kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

155
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH EDU3106 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

description

jndcsjkvbjksdnvcjkdbnc msdbjcnajscn

Transcript of kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

Page 1: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

EDU3106

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Page 2: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Dis. 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

iii

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

iv

1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Notis Hak Pengarang Kandungan Panduan Pelajar Pengenalan Pengagihan Tajuk Rangka Isi Pelajaran

ii

ii

iii

iv

vi

ix

x

1-136

Topik 1: Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia 1.1 Konsep Budaya

1.2 Konsep Kepelbagaian Kelompok

1.3 Jenis Dan Demografik Kelompok

1

7

13

Topik 2: Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya 2.1 Bangsa

2.2 Masyarakat

2.3 Sistem Kepercayaan

2.4 Bahasa

2.5 Adat Resam

2.6 Jantina

2.7 Kepentingan Memahami Pelbagai Budaya

21

22

25

25

27

29

29

Topik 3: Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya 3.1 Konsep Kepelbagaian Sosio-Budaya

3.2 Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3.2.1 Guru

3.2.2 Murid

3.2.3 Sekolah

3.2.4 Kurikulum Tersirat

32

36

36

39

40

42

Topik 4: Ketaksamaan Peluang Pendidikan

4.1 Konsep Ketaksamaan Peluang Pendidikan 4.2 Unsur Yang Menyebabkan Ketaksamaan Peluang Pendidikan

50

51

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 5: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

v

4.2.1 Kelas Sosial

4.2.2 Jantina

4.2.3 Kumpulan Minoriti

4.2.4 Kanak-Kanak berkeperluan Khas (Exceptional Students)

4.3 Isu-Isu Ketaksamaan Peluang Pendidikan

51

52

53

55

57

Topik 5: Pembinaan Persekitaraan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

5.1 Pengurusan Persekitaraan Fizikal

5.2 Pengurusan Persekitaraan Sosioemosi

5.3 Hubungan Antara Kelompok Etnik

5.4 Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran

5.5 Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok

5.6 Pedagogi Kelas Bercantum

5.7 Sosiolinguistik

5.8 Penilaian Berasaskan Budaya

66

71

76

78

84

91

95

98

Topik 6: Kemahiran Komunikasi Guru 6.1 Komunikasi Lisan Dan Bukan Lisan

6.2 Kepentingan Kemahiran Komunikasi Guru

6.3 Laras Bahasa Dan Kesantunan

111

116

120

Topik 7: Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaraan Yang Mesra Budaya

7.1 Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan Orang Asli,

Indigenous dan Kumpulan Pedalaman

7.2 Program Yang Telah Dilaksanakan Oleh Kerajaan Malaysia

7.3 Pelan Tindakan Untuk Kumpulan Indigenous

7.4 Merancang Dan Melaksanakan Pelan Tindakan: Indigenous

7.5 Merancang Dan Melaksanakan Pelan Tindakan: Pedalaman

7.6 Langkah-Langkah Kerajaan Memajukan Pendidikan Di Kawasan

Pedalaman Sabah Dan Sarawak

7.7 Agensi-agensi Yang Terlibat dalam Pelaksanaan Program

Pembangunan Pendidikan Di Kawasan Luar Bandar

7.8 Cara-Cara Mewujudkan Persekitaraan Mesra Budaya

128

130

132

133

133

135

136

136

Page 6: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

vi

PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. SASARAN KURSUS Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah seperti dalam Jadual 1 seperti berikut:

PANDUAN PELAJAR

Page 7: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

vii

JADUAL 1 : Anggaran Peruntukan Jam Pembelajaran

* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif. SUSUNAN TAJUK MODUL Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk

bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.

Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat

semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang

apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan

jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah

lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau

menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh

Aktiviti-aktiviti

Pembelajaran

Agihan Jam pembelajaran

Mengikut Kredit Kursus

3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit

Tanpa

Amali

(3+0)

Ada

Amali

(2+1)

(1+2)

(0+3)

Tanpa

Amali

(2+0)

Ada

Amali

(1+1)

(0+2)

Tanpa

Amali

(1+0)

Ada

Amali

(0+1)

Membaca modul

pembelajaran dan

menyiapkan latihan /

tugasan terarah / amali

70

60

70

62

70

65

Menghadiri kelas interaksi

bersemuka (5 kali) 10 10 5 5 5 5

Latihan Amali* - 10 - 8 - 5

Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½

Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15

Ulangkaji 10 10 10 10 5 5

Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½

Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40

Page 8: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

viii

berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat

masalah berhubung dengan modul ini.

IKON Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada

anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

Page 9: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

ix

SINOPSIS:

Modul ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran

agar dapat belajar dengan lebih berkesan. Modul ini memberi peluang kepada

pelajar untuk menguruskan corak pembelajaran serta sumber-sumber

pembelajaran mengikut masa sendiri. Modul ini akan menggantikan tiga kredit

bersamaan dengan empat puluh lima jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah.

Penilaian merangkumi tugasan, kuiz dan peperiksaan akhir berdasarkan tajuk-

tajuk dalam modul ini.

HASIL PEMBELAJARAN:

i. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia

ii. Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan

iii. Menganalisis kepelbagaian sosio-budaya dan implikasinya terhadap

pengajaran-pembelajaran.

iv. Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra

budaya

v. Mahir berkomunikasi untuk mendepani kepelbagaian kelompok

vi. Menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa dalam bilik darjah

vii. Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya

PENGENALAN

Page 10: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

x

Kursus ini terbahagi kepada 7 tajuk utama. Setiap tajuk dipecahkan kepada beberapa

subtopik kecil yang mengandungi latihan-latihan yang berkaitan mengikut kesesuaian.

Tajuk-tajuk utama diberi peruntukan masa seperti berikut:

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

TAJUK JAM INTERAKSI

1. Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia. 4 jam

2. Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya 6 jam

3. Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya 4 jam

4. Ketidaksamaan Peluang Pendidikan 6 jam

5. Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya 15 jam

6. Kemahiran Komunikasi Guru 4 jam

7. Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang Mesra

Budaya

6 jam

JUMLAH 45 jam

AGIHAN TAJUK

Page 11: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

xi

RUJUKAN ASAS Asma Abdullah & Pedersen,P.B.(2003). Understanding multicultural Malaysia:Delights,puzzles and irritations. KL: Pearson Educational Sdn. Bhd.

Bennette,C.I.(2006).Comprehensive multicultural

education:Theory and practice.(6th ed.) Needham,MA:Allyn & Bacon.

Davis,B.M.(2006).How to teach students who don’t look like

you:Culturally relevant teaching strategies.CA: Corwin Press.

RUJUKAN TAMBAHAN

Dunn,R.S & Dunn,R.,Griggs,S.A.(2000). Practical approaches to using learning styles in higher education. Westport:Bergin & Garvey.

Good,T.L. & Brophy,J.E.(1997). Looking in classrooms.New

York:Addison-Wesley Educational Pub. Marshall,P.L.(2002).Cultural diversity in our schools.

Belmont,CA.:Wadsworth Publishing Company. Nieto,S.(2002).Language,culture and teaching:Critical

perspective for a new century.New Jersey:Lawrence Erlbaum Associates.

Pang,V.C.(2001).Multicultural education:A caring

centered,reflective approach.Boston:McGraw Hill. Sharifah Md. Nor(2000). Keberkesanan sekolah:Satu perspektif

sosiologi. Serdang:Universiti Putra Malaysia. Woolfolk,A.E.(2004).Educational psychology, (9th ed). New

Jersey :Prentice Hall.

Page 12: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

1

TOPIK 1 BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK DI MALAYSIA

Sinopsis: Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang

beberapa tajuk yang berkaitan dengan budaya dan kepelbagaian kelompok di

Malaysia. Ia merangkumi pengertian dan konsep budaya serta kepelbagaian

kelompok. Selain itu, modul ini juga membincangkan ciri-ciri kumpulan etnik dan

demografi kelompok. Pengetahuan tentang tajuk kepelbagaian budaya,

kelompok dan kumpulan etnik di Malaysia adalah penting kepada guru kerana

mereka mempunyai peranan yang besar dalam merealisasikan agenda negara

untuk mencapai integrasi sosial. Selain itu, melalui kefahaman tentang tajuk ini,

guru dapat memupuk nilai-nilai positif bagi meningkatkan kesedaran pelajar dari

pelbagai budaya dan masyarakat untuk bekerjasama antara satu sama lain.

Justeru itu, guru dapat melengkapkan diri untuk berhadapan dengan pelajar

pelbagai budaya dan akan lebih bersedia mewujudkan satu persekitaran

pengajaran pembelajaran yang kondusif yang mesra budaya.

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran pelajar dapat:

1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia

2. Menghuraikan dan membentangkan ciri-ciri kumpulan etnik dan

demografi kelompok di Malaysia

1.1 Konsep Budaya Sebelum kita bincangkan tajuk ini, marilah kita fikirkan bersama tentang kaitan

tajuk ini dengan peranan kita sebagai guru dalam bilik darjah yang terdiri

daripada murid-murid dari kepelbagaian kelompok dan budaya. Senario bilik

darjah seperti ini adalah selaras dengan fenomena yang terdapat di Malaysia

yang mempunyai masyarakat dari pelbagai kelompok dan budaya.

Bagaimanakah pula pengetahuan tentang budaya dan kepelbagaian kelompok

Page 13: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

2

dapat membantu guru mewujudkan suasana pengajaran pembelajaran yang

mesra budaya? Sejauh manakah pengetahuan tersebut dapat membantu guru

mewujudkan suasana pengajaran pembelajaran yang kondusif dalam kalangan

murid-murid dari pelbagai budaya dan kelompok? Mungkin kita sudah

mempunyai jawapan kepada semua persoalan ini berdasarkan pengalaman dan

persepsi kita masing-masing. Namun kefahaman yang lebih mendalam tentang

beberapa konsep asas yang terkandung dalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi

kefahaman kita.

1.1.1 Pengertian Konsep Budaya Secara amnya, budaya membawa maksud cara hidup manusia. Dari sudut

bahasa, perkataan budaya berasal dari perkataan Sanskrit, Buddhaya yang

merupakan cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang

membawa maksud kecergasan fikiran dan akal, manakala Daya (Melayu)

diertikan sebagai kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Dalam bahasa

Inggeris pula, budaya disebut culture yang berasal daripada bahasa Latin, colere

yang bermaksud mengolah atau mengerjakan. Seterusnya, kita lihat beberapa

definisi konsep budaya seperti berikut:

"Culture or civilization, taken in its wide ethnographic sense, is that complex

whole which includes knowledge, belief, art, morals, law, custom, and any other

capabilities and habits acquired by man as a member of society".

Sir Edward B. Tylor (1871)

"Culture may be defined as the totality of the mental and physical reactions and

activities that characterize the behavior of individuals composing a social group

collectively and individually in relations to their natural environment, to other

groups, to members of the group itself and of each individual to himself. It also

rates includes the products of These activities and their role in the life of the

groups ". (Franz Boas, 1911)

"Culture is a set of intellectual and material equipment that can meet their

biological and social needs in keeping with the surrounding".

(Mohd Taib Osman,1988)

Page 14: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

3

"The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences,

modes of perception and habits of thoughts and activity".

(Dictionary of Philosophy,1996)

Seterusnya, kita lihat pengertian budaya dari aspek psikologi pula. Harry C.

Triandis, salah seorang pakar psikologi yang mendefinisikan budaya sebagai

dasar yang objektif dan subjektif.

• Objektif - sesuatu yang memiliki bentuk nyata, seperti alat pertanian,

hasil kesenian, rumah, alat transportasi, alat komunikasi dan

sebagainya.

• Subjektif -sesuatu yang bersifat abstrak misalnya norma, moral, nilai-

nilai, dan lainnya.

Berdasarkan beberapa definisi konsep budaya yang telah dikemukakan, kita

dapat membuat kesimpulan bahawa terdapat persamaan dalam pemikiran yang

berbeza oleh ahli fikir dari berlainan latar belakang dalam zaman yang berbeza.

Ringkasnya, budaya adalah cara hidup sesuatu kelompok masyarakat yang

merangkumi sistem kepercayaan, nilai, hasil kesenian, tradisi dan tamadun.

Seterusnya, mari kita lihat beberapa aspek lain tentang konsep budaya.

Berdasarkan beberapa pandangan tentang unsur kebudayaan universal,

Kluckhohn dalam buknya Universal Categories of Culture (1953) membahas

kerangka-kerangka kebudayaan yang kemudian dijadikan kerangka umum.

Berdasarkan itu pula, Koentjaraningrat (2002: 203-204) memaparkan 7 unsur

kebudayaan iaitu:-

1. Bahasa

2. Sistem pengetahuan 3. Organisasi sosial

4. Sistem teknologi dan peralatan 5. Sistem mata pencarian dan ekonomi

6. Sistem agama

7. Kesenian

Page 15: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

4

Dengan kata lain, walau dalam konteks masyarakat mana sekalipun, ketujuh-

tujuh unsur inilah yang telah membentuk budaya secara keseluruhannya. Unsur-

unsur tersebut terdapat dalam sesebuah masyarakat dan kesemuanya saling

berkait. Namun demikian, bukan semua unsur ini menonjol. Masyarakat yang

berbeza mempunyai unsur-unsur tertentu yang menonjol dan perkara ini berbeza

dari satu masyarakat ke satu masyarakat yang lain.

1.1.2. Ciri-ciri Budaya

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa ciri yang

sama antara budaya. Ciri-ciri tersebut ialah seperti berikut :-

i) Dipelajari - Ia tidak lahir secara semulajadi, tetapi ia mesti dipelajari.

Sebagai contoh, ibu bapa perlu mengajar anaknya adab tertentu tentang

cara dan tatasusila berkelakuan, berpakaian, makan, minum,

berkomunikasi dengan orang yang lebih tua.

ii) Dikongsi – Ada unsur-unsur tertentu dalam sesuatu budaya yang tidak

hanya terhad kepada satu-satu etnik sahaja, tetapi turut diamalkan juga

oleh etnik lain. Sebagai contoh, kita lihat dari segi pakaian. Walaupun

baju kurung dan kebaya merupakan pakaian tradisi dalam masyarakat

Melayu, namun, ianya turut dipakai oleh kumpulan etnik yang lain. Begitu

juga dari segi makanan, kita dapati dalam konteks Malaysia yang

dikurniakan Tuhan dengan pelbagai aneka jenis makanan kerana

terdapatnya pelbagai kumpulan etnik, makanan yang menjadi tradisi

sesuatu kumpulan etnik, sebagai contoh tosai dan apom yang menjadi

makanan tradisi masyarat India turut menjadi kegemaran kumpulan etnik

lain.

iii) Bersifat sejagat – Ciri sejagat wujud dalam semua kelompok manusia.

Sebagai contoh, budaya menyayangi haiwan dan alam sekitar. Walau

bagaimana pun cara amalan budaya ini mungkin berbeza antara satu

etnik dengan etnik lain disebabkan oleh sistem kepercayaan, adat dan

nilai setempat sesuatu masyarakat.

Page 16: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

5

iv) Diwarisi – Ini bermaksud budaya boleh diperturunkan daripada satu

generasi kepada satu generasi yang lain. Sebagai contoh, budaya Melayu

dalam adat perkahwinan yang diamalkan hari ini merupakan warisan dari

generasi yang terdahulu. Begitu juga dengan budaya bangsa lain di

Malaysia seperti Cina yang mempunyai tradisi tertentu tentang warna

pakaian yang dilarang pada hari perayaan Tahun Baru Cina merupakan

adat yang telah diamalkan sejak turun temurun lagi.

v) Berubah-ubah - Budaya adalah sesuatu yang dinamis mengikut

peredaran masa, konteks dan tempat. Sebagai contoh kita lihat

perubahan dalam masyarakat Sikh yang lelakinya pada zaman dahulu

berpegang teguh dengan memakai turban. Namun dengan peredaran

masa dan arus kemodenan, telah terdapat lelaki dalam kalangan generasi

moden berbangsa Sikh yang tidak lagi mengamalkan memakai turban.

vi) Mempunyai unsur simbolik - Unsur-unsur ini wujud dalam semua

masyarakat berdasarkan tahap kepentingan imej atau alat yang dipilih

sebagai simbol. Sebagai contoh, lambang seperti bendera, logo dan

lambang mempunyai makna tertentu kepada anggota masyarakatnya.

vii) Adanya pandangan semesta – terdapatnya unsur budaya yang

menunjukkan ciri-ciri persamaan yang diterima oleh semua kelompok

budaya

Seterusnya, berdasarkan ciri-ciri ini, budaya boleh dikategorikan kepada dua

jenis iaitu:-

i) Budaya kebendaan – peralatan dan kelengkapan hidup dan sistem

ekonomi.

ii) Budaya bukan kebendaan – sistem agama dan kepercayaan,

pengetahuan dan bahasa.

Page 17: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

6

Sebagai kesimpulan, budaya adalah sebahagian dari kehidupan manusia.

Memetik pandangan Matsumoto (2002) 'culture played as basic and important

role in understanding and contributing to human behavior as did any other

influences on our lives, and to gradually understand its pervasive and profound

influence on psychological processes in all areas of functioning.’ Dari sudut yang

lain pula, kita boleh katakan bahawa budaya merupakan segala penghasilan

masyarakat dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak

(Noriati,Boon & Zuraidah, 2011). Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang

diamalkan kebanyakan orang sama ada dari segi pemikiran, nilai kepercayaan,

pandangan dan tabiat berfikir seseorang itu. Budaya merupakan warisan sosial

manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Konsep

budaya penting untuk membandingbezakan antara satu masyarakat dengan

masyarakat yang lain. Maka boleh dikatakan bahawa manusia itu sendiri

membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan

masyarakat itu sendiri (A. Aziz Deraman, 1994)

Dalam konteks pendidikan semasa pula, guru mempunyai tanggungjawab untuk

mendidik murid untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat.

Pada masa yang sama juga, peranan ini harus selaras dengan elemen yang

tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru itu, guru

bertanggungjawab memahami kepelbagaian budaya dan kelompok dalam

kalangan murid-murid dalam bilik darjah. Bagi merealisasikan peranan tersebut,

dua peranan utama budaya yang perlu disedari oleh guru ialah membina imej

negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti dan memupuk kesedaran

kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan dan

mental (Nasrudin Yunos, UKM).

Reflek & Kongsi

“Budaya kepada manusia ialah seperti air kepada ikan”(‘What culture is to humans is what water to fish’) Shinobu Kitayama. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan tersebut? Berdasarkan pengalaman anda, bincangkan konsep kepelbagaian budaya dalam konteks masyarakat di Malaysia.

Page 18: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

7

1.2 Konsep Kepelbagaian Kelompok

Guru perlu terlebih dahulu faham konsep kepelbagaian kelompok bagi

melaksanakan tanggungjawab yang berkesan dalam mewujudkan suasana

pengajaran pembelajaran yang harmonis. Beberapa konsep yang kita akan

perjelaskan dalam perbincangan kita selanjutnya adalah seperti berikut:-

1.2.1 Pengertian Etnik

Perkataan etnik berasal dari bahasa Yunani iaitu ethnos yang bermaksud

“orang”. Menurut Shamsul (2007), dalam buku ‘Modul Hubungan Etnik’ etnik

boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya

yang hampir seragam meliputi adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan

ekonomi. Menurut beliau lagi, konsep etnik mempunyai perkaitan dengan konsep

ras dan bangsa yang mempunyai maksud yang berlainan. Etnik dikelaskan

melalui perbezaan budaya yang dicirikan seperti adat resam, pola keluarga,

pakaian, nilai estetika, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.

Berdasarkan pandangan ini, bolehlah dikatakan etnik adalah suatu konsep

mengkategorikan kelompok manusia berasaskan kepada sistem kehidupan yang

diamalkan oleh sesuatu kelompok manusia (Marzudi Md Yunus, 2009).

Seterusnya, berdasarkan pandangan Islam, kewujudan pelbagai etnik,

keturunan, bangsa, bahasa, warna kulit, adat resam, kebudayaan dan

sebagainya merupakan satu lumrah. Matlamatnya adalah bagi membolehkan

manusia itu berkenal-kenalan, bekerjasama, tolong menolong dan saling hormat

menghormati kearah keamanan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran dan

perpaduan manusia sejagat di atas muka bumi dan ini bertepatan dengan ayat

Allah dalam Al Quran di mana Firman Allah yang mafhumnya:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki Iaki

dan seorang perempuan dan menjadikan kamu bangsa bangsa dan bersuku

suku supaya kamu saling kenai mengenal.'' (Al Huj urat: 13)

Ini menunjukkan bahawa dalam sistem sosial Islam telah dinyatakan tentang

wujudnya perbezaan bangsa, warna kulit, bahasa dan kewarganegaraan dan ini

dilihat sebagai perkara yang telah wujud dalam perkembangan tamadun

manusia. Islam tidak sekali-kali bertujuan untuk melenyapkan perbezaan seperti

Page 19: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

8

ini apatah lagi untuk mengetepikannya. Ini adalah kerana terdapatnya kebaikan

samada yang tersurat mahu pun yang tersirat dalamnya yang memudahkan

manusia mengenal di antara satu sama lain. Islam juga menyeru ke arah

kedamaian dan agar manusia melakukan kebaikan di antara satu sama lain

seperti yang dinyatakan dalam Firman Allah yang mafhumnya:

"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan pertemuan-pertemuan mereka kecuali

daripada orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat

ma'ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang

berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kelak Kami memberi

kepadanya pahala yang besar." (An-Nisa': 114)

Di sini jelaslah bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang amat berat dalam

merapatkan jurang antara pelbagai kumpulan etnik kerana menunaikan

tanggungjawab tersebut bermaksud kita telah menyempurnakan sebahagian

daripada tanggungjawab sosial kita sesama manusia dan tanggungjawab kita

berlandaskan keagamaan.

Seterusnya, perbincangan tentang etnik juga memerlukan kita untuk memahami

beberapa konsep berkaitan seperti etnisiti, etnosentrisme, stereotype, prejudis

dan diskriminasi.

Etnisiti terbit daripada konsep etnik yg merujuk kepada rasa kekitaan dalam

kelompok manusia terhadap kelompok etniknya

(Mohammed Rozi bin Hamid, n.d)

Etnosentrisme pula adalah rasa yang terbit dalam sesuatu kumpulan etnik

bahawa gaya hidup, nilai, corak adaptasi kumpulannya adalah lebih baik

daripada elemen yang terdapat dalam kumpulan etnik yang lain.

(The Columbia Encyclopedia, 2000)

Stereotype merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif yang berupa

gambaran berlebih-lebihan baik buruknya sifat sesuatu kumpulan etnik yang

diberikan oleh kumpulan etnik yang lain. Gambaran stereotype ini boleh

memberikan implikasi negatif terhadap perpaduan dalam masyarakat majmuk di

Malaysia.

Page 20: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

9

Prejudis pula merupakan pandangan negatif yang tersirat dalam hati ahli-ahli

kumpulan etnik tertentu terhadap kumpulan etnik lain. Biasanya perasaan

tersebut tidak berlandaskan sebarang maklumat atau bukti yang tepat dan jelas.

Perasaan ini menimbulkan sifat prasangka ahli sesuatu kumpulan etnik terhadap

kumpulan etnik lain.

Diskriminasi pula adalah pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh

satu kumpulan etnik terhadap kumpulan etnik yang lain yang mempengaruhi

perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi merupakan terjemahan

prasangka yang wujud dalam sesuatu kumpulan etnik. Diskriminasi akan mudah

berlaku apabila wujud prejudis.

1.2.1.1 Kepentingan Memahami Hubungan Etnik

Guru perlu memahami kepentingan hubungan etnik. Ini adalah untuk

mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah dan dalam

jangka waktu panjang ialah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang

bersatu padu. Apakah kepentingan memahami hubungan etnik? Mari kita

meneliti betapa pentingnya setiap individu memahami tentang hubungan etnik

dalam negara kita.

Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi

konflik etnik. Kefahaman tentang hubungan etnik dapat meningkatkan

kesedaran untuk mengeratkan hubungan dan mengelakkan konflik etnik.

• Memahami hubungan etnik dapat dapat memberi gambaran tentang tahap

kepelbagaian social dan budaya.

• Hubungan etnik dapat menjelaskan perkembangan sejarah dan

kemampuan sosio-ekonomi negara kita.

• Hubungan etnik mencerminkan tahap perhubungan antara kaum dan

punca ketegangan sosial.

• Kefahaman tentang hubungan etnik memberi gambaran tentang isu-isu

prejudis dan diskriminasi

Page 21: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

10

• Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian

dan perubahan sosial

• Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial

negara.

Justeru itu, guru perlu memainkan peranan yang bijak mengendalikan murid-

murid dari pelbagai kumpulan etnik agar terjalin hubungan yang harmonis.

Usaha tersebut boleh mendorong ke arah kewujudan masyarakat Malaysia yang

bersatu padu, seterusnya memberi impak terhadap pelancungan, perindustrian,

perdagangan dan lain-lain sektor. Keadaan ini pula memberikan gambaran baik

terhadap komuniti luar yang melihat wujudnya keadaan politik dan ekonomi yang

stabil.

1.2.1.2 Tahap-Tahap Hubungan Etnik

i) Segregasi

ii) Akomodasi

iii) Akulturasi

iv) Asimilasi

v) Amalgamasi

Page 22: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

11

Jadual 1.1 berikut merumuskan tahap-tahap hubungan etnik

Jadual 1.1 : Tahap-tahap Hubungan Etnik (Sumber : Nasrudin Yunos :Pusat Pengajian Umum, UKM)

SEGREGASI Pemisah antara etnik Dasar Apatheid

AKOMODASI Sedar perbezaan budaya Hidup dengan harmonis

AKULTURASI Minoriti menerima budaya majoriti Tanpa ubah budaya asal

ASIMILASI Minoriti menerima budaya dominan

AMALGAMASI Percampuran membentuk kelompok baru Kahwin campur

Berdasarkan pandangan berkaitan kelompok etnik yang dikemukakan, dapat

dirumuskan bahawa etnik adalah sekumpulan orang/individu yang saling

berhubung berdasarkan kegiatan dan tujuan yang sama dengan tujuan untuk

membangunkan kelompok etniknya. Seterusnya, pengetahuan tentang etnik

sangat berguna bagi guru dan ianya tidak harus terhenti setakat kefahaman dari

aspek luaran sahaja kerana aspek yang lebih bermakna ialah elemen-elemen

yang tersirat seperti elemen nilai dan kerohanian. Di samping itu, unsur-unsur

seperti prasangka, diskriminasi dan prejudis perlu dielakkan demi mencapai

perpaduan antara kumpulan etnik yang pelbagai.

Latihan

1. Buat refleksi berkaitan tahap-tahap hubungan etnik dalam masyarakat majmuk di Malaysia

2. Kaitkan refleksi anda dengan kewujudan etnisiti, etnosentrisme, stereotype, prejudis dann diskriminasi

Page 23: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

12

1.2.3 Pengertian Kelompok

Smith (1945) mendefinisikan kelompok sebagai satu unit yang terdiri dari

sejumlah organisme yang mempunyai persepsi kolektif tentang kesatuan mereka

dan mempunyai kemampuan untuk berbuat dan bertingkah laku dengan cara

yang sama terhadap lingkungan. Menyokong pandangan tersebut adalah

definisi yang dikemukakan oleh Stogdill (1959) yang menyatakan bahawa

kelompok adalah satu sistem interaksi terbuka dimana pola interaksi tersebut

ditentukan oleh struktur sistem tertentu. Seterusnya, penjelasan yang lebih

terperinci dikemukakan oleh Mills (1967) yang menyebut bahawa kelompok

adalah satu unit yang terdiri dari dua orang atau lebih yang bekerja sama atau

melakukan kontak untuk mencapai satu tujuan dan yang mempertimbangkan

kerjasama di antara kelompok sebagai satu yang bererti. Pengertian yang

dikemukakan oleh Forsyth (1983) pula menepati kebanyakan takrif yang telah

dikemukakan tadi. Menurut Forsyth (1983) kelompok adalah dua atau lebih

individu yang saling mempengaruhi melalui interaksi sosial.

1.2.4 Kategori dan Fungsi Kelompok

Berdasarkan pandangan yang telah dikemukakan di atas, kepelbagaian

kelompok boleh ditafsirkan dari beberapa perspektif. Pertama, kelompok dalam

sesuatu masyarakat boleh diklasifikasikan kepada dua kelompok iaitu formal dan

tidak formal. Kelompok formal bermaksud kelompok yang ditetapkan oleh

sesuatu organisasi dengan agihan tugas yang ditetapkan bertujuan untuk

mencapai matlamat organisasi. Kelompok informal pula boleh dikategorikan

berdasarkan beberapa aspek kategori seperti berikut:

Page 24: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

13

Jadual 1.2 : Kategori Kelompok dan Fungsi

Bil Kategori Kelompok Fungsi Kelompok

1. Kelompok tugas Kumpulan yang melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kerja yang telah ditetapkan bersama untuk tujuan menyelesaikan tugas

2. Kelompok kepentingan

Beberapa individu yang bekerjasama untuk mencapai sasaran tertentu/khusus.

3. Kelompok persahabatan

Kumpulan individu yang memiliki sifat-sifat yang sama dan mempunyai matlamat hidup, hasrat serta gaya hidup yang dipersetujui bersama

Jadual 2 di atas menunjukkan beberapa kategori dan fungsi kelompok.

Pembentukan kelompok dipengaruhi oleh beberapa faktor. Untuk tujuan

perbincangan kita, berikut adalah beberapa faktor yang telah dikenalpasti:-

• Keamanan (menjamin keselamatan)

• Status (penghormatan)

• Harga diri (perasaan dirinya berharga)

• Kekuatan (membina kehebatan dalaman)

1.3 Jenis dan Demografi Kelompok

“Demografi” mula digunakan oleh Achille Guillard (1885) dalam karyanya

“Human Statistics or Comparative Demography”. Demografi berasal dari

perkataan “demos” dan “grafein”. “Demos” bermaksud rakyat atau penduduk di

suatu kawasan manakala “grafein” pula bermaksud menggambarkan atau

menulis tentang sesuatu perkara. Berdasarkan pengertian tersebut, demografi

bermaksud “tulisan tentang rakyat atau penduduk di sesuatu lokasi”. Demografi

kelompok boleh ditakrifkan sebagai analisa statistik terhadap jumlah dan

komposisi penduduk di sesuatu lokasi (Syed Ismail et al, 2010).

Ruang Lingkup Demografi adalah seperti berikut:

i. Struktur penduduk

ii. Jumlah penduduk

iii. Komposisi (umur, agama, ras, jantina)

Page 25: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

14

iv. Proses penduduk

v. Kematian

vi. Migrasi

vii. Perkahwinan

viii.Perubahan status sosial

Demografi kelompok di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan

agama. Kaum bumiputera yang dianggap sebagai kaum asal Malaysia terdiri

dari kaum Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Kadazan Dusun yang terdapat di

Sabah dan Sarawak. Kaum etnik yang terdapat di Malaysia ialah kaum Melayu,

Cina dan India. Nisbah penduduk di Malaysia mengikut kaum dapat dilihat

dalam Carta 1 seperti berikut:-

Rajah 1.1 : Taburan Peratus Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik, Malaysia 2010 Sumber : Banci Penduduk & Perumahan (2010) Malaysia 2010 (Banci, 2010) Berdasarkan Rajah 1 di atas jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang

merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara.

Warganegara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%),

Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain (0.7%). Dalam kalangan warganegara

Malaysia, Melayu merupakan kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia

iaitu 63.1 peratus. Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan

Page 26: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

15

warganegara di Sarawak, manakala Kadazan/Dusun merekodkan sebanyak 24.5

peratus di Sabah(Banci 2010).

Seterusnya, kita lihat pula taburan penduduk Malaysia mengikut agama

berdasarkan perangkaan penduduk tahun 2010 seperti yang terkandung dalam

Rajah 2 di bawah.

Rajah 1.2 : Taburan Peratus Penduduk Mengikut Agama, Malaysia 2010 Sumber : Banci Penduduk & Perumahan (2010) Malaysia 2010 (Banci, 2010)

Rajah 1.2 di atas menunjukkan bahawa Islam merupakan agama yang paling

meluas dianuti di Malaysia dengan perkadaran 6\1.3 peratus. Sebagai negara

berbilang kaum, antara agama lain yang dianuti adalah Buddha (19.8%), Kristian

(9.2%) dan Hindu (6.3%).

Page 27: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

16

Berhenti dan berfikir

Cuba anda fikir sejenak apakah kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969 kepada hubungan antara kaum di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan berlakunya peristiwa seumpama itu?

Berdasarkan nisbah penduduk di Malaysia mengikut kaum yang telah

dibincangkan, jelaslah bahawa, penduduk di Malaysia terdiri daripada pelbagai

kelompok etnik yang menganuti pelbagai agama dan budaya. Justeru itu,

negara Malaysia mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk

menyatupadukan rakyat dari pelbagai kelompok etnik dan usaha untuk

menyempurnakan tanggungjawab ini perlu dilaksanakan secara bersama oleh

semua pihak tidak terkecuali golongan guru. Bagi melaksanakan tanggungjawab

ini, guru perlu memahami pelajar-pelajarnya dan melaksanakan strategi dan

kaedah pengajaran pembelajaran yang bersesuaian dengan komposisi pelajar

pelbagai budaya dan kelompok etnik di dalam kelasnya. Seterusnya, guru harus

sentiasa memikirkan bukan sahaja cara-cara untuk berkongsi ilmu pengetahuan

tentang subjek dengan pelajar dari pelbagai kelompok, malahan memainkan

peranan sebagai pengantara untuk merealisasikan agenda nasional iaitu

perpaduan kaum dan integrasi sosial dengan cara mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. Usaha ke arah ini dapat

dicapai jika guru dapat mengelakkan sikap prejudis, stereotaip, rasisme dan

diskriminasi bagi memupuk keharmonian dan perpaduan nasional. Sebaliknya,

konsep seperti akomodasi wajar dijadikan panduan dalam menjalinkan

hubungan etnik di Malaysia.

Seterusnya, guru juga perlu peka dengan konsep etnisiti yang merupakan cara

yang sangat praktikal bagi membentuk perpaduan yang kukuh dan erat dalam

kalangan murid-muridnya. Namum pada masa yang sama kita harus ingat

bahawa konsep perpaduan yang diasaskan melalui aspek pemikiran dan

penghayatan merupakan jalan terbaik berbanding dengan bentuk tindakan

semata-mata tanpa kesedaran dari segi penghayatan dan pemikiran. Proses ini

merupakan satu perjalanan yang panjang, namun ia tidak mustahil untuk

Page 28: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

17

direalisasikan selagi kita sebagai rakyat Malaysia berfikir sebagai “Satu Bangsa

Malaysia” (Marzudi Md Yunus, 2009). Dalam konteks ini, guru mempunyai

peluang yang luas untuk melaksanakannya dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran. Huraian yang lebih terperinci tentang peranan guru akan

dibincangkan dalam Topik 5.

Rumusan Topik di atas membincangkan aspek-aspek seperti berikut:-

• Definisi konsep budaya dari pelbagai perspektif. Dari sudut bahasa, perkataan budaya berasal dari perkataan Sanskrit, Buddhaya yang merupakan cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud kecergasan fikiran dan akal, manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Dalam bahasa Inggeris pula, budaya disebut culture yang berasal daripada bahasa Latin, colere yang bermaksud mengolah atau mengerjakan. Ringkasnya, budaya adalah cara hidup sesuatu kelompok masyarakat yang merangkumi sistem kepercayaan, nilai, hasil kesenian, tradisi dan tamadun.

• Tujuh unsur kebudayaan, yaitu:.Bahasa, Sistem pengetahuan, Organisasi sosial, Sistem teknologi dan peralatan, Sistem mata pencarian dan ekonomi, Sistem agama dan Kesenian.

• Ciri-ciri budaya yang dibincangkan dalam modul ini ialah seperti berikut :- o Dipelajari o Dikongsi o Bersifat sejagat o Diwarisi o Berubah-ubah o Mempunyai unsur simbolik o Adanya pandangan semesta

• Etnik adalah suatu konsep mengkategorikan kelompok manusia berasaskan kepada sistem kehidupan yang diamalkan oleh sesuatu kelompok manusia (Marzudi Md Yunus, 2009).

• Dari perspektif Islam, kewujudan pelbagai etnik, keturunan, bangsa, bahasa, warna kulit, adat resam, kebudayaan dan sebagainya merupakan satu lumrah dan terdapatnya perbezaan kumpulan etnik sebenarnya membawa rahmat yang mendorong manusia saling berkenalan, bekerjasama, tolong menolong dan hormat menghormati kearah keamanan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran dan perpaduan manusia sejagat diatas muka bumi ini bertepatan dengan ayat Allah dalam Surah Al Hujarat (Al Quran).

• Kelompok dalam sesuatu masyarakat boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu formal dan informal. Kelompok formal bermaksud kelompok yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi dengan agihan tugas yang ditetapkan bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Kelompok informal pula boleh dikategorikan berdasarkan beberapa aspek yang telah dibincangkan.

Page 29: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

18

• Pembentukan kelompok dipengaruhi oleh faktor-faktor yang telah dikenalpasti seperti berikut:-

o Keamanan (menjamin keselamatan)

o Status (penghormatan)

o Harga diri (perasaan dirinya berharga)

o Kekuatan (membina kehebatan dalaman)

o Keamanan (menjamin pertahanan)

• Demografi berasal dari perkataan “demos” dan “grafein”. “Demos” bermaksud rakyat atau penduduk di suatu kawasan manakala “grafein” pula bermaksud menggambarkan atau menulis tentang sesuatu perkara. Berdasarkan pengertian tersebut, demografi bermaksud “tulisan tentang rakyat atau penduduk di sesuatu lokasi”. Demografi kelompok boleh ditakrifkan sebagai analisa statistik terhadap jumlah dan komposisi penduduk di sesuatu lokasi (Syed Ismail et al, 2010).

• Demografi kelompok di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama.

• Malaysia mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk menyatupadukan rakyat dari pelbagai kelompok etnik dan usaha untuk menyempurnakan tanggungjawab ini perlu dilaksanakan secara bersama oleh semua pihak termasuk golongan guru.

Rujukan : Rujuk senarai buku di bawah untuk pembacaan lanjutan

Rujukan:

A. Aziz Deraman (1994), ‘Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia’, Kuala Lumpur:Perpustakaan Negara Malaysia.

Jenis-Demografi-Kelompok. Dipetik September 2012 dari http://www.scribd.com/doc/53660632/Jenis-Demografi-Kelompok

Definisi Kelompok. Dipetik September 9, 2012, dari http://jl-.hengki.blogspot.com/2011/08/definisi-kelompok.html

Definisi Budaya. Dipetik September 2, 2012, dari http://www.scribd.com/doc/19756481/BAB-2-Definisi-Budaya Hubungan Etnik. Dipetik Septemper 1, 2012, dari http://www.scribd.com/doc/22478106/Bab-1-Konsep-Asas-Hub-Etnik

Page 30: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

19

Konsep Asas Hubungan Etnik. Dipetik September 3 dari http://www.scribd.com/doc/22478106/Bab-1-Konsep-Asas-Hub-Etnik Konsep Budaya. Dipetik August 30, 2012 dari http://hubungan-. etnik.blogspot.com/2009/10/konsep-budaya.html

Laman Web Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysiam, (2011). Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (BANCI 2010) dipetik dari: http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article &id=1215&Itemid=89&lang=bm

Marzudi Md Yunus, (2009). Etnisiti : Etnisiti Serta Cabaran dalam Membentuk

Perpaduan.Dipetik September 10, 2012, dari http://www.scribd.com/doc/25182342/ETNISITI-Etnisiti-Serta-Cabaran- Dalam-Membentuk-Perpaduan Hubungan Etnik. Dipetik Septemper 1, 2012, dari http://www.scribd.com/doc/22478106/Bab-1-Konsep-Asas-Hub-Etnik

Modul 1 - Konsep Asas Hubungan Etnik. Dipetik September 4, 2012, dari http://uitmnote.blogspot.com/2012/04/bab-1-ctu.html

Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.(2005). Readings on ethnic relations in a multicultural society. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid, (2011) Budaya dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan :Oxford Fajar Sdn. Bhd. Siri Pendidikan Guru.

Pengalaman Malaysia. Dipetik September 4, 2012, dari http://hubungan-. etnik.blogspot.com/2009/10/pengalaman-malaysia.html

Sistem Sosial dalam Islam. Dipetik September 5, 2012, dari http://www.oocities.org/farouq1965/TPSM/1h.htm

Tylor, E.B., (1974). Primitive Culture: Researches into the Development of Mythology, Philosophy, Religion, Art, and Custom. New York: Gordon Press. First published in 1871. ISBN 978-0-87968-091-6

UNESCO. (2002). Universal Declaration on Cultural Diversity, issued on International Mother Language Day, February 21, 2002. Retrieved: 2006-06-23.

Unsur Kebudayaan Universal. Dipetik September 8 dari http://www.scribd.com/doc/81004093/7-Unsur-Kebudayaan-Universal

Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon

Page 31: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

20

TOPIK 2 KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

Sinopsis: Topik ini membincangkan kesedaran kepelbagaian budaya kumpulan-kumpulan

etnik Malaysia. Ini merangkumi konsep-konsep asas bangsa, masyarakat dan

kelas sosial. Selain itu, jenis-jenis sistem kepercayaan, bahasa, adat resam dan

jantina dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia juga dibincangkan. Akhir

sekali, topik ini juga membincangkan sejauh mana pesefahaman mengenai

kepelbagaian budaya dapat memupuk perpaduan antara kaum.

Hasil Pembelajaran:

1. Menghuraikan dan menjelaskan konsep bangsa, masyarakat dan kelas

sosial.

2. Menghuraikan jenis kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina dalam

kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia.

3. Membincangkan sejauh manakah pemahaman mengenai kepelbagaian

budaya dapat membantu kerjasama antara kaum.

Sebelum berbincang mengenai kesedaran kepelbagaian budaya di negara kita

eloklah sekiranya kita membuat refleksi.

Refleksi: Apakah yang anda faham dengan masyarakat majmuk. dan mengapakah setiap rakyat di negara kita perlu mengetahui dan memahami kepelbagaian budaya yang wujud di negara kita? Layari internet: Apakah kepentingan memahami kepelbagaian budaya masyarakat majmuk di Malaysia kepada seseorang guru?

Page 32: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

21

Kefahaman serta kesedaran terhadap kepelbagaian budaya di negara ini dapat

membantu menyumbang ke arah pembangunan dan keharmonian dalam

kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Topik ini akan meneroka, menganalisis dan membincangkan serta

membandingkan perbezaan yang terdapat dalam kalangan masyarakat

Malaysia yang berbilang kaum. Kesedaran mengenai kewujudan kepelbagaian

sosiobudaya di Malaysia boleh dikaji dan ditinjau dari beberapa aspek seperti

bangsa, struktur masyarakat, kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan

jantina.

2.1 Bangsa

Mengikut Laporan Bancian Penduduk tahun 2010 jumlah penduduk Malaysia kini

ialah 27,566,821 orang. Daripada jumlah ini 58% adalah orang Melayu, 27%

orang Cina dan 7% orang India. Bakinya terdiri daripada masyarakat indiginius

(Najeemah Mohd Yusof 2005). Menurut Hans Kohn (Kaelan, 2002: 212-213)

bangsa terbentuk dari persamaan bahasa, ras, agama, peradaban, wilayah,

negara dan kewarganegaraan. Meskipun belum terdapat persetujuan tentang

pengertian bangsa dalam kalangan pakar kenegaraan, namun faktor yang

terpenting berkaitan dengan sesuatu bangsa adalah kehendak atau kemahuan

bersama yang lebih dikenali dengan nasionalisme.

Fredrich Hertz dalam bukunya “Nationality in History and Politics” menyatakan

bahawa setiap bangsa mempunyai empat unsur yang penting iaitu:

• keinginan untuk mencapai kesatuan nasional yang terdiri daripada

kesatuan sosial, ekonomi, politik, agama, kebudayaan, komunikasi dan

keharmohian.

• keinginan dalam kemandirian, kecemerlangan, individualisme, keaslian,

atau keunggulan

• keinginan untuk mencapai kemerdekaan dan kebebasan nasional

sepenuhnya, iaitu bebas dari dominasi dan campur tangan bangsa asing

terhadap urusan dalam negerinya.

Page 33: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

22

• keinginan untuk menonjol, unggul dalam kalangan bangsa-bangsa serta

kecemerlangan dalam mengejar kehormatan, pengaruh, dan kedudukan

Dengan itu dapatlah kita katakan bahawa bangsa merujuk kepada satu

kelompok masyarakat yang berasal daripada satu keturunan yang sama dan

mengamalkan, adat, bahasa dan budaya sendiri. Secara umumnya bangsa ialah

sekelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, mempunyai

kesamaan bahasa, agama, ideologi dan budaya. Mereka dianggap mempunyai

asal usul keturunan yang sama. Di Malaysia, setiap bangsa mempunyai identiti

sendiri dan mengamalkan budaya hidup yang berlainan tetapi hidup dalam

suasana harmoni dengan menghormati amalan dan nilai-nilai hidup orang lain.

Refleksi

Bincangkan peranan guru dalam menghasilkan Bangsa Malaysia yang bersatu dalam kalangan murid pelbagai kaum.

2.2 Masyarakat

Masyarakat merujuk kepada sekumpulan individu yang hidup bersama. Secara

umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok

manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu (Najeemah

2005). Ahli sosiologi mendifinisikan masyarakat sebagai manusia yang

berinteraksi sedemikian rupa untuk berkongsi budaya yang sama. Mengikut

Syed Ismail dan Ahmad Subki (1965) masyarakat merujuk kepada satu

kumpulan manusia yang hidup saling berhubung dan bergantung berasaskan

satu budaya. Berikut adalah grafik yang menerangkan ciri-ciri masyarakat:

Page 34: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

23

Rajah 2.1 :Ciri-Cri Utama Masyarakat atau Ras

1.1.2 Sosial kelas Kelas sosial merujuk kepada status atau kedudukan satu-satu kumpulan dalam

hieraki sosial yang menggambarkan sama ada satu-satu kumpulan itu berada di

kelas atas, menengah atau bawah. Sebagai contoh, pada zaman Kesultanan

Melayu Melaka, masyarakat Melayu dibahagikan kepada dua tahap iaitu.

Golongan Pemerintah yang terdiri daripada golongan Raja, Bangsawan,

Pembesar, dan Penghulu. Manakala, Golongan yang diperintah terdiri daripada

rakyat biasa.

MEMILIKI

KEPIMPINAN

SENTIASA BERUBAH

HIDUP DALAM

KELOMPOK

CIRI-CIRI

MASYARAKT

AMALAN BUDAYA

YANG SAMA

TERDAPAT

KELAS SOSIAL

PERKONGSIAN

DAN KEPRIHATINAN

CIRI-CIRI

MASYARAKAT

MEMILIKI KEPIMPINAN

Page 35: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

24

• Lakarkan peta minda untuk membanding bezakan susunan sosial masyarakat tradisional dan masyarakat moden hari ini.

• Bincangkan tanggungjawab Sultan, Bendahara, Temenggung dan Laksamana dalam kerajaan Melaka.

• Dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, terdapat sistem sosial yang membezakan kedudukan sosial setiap kaum. Layari internet untuk mengumpul maklumat tentang bahasa dan lain-lain amalan budaya pelbagai kelas sosial seperti berikut:

Jadual 2.1 : Kumpulan Pelbagai Budaya

SEMENANJUNG MALAYSIA

SABAH SARAWAK

Melayu Kadazan-Dusun Iban

Cina Bajau Bidayuh

India Murut Melanau

Serani Bisayah Orang Ulu

Punjabi Kedayan Kayan

Orang Asli Lotud Bisayah

Dumpas Kedayan

Rungus Kelabit

Sulu Kenyah

Dalam kumpulan bincangkan soalan-soalan berikut:

Page 36: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

25

2.3 Sistem kepercayaan

Kepercayaan merupakan tabiat atau pemikiran yang meletakkan rasa

penerimaan terhadap seseorang atau sesuatu. Dalam konteks agama,

kepercayaan merupakan sebahagian daripada perkembangan moral utama.

Penganut semua agama mempunyai sistem kepercayaan masing-masing.

Malahan, di Malaysia terdapat pelbagai sistem kepercayaan dalam kalangan ahli

masyarakat. Menurut maklumat dari Banci Penduduk Malaysia 2010, 61.3%

penduduk di Malaysia terdiri daripada orang Islam yang merupakan agama rasmi

negara ini. Sistem kepercayaan orang Islam dikaitkan dengan akidah. Selain

Islam, terdapat sistem kepercayaan lain yang terdiri daripada pengikut agama

Buddha dan Hindu.

Orang Melayu Orang Cina Orang India

Kepercayaan

Pantang Larang

2.4 Bahasa

Bahasa merupakan satu alat komunikasi yang digunakan oleh setiap ahli

masyarakat dalam satu-satu bangsa untuk berkomunikssi dan berinteraksi antara

satu dengan lain. Di samping itu bahasa juga menjadi satu media yang penting

dalam perkongsian maklumat antara ahli dalam masyarakat. Mengikut Noriati,

Boon Pong Ying dan Zuraidah (2011) melalui bahasa manusia dapat

menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkahlaku, peraturan masyarakat dan

Sila fikirkan dan kumpulkan maklumat berkaitan dengan kepercayaan

dan pantang larang masyarakat Malaysia berdasarkan jadual di

bawah :-

Page 37: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

26

sekali gus dapat membiasakan seseorang individu dengan segala bentuk

masyarakat.

Reflek Bincangkan peranan guru dalam usaha menggalakkan konsep 1Malaysia menggunakan Bahasa dalam kalangan murid-murid sekolah.

Fungsi Bahasa

Fungsi Bahasa merujuk kepada kegunaan ucapan atau penulisan yang

digunakan. Savignon(1983) menjelaskan fungsi bahasa sebagai “keperluan

penggunaan bahasa, maksud pertuturan”. Berdasarkan pandangan ini dalam

usaha mestrukturkan pengajaran, tumpuan utama lebih menitikberatkan makna

daripada bentuk pertuturan. Dengan itu, murid menggunakan bahasa untuk

mencapai maksud tertentu dan ini menjadikan pertuturan mereka lebih bermakna.

Ia menjadi alat komunikasi dan alat untuk manusia berinteraksi. Bahasa juga

memainkan peranan penting dalam pelaksanaan tugas. Dalam masyarakat

tradisional, sebelum penulisan muncul, bahasa merupakan alat komunikasi yang

penting untuk berkongsi pendapat, maklumat dan naluri secara implisit dan

eksplisit.

Dalam masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, bahasa digunakan untuk

menyatupadukan rakyat Malaysia dan ianya telah menjadi alat perpaduan.

Dengan itu, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi di Malaysia dan

digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dengan adanya bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan ia telah berjaya merapatkan semua rakyat Malaysia

supaya hidup dalam suasana saling hormat menghormati antara kaum dan

memudahkan setiap warga di Malaysia untuk berinterkasi dan berkomunikasi

dengan mudah. Dalam hubungan interpersonal, bahasa menjadi alat untuk

merapatkan kumpulan ahli masyarakat di negara ini .

Page 38: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

27

2.5 Adat Resam

Adat resam merujuk kepada peraturan dan norma-norma yang sedang dan

telah dijadikan amalan oleh sekumpulan manusia sejak beberapa

generasi(Encyclopedia Britannica, 2010). Adat resam dianggap penting kepada

setiap masyarakat dan kita perlu saling hormat-menghormati adat resam sesuatu

masyarakat. Di Malaysia pelbagai kumpulan budaya dalam masyarakat tertakluk

kepada pelbagai amalan adat resam seperti sambutan hari-hari perayaan,

pantang larang makan, tradisi dan adat pertunangan, perkahwinan dan

kelahiran. Sebagai contoh, jamuan makan malam Hari Perayaan kaum

Tionghua, merupakan jamuan yang paling penting bagi kaum Tionghua.

Beberapa hidangan disediakan sebagai simbol kekayaan. Bermula dari jam

12.00 tengahari sebelum Hari Perayaan kaum Tionghua, mercun dimainkan

sebagai tanda nasib baik menurut kepercayaan mereka. Selain dari amalan

tersebut, sampul merah mengandungi duit akan diberikan oleh orang dewasa,

terutama yang telah berkahwin, kepada kanak-kanak semasa hari-hari sambutan

Tahun Baru kaum Tionghua. Amalan memberi duit ini dipercayai dapat

menghindarkan anasir buruk pada diri kanak-kanak dan dapat mengekalkan

kesihatan dan panjang umur dalam kalangan mereka.

Selain daripada kaum Cina, Melayu, India, Punjabi dan lain-lain kaum juga

mengamalkan adat masing-masing. Selain kaum yang terdapat di Semenanjung

Tanah Melayu, pelbagai kaum termasuk kaum pribumi di Sabah dan Sarawak

turut mempunyai adat masing-masing. Ini menunjukkan Malaysia kaya dengan

pelbagai adat dan tradisi. Justeru itu, guru perlu memahami adat resam pelbagai

kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia agar dapat memastikan murid

belajar dalam suasana harmonis dan saling hormat menghormati antara satu

sama lain.

Page 39: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

28

Jadual 2.2: Adat Resam Penduduk Semenanjung Malaysia

Jadual 2.3: Adat Resam Penduduk Sabah dan Sarawak

ADAT RESAM

ADAT RESAM PENDUDUK SABAH DAN SARAWAK

Sabah Sarawak

Kelahiran

Meminang

Bertunang

Melenggang

perut

Kematian

ADAT RESAM

ADAT RESAM PENDUDUK SEMANANJUNG MALAYSIA

Melayu Cina India Punjabi Nasrani

Kelahiran

Meminang

Bertunang

Melenggang

perut

Kematian

Dalam kumpulan bincang dan lengkapkan jadual di bawah:

Page 40: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

29

2.6 Jantina

“Jantina” merujuk kepada perbezaan konstruk sosial antara lelaki dan

perempuan. Perbezaan ini merangkumi beberapa aspek termasuk peranan,

tingkah laku, aktiviti dan ciri-ciri yang diterima oleh masyarakat sebagai sesuai

untuk lelaki dan perempuan. Dalam semua masyarakat, lelaki dan perempuan

mempunyai tanggungjawab dan peranan yang berbeza seperti membesarkan

anak-anak, penyediaan makanan dan tugas-tugas penjagaan rumah. Berkaitan

rapat dengan peranan jantina adalah amalan jantina. Ia merujuk kepada satu set

corak tingkahlaku sosial yang diterima dalam sesuatu budaya bersesuaian untuk

individu dari golongan jantina tertentu. Amalan jantina berbeza antara budaya.

Justeru itu, guru perlu peka terhadap amalan tersebut dalam usaha memenuhi

keperluan murid-murid lelaki dan perempuan. Kemampuan mereka berbeza dan

lelaki mungkin menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi dalam matapelajaran

tertentu manakala perempuan pula menyerlah dalam bidang yang berlainan.

Dengan itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar sesuai

dengan pencapaian murid-murid lelaki dan perempuan. Guru boleh

melaksanakan usaha ini dengan menyediakan khidmat pengajaran yang

berkesan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

kondusif untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid-murid lelaki dan

perempuan dalam bilik darjah. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan

strategi pembelajaran kooperatif untuk memupuk sikap positif terhadap

pengajaran, penguasaan kandungan dan estim kendiri yang tinggi dalam

kalangan murid-murid.

2.7 Kepentingan Memahami Pelbagai Budaya

Guru perlu sedar natijah perbezaan budaya terhadap pendidikan kanak-kanak.

Ini bermaksud, guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang luas untuk

memahami kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Kemampuan guru

memahami budaya membolehkan guru meningkatkan kesesuaian penyampaian

isi kandungan, memberikan contoh-contoh sesuai serta mengelakkan sensitiviti

budaya. Selain itu, guru juga dapat membantu murid untuk mencapai potensi

diri. Guru yang memahami kepelbagaian budaya juga dapat mengenali murid

dengan lebih dekat lagi, menggalakkan murid saling berkenalan antara satu

Page 41: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

30

sama lain dan guru dapat menghindari sikap prejudis terhadap murid. Justeru

itu, guru dapat mewujudkan suasana harmonis dalam bilik darjah. Seterusnya,

guru yang memahami kepelbagaian budaya dapat membina hubungan mesra

dengan murid-murid dari pelbagai latarbelakang budaya tanpa mengira bangsa,

agama dan budaya. Seterusnya, guru sebagai agen sosial dapat memainkan

peranan penting dalam membina sebuah negara Malaysia yang progresif, maju

dan bersatu padu. Malahan, guru yang memahami kepelbagaian budaya dapat

dapat mewujudkan kesejahteraan dan kerjasama dalam kalangan murid pelbagai

bangsa dan ini merupakan elemen penting dalam usaha merealisasikan

Wawasan 2020 dan konsep 1Malaysia. Guru juga boleh menjadi teladan kepada

murid di sekolah untuk menggalakkan sifat toleran dan kerjasama. Justeru itu,

memahami pelbagai budaya merupakan formula terbaik dalam menggalakkan

perpaduan kaum, integrasi nasional dan penerapan sifat bersatu serta

kesefahaman dalam kalangan murid-murid dari pelbagai budaya.

Rumusan

Topik ini membincangkan beberapa perkara penting seperti berikut:

• Konsep bangsa, masyarakat dan kelas sosial

o Bangsa merujuk kepada satu kelompok masyarakat yang berasal daripada satu keturunan yang sama dan mengamalkan, adat, bahasa dan budaya sendiri.

o Masyarakat diklasifikasikan sebagai sekumpulan manusia yang mempunyai hubungan dan yang hidup bersama dan melakukan aktiviti-aktiviti secara kolektif. Kepentingan interaksi sedemikian menentukan corak kehidupan tertentu di mana terdapat sistem komunikasi yang ketara (Roucek & Warren, 1979)

o Kelas sosial merujuk kepada status atau kedudukan satu-satu kumpulan dalam hieraki sosial yang menggambarkan sama ada satu-satu kumpulan itu berada di kelas atas, menengah atau bawah.

• Sistem kepercayaan, bahasa, adat dan amalan jantina

o Kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran terhadap seseorang atau sesuatu. Dalam konteks agama, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral.

Page 42: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

31

o Bahasa merupakan satu alat komunikasi yang digunakan oleh setiap ahli masyarakat dalam satu-satu bangsa untuk berkomunikasi dan berinteraksi antara satudengan lain.

o Adat merupakan peraturan-peraturan dan kebiasaan yang sudah

dan telah di amalkan sejak turun temurun.

o Amalan jantina merujuk kepada satu set corak tingkahlaku sosial yang diterima dalam sesuatu budaya dan dianggap bersesuaian untuk individu dari golongan jantina tertentu. /

• Antara kepentingan memahami kepelbagaian budaya kepada seorang

guru adalah:

o Membantu murid mencapai potensi diri

o Mengenali murid dengan lebih dekat

o Dapat mengenepikan prejudis dan sensitiviti budaya

o Menerap semangat kerjasama dan keharmonian

o Menggalakkan suasana mesra budaya dalam kalangan murid

o Membina negara yang bersatu – merealisasikan konsep 1Malaysia.

Rujukan: Rujuk senarai buku berikut untuk bacaan tambahan:

Brint, S.(1998). Schools and Societies.NewYork:Pine Forge Press.Encyclopedia

Britannica (2010) . Retrieved from

http://global.britannica.com/EBchecked/topic/504688/ritual

Najeemah MohdYusof (2005).Multicultural Education Practice Among Teachers In National Secondary Schools: A Case Study In Kedah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20,97–111, 2005.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah dan Zuraidah Majid (2011).

Budaya dan pembelajaran. Kuala Lumpur :Oxford Fajar Sdn.Bhd. Roucek J.S. dan Warren R.L.(1979). Sosiologi suatu pengenalan. Dewan Bahasa

dan Pustaka. Kuala Lumpur. Syed Ismail dan Ahmad Subki(1965). Budaya dan pembelajaran. Penerbitan Multi

Media Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Page 43: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

32

TOPIK 3

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

Sinopsis:

Topik ini konsep kepelbagaian sosio budaya dalam komuniti sekolah. Selain itu,

topic ini juga menjelaskan implikasi kepelbagaian sosio budaya dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Perbincangan menumpukan terhadap

peranan guru, murid, sekolah dan kurikulum tersembunyi.

Hasil Pembelajaran:

1. Menganalisis konsep kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat di sekolah

2. Menerangkan implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

3.1 Konsep Kepelbagaian Sosio-Budaya

3.1.1 Konsep Kepelbagaian Budaya Dalam Komuniti Sekolah

Terdapat beberapa pandangan tentang konsep kepelbagaian. Antaranya,

terdapat pandangan yang telah mengenalpasti konsep kepelbagaian seperti

berikut:

i) ciri demografi – budaya, etnisiti, bahasa, umur, jantina, kelas sosial, agama.

ii) ciri-ciri peribadi – umur, jantina, gaya komunikasi, latarbelakang ekonomi,

sahsiah.

iii) kemahiran dan kebolehan – sosial dan teknikal (Johnson & Johnson, 2009)

Bagi tujuan perbincangan dalam topik ini, konsep :kepelbagaian sosio budaya

merangkumi bangsa, kelas sosial, kebolehan, gaya dan suasana pembelajaran

yang berbeza, etnisiti, umur, jantina, agama, dan beberapa dimensi lain yang

membentuk identiti seseorang murid dan impaknya terhadap pengalaman

pengajaran dan pembelajarannya”(Kertas Perbincangan E-Forum , 2011).

Page 44: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

33

3.1.2 Isu-Isu Kepelbagaian Sosiobudaya Dalam Bilik Darjah

Masyarakat Malaysia terdiri daripada komuniti berbilang kaum sepertimana

dapat dilihat terdapatnya kepelbagaian amalan agama dan budaya dalam

kalangan bangsa-bangsa yang berbeza. Komposisi penduduk Malaysia yang

pelbagai dapat dilihat di kebanyakan sekolah dan komposisi komuniti sekolah

yang pelbagai merupakan cabaran besar kepada pentadbir sekolah. Cabaran ini

perlu ditangani dengan serius agar murid-murid dari pelbagai latarbelakang

budaya dan yang mengamalkan gaya pembelajaran yang tersendiri, tidak

dipinggirkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, guru akan menghadapi beberapa isu berkaitan

dengan murid-murid kepelbagaian budaya dalam bilik darjah. Antara isu yang

terlibat dalam perbincangan tentang kepelbagaian sosio budaya adalah toleran,

hormat, konflik, sikap dan persefahaman. Isu-isu ini boleh ditangani dengan

kerjasama oleh semua pihak termasuk guru, pihak sekolah dan Persatuan Ibu

Bapa Guru.

Reflek

Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, bincangkan isu-isu yang terdapat dalam kalangan murid-murid kepelbagaian sosio budaya dalam bilik darjah.

3.1.3 Mewujudkan Suasana Mesra Budaya Dalam Bilik Darjah

Guru perlu menangani isu-isu yang berkaitan dengan kepelbagaian sosio

budaya dalam kalangan murid mengikut kesesuaian agar dapat mengekalkan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya dalam bilik darjah.

Berikut adalah beberapa cara guru dapat menyumbang ke arah mewujudkan

suasana pengajaran dan pembelajaran mesra budaya dalam bilik darjah:

• Mengajar dengan penuh dedikasi dan memperlihatkan tahap

profesionalisme yang tinggi tanpa membezakan bangsa dan kelas sosial

murid. Murid perlu diberikan layanan yang sama rata.

Page 45: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

34

• Beri peluang kepada murid bergaul antara kaum yang berbeza dan

elakkan daripada meletakkan murid-murid dari bangsa atau latarbelakang

budaya yang sama dalam kumpulan yang sama agar mereka dapat

berinteraksi dan saling memahami antara satu sama lain. Aktiviti-aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah perlu

dapat menerapkan rasa saling mempercayai antara murid.

• Guru perlu mengajar dengan penuh dedikasi dan menggunakan pelbagai

kaedah pengajaran dan pembelajaran selaras dengan tahap pencapaian

dan minat murid. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan strategi

pembelajaran kooperatif yang dapat menggalakkan interaksi dan memberi

peluang kepada murid pelbagai latarbelakang budaya untuk berbincang

dan bekerjasama semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

• Galakkan murid berfikir dengan memberi motivasi, senyuman, pujian dan

menggunakan gaya kecindan serta menjelaskan perkara-perkara yang

mereka perlu lakukan tanpa berleter. Galakkan murid dari pelbagai

kumpulan etnik dan budaya untuk bekerjasama bagi merapatkan jurang

antara mereka. Elakkan dendaan kerana ini boleh menjejaskan hubungan

guru murid serta minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

• Guru perlu menghormati murid tanpa mengira latarbelakang sosial dan

budaya mereka. Galakkan murid-murid untuk saling hormat menghormati

antara satu sama lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran agar

dapat menghindarkan tingkahlaku yang tidak diingini seperti pergaduhan

dan sentiment kaum antara murid pelbagai latarbelakang sosial.

• Galakkan penggunaan bahasa rasmi semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Pelaksanaan aktivit-aktiviti untuk meningkatkan

penggunaan bahasa hendaklah dilaksanakan agar dapat meningkatkan

kecekapan berbahasa dalam kalangan murid dan ini dapat membantu

murid mencapai kematangan sosial dan menggalakkan komunikasi yang

lebih berkesan dalam kalangan murid dari pelbagai kumpulan sosial dan

budaya. Malahan, komunikasi berkesan dapat menjalinkan perhubungan

yang lebih rapat antara murid.

Page 46: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

35

• Guru perlu memainkan peranan sebagai suri teladan kepada murid-murid

dari pelbagai latarbelakang sosial dan budaya agar dapat dijadikan contoh

yang baik dalam bilik darjah. Guru juga perlu memahami bahasa dan

amalan budaya murid-murid agar guru sentiasa dihormati oleh murid-

murid. Guru perlu bersabar, tabah dan cekal dalam usaha untuk

membentuk tingkah laku murid yang pastinya tidak akan berlaku dalam

masa seminggu dua tapi akan mengambil masa yang agak lama.

3.1.4 Melahirkan Komuniti Sekolah Yang Mesra Budaya

Terdapat beberapa cara pentadbir sekolah dapat melahirkan komuniti

yang mesra budaya disekolah. Di antaranya adalah seperti berikut:

• Mewajibkan murid-murid dari pelbagai kumpulan sosio budaya dan

kelas sosial untuk mendaftar keahlian dalam pelbagai persatuan.

Penubuhan persatuan hendaklah dapat memenuhi keperluan dan

minat murid-murid dari pelbagai kumpulan sosio budaya. Penglibatan

mereka dapat mewujudkan integrasi sosial yang positif dalam

kalangan murid-murid dari pelbagai kumpulan sosio budaya. Elakkan

penglibatan murid dari kumpulan sosio budaya yang sama dalam

sesuatu persatuan yang sama bagi mengelakkan prejudis terhadap

kaum lain.

• Pembentukan jawatankuasa kerja hendaklah memastikan agar

penglibatan murid, guru dan staf sokongan adalah dari pelbagai

kumpulan sosio budaya bagi memastikan mereka dapat bekerjasama

dan belajar memahami serta menghormati antara satu sama lain.

Proses sosialisasi kaum tanpa mengira agama perlu dikembangkan

agar dapat menggalakkan semangat berpasukan dan perpaduan

dalam kalangan murid.

• Galakkan komuniti sekolah tanpa mengira kumpulan sosio budaya

untuk menggunakan bahasa rasmi bagi mengelakkan salah faham

antara satu sama lain. Ini dapat menggalakkan interaksi yang lebih

positif dan membolehkan ahli dari pelbagai sosio budaya untuk

Page 47: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

36

berkomunikasi antara satu sama lain dan dengan ini dapat merapatkan

lagi jurang antara ahli-ahli kumpulan pelbagai sosio budaya.

• Sekolah juga perlu menyediakan suasana sosial yang membolehkan

murid-murid dari pelbagai kumpulan sosio budaya untuk mempelajari

cara-cara mengendalikan perbezaan antara kumpulan sosio budaya.

3.2. Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

3.2.1 Guru

Guru memainkan peranan yang penting dalam membangunkan potensi murid

tanpa mengira latarbelakang sosio budaya murid. Noriati et. al.(2011)

menganalisis tanggungjawab guru terhadap murid dari pelbagai latar belakang

budaya berdasarkan beberapa perspektif. Pandangan berikut adalah

berdasarkan perspektif tersebut:

i) Melayan murid secara adil – guru perlu melayan murid secara adil tanpa

mengira latarbelakang sosio budaya murid. Guru perlu memperolehi

maklumat tentang latarbelakang murid dan rancang dengan baik bagi

membantu murid berdasarkan keperluan mereka. Guru yang ambil berat

akan dihormati murid. Selain itu, guru juga dapat membina hubungan yang

baik dengan murid jika guru dapat meluangkan masa mendengar luahan hati

murid melalui sesi perbincangan sebagai cara membina persefahaman

dengan murid tanpa mengira latarbelakang sosio budaya dan pencapaian

akademik. Usaha begini membolehkan guru mewujudkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya dalam kalangan murid-

murid dari pelbagai latarbelakang sosio budaya.

ii) Strategi pengajaran dan pembelajaran – guru boleh menggunakan strategi

pembelajaran koperatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Walau bagaimana pun, guru harus sedar dalam membuat pilihan strategi,

kaedah dan teknik pengajaran yang lain yang sesuai dengan keperluan

pembelajaran murid. Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk

bergaul dengan rakan-rakan murid dari pelbagai latarbelakang sosio budaya

kerana ini dapat meningkatkan persefahaman antara murid dan mewujudkan

Page 48: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

37

suasana pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. Malahan,

terdapat bukti bahawa pencapaian akademik murid adalah dipengaruhi oleh

kesedaran budaya guru(Banks, 2004; Larke 1990; Nieto 2004; Sleeter &

Grant, 2003; Yeung, 2006). Pemerhatian juga menunjukkan bahawa

terdapat korelasi antara kesedaran guru terhadap kepelbagaian budaya dan

kaedah pengajaran yang digunakan(Brown (2004), iaitu guru yang

mempunyai tahap sensitiviti budaya yang tinggi telah terbukti lebih berkesan

dalam suasana kepelbagaian budaya(Cruikshank, 1986; Larke, 1990).

iii) Pengurusan bilik darjah – ini merupakan tugas yang agak sukar bagi

seorang guru. Namun, jika dirancang dan difikirkan dengan baik, boleh

membuahkan hasil yang di luar jangkaan dalam usaha merapatkan jurang

antara murid dari pelbagai latarbelakang sosio budaya. Gay telah

mendifinisikan pengurusan bilik darjah dengan cara yang lebih sensitif

budaya. Menurut Gay pengurusan bilik darjah ”melibatkan usaha

mewujudkan dan mengekalkan suasana bilik darjah yang selesa secara

peribadi, inklusif berdasarkan keperluan kaum dan secara intelek

memberangsangkan.” (Gay, 2006, cited in Tsioumis Kostis, Penderi

Efthymia, 2009). Gay(2006) juga telah menjelaskan dengan lebih lanjut lagi

punca masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam bilik darjah murid

pelbagai budaya. Antaranya ialah konflik budaya, salah faham,

ketidakselarasan antara norma tingkahlaku di sekolah dan sosialisasi budaya

murid-murid pelbagai etika dan budaya.(Gay, 2006, cited in Tsioumis, K. et.

al., 2009). Justeru itu, guru perlu mendapatkan maklumat tentang

latarbelakang sosio budaya murid, memahami amalan budaya murid dan

menerangkan dengan teliti harapan baru kepada mereka. Malah, terdapat

bukti yang menunjukkan bahawa pengajaran yang peka terhadap

kepelbagaian sosio budaya murid boleh meninggalkan impak yang positif

terhadap murid-murid berpencapaian rendah dan juga murid-murid

berpencapaian tinggi. Sebagai contoh, memahami budaya murid mungkin

berbeza-beza tentang pelbagai aspek seperti ketepatan waktu, kehadiran di

sekolah, nilai, tingakah laku peribadi dan di khalayak ramai. Guru yang

mempunyai kefahaman yang tinggi tentang aspek-aspek tersebut dapat

membantu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mesra

Page 49: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

38

budaya dan memastikan pengurusan bilik darjah yang berdisiplin dalam

kalangan murid-murid dari pelbagai latarbelakang sosio budaya.

iv) Harapan guru – guru perlu mengelakkan daripada meletakkan harapan yang

terlalu tinggi terhadap satu kumpulan murid dari kumpulan sosio budaya

tertentu dan memandang rendah terhadap kumpulan murid yang lain,

Beberapa kajian menunjukkan bahawa terdapat korelasi antara harapan

guru dengan tahap pencapaian murid. Justeru itu, guru perlu membantu

murid tanpa mengira kaum, kumpulan etnik atau jantina tanpa pilih kasih

terhadap mana-mana kumpulan murid. Pada hari ini, murid sangat teliti

memerhatikan tindakan guru. Oleh yang demikian, guru perlu memberi

perhatian terhadap semua murid terutama murid-murid yang lemah seperti

mana guru memberi perhatian kepada murid-murid yang cemerlang dan

berkebolehan. Dengan cara begini, murid akan lebih menghargai dan

menghormati guru

v) Resos – guru perlu rancang dan gunakan resos pengajaran dan

pembelajaran yang bersesuaian dan mengelakkan sensitiviti kumpulan

pelbagai sosio budaya. Guru perlu memahami latarbelakang sosio budaya

murid dan perlu dapat mengenalpasti dan mera’ikan perbezaan tersebut

kerana kajian menunjukkan terdapatnya korelasi antara pencapaian murid

dengan tahap kefahaman budaya oleh guru. Selain itu, penggunaan resos

pengajaran yang bersesuaian membolehkan murid dari pelbagai

latarbelakang sosio budaya mudah membuat perkaitan dengan isi pelajaran.

Justeru itu, guru perlu mengenalpasti, menilai dan mengubahsuai serta

membangunkan bahan yang bersesuaian dengan keperluan murid dari

pelbagai latarbelakang sosio budaya.

Justeru itu, guru perlu secara berterusan berusaha untuk bergerak ke hadapan,

sebagai guru yang adil, tidak pilih kasih dan menghasilkan pengajaran yang

berkesan agar dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

mesra budaya. Usaha sebegini memerlukan masa dan tenaga dan tidak

mungkin dalam sekelip mata, malahan memerlukan usaha yang sedar dan

pemikiran yang reflektif di sepanjang profesion mengajar. Akhir sekali, menurut

Arth, sebagai guru “anda perlu tahu kehendak murid anda dengan berinteraksi

Page 50: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

39

dengan mereka dan ibu bapa mereka untuk mendapatkan strategi yang betul

dan prosedur yang berhasil”(dipetik dari John Franklin, 2005). “Anda juga perlu

perihatin terhadap apa yang anda sedang lakukan kerana akhirnya, guru yang

seharusnya membawa perbezaan.”(John Franklin, 2005)

3.2.2 Murid

Kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia mempunyai murid-murid dari pelbagai

kaum, etnik dan kumpulan budaya. Perbezaan ini memaparkan kepelbagaian

dalam cara berfikir, belajar dan berkomunikasi. Apakah implikasi mempunyai

murid-murid dari pelbagai latarbelakang sosio budaya dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah? Noriati et. al. (2011) mengemukakan

pandangan berkaitan perkara ini berdasarkan beberapa perspektif seperti

berikut:

i) Perbezaan individu

ii) Kumpulan etnik

iii) Kelas sosial

iv) Kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar

v) Gaya berfikir dan belajar

vi) Jantina

Reflek

“Tingkah laku guru dikatakan meninggalkan impak terhadap pembelajaran murid” Kaitkan penyataan ini dengan pengalaman anda.

Bincang dalam kumpulan impak positif dan negative tindakan guru terhadap murid-murid dari pelbagai latarbelakang sosio budaya.

Murid dari pelbagai latarbelakang sosio budaya yang belajar dan bermain

bersama-sama adalah lebih bersedia untuk dunia yang mereka hadapi sekarang

dan dunia yang akan mereka hadapi pada masa hadapan.(Marietta Saravia-

Page 51: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

40

Shore, n.d.). Sesungguhnya pembelajaran dalam kelas pelbagai sosio budaya

adalah baik untuk semua kerana ia membekalkan murid dengan pengalaman

budaya dan bahasa yang membolehkan mereka belajar tentang pengalaman

dan kepercayaan yang berbeza dari rakan-rakan lain. Selain itu, pengalaman

dalam bilik darjah ini juga dapat menyediakan kepada murid pengalaman

kehidupan berinteraksi dengan orang lain dari pelbagai latarbelakang sosio

budaya pada masa akan datang. Ringkasnya, belajar dalam bilik darjah yang

terdiri dari murid pelbagai latarbelakang budaya membekalkan pengalaman

kepada murid-murid. Pengalaman ini menjadikan murid-murid lebih saling

menerima dan menyesuaikan diri dengan orang yang berbeza dari mereka.

Pengalaman seperti ini juga memberi peluang kepada murid untuk

berkomunikasi secara berkesan dan mereka juga belajar hidup saling

menghormati antara satu sama lain. Malahan, pengalaman ini membantu

membuka minda mereka terhadap orang lain dan boleh mengelakkan mereka

dari berfikiran prejudis, stereotype dan pilih kasih. antara satu sama lain m

Selain itu, murid dari pelbagai latarbelakang sosio budaya juga mendapat

peluang untuk berkembang sebagai individu dan sebagai agen perubahan.

Pengalaman positif ini membantu mereka menambah pengetahuan tentang

budaya lain, memperolehi kemahiran berinteraksi dengan kumpulan budaya

yang lain dan belajar menghargai nilai-nilai budaya lain lantas membolehkan

mereka membuat keputusan secara reflektif dalam untuk tujuan situasi peribadi

mahu pun sosial. Lantas, pengalaman seperti ini menjadikan murid-murid

sebagai warganegara yang baik dalam masyarakat berbilang kaum seperti di

Malaysia.

3.2.3 Sekolah

Sekolah memainkan peranan penting dalam penyebaran norma dan amalan

pelbagai budaya. Walau pun sekolah-sekolah di Malaysia perlu akur pada polisi

pendidikan kebangsaan, namun setiap sekolah boleh melaksanakan gaya

pelaksanaan pendidikan masing-masing. Dengan gaya yang berbeza ini

sekolah-sekolah menonjolkan ciri-ciri tertentu dalam beberapa aspek seperti

berikut:

Page 52: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

41

i) Hubungan guru murid

ii) Interaksi dalam kalangan komuniti sekolah

iii) Pengurusan masa

iv) Proses pengajaran dan pembelajaran

v) Penggunaan resos

Menurut Noriati et. al.(2011), murid dari pelbagai latarbelakang budaya datang

ke sekolah dengan amalan budaya masing-masing dan ini mempengaruhi

suasana sosio budaya sekolah. Justeru itu, pentadbir sekolah perlu memikirkan

suasana sosio budaya yang sesuai di sekolah masing-masing. Kegagalan

kebanyakan sekolah untuk menangani isu-isu komunikasi merentas budaya

boleh menyumbang kepada masalah-masalah di sekolah.

Selain dari itu, penglibatan ibu bapa juga boleh mempengaruhi suasana sosio

budaya sekolah. Biasanya, sekolah melibatkan ibu bapa dalam pelbagai aktiviti

seperti berikut:

i. program kecemerlangan akademik

ii. sukan dan permainan

iii. aktiviti kokurikulum

iv. perkhidmatan komuniti

v. aktiviti bekerjasama di sekolah

Selain itu, antara program yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang melibatkan

ibu bapa adalah seperti berikut:

• Mesyuarat tahunan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) • Hari kokurikulum dan Hari Kantin • Hari Terbuka Sekolah

• Forum and Dialog antara ibu bapa dan guru di sekolah

• Gotong Royong

Page 53: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

42

• Sambutan Hari Guru di sekolah

• Aktiviti mengeratkan silaturrahim dalam kalangan komuniti pelbagai

sosio budaya di sekolah bersama ibu bapa

Reflek

Berdasarkan pengalaman anda, bincangkan suasana sosio budaya di sekolah anda. Sejauh manakah pentadbir sekolah telah berjaya mewujudkan suasana mesra sosio budaya dalam kalangan komuniti sekolah?

3.2.4 Kurikulum Tersembunyi

Kurikulum tersembunyi merujuk kepada iktibar, nilai dan perspektif yang tidak

rasmi, tidak dijangkakan dan tidak bertulis yang dipelajari oleh murid di

sekolah.(The Glossary of Education Reform, online article, 2012). Penjelasan

lanjut tentang kurikulum tersembunyi merangkumi pelbagai faktor seperti berikut:

i) Harapan guru – Ini merujuk kepada harapan akademik, sosial dan tingkahlaku

yang ditetapkan oleh sekolah dan pendidk yang menyampaikan pesanan kepada

murid. Sebagai contoh, seorang guru yang memberikan tugasan yang mencabar

kepada dan mengharapkan murid dari latarbelakang budaya tertentu atau murid

yang berpencapaian tinggi untuk memperolehi pencapaian yang cemerlang

sebenarnya memberi peluang kepada murid tersebut untuk mendapatkan rasa

kejayaan dan dapat belajar lebih dari seorng murid yang diberi tugasan mudah

oleh guru dan kerap diberikan markah lulus walau pun mereka sebenarnya tidak

layak menerima markah tersebut dan hasilan kerja murid tersebut tidak

mencapai tahap kualiti yang sepatutnya. Sebenarnya, guru yang mempunyai

harapan yang rendah terhadap pencapaian murid menerapkan nilai negative

dalam kalangan murid kerana mereka hanya akan berusaha secara minimal

untuk menyiapkan tugasan dan minat mereka pula terhadap sesuatu

matapelajaran adalah rendah. Justeru itu, orientasi yang guru amalkan sama

ada meletakkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang tinggi atau rendah

Page 54: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

43

dalam kalangan murid dari pelbagai latarbelakang sosio budaya yang

sebenarnya akan menyemai nilai-nilai yang dikenali sebagai kurikulum

tersembunyi yang akan menghasilkan corak sosio budaya yang ketara dalam

kalangan murid.

ii) Nilai-nilai budaya: Nilai-nilai yang diamalkan disekolah-sekolah dan

digalakkan oleh pendidik serta rakan sebaya seperti kumpulan secara berpuak-

puak dalam kalangan kumpulan pelbagai sosio budaya turut akan

menyampaikan pesanan yang tersirat. Sebagai contoh, ada antara sekolah yang

akan memberi ganjaran kepada murid-murid yang akur dengan peraturan

sekolah manakala ada pula yang kurang menghiraukan aspek ini. Amalan begini

menerapkan nilai-nilai tertentu dalam diri murid – sama ada positif atau negative

– bergantung kepada cara sesuatu peraturan itu dikuatkuasakan. Orientasi

sekolah juga mempengaruhi corak sosio budaya komuniti sekolah dan

penerapan nilai-nilai tersirat yang akan menggalakkan murid-murid dan ahli-ahli

lain di sekolah untuk mengamalkan nilai-nilai tersebut yang diterima secara

eksplisit atau implisit.

iii) Perspektif budaya: Sekolah mencerminkan cara-cara unggul dalam

mengenalpasti mengintegrasi atau menghargai pelbagai perpektif sosio budaya.

Ini dapat menyampaikan maksud tersurat dan tersirat. Sebagai contoh,

beberapa sekolah menguatkuasakan agar semua murid bertutur dalam bahasa

rasmi pada setiap masa dan tidak membenarkan bahasa-bahasa lain digunakan

semasa di sekolah manakala beberapa sekolah lain pula menggalakkan

penggunaan pelbagai bahasa sebagai tanda pengiktirafan kepelbagaian budaya

dan bahasa. Amalan sedemikian boleh mempengaruhi corak sosio budaya di

sekolah dan menyebabkan murid-murid mengalami perasaan diterima atau

disingkir.

iv) Kurikulum: Matapelajaran yang diajar disekolah-sekolah turut

menyampaikan pelbagai ideology dan maksud nilai-nilai tertentu. Sebagai

contoh, guru boleh menerapkan nilai-nilai tertentu dalam pengajaran

matapelajaran Sejarah untuk tajuk “Penaklukan Jepun di Tanah Melayu”. Guru

boleh menerapkan sama ada perasaan benci terhadap bangsa Jepun kerana

kezaliman mereka semasa penaklukan Jepun di Tanah Melayu atau guru juga

Page 55: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

44

boleh memperkenalkan tajuk tersebut dengan mengaitkan peranan negeri Jepun

sebagai Negara maju yang patut dicontohi kerana etika kerjanya yang

cemerlang. Selain itu, guru juga boleh menimbulkan rasa permusuhan dan

kepencian terhadap bangsa Jepun kerana sikap zalim mereka terhadap bangsa

Melayu dan Cina semasa penaklukan bangsa Jepun di Tanah Melayu. Di

sebaliknya guru boleh menerapkan rasa penghargaan dalam kalangan murid

terhadap bangsa Jepun yang telah maju dan memperolehi pencapaian yang

membanggakan dalam kalangan negara-negara di Asia. Perasaan yang

ditanam dalam sanubari murid-murid akan terpahat dalam diri masing-masing

dan ini akan mempengaruhi persepsi murid terhadap bangsa dan Negara Jepun.

v) Strategi pengajaran: Cara guru mengendalikan proses pengajaran dan

pembelajaran juga dapat menyampaikan maksud tersurat dan tersirat. Pilihan

guru terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran meninggalkan impak

terhadap pembelajaran murid dan ini meninggalkan kesan intrinsic dan ekstrinsik

terhadap murid. Sebagai contoh, penggunaan kaedah projek dalam

pembelajaran memerlukan murid-murid bekerjasama dengan rakan-rakan

sekelas tanpa mengira latarbelakang sosio budaya. Murid perlu bincang,

mendengar secara tekun, terlibat secara aktif, mengurus masa dengan tepat

dan mengikut semua peraturan yang diberikan. Murid juga belajar kemahiran

berfikir secara kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah. Dalam proses ini,

murid memperolehi beberapa nilai seperti tekun, bijak menggunakan resos dan

motivasi kendiri. Semua ini merupakan nilai-nilai intrinsic yang walau pun tidak

diberitahu, namun tersemai secara tersirat dalam kalangan murid-murid dari

pelbagai latarbelakang sosial.

vi) Peraturan-peraturan sekolah: Peraturan-peraturan formal disekolah turut

menyampaikan nilai-nilai tersurat dan tersirat. Sebagai contoh, peraturan

berpakaian di beberapa sekolah yang membenarkan murid-murid memakai

pakaian tertentu dan melarang beberapa pakaian lain (skirt pendek, pakaian

ketat, pakaian yang menjolok mata) turut meninggalkan kesan dan

menyampaikan nilai-nilai tersurat dan tersirat dari segi penampilan murid. Dalam

hal ini, peraturan pakaian yang ketat memberi iktibar kepada murid bahawa

mereka akan dinilai dari segi penampilan diri dan oleh itu mereka lebih berhati-

hati memilih pakaian sama ada di dalam atau pun di luar sekolah. Secara

Page 56: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

45

umum, peraturan sekolah mewujudkan suasana yang membuatkan sesiapa jua

yang masuk ke kawasan sekolah merasai sama ada atau tidak sekolah itu

merupakdan sebuah organisasi yang cemerlang atau sebaliknya. Malahan,

semua anggota sekolah faham tentang peranan mereka dan mengapa mereka

berada di sekolah itu serta melayan antara satu sama lain dengan rasa hormat.

Justeru itu, kurikulum tersembunyi dikatakan “tersembunyi” kerana kebanyakan

hikmah dan nilai yang disampaikan adalah sukar untuk dilihat secara nyata. Ia

juga dikatakan tersembunyi kerana guru dan pihak sekolah menyibarkan nilai-

nilai yang tidak dinyatakan secara bertulis atau disebutkan dalam mana-mana

sukatan pelajaran atau dokumen panduan kurikulum tetapi disampaikan secara

tidak langsung. Malahan, kurikulum tersembunyi diajar secara tidak langsung

apabila guru mengajar kurikulum yang telah dirancang. Sebagai contoh, elemen

dan nilai moral yang diperolehi melalui aktiviti kokurikulum adalah dianggap

sebagai kurikulum tersembunyi. Ini menunjukkan bahawa kurikulum tersembunyi

akan secara tidak langsung membantu meningkatkan potensi murid-murid

sekolah sebagaimana yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rumusan

Antara perkara penting yang dibincangkan dalam topik ini adalah seperti berikut:

• Konsep kepelbagaian sosio budaya merangkumi bangsa, kelas sosial, kebolehan, gaya dan suasana pembelajaran yang berbeza, etnisiti, umur, jantina, agama, dan beberapa dimensi lain yang membentuk identiti seseorang murid dan impaknya terhadap pengalaman pengajaran dan pembelajarannya”(Kertas Perbincangan E-Forum , 2011).

• Antara isu yang berkaitan dengan murid-murid dari pelbagai latarbelakang sosio budaya adalah toleran, hormat, konflik, sikap dan persefahaman

• Berikut adalah beberapa cara mewujudkan suasana mesra budaya dalam bilik darjah dan sekolah:

o Mengajar dengan penuh dedikasi dan memperlihatkan tahap profesionalisme yang tinggi tanpa membezakan bangsa dan kelas sosial murid. Murid perlu diberikan layanan yang sama rata.

o Beri peluang kepada murid bergaul antara kaum yang berbeza dan elakkan daripada meletakkan murid-murid dari bangsa atau latarbelakang budaya yang sama dalam kumpulan yang sama.

o Guru perlu mengajar dengan penuh dedikasi dan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran selaras dengan tahap pencapaian

Page 57: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

46

dan minat murid. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan strategi pembelajaran kooperatif yang dapat menggalakkan interaksi dan memberi peluang kepada murid pelbagai latarbelakang budaya.

o Galakkan murid berfikir dengan memberi motivasi, senyuman, pujian dan menggunakan gaya kecindan serta menjelaskan perkara-perkara yang mereka perlu lakukan tanpa berleter.

o Guru perlu menghormati murid tanpa mengira latarbelakang sosial dan budaya mereka. Galakkan murid-murid untuk saling hormat menghormati antara satu sama lain

o Galakkan penggunaan bahasa rasmi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

o Guru perlu memainkan peranan sebagai suri teladan kepada murid-murid dari pelbagai latarbelakang sosial dan budaya agar dapat dijadikan contoh yang baik dalam bilik darjah.

o Mewajibkan murid-murid dari pelbagai kumpulan sosio budaya dan kelas sosial untuk mendaftar keahlian dalam pelbagai persatuan. Elakkan penglibatan murid dari kumpulan sosio budaya yang sama dalam sesuatu persatuan yang sama bagi mengelakkan prejudis terhadap kaum lain.

• Cara mewujudkan suasana mesra budaya dalam kalangan komuniti sekolah:

o Pembentukan jawatankuasa kerja hendaklah memastikan agar penglibatan semua anggota sekolah dari pelbagai kumpulan sosio budaya bagi memastikan mereka dapat bekerjasama dan belajar memahami serta menghormati antara satu sama lain.

o Galakkan semua komuniti di sekolah menjalankan aktiviti tanpa mengira kumpulan sosio budaya dan menggunakan bahasa rasmi bagi mengelakkan salah faham antara satu sama lain.

o Menyediakan suasana sosial yang membolehkan murid-murid dari pelbagai kumpulan sosio budaya untuk mempelajari cara-cara mengendalikan perbezaan antara kumpulan sosio budaya.

• Implikasi kepelbagaian budaya yang dibincangkan dalam topik ini merangkumi aspek-aspek guru, murid, sekolah dan kurikulum tersembunyi.

o Beberapa perkara yang dibincangkan dari aspek guru adalah layanan guru yang perlu adil terhadap murid, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru, pengurusan bilik darjah, harapan guru dan resos pengajaran dan pembelajaran.

o Dari aspek murid pula aspek yang dikenalpasti adalah perbezaan individu, perbezaan individu, kumpulan etnik, kelas sosial, kawasan bandar berbanding kawasan luar bandar, gaya berfikir dan belajar serta jantina

o Dari aspek sekolah pula, gaya pelaksanaan pendidikan yang berbeza diamalkan oleh sekolah-sekolah telah menonjolkan ciri-ciri tertentu dalam beberapa aspek seperti berikut hubungan guru murid, interaksi dalam

Page 58: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

47

kalangan komuniti sekolah, pengurusan masa, proses pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan resos. Peranan dan penglibatan ibu bapa turut dikenalpasti. Biasanya, sekolah melibatkan ibu bapa dalam pelbagai aktiviti seperti program kecemerlangan akademik, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum, perkhidmatan komuniti dan aktiviti bekerjasama di sekolah, Mesyuarat tahunan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), Hari kokurikulum dan Hari Kantin, Hari Terbuka Sekolah, Forum and Dialog antara ibu bapa dan guru di sekolah, Gotong Royong, Sambutan Hari Guru di sekolah dan aktiviti mengeratkan silaturrahim dalam kalangan komuniti pelbagai sosio budaya di sekolah bersama ibu bapa

o Akhir sekali aspek kurikulum tersirat telah dibincangkan. Kurikulum tersembunyi merujuk kepada iktibar, nilai dan perspektif yang tidak rasmi, tidak dijangkakan dan tidak bertulis yang dipelajari oleh murid di sekolah.(The Glossary of Education Reform, online article, 2012). Penjelasan lanjut tentang kurikulum tersembunyi merangkumi pelbagai faktor seperti harapan guru, nilai-nilai budaya, perspektif budaya, kurikulum, strategi pengajaran dan peraturan-peraturan sekolah.

RUJUKAN Brenda Smith Myles — Autism Society, (2009) Making Sense of the Hidden Curriculum.

Retrieved from http://www.education.com/reference/article/hidden-curriculum-school-asperger/

E-Forum 2011 Discussion Paper Socio-Cultural & Curriculum. Retrieved from : http://www.ibe.unesco.org/fileadmin/user_upload/COPs/News_documents/2011/E-

Forum/ENG_E-Forum_2011_Discussion_Paper_Socio-Cultural_Diversity_and_Curriculum.pdf

Hidden curriculum (2014, August 26). In S. Abbott (Ed.), The glossary of education reform.

Retrieved from http://edglossary.org/hidden-curriculum Hidden curriculum: Description of the term hidden curriculum. Retreived from: http://www.kdp.org/images/jackson.jpeg.

John Franklin(2005). Managing the Multicultural Classroom. May 2005 | Volume 47 | Number 5,

Promoting Diverse Leadership, Effective Learning Communities Are Built on Understanding. Retrieved from http://www.ascd.org/publications/newsletters/education-update/may05/vol47/num05/Managing-the-Multicultural-Classroom.aspx

Marietta Saravia-Shore(n.d) “Educating Everybody's Children: Diverse Teaching Strategies for

Diverse Learners, Revised and Expanded 2nd Edition”. Edited by Robert W.Cole(n.d).Retrieved from: http://www.ascd.org/publications/books/107003/chapters/diverse-teaching-strategies-for-diverse-learners.aspx

Monica A. Devanas(n.d). Cultural Diversity and its Effects on Learning and Teaching. Teaching

Excellence Center Rutgers University. Retrieved from: https://ctaar.rutgers.edu/presentations/facdev/MCCfacdevday.ppt

Page 59: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

48

“Teachers working in culturally diverse classrooms: implications for the development of

professional standards and for teaching education” (n.d): http://www98.griffith.edu.au/dspace/bitstream/handle/10072/23079/50309_1.pdf?sequenc e=1

Najeemah Mohd Yusof.(n.d). Multicultural Education:Managing Diversity in Malaysian schools.

USM Race, Ethnicity and culture: Cultural Expectation and Students learning. Retrieved from:

http://www.answers.com/topic/race-ethnicity-and culturalexpectations-and-student-learning

Tsioumis Kostis, Penderi Efthymia( 2009). Responsive Classroom Management in a Multicultural School Context. Retrieved from:

http://gerflint.fr/Base/SE_europeen2/tsioumis.pdf

Page 60: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

49

Sinopsis:

Topik ini menghuraikan tentang konsep ketaksamaan peluang pendidikan, unsur

yang menghasilkan peluang pendidikan yang tidak sama yang merangkumi

kelas social, jantina, kumpulan minority dan murid-murid berkeperluan khas.

Akhir sekali topik ini menganalisis isu-isu tentang peluang pendidikan bagi

semua murid khususnya bagi murid Orang Asli, penduduk pribumi dan penduduk

pendalaman.

Hasil Pembelajaran:

1. Menjelaskan konsep ketaksamaan peluang pendidikan.

2. Mengenalpasti unsur-unsur yang menyumbang kepada berlakunya

ketaksamaan peluang pendidikan.

3. Menganalisis isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan khususnya bagi

murid Orang Asli, penduduk pribumi, penduduk pendalaman.dan murid-

murid berkeperluan khas.

Rajah 4.1 : Ketaksamaan Peluang Pendidikan(Cited from Noriati et. al.( 2011)

TOPIK 4 KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

Ketaksamaan peluang pendidikan

Konsep ketaksamaan peluang pendidikan

Konsep ketaksamaan peluang pendidikan

Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan untuk murid Orang Asli, Pribumi dan murid berkeperluan khas

Kelas sosial

Jantina

Kumpulan minoriti

Murid berkeperluan khas

Page 61: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

50

Pengenalan

Ketaksamaan peluang pendidikan telah lama dibincangkan dan ini telah

mendorong kajian dijalankan berkaitan kesan-kesannya di sekolah dan pengaruh

status sosio ekonomi terhadap ketaksamaan pencapaian akademik antara kaum

dan kumpulan etnik. Coleman Report (1966) telah mendokumentasikan

pencapaian rendah dalam kalangan kumpulan minoriti dan kanak-kanak miskin

sebagai berpunca daripada kekurangan resos pengajaran di sekolah. Laporan

tersebut juga telah mengesan banyak perbezaan antara sekolah-sekolah yang

berkaitan dengan impak latarbelakang keluarga murid. Justeru itu, satu daripada

cara untuk merapatkan jurang antara murid-murid dari kumpulan majority dengan

kumpulan lain adalah dengan meningkatkan peluang kesamaan dalam

pendidikan tanpa mengira jantina dan kaum/bangsa. Menyedari hakikat ini,

Kementerian Pendidikan Malaysia telah dan sedang menambahbaik situasi ini

dengan hasrat dapat merapatkan jurang antara kumpulan-kumpulan tersebut

dan juga meningkatkan kualiti pendidikan(Noriati et.al, 2011). Sebagai contoh,

pelaksanaan Polisi Ekonomi Baru(1970 to 1990) yang bertujuan untuk

mengukuhkan perpaduan kaum telah memperkenalkan berbagai program bagi

merapatkan jurang dalam peluang pendidikan antara yang kaya dan miskin di

beberapa kawasan di antara komuniti melalui pembangunan resos dan

kemudahan(Noriati et.al, 2011). Dengan langkah-langkah ini, diharapkan dapat

mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia.

4.1 Konsep Ketaksamaan Peluang Pendidikan Konsep ketidaksamaan boleh ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan

kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok

etnik lain dengan kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti

kemudahan, peralatan, peluang kerjaya dan sebagainya. (Noriati et. al. 2011).

Ketidaksamaan peluang pendidikan dirujuk kepada keadaan di mana akses

kepada pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk kerana faktor-faktor

tertentu. Dalam konteks Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin

disebabkan oleh beberapa faktor seperti kedudukan sekolah, latar belakang

pelajar, status sosioekonomi, pencapaian akademik, minat pelajar, peluang

hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa. .(Noriati et.al, 2011)

Page 62: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

51

4.2.0 Unsur-Unsur Yang Menyebabkan Ketaksamaan Peluang Pendidikan 4.2.1 Kelas sosial Kelas sosial adalah sekumpulan manusia yang sama dari segi status dan

berkongsi taraf kekuasaan dan kekayaan yang hamper sama. Dari segi

sosiologi, kelas sosial dianggap sebagai satu bentuk stratifikasi sosial. Ahli

sosiologi mendefinisikan kelas social sebagai kelompokan manusia berdasarkan

pekerjaan contohnya doktor, peguam dan pensyarah. Pelbagai posisi ini

mewakili tahap, pengaruh dan pendapatan yang berbeza(Barrow, 2012). Walau

bagaimana pun, Meighan (1986, cited in Noriati et.al, 2011) menjelaskan bahawa

walau apa pun definisinya, kelas sosial menunjukkan kepelbagaian gaya hidup

dan pendapatan. Kelas sosial boleh dibahagikan kepada kelas social atasan,

kelas social pertengahan dan kelas sosial bawahan. Masyarakat kapitalis

membahagikan kelas social kepada golonggan bourgeoisie and proletariat (Karl

Marx, n.d.). Bourgeoisie merupakan golongan atasan dan proletariat pula adalah

golongan buruh.

Dari segi ekonomi, pekerjaan sangat penting kerana merupakan sumber

kewangan, kestabilan dan kemudahan seperti penjagaan kesihatan. Ramai ahli

sosiologi, seperti Max Weber (2010) walau bagaimana pun, mencadangkan lima

kelas sosial iaitu kelas atasan yang kaya, kelas atas pertengahan yang

berpendidikan, profesional dan berkedudukan teguh dalam organisasi, golongan

pertengahan bawahan yang terdiri daripada graduan serta pemegang sijil

diplopa, golongan pekerja berkolar biru yang merupakan pemegang Sijil

Pelajaran Malaysian dan sijil tingkatan tiga dan akhir sekali golongan paling

bawah yang memiliki kelayakan paling rendah dan tidak pernah menerima

sebarang pendidikan formal.

Di Malaysia juga terdapat stratifikasi sosial. Berdasarkan Unit Perancangan

Ekonomi(2001), golongan berpendapatan rendah di Malaysia adalah mereka

yang menerima pendapatan di bawah RM1500 to RM3500, manakala yang

berpendapatan tinggi pula berpendapatan sekitar RM3500 and above.(as cited in

Noriati, et.al, 2011). Berdasarkan kewujudan kelas sosial ini, ketaksamaan

peluang pendidikan menjadi ketara kerana golongan berpendapatan tinggi

Page 63: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

52

mempunyai kemampuan untuk menikmati pelbagai peluang pendidikan dan lain-

lain peluang yang tersedia sama ada di dalam atau di luar negara. Mereka

mampu memenuhi semua keperluan pendidikan anak-anak mereka. Murid-

murid dalam golongan ini dijaga dari segi kesihatan kerana, mendapat bekalan

makanan yang seimbang dan makanan tambahan yang diperlukan untuk

meningkatkan tahap kecerdasan mereka. Mereka juga diberi kemudahan yang

tidak dapat dikecapi oleh murid-murid dari golongan kelas bawahan

memandangkan kemampuan ibu bapa yang terhad untuk menghantar anak-anak

mereka ke luar negara atau melanjutkan pelajaran di kolej swasta.

Seterusnya, menurut Noriati et. al.(2011) satu lagi jurang yang jelas dapat

mengakibatkan ketaksamaan peluang pendidikan adalah dalam bidang

komunikasi dan teknologi maklumat di mana murid dari gorongan berpendapatan

tinggi disediakan dengan komputer, perisian yang canggih, i-pod dan i-phone

dan dengan ini membolehkan murid melayari internet untuk mendapatkan

maklumat dan bantuan tentang pembelajaran secara mudah dan cepat. Walau

bagaimana pun, murid dari golongan berpendapatan rendah tidak dapat

memperolehi maklumat dari internet kerana kurang berkemampuan untuk

menyediakan peralatan dan kemudahan internet kepada anak-anak mereka.

Keadaan ini berkaitan rapat dengan peluang pendidikan di mana kemudahan

mengakses internet dapat mewujudkan dunia tanpa sempadan untuk murid-

murid dari kelas sosial yang tinggi berbanding dengan kumpulan sosial rendah

yang tidak mendapat semua kemudahan ini.t.al, 2011)

4.2.2 Jantina Jurang antara jantina dikatakan masih wujud di kebanyakan negara. Sebagai

contoh, hamper 81% murid perempuan mendaftar di sekolah-sekolah rendah

berbanding dengan 86% murid lelaki. Di Cambodia kemasukan di sekolah

menengah terdiri daripada 19% murid perempuan berbanding dengan 30%

murid lelaki, manakala di Papua New Guinea, sejumlah 21% terdiri dari murid

perempuan dan 27% lelaki (UNGEI, 2007, as cited in Noriati et. al, 2011). Walau

bagaimana pun, perempuan tidak semestinya terpinggir di semua kawasan. Di

negara-negara seperti Philippines, Mongolia dan Malaysia, bilangan lelaki yang

menghadiri sekolah menengah adalah kurang berbanding dengan perempuan.

Page 64: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

53

Satu daripada puncanya adalah kerana murid lelaki menamatkan pendidikan

formal untuk bekerja sepenuh masa bagi menyara keluarga. Sebagai contoh,

65% murid perempuan menghadiri sekolah menengah berbanding dengan 54%

murid lelaki di negara tersebut (UNGEI, 2007, as cited in Noriati et. al, 2011).

Maklumat tersebut menunjukkan bahawa ketaksamaan peluang dalam aspek

jantina adalah ketara bukan sahaja di Malaysia, malah juga dalam hamper setiap

budaya dan masyarakat di seluruh dunia. Hal ini berlaku mungkin kerana

pelbagai dimensi perspektif yang dipegang oleh masyarakat dari pelbagai

latarbelakang budaya dari berlainan negara-negara berkenaan kepentingan

pendidikan. Sebagai contoh, di beberapa negara, lelaki diberikan lebih

keutamaan dalam masyarakat dan perempuan pula lebih didominasi oleh kaum

lelaki. Malahan, menurut pandangan beberapa agama di dunia, tanggungjawab

tertentu diberikan kepada lelaki dan perempuan dan ini menjadi ciri utama

keseluruhan sistem sosial yang mengakibatkan agihan kuasa, prestij dan

kekayaan yang tidak sama rata. Justeru itu, ketaksamaan jantina sebenarnya

memberi kesan terhadap setiap aspek sesuatu budaya dalam sesebuah

masyarakat dan kesan yang paling ketara adalah ketaksamaan pendidikan

antara jantina. Dalam bidang perguruan contohnya, ketaksamaan peluang

pendidikan antara jantina merupakan fenomena yang telah lama wujud dan kita

perlu sedar bahawa hal ini meninggalkan impak terhadap lelaki dan perempuan

serta kemajuan negara. Justeru itu, bagi mencari penyelesaian terhadap isu

ketaksamaan peluang pendidikan mengikut jantina, kita perlu mengenalpasti

masalah-masalah asas ketaksamaan antara jantina dalam konteks budaya

Malaysia.

Reflek

Berdasarkan pengalaman anda, sejauhmanakah ketaksamaan peluang pendidikan berlaku dalam bilik darjah sekolah-sekolah di Malaysia. Bincang dan kongsi dengan rakan-rakan anda.

4.2.3. Kumpulan Minoriti Kumpulan minority merujuk kepada sekumpulan kecil manusia dari bangsa,

agama dan budaya yang sama di tempat di mana terdapatnya kumpulan majoriti

Page 65: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

54

dari pelbagai bangsa, agama dan lain-lain(Kamus Dewan, 2007 dipetik dari

Noriati et.al, 2011). Di Malaysia, orang Melayu merupakan kumpulan majority

manakala kumpulan-kumpulan lain seperti China, India, Kadazan, Iban, Bidayuh

dan lain kumpulan etnik merupakan kumpulan minority.

Kumpulan Orang Asli merupakan kumpulan minority di Malaysia kerana

jumlahnya hanya 105,000 dalam tahun 1997 mewakili hanya 0.5 peratus

daripada penduduk negara dan mereka tinggal di kawasan luar bandar dan

kawasan pendalaman di mana mereka kelihatan terpinggir dalam banyak

aspek.(Collin, 1998). Selain itu, mereka mempunyai ciri khusus dari segi fizikal,

budaya, ekonomi dan tingkahlaku yang mungkin menjadi punca mereka

ketinggalan dalam arus perdana walau pun pelbagai langkah seperti

menyediakan peluang kesamaan pendidikan telah diambil oleh Kementerian

Pendidikan untuk merapatkan jurang antara kumpulan majoriti dan minoriti.

Kumpulan minoriti lain pula terdiri dari masyarakat pribumi di Sabah dan

Sarawak yang turut mengalami isu ketaksamaan peluang pendidikan akibat

lokasi mereka di kawasan pendalaman di Sabah and Sarawak. Kawasan-

kawasan tersebut kebanyakannya terputus dari kemudahan awam seperti

bekalan air bersih, letrik, komunikasi dan sistem pengangkutan, infrastruktur dan

kemudahan asas di sekolah. Semua ini menjadi faktor yang menyumbang

kepada berlakunya keciciran, jurang pencapaian yang besar berbanding dengan

kumpulan majoriti. Selain itu, jurang digital dalam kalangan murid dan guru juga

amat luas.

Seterusnya, terdapat juga kumpulan minoriti di sekolah-sekolah tertentu,

contohnya di sekolah jenis kebangsaan Cina, terdapat segelintir murid-murid

Melayu dan India dan lain-lain kaum. Manakala di sekolah-sekolah kebangsaan

pula terdapat kumpulan minority seperti murid-murid Cina, India dan lain-lain

kumpulan etnik. Kewujudan nisbah kumpulan sedemikian di sekolah

memerloukan sekolah lebih peka dan mengambil berat tentang cara hidup dan

budaya sesuatu kaum yang menjadi kumpulan minoriti agar kumpulan ini tidak

terpinggir dari segi peluang pendidikan yang ada. Kumpulan minority juga

sepatutnya diberikan peluang saksama untuk mencapai matlamat pendidikan.

Tambahan pula, guru seharusnya mampu menyesuaikan kurikulum sedia ada

Page 66: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

55

untuk memenuhi keperluan semua murid tanpa mengira bangsa, agama dan

budaya.

Reflek

Sejauhmanakah ketaksamaan peluang pendidikan wujud dalam bilik darjah di mana terdapat kumpulan minoriti. Bincangkan bagaimana guru dapat membantu dalam menyediakan kesamaan peluang pendidikan dalam bilik darjah berkenaan. Kongsi dengan rakan-rakan.

4.2.4 Kumpulan Berkeperluan Khas Kumpulan kanak-kanak berkeperluan khas (intellek, fizikal, emosi and sosial)

dianggap istimewa kerana ibu bapa dan guru menumpukan lebih perhatian

terhadap mereka berbanding dengan murid-murid normal. Murid-murid

berkeperluan khas terdiri di antaranya adalah autism, down syndrome, dyslexia,

masalah pembelajaran, terencat akal, masalah pendengaran dan penglihatan,

pintar cerdas, gangguan tingkahlaku dan lain-lain. Murid-murid dari kategori ini

memerlukan perhatian yang khusus dalam pendidikan.

Ketaksamaan peluang pendidikan untuk kumpulan ini wujud kerana kurangnya

peluang untuk mereka belajar, Walau bagaimana pun, pada masa kini,

kumpulan murid kurang upaya mempunyai akses dalam pendidikan di peringkat

sekolah rendah, menengah dan university. Sebagai contoh, Sekolah Rendah St

Nicholas di Penang dan Sekolah Princess Elizabeth di Johor Bahru merupakan

sekolah rendah yang paling awal menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak

yang mengalami masalah penglihatan pada tahun 1926 dan 1949 (Wong Huey

Siew and Sandiyao Sebestian, 2002; dipetik dari Noriati et.al, 2011).

Jika dikesan perkembangan sebelum kemerdekaan, penglibatan kerajaan dalam

menyediakan kemudahan pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas

adalah secara tidak langsung kerana tanggungjawab ini telah dipikul oleh

organisasi sukarela. Justeru itu, ketaksamaan dalam peluang pendidikan

menjadi sangat ketara kerana tumpuan yang terlalu diberikan kepada murid-

murid normal (Noriati et. al, 2011). Malahan, menurut Noraini Salleh (1995,

dipetik dari Noriati et. al, 2011), sebelum tahun 1960, komuniti murid

Page 67: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

56

berkeperluan khas dalam negara kita hanya diberi kemudahan pendidkan di

peringkat sekolah rendah sahaja. Mereka tidak diberi peluang untuk

menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah antara tempoh 1949

hingga 1962. Walau bagaimana pun, pada tahun 1962 kumpulan tersebut telah

diberi peluang untuk menyambung pendidikan mereka ke sekolah menengah,

.

Seterusnya, selepas kemerdekaan, kerajaan telah mula memainkan peranan

yang lebih aktf dalam menyediakan keperluan asas pendidikan untuk murid-

murid berkeperluan khas. Sebagai contoh, berdasarkan Akta Pendidikan 1961

kerajaan mengiktiraf hak murid-murid berkeperluan khas dalam menghadiri

sistem persekolahan formal. Malahan Laporan Kabinet 1979 turut

memperkenalkan berbagai perubahan dalam perkembangan pendidikan

berkeperluan khas di negara ini seperti memastikan penyediaan kemudahan dan

perkhidmatan pendidikan yang berkualiti untuk murid-murid berkeperluan khas.

Sehingga hari ini, Sekolah Pendidikan Khas disediakan untuk murid-murid

berkeperluan khas agar mereka dapat berdikari dan menyumbang kepada

negara. Unit Pendidikan Keperluan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

pula sedang mengintegrasikan pendekatan inklusif di sekolah-sekolah aliran

perdana. Langkah ini selaras dengan aspirasi antarabangsa untuk menyediakan

pendidikan untuk semua. Selain itu, antara cara-cara lain untuk merapatkan

jurang ketaksamaan pendidikan dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas

adalah seperti berikut:

• Kemudahan fizikal sekolah dan peralatan pendidikan keperluan khas

diubahsuai mengikut keperluan dan tahap keupayaan murid. Sebagai

contoh, peralatan sukan, makmal sains, komunikasi dan teknologi

maklumat dan makmal computer.

• Kepakaran guru pendidikan khas turut dititikberatkan dengan melatih

guru-guru khusus untuk murid-murid berkeperluan khas agar dapat

menangani masalah murid-murid berkeperluan khas.

• Menggunakan kurikulum yang sesuai untuk murid-murid berkeperluan

khas dengan menyediakan rancangan pengajaran yang khas untuk murid-

murid tertentu.

Page 68: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

57

Secara umum, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk

merapatkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan untuk murid-murid

berkeperluan khas. Sebagai contoh, kerajaan telah melaksanakan Program

Integrasi Pendidkan Khas, bilik darjah inklusif dan Sekolah Pendidikan Khas.

Selain itu, program intervensi awal seperti KIA2M dan program rehabilitasi khas

telah dilaksanakan untuk menangani masalah murid-murid berkeperluan khas

sejak awal berada di bangku sekolah.

Reflek

Pada masa lalu, kanak-kanak berkeperluan khas kurang menerima peluang pendidikan yang sewajarnya. Bincangkan peluang yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas. Kongsi dengan rakan-rakan anda.

4.3 Isu-Isu Peluang Ketaksamaan Peluang Pendidikan

4.3.1. Penduduk Orang Asli Orang Asli merupakan penduduk pribumi di Semenanjung Malaysia. Orang Asli

bermaksud “orang asal” atau “orang pertama”. Istilah ini diperkenalkan oleh ahli-

ahli antropologi dan pentadbir untuk 18 kumpulan sub-etnik yang diklasifikasikan

sebagai Negrito, Senoi dan Melayu Proto. Bilangan Orang Asli berjumlah

seramai 105,000 pada tahun 1997 mewakili 0.5 peratus daripada penduduk

keseluruhan Negara.(Nicholas,1997). Menurut Nicholas (2006) Orang Asli

bukan merupakan kumpulan homogenius, yang bermaksud mereka mempunyai

pelbagai budaya, tradisi dan cara hidup, kepercayaan dan bahasa.

Secara umum, sebahagian besar daripada ekonomi mereka masih bergantung

kepada pertanian asas dan alam sekeliling manakala pencapaian akademik

murid-murid Orang Asli masih rendah berbanding dengan kumpulan etnik lain di

Malaysia. Kadar keciciran yang tinggi merupakan isu yang nyata dalam

kalangan Orang Asli. Tambahan pula, hanya segelintir daripada mereka

menunjukkan pencapaian yang tinggi kerana kurang minat dan terdapatnya

persaingan sihat dari segi pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Menurut Noriati et. al (2011), kekurangan minat untuk belajar dalam kalangan

Page 69: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

58

Orang Asli sangat berkait rapat dengan ciri-ciri umum yang terdapat pada Orang

Asli yang dikatakan sebagai kumpulan yang merendah diri, pemalu, pasif, tidak

suka dipaksa untuk melakukan sesuatu, menitikberatkan kebebasan pergerakan,

lebih menggemari aktiviti fizikal dan lebih suka bekerja sebagai satu kumpulan.

Tambahan pula, Orang Asli lebih kurang ketahanan minda dan mempunyai daya

ingatan jangka pendek. Justeru itu, mereka mudah bosan dan mudah hilang

minat dalam pembelajaran. Tambahan pula, ramai ibu bapa Orang Asli yang

miskin dan tidak mampu menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik

serta pemakanan yang seimbang untuk anak-anak mereka. Tambahan pula,

terdapat dalam kalangan Orang Asli ibu bapa yang tidak tahu membaca atau

menulis dan tidak dapat membimbing anak-anak mereka dalam pelajaran. Ada

juga ibu bapa yang tidak dapat melihat perkaitan antara pendidikan dengan

kehidupan seharian mengakibatkan mereka menunjukkan kesedaran yang

rendah terhadap kepentingan pendidikan manakala ada pula yang tidak dapat

menghargai dan menyedari tentang kepentingan pendidikan. Sebagai contoh,

seorang guru dari Mah Meri di Selangor yang menyatakan bahawa punca utama

ketidakhadiran dan tahap keciciran murid di sekolah ialah akibat dari sikap ibu

bapa kumpulan pribumi yang tidak peduli(Nadchatram, 2007, dipetik dari Noriati

et al,2011). Apabila anak perempuan mereka berusia 10 atau 11 tahun, mereka

diminta mengasuh adik-adik dan melakukan kerja-kerja harian di rumah

manakala anak-anak lelaki pula diminta mengikut bapa ke laut untuk menangkap

ikan. Justeru itu, anak-anak tidak ke sekolah untuk membantu keluarga,

Keadaan ini menambahkan lagi jurang ketaksamaan pendidikan dalam kalangan

Orang Asli dengan penduduk-penduduk lain.

Seterusnya, Orang Asli menggunakan kurikulum yang sama dengan murid lain

dalam arus perdana. Bahasa penghantar ialah Bahasa Melayu dan bukan dalam

bahasa ibunda Orang Asli. Ini membuatkan mereka mengalami kesukaran untuk

memahami pelajaran yang disampaikan dan menganggap kurikulum yang

digunakan adalah tidak relevan dan tidak berguna untuk kehidupan mereka.

Berdasarkan beberapa pemerhatian, ramai Orang Asli meletakkan kepentingan

terhadap majlis-majlis kampong dan gaya hidup yang memberi kebebasan

kepada anak-anak mereka. Ini adalah kerana Orang Asli tidak suka terikat

dengan rutin. Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sukar jika

Page 70: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

59

murid tidak patuh kepada rutin bilik darjah dan ini mengakibatkan guru menjadi

sukar untuk melaksanakan pengurusan bilik darjah secara berkesan.

Berdasarkan dari beberapa pemerhatian dan maklumat yang dibincangkan,

terbukti bahawa beberapa faktor telah menyebabkan Orang Asli terpinggir dalam

beberapa peluang pendidikan dan walaupun isu sikap dalam kalangan Orang

Asli mungkin tidak mewakili semua masyarakat Orang Asli, namun isu-isu

ketaksamaan peluang pendidikan masih wujud dalam kalangan Orang Asli

berbanding dengan masyarakat majoriti di Malaysia. Menyedari hal ini, kerajaan

telah melaksanakan pelbagai strategi untuk merapatkan jurang ketaksamaan

peluang pendidikan dalam kalangan Orang Asli dengan kumpulan majoriti agar

kemajuan masyarakat Orang Asli dapat dicapai.

Perpustakaan:

Baca tentang ketaksamaan peluang pendidikan dalam

kalangan Orang Asli. Dapatkan seberapa banyak

strategi yang telah dilaksanakan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia untuk mengimbangkan

ketaksamaan peluang pendidikan.

4.3.2. Kumpulan Pribumi Menurut Kamus Dewan (2007) ‘kumpulan pribumi merujuk kepada “orang asal”

atau pribumi. Istilah ini, secara umumnya digunakan untuk merujuk kepada

semua kumpulan manusia yang dianggap sebagai penduduk asal Malaysia.

Mat Nor (1998) telah mendifinisikan kumpulan pribumi menurut klasifikasi undng-

undang pribumi, di mana terdapat dua kumpulan pribumi di Malaysia. Hassan

Mat Nor (1998) menklasifikasikan kumpulan ini kepada dua iaitu Bumiputera dari

Semenanjung Tanah Melayu yang terdiri dari Melayu, Iban, Bidayuh, Kayan,

Kenyah, Kelabit, Melanau, Penan dan lain-lain kaum di Sarawak, manakala satu

lagi kumpulan terdiri daripada orang Melayu, Kadazan, Dusun dan Bajau, dari

Sabah.

Page 71: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

60

Kumpulan etnik terbesar dari Sabah terdiri daripada Kadazan-Dusun. Kumpulan

Kadazan hidup di kawasan lembah dan bergiat secara tradisi dalam aktiviti

penanaman padi manakala kumpulan etnik Dusun hidup di kawasan

pergunungan di pendalaman Sabah. Kumpulan kedua terbesar di Sabah ialah

kumpulan Bajau. Ada antara mereka yang ke laut da nada pula hidup sebagai

petani dan penggembala lembu. Kumpulan Murut pula hidup di kawasan

pendalaman Borneo yang pada asalnya hidup memburu kepala tetapi telah

berubah menjadi penanam padi bukit dan menggunakan sumpit untuk

menangkap ikan.

Berdasarkan tempat tinggal beberapa kumpulan pribumi yang telah

dibincangkan, jelas sekali bahawa kebanyakan kumpulan pribumi tinggal di

kawasan pendalaman terutama di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana lokasi

tempat tinggal mereka adalah di kawasan pendalaman, ada antara mereka yang

kurang menerima arus perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan.

Mereka masih terus terikat dengan amalan budaya dan gaya hidup tradisional

dan menerima hanya sedikit perubahan yang melanda dunia pendidikan.(Noriati

et. al.,2011).

Berdasarkan keadaan tersebut, ketaksamaan peluang pendidikan jelas wujud

dalam kalangan penduduk pribumi dari segi tahap pencapaian murid, jurang dari

digital kerana lokasi rumah, latarbelakang komuniti dan status sosio ekonomi. .

Kekurangan kemudahan asas dan infrastruktur yang kurang baik di kawasan

pendalaman menjadi fakor utama yang menyumbang kepada kemunduran

kumpulan pribumi dalam bidang pendidikan. Tambahan pula, tempat tinggal

mereka yang jauh di kawasan pendalaman serta sistem komunikasi yang lemah

telah mengakibatkan kadar keciciran yang tinggi. Walau pun sistem pendidikan

nasional telah menyediakan peluang untuk kumpulan pribumi termasuk Orang

Asli, didapati bahawa bilangan kumpulan ini yang Berjaya dalam pendidikan

masih sedikit. Menurut data, lebih kurang 62% daripada mereka yang tercicir

dan tidak dapat menamatkan persekolahan di peringkat sekolah rendah.

Akibatnya, murid-murid pencapaian murid pribumi adalah rendah dan

Kementerian Pendidikan (2001) telah mengenalpasti dua punca utama iaitu

motivasi murid yang rendah dan kurang minat terhadap sekolah.(Noriati et. al.,

Page 72: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

61

2011). Justeru itu, berbagai langkah telah diambil untuk memastikan kesamaan

peluang pendidikan bagi kumpulan pribumi dengan kumpulan majoriti. Sebagai

contoh, pelaksanaan kelas dewasa untuk ibu bapa telah bermula sejak 2008

untuk mengurangkan kadar literasi dalam komuniti masyarakat pribumi.

Langkah ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa

agar mereka dapat memberi dorongan kepada anak-anak mereka untuk belajar

dan ini diharapkan dapat meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan

anak-anak masyarakat pribumi, lantas mengurangkan jurang ketaksamaan

peluang pendidikan antara masyarakat pribumi dengan penduduk majoriti.

4.3.3. Penduduk Di Kawasan Pedalaman Komuniti luar bandar, terutama di kawasan pedalaman turut menghadapi isu

ketaksamaan peluang pendidikan kerana terdapat sekolah-sekolah yang tidak

mempunyai kemudahan asas. Sebagai contoh, menurut Kementerian

Pendidikan (2001, dipetik dari Noriati et. al.,2011) 20.6% daripada sekolah

rendah tidak mempunyai talian talipon, 86.6% tidak mempunyai mesin faks, 7.3%

tidak mempunyai bekalan elektrik dan 24.8% tidak menerima bekalan air yang

sempurna. Selain itu, terdapat juga kekurangan bilangan guru yang terlatih

terutama dalam mata pelajaran kritikal seperti Sains, Matematik dan Bahasa

Inggeris serta Pendidikan Khas. Seterusnya, kekurangan guru lelaki turut

menjejaskan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. di sekolah-sekolah rendah dan ini

telah menjadi isu di kawasan luar bandar dan pendalaman. Terdapat juga rekod

bahawa masih terdapat lagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah-

sekolah kawasan luar bandar.(Noriati et. al,2011).

Sekolah-sekolah menengah yang terletak di kawasan pedalaman juga sangat

bergantung kepada bekalan dari pihak kerajaan kerana latar belakang sosio

ekonomi ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk memberi sumbangan

kepada pihak sekolah berbanding dengan sekolah-sekolah di bandar di mana ibu

bapa yang berpendapatan tinggi mampu menyumbang untuk keperluan sekolah.

Seperti sekolah rendah, sekolah menengah di kawasan pedalaman juga

menghadapi masalah kekurangan guru. Kebanyakan sekolah di kawasan

pedalaman mendapat guru-guru yang kurang berpengalaman serta kurang

terlatih. Tambahan pula, kadar pertukaran adalah lebih tinggi di sekolah luar

bandar berbanding sekolah-sekolah di kawasan bandar. Malahan, menyediakan

Page 73: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

62

guru-guru yang terlatih dan berpengalaman sememangnya merupakan cabaran

dan kesulitan kepada pihak Kementerian Pelajaran, terutama dalam mata

pelajaran kritikal dan juga untuk mencapai sasaran 100% guru berijazah di

sekolah menengah menjelang 2010(MOE, 2001).

Justeru itu, jurang pendidikan yang wujud antara sekolah-sekolah di pelbagai

lokasi, murid-murid dari latarbelakang status sosio ekonomi yang berbeza serta

kebolehan murid di kawasan pedalaman merupakan antara isu yang perlu

ditangani oleh pihak Kementerian Pelajaran. Selain itu, kemudahan fizikal dari

segi infrastruktur juga diperlukan untuk merapatkan jurang pendidkan antara

sekolah-sekolah di luar bandar dan bandar. Seterusnya, usaha untuk

mengurangkan kadar keciciran dan meningkatkan penglibatan murid-murid luar

bandar adalah perlu. Menyedari jurang ini, Kementerian Pelajaran telah

mengambil langkah-langkah untuk menambah bilangan guru berdasarkan

opsyen untuk memastikan semua sekolah di kawasan pedalaman diberi peluang

kesamaan pendidikan agar dapat dikecapi oleh semua murid dari pelbagai latar

belakang, minat dan potensi.

Keadaan seterusnya yang menyumbang kepada ketaksamaan peluang

pendidikan di kawasan pedalaman ialah jurang digital, terutama kewujudan

perbezaan dalam kemudahan komunikasi dan teknologi maklumat dalam

kalangan murid dan guru. Kekurangan infrastruktur dan dan kemudahan asas

seperti elektrik dan talian telefon turut mengganggu rangkaian telekomunikasi

seperti Bestarinet untuk dinikmati di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman.

Seterusnya, masalah bilangan murid yang sedikit juga menjadi isu yang perlu

ditangani di sekolah kurang murid (SKM). Sebagai contoh, pada tahun 2000

terdapat 2,235 SKM, iaitu 723 di Sarawak, 364 di Sabah and 1,148 di

Semenanjung Malaysia (MOE, 2001, dipetik dari Noriati, et. al. 2001).

Kebanyakan sekolah tersebut mempunyai bangunan yang dha’if dan keperluan

asas yang kurang untuk pembelajaran. Tambahan pula murid yang tinggal di

kawasan pedalaman mempunyai masalah dengan komunikasi dan

pengangkutan antara rumah ke sekolah mengakibatkan ada murid yang sama

ada tidak dapat menghadiri sekolah atau datang lewat ke sekolah. Ini antara

punca yang menyumbang kepada kadar keciciran yang tinggi.

Page 74: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

63

Akhir sekali, kekurangan motivasi untuk belajar dan persaingan kerana saiz bilik

darjah yang kecil turut menyumbang ke arah jurang terhadap pencapaian murid.

Ini adalah kerana tahap sosio ekonomi dan pendapatan yang rendah dalam

kalangan ibu bapa tidak mengizinkan mereka menyediakan keperluan asas

untuk anak-anak mereka belajar. Tambahan lagi, kekurangan minat murid untuk

belajar adalah berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak menekankan kepentingan

pendidikan. Justeru itu, wujudnya semua isu-isu yang telah dibincangkan telah

menjadikan ketaksamaan peluang pendidikan menjadi sangat ketara dan

mendorong pihak kerajaan untuk terus mengambil langkah-langkah untuk

menangani isu-isu tersebut dari semasa ke semasa.

Rumusan Topik ini membincangkan beberapa aspek seperti berikut:

• Konsep ketaksamaan boleh didefinisikan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapat perbezaan antara ahli atau kumpulan etnik dari beberapa aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang kerjaya dan sebagainya (Noriati et. al. 2011). Ketaksamaan peluang pendidikan merujuk kepada situasi di mana akses pendidikan tidak diagihkan secara sama rata kepada semua penduduk disebabkan faktor-faktor tertentu.

• Membincangkan beberapa elemen yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan iaitu – kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti dan murid berkeperluan khas.

• Menganalisis ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan: o Orang Asli o Lain-lain kumpulan pribumi o Kumpulan masyarakat di kawasan pedalaman

• Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan ketaksamaan

peluang pendidikan adalah seperti berikut: o langkah untuk meningkatkan kadar penglibatan dalam

kalangan murid-murid sekolah rendah o meningkatkan kualiti guru o penambahbaikan sekolah tanpa mengira lokasi o menyediakan kemudahan asas seperti infrastruktur, bekalan

tenaga, jalan dan kemudahan asas o meningkatkan kualiti guru dan pembelajaran melalui

integrasi komunikasi dan teknologi maklumat

Page 75: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

64

RUJUKAN:

Senarai bahan bacaan lanjutan

Collin Nicholas.(1998). The Orang Asli of Peninsular Malaysia. Retrieved from http://www.magickriver.net/oa.htm

Kamarulzaman Kamaruddin & Osman Jusoh.(2008). Educational Policy and Opportunities of Orang Asli: A Study on Indigenious People in Malaysia.The

Journal of Human Resource and Adult Learning Vol. 4, Num. 1, June 2008.

Nicholas, C. (2005) Integration and Modernization of the Orang Asli: The impact on culture and identity, Paper presented at the Ist International Conference on the Indigenous People organized by the Centre for Malaysian Pribumi Studies,University of Malaya, Ministry of Culture, Arts & Heritage, Department of Museums & Antiquities and the Department of Orang Asli Affairs, 4 - 5 July 2005, Kuala Lumpur.

Nicholas, C. (2006) The State of Orang Asli Education and its Problems.consultancy

report presented at Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM). 21 July 2006.Kuala Lumpur.

Noriati, A,R., Boon,P.Y., Sharifah Fakhriah & Zuraidah A.M. (2011). Budaya dan

pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Sarawak Culture PELAH HAWA Traditional Kayan Wedding, Pustaka Negeri Sarawak, 2009. Retrieved from http://www.pustaka-sarawak.com/Pustaka-Sarawak/Sarawakian a/pelahhawa/orang_ulu_ kayan.html

Zainah Anwar.( 2011). Archives: Closing the Gender Gap. Retrieved from http://www.thestar.com.my/story/?file=%2f2011%2f3%2f13%2ffocus%2f8238733 &sec=focus

Page 76: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

65

Sinopsis: Topik ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dari kumpulan

pelbagai etnik tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan pembinaan bilik

darjah mesra budaya. Ia merangkumi tajuk-tajuk seperti berikut:

• Pengurusan persekitaran fizikal

• Pengurusan sosio-emosi

• Perhubungan antara kelompok

• Pengurusan pengajaran dan pembelajaran

• Pedagogi relevan budaya dan kumpulan indiginus/Pribumi

• Pedagogi kelas bercantum

• Sosiolinguistik

• Pentaksiran berasaskan budaya Hasil Pembelajaran:

1. Menjelaskan konsep, tujuan, dan komponen fizikal dalam pengurusan

bilik darjah yang mesra budaya.

2. Menjelaskan konsep, perkembangan dan pengurusan persekitaran sosio-

emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya.

3. Menjelaskan hubungan dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik.

4. Menjelaskan konsep, ciri-ciri dan aspek-aspek penting pengurusan

pengajaran pembelajaran.

5. Membincangkan konsep, tujuan dan ciri-ciri, kaedah dan teknik

pengajaran pembelajaran pedagogi relevan budaya kumpulan

Pribumi/Orang Asli.

6. Menghuraikan konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum

7. Menerangkan konsep perkembangan dan pengurusan aspek

sosiolinguistik dalam bilik darjah pelbagai budaya..

8. Mendefinisikan konsep pentaksiran berasaskan budaya

UNIT 5 PEMBINAAN PERSEKITARAAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Page 77: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

66

5.1. Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Cuba buat refleksi tentang persekitaran fizikal bilik darjah anda. Mengapakah

guru perlu menyusun bilik darjah sebegitu rupa? Apakah komponen yang perlu

diambil kira apabila guru menyusun bilik darjah bagi meningkatkan

keberkesanan bilik darjah dan mewujudkan suasana bilik darjah mesra budaya?

Semestinya anda telah dapat menjawab semua persoalan ini berdasarkan

pengalaman anda sebagai guru. Walaupun tidak ada satu jawapan yang tepat

bagi persoalan seperti ini, kita boleh perkayakan pengalaman kita dengan

mendalami maklumat yang berkaitan dengan ciri-ciri fizikal yang perlu diberi

perhatian dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya. Hal ini

kerana tinjauan literatur menunjukkan bahawa susunan fizikal boleh memberi

kesan kepada tingkahlaku murid dan guru (Savvage, 1999, dipetik dari Modul

PGSR, 2010)

5.1.1 Konsep Dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Memahami konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra

budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad

yang mencabar ini yang lebih-lebih lagi melibatkan murid dari pelbagai latar

belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari

aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja tetapi juga hasil

dari pengurusan persekitaran fizikal yang dapat mewujudkan iklim pembelajaran

yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif pelajar dari pelbagai

latar belakang budaya dan sosial.

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred

Steele(1973, dipetik daripada Modul PGSR,2010) sebagai “the effects of physical

setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification,

growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele

(1973) disokong oleh Lambert (1994, dipetik daripada Modul PGSR,2010) yang

menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di

mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara murid dari latar

belakang etnik dan budaya yang berbeza. Guru mempunyai tanggungjawab

Page 78: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

67

yang penting dalam merekabentuk susunatur fizikal bilik darjah supaya

mewujudkan suatu persekitaran yang kondusif dan mesra budaya.

5.1.2 Komponen Fizikal dalam Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya

Terdapat beberapa kriteria fizikal asas bilik darjah yang diperlukan bagi

mewujudkan persekitaran mesra budaya. Antara kriteria fizikal yang guru perlu

beri pertimbangan adalah seperti berikut:

i. Susunan meja dan kerusi yang sesuai untuk murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti.

ii. Mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik.

iii. Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang ceria

iv. Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.

v. Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

vi. Sudut bacaan/pembelajaran/multimedia

Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar belajar secara berkesan. i. Lakarkan pelan bilik lantai yang anda fikir “mesra budaya”?

Jelaskan. ii. Berdasarkan bacaan dan perbincangan dengan rakan-rakan sekumpulan, sila jawab soalan berikut:

Senaraikan ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya. 1. ______________________________________________________ ______________________________________________________ 2. ______________________________________________________ ______________________________________________________ 3. ______________________________________________________ ______________________________________________________ 4.______________________________________________________ ______________________________________________________ 5.______________________________________________________ ______________________________________________________

Page 79: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

68

i. Susunan meja dan kerusi

. Tinjauan literatur tentang aspek ini menunjukkan bahawa tiada satu cara

tetap dalam menyusun kerusi meja dalam bilik darjah. Walau bagaimana

pun, jika guru berharap untuk mewujudkan suasana fizikal bilik darjah

yang mesra budaya, terdapat beberapa pertimbangan yang guru harus

ambil kira. Antaranya ialah:

• Menyusun atur tempat duduk murid-murid dalam bilik darjah di mana

terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai

kumpulan etnik supaya tidak hanya satu kumpulan etnik

dikelompokkan dalam satu kumpulan.

• Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan,

pastikan ahli-ahli kumpulan terdiri dari pelbagai kumpulan etnik.

Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu

kumpulan memberi peluang kepada ahli berada bersama dan

bekerjasama serta saling memahami antara satu sama lain dengan

lebih baik.

• Keluwesan penyusunan tempat duduk agar murid dapat bergaul

antara satu sama lain dan tidak hanya akrab dengan rakan-rakan yang

sama dalam kumpulan etnik sepanjang masa.

ii. Mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik.

• Aspek ini penting untuk mewujudkan suasana persekitaran bilik darjah

yang kondusif. Disamping itu, guru perlu mempertimbangkan untuk

mewujudkan persekitaran yang mesra budaya. Bagaimana guru boleh

lakukannya? Guru boleh memberi tanggungjawab kepada murid untuk

menyelak langsir pada setiap pagi supaya terdapat pencahayaan dan

pengudaraan yang cukup dalam bilik darjah dan menutup/memadam

setelah selesai. Tugas harian ini diberikan kepada murid-murid dari

kumpulan etnik yang berbeza untuk membolehkan mereka

bekerjasama untuk melaksanakan tugas tersebut. Cara begini dapat

Page 80: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

69

menjalinkan kerjasama antara pelbagai kumpulan etnik dan

mewujudkan persekitaran belajar yang kondusif dan mesra budaya.

iii. Menceriakan bilik darjah

• Guru juga boleh memberi tugasan kepada murid-murid pelbagai

kumpulan etnik untuk menceriakan bilik darjah dengan mengecat

dinding, melukis mural di sekitar kelas dan memasang langsir. Cara

ini memberi peluang kepada murid bergaul dalam suasana tidak formal

dan secara langsung membolehkan mereka saling faham memahami

antara satu sama lain. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural

juga berkisar mengenai perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai

kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah

satu aktiviti yang dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan

mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara

tidak langsung akan dapat memupuk nilai bertoleransi dan perpaduan.

Secara tidak langsung guru telah berjaya untuk mewujudkan

persekitaran mesra budaya.

vi. Sudut bacaan/pembelajaran/multimedia/perbincangan

• Ramai guru memilih untuk mewujudkan sudut pembelajaran untuk

murid-murid dalam bilik darjah. Sebagai contoh terdapat sudut

bacaan, sudut pembelajaran individu di mana murid boleh menyiapkan

kerja sambil menikmati muzik berirama perlahan, sudut perbincangan

dan perjumpaan kumpulan kecil, sudut projek dan sudut multimedia.

Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong

oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan bahawa “the physical

environment of the classroom such as use of space, classroom setting

and social dimensions interact to shape classroom culture”

Guru boleh menggalakkan murid-murid dari pelbagai kelompok untuk

duduk dan berbincang bersama. Amalan ini dapat meningkatkan

semangat bekerjasama murid-murid pelbagai kelompok.

• Menyediakan bahan berkaitan dengan budaya pelbagai kelompok di

setiap sudut membolehkan mereka membaca dan merujuk maklumat

Page 81: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

70

tentang latabelakang budaya berkenaan rakan masing-masing.

Pendedahan maklumat tersebut membolehkan murid saling memahami

latarbelakang budaya orang lain dan ini memberi peluang untuk mereka

belajar menerima persamaan dan perbezaan masing-masing.

Persefahaman ini membolehkan mereka bekerjasama antara satu sama

lain. Malahan juga boleh memberi peluang kepada murid untuk meneroka

latarbelakang pelbagai budaya dan tradisi serta membuka minda mereka

untuk berkongsi kesefahaman bersama. Selain itu, guru juga harus

menyediakan bahan-bahan sejarah untuk menggalakkan semangat

patriotisme dan memberi kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai

kepentingan perpaduan dan keamanan dalam negara kita.

5.1.4 Peranan Guru

Rekabentuk fizikal bilik darjah mencerminkan tahap profesionalisme

seseorang guru. Sentuhan guru memainkan peranan dalam mewujudkan

suasana bilik darjah yang mesra budaya agar dapat menggalakkan

penyertaan dan kerjasama dalam kalangan murid pelbagai kumpulan etnik

selain memupuk suasana pembelajaran positif dan produktif. (Woolfolk, 2001,

dipetik dari Modul PGSR, 2010 ). Justeru itu, guru sebagai pengurus bilik

darjah bertanggungjawab menyediakan persekitaran fizikal bilik darjah yang

mesra budaya. Apakah peranan guru dalam merekabentuk persekitaran

fizikal bilik darjah yang mesra budaya? Banyak yang telah dibincangkan

sebelum ini. Antara peranan guru ialah menyediakan susunan kerusi meja

yang membolehkan murid-murid dari pelbagai kelompok berinteraksi antara

satu sama lain dan menyediakan sudut-sudut pembelajaran/

multimedia/bacaan/perbincangan dan bahan yang sesuai untuk pelajar

pelbagai kumpulan etnik serta mewujudkan satu persekitaran fizikal bilik

darjah yang mesra budaya yang kondusif.

Page 82: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

71

Berhenti sejenak dan Reflek

Berdasarkan pengalaman anda, lakar sebuah pelan lantai bilik darjah yang kondusif untuk mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Bincangkan peranan anda dalam merekabentuk susun atur fizikal bilik darjah untuk mencapai pengajaran- pembelajaran yang optimum..

5.2 Pengurusan Persekitaran Sosioemosi Hubungan dari interaksi sosial antara guru dan murid membina asas emosi yang

dapat menjalinkan kesefahaman antara guru dan murid. (Leonard & Leonard,

2006). Justeru itu, guru mempunyai peranan yang signifikan dalam membimbing

dan membantu murid untuk memenuhi keperluannya,interaksi sosial, dan

dinamika kumpulan. Topik ini akan membincangkan beberapa aspek keperluan

sosio emosi dalam pengurusan bilik darjah.

5.2.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Sosioemosi Terlebih dahulu, kita perlu memahami konsep pengurusan sosioemosi bilik

darjah. Pengurusan sosioemosi bilik darjah bermaksud set tingkahlaku

pengajaran yang membolehkan guru menjalinkan hubungan interpersonal yang

baik dan iklim sosioemosi bilik darjah yang positif. Sosioemosi merupakan

proses yang mengandungi kepelbagaian unsur yang wujud dalam personaliti,

emosi dan hubungan individu dengan individu lain (Santrock, 2007 cited in Modul

PGSR, 2010) Perkembangan sosioemosi pula merupakan kombinasi sifat

diplomasi dan kebenaran untuk berinteraksi dengan individu atau kumpulan yang

boleh memberi sumbangan positif terhadap anggota masyarakat. Dalam istilah

“sosioemosi”, sosial bermaksud interaksi dengan manusia(luaran) manakala

istilah “emosi” pula berkait rapat dengan pemahaman dan keupayaan mengawal

emosi seseorang(dalaman). Gabungan dan koordinasi yang seimbang antara

perkembangan sosial dan emosi adalah sangat kritikal dalam membina

kehidupan yang bermakna dan bermanafaat. (Virginia A. G,n.d.)

Page 83: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

72

Berhenti dan Reflek

“Pengurusan persekitaran sosioemosi bilik darjah yang berkesan dapat mengoptimumkan pembelajaran dan mewujudkan persekitaran sosioemosi bilik darjah yang mesra budaya”. Bincangkan peranan guru dalam mengurus persekitaran sosioemosi bilik darjah supaya mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. 5.2.2 Pengurusan Persekitaran Sosioemosi Bilik Darjah Perkembangan sosioemosi amat penting untuk kesejahteraan seseorang

individu. Menurut Woolfolk (1990 dipetik dari Modul PGSR, 2010), motivasi atau

dorongan dalaman seseorang individu mengarah dan mengawal tingkahlaku

seseorang. Justeru itu, emosi kanak-kanak perlu diurus dengan berkesan

kerana ia mempengaruhi keupayaan kanak-kanak untuk mengawal emosi,

pemikiran dan tingkahlakunya dan ini pula memberi kesan terhadap

pembelajarannya dalam bilik darjah. Perkembangan sosioemosi seseorang

kanak-kanak bermula dengan kemampuannya untuk memahami dan mengurus

emosinya sendiri. Ini membolehkan kanak-kanak tersebut untuk memahami

emosi, keperluan dan pandangan orang lain Dengan melakukan ini, seseorang

kanak-kanak akan dapat membentuk hubungan sosial yang kukuh dengan orang

lain dalam atau luar bilik darjah. Guru perlu peka terhadap keperluan tersebut

dan menyediakan persekitaran sosioemosi yang kondusif dalam kalangan murid

pelbagai latarbelakang budaya. Di Malaysia, peranan guru adalah lebih

mencabar kerana guru perlu memberi perhatian terhadap perkembangan

sosioemosi murid dari pelbagai etnik dan latarbelakang budaya yang berbeza.

Justeru itu, dalam usaha untuk menguruskan persekitaran sosioemosi bilik

darjah, guru perlu menguasai kerangka ilmu tentang teori-teori perkembangan

kanak-kanak agar dapat lebih memahami murid-muridnya. Antara teori yang

berkaitan ialah Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura dan Teori

perkembangan psikososial oleh Erik Erikson.

Page 84: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

73

5.2.3 Teori-teori Pengurusan Sosio-emosi: Bandura berpendapat bahawa manusia belajar antara satu dengan lain melalui

pemerhatian, peniruan dan pemodelan. Teori Bandura yang menyarankan

pembelajaran melalui pemerhatian(peniruan) telah menambah elemen sosial dan

menganggap manusia boleh belajar maklumat dan tingkahlaku baharu dengan

memerhatikan orang lain. Menurut Bandura, terdapat tiga konsep utama dalam

Teori Pembelajaran Sosial. Pertama ialah manusia boleh belajar melalui

pemerhatian. Kedua ialah keadaan mental dalaman merupakan bahagian

penting dalam proses tersebut. Akhir sekali, teori ini mengakui bahawa

walaupun sesuatu perkara telah dipelajari, ini tidak bermakna bahawa ia akan

menghasilkan perubahan tingkahlaku.

Teori seterusnya yang guru perlu faham ialah teori yang dipelopori oleh Erik

Erikson yang berkaitan dengan perkembangan individu sepanjang hayat. Carta

1 berikut menunjukkan peringkat perkembangan psikososial seseorang individu

yang disarankan oleh Erik Erikson.

Page 85: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

74

Carta 5.1 : Rumusan Peringkat Perkembangan Teori Psikososial Erik Erikson dipetik dari http://psychology.about.com/library/bl_psychosocial_summary.htm, 2012)

Peringkat Konflik asas

Kejadian penting

Hasil

Bayi (baru lahir hg 18

bulan)

Percaya vs tidak

percaya

Menyuap makanan

Kanak-kanak membina rasa kepercayaan apabila pengasuh menunjukkan keprihatinnan dan kasih saying dan kebolehbergantungan. Kekurangan semua ini mendorong kepada ketidakpercayaan.

Awal kanak-kanak (2 to 3 tahun)

Otonomi (Autonomy) vs malu dan ragu-ragu

Latihan penggunaan

tandas

Kanak-kanak membina naluri pengawalan kendiri terhadap kemahiran fizikal dan pengendalian diri. Keupayaan berbuat demikian menimbulkan perasaan otonomi manakala kegagalan berbuat demikian menyebabkan perasaan malu dan ragu-ragu.

Prasekolah (3 hg 5 tahun)

Inisiatif vs rasa

bersalah

Penerokaan Kanak-kanak perlu mula menunjukkan pengawalan & kuasa terhadap persekitaran. Kejayaan peringkat ini menimbulkan rasa tanggungjawab manakala kanak-kanak yang cuba meletakkan kuasa berlebihan mengalami perasaan tidak diterima dan rasa bersalah.

Umur Persekolahan

(6 hg 11 tahun)

Tekun vs rendah diri

Sekolah Kanak-kanak perlu memenuhi tuntutan sosial dan akademik yang baharu. Kejayaan memenuhinya mendorong rasa kompeten manakala kegagalan pula menimbulkan rasa rendah diri.

Remaja (12 hg 18 tahun)

Identiti vs kebingungan

identiti

Hubungan sosial

Remaja perlu mempunyai naluri kendiri dan identiti kendiri. Kejayaan mendorong kepada keupayaan untuk merasa betul terhadap diri sendiri manakala kegagalan menimbulkan rasa kebingungan dan lemah terhadap diri sendiri.

Awal dewasa (19 hg 40

tahun)

Keintiman vs penyingkiran

Hubungan Pada awal dewasa, manusia perlu menjalinkan hubungan intimit dan kasih saying. Kejayaan boleh mendorong untuk membina hubungan yang kukuh manakala kegagalan menyebabkan perasaan sunyi dan tersingkir.

Pertengahan dewasa (40

hg 65 tahun)

Bangkit vs tersekat

Pekerjaan dan

keibubapaan

Dewasa di peringkat ini perlu membina sesuatu yang berkekalan dengan mempunyai anak atau menghasilkan perubaha positif yang berfaedah untuk orang lain. Kejayaan mendorong kepada perasaan berguna dan kepuasan manakala kegagalan menyebabkan penglibatan yang cetek dalam dunia.

Dewasa (65 hg akhir

hayat)

Ego integriti vs putus asa

Muhasabah dalam

kehidupan

Orang dewasa perlu muhasabah dirinya dengan rasa pencapaian. Kejayaan di peringkat ini mendorong perasaan bijaksana manakala kegagalan menimbulkan rasa kesal, kepahitan hidup dan putus asa.

Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson menyumbang terhadap

kefahaman tentang perkembangan personaliti sepanjang hayat. Memupuk

hubungan antara kanak-kanak dan orang dewasa boleh menimbulkan perasaan

rasa selamat dan perlindungan yang menyokong pembelajaran kanak-kanak

Page 86: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

75

serta memupuk kepercayaan (Erikson, 1950), mententeramkan emosi (Weinfield,

Sroufe, Egeland, & Carlson, 1999; Campos, Frankel, & Camras, 2004),

menyelesaikan konflik interpersonal, membangkitkan empati, dan belajar

menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain dengan betul(Shonkoff &

Phillips, 2000; Weinfield et al., 1999). Keupayaan ini adalah penting dan perlu

bukan sahaja untuk kesejahteraan emosi dan sosial murid, tapi juga untuk

perkembangan kognitif murid semasa di sekolah (National Scientific Council on

the Developing Child, 2004, 2007, 2008, cited in Gloeckler & Niemeyer, 2010).

Justeru itu, guru perlu menyediakan persekitaran emosi bilik darjah dengan cara

mempengaruhi perkembangan kemahiran sosial murid termasuk usaha

mengimbangkan perkembangan emosi mereka(National Scientific Council on the

Developing Child, 2004, 2007, 2008; White & Howe, 1998; Thompson, 2001).

Menilai semula kedua-dua teori, jelaslah bahawa domain sosial dan emosi

merupakan aspek penting dalam perkembangan kompeten sosial(Garner, Jones

and Miner, 1994) dan pembelajaran murid. Ia membantu kanak-kanak untuk

mengenalpasti dan memahami perasaan asas dalam diri mereka dan orang lain.

Bagi guru pula, kefahaman yang mendalam tentang perkembangan murid adalah

penting bagi membolehkan mereka memainkan peranan penting dalam

melancarkan perkembangan sosioemosi murid dalam bilik darjah. Dalam usaha

mewujudkan suasana sosioemosi yang kondusif dan mesra budaya dalam bilik

darjah, guru perlu membimbing murid untuk menguasai dan mengadaptasi

tingkah laku yang diingini sesuai dengan keperluan murid daripada pelbagai

kumpulan etnik.

5.2.4 Peranan Guru Beberapa cara guru boleh mewujudkan persekitaran sosioemosi bilik darjah

yang mesra budaya adalah seperti berikut:

i) Membina hubungan saling percaya mempercayai dan rasa hormat antara

individu.

ii) Membantu pelajar memahami diri sendiri dan diri orang lain melalui

pengalaman bilik darjah (kurikulum tersembunyi) dan aktiviti (perbincangan,

nyanyian, sajak, bahasa, cerita dan lukisan) yang dapat menggalakkan

kompetensi sosial.

Page 87: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

76

iii) Menyediakan peluang untuk pelajar berinteraksi melalui suasana sosial.Guru

boleh membantu pelajar mencapai kompetensi sosial dalam persekitaran

secara menyeluruh.

iv) Mewujudkan persekitaran pembelajaran sosioemosi yang mesra budaya dan

tidak mengancam agar pelajar merasakan diri mereka disokong oleh rakan-

rakan dan guru; persekitaran seumpama itu, membuatkan murid rasa yakin,

selesa, dihargai dan mendengar pandangan sesama mereka daripada

kumpulan pelbagai budaya.

v) Guru sebagai teladan di mana pelajar dari pelbagai kumpulan pelbagai

budaya boleh meniru/memodeli tingkah laku yang sesuai dalam bilik darjah.

Berhenti dan Buat Refleksi

Berdasarkan pengalaman anda, bincangkan cara-cara lain guru dapat mewujudkan persekitaran sosioemosi yang mesra budaya dalam bilik darjah.

5.3 Hubungan Antara Kelompok Etnik Topik ini agak luas. Justeru itu, kita akan menghadkan skop topik ini terhadap

perbincangan tentang kumpulan pelbagai kelompok di Malaysia, berfokuskan

peranan guru dalam bilik darjah. Dapatan kajian oleh Salfarina, Mohd Zaini dan

Azeem Fazwan (2009, dipetik dari Modul PGSR, 2010) menunjukkan bahawa

kumpulan pelbagai kelompok di Malaysia, seperti juga negara-negara

membangun yang lain telah melalui beberapa perkembangan sejarah dan

perubahan. Selain itu, kedatangan imigran asing dan perpindahan rakyat ke

negara luar telah membentuk hubungan kelompok yang lebih kompleks, dinamik

dan berubah-ubah. Justeru itu, Malaysia yang didiami oleh penduduk pelbagai

kelompok dan latarbelakang budaya perlu mengeratkan hubungan antara

pelbagai kelompok penduduknya. Keadaan ini mendorong kerajaan Malaysia

untuk merangka polisi dan mengambil langkah-langkah untuk mewujudkan

hubungan harmonis antara kelompok.

Page 88: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

77

5.3.1 Peranan Guru Sebagai guru, kita mempunyai tanggungjawab penting untuk membina hubungan

harmonis dalam kalangan murid pelbagai kelompok. Guru perlu memupuk rasa

penerimaan dalam diri murid terhadap rakan-rakan dari kelompok lain. Ini boleh

dilakukan dengan membina persekitaran mesra budaya. Malahan, bilik darjah

merupakan tempat yang paling baik dan sesuai untuk menyampaikan nilai-nilai

perpaduan antara kelompok kerana di sinilah murid membesar dan belajar

bersama-sama. Jika murid diberi pendedahan persekitaran pelbagai budaya

dalam bilik darjah di mana mereka belajar untuk menghargai perbezaan antara

satu sama lain dan menghormati kekuatan dan kelemahan masing-masing sejak

awal persekolahan akan memudahkan murid bekerjasama dengan murid

daripada pelbagai budaya. Hal ini akan mengukuhkan hubungan pelajar

daripada pelbagai kelompok dalam bilik darjah.. Berikut adalah beberapa

cadangan untuk guru mempertimbangkan semasa mewujudkan hubungan yang

harmoni dalam kalangan kelompok etnik:

.

i) Belajar dan memahami tentang budaya pelbagai kelompok kerana

kejahilan dalam hal ini boleh menyebabkan salah faham dan kurang

toleran terhadap mereka.

ii) Menggalakkan pandangan dan perspektif pelbagai budaya dalam

pemikiran murid dengan menerapkan elemen budaya berbeza dalam

kurikulum.

iii) Mengeratkan hubungan murid dengan mengadakan aktiviti merentas

budaya agar murid dapat menghargai budaya rakan-rakan dari pelbagai

kelompok..

iv) Mengguna dan mengadaptasi pelbagai pendekatan pengajaran untuk

memenuhi keperluan murid pelbagai kelompok dan budaya.

v) Mengeratkan hubungan murid antara kelompok dengan memupuk

persefahaman dan penghargaan antara satu sama lain.

vi) Mengelakkan komen berunsur perkauman.

Reflek Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru,bincangkan peranan lain yang telah anda laksanakan dalam mewujudkan persekitaran sosioemosi yang mesra budaya?

Page 89: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

78

Berdasarkan perbincangan tadi, jelas bahawa guru memainkan peranan penting

dalam merapatkan jurang antara murid daripada pelbagai kelompok agar mereka

dapat bekerjasama dan berkolaborasi antara satu sama lain dengan

mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Di samping itu,,

persekitaran mesra budaya turut memupuk persefahaman dan perpaduan antara

murid pelbagai kelompok. Hal ini juga membantu murid daripada pelbagai latar

belakang dapat saling hormat menghormati dan rasa selesa hidup bersama.

Semua ini membawa manfaat kepada masyarakat dan melahirkan sebuah

negara Malaysia yang bersatupadu. 5.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Cuba imbas pengalaman anda tentang pengurusan pengajaran dan

pembelajaran. Apakah aspek-aspek yang anda perlu pertimbangkan untuk

memastikan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan

mesra budaya? Pernahkah anda fikir bagaimana anda dapat mengurus bilik

darjah agar dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya?

Topik ini akan membincangkan pengurusan bilik darjah dengan memberi fokus

terhadap konsep dan peranan guru dalam pengurusan pengajaran dan

pembelajaran bilik darjah. 5.4.1 Konsep dan Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran Pengurusan melibatkan proses merancang, melaksana dan menilai dan

mengambil inisiatif untuk menambahbaik proses tersebut. Pengurusan

pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan aspek-aspek berikut::

• Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk

murid dari pelbagai kumpulan kelompok dan budaya.

• Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang

dengan membuat pengubahsuaian jika perlu.

• Menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

• Mengambil tindakan susulan berdasarkan penilaian dan membuat

perubahan yang diperlukan ..

Page 90: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

79

“Pengajaran” bermaksud bagaimana guru menyampaikan isi pelajaran atau

ilmu pengetahuan kepada murid. Ia merupakan proses perancangan,

pelaksanaan dan pentaksiran. Pengajaran merupakan perancangan yang

sistematik di mana guru membantu murid dalam aktiviti pembelajaran.

Pembelajaran pula merupakan proses membina struktur mental dan usaha untuk

menghasilkan perubahan tingkahlaku dengan keupayaan yang berbeza-beza.

Walau bagaimana pun, dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa

perubahan tingkah laku yang serta merta. Perubahan struktur mental berlaku

apabila terdapat perubahan dalam kepercayaan, harapan dan matlamat.

Santrock (2006, dipetik dari Modul PGSR, 2010) menyatakan bahawa

pengajaran berkesan bergantung kepada dua faktor utama, iaitu pengetahuan

profesional guru dan komitmen untuk merancang dan mengurus pelajaran

secara berkesan.

5.4.2 Ciri-ciri dan Aspek Penting Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Guru memainkan peranan penting dalam mewujudkan persekitaran pengajaran

dan pembelajaran yang mesra budaya untuk murid dari pelbagai kelompok. Perbincangan topik ini akan menumpukan fokus terhadap tiga peringkat

pengurusan pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirumuskan dalam Rajah

1 seperti berikut:

Page 91: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

80

Rajah 5.1: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (dipetik dari Modul PGSR, 2010)

Rajah 5.1 di atas merumuskan tiga tahap proses pembelajaran seperti berikut:

i) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran

ii) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran

iii) Selepas proses pengajaran dan pembelajaran

i) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran Guru yang mengajar murid daripada pelbagai kelompok dan latarbelakang

budaya perlu membuat persediaan yang sesuai sebelum memulakan sesi

pengajaran dan pembelajaran untuk memenuhi keperluan murid tersebut.

GURU

PERINGKAT PERANCANGAN

PROSES PENGAJARAN &

PEMBELAJARAN

PENILAIAN & PENGUKURAN

• PENAMBAHBAIKAN • PEMULIHAN • PENGAYAAN

HASIL PEMBELAJARAN PENCAPAIAN

- BAHAN - RESOS - STRATEGI

Tidak berkesan

berkesan

Sebe

lum

Pen

gaja

ran

Sem

asa

Peng

ajar

an

Sele

pas

Peng

ajar

an

Page 92: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

81

Persediaan sebelum mengajar termasuk penyediaan Rancangan Pengajaran

Harian. Dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian, guru perlu akur pada

format penulisannya kerana setiap aspek yang terkandung dalam Rancangan

Pengajaran Harian bertujuan untuk memastikan sesuatu pengajaran

dilaksanakan dengan berkualiti dan memenuhi keperluan murid. Sebagai

contoh, hasil pembelajaran perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas. Guru juga

perlu merancang kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid

dari pelbagai kelompok dan latarbelakang budaya.

Selain itu guru juga perlu merancang beberapa aspek lain seperti bahan bantu

mengajar. Penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan dan sesuai dapat

membantu guru memberi penjelasan tentang konsep yang sukar dan abstrak

kepada murid. Hal ini pernah dikemukakan oleh Hiebert, Weame & Taber, 1991;

Kozma, 1991 dipetik dari Modul PGSR, 2010) yang menyatakan bahawa bahan

bantu mengajar dapat membantu dalam penjelasan konsep. Antara contoh

bahan bantu mengajar yang sering digunakan ialah gambar, grafik, peta minda,

gambar rajah, radio, komputer, video, kad imbasan, akhbar, majalah, model dan

bahan-bahan bersejarah. Walau bagaimana pun, terdapat ciri-ciri bahan bantu

mengajar yang berkesan iaitu, bentuk, kebolehgunaan dan tahap keselamatan

penggunaannya. Justeru itu, pemilihan bahan bantu mengajar mengikut

kesesuaian sangat penting untuk membolehkan guru menggunakannya secara

optimum dalam membuat penjelasan konsep yang abstrak secara berkesan.

Guru yang kreatif akan dapat mengadaptasi bahan bantu mengajar mengikut

kesesuaian pembelajaran agar murid dapat menguasai konsep yang sukar dan

abstrak. Hal ini dipersetujui oleh Mayer & Gallini (1990, dipetik dari Modul

PGSR, 2010) yang menegaskan bahawa "guru perlu memberi penerangan

secara jelas disokong dengan contoh-contoh berkaitan bagi meningkatkan

keberkesanan pengajaran". Slavin (1994, dipetik dari Modul PGSR, 2010) pula

menyarankan bahawa guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh

membangkitkan minat murid dengan penggunaan pelbagai kaedah pengajaran

dan bahan bantu mengajar. Justeru itu, dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran murid pelbagai kelompok, guru perlu bijak memilih kaedah

pengajaran yang sesuai dan pemilihan bahan bantu mengajar yang relevan

dengan keperluan murid pelbagai kelompok dan latarbelakang budaya.

Page 93: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

82

ii) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pemilihan strategi pengajaran yang sesuai membolehkan guru menyampaikan

pengajaran secara berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai contoh, pemilihan aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid daripada

pelbagai kelompok dan latarbelakang budaya secara aktif boleh mewujudkan

persekitaran mesra budaya. Beberapa aspek penting lain yang perlu diberi

pertimbangan adalah seperti berikut:

• pencapaian hasil pembelajaran

• penggunaan prosedur pentaksiran yang sesuai

• penerapan nilai-nilai budaya yang sesuai

• membina persekitaran fizikal dan psikososial yang kondusif dan sesuai

untuk murid pelbagai kelompok dan latarbelakang budaya

• mengamalkan prosedur disiplin yang berkesan dan bersesuaian untuk

murid pelbagai latarbelakang budaya.

• melaksanakan kelas pemulihan dan pengayaan untuk semua murid tanpa

mengira latabelakang budaya.

Reflek dan Berbincang

Berdasarkan bacaan dan pengalaman anda, bincangkan strategi pengajaran yang relevan untuk murid pelbagai kelompok dan latarbelakang budaya.

iii) Selepas proses pengajaran dan pembelajaran Peringkat akhir dalam proses pengajaran pembelajaran adalah penilaian. Pada

peringkat ini, pelajar dinilai bagi menentukan sejauh manakah guru telah

menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan sejauh mana pula murid telah

belajar apa yang diajar. Guru menyediakan latihan bertulis atau menyoal murid

secara lisan untuk menilai sejauh manakah murid telah menguasai pelajaran hari

tersebut. Dalam usaha ini, guru perlu memastikan bahawa guru tidak bias

terhadap mana-mana murid daripada pelbagai kelompok etnik dan latarbelakang

budaya. Guru juga perlu menilai secara adil supaya murid tidak rasa disingkir

Page 94: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

83

atau diketepikan atas dasar perkauman atau perbezaan kelompok etnik. Dengan

cara ini, sistem penilaian yang adil dapat mewujudkan persekitaran pengajaran

dan pembelajaran yang mesra budaya. Sekiranya murid menunjukkan tahap

pencapaian yang cemerlang, bererti hasil pembelajaran telah tercapai kerana

murid telah meguasai kemahiran dan pengetahuan topik-topik berkenaan. Ini

juga mungkin menunjukkan bahawa guru telah menggunakan strategi

pengajaran yang berkesan.

Walau bagaimana pun, masalah bermula apabila murid gagal dalam latihan/soal

jawab yang dikemukakan. Apakah yang harus dilakukan oleh guru apabila murid

gagal di tahap ini? Guru harus peka terhadap kekuatan dan kelemahan murid.

Guru perlu mengambil langkah yang sesuai dengan memberikan bimbingan

kepada murid tersebut tanpa mengira perbezaan kelompok etnik atau

latarbelakang budaya. Tindakan begini dapat menimbulkan rasa dihargai dalam

kalangan murid pelbagai kelompok dan keadaan ini mampu mewujudkan

persekitaran pengajaran dan pembelajaran mesra budaya.

Layari internet, bincang dan kongsi

• Dapatkan maklumat dari internet maklumat berkaitan ciri-ciri proses pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. Berdasarkan pengalaman anda, bincangkan ciri-ciri proses pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya selain daripada apa yang telah kita bincangkan.

5.4.3 Peranan guru Guru merupakan “pengurus” dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kebolehan guru untuk mengurus bilik darjah dengan berkesan adalah penting

bagi mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif..

Berikut adalah beberapa ciri-ciri guru berkesan:

• Sentiasa peka dan sedar terhadap situasi sekeliling

• Sistematik dalam perancangan dan penilaian

• Sabar melayan murid dari pelbagai kelompok

• Pengurusan masa yang baik

• Bersedia untuk berubah dan fleksibel

• Komunikasi berkesan

• Mempunyai visi

Page 95: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

84

Berhenti dan Membuat Refleksi

Imbas kembali peranan anda sebagai guru dalam bilik darjah pelbagai budaya. Apakah aspek-aspek yang anda perlu memberi fokus? Kongsi pandangan anda dengan rakan-rakan.

5.5 Pedagogi Relevan Budaya Dan Kepelbagaian Kelompok Topik ini membincangkan pedagogi relevan budaya dan kumpulan

indigenous/Pribumi yang sesuai digunakan dalam bilik darjah pelbagai budaya.

Skop perbincangan meliputi pelbagai strategi pengajaran yang sesuai digunakan

dalam bilik darjah pelbagai budaya. Tambahan pula, peranan guru dalam

menangani cabaran untuk membuat pilihan pedagogi relevan budaya dan

kumpulan orang Asli /Pribumi turut dibincangkan.

5.5.1 Konsep Pedagogi Relevan Budaya Dan Kumpulan Orang Asli

(Indigenous) /Pribumi

Guru perlu memahami konsep pedagogi relevan budaya. Kita juga perlu

memahami konsep “indigenous” and “Pribumi”. Kedua-dua konsep ini saling

berkaitan. Walau pun tiada konsensus secara universal tentang definisi

“masyarakat indigenous”, istilah ini biasanya digunakan untuk menjelaskan

tentang kumpulan-kumpulan individu yang cenderung terhadap ciri-ciri tertentu

seperti tradisi sejarah yang umum, identiti etnik, keseragaman budaya,

penyatuan bahasa, tarikan ideologi atau agama, perkaitan wilayah dan

kehidupan ekonomi yang sama(SUHAKAM Report, n.d). Laporan SUHAKAM

menjelaskan lebih lanjut bahawa di Malaysia, berdasarkan definisi Badan

Bangsa-Bangsa Bersatu, “masyarakat indigenous” merangkumi kumpulan

aborigin Malaysia Barat yang terdiri dari Orang Asli dan penduduk asal Sabah

dan Sarawak, yang juga diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan dan Undang-

Undang Negeri yang berkaitan. Ini bermaksud perbincangan kita dalam topik ini

berkaitan juga dengan Orang Asli. Walau pun kumpulan ini merupakan

golongan minoriti, guru perlu memberi perhatian yang sama banyak dan

memikirkan pedagogi relevan budaya yang sesuai dengan keperluan mereka

semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 96: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

85

Menurut Gloria Ladson-Billings (1994, dipetik dari Modul PGSR, 2010) pedagogi

relevan budaya boleh ditakrifkan sebagai “pedagogi yang meletakkan

kemampuan kepada murid secara intelektual, sosial, emosi dan politik

berdasarkan kriteria budaya untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, kemahiran

dan sikap”. Malaysia sebagai negara pelbagai budaya memerlukan guru yang

peka dan sentiasa berusaha untuk mewujudkan situasi pengajaran yang

berasaskan budaya seperti yang dijelaskan oleh Gay(2000) yang mendefinisikan

“pengajaran yang berasaskan budaya sebagai menggunakan pengetahuan

tentang budaya, pengalaman sedia ada dan gaya prestasi murid pelbagai

budaya untuk menjadikan pembelajaran lebih sesuai dan berkesan untuk

mereka; ia mengajar berpandukan kekuatan murid”. Pandangan yang

dikemukakan oleh Gay(2000) mengingatkan guru agar lebih peka bila melayani

murid daripada pelbagai latarbelakang budaya bagi memastikan guru dapat

mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya serta kondusif untuk

semua murid daripada pelbagai latar belakang budaya.

5.5.2 Matlamat pedagogi relevan budaya dan kumpulan indigenous/Pribumi Pengajaran yang relevan budaya meningkatkan kefahaman dan kolaborasi

antara guru dan murid dan ini membolehkan penguasaan pengetahuan,

kemahiran dan sikap secara holistik supaya mencapai matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Guru perlu faham keperluan dan gaya pembelajaran

murid, mengenalpasti kekuatan dan kekurangan mereka supaya guru dapat

memilih pedagogi yang relevan dan bersesuaian dengan keperluan murid

semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru boleh

menggunakan ciri-ciri perbezaan budaya, latarbelakang, pengetahuan dan

pelbagai pengalaman murid untuk mengukuhkan dan meningkatkan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain dapat membantu

murid untuk memperolehi ilmu pengetahuan, pedagogi relevan budaya juga

dapat memotivasi murid kearah pembelajaran kontekstual berdasarkan

pengalaman murid yang berbeza-beza.

Page 97: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

86

Berhenti Sejenak dan Reflek

Tafsirkan definisi yang diberikan oleh Gloria Ladson-Billings dan bincang dengan rakan anda. Sejauhmana sesuai untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang relevan budaya untuk murid indigenous/Pribumi?

5.5.3 Ciri-Ciri Pedagogi Relavan Budaya Dan Kumpulan Indigenous/Pribumi Antara ciri-ciri pedagogi relevan budaya kumpulan indigenous/Pribumi adalah

seperti berikut:

i. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya murid memahami

pengetahuan, konsep, prosedur, kemahiran dan strategi yang mereka telah

pelajari dalam persekitaran pembelajaran di mana pengetahuan

diintegrasikan pelbagai budaya tanpa prejudis terhadap sebarang budaya

lain.

ii. Murid memahami latarbelakang pelbagai budaya dan membina

pembelajaran aktif merentasi budaya bagi mencapai perpaduan.

iii. Tanggapan positif terhadap ibu bapa dan keluarga untuk membolehkan guru

mengelakkan sifat bias atau prejudis terhadap murid dan dapat menjalinkan

hubungan baik dengan ibu bapa dan keluarga

iv. Pembentukan semula kurikulum- guru perlu fleksibel menyampaikan

kandungan kurikulum dan bijak menyelitkan nilai-nilai budaya yang sesuai

agar dapat memenuhi keperluan pembelajaran murid pelbagai

budaya/kumpulan indigenous/Pribumi.

v. Pengajaran yang berlandaskan ciri-ciri budaya

vi. Meningkatkan rasa kepunyaan dalam kalangan murid

vii. Berkongsi elemen budaya

5.5.4 Kaedah Mengajar Relevan Budaya dan Kumpulan Indigenous/Pribumi Guru perlu merancang dan mengatur proses pengajaran dan pembelajaran bilik

darjah bagi memenuhi keperluan murid daripada pelbagai budaya dan kumpulan

indigenous/Pribumi. Guru juga perlu menguasai seni pelaksanaan pedagogi

relevan budaya agar dapat mewujudkan persekitaran pengajaran dan

pembelajaran untuk murid pelbagai budaya. Guru perlu berfikiran positif bahawa

semua murid mampu belajar dan mencapai kejayaan. Tambahan pula, guru

Page 98: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

87

perlu berhubung dengan ibubapa dan berhubung baik dengan murid serta

sentiasa bersedia untuk berkongsi maklumat, pengetahuan dan kemahiran

dengan murid dari pelbagai kelompok dan budaya. Bagi murid dari kumpulan

indigenuous/Pribumi pula, guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik

pengajaran mengikut keperluan perbezaan individu. Sebagai contoh, guru boleh

menggunakan kaedah atau teknik pengajaran berikut:

i. Kaedah pengajaran kolaboratif dan koperatif Guru yang menggunakan strategi pengajaran berpusatkan murid dapat

menggalakkan murid daripada pelbagai latarbelakang budaya untuk berbincang

antara satu sama lain. Sebagai contoh, dalam satu kumpulan perbincangan yang

terdiri dari Hassan(Melayu), Yoo Chin(Cina), Balang Lasong(kumpulan

indigenous) and Kumaran(India), mereka digalakkan untuk berinteraksi dan

bekerjasama antara satu sama lain dalam persekitaran yang menggalakkan

kesefahaman dan saling menghormati antara satu sama lain. Pembentangan

kumpulan menunjukkan terdapatnya semangat kerjasama. Guru perlu

memainkan peranan sebagai pemudahcara untuk mewujudkan suasana

harmonis dalam kumpulan pelbagai budaya. Elemen kolaboratif dan koperatif ini

perlu diterapkan sejak murid berada di sekolah rendah lagi supaya tersemai

persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sihat yang dapat menyatukan

murid daripada pelbagai budaya dalam bilik darjah.

ii. Kaedah Penemuan Seterusnya, guru boleh merancang pengajaran menggunakan kaedah

penemuan. Sebagai contoh, untuk mengajar tajuk “Elemen-elemen Masyarakat

Pelbagai Budaya”, guru boleh membahagikan beberapa tajuk kecil berkaitan

budaya kepada kumpulan murid dari berlainan latarbelakang budaya untuk

membolehkan murid belajar dan meneroka tentang budaya orang lain. Sebagai

contoh Fauzi dan Leng Hai diberikan tajuk tentang budaya Tionghua, Ah Kim

dan Rahimah pula diminta mengkaji elemen budaya Melayu, seterusnya, Selva

dan Kalong anak Jabu diberi tajuk tentang budaya India manakala Balang

Lasong dan Saroja diminta mencari elemen-elemen budaya kumpulan

indigenous. Strategi merentas budaya seperti ini memerlukan murid meneroka

dan mencungkil pengetahuan dan pengalaman dari kumpulan budaya yang lain.

Page 99: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

88

Selain itu, strategi tersebut menggalakkan murid untuk bergaul antara satu sama

lain dan dengan mengumpul maklumat tentang amalan budaya masing-masing,

mereka lebih mudah memahami antara satu sama lain lantas menimbulkan

suasana yang harmonis dalam kalangan ahli pelbagai latar belakang budaya.

iii. Projek Kaedah projek memerlukan pembentukan kumpulan yang terdiri daripada murid

pelbagai bangsa termasuk murid dari kumpulan indigenous/Pribumi. Tajuk

projek seboleh-bolehnya berkaitan dengan kepelbagaian budaya. Sebagai

contoh, murid boleh diberikan tajuk projek yang berkaitan dengan adat

perkahwinan. Murid-murid dalam sesuatu kumpulan boleh berkongsi

pengetahuan dan pengalaman mereka tentang adat dalam kumpulan kelompok

dan budaya masing-masing. Dengan cara begini, murid dapat memperolehi

pengetahuan tambahan tentang amalan budaya pelbagai kelompok. Justeru itu,

guru perlu pastikan tidak meletakkan murid daripada latarbelakang budaya yang

sama dalam satu-satu kumpulan.

iv. Menggunakan bahan bacaan yang mencerminkan pedagogi relevan budaya

Guru perlu menerima konsep perbezaan individu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Sebagai contoh, bila guru mengajar membaca, guru perlu

memilih bahan bacaan yang mesra budaya. Hal ini penting kerana guru yang

memilih bahan bacaan yang bias budaya boleh menimbulkan konflik dalam

kalangan murid. Sesuatu program bacaan yang berkesan haruslah menjadi

penghubung perbezaan budaya dan memberikan murid ruang untuk berfikir

secara positif tentang perbezaan budaya. Maka. guru yang peka terhadap isu

berkenaan hendaklah:

• memilih bahan bacaan yang berkaitan dengan pengalaman setiap murid

dalam bilik darjah.

• boleh menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.

• peka terhadap penggunaan kenyataan-kenyataan yang menyinggung

kefahaman budaya murid.

Page 100: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

89

• mencipta atau mendapatkan bahan bacaan yang sesuai untuk murid

daripada pelbagai latar belakang budaya.

• menggalakkan murid membaca dan memahami bahan bacaan merentasi

budaya.

v. Pedagogi relevan budaya menggunakan pembelajaran berasaskan komputer Perkembangan teknologi mempunyai pengaruh yang besar terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran. Perintegrasian teknologi maklumat ke dalam

proses pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira perbezaan individu,

terutama dari segi latar belakang sosial dan budaya. Guru perlu sedar bahawa

pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi sangat membantu jika guru

dapat merancang langkah-langkah yang sesuai untuk murid-murid daripada

pelbagai latar belakang budaya serta mempamerkan elemen mesra budaya.

Perkembangan teknologi perlu dimanfaatkan oleh guru dan murid kerana ia

mampu mentransformasikan corak pengajaran dan pembelajaran.

Malah, seorang guru yang berkesan akan menggunakan teknologi untuk

meningkatkan keberkesanan pengajarannya. Walau bagaimana pun, guru perlu

memastikan supaya penggunaan teknologi ini dapat memenuhi keperluan

pembelajaran murid-murid daripada pelbagai latar belakang budaya. Guru juga

perlu ingat bahawa semua murid tidak terkecuali daripada kumpulan

indigenous/Pribumi perlu diberi peluang untuk meneroka internet untuk

mendapatkan maklumat yang sesuai. Guru mungkin akan sedar betapa murid-

murid dari kumpulan indigenous/Pribumi menunjukkan minat yang tinggi

terhadap pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi. Namun demikian,

mungkin ada antara mereka yang menghadapi masalah menguasai kemahiran

teknologi kerana tiada peluang mempelajarinya di rumah memandangkan

latarbelakang keluarga yang berpendapatan sederhana atau rendah. Justeru itu,

guru perlu bersikap adil kepada murid-murid ini dan memberikan mereka

peluang dan ruang yang mencukupi untuk meneroka gajet teknologi yang

tersedia dialam bilik darjah.

Page 101: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

90

5.5.5 Peranan guru

Berdasarkan perbincangan kita, jelas menunjukkan bahawa guru perlu

menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan

mereka mengurus murid-murid daripada pelbagai kumpulan indigenous/Pribumi

dan kelompok budaya. Guru perlu berfikir dan merancang beberapa

pendekatan, kaedah dan strategi yang paling baik untuk murid pelbagai

latarbelakang budaya. Seterusnya guru perlu memahami latarbelakang

muridnya dan tahap pencapaian akademiknya sebelum memilih kaedah atau

teknik yang sesuai digunakan. Guru juga perlu semak isi kandungan terlebih

dahulu untuk memastikan tiada elemen sensitif didalamnya yang mungkin boleh

menyinggung atau menimbulkan kontroversi kepada murid dari aspek budaya

mereka. Akhir sekali aspek yang penting dipertimbangkan oleh guru ialah dari

segi komunikasi guru berkesan.

Reflek dan Bincang

Bersama seorang rakan, senaraikan perkataan atau ayat yang tidak sesuai digunakan untuk sesuatu bangsa

Bil. Kumpulan etnik

Perkataan atau ayat yang kurang sesuai digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran

Page 102: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

91

Secara umumnya, guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh

semua murid. Guru juga perlu memberikan peluang kepada murid untuk

menyuarakan pandangan mereka. Selain itu, dalam proses berinteraksi dengan

murid, guru perlu membetulkan kesalahan-kesalahan sebutan bahasa. Namun

demikian, guru tidak boleh sekali-kali mengejek atau mentertawakan sebutan

murid. Sebaiknya, guru cuba mempelajari dan faham bahasa dan loghat yang

digunakan oleh murid.

5.6 Pedagogi Kelas Bercantum

5.6.1 Konsep, Ciri-Ciri Dan Kepentingan Kelas Bercantum

Setiap murid dalam negara ini mesti diberi peluang untuk menerima pendidikan

selaras dengan pendemokrasian pendidikan. Namun demikian, oleh kerana

sebilangan besar sekolah di kawasan luar bandar mempunyai bilangan kurang

murid, kelas bercantum telah dikendalikan. Hal ini juga disebabkan oleh

bilangan guru yang kurang yang menyebabkan seorang guru perlu mengajar

lebih dari satu kelas pada satu masa yang sama. Sejarah kelas bercantum

bermula dari zaman pemerintahan British di negara ini. Pelaksanaan kelas

bercantum adalah akibat dari beberapa keadaan seperti kekurangan bilangan

guru, murid dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan hitam.

Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang

mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu

dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam. Kelas bercantum

boleh ditakrifkan “sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru

mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu

gred di dalam sebuah bilik darjah.” (UNESCO, 1988,dipetik daripada Modul

PGSR,2010).

Ciri-ciri kelas bercantum adalah seperti berikut:

• Kelas bercantum hanya wujud di sekolah rendah.

• Murid daripada peringkat umur dan tahun persekolah yang berbeza

dicantumkan dalam satu kelas.

Page 103: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

92

• Bilangan murid adalah kurang dari 10 menyebabkan kelas biasa tidak

dapat dilaksanakan.

• Guru mengajar lebih dari satu tahun persekolaha kerana penempatan

guru adalah berdasarkan bilangan murid.

• Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza dari kelas biasa.

Tugas mengelola kelas-kelas bercantum banyak memerlukan persediaan dan

pendekatan yang mahir oleh guru. Kemahiran “multi tasking” dan keterampilan

guru diperlukan supaya dapat menimbulkan persekitaran pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan.

5.6.2 Jenis-Jenis Kelas Bercantum Guru perlu peka terhadap konsep perbezaan individu dan kepelbagaian budaya

murid semasa memilih pedagogi yang sesuai. Dalam situasi pengajaran secara

kelas, konsep kepelbagaian murid perlu diambil kira kerana setiap murid

mempunyai daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi yang berbeza-

beza walau pun mereka dalam kumpulan umur yang sebaya. Oleh itu murid di

bawah jagaannya lebih sesuai dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.

Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut :

i) Kumpulan Sama Kebolehan ii) Kumpulan Pelbagai Kebolehan iii) Kumpulan Tahun Persekolahan iv) Kumpulan Sosial v) Kumpulan Individu

i) Kumpulan Sama Kebolehan

Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik. Mata

pelajaran seperti matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar mengikut

kumpulan ini. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara berhati-hati

membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut

kebolehan. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepada

bilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai daripada

murid-murid dalam kumpulan cerdas dan lemah. Walau bagaimana pun, guru

hendaklah lebih menitikberatkan keperluan kumpulan yang lemah.

Page 104: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

93

Reflek dan Berfikir

Bincang bagaimana anda boleh mengorganisasikan sesi

pengajaran berdasarkan kumpulan sama kebolehan.

ii) Kumpulan Pelbagai Kebolehan Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid pelbagai kebolehan. Sekiranya murid-

murid dibahagikan mengikut kumpulan seperti ini, dalam tiap-tiap kumpulan akan

terdapat murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti. Ada yang

pandai membaca, ada yang pandai melukis, ada yang pandai penulis dan ada

juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. Murid yang cerdas dapat membantu

murid yang lambat. Biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu

projek. Oleh itu kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat

menghasilkan kerja projek yang berjaya. Lembaran kerja/Kerja rumah pula

disediakan mengikut kebolehan murid.

iii) Kumpulan Tahun Persekolahan Guru mengajar mengikut tahun persekolahan. Semasa guru mengajar sebuah

kelas, pada masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain diminta

melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan. Setiap

darjah ada kumpulannya masing-masing:

• Lambat

• Sederhana

• cerdas

iv) Kumpulan Sosial

Kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan murid untuk menyesuaikan diri

mereka. Murid dibenarkan untuk memilih kumpulan masing-masing. Antara

aktiviti yang boleh dilakukan ialah permainan, muzik, drama atau rekreasi

berorientasikan pendidikan.

Page 105: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

94

v) Kumpulan Individu Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid melibatkan diri

dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing

murid secara individu.

Dengan menggunakan internet, dapatkan maklumat mengenai kelas

bercantum. Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan anda..

5.6.3 Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bercantum

• Sukatan Pelajaran

Guru-guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar bahawa sukatan

pelajaran yang disediakan oleh Pusat Pembangunan Kurikulum adalah untuk

kegunaan kelas biasa. Sukatan Pelajaran tersebut perlu diubahsuai supaya

selaras dengan keperluan murid-murid dalam kelas bercantum. Sebagai contoh

guru yang mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan

sukatan pelajaran bagi kedua-dua tahun tersebut dan membuat penyesuaian

bagi setiap mata pelajaran supaya dapat diajar serentak. (rujuk Jadual 1 :

Pelaksanaan Kelas Bercantum). Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh

diajar serentak mengikut prinsip-prinsip kelas bercantum. Walau bagaimana pun,

guru perlu mengubah suai jadual waktu supaya mata pelajaran berkenaan dapat

diajar secara serentak. Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu

masa, kaedah pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan.

Jadual 5.1 : Pelaksanaan Kelas Bercantum

MASA DIGUNAKAN TAHUN PERSEKOLAHAN/SEKOLAH RENDAH

Masa

Tahun 2 Tahun 3

15 minit

Pengajaran Murid lakukan kerja secara sendiri

15 minit

Murid lakukan kerja secara sendiri

Pengajaran

Catatan:Kaedah ini diamalkan apabila kemahiran bercantum tidak dapat

dilaksanakan Dipetik dari : BPG Modul (2007).

Page 106: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

95

• Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bercantum Berdasarkan Surat Pekeliling K.P.Bil.256/1961, rancangan pengajaran harian

merupakan rekod yang sangat penting bagi guru. Rancangan Pengajaran Harian

sangat penting kerana:

a) ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian.

b) ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai mata

pelajaran.

c) ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi seseorang murid.

d) ia dapat menyemak tugasan-tugasan yang sudah atau belum selesai

dalam rancangan untuk setahun.

e) sebagai panduan untuk guru-guru lain yang mengambil alih mengajar

sesuatu darjah.

Rancangan Pengajaran Harian terus dianggap sebagai rujukan penyediaan

pelajaran harian tetapi lebih menekankan kepada pendekatan holistik dan saling

berkaitan bagi kedua-dua kelas yang dicantumkan.

Latihan/Aktiviti

Berdasarkan bacaan dan pengalaman anda, bincangkan faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan pedagogi kelas bercantum? Kenalpasti kelemahan yang mungkin wujud dan langkah-langkah penyelesaiannya

5.7 Sosiolinguistik 5.7.1 Konsep Sosiolinguistik Dalam Bilik Darjah Pelbagai Budaya Menurut Holmes (2001) sosiolinguistik merupakan kajian tentang hubungan

antara bahasa dan masyarakat. Claire (1997, dipetik dari Modul PGSR, 2010)

pula mendefinisikan sosiolinguistik sebagai “perkataan yang digunakan untuk

menjelaskan kesesuaian bahasa dalam konteks yang berbeza. Ringkasnya

sosiolinguistik adalah kajian tentang faktor-faktor yang berlandaskan budaya dan

penganjuran majlis ucapan yang melibatkan pilihan perkataan yang akan

disampaikan. Ini merupakan kebolehan untuk menyusun pertuturan seseorang

mengikut situasi yang disebut sebagai kompeten sosiolinguistik. Tanpa

Page 107: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

96

kompetensi sosiolinguistik, walau sebaik mana pun sesuatu pengucapan itu,

penyampaiannya adalah kurang menepati maksud sebenar ucapan itu

dilakukan”. Ini bererti sesuatu yang dikemukakan oleh murid dalam konteks

sesuatu budaya, mungkin tidak sesuai dengan budaya lain. Lantas, ini boleh

menjejaskan komunikasi antara murid daripada pelbagai latar belakang budaya.

Dalam konteks ini, sosiolinguistik dapat membantu guru yang mengajar murid

daripada pelbagai latar belakang budaya kerana ia membolehkan guru

memahami mengapa murid bertutur secara berbeza dalam konteks sosial yang

berlainan dan membantu merungkai hubungan sosial di dalam bilik darjah.

5.7.2 Pengurusan Aspek Sosiolinguistik dalam Bilik Darjah

Bahasa merupakan alat komunikasi yang sangat penting bagi membantu guru

menyempurnakan pelbagai tugasnya dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri dari peduduk yang

berbilang kaum, guru perlu perlu berhadapan dengan murid dari pelbagai

kelompok dan latar belakang budaya. Antara isu yang sering berlaku dalam

masyarakat berbilang kaum adalah perbezaan budaya, pandangan dan

kepercayaan yang boleh menimbulkan perbezaan pendapat. Justeru itu, guru

harus memainkan peranan penting dalam mengurangkan perbezaan antara

kumpulan etnik yang berlainan dari segi latar belakang budaya berbeza agar

wujud persefahaman dan perpaduan dalam kalangan mereka. Satu daripada

cara yang boleh dilakukan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman

adalah melalui bahasa sebagai alat komunikasi antara kaum. Bahasa

kebangsaan rasmi di Malaysia adalah Bahasa Malaysia. Guru harus

menggalakkan murid menggunakan Bahasa Malaysia semasa berinteraksi

sesama mereka. Walau pun Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi di

Malaysia namun murid dari pelbagai kelompok dan latarbelakang budaya yang

berbeza lebih selesa menggunakan bahasa ibunda sendiri. Justeru itu, guru

memainkan peranan penting dalam mengawasi, memahami dan membantu

merapatkan lagi jurang antara kaum dengan cara menggalakkan mereka

berinteraksi antara satu sama lain menggunakan bahasa rasmi. Di samping itu,

guru juga perlu memahami latar belakang budaya muridnya terutama faktor-

faktor budaya yang mempengaruhi pertuturan lisan dan tingkah laku bukan lisan

murid. Hal ini dapat memupuk persefahaman antara guru dan murid daripada

Page 108: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

97

pelbagai kumpulan etnik dan latar belakang budaya. Di samping itu, guru juga

perlu berusaha untuk memahami bahasa ibunda mereka dan turut

menggunakannya sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Ini dapat

merapatkan lagi jurang antara kaum dan mewujudkan persekitaran

sosiolinguistik yang mesra budaya dalam kalangan semua murid dari pelbagai

kelompok dan latar belakang budaya dalam pengurusan pengajaran dan

pembelajaran bilik darjah.

Berhenti dan Reflek

Bincangkan peranan guru dalam mewujudkan persekitaran mesra budaya.Berdasarkan pengalaman anda, buat refleksi dari segi pandangan sosiolinguistik. 5.7.3 Peranan guru Guru memainkan peranan penting dalam meningkatkan kompetensi

sosiolinguistik dalam kalangan murid. Hal ini dapat dilihat dalam beberapa

strategi pengajaran seperti pembentukan kumpulan yang terdiri daripada murid

pelbagai kelompok dan latarbelakang budaya yang dibincangkan sebelum ini

dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid dari pelbagai kumpulan

etnik dan latar belakang budaya. Selain itu, guru juga boleh melaksanakan

permainan bahasa dan lain-lain aktiviti berkaitan budaya untuk menggalakkan

penglibatan murid. Sebagai contoh guru boleh menggunakan lagu-lagu rakyat

Iban etnik dan lagu kumpulan etnik Kadazan Dusun dalam pengajaran dan

pembelajaran muzik. Sebenarnya, banyak permainan-pemainan tradisional lain

boleh digunakan sebagai satu pendekatan pembelajaran berasaskan permainan

dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan begini bukan sahaja

menggalakkan persefahaman dalam kalangan murid dari pelbagai kumpulan

etnik, malahan ia juga memberi peluang kepada murid untuk menguasai

perbendaharaan kata kumpulan etnik lain. Jika guru dapat menguruskan

pembelajaran berdasarkan pendekatan begini, setiap kumpulan etnik tidak akan

rasa tersingkir dan cara begini juga dapat merapatkan jurang perbezaan serta

meningkatkan persefahaman antara pelbagai kumpulan etnik.

Page 109: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

98

Latihan/aktiviti

Berdasarkan pengalaman anda, bincangkan bagaimana guru dapat meningkatkan kompetensi sosiolinguistik dalam kalangan murid pelbagai bangsa dan budaya?

5.8 Penilaian Berasaskan Budaya

Fikirkan pengalaman anda sebagai guru dalam bilik darjah pelbagai budaya.

Bagaimanakah anda merancang dan melaksanakan proses penilaian mesra

budaya? Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil kira semasa menyediakan

ujian untuk kelas anda? Topik ini akan membincangkan konsep penilaian

berasaskan budaya, ciri-ciri ujian berasaskan budaya, prinsip-prinsip yang perlu

diambil kira serta strategi penilaian yang sesuai untuk kelas pelbagai budaya.

5.8.1 Konsep Penilaian Berasaskan Budaya Penilaian merujuk kepada proses memperolehi maklumat untuk membuat

pertimbangan bagi tindakan selanjutnya. Ini bermaksud penilaian merupakan

proses sistematik untuk mendapatkan maklumat bagi mencapai keputusan

tentang tindakan masa hadapan. Selain itu, menurut Hall (1959, dipetik dari

Modul PGSR, 2010), budaya pula adalah corak pengalaman seseorang yang

menentukan cara ia bertindak, merasa dan melakukan sesuatu. Erickson (1997,

dipetik dari Modul PGSR, 2010) selanjutnya menambah tentang atribut budaya

yang eksplisit (seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti nilai, andaian dan

kepercayaan) berkaitan dengan pendidikan. Berdasarkan takrif ini, penilaian

berasaskan budaya bermaksud penilaian yang dilaksanakan oleh guru untuk

mengumpul maklumat dalam membuat keputusan yang perlu mengambilkira

kepelbagaian budaya murid agar keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh

dipercayai. Malahan penialaian berasaskan budaya memainkan peranan yang

semakin penting dalam pendidikan. Guru perlu mengumpul data tentang

pengetahuan dan kemahiran murid menggunakan alat/teknik penilaian

berlandaskan kepelbagaian latarbelakang budaya murid agar keputusan yang

sah dapat diperolehi.

Page 110: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

99

5.8.2 Prinsip Penilaian Berasaskan Budaya Antara prinsip penting penilaian berasaskan budaya adalah seperti berikut:

(a) Penilaian hendaklah berdasarkan pembelajaran murid dan memainkan

peranan positif dalam membangunkan pengalaman pembelajaran murid. (b) Penilaian dapat mencerminkan perbezaan individu dan berdasarkan

objektif agar murid dapat menunjukkan pencapaian seperti yang ternyata

dalam hasil pembelajaran. Dalam konteks ini, modifikasi yang dilakukan

harus menunjukkan budaya, latarbelakang, bahasa utama, keluarga dan

komuniti. Isi kandungan dan kemahiran asas harus diintegrasikan

merentasi matapelajaran dan masa. Tugasan yang diberikan hendaklah

berasaskan aktiviti, strategi pembelajaran koperatif dan inkuiri. (c) Penilaian perlu adil kepada semua murid tanpa mengira bangsa dan

kumpulan etnik.

Buat Refleksi

Berdasarkan kepada pengalaman anda di sekolah, terangkan alat penilaian yang anda rekabentuk di dalam bilik darjah. Bincangkan ciri-ciri lain penilaian berasaskan budaya yang anda perlu mempertimbangkan semasa menggubal prosedur penilaian di dalam bilik darjah anda.. 5.8.3 Jenis Penilaian Berasaskan Budaya Jenis-jenis penilaian berasaskan budaya yang akan dibincangkan adalah

seperti berikut:

i) Pemerhatian Harian Tingkah Laku Pembelajaran Dan Sosial Murid Dalam Situasi Bilik Darjah

Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, rekod, atau kad untuk

membolehkan guru merekodkan pemerhatian tingkah laku murid secara tekal

dan bermakna. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan senarai nama kelas

sebagai cara mudah untuk merekodkan pemerhatian harian. Guru boleh

mewujudkan lajur untuk mengenal pasti projek, aktiviti atau tingkah laku yang

ingin diperhatikan.

Page 111: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

100

ii) Penilaian Portfolio Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan

kepelbagaian keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai. Guru, murid dan

ahli-ahli keluarga boleh membuat refleksi terhadap apa yang murid telah

laksanakan, tahap kebolehan mereka dan bidang manakah yang perlu

ditambah baik.

iii) . Penulisan Jurnal Penulisan jurnal memberi peluang kepada murid berkongsi pemahaman

peribadi mengenai perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya

untuk memaklum, memperjelas dan menerangkan tentang masyarakat

majmuk. Sebagai contoh, guru boleh menilai tentang jurnal pembelajaran di

mana murid mencatat perkara-perkara berkaitan hal peribadi dengan watak-

watak dalam bahan sastera yang mereka baca. Mereka boleh membina

pemahaman terhadap watak dan ini memberi mereka kebebasan untuk menulis

tentang watak dan berkongsi dengan rakan.

.iv) Projek Projek memberi peluang murid menyumbang idea mengikut kebolehan

mereka. Projek sebegini baik untuk murid dari pelbagai budaya dan berbeza

secara individu kerana mereka melakukan tugasan mengikut masa dan tahap

kesediaan mereka. Mereka juga boleh meneroka topik yang diminati

berasaskan bacaan topik sastera pelbagai budaya. Mereka boleh memilih

untuk menulis laporan atau menyediakan satu persembahan lisan atau

mencipta lukisan untuk menggambarkan konsep utama yang terselindung

dalam topik yang mereka pilih.

v) Ujian Buatan Guru Berasakan Pengajaran Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif dan kemahiran akademik

semua murid. Sebagai contoh, guru boleh mereka cipta ujian dengan

menggubal item soalan sesuai untuk menilai pengetahuan atau prestasi murid

dalam bidang kandungan tertentu dalam kurikulum yang mesra budaya. Ini

bermaksud ujian harus bersifat ”padat dengan unsur budaya” dengan

Page 112: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

101

mengambil kira budaya semua kumpulan murid. Bahasa yang digunakan

harus difahami semua dan tidak bias terhadap kumpulan murid yang dominan

sahaja. Arahan ujian perlu mengambil kira faktor budaya dan linguistik murid

dari pelbagai latar belakang budaya dan murid perlu merasai bahawa bahasa

dan budayanya adalah aset bukan liabiliti dalam penilaian. vi) Penilaian Kendiri Murid Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran

mereka secara berkala dalam konferens guru/murid. Portfolio boleh digunakan

semasa konferen. Sebagai contoh, murid ditunjukkan kerja/tugasan mereka,

membincang hasil kerja dengan guru dan menilai kemajuan sendiri.

vii) Penilaian Kendiri Guru Penilaian kendiri merupakan bahagian penting dalam menentukan keberkesanan

pengajaran guru. Guru perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai

tingkah laku dan strategi-strategi pengajaran, keberkesanan dan kerelevanan

budaya dalam pelajaran mereka serta reaksi dan tindak balas murid terhadap

kepelbagaian budaya dalam bilik darjah.

5.8.4 Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Guru perlu merancang penilaian berasaskan budaya berdasarkan sensitiviti

murid daripada pelbagai latar belakang budaya. Fokus penilaian tidak harus

mendiskriminasi mana-mana murid dan boleh membuat keputusan tentang

kemajuan murid serta dapat mengklasifikasi murid mengikut kebolehan.

Tambahan pula, penilaian juga berhasrat untuk membekalkan maklumbalas

tentang kekuatan dan kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran serta

program pendidikan.

Secara keseluruhannya, penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk :

(a) mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan

selanjutnya

(b) menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif

(c) memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid

Page 113: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

102

(d) mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor linguistik

dan kerelevanan budaya

(e) menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal

(f) mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional

5.8.5 Peranan Guru dalam Menyediakan Penilaian Berasaskan Budaya Guru perlu mempunyai kemahiran dalam merekabentuk alat penilaian yang

berasaskan budaya supaya memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan

kompetensi diri dalam pelbagai cara melibatkan kefahaman mereka terhadap

amalan budaya tradisional. Guru juga perlu mengambil kira beberapa kemahiran

penyelesaian masalah dalam menilai potensi pembelajaran murid serta

meyediakan peluang yang sesuai untuk membolehkan murid menambah baik

diri. Peranan guru ialah menangani isu budaya berkaitan dan menyediakan alat

penilaian yang bersesuaian. Guru perlu sedar bahawa budaya bukan sahaja

mempengaruhi amalan harian (corak tingkahlaku, tradisi, tabiat atau adat)

malahan juga cara murid memahami dan membuat tanggapan terhadap isu

budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini penting bagi guru

sebagai asas pengajaran dan pembelajaran dan merekabentuk alat penilaian.

Henti Sejenak dan Reflek

Berdasarkan pengalaman anda, jelaskan sumbangan anda dalam memastikan pelaksanaan penilaian berasaskan budaya. Pernahkan anda mengalami sebarang kesulitan dan bagaimana anda mengatasinya? Rumusan Modul ini membincangkan aspek tertentu berkaitan beberapa sub-tajuk seperti berikut:

• Pengurusan persekitaran fizikal – Menjelaskan konsep, matlamat, komponen fizikal dan peranan guru dalam pengurusan persekitaran mesra budaya.

Konsep pengurusan fizikal tidak hanya melibatkan infrastruktur dan kemudahan fizikal. Ia juga merupakan hasil pengurusan

Page 114: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

103

persekitaran fizikal bilik darjah yang dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif untuk murid dari pelbagai latarbelakang social dan budaya.

Penyusunan fizikal bilik darjah yang menentukan tempat duduk

murid boleh membantu interaksi murid dari pelbagai latarbelakang budaya dan Bahasa.

Antara kriteria yang perlu dipertimbangkan oleh guru berkaitan

penyusunan fizikal bilik darjah adalah: - Penyusunan meja dan kerusi yang sesuai untuk murid yang

boleh berubah mengikut keperluan aktiviti - Pencahayaan dan penguadaraan yang baik - Mengecat dinding dengan warna lembut dan ceria. - Langsir yang berwarna terang dan lembut - Aspek keselamatan seperti pelan kebakaran dan alat

pemadam api. - Sudut bacaan/pembelajaran/multimedia

• Pengurusan persekitaran sosioemosi – Menjelaskan konsep,

perkembangan dan pengurusan persekitaran sosioemosi dalam bilik darjah pelbagai budaya.

o Perkembangan sosioemosi adalah gabungan pembelajaran yang

berkaitan dengan diplomasi dan kebenaran dalam interaksi individu atau kumpulan yang boleh menyumbang secara positif terhadap ahli masyarakat. Aspek social adalah berkaitan interaksi dengan manusia manakala aspek emosi pula berkaitan usaha memahami dan mengawal emosi seseorang (dalaman). Kombinasi yang seimbang antara kedua aspek ini adalah perlu untuk kesejahteraan hidup yang bermakna.

o Perkembangan sosioemosi bermula dengan kebolehan kanak-

kanak untuk memahami dan mengurus emosinya sendiri. Ini membolehkan kanak-kanak itu memahami emosi, keperluan dan pandangan orang lain. Ini membolehkan kanak-kanak itu membina hubungan erat dengan orang lain dalam bilik darjah.

o Usaha mengurus persekitaran sosioemosi bilik darjah memerlukan

guru menguasai kerangka ilmu yang kukuh tentang teori perkembangan. Ini membolehkan guru memahami murid. Antara teori yang dibincangkan adalah Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura dan Teori Perkembangan Psikososial oleh Erik Erickson.

o Menurut Bandura, terdapat tiga konsep asas dalam teori

pembelajaran social. Pertama, manusia boleh belajar melalui pemerhatian. Kedua, keadaan dalaman mental adalah sebahagian aspek penting dalam proses tersebut. Akhir sekali, teori ini

Page 115: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

104

menyatakan bahawa walau pun sesuatu telah dipelajari, ini tidak semestinya akan membawa perubahan kepada tingkah laku.

o Teori selanjutnya yang perlu difahami oleh guru untuk

membolehkannya memahami muridnya dengan lebih baik ialah teori oleh Erikson’s yang menganggap bahawa individu mengalami konflik semasa 8 tahap perkembangan di sepanjang hidupnya. 8 tahap tersebut adalah seperti berikut:

- Bayi (dari lahir hingga 18 bulan) - Awal kanak-kanak (2 hingga 3 tahun) - Prasekolah (3 hingga 5 tahun) - Umur Persekolahan (6 hingga 11 tahun) - Remaja (12 hingga 18 tahun) - Awal Dewasa (19 hingga 40 tahun) - Pertengahan Dewasa (40 hingga 65 tahun) - Dewasa (65 hingga mati)

o Justeru itu, guru perlu peka terhadap keperluan dalam tahap

tersebut dan mewujudkan persekitaran kondusif untuk menggalakkan perkembangan sosioemosi dalam kalangan murid dari pelbagai latarbelakang budaya.

• Hubungan antara kumpulan etnik - menjelaskan hubungan antara kumpulan

etnik

o Dapatan kajian oleh Salfarina, Mohd Zaini and Azeem Fazwan (2009, dipetik dari Modul PGSR , 2010) menunjukkan kumpulan etnik di Malaysia telah mengalami beberapa perkembangan dari sudut sejarah dan beberapa perubahan lain. Selain itu, pengaruh penduduk pendatang dan emigrant juga telah membentuk hubungan etnik secara kompleks dan dinamik. Dengan itu, kerajaan telah merangka polisi dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan wujudnya hubungan harmonis dalam pelbagai kumpulan yang wujud.

o Justeru itu, guru memainkan boleh memainkan peranan yang berkesan dalam mewujudkan hubungan harmonis antara kumpulan pelbagai etnik, antaranya, dengan cara berikut: i) Belajar dan cuba memahami tentang budaya yang berbeza

kerana kejahilan boleh mendorong kepada kurangnya rasa toleransi.

ii) Galakkan perspektif pelbagai budaya dalam kalangan murid dengan menerapkan pelbagai elemen budaya dalam kurikulum.

iii) Rapatkan hubungan murid dengan mengadakan pelbagai aktiviti merentas budaya yang membolehkan murid menghargai budaya masing-masing.

iv) Gunakan dan ubahsuai pelbagai pendekatan pengajaran untuk memenuhi keperluan murid dari pelbagai budaya.

Page 116: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

105

v) Membina hubungan antara murid pelbagai kumpulan etnik berdasarkan persefahaman dan penghargaan.

vi) Elakkan komen berunsur perkauman. • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran - Menjelaskan konsep, ciri-ciri dan aspek penting berkaitan pengajaran dan pembelajaran

o Pengurusan melibatkan proses merancang, melaksana dan menilai serta mengambil inisiatif untuk penambahbaikan.

o “Pengajaran” bermaksud bagaimana guru menyampaikan pelajaran atau pengetahuan kepada murid. Ia merupakan proses penyediaan, pelaksanaan dan penilaian. Pengajaran ialah perancangan sistematik guru membantu murid dalam aktiviti pembelajaran.

o Pembelajaran adalah proses membina struktur mental dan perubahan tingkah laku berdasarkan keupayaan yang berbeza.

o Guru sebagai pemudahcara memainkan peranan sebagai perancang, pengurus dan pelaksana.

o Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa proses iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan aktiviti susulan termasuk pemulihan dan pengayaan.

o Peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut: - Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran - Semasa proses pengajaran dan pembelajaran - Selepas proses pengajaran dan pembelajaran

o Penilaian, pengukuran dan pengujian sangat penting dalam proses penngajaran dan pembelajaran untuk tujuan penambahbaikan pembelajaran murid dan pengajaran guru.

• Persekitaran pedagogi relevan budaya dan kumpulan indigenous/pribumi- membincangkan isu, konsep, matlamat, ciri-ciri, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran kumpulan indigenous/pribumi.

o Guru boleh membina persekitaran pedagogi relevan budaya dan

kumpulan indigenous/Pribumi menggunakan pengetahuan budaya, pengalaman sedia ada dan gaya pencapaian murid dari pelbagai budaya mengikut kesesuaian.

o Satu daripada ciri-ciri pembelajaran berkesan ialah menerapkan pengetahuan, konsep, prosedur, kemahiran dan strategi dengan cara bersepadu untuk menyesuaikan dengan keperluan murid pelbagai latarbelakang budaya tanpa prejudis.

Page 117: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

106

o Antara kaedah/strategi pengajaran yang sesuai dengan pedagogi mesra budaya adalah strategi pengajaran koperatif, kaedah penemuan dan projek.

o Penyerapan elemen teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu mengambilkira perbezaan individu, terutama dari segi perbezaan sosial dan budaya.

• Pedagogi kelas bercantum – menjelaskan konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum

o Kelas bercantum merujuk kepada kelas di sekolah rendah yang

mempunyai murid yang berada dalam kumpulan umur yang hampir sama, misalnya tahun satu dan dua, tahun tiga dan empat, tahun lima dan enam.

o Antara ciri-ciri kelas bercantum ialah kelas ini wujud di sekolah rendah, murid dari kumpulan umur yang hampir sama diletakkan bersama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang sama, pengambilan murid yang kurang dari 10 orang menyebabkan kelas biasa tidak dapat dibuka, guru mengajar lebih dari satu kumpulan umur persekolahan oleh kerana penempatan guru adalah berdasarkan bilangan murid dan akhir sekali, strategi pengajaran dan pembelajaran adalah berbeza dengan kelas biasa.

o Pembahagian mengikut kumpulan adalah seperti berikut: kumpulan mengikut kebolehan yang sama, kumpulan mengikut kebolehan yang berlainan, kumpulan mengikut umur persekolahan, kumpulan sosial dan kumpulan individu.

o Perancangan pengajaran harian adalah rekod penting untuk rujukan Guru.

• Sosiolinguistik – menjelaskan konsep, perkembengan dan pengurusan sosiolinguistik dalam bilik darjah pelbagai budaya.

o Topik ini membincangkan cara mengeratkan murid dari pelbagai

kumpulan etnik dari aspek sosiolinguistik .

o Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi merupakan alat komunikasi yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan kompetensi sosiolinguistik dalam kalangan murid.

o Guru perlu memainkan peranan secara berkesan dalam menguruskan pelbagai aktiviti Bahasa, sastera dan budaya termasuk aktiviti kokurikulum bagi merapatkan jurang sosiolinguistik dalam kalangan murid pelbagai latarbelakang budaya

Page 118: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

107

• Penilaian berasaskan budaya – mendefinisi konsep, prinsip, tujuan dan jenis penilaian berasaskan budaya. Peranan guru dibincangkan.

o Terdapat beberapa cabaran dalam proses penilaian murid dari

pelbagai latarbelakang budaya. o Penilaian berasaskan budaya bermaksud penilaian yang

dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam usaha untuk membuat keputusan dengan mengambilkira kepelbagaian budaya murid supaya keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh dipercayai.

o Antara prinsip penilaian mesra budaya adalah ia mesti berlandaskan pembelajaran murid, perlu mencerminkan perbezaan individu dan penilaian mestilah adil kepada semua murid tanpa mengira kumpulan pelbagai latarbelakang budaya.

o Antara tujuan penilaian berasaskan budaya yang telah

dibincangkan adalah seperti berikut::

(a) Kumpul maklumat untuk melihat perkembangan, mendiagnos dan untuk tindakan lanjut.

(b) Menilai kegunaan prosedur autentik dan alternatif.

(c) Mendapatkan data tentang peluang pembelajaran semua

murid.

(d) Mengumpul maklumat sama ada kesesuaian linguistik dan budaya ada diambilkira.

o Jenis penilaian yang dibincangkan akan dapat menngurangkan elemen bias terhadap kumpulann etnnik tertentu dan cadangan yang dikemukakan oleh guru perlu dipertimbangkan bila menyediakan penilaian secara formal dan tidak formal. Antara jenis penilaian yang dibincangkan adalah pemerhatian harian, penilaian portfolio murid, penulisa jurnal, projek, ujian buatan guru, penilaian kendiri murid dan penilaian kendiri guru.

o Sekiranya kurikulum adalah mesra budaya dengan isi kandungan

yang sesuai untuk murid, guru tidak akan menghadapi banyak masalah dalam merekabentuk alat penilaian untuk murid. Guru akan berjaya jika semua resos dan tenaga manusia digunakan dengan baik untuk membantu murid yang berpencapaian rendah tanpa mengira latarbelakang budaya mereka.

Page 119: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

108

Rujukan : Rujuk senarai buku di bawah untuk pembacaan lanjutan

A multicultural –classroom environment.(n.d.) Retrieved September 24,

2012, from http://www.buzzle.com/articles/creating-a-multicultural-classroom-environment.html

Virginia,A.G..(n.d). Definition of social eEmotional development. Retrieved September 19, 2012, from http://www.ehow.com/about_5042688definition-social-emotionaldevelopment.html

Anthony Candia, (1989), Pengurusan bilik darjah dalam konteks kelas bercantum.

Arends, R.I. (2001). Learning to teach. Boston : McGraw Hill. Arends,R.I. (1994). Learning to teach. (3rd ed.) New York: McGraw Hill. Asmah bt. Hj Ahmad, (1989), Pedagogi 2, Siri Pendidikan. Kuala Lumpur:

Longman. Bahagian Pendidikan Guru.(2007). Modul kelas bercantum. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. Baxter, G. P. & Shavelson, R. J. (1994). Science performance assessments:

benchmarks and surrogates. International Journal of Educational Research, 21(3), 279-298.

Baxter, G. P., Shavelson, R. J., Goldman, S. R., & Pine, J. (1992). Evaluation of a procedure-based scoring for hands-on science assessment. Journal of Educational Measurement, 29(1),1-17.

Bob, Kizlik (2012). Measurement, evaluation and assessment in education. RetrievedOctober15,2012,from http://www.adprima.com/measurement. htm

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn

Bacon. Cherry, Kendra.( n.d). Social learning theory, An overview of Bandura's

social learning theory.Retrieved on September 20, 2012 from cultcomppractice.aspx#assess Dalton, B., Morocco, C. C., Tivnan, T., & Rawson, P. (1994). Effect of format

on learning disabled and non-learning disabled students performance on a hands-on science assessment. International Journal of Educational Research, 21(3) 299-316.

Page 120: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

109

Gay, G. (2000). Culturally Responsive Teaching: Theory, Research, & Practice. New York: Teachers College Press.

Gloeckler , Lissy (Phyllis) & Niemeyer, Judith. (2010). Social-Emotional

Environments: Teacher Practices in Two Toddler Classrooms Retrieved September 20, 2012, from http://ecrp.uiuc.edu/v12n1/gloeckler.html

Good, T.L.& Brophy, J.E.(1997). Looking in classroom. New York: Addison

Wesley Educational Inc.

Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice.(4th ed.) New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Holmes, J., (2001). An Introduction to sociolinguistics. Essex: Pearson Education Limited. Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating positive

learning environments for all students. Massachussett: Allyn & Bacon. Jovanovic, J., Solano-Flores, G., & Shavelson, R. J. (1994). Performance-based

assessments: Will gender differences in science achievement be eliminated? Education and Urban Society, 26(4), August, 352-366.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (1982), Buku panduan khas kelas bercantum Kurikulum Baru Sekolah Rendah.Kuala Lumpur:KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1980 - pindaan, 1982), Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Kelas Bercantum.

Kizlik, Bob (2012). “Measurement, Assessment, and Evaluation in Education”. Retrieved 26 October from http://www.adprima.com/measurement.htm.

Mizne Claire Anne, (1997), “Teaching Sociolinguistic Competence in the ESL Classroom”.Senior Thesis Projects, 1993-2002 http://trace.tennessee. edu./utk_interstp2/20

Modul Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah( 2010). Budaya dan pembelajaran. IPGM

Montgomery,W.(2001). Creating culturally responsive, inclusive classrooms. Teaching Exceptional Children, Vol.33(4) pp 4-9.

Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassan.(2005). Readings on ethnic relations in a multicultural society. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Noriati, A,R., Boon,P.Y., Sharifah Fakhriah & Zuraidah A.M. (2011). Budaya dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Samuel O. Ortiz. Best practices in nondiscriminatory assessment. St John's University Retrieved 10 October 2009 from http://www.nasponline.org/resources/culturalcompetence/

Samuel O. Ortiz. Comprehensive assessment of culturally and linguistically

Page 121: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

110

diverse student: A systematic, practical approach for nondiscriminatory assessment. St John's University Retrieved 10 October 2009 from http://www.nasponline.org/resources/culturalcompetence/

Santrock J.W (2006) Educational psychology: A tool for effective teaching (3rd ed).New York: McGraw–Hill

What is a definition of emotional, personal and social development? (n.d.) Retrieved September 19,2012, from http://uk.answers.yahoo.com/question /index?qid =20090608104439AAMUXPv

Woolfolk,A. (2004). Educational psychology. Boston: Allyn & Bacon

Page 122: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

111

TOPIK 6

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

SInopsis: Topik ini membincangkan komunikasi lisan dan bukan lisan, menjelaskan

kepentingan kemahiran komunikasi dalam kalangan guru serta laras bahasa

dan kesantunan bahasa..

Hasil Pembelajaran: 1. Menghuraikan komunikasi lisan dan bukan lisan.

2. Menjelaskan kepentingan kemahiran dalam kalangan guru.

3. Menjelaskan laras bahasa dan kesantunan bahasa.

Pengenalan Komunikasi bermaksud menghantar pesanan sama ada secara lisan atau bukan

lisan oleh seorang individu kepada orang lain sebagai respon tindakbalas

terhadap penerima pesanan tersebut.(Noriati, Boon, Sharifah & Zuraidah, 2011).

Komunikasi merupakan tanggungjawab asas dalam tugas guru. Guru perlu

memahami proses komunikasi dan mengamalkan kemahiran komunikasi secara

berkesan untuk mengendalikan murid dengan jayanya. Komunikasi guru yang

berkesan adalah apabila pesanan yang disampaikan dapat difahami oleh murid

dengan jelas. Komunikasi dalam bilik darjah melibatkan interaksi guru-murid

dalam perkongsian pendapat, pemikiran dan perasaan sama ada secara lisan

atau melalui simbol atau aksi tertentu. Antara kategori komunikasi adalah

komunikasi lisan, bukan lisan, penulisan dan penglihatan. Topik ini akan

memberi fokus terhadap komunikasi lisan dan bukan lisan.

6.1 Komunikasi Lisan Dan Bukan Lisan 6.1.1 Komunikasi Lisan a) Konsep Komunikasi Lisan Komunikasi lisan adalah perkongsian maklumat, pengetahuan dan pandangan

antara dua atau lebih individu melalui kata-kata. Komunikasi lisan berlaku dalam

bilik darjah apabila guru menyampaikan sesuatu pesanan secara lisan kepada

Page 123: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

112

murid-murid. Ringkasnya, komunikasi lisan adalah apa yang guru katakan

kepada seorang atau sekumpulan murid-murid.

b) Kategori Komunikasi Lisan Dua kategori asas komunikasi lisan adalah komunikasi interpersonal dan

pengucapan awam.(Tracii, 2011) Pengucapan awam melibatkan seorang atau

lebih individu yang menyampaikan pesanan kepada sekumpulan manusia

manakala komunikasi interpersonal pula merujuk kepada interaksi dua pihak

yang melibatkan dua atau lebih individu yang bercakap dan mendengar antara

satu sama lain. Guru memerlukan kedua-dua kategori kemahiran ini bagi

membolehkannya berkomunikasi secara berkesan dengan murid-murid dari

pelbagai latarbelakang etnik dan budaya.

c) Kepentingan Komunikasi Lisan Kepada Guru i) Membina hubungan dengan murid. ii) Menyampaikan maklumat dengan jelas kepada murid.

iii) Membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid dengan memberikan

teguran secara berhemah.

iv) Memberi dan mendapatkan penjelasan tentang sesuatu isu – guru atau

murid boleh mendapatkan penjelasan sekiranya berlaku salah faham

tentang sesuatu perkara yang dibincangkan.

v) Memberi maklumbalas terhadap pencapaian murid sama ada kepada

murid atau kepada pihak ibu bapa dan pentadbir sekiranya diperlukan.

vi) Memberi motivasi kepada murid-murid dengan kata-kata pujian untuk

menunjukkan sokongan kepada tingkahlaku murid.

Reflek: Berdasarkan pengalaman anda, bincangkan cara-cara guru dapat melaksanakan kemahiran komunikasi lisan yang berkesan dalam kalangan murid-murid dari pelbagai latarbelakang budaya..

Page 124: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

113

6.1.2 Komunikasi Bukan Lisan a) Konsep Komunikasi Bukan Lisan Komunikasi bukan lisan adalah bentuk komunikasi tanpa kata-kata dan di mana

badan, pergerakan dan mimik muka menyampaikan maksud dan mengambil alih

peranan kata-kata(Keegan, n.d.). Komunikasi bukan lisan juga dikenali sebagai

bahasa badan atau pesanan tanpa perkataan.(Manning, Reece, 1992).

Malahan, diam juga merupakan sebahagian daripada komunikasi dan badan kita

dikatakan menyampaikan pesanan pada setiap ketika. Kadang kala, terdapat

perbezaan besar antara perkara yang diperkatakan dan apa yang badan ingin

sampaikan. Namun, pendengar sentiasa memerhatikan pertelingkahan isyarat

badan dan kata-kata yang dituturkan serta lebih mempercayakan apa yang

dilihat. (Segal, Smith, Jaffe, 2012)

b) Kategori Komunikasi Bukan Lisan Terdapat empat kategori komunikasi bukan lisan iaitu estetik, fizikal, tanda dan

simbol(Your Dictionary, n.d) seperti berikut:

i) Komunikasi estetik terdiri dari beberapa cabang seni seperti muzik, tarian,

pementasan, kraftangan, lukisan dan ukiran. Guru boleh menggunakan cabang

seni ini untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran.

ii) Komunikasi fizikal pula termasuk senyuman atau mimik muka kerisauan,

kenyit mata, mengangkat ibu jari, sentuhan, menghidu, tabik, gerakan isyarat,

diam dan lain-lain pergerakan badan. Guru perlu peka dengan pebagai

pergerakan dan isyarat tersebut terutama yang melibatkan pelbagai kumpulan

budaya. Sebagai contoh, menepuk bahu menunjukkan tanda penghargaan

untuk kumpulan budaya tertentu manakala ada kumpulan budaya yang tidak

boleh menerima cara demikian sebagai satu amalan. iii) Isyarat merupakan jenis komunikasi bukan lisan yang lebih mekanikal seperti

cahaya, bunyi horn dan siren yang mungkin berbeza-beza mengikut budaya

setempat. Kefahaman tentang pelbagai isyarat boleh membantu guru lebih

memahami amalan agama dan status sosio ekonomi murid.

iv) Simbol komunikasi pula digunakan sebagai lambang keagamaan dan status

peribadi serta untuk membina penghargaan diri. Sebagai contoh, barang kemas,

Page 125: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

114

kereta, pakaian dan lain-lain item yang dapat menzahirkan status sosial,

kewangan, pengaruh dan tahap keagamaan.(Your Dictionary, n.d).

Justeru itu, guru perlu belajar dan faham matlamat dan maksud mesej yang

disampaikan melalui tingkahlaku bukan lisan agar dapat berkomunikasi secara

berkesan dengan murid-murid dari pelbagai kumpulan etnnik.

c) Kepentingan Komunikasi Bukan Lisan Perkara yang paling penting dalam komunikasi adalah mendengar apa yang

tidak diperkatakan.(Peter F. Drucker, n.d). Dengan kata-kata lain, cara guru

menyampaikan maklumat kepada murid-murid dapat memberi mesej yang

bermakna. Malahan, komunikasi bukan lisan dapat meningkatkan kepercayaan,

kejelasan dan menambah minat terhadap penyampaian guru jika dilaksanakan

dengan baik.

Reflek: Bersama pasangan anda, huraikan beberapa bahasa/iisyarat

badan, pergerakan dan mimik muka yang pernah anda alami

dalam bilik darjah yang menunjukkan maksud yang berlainan

mengikut kumpulan etnik yang berbeza.

6.1.3 Elemen-Elemen Kemahiran Komunikasi Terdapat beberapa elemen kemahiran komunikasi yang penting yang perlu

disedari oleh penyampai mesej kerana kemahiran komunikasi adalah tidak

lengkap jika hanya semata-mata bergantung kepada kebolehan berkata-kata

sahaja. Antara elemen yang perlu dikuasai dalam komunikasi adalah seperti

berikut:

a) Kemahiran Mendengar Komunikasi akan menjadi lebih berkesan bagi pendengar yang baik. Matlamat

utama mendengar adalah mendengar secara aktif dan reflektif. Antara aktiviti

yang boleh dilaksanakan oleh guru bagi menunjukkan kepada murid bahawa

beliau sedang mendengar adalah seperti berikut:

• Berfikiran terbuka.Elakkan sikap negatif, prejudis dan perasaan emosi.

Berbaik sangka.

Page 126: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

115

• Mendengar secara aktif dan reflektif. Berhenti membuat kerja-kerja lain

dan berikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang sedang

diperkatakan.

• Kontak mata sangat penting dan peka terhadap pergerakan murid.

• Tunjukkan rasa empati dan jangan menghukum.

• Bersikap jujur. Jika rasa celaru dan tidak faham, katakana dengan jujur

dan minta murid ulang.

• Maklumbalas: Adakala murid memberi maklumbalas secara menyoal.

Mereka hanya ingin meluahkan perasaan tanpa memerlukan jawapan

dan guru yang peka tidak perlu memberi apa-apa jawapan.

• Tumpukan terhadap apa yang diperkatakan secara aktif.

• Bersabar dan beri perhatian terhadap murid.

• Elakkan mengganggu perbualan murid seolah-seolah murid telah

mengatakan sesuatu yang salah. Guru perlu tunjukkan minat terhadap

apa yang diperkatakan.

• Jangan bersikap gopoh. Elakkan memberi respon secara spontan kerana

bimbang akan mengganggu pemikiran dan emosi murid. Ini adalah untuk

mengelakkan guru daripada membuat interpretasi yang silap.

• Kemukakan soalan yang menggunakan soalan-soalan terbuka dan

tertutup.

• Gunakan bahasa bukan lisan. Tunjukkan gaya yang mesra bagi membina

keyakinan dan memberi motivasi kepada murid.

• Biarkan murid bercakap sehingga puas dia menceritakan apa yang ingin

dikongsi.

b) Mendapatkan Perhatian Pendengar Guru perlu elakkan daripada membuatkan pendengarnya bosan. Dapatkan

perhatian murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira

latarbelakang budaya. Beberapa cara untuk melaksanakan langkah ini telah

dibincangkan.

c) Kemahiran Lisan Kemahiran komunikasi kanak-kanak berkembang apabila mereka bergaul sama

ada dengan keluarga, jiran atau dengan rakan-rakan di sekolah. Justeru itu,

guru perlu membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang

Page 127: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

116

membolehkan murid-murid dari pelbagai latarbelakang sosial berbincang

sesama mereka untuk membina kemahiran lisan.

d) Pesanan Melalui Simbol dan Artifak Artifak memainkan peranan penting dalam menyampaikan pesanan secara jelas

dan boleh diterima oleh masyarakat. Kemahiran lisan juga berkaitan dengan

simbol. Masyarakat mempunyai symbol untuk menyampaikan maksud tersirat.

Guru perlu faham simbol-simbol yang digunakan dalam sesebuah komuniti atau

kumpulan etnik. Sebagai contoh, pakaian merupakan satu bentuk komunikasi

bukan lisan. Pakaian membawa maksud atau mesej tertentu. Guru perlu faham

cara berpakaian berdasarkan kod pakaian serta bersesuaian dengan keadaan

kerana imej guru banyak bergantung kepada cara dia berpakaian.

e) Mesej Melalui Muzik dan Bunyi Nada dan bunyi, sama ada bunyi gong atau gegendang melambangkan identity

atau perasaan sesebuah komuniti atau kumpulan etnik. Bagi komuniti Iban,

bunyi semasa malam perkahwinan dipercayai sebagai tanda sama ada baik atau

buruk dan Orang Iban biasanya mempercayai perkara tersebut. Begitu juga

bunyi dan muzik yang didendangkan semasa sesuatu upacara dikatakan

membawa maksud yang berbeza kepada kumpulan etnik yang berbagai.

6.2 Kepentingan Kemahiran Komunikasi Kepada Guru 6.2.1 Guru Dapat Memberi Motivasi Peranan yang paling penting bagi seorang guru ialah kebolehan untuk

menyampaikan, membuat interpretasi, mengananlisis dan memberi respon

secara berkesan kepada sesuatu mesej. Kemahiran komunikasi guru yang

berkesan adalah apabila pemikirannya difahami dan diberikan respon yang

sesuai. Malahan guru dapat menyampaikan pengetahuan, kemahiran da nilai

dan pada masa yang sama mampu menyampaikan sikap mengambil pedulinya

terhadap murid-murid. Guru juga dapat memberi motivasi kepada murid untuk

belajar. Justeru itu, peranan guru bukan hanya menguruskan proses pengajaran

dan pembelajaran dalam bilik darjah, malahan juga merangkumi aspek-aspek

lain seperti berhubung dengan orang lain. Selain itu, penyampaian kandungan

pelajaran bukan hanya bergantung kepada kandungan yang diajar, tetapi juga

cara ia disampaikan yang merupakan perkara penting dalam menentukan

keberkesanan pengajaran.

Page 128: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

117

6.2.2 Memenuhi Pelbagai Peranan Guru perlu peka terhadap murid-murid berkeperluan khas dan murid-murid dari

pelbagai kumpulan etnik. Guru perlu pastikan bahawa mereka dapat

menyampaikan mesej yang dapat difahami dan diterima oleh murid.

Kepentingan kemahiran komunikasi guru dapat dilihat dalam usaha memenuhi

pelbagai tanggungjawab guru seperti berikut:

i) Pendidik

ii) Penyampai ilmu

iii) Agen Perubahan

iv) Pemimpin

v) Agen Sosialisasi

vi) Moderator

Guru perlu menguasai kemahiran komunikasi dalam usaha untuk memenuhi

semua peranan tersebut, terutama sekali dalam mengendalikan murid-murid

pelbagai latabelakang budaya. Justeru itu, guru perlu memainkan peranan

secara berkesan untuk membina persekitaran bilik darjah yang dapat

menggalakkan hubungan interpersonal yang baik antaran guru dan murid-murid

dari pelbagai latarbelakang budaya.

6.2.3 Membuat Pelaporan Kepada Ibu Bapa Guru perlu dapat menyampaikan maklumat secara lisan atau bertulis untuk

melaporkan tentang kekuatan dan kelemahan murid kepada ibubapa secara

berhemah supaya ibubapa faham dan dapat menerima laporan yang

disampaikan tanpa sebarang tentangan. Hal ini penting terutama sekali apabila

guru ingin menyampaikan sesuatu yang perkara yang sukar diterima oleh ibu

bapa berkaitan dengan salah laku dan masalah pembelajaran murid. Maklumat

yang disampaikan perlu jelas dan secara berhati-berhati serta mengelakkan isu-

isu sensitif. Guru juga perlu berkomunikasi dengan ibubapa secara berterusan

melalui panggilan talipon dan catatan-catatan secara tidak formal selain dari kad

laporan formal mengikut cara yang sesuai dengan murid-murid pelbagai

latarbelakang sosial.

Page 129: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

118

6.2.4 Keperihatinan Dan Mengambil Berat Komunikasi adalah kebolehan menerima dan meluahkan. Guru perlu menjadi

pendengar yang baik dan dapat memberi penerangan yang jelas. Bagi

membolehkan guru memberikan penerangan yang jelas, guru perlu mempunyai

pemikiran yang jelas. Guru perlu berkomunikasi dengan berkesan dengan

mentransfomasi keadaan yang membosankan menjadi seronok dan ini

memerlukan kemahiran pembentangan yang baik bagi membolehkan murid dari

pelbagai kaum dan latarbelakang budaya memahami pelajaran yang

disampaikan tanpa rasa tidak puas hati. Ini bermakna guru perlu dapat

menghuraikan isi kandungan yang sukar menjadi bahagian yang lebih kecil dan

mudah agar dapat difahami oleh murid. Guru juga perlu dapat mengadaptasi

kaedah komunikasi terhadap semua murid tanpa mengira latarbelakang budaya

dan gaya pembelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran “membaca” murid-

murid nya agar dapat disesuaikan dengan keperluan individu setiap murid dari

pelbagai latarbelakang budaya.

Tambahan pula, guru yang baik berkomunikasi atas dasar keprihatinan dan rasa

mengambil peduli seperti yang ditunjukkan dari isyarat badan dan nada

suaranya. Guru akan menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi serta

kasih sayang terhadap murid-murid mereka. Mereka menunjukkan sikap ambil

berat terhadap kemajuan murid dan menngingatkan murid tentang perkara ini.

Guru yang baik mengingati nama-nama murid sejak mula lagi dan sentiasa

memanggil murid dengan nama mereka. Guru juga mengambil tahu tentang

harapan, kerisauan serta pilihan murid dan dengan cara begini guru dapat

berkomunikasi secara berkesan dengan murid. Selain itu, guru perlu

menyatakan penghargaannya terhadap murid dengan mera’ikan kejayaan-

kejayaan mereka dan sentiasa memberi motivasi kepada murid. Dengan cara

ini, murid akan rasa lebih dihargai dan kukuh. Justeru itu, kesedaran tentang

kepentingan kemahiran komunikasi dalam pengajaran adalah penting. Mereka

mesti sedar bahawa semua murid tanpa mengira latarbelakang budaya

mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan. Selain itu, melalui kemahiran

komunikasi, guru dapat memperkenalkan cara-cara yang kreatif dan berkesan

untuk membantu murid dalam proses pembelajaran. Antara kemahiran

komunikasi yang guru perlu kuasai adalah seperti berikut:

Page 130: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

119

i) Motivasi Positif: Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya

mempunyai pilihan yang berbeza terhadap matapelajaran yang diajar. Justeru

itu, guru bertanggungjawab meningkatkan minat murid terhadap sesuatu

matapelajaran. Selain itu, guru juga perlu menghindarkan murid dari perasaan

takut terhadap matapelajaran yang dipelajari. Guru boleh melakukan ini dengan

memotivasi murid-murid dari pelbagai latarbelakang budaya.

ii) Isyarat Badan yang Berkesan: Ini merupakan kemahiran komunikasi yang

paling hebat yang perlu dikuasai oleh guru terutama dalam mengendalikan

murid-murid dari pelbagai latarbelakang budaya. Kemahiran persembahan yang

baik melibatkan isyarat badan yang berkesan dan disokong dengan kemahiran

lisan. Ini dapat meninggalkan kesan jangka panjang dalam pemikiran murid.

Justeru itu, guru perlu peka terhadap pelbagai keperluan murid dari pelbagai

latarbelakang budaya agar guru dapat berkomunikasi dengan sesuai dan

mengelakkan amalan yang sensitif berdasarkan kumpulan budaya murid.

iii) Unsur kecindan: Unsur kecindan boleh menjadikan murid lebih aktif dan

berminat dalam bilik darjah. Guru yang kurang unsur kecindan adalah

membosankan dan tidak dapat menyumbang kepada kesejahteraan murid.

Namun, guru perlu peka terhadap elemen sensitif dalam amalan pelbagai

budaya agar tidak menimbulkan sebarang provokasi atau menyentuh perasaan

murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

iv) Memahami Murid: Guru perlu menggalakkan murid untuk berkomunikasi

secara terbuka dan menimbulkan perbualan dua hala. Justeru itu, dalam usaha

menyelesaikan apa juga masalah yang timbul, guru perlu bijak mendengar

pandangan dari semua murid tanpa mengira latarbelakang budaya.

v) Pembentukan pasukan: Guru boleh membentuk kumpulan-kumpulan kecil

yang terdiri daripada murid-murid dari pelbagai latarbelakang budaya bagi

menggalakkan kerja secara berpasukan untuk menyelesaikan sebarang masalah

atau menyiapkan tugasan kumpulan. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan

interaksi antara murid dari pelbagai latarbelakang budaya, malahan juga antara

guru dan murid.

vi) Kemahiran Teknikal: Guru juga perlu melengkapkan diri dengan bahan

bantu mengajar yang terkini seperti komputer, teknik konferens video dan

penggunaan internet. Langkah ini juga dapat meningkatkan minat murid dari

pelbagai latarbelakang budaya terhadap proses pembelajaran.

Page 131: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

120

Berhenti dan fikirkan:

Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru: i) Bincangkan kepentingan komunikasi dalam pelbagai peranan guru sebagai pendidik, penyampai maklumat, agen perubahan, pemimpin, agen sosialisasi dan pemudahcara. ii) Bincang dengan rakan anda, beberapa masalah yang dihadapi oleh guru bila berkomunikasi dengan murid dan rakan sejawat dan cara-cara untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

6.3 Laras Bahasa dan Kesantunan 6.3.1 Laras bahasa i) Definisi laras bahasa Nik Safiah Karim (1982, dipetik dari Guru Bahasa Melayu, 2009) menganggap

laras sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa - sesuatu laras

bermaksud variasi bahasa yang boleh dipilih daripada sekumpulan variasi yang

ada pada tiap-tiap penutur. Halliday(1968, dipetik dari Guru Bahasa Melayu,

2009) mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang pelbagai

berdasarkan fungsi. Menurut Halliday(1968) lagi, laras akan berubah-ubah

mengikut situasi pertuturan. Sebagai contoh, kita berkomunikasi secara berbeza

dengan ketua kita berbanding dengan rakan-rakan kita. Ini melibatkan

penggunaan bahasa yang menunjukkan laras yang berbeza mengikut situasi. Ia

merupakan gaya bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Berdasarkan

beberapa definisi dan penjelasan tadi, dapat dirumuskan bahawa laras bahasa

merupakan kebolehan untuk menggayakan gaya berbahasa dengan sesuai agar

dapat mencapai komunikasi yang lebih berkesan dalam pelbagai situasi sosial.

ii) Dimensi laras bahasa Halliday (1985, dipetik dari Guru Bahasa Melayu, 2009)) melihat laras daripada

tiga dimensi, iaitu tajuk wacana, strategi penyampaian, dan gaya penyampaian.

Tajuk wacana merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti sejarah, sains,

sukan dan matematik. Jenis dan ragam ayat yang digunakan bergantung

kepada bidang berkenaan. Cara penyampaian pula menentukan sama ada

wacana disampaikan secara lisan atau bukan lisan manakala gaya penyampaian

merujuk kepada cara sesuatu mesej itu disampaikan sama ada dalam situasi

formal atau tidak formal. Pada asasnya, perbezaan antara keduanya adalah

gaya bahasa. Umumnya, terdapat dua bentuk gaya bahasa, iaitu gaya bahasa

biasa dan gaya bahasa spesifik. Perbezaan antara kedua-dua gaya bahasa ini

Page 132: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

121

adalah dalam pemilihan perbendaharaan kata, nahu dan gaya penyampaian.

Gaya bahasa biasa digunakan dalam situasi biasa tanpa menggunakan istilah

teknikal, mudah difahami dan sering digunakan dalam situasi tidak formal,

manakala gaya bahasa spesifik pula lebih dikaitkan dengan bidang-bidang

tertentu dan lebih sesuai dalam suasana formal. Abdullah Hasan (1997)

membahagikan gaya bahasa kepada beberapa jenis iaitu umum, teknikal,

perundangan, teknikal, keagamaan, klasik, kreatif, kanak-kanak dan

pengiklanan.

Bagi membolehkan guru berkomunikasi secara berkesan, terdapat ciri-ciri gaya

bahasa yang perlu dititikberatkan oleh guru dalam pertuturannya seperti berikut:

• Ketepatan

• Kepadatan

• Kejelasan

Justeru itu, guru perlu memilih gaya bahasa yang sesuai, selaras dengan tahap

kefahaman murid-murid. Gaya bahasa yang dipilih perlu menitikberatkan

penggunaan istilah-istilah yang sesuai dengan matapelajaran yang diajar kepada

murid-murid.

6.3.2 Kesantunan Kesantunan merupakan ciri penting dalam kemahiran komunikasi. Menurut

Richard J.Watts(2003) “bagi mengenalpasti ciri kesantunan bahasa, kita boleh

merujuk kepada ungkapan seperti ‘bahasa yang digunakan oleh seseorang

untuk mengelakkan daripada terlalu lantang’ atau ‘bahasa yang memperlihatkan

tanda hormat atau timbang rasa terhadap orang lain’”. Walau pun tiada kata

putus berkaitan definisi kesantunan bahasa, namun, secara amnya, telah

dipersetujui bahawa kesantunan bahasa melibatkan strategi lisan bagi

memastikan tiada pergeseran dalam interaksi sosial. Justeru itu, guru perlu

menggunakan ungkapan-ungkapan yang memperlihatkan kesantunan dan tanda

hormat seperti “maafkan saya, tolong saya” dan menggalakkan murid-murid

untuk melakukan perkara yang sama semasa berkomunikasi antara satu sama

lain. Selain itu, guru juga perlu peka terhadap pantang larang berkomunikasi

dalam kalangan murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik. Ringkasnya, guru

perlu menunjukkan sifat kesantunan dan sentiasa mengamalkannya semasa

berkomunikasi secara verbal atau bukan verbal. Malahan guru perlu sentiasa

Page 133: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

122

secara sedar menggunakan bahasa yang penuh kesantunan dari segi pemilihan

perkataan, ungkapan, bertutur dengan wacana yang betul serta menggunakan

ayat-ayat yang tepat dari segi nahu.

Sebagai kesimpulan, guru perlu menjadi teladan sebagai pengguna bahasa yang

baik dan memastikan murid-murid tidak menggunakan bahasa yang salah. Guru

juga perlu faham tentang gaya dan strategi bahasa yang digunakan selaras

dengan situasi pengajaran pembelajaran. Kebolehan guru mengamalkan

kesantunan bahasa, memilih perkataan yang berkesan dan intonasi suara yang

lembut akan membolehkan guru mengendalikan murid-murid dari pelbagai

kumpulan etnik dengan baik.

Reflek

Bincangkan implikasi terhadap murid sekiranya guru gagal melaksanakan komunikasi berkesan dalam pengajaran di bilik darjah

Rumusan Topik ini membincangkan aspek-aspek berikut berkaitan komunikasi:

• Komunikasi bermaksud menghantar pesanan sama ada secara lisan atau bukan lisan oleh seorang individu kepada orang lain sebagai respon tindakbalas terhadap penerima pesanan tersebut.(Noriati, Boon, Sharifah & Zuraidah, 2011).

• Komunikasi boleh dikategorikan sebagai komunikasi lisan, bukan lisan, bertulis dan visualisasi. Perbincangan kita akan menumpukan kepada komunikasi lisan dan bukan lisan.

• Komunikasi lisan merupakan perkongsian maklumat, pengetahuan dan

pendapat antara dua atau lebih individu menggunakan perkataan. Dalam bilik darjah, komunikasi lisan berlaku apabila guru menyampaikan pesanan menggunakan perkataan kepada murid-murid. Secara mudah, komunikasi lisan adalah apa yang guru katakana kepada murid atau sekumpulan murid.

• Pada umumnya, dua kategori asas komunikasi lisan adalah komunikasi interpersonal dan pengucapan awam.(Tracii, 2011)

• Pengucapan awam melibatkan seorang atau lebih individu menyampaikan pesanan kepada sekumpulan pendengar manakala komunikasi

Page 134: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

123

interpersonal pula merujuk kepada interaksi dua hala yang melibatkan dua atau lebih individu yang berbual dan mendengar di antara satu sama lain.

• Guru memerlukan kedua-dua kemahiran tersebut bagi membolehkannya berkomunikasi secara berkesan dengan murdi-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan latarbelakang budaya.

• Komunikasi bukan lisan merupakan bentuk komunikasi tanpa perkataan di

mana hanya badan, pergerakan dan mimik muka menunjukkan maksud dan mengambilalih peranan perkataan(Keegan, n.d.). Komunikasi bukan lisan juga dikenali sebagai bahasa badan atau pesanan tanpa perkataan (Manning, Reece, 1992). Malahan, diam juga merupakan sebahagian daripada komunikasi atau boleh dikatakan bahawa badan kita berkomunikasi pada setiap masa.

• Elemen-elemen kemahiran komunikasi:

o Kemahiran mendengar o Mendapatkan perhatian pendengar o Kemahiran lisan o Pesanan melalui simbol dan artifak o Pesanan melalui muzik dan bunyi

• Kepentingan kemahiran komunikasi

o Memotivasi murid-murid o Memenuhi pelbagai peranan o Melaporkan kepada ibu bapa o Keprihatinan dan kasih sayang

• .Antara kemahiran komunikasi yang perlu dimiliki oleh guru agar dapat

berkomunikasi secara berkesan dengan murid-murid adalah: o Memberikan galakan positif o Bahasa badan yang berkesan o Unsur kecindan o Pembentukan pasukan o Kemahiran teknikal

• Laras bahasa merupakan kebolehan untuk mempelbagaikan gaya bahasa

mengikut kesesuaian yang dapat menghasilkan komunikasi berkesan dalam pelbagai situasi. Sebagai contoh, kita bertutur secara berbeza engan ketua kita berbanding dengan rakan-rakan kita. Ia memperlihatkan penggunaan bahasa yang mempunyai elemen kesantunan/keangkuhan dan melambangkan gaya bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi.

• Guru perlu memilih gaya bahasa yang sesuai selaras dengan tahap kefahaman murid. Gaya bahasa yang digunakan perlu menitikberatkan penggunaan istilah-istilah yang sesuai dengan matapelajaran yang diajar kepada murid-murid.

Page 135: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

124

• Kesantunan merupakan ciri penting dalam kemahiran komunikasi. Menurut Richard J.Watts(2003) “bagi mengenalpasti ciri kesantunan bahasa, kita boleh merujuk kepada ungkapan seperti ‘bahasa yang digunakan oleh seseorang untuk mengelakkan daripada terlalu lantang’ atau ‘bahasa yang memperlihatkan tanda hormat atau timbang rasa terhadap orang lain’”. Walau pun tiada kata putus berkaitan definisi kesantunan bahasa, namun, secara amnya, telah dipersetujui bahawa kesantunan bahasa melibatkan strategi lisan bagi memastikan tiada pergeseran dalam interaksi sosial.

• Justeru itu, guru perlu menggunakan ungkapan-ungkapan yang memperlihatkan kesantunan dan tanda hormat seperti “maafkan saya, tolong saya” dan menggalakkan murid-murid untuk melakukan perkara yang sama semasa berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, guru juga perlu peka terhadap pantang larang berkomunikasi dalam kalangan murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik.

RUJUKAN

Bonvillain, N. (1993). Language, culture and communication: The meaning of messages. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Retrieved from “Preparing Teachers for Muliticultural Classrooms”, Ines Marquez Chisholm, The Journal of Educational Issues of Language Minority Students, v14 p. 43-68, Winter 1994, http://www.edtechpolicy.org/ArchivedWebsites/chisholm.htm

Goodfellow,R.& Lamy,M.M.(1999). Reflective conversation. In The virtual

classroom language learning and technology,2. Retrieved from http://polyglot.cal.msy.edu/llc/ vol2 num2/article2/index.html

Guru Bahasa Melayu,(2009). Laras Bahasa Melayu. Dipetik

dari http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/07/laras-bahasa-melayu.html

Hall, E. T. (1989). Unstated features of the cultural context of learning. The

Educational Forum, 54 (1), pp. 21-34. Retrieved from Retrieved from “Preparing Teachers for Muliticultural Classrooms”, Ines Marquez Chisholm, The Journal of Educational Issues of Language Minority Students, v14 p. 43-68, Winter 1994, http://www.edtechpolicy.org/ArchivedWebsites/chisholm.htm

Halliday,M.A.K.(1973). Exploration in the function of language. London:Edward

Arnord, Keegan. (n.d.). Nonverbal communication. Retrieved

from http://library.thinkquest.org/04oct/00451/nonverbalcom.htm

Page 136: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

125

Manning, G. L., & Bruce, L. R. (1992). Selling today: An extension of the marketing concept. Boston: Allyn & Bacon.

Noriati, A.R., Boon,P.Y.,Sharifah Fakhriah & Zuraidah. A.M.(2011). Budaya dan

pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. Peter F. Drucker, n.d retrieved from http://www.ethos3.com/speaking-tips/the-

importance-of-non-verbal-communication/ Salhah Ainon Mohd Abdullah.(2005) Teachers as Professional Mentor. Kuabtan :

PTS Segal, J., Smith, M. A. & Jaffe, J. (2012). Nonverbal Communication. Retrieved

from http://www.helpguide.org/mental/eq6_nonverbal_communication.htm Tracii Hanes(2011). “What is Verbal Communication”. Retrieved

from http://www.livestrong.com/article/150573-what-is-verbal-communication/

Your Dictionary(n..d.). Retrieved

from http://examples.yourdictionary.com/examples-of-non-verbal-communication.html

'

Page 137: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

126

UNIT 7 PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA BUDAYA

Sinopsis:

Topik ini memberi penjelasan tentang pelbagai cara untuk mewujudkan

persekitaran yang mesra budaya. Ia akan membincangkan perancangan dan

pelaksanaan pelan tindakan untuk Orang Asli, kumpulan indigenous (pribumi)

dan orang dipedalaman. Perbincangan juga memberi fokus utama terhadap

infrastruktur, latihan keusahawanan dan kemahiran, pembangunan keagamaan

dan pendidikan literasi.

Hasil Pembelajaran:

1. Membincangkan perancangan pelan tindakan yang mesra budaya untuk

Orang Asli, golongan indigeneous ( pribumi) dan pedalaman dengan

memberi fokus kepada infrastuktur, latihan keusahawanan dan

kemahiran, pembangunan keagamaan dan pendidikan literasi

2. Menjelaskan cara-cara untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra

budaya.

Pengenalan

Sejak merdeka, kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan untuk merancang

dan melaksanakan program pembangunan menyeluruh bukan sahaja untuk

penduduk di bandar tetapi untuk kumpulan minoriti termasuk Orang Asli,

indigenuos (pribumi) dan orang-orang di kawasan pedalaman. Infrastruktur,

latihan keusahawanan dan kemahiran, pembangunan keagamaan dan

pendidikan literasi. Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal

adalah tertumpu kepada pembinaan sekolah-sekolah di bandar dan kawasan

pertumbuhan ekonomi utama sahaja. Sekolah-sekolah tersebut dibekalkan

dengan kemudahan dan peralatan yang lengkap, guru terlatih dan sumber

pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi. Manakala, sekolah di luar

bandar mengalami pelbagai kekurangan terutama dalam infrastruktur dan

perkhidmatan seperti bangunan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK),

Page 138: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

127

serta kekurangan guru terlatih. Dengan itu, wujud ketidaksamaan atau

ketidakseimbangan antara sekolah-sekolah di luar bandar dengan sekolah-

sekolah di bandar dari segi infrastruktur, kemudahan, bahan dan kakitangan

terlatih. Oleh kerana wujudnya jurang pendidikan yang luas, keutamaan dalam

sektor pendidikan pada masa itu tertumpu kepada usaha memastikan lebih

ramai murid mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang

disediakan.

Trenda pembangunan pendidikan yang sedemikian telah meninggalkan kesan

tertentu kepada sesetengah golongan masyarakat seperti masyarakat Orang

Asli, golongan peribumi dan pedalaman yang agak ketinggalan dalam arus

perdana sistem pendidikan negara. Mereka seharusnya diberi peluang untuk

menerima pendidikan dan juga perubahan-perubahan di dalam sistem

pendidikan negara untuk menjamin masa depan mereka kerana untuk

merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) komitmen dari

semua pihak adalah penting untuk mengurangkan jurang perbezaan bandar dan

luar bandar. Kekuatan dan kerjasama dari agensi luar dan dalam Kementerian

Pendidikan dalam merapatkan jurang di atas diberikan penekanan.

Justeru itu, bagi mengangkat martabat Orang Asli, golongan peribumi

(indigenous) dan pedalaman kerajaan telah dan sedang menjalankan pelbagai

usaha untuk membawa perubahan dalam kehidupan dan menyediakan pelbagai

kemudahan pembelajaran. PIPP merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk

mewujukan persekitaran mesra budaya. Usaha murni kerajaan ini diharapkan

akan membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat Orang Asli,

Indigenous dan Pedalaman.

Page 139: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

128

AKTIVITI

Sila rujuk pelbagai sumber dan nyatakan ciri-ciri Orang Asli, Pribumi dan Pedalaman. Lengkapkan jadual di bawah

Nyatakan ciri-ciri untuk kumpulan ini

ORANG ASLI INDIGENOUS (PERIBUMI)

PEDALAMAN

• • •

• • •

• • •

7. 1 Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan Orang Asli

7.1.1 Orang Asli – Siapakah mereka?

Mengikut Colin (1997), Orang Asli adalah kumpulan minoriti di negara kita. Ia

merupakan kumpulan yang diberikan istilah oleh ahli antropoli dan pentadbir

untuk 18 kumpulan etnik yang secara umumnya dikelaskan untuk tujuan rasmi di

bawah negrito, Senoi dan Melayu proto. Kumpulan Orang Asli bertambah pada

kadar 2 ½ % setiap tahun antara 1969 hingga 1084 ( Jabatan Kebajikan Sosial,

1997, dalam Kamarulzaman Kamaruddin & Osman Jusaoh,2008) Mengikut

Laporan tahunan Jabatan Kebajikan Orang Asli (JHEO) pada tahun 2006,

terdapat sejumlah penduduk seramai 147,412 orang yang menginap di 869

kampung mewakili 0.6% penduduk nasional(Kamarulzaman et al.,2008).

Kampung ini berada dibeberapa kawasan – 2% di perbandaran sedia ada, 61%

dipinggir kawasan luar bandar dan 37% di kawasan terpencil(Mason &

Ariffin,2006, dalam Kamarulzaman et. al.,2008) Walau bagaimana pun, 76.9%

penduduk orang Asli berada pada tahap bawah paras kemiskinan.

7.1.2 Pelan Tindakan

Berdasarkan maklumat di atas, boleh dikatakan bahawa Orang Asli, kumpulan

minoriti berada di luar bandar. Pada mula-mulanya, mereka tinggal di kawasan

terpencil dan amat kurang dari segi pendidikan dan kesihatan. Namum begitu,

Page 140: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

129

sejak Merdeka, kerajaan telah melaksanakan program pembangunan

menyeluruh dengan tujuan membangunkan komuniti Orang Asli. Tujuh inisiatif

untuk meningkatkan pencapaian pendidikan Orang Asli (The Sun Daily, 21 Jun

2012) adalah dibawah Program Transformasi Pendidikan Orang Asli seperti

disenaraikan di bawah ini:

(i) mengukuhkan pentadbiran di sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan peringkat kementerian;

(ii) memasukkan elemen pendidikan vokasional asas dalam sekolah menegah rendah;

(iii) mengurangkan kadar keciciran pelajar Orang Asli sebanyak 6% setiap tahun;

(iv) meningkatkan kemasukan Orang Asli ke program khas Ijazah Perguruan;

(v) menambahbaik infrastruktur untuk pendidikan Orang Asli;

(vi) mengukuhkan kolaborasi dengan pihak tertentu yang strategik;

(vii) wujudkan sistem pengesanan prestasi untuk sekolah dan pelajar Orang Asli.

Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan masyarakat Orang Asli di pinggir bandar telah diberi keutamaan oleh kerajaan dengan kerjasama JHEOA dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

Objektif Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan adalah untuk menyediakan program dan aktiviti khusus yang berkaitan dengan keperluan peruntukan di kawasan Orang Asli :

(i) Peringkat Prasekolah ( 5 - 6 Tahun)

(ii) Peringkat Rendah ( 7 - 12 Tahun)

(iii) Peringkat Menengah (13 -18 Tahun)

(iv) Peringkat Tertiari

Peringkat Pertama: Kanak-kanak Prasekolah berumur 5- 6 tahun

• Pelajar dibekalkan dengan asas yang kukuh sebelum pendidikan formal

Page 141: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

130

• Kanak-kanak Orang Asli diberi persediaaan dari segi emosi dan kemahiran sosial supaya bersedia menerima perubahan dan cabaran yang bakal mereka hadapi ketika bersekolah nanti.

Peringkat Kedua : Kanak-kanak berumur 7 – 12 tahun

• Kanak-kanak orang Asli diberi persediaan asas yang kukuh dalam asas literasi

• Mereka juga didedahkan kepada kemahiran asas seperti kemahiran berfikir, konsep asas sains, seni dan rekreasi. Tambahan pula, mereka diterap dengan nilai-nilai murni untuk perkembangan domain kognitif, dan afektif selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Peringkat Ketiga: Murid-murid berumur 13-18 tahun

• Peringkat ini merangkum program pendidikan yang komprehensif di mana tekanan terhadap pemikiran kritis dan kreatif serta fokus utama penerimaan pelbagai ilmu.

Peringkat Tertiari: Pendidikan Selepas Pendidikan Menengah

• Peringkat ini terutamanya membangunkan minda anak-anak Orang Asli yang akan diperkenalkan Kemahiran Berfikir kreatif dan kritis(KBBK) supaya melahirkan pelajar yang inovatif serta dapat bersaing secara global.

Kerajaan juga memberi tumpuan kepada kumpulan tercicir terutama yang terdiri daripada anak-anak muda dan orang tua yang tidak pernah bersekolah supaya mereka sedar akan pentingnya pendidikan. Latihan-latihan kemahiran yang bersesuaian dengan minat serta kebolehan mereka akan diperkenalkan supaya mereka dapat memasuki pasaran tenaga buruh dan mendapat peluang-peluang pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Sebenarnya, semua peringkat Orang Asli diberi peluang seperti latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, pendidikan keagamaan dan kerohanian, pendidikan literasi fungsional dan program literasi untuk dewasa yang buta huruf.

7.2 Program Yang Telah Dilaksanakan Oleh Kerajaan Malaysia

Di bawah JHEOA Pendidikan Skim Bantuan Insentif, dana ini adalah untuk sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) pelajar untuk meringankan beban ibu bapa Orang Asli. Berikut adalah beberapa usaha kerajaan untuk Orang Asli:

• Yuran persekolahan

• Kokurikulum

Page 142: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

131

• Kertas Ujian Bulanan

• Sukan Tahaunan sekolah

• Kegiatan pendidikan Islam dan pendidikan moral

• MSSM

• Bantuan persekolahan

• Buku tulis, buku kerja dan alat tulis

• Pakaian seragam sekolah

• Barang keperluan harian murid yang tinggal di asrama

• Tambang pengangkutan sekolah

• Bantuan makan murid sekolah pedalaman

Bagi meningkatkan minat anak Orang Asli terhadap pendidikan, kerajaan telah

menambah bajet untuk menampung aktiviti ko-kurikulum, Rancangan Makan

Tambahan(RMT) dan aktiviti budaya. Selain daripada itu, Kerajaan bukan

Kerajaan juga memainkan peranan dalam membangunkan kebajikan Orang Asli

dengan fokus terhadap program dan projek yang akan menyebabkan perubahan

pemikiran mereka.

Walau pun kita mesti sedar bahawa bantuan kewangan amat perlu untuk

memajukan Orang Asli, namum ia bukan faktor kejayaan kritikal. Kerajaan akan

memperkenalkan pelbagai polisi dan program, atau memperuntukkan jutaan

ringgit untuk tujuan Pendidikan Orang Asli. Namum, ia memerlukan faktor

pemangkin untuk berjaya. Kajian terkini oleh Tikly dan Barret(2010, dalam Mohd

Asri,2012) mencadangkan bahawa suatu pendidikan yang berkualiti perlu wujud

daripada interaksi 3 persekitaran: sekolah, rumah dan komuniti. Oleh itu, adalah

penting bahawa setiap orang yang terlibat dalam program jelas akan program

dan polisi-polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan. Ini bukan sahaja dapat

mengatasi jurang pelaksanaan antara hasil pembelajaran pendidikan dan apa

yang komuniti harapkan daripada pendidikan. Sebenarnya, dengan penglibatan

dan sokongan semua, adalah kemungkinan kita dapat majukan Orang Asli di

Page 143: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

132

Malaysia. Cabaran lain yang kerajaan hadapi dalam usaha menyediakan

peluang pendidikan untuk Orang Asli adalah:

• Komitmen yang tinggi daripada pegawai JHEOA dan agensi kerajaan

• Penerimaan dan penglibatan aktif masyarakat Orang Asli itu sendiri

• Penyediaan peruntukan yang mencukupi

• Kerjasama yang erat dan mantap dalam kalangan kementerian, agensi kerajaan, NGO, swasta dan juru perunding sangat diperlukan

Berdasarkan maklumat di atas, ia menunjukkan bahawa kerajaan telah

mengambil beberapa langkah untuk membangunkan Orang Asli. Kerajaan telah

menambahbaik infrastruktur kampung-kampung dan memastikan infrastruktur

yang lebih baik untuk sekolah Orang Asli. Di samping itu, kerajaan juga telah

menyediakan pendidikan literasi serta latihan kemahiran dan keusahawanan

untuk kanak-kanak dan dewasa Orang Asli. Akhir sekali, kerajaan juga memberi

tumpuan kepada pembangunan aspek keagamaan Orang Asli.

Berhenti dan Buat Refleksi

7.3 Pelan Tindakan untuk Kumpulan Indigenous

7.3.1 Kumpulan Indigenous – Siapakah mereka?

Orang Asli merupakan orang indigenous di Semenanjung Malaysia manakala di

Sarawak, orang indigenous adalah mereka yang digolong dalam Orang Ulu atau

Dayak, dan termasuklah Iban, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Kedayan, Murut, Punan,

Bisayah, Kelabit, Berawan dan Penan.(The Indigenous World, Malaysia,n.d.)

Kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah untuk menambahbaik taraf hidup Orang Asli. Bincangkan beberapa Langkah tersebut. Sejauh manakan langkah tersebut berkesan dan dapat membantu dalam menambahbaik kehidupan Orang Asli.

Page 144: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

133

Di Sabah, 39 kumpulan etnik indigenous disebut sebagai natives atau Anak

Negeri dan kumulan utama terdiri daripada Dusun, Murut, Paitan dan Bajau.(The

Indigenous World,n.d.)

7.4 Merancang Dan Melaksanakan Pelan Tindakan: Kumpulan Indigenous

Kementerian telah berusaha untuk mendemokrasikan pendidikan bagi

merapatkan jurang dalam masyarakat berbilang etnik, budaya dan sosio-

ekonomi di negara ini selaras dengan cabaran dalam teras ke-4 PIPP iaitu

merapatkan jurang pendidikan. Ini untuk memastikan tidak ada murid yang akan

ketinggalan dalam mengikuti arus perkembangan pendidikan di negara ini.

Dalam konteks pembelajaran anak-anak Orang Asli dan indigenous,

Kementerian Pelajaran mengutamakan kepada keperluan mendefinisikan

semula persekolahan mereka. Pendefinisian semula ini dirancang untuk

membantu anak-anak Orang Asli dan indigenous supaya tidak tercicir dalam

arus pendidikan. Golongan ini pula dianggap sebagai golongan berisiko tinggi

yang perlu diberi perhatian supaya tidak wujud jurang besar antara murid Bandar

dan luar Bandar.

Langkah-langkah Kementerian Pelajaran Malaysia dalam program

pendefinisian semula persekolahan:

• Kemudahan infrastruktur yang sempurna

• Kemudahan Asrama

• Peralatan lengkap di dalam dan di luar bilik darjah

• Bahan bantu mengajar yang terbaik

• Program “outreach” pendidikan Khas

• Lawatan Jawatankuasa bertindak bagi menanagani isu-isu pendidikan

anak Orang Asli dan indigenous

• Keperluan harian seperti ubat kutu,pemeriksaan gigi, pergi rumah ke

rumah, mandaftar anak Orang Asli dan indigenous, memberi ceramah,

menggalakkan tabungan dan sebagainya

Page 145: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

134

7.5 Merancang Dan Melaksanakan Pelan Tindakan: Pedalaman

Menyedari keperluan untuk menangani masalah pencapaian dan kualiti

pendidikan dalam kalangan kanak-kanak terpinggir di kawasan luar bandar dan

pedalaman, kerajaan Malaysia telah mengembang/memperluaskan provisi

pendidikan melalui pelbagai inisiatif/program yang termasuk:

• Penambahbaikan kemudahan fizikal

• Penubuhan sekolah berasrama terutama untuk kanak-kanak miskin

• Menubuh asrama di luar bandar untuk pelajar tegar miskin dan

memberikan makanan yang mereka perlukan dan menyediakan

persekitaran pembelajaran yang kondusif (Azizah & Sharifah,1991,

dalam Azizah Abdul Rahman, Sahrifah Md Nor, Halimatun Halaliah &

Faridah Halimi,1993)

• Skim pinjaman buku teks untuk memastikan semua pelajar di

kawasan luar bandar terutamanya pelajar kurang bernasib baik untuk

mendapat buku teks

• Menyediakan program makanan tambahan yang menyumbang

kepada peningkatan dari segi kehadiran di sekolah (Azizah,

et.al,1993)

• Bantuan kewangan kepada pelajar yang berkelayakan dalam bentuk

biasiswa

• Menyediakan sokongan kewangan dan teknikal untuk akses

keberkesanan program membaca tambahan – sediakan bahan

bacaan (Sabah dan Sarawak)

• Wujudkan program seperti Pendidikan berasaskan kemahiran hidup

• Program intervensi awal untuk literasi asas (KIA2M) daripada tahun

2006

• Pendidikan pra sekolah diperluaskan ke sekolah luar bandar dan

kawasan pedalaman mulai 2005

Page 146: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

135

Refleksi

7.6 Langkah-Langkah Kerajaan Memajukan Pendidikan Di Sabah Dan Sarawak Bagi Kawasan Pedalaman

Berdasarkan perbincangan di atas, adalah jelas bahawa kerajaan telan

mengambil beberapa inisiatif untuk menambahbaik kehidupan kumpulan Orang

Asli, indigenous dan mereka yang tinggal di pedalaman Malaysia. Semua inisiatif

yang diambil adalah memastikan bahawa kumpulan ini tidak ketinggalan dari

segi sosial, ekonomi dan bidang pendidikan. Se lain daripada itu, diharapkan

mereka boleh menikmati manfaat dan kepentingan daripada komuniti lain di

semua bahagian dalam negara kita. Di samping membekalkan kemudahan-

kemudahan asas di sekolah dengan bekalan air dan bekalan letrik. Selain

daripada itu kerajaan juga telah memberi keutamaan kepada beberapa perkara

seperti berikut:

• Menyediakan bilik darjah tambahan bagi kanak-kanak pra sekolah

• Penambahan 17,500 komputer

• Pembinaan sekolah baru di Sabah dan Sarawak

• Pembinaan asrama baru dan menaik taraf

• Web TV untuk 5,869 buah sekolah di luar bandar

• Kemudahan telepersidangan untuk 500 sekolah

• Telefon satelit untuk 200 sekolah

• Faks tanpa wayar untuk 200 sekolah

• Bengkel-bengkel mata pelajaran vokasional

• Penambahan kelas pemulihan sebanyak 5,077

• Pembinaan Rumah Guru sebanyak 3,438

• Program Intervensi Murid

• Elaun kepada guru yang mengajar di kawasan pedalaman

• Makanan Tambahan yang melibatkan 55,000 murid sekolah

Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan jurang perbezaan dalam pendidikan antara masyarakat bandar dan luar bandar.

Page 147: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

136

7.7 Agensi-Agensi Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Program Pembangunan Pendidikan di Kawasan Luar Bandar

Dalam usaha untuk merancang dan melaksanakan program dan projek-projek

pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melibatkan beberapa pihak

yang melibatkan beberapa pihak seperti:

• Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

• Perbendaharaan Malaysia

• Unit Perancangan Ekonomi(UPE)

• Unit Penyelerasan Pelaksanaan

• Kerajaan Negeri,

• Kerajaan Tempatan

• Pejabat Daerah

• Pejabat Tanah

• Kementerian Kerja Raya

• Kementerian Pengangkutan

• Polis Diraja Malaysia

• Jabatan Bomba

• Jabatan Perpaduan Negara

• Jabatan Alam Sekitar

• Agensi Anti Dadah Kebangsaan

• Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWA)

7.8 Cara-Cara Mewujudkan Persekitaran Mesra Budaya

Berdasarkan perbincangan, adalah jelas bahawa kerajaan telah mengambil

beberapa inisiatif untuk menambahbaik kehidupan Orang Asli, kumpulan

indigenous dan mereka yang tinggal di pedalaman Malaysia. Semua inisiatif

diambil untuk memastikan kumpulan ini tidak ketinggalan secara sosial, ekonomi

Page 148: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

137

dan bidang pendidikan. Di samping itu, adalah diharapkan mereka dapat

menikmati semua manfaat dan keistimewaan oleh komuniti di semua bahagian di

seluruh negara. Selain daripada menyediakan keperluan asas di mana kawasan

di mana mereka tinggal, tetapi kita juga dapati bahawa terdapat juga Orang Asli,

kumpulan indigenous dan kanak-kanak di kawasan pedalaman juga menghadiri

sekolah bersama pelajar daripada latarbelakang pelbagai budaya. Ini bermakna

bahawa perlu ada usaha yang berterusan untuk menambahbaik persekitaran

pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan persekitaran mesra budaya

untuk melayani keperluan semua pelajar termasuklah kumpulan indigenous dan

pelajar yang sangat miskin yang tinggal di pedalaman. Antara cara-cara untuk

mewujud dan memupuk persekitaran mesra budaya seperti berikut:

7.8.1 Memupuk kesedaran nasional dalam kalangan masyarakat pelbagai

etnik- sebagai contoh, memperkenalkan konsep “1Malaysia” oleh

Datuk Seri Najib Razak apabila beliau menjadi perdana menteri pada

2009. Mengikut Najib, I Malaysia bertujuan untuk menyatupadukan

semua rakyat Malaysia tanpa mengambilkira bangsa dan agama

sebagai satu entiti.

7.8.2 Pelaksanaan program khas yang boleh mewujudkan persekitaran

mesra budaya-sebagai contoh, pelaksanaan pelan Integrasi Pelajar

untuk Perpaduan (RIMUP) untuk menggalakkan guru, pelajar dan ibu

bapa dari sekolah berlainan yang terlibat dalam aktiviti.(The Star

online, 2007, July 25). Program RIMUP akan mencapai perpaduan

melalui lima faktor iaitu akademik, sukan tradsional, budaya ,ko-

kurikulum dan aktiviti komuniti. In adalah untuk memupuk kefahaman

dan perpaduan serta mewujudkan persekitaran mesra budaya.

7.8.3 Peranan Guru dalam mengurus diversiti

i) melibatk an pelajar dalam aktiviti pelbagai budaya

ii) menunjukkan penghargaan dalam perbezaan

iii) mengelakkan stereotypes

iv) meneroka diversiti dalam bilik darjah

Page 149: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

138

v) kaedah penilaian yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelbagai budaya dalam kalangan pelajar vi) kaedah dan strategi pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan diversiti pelajar.

7.8.4 Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi – inisiatif ini bermula

dengan “Minggu Bahasa Kebangsaan ” dan ia dilancarkan sebagai “Bulan

Bahasa Kebangsaan” sejak 2009. Bahasa Melayu merupakan identiti

Malaysia dan bahasa perpaduan.(Borneo Post online, 2012, October 8).

Ini akan membantu merapatkan jurang antara kumpulan pelbagai budaya

dan penggunaan bahasa biasa yang akan mempromosikan kefahaman

dalam kalangan pelajar dari latarbelakang pelbagai budaya. Oleh itu ia

dapat mewujudkan persekitaran mesra budaya.

Rumusan

Topik ini membincangkan aspek seperti:

• Wujudnya ketidakseimbangan antara sekolah di kasawan luar bandar dan bandar dari segi infrastruktur, kemudahan, bahan dan staf terlatih telah membawa impak kepada beberapa komuniti seperti Orang Asli, indigenous dan orang di pedalaman. Mereka secara bandingan berada di belakang arus perdana dalam sistem pendidikan dan ini mewujudkan jurang yang besar.

• Oleh kerana jurang dalam pendidikan, pelan pembangunan telah memberi prioriti kepada sektor pendidikan untuk memfokus peluang untuk belajar kepada pelajar yang serba kekurangan dari segi peluang. Mereka perlu diberi peluang untuk menerima pendidikan dan manfaat daripada perubahan dalam sistem pendidikan.

• Kumpulan Orang Asli merupakan kumpulan minoriti indigenous di Semenanjung Malaysia. Istilah Melayu ini bermaksud “ orang asal” atau “ orang pertama” (Colin Nicholas, 1997)

Henti dan Reflek : Berdasarkan pengalaman anda, bincangkan dalam kumpulan(4-5 orang) cara-cara lain untuk mewujudkan persekitaran mesra budaya.. Sebagai guru, bincangkan peranan jika anda ditempatkan di kawasan atau sekolah pedalaman atau sekolah yang mempunyai murid indigenous dan murid yang sangat miskin.

Page 150: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

139

• Untuk merapatkan jurang dalam pendidikan, kerajaan tahu bahawa perlu mengambil beberapa pelan tindakan untuk pelbagai kumpulan iaitu kumpulan orang Asli, indigenous dan pelajar dari kawasan pedalaman.

• Antara inisistif yang diambil untuk pencapaian pendidikan Orang Asli(The Sun Daily, 21 June 2012) di bawah Program Transformasi Pendidikan adalah:

(i) mengukuhkan pentadbiran di sekolah, pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan peringkat kementerian;

(ii) memasukkan elemen pendidikan vokasional asas dalam sekolah menegah rendah;

(iii) mengurangkan kadar keciciran pelajar Orang Asli sebanyak 6% setiap tahun;

(iv) meningkatkan kemasukan Orang Asli ke program khas Ijazah Perguruan;

(v) menambahbaik infrastruktur untuk pendidikan Orang Asli;

(vi) mengukuhkan kolaborasi dengan pihak tertentu yang strategik;

(vii) wujudkan sistem pengesanan prestasi untuk sekolah dan pelajar Orang Asli.

• Pelan tindakan untuk pembangunan pendidikan untuk Orang Asli diberi keutamaan oleh kerajaan berkolaborasi dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli(JHEOA) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar

• Objektif pelan tindakan untuk pembangunan pendidikan adalah untuk menyediakan program dan aktiviti berkaitan dengan keperluan kumpulan Orang Asli seperti berikut:

(i) Peringkat pra sekolah ( 5-6 tahun)

(ii) Peringkat Rendah (7-12 tahun)

(iii) Peringkat Menengah (13 – 18 tahun)

(iv) Peringkat Tertiari

• Semua peringkat umur Orang Asli diberi peluang seperti latihan kemahiran, keusahawanan, pembangunan minda, pendidikan keagamaan dan kerohanian, pendidikan literasi fungsional dan program literasi untuk dewasa buta huruf

Page 151: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

140

• Bantuan kerajaan disediakan oleh kerajaan kepada Orang Asli

• Penduduk indigenous didefinisikan sebagai Orang Asal yang merupakan Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan kumpulan etnik dari Sabah dan Sarawak

• Antara langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan dalam merekabentuk sekolah untuk kumpulan indigenous adalah seperti berikut:

- Kemudahan infrastruktur yang baik

- Kemudahan asrama

- Bilik darjah serba lengkap

- Bahan pengajaran yang berkualiti

- Pendidikan Outreach khas

• Kerajaan Malaysia memperluaskan provisi pendidikan melalui pelbagai inisistif/program termasuk:

- Penambahbaikan kemudahan fizikal

- Penubuhan sekolah berasrama

- Menubuh asrama di luar bandar

- Skim pinjaman buku teks

- Menyediakan program makanan tambahan

- Bantuan kewangan kepada pelajar yang berkelayakan dalam bentuk biasiswa

- Menyediakan sokongan kewangan dan teknikal

- Wujudkan program seperti Pendidikan berasaskan kemahiran hidup

- Program intervensi awal untuk literasi asas (KIA2M) daripada tahun 2006

- Pendidikan pra sekolah diperluaskan ke sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman mulai 2005

Page 152: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

141

RUJUKAN

Azizah Abdul Rahman, Sharifah Md Nor, Halimatun Halaliah & Faridah Halimi, (1993) Teachers in Rural Primary Schools: A Study of their Perceptions on Teacher Preparation, School Environment and Parental Involvement. Pertanika. J. Soc. Sci. & Hum. 1(1): 27-40(1993)

Borneo Post online (2012).National Language Month Launched. Retrieved from http://www.theborneopost.com/2012/10/08/national-language-month-launched/

Eleanor Goroh, Orang Asal, Jenn, BANIE(2008). Jaringan Orang Asal SeMalaysia. Retrieved from http://orangasal.blogspot.fr/search?updated-min=2008-01- 01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2009-01-01T00:00:00%2B08:00&max- results=4 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan

Masyarakat Orang Asli di Pinggir bandar”. Retrieved 10 Sept. 2012from http://www.Jheoa.gov.my/web/guest/29.

Kamarulzaman Kamaruddin, Osman Jusoh(2008).Educational Policy & Opportunities

of Orang Asli:A Study on Indigenous People in Malaysia. Retrieved from: http://www.hraljournal.com/Page/11%20Kamaruddin.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2008). Modal insan cemerlang:Minda kelas pertama.Kuala Lumpur:KPM Mohd Asri Mohd Nor(n.d.).Advancing the Orang Asli through Malaysia’s Clusters of

Excellence Policy. Journal of International & Comparative Education, 2012, Volume 1, Issue 2 ISSN 2232-1802. Retrieved from:

http://crice.um.edu.my/downloads/2Asri.pdf Norasmah Othman, Mohd Hasril Amiruddin & Mazura Mansor(2011).The

Entrepreneurial Behaviour of Orang Asli Youths in South Peninsular Malaysia. International Journal of Education and Information Technologies, Issue1, Volume 5. Retrieved from:

http://shonen.naun.org/multimedia/NAUN/educationinformation/19-627.pdf Noriati, A R.,Boon, P.Y., Sharifah Fakhriah & Zuraidah A. M.(2011). Budaya dan pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. The Star online(2007). RM25.8m for Student Integration Plan for Unity. Retrieved

from http://www.thestar.com.my/story/?file=%2F2007%2F7%2F25%2 Fsouthneast%2F18344122&sec=southneast

Page 153: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

142

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PENDIDIKAN RENDAH

(BUDAYA DAN PEMBELAJARAN )

NAMA KELAYAKAN

DR RAJAGOPAL A/L PONNUSAMY Pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas Cheras, Kuala Lumpur [email protected]

KELULUSAN: Doktor Falsafah ( Pedagogi & Kurikulum), UKM Sarjana (Pendidikan), UM Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (Sejarah), UKM PENGALAMAN: Pensyarah Ilmu Pendidikan IPG (13 tahun) Guru Sekolah Menengah (9 tahun )

DR BOON PONG YING Pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Kuala Lumpur [email protected]

KELULUSAN: Doktor Falsafah (Pengujian Dan Penilaian Pendidikan), UKM Sarjana Sains ( Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan), UKM PENGALAMAN: Pensyarah Ilmu pendidikan IPG (30 tahun) Guru Sekolah menengah (5 tahun)

ASIAH BINTI PARIEKUTTY Pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Kuala Lumpur [email protected]

Kelulusan: Sarjana Psikologi Pendidikan, UM Sarjana Muda Sejarah, UM PENGALAMAN: Pensyarah Ilmu Pendidikan IPG (22 tahun) Pensyarah Kokurikulum IPG (6 tahun) Guru Sekolah Menengah (6 tahun) Penempatan Sekolah Rendah (3 bulan)

AWAB BIN SAID Pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Kuala Lumpur [email protected]

KELULUSAN: Doktor Falsafah (Pengujian Dan Penilaian Pendidikan), UKM Sarjana Sains ( Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan), UKM PENGALAMAN: Pensyarah Ilmu pendidikan IPG (30 tahun) Guru Sekolah menengah (5 tahun)

ROJIAH BINTI ABDULLAH Pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Kuala Lumpur [email protected]

KELULUSAN: Sarjana Pendidikan (Bimbingan &Kaunseling),UTM Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling), UTM Diploma Bimbingan & Kaunseling, MPS Miri Sijil Perguruan Pengajian Bahasa Melayu &Sejarah MPBL PENGALAMAN: Pensyarah Ilmu Pendidikan (11 tahun) Guru Sekolah Menengah (20 tahun))

Page 154: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

143

NAMA KELAYAKAN

SUGUNA A/P SANKARAN Pensyarah IPG Kampus Bahasa-Bahasa Antarabangsa 59200 Kuala Lumpur [email protected]

KELULUSAN: Sarjana Pengurusan Pendidikan, UM Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak Kanak, UM Sijil Perguruan Pengajian Bahasa Inggeris, MPRM PENGALAMAN: Pensyarah Ilmu Pendidikan (8 tahun) Guru Sekolah Menengah (5 tahun) Guru Sekolah Rendah (5 tahun) Guru Prasekolah (1 tahun)

HALIMATUN BINTI MD YUSOF Pensyarah IPG Kampus Bahasa Antarabangsa 59200 Kuala Lumpur [email protected]

KELULUSAN: Sarjana Sains ( Biologi Pemuliharaan) Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Biologi) Sijil Perguruan (Ilmu Hisab), MPSI PENGALAMAN: Pensyarah Ilmu Pendidikan IPG (14 tahun) GuruSekolah Menengah (14 tahun) Guru Sekolah Rendah ( 8 tahun)

Page 155: kjhbcnkmlsdjvnjbjadsvkjasnc

144

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Rujukan

Latihan

Penyediaan Nota /Aktiviti

Senarai Semak

Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Berfikir

Tamat