kKerja_boling padang

17
Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS http:/www.mahkotasari.nrt/mahkotasari KERTAS CADANGAN PERMOHONAN GELANGGANG BOLING PADANG DI SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI, GERIK DISEDIAKAN OLEH; UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI. Unit Kokurikulum SKMS_2010 SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI 33300 GERIK, PERAK DARUL RIDZUAN

Transcript of kKerja_boling padang

Page 1: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

http:/www.mahkotasari.nrt/mahkotasari

KERTAS CADANGAN PERMOHONANGELANGGANG BOLING PADANG

DI SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI, GERIK

DISEDIAKAN OLEH;

UNIT KOKURIKULUMSEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI.

Unit Kokurikulum SKMS_2010

SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI33300 GERIK,PERAK DARUL RIDZUAN----

Page 2: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

KERTAS CADANGAN PERMOHONAN GELANGGANG BOLING PADANG DI SEKOLAH KEBANGSAAN MAHKOTA SARI, GERIK

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Dasar pembangunan Sukan Negara telah menetapkan beberapa garis panduan agar perlaksanaan sukan di peringkat bawah dapat dilaksanakan dengan penuh ketelitian, perancangan dan strategi yang mampu membuahkan keberhasilan yang mapan. Selaras dengan itu kemudahan dan infrastruktur perlu diutamakan dalam usaha untuk memberi peluang kesamarataan pelajar-pelajar diluar bandar didedahkan dengan segala kemahiran dalam permainan, termasuklah kemahiran dalam permainan boling padang .

1.2 Sukan boling padang merupakan sukan yang masih kurang pendedahan di peringkat sekolah terutama di kawasan luar bandar seperti di Gerik. Oleh itu salah satu cara untuk merealisasikan dasar pembangunan Sukan Negara, ialah dengan menyediakan peluang dan kemudahan bagi memenuhi keperluan, sosial, psikologi dan fisiologi.

1.3 Segala kemudahan dan peluang yang tersedia mampu membentuk satu masyarakat pelajar atau komuniti setempat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu. Di samping meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan sosial seseorang individu serta mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari (SKMS) terletak di tengah Pekan Gerik, bersebelahan dengan Pejabat Pelajaran Daerah. Sekolah ini merupakan sekolah elit di kawasan Hulu Perak.

2.2 Kemudahan sukan yang terdapat di SKMS antaranya padang bola sepak, padang bola baling, padang bola jaring dan gelanggang bola tampar. SKMS juga sering menjadi tempat untuk pertandingan sukan yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah. (PPD)

Unit Kokurikulum SKMS_2010

Page 3: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

2.3 SKMS telah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Cemerlang pada tahun 2007 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. SKMS juga menjadi calon sekolah kluster dan sekarang ini seluruh warganya mengembling tenaga untuk meningkatkan pencapaian dan imej sekolah bagi mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

2.4 Dalam bidang kokurikulum, sekolah ini juga tidak pernah ketinggalan mewakili negeri dan daerah. Pada 2009 sekolah ini telah berjaya membolot tempat pertama, ke dua dan ketiga dalam pertandingan Robotik dan seterusnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Begitu juga dengan pencapaian dalam olahraga, pada tahun yang sama murid sekolah ini telah mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam acara 4 x 100m. Ini membuktikan murid-murid sekolah ini berpotensi mencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

2.5 Jumlah tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari seramai 48 orang, 9 orang staf sokongan dan 680 orang murid. Sebahagian besar murid-murid ini terdiri daripada anak-anak kaki tangan kerajaan dan swasta yang tinggal dalam sekitar 1km dari kawasan sekolah.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menjadikan sukan boling padang ini sebagai salah satu sukan altenatif kepada pelajar-pelajar yang kurang kemampuan dalam sukan bertenaga tinggi seperti sukan bola sepak, bola baling, mahupun sukan olahraga.

3.2 Memajukan sukan boling padang sebagai sukan teras di peringkat sekolah ke peringkat yang lebih tinggi sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan untuk meningkatkan mutu sukan Negara. Justeru memperkenalkan dan mempromosi sukan boling padang dalam kalangan generasi pelbagai lapisan umur.

3.3 Menyediakan prasarana dan kemudahan-kemudahan sukan bagi memberi lebih banyak ruang kepada penyertaan aktif para pelajar dalam aktiviti-aktiviti sukan serta kepada remaja yang berbakat untuk mendapat latihan spesifik bagi mengembangkan bakat mereka sebagai persediaan ke arah sukan prestasi tinggi yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara.

3.4 Meningkatkan penyertaan masyarakat setempat dalam pelbagai bidang sukan ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan membentuk budaya sukan.

Unit Kokurikulum SKMS_2010

Page 4: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

3.5 Sebagai salah satu usaha pihak sekolah untuk menyahut seruan Menteri Pelajaran Malaysia YAB Dato’ Seri Mahyuddin bin Yassin dalam melaksanankan satu sukan untuk satu murid.

3.6 Pihak sekolah juga mensasarkan dalam jangkamasa lima tahun akan datang pasukan boling padang yang diwujudkan mampu menempa kejayaan seiring dengan kedudukan sekolah SKMS yang telah berada dalam band 2 untuk mencapai pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

4.0 MATLAMAT

4.1 Mewujudkan satu lagi kegiatan kokurikulum yang berpotensi untuk mempertengahkan bakat-bakat murid yang boleh digilap sebagai permata baru sukan tanah air terutama dalam permainan boling padang.

4.2 Menambah prasarana sukan yang terdapat di sekolah ini, dan kemudahan ini boleh digunakan oleh sekolah- sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah serta untuk komuniti setempat.

5.0 KEMUDAHAN TAPAK DAN GELANGGANG

5.1 Pihak pengurusan sekolah mencadangkan lokasi gelanggang seperti lampiran A.

5.2 Gelanggang boling padang memerlukan keluasan bersaiz 40m x 40m dan dilengkapi dengan empat unit lampu limpah.  Lokasi cadangan dirasakan bersesuaian kerana keluasan lokasi melebihi keluasan yang diperlukan.(Lampiran B)

6.0 SOKONGAN

6.1 PEJABAT PELAJARAN DAERAH6.1.1 Pejabat Pelajaran Daerah memang berhasrat untuk

menjadikan gelanggang boling padang di Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari yang dipohon ini sebagai pusat untuk membangunkan sukan boling padang di daerah ini malah akan berusahan untuk mendapat kepakaran teknikal dan kejurulatihan. Guru-guru terpilih akan diberi latihan dan kursus untuk meningkatkan kemahiran. ( Lampiran C )

6.2 ADUN KAWASAN TEMENGGOR6.2.1 Usaha pihak sekolah ini telah mencapat sokongan

daripada pihak ADUN Temenggor, Yang Berhormat Dato’ Hj. Hasbullah bin Hj. Osman. ( Lampiran D )

Unit Kokurikulum SKMS_2010

Page 5: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

6.3 PEJABAT BELIA DAN SUKAN6.3.1 Agensi luar seperti Pejabat Belia dan Sukan juga akan

turut sama memberi kerjasama dalam menyediakan kepakaran tenaga pengajar. ( Lampiran E )

6.4 PEJABAT TANAH DAN DAERAH6.4.1 Pihak Pentadbir Tanah dan Daerah memberi sokongan

penuh di atas usaha permohonan pembinaan gelanggang ini. Kelulusan pembinaan gelanggang ini di atas tapak yang dicadangkan akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Tanah dan Daerah apabila dokumen keseluruhan pembinaan di terima. Pihak Pejabat Daerah bersetuju bagi membantu pembinaan kemudahan-kemudahan asas (tambahan) yang berkaitan apabila gelanggang ini dapat diwujudkan nanti. Kemudahan tandas, stor dan bilik persediaan adalah antara cadangan pembinaan tambahan, peringkat demi peringkat. ( Lampiran F )

6.5 MAJLIS DAERAH GERIK6.5.1 Cadangan pembinaan gelanggang ini di dalam kawasan

pentadbiran Majlis Daerah Gerik adalah amat dialu-alukan. Selain dari dapat membantu, bilangan tempat rekreasi dan riadah, ianya juga boleh dijadikan pusat bagi penganjuran kegiatan sukan di peringkat daerah dan negeri. Pihak Majlis Daerah Gerik akan memberi kerjasama dari segi penyelenggaraan dan keceriaan kawasan persekitaran, pelabelan juga pembiayaan kos bagi lampu jalan kawasan persekitaran. ( Lampiran G )

6.6 PIBG6.6.1 PIBG sekolah menyokong penuh usaha untuk membina

gelanggang boling padang ini dan sanggup menaja segala peralatan permainan. ( Lampiran H )

7.0 SUMBER KEWANGAN

7.1 Pembinaan gelanggang boling padang ini menelan kos yang besar, maka pihak pengurusan sekolah memohon peruntukan daripdda Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.

Unit Kokurikulum SKMS_2010

Page 6: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

7.2 Peralatan permainan akan disumbangkan oleh PIBG Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari.

8.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari, PIBG, Pejabat Pelajaran Daerah dan ADUN Kawasan Temengor, serta komuniti setempat agar segala cadangan yang dikemukankan mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya oleh pegawai tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,Unit Kokurikulum,Sekolah Kebangsaan Mahkota Sari.

Unit Kokurikulum SKMS_2010

Page 7: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN A( LOKASI CADANGAN )

Unit Kokurikulum SKMS_2010

Page 8: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN B( PLAN GELANGGANG )

Unit Kokurikulum SKMS_2010

Page 9: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN C( SOKONGAN PEJABAT PEJALARAN DAERAH )

Unit Kokurikulum SKMS_2010

Page 10: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN D( SOKONGAN ADUN KAWASAN TEMENGOR )

Unit Kokurikulum SKMS_2010

Page 11: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN E( SOKONGAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN

DAERAH )

Unit Kokurikulum SKMS_2010

Page 12: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN F( SOKONGAN PEJABAT TANAH DAN DAERAH )

Unit Kokurikulum SKMS_2010

Page 13: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

LAMPIRAN G(SOKONGAN MAJLIS DAERAH GERIK )

LAMPIRAN H

Unit Kokurikulum SKMS_2010

Page 14: kKerja_boling padang

Kertas Cadangan Permohonan Gelanggang Boling Padang di SKMS

( SOKONGAN PIBG )

Unit Kokurikulum SKMS_2010