kkp BNK

31
PENGENALAN Kaunseling merupakan satu perkhidmatan tolong bantu yang unik (Hackney, 2000). Taylor (1994) berpendapat bahawa kaunseling bukanlah suatu perkhidmatan mewah yang ditawarkan kepada individu yang bermasalah tetapi sebagai satu keperluan untuk masyarakat yang sihat. Pate (2000) melihat kaunseling sebagai satu profesion yang mengandungi deskripsi peranan, kod etika, garis panduan yang teratur, menekankan kecekapan dan perlesenan serta persijilan kaunselor. Perkhidmatan kaunseling juga dilihat sebagai satu perkhidmatan asas yang diperlukan oleh manusia dalam mencapai matlamat. Perkhidmatan kaunseling banyak dibicarakan dalam masyarakat yang lebih maju kerana semakin masyarakat itu maju, fungsi-fungsi individu dalam masyarat itu menjadi semakin khusus. Hal ini dikukuhkan dengan pandangan Gladding (2000) yang mengatakan bahawa kaunseling semakin maju kerana perkhidmatan ini dapat membantu individu yang bermasalah dan kritikal. Kemajuan kaunseling juga diperakui oleh Schmidt (2003) apabila kaunseling di sekolah- sekolah berkembang pesat dan penting pada abad ke-20. Langkah positif kerajaan Malaysia memperkenalkan perkhidmatan ini di sekolahsekolah menengah bermula dengan terbitnya Pekeliling 3/37 dalam tahun 1967 yang meminta semua sekolah menengah melantik ‘Guru Kerjaya’. Guru-guru tersebut diberikan kelonggaran waktu mengajar 25 waktu seminggu dan dikecualikan daripada memegang jawatan bagi aktiviti kokurikulum di sekolah (Muhd Mansur, 1996). Pada tahun 70-an, kaunseling di Malaysia telah berkembang pesat dengan tertubuhnya Malaysian Vocational Guidance Association (MAVOGA) (Ee Ah Meng, 1998). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling semakin meningkat apabila Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji dasar pelajaran meluluskan Perakuan 79 dan mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas 1

description

BIMBINGAN

Transcript of kkp BNK

Page 1: kkp BNK

PENGENALAN

Kaunseling merupakan satu perkhidmatan tolong bantu yang unik (Hackney, 2000).

Taylor (1994) berpendapat bahawa kaunseling bukanlah suatu perkhidmatan mewah yang

ditawarkan kepada individu yang bermasalah tetapi sebagai satu keperluan untuk

masyarakat yang sihat. Pate (2000) melihat kaunseling sebagai satu profesion yang

mengandungi deskripsi peranan, kod etika, garis panduan yang teratur, menekankan

kecekapan dan perlesenan serta persijilan kaunselor. Perkhidmatan kaunseling juga dilihat

sebagai satu perkhidmatan asas yang diperlukan oleh manusia dalam mencapai matlamat.

Perkhidmatan kaunseling banyak dibicarakan dalam masyarakat yang lebih maju kerana

semakin masyarakat itu maju, fungsi-fungsi individu dalam masyarat itu menjadi semakin

khusus. Hal ini dikukuhkan dengan pandangan Gladding (2000) yang mengatakan bahawa

kaunseling semakin maju kerana perkhidmatan ini dapat membantu individu yang

bermasalah dan kritikal. Kemajuan kaunseling juga diperakui oleh Schmidt (2003) apabila

kaunseling di sekolah-sekolah berkembang pesat dan penting pada abad ke-20.

Langkah positif kerajaan Malaysia memperkenalkan perkhidmatan ini di

sekolahsekolah menengah bermula dengan terbitnya Pekeliling 3/37 dalam tahun 1967 yang

meminta semua sekolah menengah melantik ‘Guru Kerjaya’. Guru-guru tersebut diberikan

kelonggaran waktu mengajar 25 waktu seminggu dan dikecualikan daripada memegang

jawatan bagi aktiviti kokurikulum di sekolah (Muhd Mansur, 1996). Pada tahun 70-an,

kaunseling di Malaysia telah berkembang pesat dengan tertubuhnya Malaysian Vocational

Guidance Association (MAVOGA) (Ee Ah Meng, 1998).

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling semakin meningkat apabila Laporan

Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji dasar pelajaran meluluskan Perakuan 79 dan

mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas bilangan 1/79. Surat pekeliling itu telah menggariskan

22 jenis tugas meliputi panduan pelajar, kerjaya dan peribadi yang perlu disempurnakan

oleh guru bimbingan dan kaunseling. Pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) telah menetapkan bahawa jumlah waktu mengajar guru-guru bimbingan dan

kaunseling ialah 12 waktu seminggu dan waktu-waktu lain tertumpu pada aktiviti-aktiviti

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Keperluan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling semakin meningkat apabila KPM telah menetapkan mulai 1996, guru bimbingan

dan kaunseling tidak perlu lagi mengajar (Lampiran A). Bertitik tolak dengan pemartabatan

profesion kaunseling, maka akauntabiliti guru bimbingan dan kaunseling terhadap sekolah,

ibu bapa dan masyarakat meningkat (Ee Ah Meng, 1998).

1

Page 2: kkp BNK

Menurut Marzita (2003), bebanan guru bimbingan dan kaunseling pada era kini

semakin bertambah ekoran daripada masalah-masalah runcing pelajar seperti isu samseng,

sumbang mahram, lumba haram, kegiatan penyalahgunaan dadah, membunuh dan merogol

di samping bebanan untuk menyediakan Laporan Adab Pelajar mulai tahun 2004 .

Pandangan ini dikukuhkan dengan pandangan Zasmani (2004), yang melihat fungsi

sesebuah sekolah terutama sekolah menengah tidak lengkap jika tidak wujud perkhidmatan

kaunseling di sekolah. Jangkaan dan harapan yang tinggi inilah yang memberi cabaran dan

tekanan kepada guru bimbingan dan kaunseling dalam melaksanakan tanggungjawab

mereka.

Walau bagaimanapun menurut Schmidt (2003) cabaran yang dihadapi oleh

kaunselor perlu ditangani melalui perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan. Selain

permasalahan pelajar, desakan daripada ibu bapa dan masyarakat yang sentiasa inginkan

keputusan cemerlang dalam pencapaian akademik tanpa sokongan padu kepada pihak

sekolah juga menggamit tekanan seorang guru bimbingan dan kaunseling. Desakan dan

bebanan ini menyebabkan guru bimbingan dan kaunseling bukan sahaja terpaksa

menghadapi bebanan kerja di sekolah, bahkan juga terpaksa menghadapi kritikan

masyarakat yang menempelak kegagalan guru bimbingan dan kaunseling dalam

membentuk akhlak pelajar (Zasmani, 2004 ). Keadaan ini menggambarkan harapan

masyarakat terhadap guru bimbingan dan kaunseling dalam membantu menangani

permasalahan pelajar. Hal ini selaras dengan pandangan Menteri Perpaduan Malaysia

1998, Datin Paduka Zaleha Ismail (Berita Harian, 3.1.98), yang mengatakan seorang

kaunselor umpama seorang doktor yang merawat pesakit.

Desakan dan bebanan yang dihadapi oleh kaunselor akan menimbulkan tekanan

yang boleh menjejaskan prestasi dan keterlibatan serta akauntabiliti dalam profesion

kaunseling. Lantaran itu, salah satu cara bagi mengatasi permasalahan guru bimbingan dan

kaunseling tersebut adalah melalui penyeliaan. Hal ini kerana sokongan moral dan emosi

daripada penyelia kepada kaunselor boleh didapati menerusi penyeliaan. Hal ini terbukti

dengan pandangan Pearson dan Quinn (2000), yang melihat penyeliaan diperlukan untuk

memberi sokongan kepada kaunselor supaya rasa lebih selamat dan selesa. Justeru,

penyeliaan perlu dilakukan bagi memantapkan profesion guru bimbingan dan kaunseling.

Bernard (2000) berpandangan penyeliaan adalah penting kepada kaunselor kerana

penyeliaan dapat membantu perkembangan seseorang kaunselor menerusi penilaian,

penggredan dan sokongan bagi memastikan seseorang kaunselor sekurang-kurangnya

mencapai tahap minima kecekapan yang ditentukan.

2

Page 3: kkp BNK

Pandangan ini terbukti dalam kajian Tan (1999) dan Sinat (2003) yang menunjukkan

bahawa guru bimbingan dan kaunseling memerlukan penyeliaan. Menurut Hawkins (1990),

penyeliaan bukan sahaja merupakan satu peluang untuk membentuk satu latihan

pendidikan dalam membantu pelatih untuk belajar malah untuk memperkembangkan

kerjaya. Sehubungan itu, aspek perkembangan kerjaya seseorang guru bimbingan dan

kaunseling juga perlu diambil kira dalam memartabatkan profesion kaunseling. Hal ini

dikukuhkan dengan kajian Robert, Etta, Borders dan DiAnne (1994) yang mendapati

kaunselor inginkan penyeliaan untuk membantu mereka mengembangkan

Struktur Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah

Sekolah merupakan pusat pembentukan akhlak dan sifat kemanusiaan secara

zahirnya seperti yang pernah dinyatakan oleh Hamka (1980) :

“ditempat menuntut ilmu itu adalah medan pembentukan ketamadunan, ilmu adalah satu

alat untuk memberikan struktur makna ketamadunan dan sifat manusiawi dalam diri individu

untuk saling berinteraksi dan menghargai kewujudan sesama manusia”

Maka seharusnya sekolah juga adalah pusat untuk membentuk serta menanam bibit

pernghargaan diri dan juga sifat menghargai makhluk ciptaan Allah S.W.T yang lain lebih-

lebih lagi menghargai sesama manusia. Namun tetap juga wujud persoalan tentang cara

atau mekanisme dalam mengimplimentasikan nilai-nilai tersebut, apakah dari proses

menuntut ilmu sahaja makan akan wujud dengan sendirinya satu nilai yang akan

mendatangkan keberhasilan dalam membentuk jati diri contohnya? maka pada hari

dinyatakan akta pendidikan 1996 ada menyebut bahawa salah satu fungsi pendidikan di

Malaysia adalah untuk membentuk sifat kendiri dan juga membina ketamadunan manusia

dalam melahirkan sebuah Negara bangsa. Didalam akta pendidikan 1996, muka surat 67

ada menyebut bahawa bidang bimbingan dan kaunseling adalah salah satu bahagian yang

perlu digembleng bersama bagi mengoptimumkan bimbingan dan kaunseling sebagai salah

satu mekanisme atau “tools” dalam memastikan wujud peningkatan sifat kendiri dan juga

pembinaan Negara bangsa itu secara tidak langsung.

Semasa menjalani praktikum selama 3 bulan di SK. (M) Bombalai, Tawau, Sabah. Secara

umunya sekolah ini mempunyai satu sistem bimbingan kaunseling yang sangat baik kerana

disekolah ini, saya dapat melihat bahawa guru bimbingan dan kaunseling telah Berjaya

memupuk satu budaya “kecemerlangan akademik didahulukan, kebitaraan sukan

diutamakan”, ini merupakan satu set budaya yang akhirnya menjadikan Sk.(M) Bombalai ini

3

Page 4: kkp BNK

sebagai sekolah nombor satu di Sabah dan juga merupakan sekolah yang mempunyai

kebitaraan dalam sukan sehingga mendapat gelaran anak angkat kepada Majlis Sukan

Negara (MSN). Meneruskan tugasan saya, saya telah menemu bual guru bimbingan dan

kaunseling untuk mengetahui lebih lanjut tentang struktur keseluruhan unit bimbingan dan

kaunseling Sk. (M) Bombalai.

4

Page 5: kkp BNK

a. Kelayakan Guru

`

Nama Rosdyansah Bin Muhamamad Jali

Tarikh Lahir 13 Mei 1978

No. Kad Pengenalan 780513-12-6157

Asal Sabah

Pendidikan i. SK. Batu Payung, Tawau (pendidikan rendah)

ii. SMK. Kinabutan, Tawau (pendidikan menengah)

iii. Diploma Psikologi, UiTM

iv. Ijazah Sarjana Muda Psikologi (B.hons)

v. Diploma Perguruan, Bimbingan & Kaunseling (KPLI)

Anugerah

Perkhidmatan

Cemerlang

i. 2008

ii. 2010

Lantikan sebagai

guru bimbingan dan

kaunseling sepenuh

masa

12. 1 . 2007

Secara ringkasnya, guru bimbingan dan kaunseling Sk. (M) Bombalai ini merupakan

seorang guru yang bertauliah dan mempunyai kelayakan serta kemahiran untuk

menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kaunseling kerana pada asasnya beliau

merupakan seorang yang mempunyai latar belakang psikologi dalam pendidikan tinggi

beliau. Beliau juga bertauliah untuk menajdi guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa

kerana telah menjalani latihan dalam bidang bimbingan dan kaunseling semasa dalam

pengajian untuk mendapatkan Diploma Perguruan bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

(KPLI) selama setahun 6 bulan.

Beliau juga menunjukkan prestasi yang baik apabila mendapat anugerah

perkhidmatan cemerlang sebanyak 2 kali sepanjang perkhidmatan beliau sebagai seorang

kaunselor sepenuh masa di Sekolah dan secara keseluruhannya telah Berjaya mengatasi

5

Page 6: kkp BNK

dan membentuk satu formula penyelesaiana masalah yang efektif dalam menangani

masalah murid-murid sekolah.

b. Keadaan Fizikal Bilik Bimbingan dan kaunseling

Secara umumnya bilik bimbingan dan kaunseling di SK. (M) Bombalai berada dalam

tahap yang memuaskan, namun terdapat beberapa perkara yang masih perlu untuk

ditambah baik. Menerusi temu bual saya secara terus bersama guru bimbingan dan

kaunseling, beliau ada menyatakan bahawa walaupun bilik bimbingan dan

kaunseling ini berada di tahap yang memuaskan, namun terdapat beberapa juga

kelemahan dan keperluan yang perlu ditambah baik bagi meningkatkan kesesuaian

dan keselesaan bilik tersebut.

Inventori sedia ada :

Inventori Jumlah

Meja 3

Almari 3

Kerusi 2 Set

Sofa 1 Set

Bahan / Risalah / Buku 14

Halangan-halangan yang dihadapi

- Keadaan bilik yang kurang kondusif.terutama dari aspek suhu kerana bilik ini

agak terpelosok sehiingga kurangnya dari aspek pencahayaan serta suhu

yang baik juga akibat kerosakan beberapa kipas.

- Peralatan yang tidak mencukupi seperti kipas dan juga meja untuk

melaksanakan perbincangan

- Kurangnya bahan rujukan terutamanya untuyk pembacaan murid-murid yang

berkunjung

Cadangan mengatasi halangan yang timbul

- Pengubahsuaian bilik kaunseling.

- Melengkapkan keperluan peralatan & menambah bahan rujukan.

6

Page 7: kkp BNK

c. Jenis perkhidmatan yang disediakan

Di Sk.(M) Bombalai, terdapat beberapa jenis perkhidmatan yang disediakan, menurut

guru Bimbingan kaunseling Sk. (M) Bombalai, perkhdimatan disediakan

kebiasaannya mengikut keperluan atau kes yang berlaku di sekolah. Dan

kebanyakan melibatkan kes-kes kecil sahaja. Berikut adalah antara jenis

perkhidmatan yang disediakan oleh beliau semasa berada di SK. (M) Bombalai :

1. PERKHIDMATAN KAUNSELING

a). Kaunseling individu atau kelompok.

pencapaian akademik yang tidak memuaskan.

rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.

kerjaya, pelajaran, dan peribadi :

o tidak turut serta dalam ko-kurikulum.

o masalah disiplin seperti ponteng, budaya berpeleseran, merokok,

bertumbuk, dan menggunakan dadah atau bahan inhalen

b). Kaunseling keluarga

Jika perlu dan jika guru bimbingan dan kaunseling boleh mengendalikannya .

c). Kaunseling tunjuk ajar

guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk mengajar perkara-

perkara berkait dengan penilaian diri, penjelasan nilai, kemahiran-kemahiran

berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan, dan menghindar

diri dari tercebur dalam pengguaan dadah dan inhalen.

2. PERKHIDMATAN BIMBINGAN

Bimbingan kelompok dan pengajaran iaitu bimbingan perkembangan yang

mengandungi aktiviti terancang dan tersusun yang menggalakkan

perkembangan konsep kendiri,kognitif-afektif,psikososial, fizikal, seksual dan

moral-agama pelajar atau mengenai topik tertentu dari masa ke semasa.

7

Page 8: kkp BNK

3. PERKHIDMATAN INVENTORI INDIVIDU DAN REKOD PELAJAR.

sistem fail

rekod penafsiran minat pelajar

mengawas corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling

memberi maklumat objektif mengenai pencapaian,kemajuan dan prestasi

pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan

Memberi penafsiran/kaji selidik untuk membantu pekembangan diri pelajar

4. PERKHIDMATAN MENGUMPUL DAN MEMBERI MAKLUMAT.

Mengumpul,menyedia dan menyebar maklumat berkaitan dengan:

pendidikan pencegahan dadah,AIDS,rokok dan inhalan

latihan dan kerjaya

sosial dan peribadi

5. PERKHIDMATAN PENEMPATAN

membantu memilih aktiviti ko-kurikulum.

penempatan pekerjaan

penempatan IPT dan IPTS

6. PERKHIDMATAN MENCEGAH PENGGUNAAN DADAH DAN INHALAN

memberi bimbingan dan kaunseling penyalahgunaan dadah

memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan

bantuan pemulihan dan rawatan

membuat penilaian dan memberi maklum balas tentang program

pencegahan penggunaan dadah.

·

7. PERKHIDMATAN RUNDINGCARA DAN RUJUKAN

membantu bekas pelajar

membantu dan berunding dengan pihak pentadbir dan staf sekolah

membantu ibu bapa atau penjaga tentang kebajikan pelajar

8

Page 9: kkp BNK

membuat rujukan ke doktor,pakar kanak-kanak,pakar jiwa,pegawai

kebajikan dan sebagainya.

8. PERKHIDMATAN KONFERENS DENGAN IBU BAPA

memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga berbincang dengan guru

bimbingan dan kaunseling sekolah tentang pendidikan, sosial, peribadi,

dan perkembangan kerjaya anak-anak mereka.

Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama-sama

mengawasi kemajuan pelajar

Mengadakan kaunseling keluarg jika didapati bahawa masalah yang

dihadapi oleh pelajar berpunca daripada keluarga

9 . PERKHIDMATAN PENILAIAN

membuat penilaian aktiviti bimbingan

menilai model atau modul bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah

10. SISTEM FAIL,REKOD DAN DOKUMENTASI

Menjalankankerja-kerja pentadbiran di bilik kaunseling,mengadakan sistem

fail,menyimpan rekod,pehubungan awam, surat-menyurat,pengelolaan

aktiviti,pengendalian bahan bercetak,penyediaan laporan aktiviti dan tugas

lain yang diarahkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Aktiviti,Pengetua,PPD

dan Kementerian

9

Page 10: kkp BNK

d. Kes-kes yang dirujuk

Bercerita mengenai kes-kes yang dirujuk kepada unit bimbingan dan kaunseling

SK.Bombalai, berdasarkan pemerhatian terhadap dokumen pelaporan dan juga hasil

temu bual bersama guru bimbingan kaunseling sendiri, SK. (M) Bombalai tidak

mempunyai masalah disiplin ataupun kes-kes yang kritikal, kebanyakan kes yang

dirujuk hanya kes sederhana dan purata berlakunya kes juga agak rendah iaitu

berdasarkan jadual purata yang ditunjukkan hanya 2 kes dalam tempoh masa 3

bulan.

Untuk sepanjang tempoh 2014 / 2015, berikut adalah kes-kes yang dilaporkan :

Bulan / Tahun 2014 2015

Januari i. Masalah

kehadiran

i. Masalah

kehadiran

Februari Tiada Kes i. Masalah

kehadiran

Mac Tiada Kes Tiada Kes

April i. Masalah

Keluarga

Mei i. Masalah

prestasi

Jun Tiada Kes

Julai i. Masalah

prestasi

Ogos Tiada Kes

September i. Masalah

Kehadiran

Oktober i. Masalah

prestasi

Secara keseluruhannya, kita dapat melihat bahawa masalah yang sering berlaku

lebih berkisar terhadap masalah seperti kehadiran murid ke sekolah, masalah

prestasi dan juga masalah kekeluargaan.

10

Page 11: kkp BNK

i. Masalah kehadiran

Sepanjang tahun 2014/2015, masalah kehadiran adalah masalah yang paling

kerap dilaporkan, selepas merujuk fail dan juga rekod oleh guru bimbingan

kaunseling, masalah kehadiran ini selalunya berpunca daripada faktor

keluarga yang kadang-kala tidak begitu menggalakkan anak mereka ke

sekolah sekiranya anak mereka itu diperlukan dalam pekerjaan tertentu

contohnya mengutip buah sawit, terdapat juga maslaah kehadiran

berpanjangan berpunca daripada kanak-kanak yang mempunyai taraf

kewarganegaraan asing seperti Indonesia, mereka terpaksa pulang ke

kampung di Negara asal mereka tanpa memaklumkan pihak sekolah yang

akhirnya menyebabkan pihak bimbingan kaunseling terpaksa megambil

tindakan namun kadang-kala tindakan tidak dapat diambil sehinggalah murid

tersebut kembali ke sekolah.

ii. Masalah Prestasi

Untuk tahun 2014/2015, masalah prestasi menjadi salah satu masalah utama

yang berlaku di SK. (M) Bombalai kerana menurut guru bimbingan kaunseling

itu sendiri, masalah ini terjadi akibat tekanan persekitaran sekolah cluster

yang memperlihatkan saingan begitu ketara dan hebat sehinggakan ada

pelajar yang berasa rendah diri apabila tidak ampu setara dari aspek

pencapaian akademik mahupun kokurikulum dengan pelajar yang lain

menyebabkan mereka ini “burn-out” tidak tidak mampu mencapai prestasi

yang lebih baik. Kes atau masalah prestasi ini kebiasaanya akan dirujuk terus

keapda guru kaunseling dan mengikut pola tahun sebelumnya, kes prestasi

ini mampu diatasi dalam trempoh kurfang dari 5 bulan.

iii. Masalah kekeluargaan

Sepanjang tempoh 2014/2015, hanya satu kes di rekod melibatkan

kekeluargaan iaitu masalah yang melibatkan penceraian ibubapa yang

akhirnya memberi tekanan kepada murid, dalam kes ini, murid itu sendiri

yang datang untuk merujuk guru kaunseling dan tindakan susulan yang

11

Page 12: kkp BNK

dilaksanakan tidak dimaklumkan oleh guru bimbingan dan kaunseling kepada

saya atas faktor prinsip kerahsiaan.

e. Program-program yang dirancang

BULAN/TARIKH

PERKARA PERSONALIA

 Januari          Mesyuarat UBK 1

         Minggu Promosi dan keceriaan

         Perjumpaan PRS 1

         Pengumpulan maklumat dan data

         Bimbingan kelompok dan Individu

         Pengurusan dan pentadbiran UBK (jadual waktu, kecerian dan Fail)

         Program memperkenalkan UBK (Semua Murid termasuk memberi ceramah kepada murid transisi tahun 1)

         Menyediakan Reachout

         Pembangunan diri (tahap 1)

         Kaunsultasi bersama ibubapa (tahap1)

         Peberan maklumat (Reachout)

Guru UBK

Guru Kelas

Maklumat Data

Guru Jadual waktu

 

 

Guru Besar

PK 1, PK HEM ICT

Guru-guru Tahap 1

Murid tahap 1

Ibu bapa tahap 1

Februari

Minggu 2 (Tahap 2)

         Kem Motivasi fasa 1 (Tahun  6

         Mesyuarat AJK

         Perjumpaan PRS 2

         Saya Remaja atau Kanak-kanak?

Bimbingan Individu  dan Kelompok 

         Akademik (Ceramah tahap 1)

         Kerjaya (Bimbingan Kelompok tahap 1)

         Ceramah program kursus kepimpinan (tahap 1)

         Konsultasi bersama ibubapa (murid LINUS & Pemulihan) 

 

Guru UBK

Guru-guru

Pentadbir

Murid tahap 2

 

 

Guru Kelas

Guru Pemulihan

12

Page 13: kkp BNK

ICT

Murid tahap 1Mac

Minggu 1

(Tahap 2)

 

        Saya pemimpin sekolah

         Perjumpaa PRS 3

Bimbingan Kelompok/Individu/mento mentee

 

         Psikososial dan kesejahteraan mental

         Pengurusan dan Pentadbiran (kecerian dan Fail)

         Kaunseling kelompok

         (Linus & Pemulihan)

 

 

Guru UBK

PK HEM

Murid tahap 2

 

Guru disiplin (tahap 1)

Penyelia petang

Guru kelas

 

 

April  

         Mari menonton Drama

         Perjumpaan PRS 4

         Seminar pengurusan diri & masa fasa 2 Tahun 4

Bimbingan Kelompok dan Individu

 

         Pendidikan Pencegahan : menjaga kesihatan diri (taklimat) tahap 1.

         Akademik (ceramah) tahap 1

         Ceramah mercy (NGO Bencana alam)

 

 

Pentadbir

Murid tahap 2

 

 

 

 

PK HEM

Guru-guru kelas tahap 1

PSK

Mei          Konsultasi bersama Ibubapa

         Bimbingan kelompok dan Individu

 

         Keibubapaan (Kaunsultasi dan penyebaran maklumat- Reachout)

         Hari Guru (Aktiviti meghargai jasa guru)

Guru UBK

 

 

Guru-guru kelas

Ibubapa

13

Page 14: kkp BNK

         Bimbingan individu/ kelompok

         Keibubapaan (Hari Ibu)

 

Semua murid

Jun

Minggu 3

(Tahap 2)

 

         Mesyauarat UBK 2

         Inventori  Belajar tahun 4

         Seminar motivasi fasa 2

 tahun 5

 

         Psikososial (Taklimat tahap 1)

         Keibubapaan(Taklimat tahap 1)

         Bimbingan individu/kelompok (Tahap 1 & 2)

 

 

Guru UBK

Guru Mata pelajaran

Murid tahap 2

 

Pk Hem

Guru Disiplin

Guru-guru kelas

Julai

Minggu 2

 

         Kem motivasi Fasa 3 tahun 6

         Mesyuarat AJK

Bimbingan kelompok dan Individu

 

         Akademik (Ceramah) Tahap 1

         Bimbingan individu / kelompok (Tahap 1 & 2)

 

Guru UBK

Guru-guru

Murid

 

Guru Linus

Guru Pemulihan

Linus/pemulihan dan murid kelas rajin

Ogos  

         Penghayatan nilai Bulan kemerdekaan

         Perjumpaan PRS 5

         Bimbingan kelompok dan Individu

         Pembangunan Diri Murid

         Penghayatan bulan merdeka

         Pertandingan tulisan cantik Hari Merdeka

 

Guru UBK

Guru PS/PSK

Murid  (Tahap 1 & 2)

Guru kelas

 

14

Page 15: kkp BNK

         Bimbingan individu/ kelompok (tahap 1 & 2)

 September  

         Selangkah Ke sekolah Menengah

         Ceramah khas ‘Rokok’

         Perjumpaan PRS 6

Bimbingan Kelompok dan Individu

 

         Kerjaya

         Akademik

         Bimbingan individu/ kelompok (Tahap 1 & 2)

 

 

Guru UBK

Guru Matapelajaran

Murid Tahap 1 & 2

 

 

Oktober  

         Penyediaan Takwim dan perancangan 2015

         Pendedahan Ujian inventori minat kerjaya

         Pendedahan Ujian inventori personaliti warna

Ceramah tajaan Biasiswa

         Pencegahaan Anti Dadah & Rokok

         Perayaan hari kanak-kanak (menghargai kebajikan kanak-kanak/pelajar meningkatkan keyakinan murid

 

 

Guru UBK

Pentabiran sekolah

Guru-guru

Murid Tahap 1 & 2

 

 

Nov  

         Mesyuarat UBK 3

         Kemaskini  fail inventori

         Penyiapan dokumentasi

         Penyiapan perancangan dan takwim 2016

         Penyediaan sijil penghargaan

Penyediaan borang  tajaan

 

 

Guru UBK

Pentadbir

 

 

 

 

 

15

Page 16: kkp BNK

         Kerjaya (pertandingan buku skrap tahap 1)

 

Murid tahap 1

f. Peniaian keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Dalam membuat penilaian terhadap keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling ini, pada pendapat saya ia tidak boleh hanya disandarkan kepada guru

bimbingan kaunseling itu semata-mata. Sebaliknya faktor dari pelbagai pihak dan

aspek juga memainkan peranan dalam menentukan keberkesanan perkhidmatan

bimbingan kaunseling disekolah. Secara peribadinya saya melihat perkhidmatan

bimbingan dan kaunseling di SK. (M) Bombalai telah mencapai tahap yang baik

kerana pembuktian melalui penyelesaian kes serta pencapaian dari segi akademik

dan juga kokurikulum hasil daripada rencana yang dilakukan oleh guru bimbingan

dan kaunseling memberikan say satu penanda aras yang sangat baik untuk

diteladani.

Kekuatan yang ada pada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling SK. (M) Bombalai

ini adalah teknik dan pendekatan yang digunakan oleh guru bimbingan dan

kaunseling iaitu pendekatan kekeluargaan dimana guru menganggap dirinya sebagai

bapa kepada murid menyebabkan murid sangat selesa malah ada yang sudi dating

ke unhit bimbingan dan kaunseling itu sendiri disamping perwatakan guru bimbingan

dan kaunseling yang begitu mesra keadpa pelajar telah mengurangkan satu jurang

yang biasanya ada pada guru dan murid. Pendekatan guru yang proaktif juga

menjadikan system perkhidmatan bimbingan dan kaunseling SK. (M) Bombalai

begitu efisyen seperti guru akan dating ke rumah murid yang bermasalah bagi

mendekatai dan memahami suasana dan juga situasi yang dialami oleh murid

disamping guru juga telah menyediakan pelan kontigensi dalam menghadapi

kemungkinan apabila satu usaha atau intervensi dijalankan.

Guru bimbingan kaunseling juga bijak merencana dan juga memikirkan pelan

penyelesaian serta memberi pelbagai pilihan dalam menyelesaikan masalah kerana

beliau menyatakan kepada saya bahawa dalam membantu menyelesaikan masalah

orang lain, kita harus memberikan beberapa cara dan tidak hanya bertumpu lalu

memaksa individu yang bermasalah itu mengikut cara kita, disamping itu, salah satu

kunci kepada kejayaan guru bimbingan dan kaunseling SK. (M) Bombalai juga

16

Page 17: kkp BNK

adalah sikap professional beliau yang berpegang teguh kepada etika sebagai

seorang kaunselor. Antara faktor lain yang menyumbang kepada keberhasilan dan

kejayaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ini adalah sekongan

dari kakitang guru dan juga pihak pentadbir yang sedaya upaya membantu

meningkatkan dan mengotimumkan keperluan bagi unit bimbingan dan kaunseling.

Guru-guru SK. (M). Bomabalai juga sudi melaksanakan dialog prestasi bersama guru

bimbingan dan kaunseling bagi membincangkan isu berkaitan pembangunan

akademik murid disamping wujudnya pelaksanaan seperti headcount dan

sebagainya.

Jika disusuri disetiap jalur dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang

dijalankan, pasti terdapat juga kelemahan dan kekurangan yang memerlukan

penambahbaikan namun untuk SK. (M) Bombalai, kekurangan itu tidak begitu ketara

sehingga mampu menjejaskan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, kekurangan

hanya dilihat dari aspek fizikal bilik bimbingan dan kaunseling yang agak kurang dan

bagi saya boleh menjejaskan sedikit proses perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

kerana sebagai seorang bakal guru yang berpegang pada prinsip Thorhndike (1956)

yang menyatakan bahawa persekitaran memberi kesan terhadap emosi, maka saya

lihat hanya aspek itu sahajalah yang perlu ditambah baik dan saya yakin

perkhdimatan SK. (M) Bomabali yang sudah sememangnya mantap akan menjadi

lebih jitu dan mampu memberikan manfaat yang banyak kepada semua murid.

g. Cabaran guru bimbingan dan kaunseling

17

Page 18: kkp BNK

Daripada pelaksanaan temubual bersama guru bimbingan dan kaunseling, dalam

aspek cabaran, beliau berpendapat sebagai kaunselor seharusnya mengambil tahu

masalah-masalah yang mungkin dihadapi yang menghalang perlaksanaan

Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Walaupun dipercayai guru yang

dipertanggungjawabkan sebagai guru bimbingan atau kaunselor mampu

menjalankan tugas dengan baik, tidaklah dapat dinafikan kaunselor akan

menghadapi pelbagai rintangan dalam melaksanakan tugasnya. Mengenalpasti

masalah yang bakal dihadapi dapat membantu saya sebagai kaunselor menghadapi

rintangan dengan mudah supaya segala perancangan yang dicadangkan dapat

berjalan dengan lancar. Antara masalah yang dihadapi bagi menjalankan program

kaunseling di sekolah menengah:

Proses perlantikan.

Pada peringkat awal dahulu kuasa melantik guru bimbingan adalah di tangan

pengetua sepenuhnya. Sekarang ini kaunselor adalah terdiri dari guru-guru terlatih

dalam bidang kaunseling. Ia merupakan jawatan pangkat yang dibayar elaun.

Namun demikian jawatan kaunselor sepenuh masa ini, tidak dapat dipenuhi di

semua sekolah menengah. Jadi kaunselor terlantik atas budi bicara pengetua.

Adakalanya terdapat guru yang tidak berminat dengan jawatan kaunselor dan

menganggap ia sebagai satu bebanan. Ini menjadikan proses bimbingan dan

kanseling tidak dapat berfungsi dengan baik. Guru-guru bimbingan yang membantu

kaunselor juga terdiri dari guru yang tidak terlatih untuk memainkan peranan sebagai

kanselor. Jadi mereka menganggap ia merupakan beban tugas kepada mereka,

menjadikan tugas yang sepatutnya membantu tidak dilakukan.

Guru Berpengalaman.

Holden (1971) mencadangkan pengalaman mengajar harus diambil kira apabila

seseorang guru itu hendak dilantik sebagai kaunselor. Lima tahun pengalaman

mengajar merupakan satu cadangan yang baik, kecuali guru itu menunjukkan ciri-ciri

personaliti yang istimewa dan mempunyai kualiti yang jelas boleh menjadi guru

bimbingan yang baik. Masalahnya terdapat sekolah yang memberi tugas guru

bimbingan yang membantu kaunselor adalah guru-guru baru. Jadi kaunselor agak

bermasalah untuk melantik guru-guru pembantu menyelesaikan masalah pelajar.

Latihan Profesional.

18

Page 19: kkp BNK

Latihan profesional yang berkaitan seperti latihan dalam bimbingan dan kaunseling,

komunikasi atau psikologi adalah merupakan asas yang penting untuk memilih guru

bimbingan. Ada antara pengetua yang percaya bahawa guru-guru yang berminat

boleh dilantik dahulu, kemudian barulah diberi latihan, tetapi latihan mesti ada (Mizan

1987). Jadi guru bimbingan atau pembantu kaunselor sepatutnya mendapat latihan

juga. Kaunselor hanya mampu memberi kursus dalaman, ini tidak mencukupi kepada

guru-guru pembantu untuk bertindak memberi perkhidmatan kaunseling.

Umur Kaunselor.

Ada berbagai-bagai pendapat tentang umur yang sesuai untuk menjadi kaunselor.

Mizan (1987) mendapati guru besar sekolah bandar merasakan guru-guru muda dan

cergas adalah lebih sesuai untuk menjadi kaunselor. Ini adalah kerana kurangnya

jarak umur antara kaunselor dengan pelajar. Keadaan ini membolehkan kaunselor

memahami pelajar dengan lebih baik dan mengurangkan jurang antara generasi. Hal

ini akan lebih menimbulkan rasa empati, jika jarak umur jauh guru hilang rasa empati

kerana rasa ketinggalan dengan dunia remaja ini. Guru besar sekolah luar bandar

pula merasakan guru dewasa adalah lebih baik dilantik menjadi kaunselor kerana ia

dapat mengganti “bapa atau ibu” yang diprlukan oleh pelajar. Masalahnya pula akan

menjadi penghalang bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dengan ibu bapa

mereka sendiri. Keadaan persamaan lingkungan umur antara kaunselor dengan ibu

bapa menjadikan berlaku satu reaksi emosi pelajar seolah-olah terasa kaunselor

sebagai ibu bapa yang sedang mereka tentang, timbulkan perasaan menolak

kaunselor itu.

Etnik.

Kumpulan etnik juga harus diambil kira. Walaupun kita telah merdeka lebih 40 tahun,

keutuhan budaya bagi setiap etnik itu masih kekal. Banyak perkara yang berlaku

dalam kumpulan etnik itu tidak difahami oleh kumpulan etnik yang lain. Oleh itu bagi

sekolah-sekolah yang mempunyai pelbagai kaum/etnik, guru-guru pembantu

kaunselor yang dilantik haruslah dari ketiga-tiga kumpulan etnik yang besar ini.

Perbezaan etnik antara kaunselor dengan pelajar akan menimbulkan masalah

perbezaan ruang rujuk yang akan menjejaskan kefahaman dan kurangnya rasa

empati di kalangan kaunselor dan pelajar.

Jantina.

19

Page 20: kkp BNK

Walaupun bagi kebanyakan pelajar, jantina guru jarang dipersoalkan. Tetapi, dalam

budaya kita, faktor ini harus diambil kira juga. Contohnya, bagi pelajar perempuan

terdapat perkara yang agak sulit yang hanya selesa dibincangkan dengan guru

perempuan sahaja; begitu juga sebaliknya dengan pelajar lelaki.

Pelajar tidak mengunjungi kaunselor.

Pelajar menganggap kaunselor seperti guru-guru lain. Pelajar sering menganggap

guru sering mencari kesalahan atau orang yang perlu dihormati. Jadi mereka tidak

mahu pergi ke bilik kaunseling atau berjumpa dengan kaunselor. Kaunselor

semestinya mempunyai sikap yang mesra dengan pelajar dan sering mengambil

peluang menjelaskan kepada pelajar semasa perhimpunan mingguan mengenai

perkhidmatan yang disediakan oleh kaunselor. Kaunselor semestinya merancangkan

supaya dirinya dan bilik kaunsleng suatu tempat yang mesra dan mudah bagi

pelajar. Jika tidak pelajar tetap tidak melayani perkhimatan yang diberikan.

Itu adalah serba sedikit masalah atau cabaran yang dinyatakan oleh guru bimbingan

dan kaunseling daripada pengalaman beliau yang sudah hampir 7 tahun menjadi

guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa.

20

Page 21: kkp BNK

REFLEKSI

Kesimpulannya, semasa melaksanakan kerja kursus ini, terdapat pelbagai ilmu

baharu yang telah saya perolehi apatah lagi saya ini merupakan bakal guru Pendidikan

Jasmani yang sentiasa berhadapan dengan murid yang mempunyai masalah dari aspek

disiplin ketika melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Sepanjang melaksanakan kerja kursus ini,

terdapat beberapa perkara yang boleh saya jadikan pengajaran antaranya semasa sesi

temu bual yang lalu, saya mempelajari bahawa perlunya wujud sikap proaktif dalam

melaksanakan tugasan kerana niat kita adalah untuk memberikan yang terbaik kepada

murid.

Disamping itu terdapat perkara yang begitu saya kagumi iaitu sikap guru yang tidak

berkira dari aspek masa mahupun kewangan, dalam menyelesaiakan atau memenuhi

keperluan murid, guru bimbingan dan kaunseling tidak kisah sekiranya harus mengorbankan

wang mahupun masa untuk mencapai sasaran yang telah diberikan kepada murid.

Disamping pengurusan masa juga penting untuk seorang guru bimbingan dan kaunseling

kerana masa adalah kunci penentuan kejayaan di setiap rencana mahupun intervensi yang

dijalankan.

Sepanjang mencari maklumat untuk kerja kursus ini, saya melihat bahawa untuk

menjadi seorang guru yang baik, harus ada keikhlasan serta kecintaan yang mendalam

terhadap apa yang kita laksanakan berpaksikan niat segala yang kita lakukan, nilai-nilai

murni yang saya perolehi sepanjang melaksanakan kerja kursus ini benar-benar mampu

menjadi sebagai “kompas” untuk saya dalam melayari alam sebagai guru yang sebenar

kelak. Disamping itu terdapat beberapa perkara yang saya pelajari untuk bimbingan dan

kaunseling ini adalah bagaimana kita harus memahami dan menghormati etika dalam

bimbingan dan kaunseling, seorang guru itu harus mengikut ketetapan prosedur dalam

melaksanakan kerja dan tidak sesekali melanggarnya kerana dalam aspek bimbingan

kaunseling ini, modalnya adalah sifat “amanah”.

Kekangan yang terpaksa saya hadapi adalah masa, didalam pelbagai kesibukan

termasuklah kesibukan menjalani praktikum dan menyiapkan kajian tindakan, saya perlu

mencuri masa untuk menyiapkan kerja kursus dan mendapatkan maklumat, kekangan masa

ini begitu ketara apabila guru bimbingan dan kaunseling juga mempunyai masa terhad dan

saya terpaksa membuat pembahagiaan masa sesuai untuk mendapatkan maklumat secara

berperingkat-peringkat. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya telah berbincang dengan

guru terlibat dan cuba mencari kesesuaian masa termasuklah mencuri sedikit masa beliau

sebelum sesudah tamat sesi persekolahan, saya begitu berterima kasih kepada beliau

kerana sudi meluangkan sedikit masa bagi melaksanakan sesi temu bual ringkas. Beliau

21

Page 22: kkp BNK

juga turut memberi kebenaran keapda saya untuk melihat beberapa fail yang telah

disediakan namun atas etika sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling, saya tidak

dibenarkan untuk melihat fail individu. Harapan saya semoga dengan terlaksananya kerja

kursus ini bukan hanya memberikan saya satu ilmu baharu, malah yang saya harapkan

adalah ianya mampu memberikan saya keyakinan dalam menjadi guru sebenar kelak, dan

saya yakin dengan posisi saya sebagai seorang guru pemulihan, saya bakal berdepan

dengan kebanyakan masalah murid dan perlunya satu integrase ilmu dari unit bimbingan

dan kaunseling untuk persediaan saya menghadapi pelbagai kemungkinan apabila bergelar

guru kelak.

Tidak hanya berkisar kepada kerjaya, harapan saya juga semoga ilmu yang saya

perolehi ini mampu unutk menjadikan saya bukan sahaj sebagai guru, tetapi sebagai

seorang manusia yang mampu membantu dan memberikan pilihan penyelesaian masalah

apabila berhadapan dengan masalah dalam kalangan masyrakat umum malah berguna

untuk diri saya sendiri dalam menghadapi masalah peribadi dan tekanan dalam diri.

22

Page 23: kkp BNK

Bibliografi

1. Crow L.D. dan Crow. A., ( 1960 ). An Introduction to Guidance, New York: American

Book

2. Ee Ah Meng ( 2003 ). Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

3. Mizan ( 1987 ). Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontempoarri, McGraw Hill, Malaysia.

4. Thorndike ( 1956 ). Fundamentals Of Counseling. Boston: Hughton Mifflin Company.

5. Tang Chee Yee. ( 1996 ). Bimbingan dan Kaunseling. Kumpulan Budiman Sdn .

6. Othman Mohamed , ( 2000 ). Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur:

7. Amir Awang (1987). Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang: UMS

8. Gazda,G.M., Asbury,F.R., Balzer, F.J., Childers, W.C., & Walters, R.P (1977). Human

relations development: A manual for educators (2nd ed). Boston: Allyn & Bacon.

9. Ishammuddin Hj. Ismail (1999). Panduan Asas Kaunselor Muslim. Kuala Lumpur. Aras

Mega (M). Sdn. Bhd.

10. Jones, R.N (2004). Practical Counselling and helping skills . Sage Publications. London

11. Patterson, C.H. (1973). Theories of counseling and Psychotherapy (2nd ed). New York:

Harper & Row. Pub.

12. Wolberg, L.R. (1954). The technique of psychotherapy. American Journal of

psychotherapy. 4, 525-558.

23