kk GEO

21
Alamat web :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awam Pengangkutan awam Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas , definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri , teksi dsb. mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang. Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan . Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau pendidikan. [ perlu rujukan ] Tugasan 1: Pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian Konsep pengangkutan awam, Jenis-jenis pengangkutan awam (Bas, Teksi, Kereta api, Komuter / ERL / LRT / Monorail, Bot penambang, Feri, Perahu / sampan, Kapal terbang, Motosikal, Beca, Van, Kapal), Kepentingan perkembangan pengangkutan awam (Mengangkut barangan, Mengurangkan kesesakan, Ketersampaian, Mengangkut penumpang, Pelancongan, Perdagangan, Sumber pendapatan, Peluang pekerjaan, Kemajuan industri sokongan, Meningkatkan mobiliti penduduk, Menjimatkan masa, Menjimatkan kos), Masalah perkembangan pengangkutan awam (Pencemaran udara, Pencemaran bunyi, Pencemaran air, Kesesakan lalu lintas, Tambang mahal, Kemalangan, Jangka masa lama, Keselamatan penumpang terancam, Penipuan, Darjah ketersampaian rendah, Kos bahan api meningkat, Kenderaan lama), Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam (Kuat kuasa undang-undang, Kempen alam

description

geo

Transcript of kk GEO

Page 1: kk GEO

Alamat web :- http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awam

Pengangkutan awamDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dsb. — mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.

Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau pendidikan.[perlu rujukan]

Tugasan 1: Pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian Konsep pengangkutan awam, Jenis-jenis pengangkutan awam (Bas, Teksi, Kereta api, Komuter / ERL / LRT /

Monorail, Bot penambang, Feri, Perahu / sampan, Kapal terbang, Motosikal, Beca, Van, Kapal), 

Kepentingan perkembangan pengangkutan awam (Mengangkut barangan, Mengurangkan kesesakan, Ketersampaian, Mengangkut penumpang, Pelancongan, Perdagangan, Sumber pendapatan, Peluang pekerjaan, Kemajuan industri sokongan, Meningkatkan mobiliti penduduk, Menjimatkan masa, Menjimatkan kos), 

Masalah perkembangan pengangkutan awam (Pencemaran udara, Pencemaran bunyi, Pencemaran air, Kesesakan lalu lintas, Tambang mahal, Kemalangan, Jangka masa lama, Keselamatan penumpang terancam, Penipuan, Darjah ketersampaian rendah, Kos bahan api meningkat, Kenderaan lama),

Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam (Kuat kuasa undang-undang, Kempen alam sekitar, Pendidikan alam sekitar, Penggunaan petrol tanpa plumbum, Penapis asap / Catalytic converter, Dasar pembangunan kerajaan, Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti), Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria), Kursus pemanduan berhemah)

http://bubblemerahjambu.blogspot.com/2012/01/perkembangan-dan-kepentingan.html

Page 2: kk GEO

Perkembangan dan Kepentingan Pengangkutan di Malaysia

1.0       PENDAHULUANPengangkutan bermaksud membawa barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Selain itu, pengertian pengangkutan ini juga bermaksud kenderaan. Walaupun definisi

pengangkutan disampaikan dengan cara berlainan tetapi masih membawa maksud yang

sama iaitu, pengangkutan bermaksud pergerakan untuk membawa penumpang atau

barangan dari suatu tempat ke tempat yang lain ataupun mengubah lokasi fizikal sesuatu

barangan atau penumpang. Oleh itu, pengangkutan berfungsi sebagai media yang

menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang berlainan dan membolehkan melakukan

pergerakan manusia.

            Sebagai satu aktiviti asas manusia, pengangkutan membantu memindahkan

manusia dan barangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sistem pengangkutan

yang terjalin dibentuk oleh jaringan jalan dan pengangkutan dan seterusnya membentuk

pergerakan yang berlaku dalam sesebuah kawasan. Bidang pengangkutan memainkan

peranan penting dalam menyelaras segala program pembangunan sesebuah negara.

Sektor pengangkutan bukan sahaja merupakan penawaran perkhidmatan yang produktif

dan berpotensi, tetapi juga merupakan penawaran kemudahan mod pergerakan umum

dalam pelbagai jenis dan bentuk bersesuaian dengan kehendak kemajuan masyarakat.

Malah dewasa ini pengangkutan merupakan keperluan dalam kemudahan pergerakan

manusia dan barangan yang perlu dimiliki dan menjadi asas utama dalam kehidupan

seharian.

Dengan perkembangan aktiviti manusia yang kian meningkat dan bertambah

kompleks melalui pelbagai fungsi dan aktiviti seharian secara tidak langsung

meningkatkan keperluan permintaan terhadap pelbagai jenis kenderaan. Serentak dengan

itu, jumlah kenderaan di jalan raya juga meningkat dengan pesatnya pada setiap tahun.

Dengan bertambahnya bilangan kenderaan secara berterusan di negara kita ketika ini

seperti juga di negara-negara lain terutama di bandar-bandar utama dan di jalan-jalan raya

utama secara langsungnya telah menimbulkan pelbagai isu dan permasalahan lalu lintas

khususnya kemalangan jalan raya.

2.0 FUNGSI PENGANGKUTAN

Keperluan untuk pengangkutan wujud walaupun dalam masyarakat yang belum mencapai

pembangunan ekonomi yang tinggi. Apabila ekonomi sesuatu kawasan makin

membangun, permintaan untuk pengangkutan semakin meningkat. Selain fungsi ekonomi,

pengangkutan juga mempunyai fungsi sosial untuk menghubungkan silaturahim sesama

manusia sama ada ahli keluarga atau sahabat handai. Dengan adanya sistem

pengangkutan yang lebih baik manusia boleh memilih untuk bekerja di sesuatu tempat di

mana majikan boleh menawarkan gaji yang lumayan tetapi pada masa yang sama memilih

Page 3: kk GEO

untuk tinggal di kawasan pilihan mereka. Pengangkutan juga membolehkan manusia

menggunakan masa santainya dengan cara terbaik.[1]

Di bandar, sebahagian besar penyediaan kemudahan adalah untuk memenuhi

permintaan bergerak daripada pengguna, dari satu tempat kepada satu tempat yang lain.

Antaranya untuk menghubungkan pengguna ke tempat bekerja, pusat perkhidmatan,

sekolah dan institut pengajian, tempat membeli belah dan sebagainya. Penyediaan mod

pengangkutan yang pelbagai, adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat memilih

mod pengangkutan yang lebih mesra pengguna, selamat, selesa dan ekonomik.

Pengangkutan juga dilihat sebagai pemangkin yang mampu melonjakkan pembangunan

ekonomi ke tahap yang lebih tinggi sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan

pengeluaran barangan dan perkhidmatan, penjanaan, guna tenaga dan pembangunan

masyarakat seluruhnya.

Pengangkutan berfungsi sebagai faktor integrasi dan koordinasi dalam masyarakat

yang kompleks terutamanya dalam masyarakat perusahaan. Pengangkutan berkait rapat

dengan pergerakan barangan. Tanpa sistem pengangkutan, sesuatu masyarakat itu tidak

dapat berkembang maju dan menerima perubahan dalam sistem sosial, ekonomi dan

sebagainya. Pengangkutan juga mempunyai fungsi yang berkaitan dengan pertambahan

penduduk, perkembangan bandar dan guna tanah. Pengangkutan boleh mengubah bentuk

perkembangan bandar. Pada masa dahulu, pertambahan penduduk hanya tertumpu pada

kawasan yang mempunyai sosioekonomi tertentu tetapi dengan perkembangan

pengangkutan, perkembangan bandar mengikut perkembangan pengangkutan.

2.1       Jenis-jenis Pengangkutan

Pengangkutan boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis. Jika dikaitkan dengan mod atau

ragam pengangkutan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pengangkutan

darat, pengangkutan air, dan juga pengangkutan udara.

2.1.1    Pengangkutan Darat

Pengangkutan darat biasanya dikaitkan dengan kenderaan yang menggunakan jalan raya

sebagai laluan. Antaranya ialah kenderaan persendirian seperti kereta dan juga motosikal,

pengangkutan awam seperti bas ekspres, bas mini, teksi dan juga kereta sewa, serta

kenderaan perdagangan seperti lori, bas kilang dan juga treler.

Setiap jenis kenderaan mempunyai fungsi serta kapasiti masing-masing. Sebagai

contoh, kenderaan persendirian memberi kelebihan dari segi penjimatan masa,

perkhidmatan dari pintu ke pintu dan kebolehsampaian. Walau bagaimanapun, kenderaan

persendirian hanya mampu menampung 4 hingga 5 orang penumpang untuk kereta

ataupun, 6-8 orang untuk kenderaan serba guna (MPV). Sementara pengangkutan awam

memberi faedah dari segi kemurahan tambang, keupayaan kenderaan yang tinggi dan juga

kemudahan mendapatkan perkhidmatan. Berikut merupakan pendaftaran kenderaan darat

mengikut jenis.

Page 4: kk GEO

2.1.2    Kereta api

Pada mulanya, kereta api ditarik oleh kuda sehinggalah awal abad ke-19 di mana enjin wap

digunakan. Kereta api di Malaysia pada permulaannya digunakan bagi mengangkat bijih

timah. Perkhidmatan ini bermula pada 1 Jun 1885 dari Taiping ke Port Weld. Pada 1920-an,

kereta api mula menggunakan diesel sehinggalah sekarang kereta api menggunakan

tenaga elektrik. Pada 1970-an kebanyakan negara telah menggantikan kereta api wap

untuk kegunaan harian. Kereta api terdiri daripada beberapa kenderaan berlandasan yang

boleh bergerak bersama untuk membawa muatan atau penumpang dari satu tempat ke

tempat yang lain melalui laluan tertentu. Landasan kereta api biasanya terdiri daripada rel

konvensional.[2]

2.1.3    Pengangkutan Udara

Pengangkutan udara mempunyai kelebihan perkhidmatan dari segi kelajuan dan

keselesaan kepada penumpang. Pengangkutan jenis ini biasanya digunakan untuk

perjalanan jarak jauh. Pengangkutan ini juga boleh dibahagikan kepada perkhidmatan

pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan. Antara syarikat perkhidmatan udara

di Malaysia adalah Malaysia Airline System (MAS) dan juga Air Asia.

2.1.4    Pengangkutan Maritim

Sektor perkapalan dan pengangkutan melalui jalan laut juga telah bertambah pesat. Hai ini

terbukti dengan penggunaan pelabuhan dan kemudahan maritim bertaraf dunia di

Malaysia. Terdapat beberapa pelabuhan yang terkenal untuk kapal perdagangan seperti

pelabuhan Tanjung Pelepas. Perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang biasanya

digunakan untuk menghubungkan kawasan tanah besar ke pulau-pulau di sekeliling.

3.0       ISU DAN MASALAH PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

Pergantungan yang tinggi terhadap kenderaan persendirian seperti motosikal dan kereta

akan memberi implikasi yang negatif dari segi penggunaan sumber tenaga, umpamanya

fosil yang dibakar oleh enjin kenderaan boleh mendatangkan dan meningkatkan

pencemaran udara dan seterusnya memberi impak negatif kepada persekitaran. Masalah

kesesakan lalu lintas yang dialami oleh penduduk di bandar tidak seharusnya dibiarkan

berterusan. Hal ini kerana kesesakan lalu lintas boleh memberi gangguan kepada

persekitaran dan psikologi manusia.

            Di Malaysia, banyak isu dan masalah utama yang menjadi kekangan dalam

mencapai kualiti hidup yang baik di bandar. Pertambahan penduduk bukan sahaja

memerlukan lebih banyak peluang pekerjaan, permintaan terhadap perumahan,

kemudahan sosial bahkan turut menambah jumlah kenderaan di jalan raya dan lebuh raya.

Page 5: kk GEO

Perubahan demografi melalui pertumbuhan semula jadi dan migrasi telah meningkatkan

lagi permintaan terhadap pengangkutan bagi kemudahan untuk bergerak. Pengangkutan

merupakan antara punca terpenting yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar,

terutamanya pencemaran udara di kawasan bandar.

 Masalah ini bukan sahaja berkaitan dengan mod pengangkutan, bahkan turut

melibatkan struktur jalan raya yang membahayakan seperti tiadanya pembahagi jalan yang

jelas, jalan yang pecah dan berlopak, jalan tidak rata, kurangnya kemudahan lampu

isyarat, kesesakan lalu lintas yang boleh memberi kesan kepada fizikal dan psikologi

manusia dan beberapa kesan lagi. Keadaan-keadaan seperti ini didapati boleh

menyebabkan masyarakat bandar merasa tidak selesa, susah hati, cemas, letih, lesu,

kerumitan untuk berinteraksi dan kebimbangan yang serius apabila setiap hari mereka

terpaksa menggunakan jalan raya tersebut ke tempat bekerja, ke pasar raya, pusat

perkhidmatan atau apa sahaja urusan penting dalam keadaan pengguna tidak mempunyai

pilihan yang lain.

Selain itu, kemudahan pengangkutan awam yang terdapat di bandar-bandar besar

yang tidak dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan dan maksimum kepada

pengguna. Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan seperti jadual perjalanan yang tidak

konsisten, bilangan penumpang yang terlalu ramai yang menimbulkan kesesakan dalam

bas dan monorel, kekerapan perjalanan bas yang terlalu lama, tiada kemudahan penyaman

udara dan sebagainya. Keadaan-keadaan seperti ini didapati telah menimbulkan kerumitan

yang serius kepada pengguna. Ada kalanya pengguna cuba beralih kepada mod

pengangkutan awam, tetapi perkhidmatan yang ditawarkan pula tidak memuaskan.

Manakala untuk terus menggunakan kenderaan persendirian ternyata akan lebih

menyulitkan apabila terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas yang lama, keletihan, dan

sebagainya. Hal-hal seperti ini merupakan antara masalah yang sering berlaku di kawasan

bandar.

4.0       SISTEM PENGANGKUTAN SEBAGAI FAKTOR PEMBANGUNAN SESEBUAH KAWASAN

Pembangunan merupakan satu proses yang berterusan, melalui satu perancangan untuk

memperbaiki kehidupan masyarakat dalam pelbagai aspek. Satu aspek yang penting

dalam pembangunan tersebut ialah pengangkutan. Hampir seluruh kehidupan manusia

tidak terlepas daripada keperluan pengangkutan. Pengangkutan berkembang seiring

dengan kemajuan kehidupan dan budaya manusia. Sistem pengangkutan merupakan

salah satu faktor penggerak utama dalam pembangunan negara yang secara langsungnya

dapat meningkatkan kualiti hidup sosial. Sejarah telah membuktikan bahawa proses

perbandaran telah banyak membawa kesan positif kepada pembangunan negara. Dari

awal lagi pusat bandar telah memainkan peranan yang penting sebagai pusat pengumpul,

pertukaran barangan melalui aktiviti perniagaan dan perdagangan serta menjadi pusat

pengedaran hasil pengeluaran ke kawasan-kawasan lain atau di peringkat tempatan.

Page 6: kk GEO

Proses ini berterusan sehingga fungsi bandar merebak keluar ke kawasan-

kawasan di sekitarnya setelah wujudnya kawasan-kawasan perindustrian, perdagangan,

pejabat-pejabat pentadbiran, pasar raya dan kawasan kediaman yang memerlukan

kawasan yang lebih luas. Akibatnya wujud pula bandar-bandar lain di pinggir bandar atau

di sepanjang jalan pengangkutan utama mengikut fungsinya yang tertentu seperti bandar

satelit, bandar baru, bandar peranginan, bandar universiti dan suburb yang terdiri

daripada pelbagai jenis seperti suburb perumahan eksklusif, campuran dan suburb

perindustrian ringan yang merangkumi kawasan bandar yang lebih luas dan kompleks

seperti yang dialami pada masa kini. Justeru itu kesannya tidak dapat dinafikan di

kalangan sebahagian penduduknya dalam memperoleh kualiti hidup sosial pada peringkat

minimum disebabkan kepesatan proses perbandaran yang tidak terkawal.

Bandar-bandar di Malaysia kini sedang mengalami proses perbandaran yang pesat

dengan melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi, pergerakan barangan dan manusia serta

jalinan rangkaian pengangkutan jalan raya yang bertambah kompleks. Tumpuan

pembangunan dan proses perbandaran yang tidak terkawal serta keadaan sistem

perbandaran yang tidak tersusun pada peringkat awalnya telah menyebabkan berlakunya

pelbagai permasalahan dan isu pengangkutan di kebanyakan bandar utama dewasa ini.

Pembangunan yang pesat bererti keluasan kawasan bandar menjadi bertambah ‘sempit’.

Ditambah pula dengan sebahagian daripada kawasan pusat bandar yang kebanyakannya

dijadikan kawasan kediaman, terutama di rumah-rumah kedai dua tingkat yang dibina

sebelum Perang Dunia Kedua dengan dihubungi oleh lorong-lorong sempit telah

menyebabkan laluan kenderaan bertambah sesak dan padat.

Bagi setengah kawasan yang lain pula terdapat percanggahan penggunaan tanah

dengan ditempatkan kawasan-kawasan industri di kawasan kediaman dan perniagaan di

pusat-pusat bandar. Kedudukan bangunan-bangunan peninggalan sejarah sebelum

perang yang berdekatan dengan laluan lorong-lorong yang sempit menyebabkan kerja-

kerja untuk melebarkan jalan raya tidak dapat dilaksanakan. Keadaan ini dijangka menjadi

bertambah buruk lagi pada masa akan datang dengan bertambahnya jumlah kenderaan

sama ada persendirian, awam atau pengangkutan barangan dengan melibatkan pelbagai

mod pengangkutan yang akhirnya membawa banyak masalah kesesakan lalu lintas bukan

saja di pusat bandar, tetapi juga di jalan-jalan utama yang sudah pun melebihi had isi

padunya terutama pada waktu-waktu kemuncak.

Kepesatan perkembangan bidang pengangkutan di Malaysia adalah hasil daripada

pertumbuhan dan pembangunan sosioekonomi yang berterusan. Pembangunan rangkaian

pengangkutan jalan raya merupakan salah satu faktor penting dalam menyediakan

infrastruktur yang diperlukan untuk kepentingan program pembangunan ekonomi negara.

Kepesatan proses pembandaran menyebabkan timbulnya pelbagai masalah secara

langsung atau tidak langsung. Pertumbuhan pesat bandar metropolitan seperti Johor telah

menyebabkan bandar-bandar kecil mengalami kemerosotan kadar pertumbuhan dan

fungsi. Perpindahan penduduk keluar boleh melebarkan lagi jurang pembangunan sosial

Page 7: kk GEO

dan ekonomi antar bandar-bandar kecil dengan bandar-bandar besar. Pembinaan lebuh

raya dan sistem pengangkutan antara bandar-bandar utama dan wujudnya jalan

pengangkutan yang cekap di luar bandar telah memudahkan lagi pergerakan masyarakat

dan barangan.[3]

Kini, Malaysia mengamalkan sistem pengangkutan jalan raya yang lebih moden

dan berteknologi tinggi di bawah `Sistem Lebuh Raya Malaysia’ melalui pengawasan

Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Justeru itu proses perbandaran di Malaysia semakin pesat

membangun yang bertindak sebagai penggerak ekonomi negara. Antara yang utama

termasuk Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Timur- Barat, Johor-Karak, Johor- Air

Hitam, Lebuh Raya Pan-Borneo dan Lebuh Raya Pantai Barat, Johor. Kesemua rangkaian

lebuh raya yang siap dan sedang dalam pembinaan merupakan penghubung utama

dengan semua rangkaian jalan raya dan bandar-bandar sedia ada di seluruh negara.

Laluan Lebuh Raya Utara-Selatan di antara Pantai Barat Semenanjung Malaysia

menghubungi kawasan utara dari sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam ke

Johor Johor di selatan melalui bandar-bandar utama bermula dari Alor Setar, Butterworh,

Ipoh, Johor, Seremban dan Johor Johor. Bagi rangkaian Lebuh Raya Timur-Barat pula

menghubungi Pantai Barat dan Pantai Timur di bahagian utara Semenanjung Malaysia

dengan menghubungi Grik, Perak dan Jeli di Johor. Manakala Lebuh Raya Gua Musang

pula menghubungi Kota Johor, Gua Musang, Bentong dan Johor. Di bahagian Pantai

Timur Semenanjung Malaysia, Lebuh Raya Jerangau-Jabor menghubungi Kuala Johor,

Kuantan, Bentong dan Johor atau terus melalui Lebuh Raya Segamat dari Kuantan,

Segamat dan Johor Johor. Di Johor, Lebuh Raya Pan-Borneo menghubungi Bandaraya

Kuching, Sibu dan Miri.

Seterusnya dapat merentasi hingga ke Johor melalui Lebuh Raya Pantai Barat

yang menghubungi Miri, Kota Kinabalu dan terus ke Sandakan dan Tawau melalui

hubungan rangkaian jalan raya sedia ada. Dengan ini pada keseluruhannya rangkaian

lebuh raya di Malaysia mempunyai pengaruh dan pertalian dengan bandar-bandar yang

sedang meningkat proses pembandarannya. Antaranya termasuk bandar Jitra, Sungai

Petani, Taiping, Kuala Kangsar, Kota Tinggi dan Segamat, Johor. Proses ini dijangka

berterusan dan akan menggalakkan lagi pertumbuhan bandar-bandar kecil di seluruh

negara dalam tempoh jangka panjang.

Oleh yang demikian, sistem pengangkutan dapatlah dianggap sebagai satu

daripada faktor pendorong yang utama di dalam pembangunan, terutama kepada negara

yang sedang membangun. Pengangkutan berfungsi sebagai media yang menghubungkan

satu tempat dengan satu tempat yang lain dan ini membolehkan pergerakan manusia.

Pembinaan jalan-jalan dan kemudahan sistem pengangkutan di dalam dan di luar bandar

memberi jalan masuk kepada sesuatu kawasan dan seterusnya memudahkan pengaliran

pengaruh terhadap pembangunan dan unsur-unsur pemodenan. Manusia atau masyarakat

lazimnya mempunyai ciri-ciri sosioekonomi tertentu. Masyarakat juga dapat dibahagikan

kepada beberapa kumpulan mengikut status ekonomi dan ini dapat diukur berdasarkan

Page 8: kk GEO

jenis pekerjaan dan garis pendapatan. Faktor-faktor ini akan mencerminkan kawasan

penempatan, kepadatan penduduk dan jenis sistem pengangkutan yang diperlukan.

Hal ini menunjukkan jalan-jalan utama melalui pusat-pusat penempatan dan

kemudahan pengangkutan awam yang cekap amat diperlukan. Jika pengangkutan di

sesuatu kawasan itu baik, murah, tepat pada waktunya, senang didapati dan terletak di

lokasi yang strategik, hal ini akan mewujudkan permintaan yang berlebihan. Sesuatu

lokasi yang strategik dikaitkan dengan kegiatan tumpuan seperti pusat pelancongan atau

pusat membeli-belah. Jika permintaan melepasi peringkat optimum, kesesakan akan

wujud dan ini akan merendahkan nilai lokasi kepada pengguna atau masyarakat sedia ada.

Kesesakan lokasi sukar diukur dan ini biasanya berlaku di pusat-pusat bandar, di tempat-

tempat peranginan, atau di sesebuah kawasan yang menarik. Oleh itu, perancangan

pengangkutan hendaklah dikait rapat dengan perancangan guna tanah.

Dengan itu, tiap-tiap aktiviti di dalam bandar merupakan elemen-elemen yang

mempunyai fungsi tersendiri. Di antara elemen-elemen penting ialah temp[at tinggal,

tempat bekerja atau belajar, tempat membeli-belah dan tempat beristirahat. Tiap-tiap

elemen tersebut saling berkaitan dan memerlukan suatu sistem pengangkutan. Di

samping itu, kehendak masyarakat juga selalu berubah mengikut peredaran zaman.

Perkembangan bandar telah mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan permintaan

perumahan dan memperbanyakkan pejabat.[4]

Situasi ini akan meletakkan suatu kawasan atau bandar itu di peringkat optimum,

di mana tahap kesesakan amat ketara. Pada kebiasaannya, perkembangan bandar akan

meluas ke kawasan pinggir bandar  dan hal ini memerlukan suatu sistem perhubungan

yang baru dan menjadi faktor kepada pembukaan sesebuah bandar baru.

4.1       Pembangunan dan Pengangkutan di Iskandar Malaysia

Iskandar Malaysia terletak di dalam Negeri Johor, kawasan paling pesat membangun di

selatan Semenanjung Malaysia di mana kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan

perniagaan bergabung untuk membentuk metropolis yang progresif dan berdaya maju.

Wilayah Pembangunan Iskandar meliputi kawasan seluas 2,217 km persegi (221,634

hektar) bersamaan lebih 3 kali ganda saiz Singapura dan 2 kali ganda saiz Hong Kong.

Kawasan di dalam lingkungannya adalah Daerah Johor Johor dan sebahagian daripada

Daerah Pontian iaitu Mukim Jeram Batu, Mukim Sg. Karang, Mukim Serkat dan Pulau

Kukup (Mukim Ayer Masin).

Antara kesan positif yang dapat dilihat melalui pembangunan koridor ialah sistem

jalan raya yang semakin bersistematik. Dapat dilihat perbezaan pada waktu kini dan

dahulu adalah amat berbeza dari segi sistem pengurusan infrastrukturnya. Sistem

pengangkutan yang semakin baik ini adalah salah satu cara berkesan dalam

menghubungkan satu wilayah dengan wilayah yang lain. Oleh yang demikian, kawasan-

kawasan terpencil dapat dimajukan apabila jaringan jalan raya diperbaiki.

Page 9: kk GEO

Dalam hal ini, sesebuah pembangunan yang dilaksanakan misalnya di Wilayah

Pembangunan Iskandar sememangnya berkait rapat dengan kepentingan sistem

pengangkutan. Pengangkutan berfungsi sebagai kenderaan untuk memindahkan bahan-

bahan pembinaan di wilayah tersebut serta menghubungkan masyarakat dengan kawasan

tersebut. Iskandar Malaysia mempunyai sistem jalan raya yang meluas. Selain itu,

beberapa rangkaian jalan utama telah pun dicadangkan seperti Eastern Dispersal Link

(EDL), Johor Bahru Coastal Road dan Johor Baru Middle Ring Road. Tambahan

pelaksanaan program menaik taraf dan membaik pulih jalan raya yang relevan dan penting

telah dicadangkan untuk membanyakkan jalan raya di mana kegiatan ekonomi akan

meningkat di kawasan tersebut. Lebuh raya utama juga sedang dinaik taraf untuk

melancarkan aliran trafik daripada kawasan yang sesak serta menyediakan laluan

penghubung untuk menerajui pembangunan kawasan tersebut.[5]

5.0       KESAN PENGANGKUTAN DAN PEMBANGUNAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Alam sekitar boleh dirujuk kepada segala benda yang berada di sekeliling manusia pada

suatu titik ruang dan masa.[6] Pencemaran alam sekitar telah bermula sejak wujudnya

revolusi perindustrian lagi. Dalam kita mengejar kemajuan dan meningkatkan taraf hidup,

kegiatan ekonomi dan pembangunan yang pesat tidak dapat dielakkan atau dihalang bagi

memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Pencemaran yang disebabkan oleh

kegiatan manusia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja seperti pelepasan gas-gas

beracun oleh kilang-kilang ke ruang udara, pembuangan sisa kumbahan, asap dari

kenderaan, pemusnahan dan pembakaran hutan serta aktiviti yang berkaitan dengan

pengaruh manusia. Hal ini secara tidak langsung adalah kesan daripada kepesatan

pembangunan dan kemajuan sistem pengangkutan di negara kita.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan moden telah banyak

membawa perubahan dan kebaikan pada taraf kehidupan masyarakat Malaysia. Begitu

juga dengan pembangunan yang berkembang dengan pesat di negara kita. Impak

pembangunan terhadap alam sekitar pada masa ini semakin meningkat, walaupun

terdapat pelbagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasinya dan

bertambahnya peraturan dan garis panduan yang digubal bagi melawannya.[7]

Sistem jalan raya yang baik, kemudahan sistem penerbangan yang cemerlang, dan

adanya pelabuhan yang bertaraf antarabangsa sememangnya telah dapat membawa

negara dan rakyat ke era kemajuan dan pemodenan. Kini setelah Malaysia merdeka, boleh

dikatakan 90 peratus hingga 95 peratus kawasan desa yang jauh dari bandar dan kota

telah dapat menikmati kemudahan jalan raya yang telah mengubah keadaan dan rezeki

penduduk desa. Walau bagaimanapun, perubahan dan kebaikan ini tidak mungkin berlaku

tanpa membebankan alam sekitar. Lazimnya, setiap perbuatan dan perubahan itu

membawa bersamanya kebaikan dan keburukan.

Page 10: kk GEO

5.1       Pencemaran Udara

Pencemaran udara adalah salah satu kesan sampingan daripada sistem pengangkutan

iaitu kenderaan bermotor.[8] Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan

merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap

tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan

kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga

turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.

Ahli sains telah membuktikan bahawa pengangkutan secara keseluruhan

menghasilkan 64% gas Nitrogen Oksida (unsur utama yang menyebabkan terjadinya hujan

asid), 42% Hidrokarbon, 66% Karbon Monoksida, 32% Plumbum, 30% Karbon Dioksida,

74% Benzena (merupakan bahan beracun), serta Toluena, Xilena, dan Etilena yang tidak

diketahui jumlah peratusannya.

Sekiranya dikaji jenis sistem pengangkutan (pengangkutan darat, laut dan udara)

maka jelaslah bahawa kenderaan bermotor seperti kereta, lori, motosikal dan bas

merupakan punca utama pencemaran berbanding dengan kapal laut dan kapal terbang.

Analisis yang dibuat di Switzerland menunjukkan sistem pengangkutan darat, kecuali

kereta api, menggunakan sebanyak tiga kali ganda keluasan tanah. Ini melibatkan

penggunaan tenaga sebanyak 3.5 kali ganda bagi kereta dan 8.7 kali ganda bagi lori dan

trak yang menghasilkan 9 kali ganda pencemaran. Sekiranya analisis yang dibuat di

Malaysia, berkemungkinan statistik yang sama akan di dapati dan barang kali juga lebih

tinggi daripada hasil kajian di Switzerland memandangkan kepada pertambahan

penggunaan kenderaan bermotor ( terutamanya kereta ) di Malaysia akhir-akhir ini.

5.2       Pencemaran Bunyi

Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang bising dan

mencemarkan bunyi di bandar. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya

utama dan lebuh raya selalu mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi

mereka akan terganggu. Selain itu, kerja-kerja pembinaan jalan raya dan lebuh raya juga

boleh menghasilkan bunyi bising yang kuat. 

5.3       Perubahan Landskap

Pembinaan sistem pengangkutan boleh mengubah landskap fizikal sesuatu

kawasan. Pembinaan lebuh raya atau melebarkan jalan raya boleh menyebabkan cerun

bukit dipotong dan hutan-hutan ditebang dengan banyaknya. Projek memotong dan

menarah bukit boleh menyebabkan kejadian hakisan cerun. Seterusnya apabila berlaku

hujan lebat, air hujan boleh melonggarkan tanah dan menyebabkan berlakunya tanah

runtuh

6.0       LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Page 11: kk GEO

Penjagaan alam sekitar adalah sangat penting bagi mengelakkan masalah besar yang

akan timbul kemudian hari. Jika alam sekitar tidak dijaga dan dipelihara dengan betul, hal

ini boleh memberi masalah kepada masyarakat dan hidupan lain. Oleh itu, langkah

pencegahan dan pengawalan telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu bagi menjamin

kualiti udara di Malaysia. Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan

adalah dengan mengelakkan penggunaan klorofluorokarbon (CFC) dan melalui

perundangan dan penguatkuasaan.[9]

            Dalam usaha mengawal pencemaran di Malaysia, kerajaan telah membuat beberapa

peraturan dan kaedah. Dalam konteks pencemaran udara yang disebabkan oleh kenderaan

bermotor, peraturan-peraturan yang ditetapkan boleh didapati dalam Peraturan-peraturan

Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978, Kaedah-kaedah Kereta Motor (Kawalan

Pelepasan Asap dan gas), 1977. Selain itu, pencemaran udara juga boleh dikawal dengan

menggunakan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Pelepasan daripada

Enjin Petrol) 1996 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekitar (Kawalan Pelepasan

daripada Enjin Diesel) 1996.

Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan

bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Penggunaan alat penyaman udara boleh

menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak

hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman

udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap

sewaktu memandu. Menggunakan kadbod penghalang cahaya di cermin hadapan dan

belakang ketika meletakkan kenderaan bermotor di tengah panas juga boleh

mengurangkan kepanasan dalam kenderaan bermotor. Dengan ini kita dapat

mengurangkan penggunaan alat penyaman udara sewaktu memandu kenderaan

seterusnya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Berkongsi kenderaan untuk ke pejabat atau tempat-tempat tertentu bukan sahaja

menjimatkan tenaga dan wang, malahan adalah satu cara yang lebih bersih dan bijak

dalam memulihara alam sekitar daripada tercemar. Selain itu, menyelesaikan seberapa

banyak tugas dalam satu perjalanan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak. Akhir

sekali kita seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor bagi perjalanan

jarak dekat. Penggunaan basikal, kenderaan awan ataupun berjalan kaki adalah lebih baik

untuk alam sekitar di samping memberi kesan yang positif terhadap kesihatan kita.

Penglibatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya

akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa

pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung

mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains

dan teknologi negara.

Page 12: kk GEO

7.0       KESIMPULAN

Kesimpulannya, kepesatan pembangunan dan perkembangan sistem pengangkutan yang

semakin meningkat banyak memberi kesan kepada masyarakat dan alam sekitar, sama

ada kesan negatif mahupun kesan positif. Pembangunan sesebuah bandar bertujuan

membawa transformasi yang lebih bermakna dan diharapkan agar negara dapat

mengharungi arus globalisasi yang kian mencabar dari semasa ke semasa.

Kepesatan bandar telah membawa kepada perkembangan sistem pengangkutan

yang selaras dengan keperluan masyarakat yang semakin meningkat. Kawasan-kawasan

yang dibangunkan ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan memberi faedah antara satu

sama lain. Kawasan-kawasan yang dicantumkan sehingga wujudnya wilayah, mempunyai

fungsi tertentu yang membolehkan pergantungan berlaku antara satu kawasan dengan

kawasan yang lain. Contohnya kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan

mempunyai hubungan rapat dengan kawasan yang terdapat banyak peluang pekerjaan,

yang menjadi tempat tumpuan orang ramai.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem pengangkutan dan pembangunan

sesebuah kawasan merupakan dua perkara yang saling berkaitan dan mempunyai

kepentingan tersendiri dalam sistem sosial masyarakat khususnya di Malaysia. Walau

bagaimanapun, dalam menikmati kepesatan pembangunan dan perkembangan sistem

pengangkutan, kesan-kesan di sebaliknya perlu dikawal dan seharusnya langkah-langkah

yang sewajarnya perlu diambil bagi mengelakkan kesan negatif terhadap masyarakat dan

alam sekitar.

PETA SUNGAI KECHIL, NIBONG TEBAL

Page 13: kk GEO

PETA TANJUNG PIANDANG

Page 14: kk GEO

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanjung_Piandang

Page 15: kk GEO

Tanjung PiandangDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, cari

Tanjung Piandang merupakan sebuah mukim yang terletak di bahagian utara negeri Perak, Malaysia. Tanjung Piandang termasuk di dalam pentadbiran daerah Kerian dan merupakan salah satu mukim di daerah Kerian, Kawasan yang menarik di Tanjung Piandang ialah Pantai Ban Pecah.

Riadah

Ban Pecah adalah satu kawasan riadah pantai berbatu untuk kegiatan memancing di kerian, ia juga cukup terkenal dengan makanan lautnaya antaranya makanan yang menarik di kerian ialah 'kari sembilang merah' Ban Pecah juga sering dikunjungi oleh pelancong dari negeri Kedah,Pulau Pinang,Perlis malah ada pelancong dari Kuala Lumpur yang datang ke Ban Pecah ini umtuk memancing ikan sembilang merah yang hanya terdapat di daerah Kerian sahaja.

Senarai kampung

Mukim Tanjung Piandang mempunyai 8 buah Kampung dan ditadbir oleh 7 Ketua Kampung.

Kampung Jalan Pantai Lama / Pasir Gedabu Kampung Jalan Pantai Kampung Parit Sungai Burung Kampung Parit Tanjung Piandang Kampung Baru Kampung Parit Haji Kerani Kampung Jalan Atas

Jelapang padi

Mukim Tanjung Piandang merupakan salah satu mukim di daerah Kerian yang merupakan "Jelapang Padi Negeri Perak" kerana bentuk muka buminya yang rata menjadi pertanian utama penduduk mengusahakan sawah yang merupakan jelapang padi terbesar di negeri Perak ini. Walaupun Tanjung Piandang tidak terkenal dengan

Mukim Tanjong Piandang

Geografi

Status Mukim

Asal nama N/A

Negara  Malaysia

Negeri  Perak

Daerah Daerah Kerian

Mukim Mukim Tanjong Piandang

Keluasan N/A

Page 16: kk GEO

pelancongan atau lain-lain namun ekonomi negeri Perak juga bergantung kepada pertanian tersebut, Kerana pertanian sawah ini merupakan pendapatan kepada penduduk Tanjung Piandang.

Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi Tanjung Piandang adalah tanah rata atau pamah kurang dari 5 meter dari paras laut. Kawasan tanah pamah ini ditebus guna dengan membuat petempatan baru dan membuka banyak tanah untuk dijadiakn sawah padi serta tanaman kelapa sawit. Sistem perparitan disini menggunakan teknologi terkini yang diberi perhatian oleh Menteri Pertanian pada beberapa tahun yang lepas dengan peruntukkan sebanyak RM3 Juta.

Penduduk

Peratusan penduduk di mukim Tanjung Piandang ialah kaum Melayu dengan peratusan sebanyak 55%, manakala kaum Cina memonopoli sebanyak 35% dan kaum terkecil iaitu kaum India dengan 8% peratus manakala 2% lagi adalah lain-lain. Penduduk kaum Melayu di Tanjung Piandang kebanyakannya tinggal di kawasan kampung dan di pekan Tanjung Piandang. Kaum Cina pula tinggal di kawasan pedalaman nelayan ataupun dipanggil "Bagan Cina" dan di pekan Tanjung Piandang manakala kaum India pula tinggal di petempatan Cina dan juga Melayu, serta etnik lain hanyalah untuk bekerja sahaja.

Pendidikan

Berikut merupakan senarai sekolah di Tanjung Piandang:

Sekolah rendah Sekolah Kebangsaan Tanjung Piandang SRJK(C) Nam Hua Sekolah Kebangsaan Parit Haji Wahab Sekolah Kebangsaan Sungai Burong

Sekolah menengah Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lope Nor Rashid Sekolah Menengah Agama Al-Falah (Bantuan Kerajaan) Sekolah Menengah Agama Syamsul Maarif