Kkbi Sce 3110 2012 Panduan Pelajar Ppg

download Kkbi Sce 3110 2012 Panduan Pelajar Ppg

of 7

Transcript of Kkbi Sce 3110 2012 Panduan Pelajar Ppg

BUMI dan ANGKASA LEPASSCE 3110Program Pensiswazahan GuruIPGM Kampus Pendidikan TeknikAMALI dan PIKSCE 3110 Bumi dan Angkasa Lepas2

SCE3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS

Aktiviti melibatkan kerja amali dan Pedagogi Isi Kandungan

Kandungan

TopikHalaman

PIK 1. Kitar Air, 2. Kejadian Siang dan Malam3. Sistem Solar4. Gerhana Bulan5. Musim

3

Amali 1Pergerakan Bulan

Amali 2Pergerakan Matahari

Amali 3Awan dan Hujan

Amali 4Mengenal batu-batan

6

SCE3109 BUMI dan ANGKASA LEPASAktiviti Pedagogi Isi KandunganDalam Kumpulan1. Cari satu miskonsepsi yang sering dihadapi oleh murid dalam satu topik dalam sukatan pelajaran sains rendah.2. Tuliskan satu laporan menerangkan miskonsepsi, konsepsi yang betul, kemungkinan mengapa miskonsepsi wujud and cadangan satu alat bantu mengajar yang akan menolong murid membentuk konsepsi yang betul tanpa memberi tahu murid secara terus.

Secara Individu1. Sediakan alat bantu mengajar itu. 2. Cuba alat bantu mengajar itu dengan sekurang-kurangnya lima orang murid. Dapatkan konsepsi mereka sebelum dan selepas pengajaran. 3. Buat analisis dan tuliskan laporan hasil penggunaan alat bantu mengajar anda dengan menyatakan kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dibuat.

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah:1. Kitar Air2. Kejadian Siang dan Malam3. Sistem Solar4. Gerhana 5. Fasa Bulan6. Musim

Keperluan Pentaksiran

1.Penerangkan miskonsepsi

2.Penerangan kemungkinan mengapa miskonsepsi berlaku

3.Penerangan konsepsi yang betul

4.Alat bantu mengajar

5.Analisis dan penilaian penggunaan alat bantu mengajar

Amali 1

Pergerakan Bulan

Bulan adalah satelit semulajadi Bumi. Bulan mengorbit Bumi dan Matahari serta berputar pada paksinya.

Bulan biasanya dilihat pada waktu malam, tetapi kadangkala kita dapat melihat Bulan di waktu siang. Mengapa? Bagaimanakah kedudukan Bulan berubah salam satu hari? Bagaimana masa Bulan terbit dan Bulan terbenam dikaitkan dengan fasa-fasa Bulan?

Untuk menjawab semua persoalan di atas, anda dikehendaki melakukan pemerhatian terhadap Bulan untuk tempoh 14 hari di tempat yang sama pada masa yang sama.

Prosedur Cari tempat yang sesuai untuk memerhati Bulan (gunakan tempat dan masa yang sama sepanjang tempoh 14 hari pemerhatian itu). Lakarkan lanskap yang anda perhatikan. Catatkan azimuth, altitud, bentuk bulan, permukaan bulan dan orientasi bulan dalam bentuk jadual. Dapatkan sekurang-kurangnya 6 bacaan untuk setiap hari, selang 20 atau 30 minit) Buat analisis dan tafsirkan pemerhatian anda. Gunakan graf untuk membantu membuat analisis. Tuliskan satu laporan untuk amali ini dengan mengaitkan data pemerhatian dan analisis data dengan teori.

Keperluan Pentaksiran

1.Kefahaman pergerakan bulan relatif kepada bumi dengan fasa bulan dan masa terbit dan tenggelam bulan.

2.Maklumat tentang prosedur pemerhatian: tarikh, masa, tempat, peralatan dan bagaimana data dikumpulkan.

3.Data pemerhatian (jadual, gambar/lakaran) pemerhatian azimuth, altitud, bentuk, orientasi dan permukaan bulan.

4.Perbincangan mengenai analisis data dengan teori.

Amali 2

Pergerakan Matahari

Benarkah kedudukan Matahari di langit berubah setiap hari? Ke arah manakah matahari berubah? Berapa banyakkah perubahan itu? Apa hubungan arah perubahan tersebut dengan tarikh pemerhatian itu dilakukan? Apakah kaitannya dengan musim? Untuk menjawab soalan-soalan di atas, anda dikehendaki untuk memerhati kedudukan Matahari di langit pada waktu dan tempat yang sama selama 14 hari berterusan.

Perhatikan kedudukan matahari pada waktu fajar atau waktu senja. Elakkan melihat terus ke arah Matahari. Gunakan cermin mata gelap atau filem x-ray.

Prosedur

1. Cari tempat yang sesuai untuk memerhati matahari (gunakan tempat dan masa yang sama sepanjang tempoh 14 hari pemerhatian itu). 2. Lakarkan lanskap yang anda perhatikan. 3. Catatkan pemerhatian azimuth, altitud untuk tarikh dan masa yang berlainan dalam bentuk jadual. Dapatkan sekurang-kurangnya 6 bacaan untuk setiap hari, selang 5 minit.4. Analisis dan buat tafsiran untuk data anda. Gunakan graf untuk membantu membuat analisis data.5. Tuliskan satu laporan untuk amali ini dengan mengaitkan data pemerhatian dan analisis data dengan teori.

Keperluan Pentaksiran

1.Kefahaman tentang pergerakan Matahari relatif kepada Bumi yang menghasilkan siang dan malam dan musim.

2.Maklumat tentang prosedur pemerhatian; tarikh, masa, tempat, peralatan dan bagaimana data dikumpulkan.

3.Data pemerhatian (jadual, gambar/lakaran) pemerhatian azimuth dan altitud

4.Perbincangan mengenai analisis data dengan teori.

Amali 3

Awan dan Hujan

Awan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis yang berbeza termasuklah cumulus, stratus dan cirrus.

Perhati dan kenalpasti bentuk-bentuk awan (di atas kepala) untuk tempoh dua minggu secara berterusan pada masa dan tempat yang sama. Ukur suhu, arah dan halaju angin dan kelembapan pada masa itu. Rekodkan pemerhatian anda.

Ramalkan keadaan cuaca dalam masa 3 jam selepas pemerhatian pertama dibuat. Nyatakan asas ramalan anda. Anda boleh menggunakan maklumat yang diperolehi daripada data anda untuk membantu anda membuat ramalan. Rekodkan pemerhatian anda dalam 3 jam selepas pemerhatian pertama dilakukan untuk menentukan sama ada ramalan anda tepat.

Bincangkan pemerhatian dan ramalan anda.

Keperluan Pentaksiran

1.Pengenalan tentang faktor-faktor yang mempengaruhi hujan.

2.Maklumat tentang prosedur pemerhatian; tarikh, masa, tempat, peralatan dan bagaimana data dikumpulkan.

3.Data pemerhatian (jadual, gambar, lakaran) jenis awan, suhu, arah dan kelajuan angin dan kelembapan.

4.Perbincangan mengenai analisis data dengan teori.

Amali 4

Mengenal Batu (Rock Indentification)

Batu batan secara umum biasanya dikelaskan menurut proses yang membentuknya, dan dengan itu dipecahkan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu: batuan igneus, batuan enapan, batuan metamorfosis.

Pengkelasan sesuatu batu boleh dibuat berdasarkan1. kandungan mineral iaitu jenis-jenis mineral yang terdapat di dalam batuan ini.2. tekstur batuan, iaitu saiz dan bentuk hablur-hablur mineral di dalam batuan;3. struktur batuan, iaitu susunan hablur mineral di dalam batuan.4. tindakbalas batu dengan asid

Anda dikehendaki mengenalpasti batu-batan yang terdapat di sekeliling tempat kamu. Kumpulkan batu-batan yang berbeza dan lakukan proses pengecaman berdasarkan kriteria di atas. Anda boleh mendapatkan sampel batu-batan di tepi jalan, bukit yang ditarah atau di sungai. Jika anda perhatikan dengan teliti, anda akan dapat lihat perbezaan antara batu-batan ini dari segi warna, tekstur dan struktur batu. Anda boleh gunakan berus lembut untuk membersihkan batu-batan yang dikumpul untuk memudahkan proses pengecaman. Gunakan kanta pembesar dan mikroskop untuk membuat pemerhatian tekstur, struktur dan warna. Nyatakan jenis sampel batu yang anda kumpul berdasarkan data pemerhatian dan maklumat yang anda perolehi daripada pembacaan.

Satu ujian amali pengkelasan batuan akan dibuat pada interaksi ke 3 semester ini. Markah akan diberi berdasarkan ujian ini.

Keperluan Pentaksiran

1.Pengetahuan tentang cara mengenalpasti sesuatu sampel batu.

2.Data pemerhatian tekstur, struktur, warna dan ujian asid

3.Pengenal pastian sampel batu