telah kembali semula ke sarang dan menceritakan kejadian tersebut kepada ketua mereka iaitu Ratu Semut. Ratu Semut berasa marah dengan tindakan belalang tersebut. Ratu telah menasihati semua rakyat-rakyatnya supaya bersabar dan dia berjanji akan memikirkan penyelesaiannya.

description

cerita

Transcript of Kisah Teladan Semut Dan Belalang

Page 1: Kisah Teladan Semut Dan Belalang

KISAH TELADAN SEMUT DAN BELALANGPada suatu pagi yang damai, ada sekumpulan semut yang sedang bertungkus-lumus memunggah makanan untuk dibawa ke sarang mereka. Sambil bekerja, mereka semua rancak menari dan ada seekor semut yang terkenal sebagai penyanyi dalam kalangan mereka iaitu Semut Merah namanya. Dia menyanyikan lagu ‘ Mari Kita bekerja’ dengan merdu sekali.

Semut Merah: Mari kita bekerja....sambil goyangkan badan...ikut rentak.. sama-sama....lalala..

Dalam rancak semut-semut itu menari dan menyanyi, tiba-tiba datang seekor belalang yang tinggi, badan besar dan tangan yang tajam. Sekali Si belalang itu menghayunkan tangannya dapat menyebabkan semut-semut itu rebah dalam sekelip mata sahaja.

Belalang : Hoi! apa kamu semua buat kat sini ?Semut : Kami sedang mencari makanan untuk dibawa ke sarang. Tak lama lagi akan tibanya musim kemarau yang sangat dahsyat. Kamu tak mendengar berita ke?

Belalang : Aku tak peduli la dengan cerita karut kamu semua ni. Mana ada kemarau, aku tengok keadaan sekarang biasa saja. Baik kamu semua pergi dari kawasan ini, kalau tidak aku akan melaporkan perkara ini kepada ketuaku..

Semut Merah :Kenapa kami harus pergi dari sini sedangkan kawasan ini tak ada sesiapa yang punya. Semua binatang boleh datang mencari makanan di kawasan ini.

Belalang :Oh, kamu semua melawan ya...siap la kamu nanti !Semua kaum semut telah kembali semula ke sarang dan menceritakan kejadian tersebut kepada ketua mereka iaitu Ratu Semut. Ratu Semut berasa marah dengan tindakan belalang tersebut. Ratu telah menasihati semua rakyat-rakyatnya supaya bersabar dan dia berjanji akan memikirkan penyelesaiannya.

Tiba-tiba terdengar laungan kuat dari luar disertai dengan ketukan yang bertalu-talu. Kelihatan dari tirai-tirai jendela, segerombolan belalang datang dan berhimpun di depan pintu sarang semut. Tidak dapat dikira betapa ramainya belalang-belalang tersebut kerana tersangatlah ramai seperti hendak berperang.

Ketua Belalang: Hoi! keluar kamu semua. Berani kamu menjejakkan kaki ke kawasan jajahanku! Kamu semua tak tahu ke, kawasan itu adalah kawasan larangan bagi kaum-kaum semut sepertimu !

( Dengan perasaan angkuh dan bongkaknya Ketua Belalang itu berkata-kata.. )Ratu Semut : Kenapa bising-bising dekat luar ni... kalau iapun belalang, bagi la salam dahulu bila datang ke tempat orang..ini tidak, datang-datang je nak mengamuk... bukan ke tidak elok dilihat oleh jiran tetangga.

Page 2: Kisah Teladan Semut Dan Belalang

Ketua Belalang: Kamu tanya la sendiri kaum-kaummu, apa yang mereka sudah lakukan dikawasan jajahanku. Berani mereka mencari makanan di sana tanpa keizinanku.

Ratu Semut : Sekiranya tempat itu adalah kawasan jajahanmu, maka kawasan ini adalah jajahanku...jadi kamu juga tidak mendapat izin dariku.. adilkah begitu? (Raja Semut dengan berhemahnya menuturkan kata-kata) Apa kata kita semua duduk berbincang terlebih dahulu. Apa pendapat kamu wahai Ketua Belalang?

Ketua Belalang: Ha...ha..ha... apa kamu kata tadi, mengadakan perbincangan?Ha...ha..ha... ( semua belalang ketawa dengan kuatnya)Kamu ingat kaum aku dengan kamu setaraf ke, tengok la diri kamu tu dulu. Dari segi fizikal pun da banyak beza apatah lagi benda-benda lain...Ratu Semut :Sungguh angkuh kata-katamu wahai Ketua Belalang. Sebagai seorang ketua, kamu sepatutnya mengawal dan mendidik rakyatmu dengan sebaiknya supaya mereka dapat menjadi rakyat yang berguna. Bukannya membawa mereka ke arah keburukan dengan tindakan sebegini. Sungguhpun kaum kami kecil tetapi bukan bermakna hati kami juga kecil. Kami sangat bersyukur kerana hati dan budi kami murni dan kaya dengan budi bahasa...

Ketua Belalang : Ah! Tak perlu kamu berceramah di sini. Aku datang bukan untuk mendegar ceramah darimu. Nanti akan tiba masanya untuk aku membalas segala perbuatanmu.

(Ratu Semut hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dalam hatinya menyatakan betapa kerasnya hati Ketua Belalang tersebut dan sukar untuk dilembutkan...)

Ketua Belalang: Kenapa kamu senyap...dah tak de idea ke..( dengan nada perli). 2 bulan lagi aku akan datang untuk memberikan pengajaran kepada kamu semua! Mari semua kita beredar dari tempat ini.

Kaum semut tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan apa yang akan berlaku 2 bulan nanti...Adakah kaum mereka semua akan hancur diserang oleh kaum belalang? Itulah yang sentiasa bermain di fikiran mereka.

Ratu Semut :Kamu semua janganlah bimbang. Kita perlu yakin dan berusaha untuk mengatasi masalah ini. Tuhan akan sentiasa menolong hamba-hambanya yang memerlukan. Apa yang penting kita perlu banyak-banyakkan berdoa dan mengingatinya. Malam ini, kita akan adakan satu mesyuarat tergempar. Kamu semua perlu hadir untuk membincangkan mengenai perkara tersebut.Menyuarat tergempar telah diadakan oleh kaum semut.

Ratu Semut : Semua sudah bersedia ye..tapi sebelum tu kita mulakan dengan bacaan Al-fatihah terlebih dahulu supaya mesyuarat kita mendapat keberkatan dan moga-moga kita semua akan menemui jalan penyelesaiannya nanti. Amin..

Semut Merah :Saya ada satu idea, Ratu..Ratu Semut :Idea apa tu, boleh kamu nyatakan..

Page 3: Kisah Teladan Semut Dan Belalang

Semut Merah : Apa kata kalau kita bina pagar...macam mana ?Ratu Semut : Bagus juga idea kamu tu..apa pendapat kamu semua wahai rakyatku?Semut Hijau : Pada pendapat saya...Kita boleh membina pagar, tetapi dengan daya dan fizikal kita seperti ini tidak mampu untuk membinanya dalam masa yang teramat singkat. Sekiranya kita bina pagar, mestilah mengelilingi seluruh kawasan kita ni, tetapi sekiranya pagar yang dibina itu rendah dan tidak kukuh, maka senanglah kaum belalang itu memecahkannya dengan menggunakan kaki dan tangannya yang tajam itu.

Ratu Semut : Kalau macam tu, cara apakah yang paling sesuai untuk kita menghadapi belalang-belalang tersebut?

Semut Hijau : Pada pandangan saya, kita perlu membina satu replika binatang yang lebih besar daripada belalang supaya mereka akan jadi takut apabila melihatnya nanti.

Semut Merah : Bukan ke sekiranya kita membina replika binatang tersebut akan lebih menyusahkan lagi dari kita membina pagar...

Semut Hijau : Kalau kita semua bekerja sama dan bersatu hati, maka semuanya dapat kita lakukan. Replika ini bukannya perlu di bina mengelilingi kawasan kita, tetapi kita hanya perlu bina seekor sahaja tetapi perlu cukup besar berbanding dengan kaum belalang itu. Kita perlu bahagikan kepada setiap kumpulan, yang mana kumpulan tersebut akan membina bahagian kaki, badan, tangan dan sebagainya yang memerlukan kita yang akan mengerakkannya nanti...

Ratu Semut :Bagus juga idea kamu itu, replika tersebut semestinya kuat kerana kita semua berada di dalammya dan mengerakknnya. Siapa yang setuju dengan idea tersebut?

( Kedengaran sebahagian besar semut telah bersetuju dengan idea yang diberikan oleh Semut Hijau itu tadi )

Operasi membina replika binatang telah dimulai. Semua semut telah diberikan tugas dalam kumpulan masing-masing..Hari berganti hari dan tinggal beberapa minggu sahaja lagi, kaum-kaum belalang akan datang menyerang kaum semut. Semuanya sibuk menyiapkan kerja masing-masing dengan bertungkus lumus. Kelihatan semut-semut betina sedang menyiapkan makanan dan minuman kepada semut jantan yang sibuk bekerja. Semuanya mengambil bahagian dan tidak terkecuali seekor semut pun dari operasi tersebut.

Tibalah masa dan saat-saat yang ditunggu oleh semut. Satu peperangan yang dahsyat akan berlaku diantara kaum yang kecil dengan kaum yang lebih besar.. Pertempuran tersebut berlaku pada musim kemarau yang teramat sangat. Walaubagaimanapun, kaum-kaum semut yang rajin telah mengumpulkan makanan terlebih awal lagi untuk menghadapai hari tersebut.

Page 4: Kisah Teladan Semut Dan Belalang

Sayup-sayup kedengaran bunyi bising berteriakan...tanah-tanah bergegaran sehingga pasu-pasu bunga yang di tanam oleh semut bergegar di sebabkan oleh kekuatan kaum belalang tersebut..Keluarlah senjata dari kaum semut iaitu replika binatang yang sangat besar. Replika tersebut digerakkan dengan seluruh kudrat semut-semut tersebut. Kaum belalang terkejut dengan hasil ciptaan kaum semut. Peperangan telah bermula dan kaum semut telah berjaya memusnahkan banyak kaum belalang dengan senang. Hal ini kerana kaum-kaum belalang kekurangan tenaga akibat musim panas tersebut dan daun-daun hijau semuanya menjadi kering. Akhirnya kaum semut berjaya menghapuskan kaum-kaum belalang yang angkuh dan kuat itu.

Moral daripada cerita Semut dan Belalang adalah, janganlah kita mementingkan status diri kita dan jangan beranggapan bahawa golongan yang besar itu tidak boleh berkawan dengan golongan bawahan. Selain itu juga tidak semestinya kelemahan itu di ukur melalui besar ataupun kecil status tersebut. Sepatutnya kita perlu hidup bersatu padu dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Tuhan menjadikan semua mahkluk dengan sempurna dan tidak pernah membezakan antara satu sama lain. Semuanya ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Selain itu, dalam cerita ini terdapat juga nilai kepimpinan melalui watak Ratu Semut, nilai bekerjasama, tidak sombong dan sebagainya yang perlu dipupuk dalam diri setiap manusia.

Page 5: Kisah Teladan Semut Dan Belalang

Arnab dnegan Kura-kuraSuatu ketika dulu, seekor arnab dan seekor kura-kura berselisih pendapat tentang siapa yang boleh berlari lebih pantas. Kemudian mereka mengambil keputusan untuk menyelesaikan perselisihan itu dengan mengadakan satu perlumbaan. Mereka bersetuju tentang masa dan jalan-jalan (track) yang bakal dilalui dalam perlumbaan itu. Di suatu hari yang sesuai, perlumbaan tersebut pun dimulakan. Arnab lari selaju-lajunya. Kemudian dia berhenti dan mendapati kura-kura tertinggal jauh di belakang. Arnab pun mengambil keputusan untuk berehat sebentar di bawah sebatang pokok di mana dia akhirnya tertidur dengan nyenyak. Kura-kura mengesot dengan tidak berhenti-henti dan akhirnya dia memenangi perlumbaan itu. Arnab terjaga dari tidur tetapi sudah terlambat kerana kura-kura telah sampai ke garisan penamat.

Pengajaran dari cerita ini ialah "biar pun lambat asalkan berhati-hati memberi pengakhiran yang baik."Inilah cerita yang telah disampaikan oleh emak ayah, datuk nenek kita turun temurun sejak dulu. Tapi cerita itu tidak berakhir di situ...ada sesuatu yang lebih menyeronokkan berlaku dan cerita itu disambung lagi...

Arnab sangat kecewa dan dia mengkaji kenapa dia boleh kalah dalam perlumbaan itu. Kemudian dia menyedari bahawa kekalahan itu hanya disebabkan dia terlebih yakin (overconfident), tidak cermat dan lalai. Sekiranya dia bersikap lebih berhati-hati, tentu dia dapat mengalahkan kura-kura tersebut. Kemudian dia mencabar kura-kura untuk berlumba sekali lagi. Kura-kura bersetuju. Kali ini, arnab lari selaju-lajunya tanpa berhenti sehingga sampai ke garisan penamat dan akhirnya dia menjadi pemenang dalam perlumbaan itu.

Pengajaran dari cerita ini ialah "cepat dan berhati-hati lebih baik daripada lambat dan berhati-hati. It's good to be slow and steady, but it's better to be fast and reliable."Tapi cerita itu tidak berakhir di situ...ada yang lebih menyeronokkan berlaku dan cerita itu disambung lagi...

Selepas kalah dalam perlumbaan itu, kura-kura juga berfikir dan mengkaji. Dia menyedari bahawa dia tidak akan dapat mengalahkan arnab jika perlumbaan itu diadakan melalui jalan-jalan (track) yang sama. Kemudian dia mencabar arnab untuk mengadakan satu lagi perlumbaan tapi kali ini perlumbaan itu harus mengikut jalan-jalan (track) yang lain. Arnab bersetuju. Perlumbaan pun dimulakan. Arnab berlari selaju-lajunya tanpa berhenti sehingga dia sampai di sebatang sungai yang lebar. Dia tidak ada cara untuk menyeberangi sungai itu bagi menamatkan perlumbaan. Arnab berjalan mundar-mandir di situ sambil berfikir apa yang harus dilakukannya untuk sampai ke garisan penamat di seberang sungai tersebut. Sementara itu, kura-kura sampai di situ dan dengan mudah sekali dia berenang menyeberangi sungai tersebut. Akhirnya kura-kura memenangi perlumbaan itu.

Pengajaran dari cerita ini ialah "hendaklah mencari kekuatan dan keistimewaan diri sendiri terlebih dahulu kemudian tukar pelan atau aksi mengikut kekuatan dan keistimewaan tersebut bagi mencapai sesuatu kejayaan."Tapi cerita itu tidak berakhir di situ...ada yang sangat menyeronokkan berlaku dan cerita itu disambung lagi

Page 6: Kisah Teladan Semut Dan Belalang

begini....

Disebabkan tiga perlumbaan sebelum ini, arnab dan kura-kura telah menjadi kawan baik. Mereka membuat kajian dan berfikir bersama-sama. Kedua-duanya mengambil keputusan untuk mengadakan perlawanan terakhir tetapi kali ini mereka akan berlumba secara berpasukan. Perlumbaan pun dimulakan. Arnab membawa kura-kura lari sepantas mungkin tanpa berhenti sehingga sampai ke tebing sungai. Di sini, kura-kura pula mengambil alih. Dia berenang menyeberangi sungai tersebut dengan membawa arnab di belakangnya. Apabila tiba di seberang sana, arnab lagi sekali membawa kura-kura berlari sehingga mereka sama-sama sampai ke garisan penamat. Di dalam perlumbaan terakhir ini, kedua-duanya sangat berpuas hati jika dibandingkan dengan perlumbaan-perlumbaan sebelum ini.

Pengajaran dari cerita ini ialah "adalah bagus untuk menjadi individu yang cerdik tetapi kita akan menjadi lebih baik jika kita bekerjasama dalam satu pasukan kerana kita tidak ada kemahiran dalam semua bidang. Di dalam bidang yang kita tidak ada kemahiran, ia akan diambil alih oleh orang lain yang berkemahiran dalam bidang tersebut."Perhatikan dalam cerita di atas, kura-kura dan arnab masing-masing tidak berputus asa. Mereka sentiasa berusaha keras untuk memenangi perlumbaan demi perlumbaan walaupun ada ketikanya mereka terpaksa menukar strategi perlumbaan.

Dalam kehidupan. ketika kita berhadapan dengan kegagalan, kadang-kadang kita perlu berusaha dengan lebih giat lagi malah ada ketikanya kita perlu menukar strategi dan mencuba sesuatu yang baru dan berbeza. Ada kalanya kita perlu meletakkan usaha dan strategi yang berbeza itu bergandingan agar kita mendapat hasil yang memuaskan.Melalui cerita di atas juga, kita mendapat satu lagi pengajaran yang berguna. Apabila kita berhenti berlumba untuk mengalahkan seseorang dan memulakan perlumbaan untuk mengubah situasi, kita boleh melakukan yang terbaik dan mencapai yang terbaik. Pada pemimpin-pemimpin politik di luar sana, ambil lah pengajaran dari cerita arnab dan kura-kura ini. Hindarkan diri dari berlumba untuk menang dan mengalahkan seseorang kerana jika itu niatnya, kita akan melakukan apa saja untuk mendapatkan kemenangan termasuklah menggunakan taktik kotor seperti rasuah dan sebagainya. Sebaliknya berlumbalah untuk mengubah situasi dan suasana ke arah kebaikan. Jika niat itu ada dalam diri, kita akan mampu mencapai sesuatu yang lebih baik dan mampu bekerjasama secara berpasukan.

Pada zaman dahulu, dipercayai semua binantang boleh bercakap sesama mereka. Pada suatu hari Sang Arnab sedang berjalan-jalan di padang. Hatinya riang tidak terkira. Sedang Sang Arnab berlari-lari sambil menyanyi, tiba-tiba Sang Arnab melihat Sang Kura-Kura sedang berjalan. Sang Arnab terhenti berlari, matanya

Page 7: Kisah Teladan Semut Dan Belalang

sedang memerhati Sang Kura-Kura yang sedang berjalan amat perlahan. Terdetik timbul di hatinya untuk bertanya kepada Sang Kura-Kura.Arnab : “Selamat pagi, Sang Kura-Kura!”.Kura-Kura : “Selamat Pagi Sang Arnab”.Arnab : “Hai Sang Kura-Kura. Kenapa engkau berjalan amat perlahan. Cubalah engkau berjalan laju sedikit. Kasihan aku melihat engkau berjalan sedemikian rupa”.Kura-Kura : “Memanglah aku berjalan macam ini. Buat apa aku nak berjalan laju-laju pula.   Lagipun aku sedang menikmati pemandangan yang indah dan sejuk di sini”.Arnab : “Agaknya kalau aku berlumba dengan engkau tentu aku yang akan menang” Kata Arnab dengan angkuhnya sambil ia melihat muka Sang Kura-Kura yang acuh tidak acuh dengan soalannya.Kura-Kura : “Hmmm…tak semestinya Sang Arnab. Belum cuba belum tahu”. Kata Sang Kura-Kura yang juga tidak mahu mengalah”.Arnab : “Hai, berlagaknya engkau ini. Bagamana kalau kita berlumba lari”.Kura-Kura : “Tidak ada masalah Sang Arnab”.Arnab : “Lihat pokok besar di hujung jalan sana. Siapa yang sampai dahulu ke pokok besar di hujung jalan itu, dialah yang menang”.Kura-Kura : “Saya setuju”.Arnab : “O.k. Satu! Dua! Tiga!”.Sang Arnab pun berlari sekuat hatinya. Sambil berlari dia ketawa sendirian kerana memikirkan kebodohan Sang Kura-Kura yang sanggup berlumba dengannya. Sambil berlari Sang Arnab pun memandang ke arah belakang. Kelihatan Sang Kura-Kura sedang berjalan dengan begitu perlahan. Sang Arnab pun berfikir sekiranya ia berehat sebenar tentu Sang Kura-Kura pun masih tidak dapat mengalahkannya. Maka Sang Arnab pun berhenti di sebatang pokok sambil berangan, jika ada hadiah tentu ramai kawan-kawannya memuji atas kehebatannya. Akhirnya Sang Arnab tertidur dengan nyenyaknya.Sang Kura-Kura pula terus berjalan dan berjalan, sehinggalah Sang Kura-Kura terlihat Sang Arnab sedang tertidur sambil menyandar di sebatang pokok. Sang Kura-Kura berjalan dengan perlahan agar Sang Arnab tidak mendengar sebarang bunyi. Sang Kura-Kura terus berjalan dan berjalan. Tiba-tiba Sang Arnab terjaga dari tidur. Beliau menyangka Sang Kura-Kura masih lagi tinggal di belakang. Sang Arnab pun berlari sekuat hatinya untuk sampai ke pokok besar di hujung jalan itu. Sampai sahaja di pokok besar itu, Sang Arnab melihat Sang Kura-Kura telah pun sampai sambil berehat sementara menunggunya. Sang Arnab berasa sangat malu di atas kekalahannya dan juga kerana keangkuhannya terhadap Sang Kura-Kura.Kura-Kura : “Hai Sang Arnab, kenapa engkau lambat sampai”.Arnab : “Hai Sang Kura-Kura, aku minta maaf kerana kesombongan aku tadi. Sebenarnya aku tertidur untuk melepaskan penat. Aku ingat engkau lambat lagi”.Kura-Kura : “Tidak apalah Sang Arnab. Aku harap kita masih berkawan. Lain kali jangan sangka kita yang terbaik kerana ada lagi tuhan jadikan yang terbaik”.Arnab : “Baiklah Sang Kura-Kura”.Sejak dari itu, Sang Arnab dan Sang Kura-Kura pun menjadi kawan karib.http://mcjuliani.weebly.com/rhetoric-blog/5-paragraph-essay-technology-and-the-education-system