Kkp Kumpulan

download Kkp Kumpulan

of 5

description

bn

Transcript of Kkp Kumpulan

ISI KANDUNGANPERKARAMUKA SURAT

BIODATA

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

TAJUK LAGU VIDEO MAPLE LEAF RAG

ASPEK YANG DI ANALISIS MELODI IRAMA TEMPO HARMONI TEKSTUR DINAMIK PERUBAHAN DINAMIK PENJARIAN POSTUR BENTUK WARNA TON EKSPRESI TEKNIK PERSEMBAHAN

RUMUSAN

Melodi Dalam lagu Maple Leaf Rag yang telah dimainkan oleh kedua-dua pemain piano tersebut menggunakan pic rendah, sederhana dan semakin tinggi. Ketika permulaan, pemain piano yang berbaju hitam memulakan dengan pic yang rendah kemudian dituruti oleh berbaju hita, yang yang semakin tinggi. Apabila melihat jeda yang digunakan dalam lagu dimainkan oleh kedua-dua pemain tersebut, pic pada melodi bergerak secara bertangga dan kebanyakan secara melompat. Situsai ini dapat dilihat dalam pergerakan jari pemain piano yang mana jari digerakan atau betukar-tukar not pada jarak antara dua not ataupun ukuran jeda dalam lagu ialah semiton. Kemudian, pic yang dimainkan telah diulang-ulang dalam lagu iaitu mempunyai unsur turun naik jeda atau semiton yang digunakan.Irama Irama muzik mempunyai rentak yang merangkumi bunyi pendek rehat dalam permainan piano lagu Maple Lear Rag ini. Ini dapat jelas dilihat pada permulaan apabila pemain pertama iaitu baju berwarna hitam menggunakan rentak perlahan dengan menggunakan not-not pendek daripada not-not krocet, seterusnya kuaver dan semikuaver. Not-not yang mempunyai nilai panjang tidak digunakan dalam lagu ini, contoh not panjang ialah minim dan semibrif. Melalui analisis kami, kami telah mendapati terdapat tekanan(accent) yang digunakan pada not ketika bermain. Maksud tekanan ialah, sesuatu not itu dimainkan lebih kuat sedikit daripada detik atau not yang lain. sebagai contoh tekanan yang dingunakan ialah staccato. Staccato bermaksud ton yang pendek dan terputus-putus. Staccato jelas didengar pada awal permainan lagu. Bentuk Selepas mendengar lagu Maple Leaf Rag yang dimainkan oleh kedua-dua perempuan tersebut, terdapat bentuk pengulangan melodi yang dimainkan dalam satu bar dan bar yang lain. Pengulangan ini berlaku jelas apabila pemain yang pertam telah memainkan melodi yang pertama telah dimainkan semula oleh pemain kedua pada pertengahan lagu ini. Tekstur Unsur muzik yang kami dengar berdasarkan lagu yang telah dimainkan mempunyai kombinasi dan gabungan bunyi berbentuk nipis dan tebal. Bunyi nipis dalam muzik lagu ini ialah muzik atau melodi semasa permulaan lagu dimainkan iiaitu secara solo. Sebagai contoh kita dapat lihat dalam video semasa permulaan hanya seorang sahaja memulakan dahulu melodinya. Kemudian bentuk tebal bermaksud lapisan-lapisan muzik dimainkan secara duet. Hasil muzik dalam lagu Maple leaf Rag mempunyai lapisan melodi mengikut tingkat pic dan not yang dimainkan kedua-dua pemain tersebut. Kami telah mendapati tekstur homofoni digunakan yang mana terdapat iringan dan penjarian tangan memainkan melodi lagu tersebut. Muzik yang kami dengar berdasarkan lagu yang dimainkan oleh kedua-dua pemain mempunyai dua indentiti yang tersendiri. Hal ini jelas, sebab berlaku apabila lapisan bunyi dan melodi yang didengar ketika secara dimainkan tidak serentak menampakkan tekstur apabila dimainkan secara duet. Tekstur yang dijelaskan itu bersifat polifoniHarmoni Dalam lagu ini, pemain telah menggunakan not-not yang sama secara serentak tetapi pic atau ton yang berbeza. Selain itu, Iringan kord dan rangkaian melodi yang berbeza telah lebih jelas menampakkan harmoni lagu ini. Sebagai contoh dalam iringan kord, selalunya pemain akan menggunakan triad dalam penjarian kord ini. Pergerakan satu kord ke kord yang satu lagi di akhir frasa dipanggil kaden. Dinamik Unsur dinamik yang sangat ketara dalam permainan muzik ini adalah mezzo forte(mf) yang berunsur sederhana kuat dan forte (f) yang bermaksud kuat. Oleh itu, melalui dinamik muzik ini kami dapat mengenal dinamik ini terhasil atas mempunyai unsur yang gembira dan tenang dalam penyampaian dan penerimaan ekspresi orang.Perubahan dinamik Perubahan dinamik dapat dinilai dari awal permainan, pertengahan dan akhir permainan. Perubahan dinamik berlaku pada awal ke pertengahan dengan beransur kuat ataupun crescendo. Manakala pertengahan hingga akhir ia beransur lembut. Perubahan dinamik ini telah menampakkan harmoni sesuatu muzik yang berkualiti.

Warna ton Warna ton bermaksud bunyi-bunyian yang dihasilkan daripada sumber yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Permainan lagu dalam piano ini telah menghasilkan kualiti bunyi dari segi kelembutan, rendah dan tinggi ton yang dimainkan agak konsisten. Malah penggunaan alat muzik instrument berpic seperti piano sudah tentu kualiti melodi bunyi lagu ini sangat berkualiti. Jenis atai klasifikasi alat muzik piano ini tergolong dalam kordofon.Ekspresi Berdasarkan video ini ekspresi yang kita dengar adalah gembira dan tenang. Dinamik bunyi yang terhasil dalam ekspresi muzik ini ialah mezzo forte(mf) yang bermaksud dinamik yang kuat atau sinonim dengan gembira. Apabila kami lihat pemain piano tersebut mereka berasa tenang dan gembira apabila memainkan muzik tersebut begitu juga para pendengar muzik piano Maple Leaf Rag. Pada awal permainan muzik, kelihatan lembut sedikit yang mana dapat merangsang pemain dan pendengar untuk menghayati muzik ini. Manakala, ketika pertengahan, unsur muzik semakin bertambah bertenaga dan cepat seperti menunjukkan eksperesi yang gembira iaitu energico dan piacevole. Di bahagian akhir pula, muzik beransur lembut yang menandakan tranquillo yang bermaksud tenang, suasana yang aman damai dan tenteram. Tempo Tempoyan g digunakan oleh kedua-dua pemain ini tidak sama. Pemain yang pertama ialah yang berbaju hitam telah memulakan tempo dari adagio yang mana perlahan kemudian menggunakan tempo moderato pada pertengahan yang bermaksud tempo muzik yang sederhana. Manakala di penghujung lagu pemain pertama kembali menggunakan yang permulaan iaiti adagio. Pemain kedua pula yang berbaju putih memulakan permainan piano dengan tempo muzik moderato iaitu sederhana. Kemudia pada pertengahan ia menggunakan tempo allegro iaitu rancak dan laju. Manakala pada akhir ia menggunakan kembali tempo moderato kembali. Penjarian Kedua-dua pemain piano tidak mempunyai masalah dalam penjarian. Pemain tersebut amat berbakat dan koordinasi tangan dan mata adalah antara faktor utama mereka berjaya bermain piano dengan baik. Ketangkasan tangan mereka semasa bermain kord dan melodi penyumbang utama mereka dapat memainkan muzik dengan mudah. Tetapi pemain kedua iaitu berbaju putih asyik menurunkan tangan sebelah apabila tidak melakukan penjarian permainan kibod. Penjarian kedua-dua pemain piano yang lancer telah menghasilkan bunyi yang baik sepanjang bermain.Postur Postur kedua-dua pemain semasa bermain adalah betul. Hal ini dapat kita lihat badan mereka yang tegak tidak membonggokkan badan ketika bermain. Selain itu, postur tangan betul ketika bermain juga antara faktor yang kejayaan kedua-dua pemain dapat berkombinasi dengan seimbang. Tetapi satu perkara yang hendak diperbaiki aitu kedua-dua pemain harus mengambil jarak agar tidak berlaku persentuhan tangan dalam bermain. Seperti dalam video terdapat aksi yang mana tangan pemain pertama dan kedua bersentuhan. Hal ini disebabkan jarak tempat duduk mereka sangat rapat.Teknik persembahan Persembahan mereka telah mengikut peraturan dengan baik. Kita boleh lihat dari mula, sebelum memulakan persembahan atau permainan pemain tersebut menyampaikan kata-kata apa yang mereka ingin persembahan. Kemudia mereka melangkah ke tempat duduk permainan piano dengan sama-sama.