KKP PKK

32
1 1.0 PENDAHULUAN Perkembangan menurut Santrock (2008) ialah sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan hingga ke akhir hayat. Perkembangan ialah kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi ianya dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada yang lama. Manakala menurut Suppiah et.al (2008) perkembangan ialah satu perubahan kualitatif yang berlaku secara mendadak. Agak sukar untuk diukur dan diramalkan dan berlaku pada kanak-kanak seperti penggunaan kata-kata atau bahasa, penguasaan perbendaharaan kata yang bertambah dari semasa ke semasa akibat daripada faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia. Asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dipengaruhi oleh aspek perkembangan fizikal. Menurut Woofolk& Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, kekuatan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya. Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks yang lain Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah lebih stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Selain itu juga, pertumbuhan dan

description

KKP PKK

Transcript of KKP PKK

Page 1: KKP PKK

1

1.0 PENDAHULUAN

Perkembangan menurut Santrock (2008) ialah sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif

dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan hingga ke akhir hayat.

Perkembangan ialah kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi ianya dapat dilihat

daripada sifat baru yang berlainan daripada yang lama.

Manakala menurut Suppiah et.al (2008) perkembangan ialah satu perubahan kualitatif yang

berlaku secara mendadak. Agak sukar untuk diukur dan diramalkan dan berlaku pada kanak-kanak

seperti penggunaan kata-kata atau bahasa, penguasaan perbendaharaan kata yang bertambah dari

semasa ke semasa akibat daripada faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia.

Asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dipengaruhi oleh aspek perkembangan

fizikal. Menurut Woofolk& Margetts (2007), perkembangan fizikal adalah merujuk kepada perubahan

saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan

perawakan manusia. Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi

ketinggian, berat badan, kekuatan dan keupayaan untuk melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang

lebih kompleks. Perkembangan fizikal ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-

kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti berjalan,

berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya.

Selain itu, perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan

dan pendengaran. Semasa perkembangan, kanak-kanak akan mengalami perubahan dari segi

ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang

lebih kompleks yang lain Pada peringkat kanak-kanak, kadar pertumbuhan dan perkembangan pada

peringkat ini adalah lebih stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat

sebelum ini. Selain itu juga, pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih kepada

bercorakkan penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak bukan satu proses yang terhenti pada satu tahap

sahaja. Ia merupakan satu proses pertumbuhan secara berterusan dari peringkat ke peringkat untuk

mencapai tahap kematangan bermula dari awal kelahiran dan asas perkembangan dan

pertumbuhan seseorang manusia pula ialah perkembangan fizikal yang melibatkan tubuh badan dan

pergerakan.

Page 2: KKP PKK

2

2.0 LAPORAN KAJIAN

2.1 PENGENALAN

Perkembangan motor kasar ialah perkembangan kemahiran yang membantu seseorang

individu untuk bergerak di sekelilingnya. Contoh, merangkak, berdiri, berjalan, melompat dan

mengensot.Kanak-kanak yang sedang membesar, misalnya seawal umur 3 tahun perlu diberi aktiviti

yang dapat menggunakan otot dan anggota badan mereka. Aktiviti ini akan dapat menggalakkan

pembinaan kekuatan otot, keseimbangan, dan sokongan tubuh badan kanak-kanak. Selain itu,

aktiviti ini juga akan merangsang keyakinan diri kanak-kanak. Aktiviti seperti berbaring, meniarap,

berguling dan merangkak merupakan aktiviti yang baik untuk perkembangan motor kasar kanak-

kanak ini ( Doherty & Brennan, 2008). Kemahiran motor kasar pada tangan melibatkan kebolehan

kanak-kanak untuk berpaut dan memegang dengan stabil. Kanak-kanak juga akan cuba untuk

memijak secara tetap. Aktiviti ini akan menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga

akan cuba menggunakan bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk memastikan

mereka dapat memanjat. Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan

kemahiran mereka untuk mengawal keseimbangan badan. Aktiviti seperti ini membolehkan kanak-

kanak menggunakan bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka

juga akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di atas palang, atau

semasa memanjat. Menurut Horvat et.al. (2007) kebolehan motor termasuk keseimbangan, kawalan

postur badan, agility, koordinasi badan, koordinasi mata-anggota badan, dan kekuatan dan

kelenturan yang diperlukan untuk menunjukkan kebolehan motor anggota bdan.

Manakala perkembangan motor halus pula ialah perkembangan kemahiran kanak-kanak yang

melibatkan otot dan jari serta koordinasi mata dan tangan. Ia mempunyai hubungan yang rapat

dengan lain-lain perkembangan kanak-kanak. Sepertimana yang telah dikatakan oleh Hopkins &

Butterworth (1997), Thelen & Smith (1998), Perkembangan motor kasar dan halus merangkumi

kawalan pergerakan yang membantu seseorang itu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran

dan memerlukan koordinasi pergerakan kompleks dengan keupayaan berbeza disatukan, setiap

kemahiran bekerjasama antara satu dengan yang lain untuk mengawal persekitarannya secara

berkesan.

Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan ini memerlukan

kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan dan kaki. Misalnya

kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan gengaman. Malahan aktiviti

seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat mengembangkan motor halus kanak-

kanak tersebut.

Page 3: KKP PKK

3

Oleh itu kami telah menjalankan satu kajian untuk membandingkan perkembangan fizikal yang

berlaku ke atas dua orang kanak–kanak yang telah dipilih bertujuan untuk mengetahui keselarian

perkembangan fizikal mengikut teori-teori perkembangan fizikal yang telah kami pelajari. Oleh itu,

kami telah memilih dua orang pelajar tadika yang berada di dalam IPG Kampus Pendidikan Islam

iaitu Tadika Halimatus Saadiah.

Kami telah memilih seorang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki sebagai responden

bagi menjayakan kajian ini. Dalam kajian ini, kami lebih menumpukan kepada perkembangan fizikal

dari aspek perkembangan motor halus dan juga motor kasar ke atas dua responden ini.

2.2 ANALISIS DATA

Nama : Mohammad Aidil Syakirin bin Lailani

Umur : 6 tahun

Jantina : Lelaki

Berat : 17 kg

Ketinggian : 110 cm

Nama : Siti Nurfarhanah binti Mohd. Farzei

Umur : 6 tahun

Jantina : Perempuan

Berat : 15 kg

Ketinggian : 113 cm

Terdapat perbezaan di antara dua responden di atas berdasarkan data yang telah kami kaji.

Perbezaan yang jelas kelihatan ialah perbezaan ketinggian mereka walaupun pada hakikatnya

mereka ini berumur 6tahun. Siti Nurfarhanah binti Mohd. Farzei mempunyai ketinggian 113cm lebih

Page 4: KKP PKK

4

tinggi berbanding adik Mohammad Aidil Syakirin bin Lailani yang hanya memiliki ketinggian 110cm

pada peringkat ini. Manakala perbezaan yang kedua ialah perbezaan dari aspek berat badan. Siti

Nurfarhanah binti Mohd. Farzei memiliki berat badan 15kg. Manakala memiliki berat badan 17kg.

Hasil daripada kajian kami berkaitan dengan latar belakang kedua responden ini, kami

mendapati bahawa mereka berdua menetap di tempat dan persekitaran yang berbeza. Oleh sebab

itu, kami membuat kesimpulan bahawa perbezaan perkembangan kedua responden ini dipengaruhi

oleh beberapa faktor seperti yang terdapat dalam teori-teori perkembangan fizikal kanak-kanak.

Faktor pertama yang kami rasakan mempengaruhi perkembangan kedua pelajar ini ialah faktor

baka. Menurut Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008) dalam buku

‘Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat

Tahun”, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa

kepada anak- anak mereka seperti yang dikatakan oleh R. Hilgard. Amran Schienfed mengatakan

bahawa baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan ahli

dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan kawalan emosi.

Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai perkembangan manusia dan akan

memberikan sifat unik bagi setiap individu. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental.

Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak

pandai. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890),

Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek

yang berbeza. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu

mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka merupakan salah satu

faktor yang menyebabkan perbezaan kadar perkembangan fizikal manusia.

Seterusnya faktor yang kedua ialah faktor persekitaran. Faktor ini merujuk kepada keadaan

semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas

lahir. Pengalaman sebelum lahir merangkumi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu,

rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Faktor-faktor selepas kelahiran pula adalah

dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan, sekolah,

masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua perkara ini akan mempengaruhi

perkembangan seseorang manusia.

Oleh itu, kami berpendapat bahawa dua faktor di atas yang telah mempengaruhi perkembangan

kedua responden ini sehingga menyebabkan terdapat perbezaan dari aspek ketinggian dan juga

berat badan mereka.

Page 5: KKP PKK

5

2.3 INSTRUMEN KAJIAN

1. Penimbang Berat Badan

2. Pita Ukur (Ukur Ketinggian)

Page 6: KKP PKK

6

3. Permainan Lego

4. Bikar Air

Page 7: KKP PKK

7

2.4 HASIL KAJIAN

PERKEMBANGAN MOTOR KASAR

BIL UJIANResponden 1 :

AIDIL

Responden 2:

FARHANAH

1.Berlari dengan laju

tanpa jatuh

Dapat belari dengan baik

tanpa terjatuh.

Dapat belari dengan baik

tanpa terjatuh

2. Menendang bola.

Dapat menendang bola

menepati sasaran

sebanyak 3 kali.

Dapat menendang bola

menepati sasaran

sebanyak 2 kali mankala

satu tendangan tidak

menepati sasaran.

3.Berjalan dalam garis

lurus

Dapat berjalan dalam

garisan lurus.

Dapat berjalan dalam

garisan lurus.

4.

Membaling bola secara

bertujuan sambil

mengerakkan badan

Dapat membaling bola

menepati sasaran dengan

cubaan 2 kali.

Dapat membaling bola

menepati sasaran

dengan cubaan 4 kali.

5.Berlari dengan lebih

lancar

Dapat berlari dengan lebih

lancar.

Dapat berlari tetapi tidak

lancar.

6.

Melompat dengan

menggunakan kaki

secara berselang seli.

Dapat melompat dengan

menggunakan kaki secara

berselang seli sebanyak 5

kali.

Dapat melompat dengan

menggunakan kaki

secara berselang seli

sebanyak 5 kali.

7.Lompat dan loncat

dengan sebelah kaki

Dapat melompat dan

loncat dengan sebelah

kaki selama 15 saat.

Dapat melompat dan

loncat dengan sebelah

kaki 11 saat.

Jadual 1: Keputusan Ujian Perkembangan Motor Kasar

Jadual 1 menunjukkan keputusan ujian perkembangan motor kasar yang telah

dijalankan terhadap kedua-dua responden. Berdasarkan maklumat di dalam jadual 1

perkembangan fizikal motor kasar bagi kedua-dua responden adalah berbeza. Perbezaan dapat

dilihat melalui beberapa ujian yang dilakukan terhadap responden. Contoh ujian yang

Page 8: KKP PKK

8

menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu apabila responden diminta untuk membaling bola

secara bertujuan sambil mengerakkan badan dan aktiviti. Perbezaan dapat dilihat di mana

responden pertama iaitu, Mohammad Aidil Syakirin bin Lailani dapat membaling bola menepati

sasaran dengan cubaan hanya 2 kali manakala responden kedua iaitu, Siti Nurfarhanah binti

Mohd. Farzei dapat membaling bola menepati sasaran dengan cubaan 4 kali. Selain itu,

perbezaan yang ketara juga dapat dilihat apabila responden diminta untuk menendang bola.

Hasil daripada kajian tersebut, responden pertama, Mohammad Aidil Syakirin bin Lailani dapat

menendang bola menepati sasaran sebanyak 3 kali. Manakala, responden kedua, Siti

Nurfarhanah binti Mohd. Farzei dapat menendang bola menepati sasaran sebanyak 2 kali

mankala satu tendangan tidak menepati sasaran. Seterusnya, ujian yang menunjukkan

perbezaan di antara kedua responden, iaitu ujian yang menghendaki responden untuk

melompat dan meloncat dengan sebelah kaki. Perbezaan dapat dilihat apabila hasil ujian

menyatakan bahawa responden pertama, Mohammad Aidil Syakirin bin Lailani dapat melompat

dan meloncat dengan sebelah kaki selama 15 saat sedangkan responden kedua, Siti

Nurfarhanah binti Mohd. Farzei dapat melompat dan meloncat selama 11 saat. Manakala, ujian

yang lain tidak terdapat perbezaan di antara kedua-dua responden. Sebagai contoh, hasil kajian

dalam ujian yang menghendaki responden untuk berlari dengan laju tanpa jatuh adalah sama di

mana kedua-dua responden tersebut mampu berlari dengn laju tanpa jatuh. Selain itu, ujian

berjalan dalam garis lurus dan ujian melompat dengan menggunakan kaki secara berselang

seli. juga mempunyai hasil ujian yang sama di antara kedua-dua responden.

PERKEMBANGAN MOTOR HALUS

BIL UJIANResponden 1:

AIDIL

Responden 2:

FARHANAH

1.

Melukis / meniru lukisan.Boleh melukis dan meniru

lukisan yang asal.

Dapat melukis dan

dengan baik dan jelas

tanpa meniru.

2.Menggunting mengikut garisan

putus-putus bentuk bintang.

Boleh menggunting bentuk

mengikut garisan selama

2 minit

Boleh menggunting bentuk

mengikut garisan selama

58 saat.

3.Membina objek mengikut model

menggunakan lego.

Mengambil masa selama

1 minit untuk

menghasilkan objek.

Mengambil masa 54 saat

untuk menghasilkan objek.

4. Merenyuk kertas dengan Boleh merenyuk kertas Boleh merenyuk kertas

Page 9: KKP PKK

9

sebelah tangan.membentuk bulat dalam

masa 20 saat.dalam masa 10 saat.

5.

Memindahkan air ke dalam

bekas lain mengikut isipadu

yang ditetapkan.

Dapat mengisi air ke

mengikut isipadu dengan

cubaan 3 kali.

Dapat mengisi air

mengikut isipadu dengan

cubaan 2 kali.

Jadual 2: Keputusan Ujian Perkembangan Motor Halus

Jadual 2 di atas merupakan keputusan bagi ujian perkembangan motor halus yang telah

dijalankan bagi mengetahui perbezaan di antara dua orang responden tersebut. Terdapat lima

ujian perkembangan motor halus yang telah kami jalankan untuk mengetahui tahap perkembangan

dua orang responden tersebut. Ujian yang pertama ialah melukis atau meniru lukisan yang telah

disediakan. Hasil daripada ujian itu, responden pertama boleh melukis dan meniru lukisan tersebut

manakala responden kedua juga boleh melukis lukisan tersebut dengan baik dan jelas namun

responden kedua boleh melukis tanpa meniru lukisan asal. Seterusnya ujian yang kedua ialah ujian

menggunting mengikut garisan putus-putus bentuk bintak. Responden pertama mengambil masa

yang agak lama untuk menggunting berbanding responden kedua kerana responden pertama tidak

berapa mahir dalam memegang gunting. Ujian yang ketiga pula ialah membina objek mengikut

model menggunakan lego. Hasil daripada ujian ini, kami mendapati bahawa responden pertama

mengambil masa yang lama untuk membina objek berbanding responden yang kedua kerana pada

pemerhatian kami, pergerakan responden pertama agak perlahan berbanding responden yang

pertama. Seterusnya ujian yang keempat ialah merenyok kertas dengan sebelah tangan.

Responden pertama mengambil masa selama 15 saat manakala responden yang kedua hanya 10

saat. Ujian yang terakhir sekali ialah, memindahkan air ke dalam bekas lain mengikut isipadu yang

ditetapkan dan hasil daripada ujian ini sekali lagi kami mendapati bahawa responden pertama

membuat cubaan sebanyak 3 kali untuk mengisi air ke dalam bekas lain manakala responden

kedua pula hanya membuat percubaan sebanyak 2 kali. Hasil keseluruhan ujian ini, kami

mendapati bahawa responden kedua memiliki kemahiran motor halus lebih baik dan tangkas

berbanding responden pertama.

2.5 BUKTI KAJIAN

Page 10: KKP PKK

10

2.6 RUMUSAN

Page 11: KKP PKK

11

Konklusinya, hasil daripada kajin ini dapat dilihat bahawa perkembangan fizikal individu

dipengaruhi oleh faktor perwarisan (baka) dan persekitaran. Perkembangan ini berlaku secara

sistematik. Selain perubahan berat badan dan tinggi, aspek perkembangan, yang turut dikaji ialah

perkembangan motor sepertimana dalam kajian ini. Perkembangan fizikal kanak-kanak merangkumi

perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang,

kemahiran pergerakan (motor) kasar dan halus serta pengawalan dominan tangan (kanan dan kiri).

Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian berat badan serta

dapat melakukan kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Oleh yang demikian, perkembangan fizikal

kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-

kanak.

Dalam konteks pendidikan, perkembangan dari aspek fizikal ini memberi implikasi terhadap

pengajaran dan pembelajaran seorang guru di dalam bilik darjah. Guru merupakan pihak utama

yang banyak memainkan peranan penting sewaktu di dalam bilik darjah. Seorang guru seharusnya

melaksanakan aktiviti yang sesuai dengan mengambil kira dari aspek fizikal kanak-kanak tersebut.

Guru perlu melibatkan kanak-kanak dengan alat muzik dan melakukan aktiviti-aktiviti seperti melukis

yang digelar sebagai motor halus. Selain itu, guru juga perlu menerapkan aktiviti senaman dan

pemakanan yang sesuai kepada kanak-kanak agar pembesaran kanak-kanak normal. Hal ini

kerana, perbezaan dari segi saiz dan berat badan dengan rakan sebaya lebih-lebih lagi jika kanak-

kanak tersebut terlebih berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian.

Oleh yang demikian, guru merupakan pihak utama yang memainkan peranan yang sangat penting.

3.0 PERANAN GURU DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK YANG SIHAT DALAM BILIK DARJAH

Page 12: KKP PKK

12

Pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat sekali. Panduan utama pendidikan di

Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK digubal

untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada

semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Sebagai negara yang pesat

membangun, aspek utama yang ditekankan oleh kerajaan ialah pembangunan dan penjanaan

modal insan yang seimbang dan juga sihat. Hal ini adalah kerana, pembangunan modal insan

yang seimbang dan sihat akan dapat membangunkan sesebuah negara dan dapat memberi

impak yang positif dalam sesebuah negara. Oleh sebab yang demikian, pendidikan merupakan

elemen yang paling penting dalam mencapai hasrat Negara maju tahun 2020. Oleh itu, guru

adalah orang yang bertanggungjawab dalam mendidik para pelajar terutama murid sekolah

rendah dan tadika.

Namun apakah yang dimaksudkan dengan guru?. Guru adalah seseorang yang

menghabiskan setiap detik hidupnya untuk ilmu dan memberi ilmu untuk kita yang tak pernah

tahu akan luasnya dunia, dalamnya lautan dan banyaknya pengetahuan. Guru adalah

seseorang yang mulia dimata kita. Penuh kerja keras, sabar dan selalu memberikan hal yang

terbaik untuk muridny-muridnya. Sanggup berkorban jiwa dan tenaga demi anak bangsa. Oleh

itu, para guru haruslah bertanggungjawab dalam menjana modal insan pelajar yang sihat

semasa di bilik darjah. Mereka haruslah mengetahui apakah peranan mereka dalam

menjayakan matlamat dan hasrat FPK.

Dalam membangunkan modal insan yang sihat, para guru perlulah menekankan empat

aspek yang penting semasa berada dalam bilik darjah. Sihat yang dimaksudkan bukan dari

aspek fizikal sahaja, malah seorang kanak-kanak haruslah seimbang dari aspek emosi, rohani

dan juga intelek agar mampu menjadi pewaris negara kelak. Oleh itu, para guru perlu

menyedari akan tanggungjawab dan peranan mereka dalam membantu meningkatkan

perkembangan kanak-kanak ketika berada dalam bilik darjah.

Seterusnya, dalam membantu perkembangan kanak-kanak yang sihat dari sudut fizikal

ialah dengan bermain. Bermain ialah apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan

kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan

satu kegiatan yang dipaksa tetapi ia merupakan fitrah semula jadi kanak-kanak dalam proses

mereka berkembang dengan baik dan sihat. Bagi kanak-kanak, bermain merupakan aktiviti di

dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri

dan alam persekitarannya.

Page 13: KKP PKK

13

Bermain ialah satu proses pembelajaran yang terancang dan berstruktur dalam memberi

peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan, bebas dan

selamat. Melalui bermain, kanak-kanak berinteraksi dengan bahan, orang lain atau secara

bersendirian. Kanak-kanak merasa terhibur apabila mereka bermain. Bermain adalah satu

bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca

untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

Banyak tokoh ahli Psikologi kanak-kanak yang menekankan kepentingan bermain

kepada kanak-kanak termasuklah Montessori yang menganggap permainan adalah pekerjaan

kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa semua kanak-kanak suka belajar melalui bermain.

Friedrich Wilhelm Froebel (1782–1852) yang digelar ‘father of kindegarten’ telah

meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada

konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak

mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak

berfikir mengenai dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan, kerehatan

dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa

kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi di pengaruhi oleh cara

kanak-kanak bermain. Alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih

dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

Herbert Spencer (1973) dalam teori Surplus energy menyatakan main adalah penting

bagi kanak-kanak untuk membuang lebih tenaga mereka. Semua manusia telah dibekalkan

dengan tenaga dan sekiranya tenaga ini tidak digunakan ia harus dibuang dan cara yang

menyeronokkan ialah melalui main.

Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.

Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam

pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan

tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal

situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperoleh

proses pemikiran yang tinggi melalui bermain.

Sigmun Freud (1968) memandang main sebagai suatu cara untuk mengurangkan emosi

kebimbangan, dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan haram dalam dunia

khayalan. Maka, main memainkan peranan yang penting dalam perkembangan emosi dan

sosial kanak-kanak. Begitu juga dengan Jean Piaget (1962) yang berpendapat bahawa tujuan

Page 14: KKP PKK

14

main ialah menggerakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, di samping memperkukuhkan

pembelajaran yang baru dijalankan dalam suasana yang tenang.

Terdapat pelbagai jenis main yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

di prasekolah. Antaranya ialah Main Sosial (Social Play), Main Kognitif (Cognitive Play), dan

Main Sosiodrama (Socio-dramatic Play). Guru haruslah peka dan memahami pelbagai nilai

main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak di prasekolah secara

menyeluruh dan seimbang dari aspek kognitif, fizikal, sosial, bahasa, kreativiti dan emosi. Guru-

pada masa kini sedar nilai sesebuah permainan sebagai satu cara pembelajaran yang mampu

merangsang minda dan mempunyai kepentingan tersendiri dalam perkembangan fizikal kanak-

kanak.

Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan

pembelajaran kanak-kanak. Mengikut Piaget (1983, keupayaan adaptasi psikologikal adalah

amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental kanak-kanak.

Piaget memandang main sebagai aktiviti pengukuhan untuk tingkah laku yang baru dipelajari.

Walaupun main bukan kesamaan dengan pembelajaran, apa yang pasti, main

mempermudahkan cara pembelajaran. Ini adalah kerana bermain memberi peluang kepada

kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam struktur

kognitif mereka.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu merangsang perkembangan

kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan cara mengadakan

permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang

mereka akan rasa sekiranya mereka menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan

sebagainya. Permainan seperti ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara

langsung akan membantu perkembangan kognitif mereka.

Aktiviti lain yang guru boleh jalankan ialah aktiviti permainan air. Permainan air boleh

dijalankan di dalam atau di luar kelas. Tempat air boleh berbentuk tetap atau sementara. Guru

perlu mengambil kira beberapa aspek semasa kanak-kanak menjalani aktiviti main air.

Antaranya ialah penyediaan bahan, penyediaan tempat atau ruang, pakaian yang sesuai,

mestilah berdekatan dengan sumber air, dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang

perlu.

Berbagai perkara dalam aspek kognitif dapat dikembangkan melalui permainan air

seperti kemahiran menyiasat, menjalankan eksperimen, membuat anggaran, dan membuat

perbandingan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menambah pengetahuan tentang konsep isi

Page 15: KKP PKK

15

padu, kapasiti, saiz, bentuk, konsep penyerapan, timbul tenggelam, serta penyejukan dan

pemanasan. Melalui Permainan air kanak-kanak bolehmeneroka persekitaran, mempelajari

perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah. Aktiviti-aktiviti yang boleh

dijalankan semasa main air yang boleh menggalakkan perkembangan kognitif ialah:

Memerhati dan meneroka ciri-ciri air seperti menuang air ke dalam beberapa bekas

berbeza saiz dan bentuk melalui cara seperti membuat teh tarik.

Membanding dan membezakan serta membuat anggaran isi padu air.

Menjalankan eksperimen seperti menyediakan larutan air daripada bahan-bahan

berbeza seperti garam, pasir, gula, batu, dan sebagainya.

Melakukan penyelenggaraan pada akuarium yang mengandungi hidupan air.

Bermain dengan kenderaan air atau objek untuk mengetahui konsep tenggelam dan

timbul.

Aktiviti bermain dengan bongkah juga boleh mengembangkan kognitif kanak-kanak.

Contohnya bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai bentuk, saiz dan ciri-ciri,

kanak-kanak boleh menjalani aktiviti dengan cara bermain seperti mengumpulkan bongkah

mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu mengumpulkan semua bongkah berwarna merah,

mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya.

Menurut Piaget ( 1962 ), main dengan binaan mengajar pelbagai konsep kuantitatif dan ruang.

Selain itu, melalui aktiviti bermain dengan bongkah juga kanak-kanak dapat meneroka

kemahiran awal sains yang merupakan salah satu cabang perkembangan kognitif. Contohnya,

bagi kemahiran membezakan warna dan bentuk, guru akan menggunakan bongkah pelbagai

warna dan bentuk. Kanak-kanak menyusun dan mengumpul bongkah mengikut warna serta

menamakan warna itu. Kanak-kanak memberikan bongkah yang sama warna seperti yang

dikehendaki guru. Permainan diulang dengan kanak-kanak membezakan bentuk pula.

Oleh itu, dengan bermain kanak-kanak akan mengeluarkan peluh dan akan menjadikan

fizikal mereka lebih sihat dan lasak. Ia juga membantu untuk menguatkan otot-otot mereka dan

menjadikan dayah tahan yang kuat.

Selain itu, guru juga haruslah menerapkan amalan pemakanan yang sihat kepada

kanak-kanak agar mereka boleh membesar secara normal. Menurut Prof. Madya Norhashimah

Hashim (2004), amalan pemakanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana kualiti

pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas pertumbuhan dan perkembangan serta

Page 16: KKP PKK

16

kesihatan kanak-kanak pada masa depan. Peranan guru bagi menggalakkan amalan

pemakanan yang sihat di kalangan kanak-kanak adalah sangat penting. Hal ini adalah kerana,

kanak-kanak perlu mendapat makanan yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang.

Makanan yang tidak berkualiti akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

Menurut Saayah Abu, Surayah Zaidon, dan Siti Saleha samsuri (2006), Objektif

program nutrien kanak-kanak adalah merancang khidmat makanan. Ia melibatkan penyediaan

dan kelengkapan makanan berat dan ringan yang berkhasiat. Kanak-kanak perlu didedahkan

kepada kepelbagaian makanan yang disajikan. Kanak-kanak yang dibekalkan dengan makanan

yang berkhasiat, bermutu tinggi dan seimbang didapati mempunyai IQ atau darjah kecerdasan

yang tinggi.

Oleh yang demikian, selain ibu bapa kanak-kanak tersebut, guru adalah orang yang

amat penting dalam menerapkan amalan pemakanan yang mengandungi nutrient yang

secukupnya. Kanak-kanak patut didedahkan mengenai pengetahuan pemakanan yang

seimbang kerana kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukan tenaga dalam aktiviti

seharian mereka. Tambahan pula, pemakanan seimbang dapat membantu ketahanan badan

bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit serta membantu pertumbuhan fizikal dan

perkembangan otak yang sihat.

Seterusnya sihat dari aspek emosi. Namun apakah yang dimaksudkan dengan emosi?

Emosi ialah satu perasaan yang hadir apabila seseorang itu berinteraksi dengan orang lain.

Emosi menentukan perasaan seseorang terhadap sesuatu situasi yang dihadapinya samada

menyeronokkan ataupun tidak. Namun, para pengkaji bersetuju bahawa perkembangan fizikal

dan mental kanak-kanak yang sihat mampu untuk membantu kanak-kanak tersebut mengawal

tindak balas negatif hasil daripada emosi marah, takut, atau lain-lain.

Oleh itu, para guru haruslah tahu peranan mereka dalam membantu menyihatkan emosi

kanak-kanak ketika di bilik darjah. Justeru, guru haruslah menggalakkan inisiatif dalam pelbagai

aspek di dalam aktiviti bilik darjah. Antaranya ialah, memperkembangkan projek yang dijalankan

oleh murid agar mereka berasa hasil kerja mereka mendapat perhatian daripada para guru dan

rakan-rakan. Hal yang demikian akan menyebabkan mereka gembira dengan keadaan

sekeliling mereka. Selain itu, para guru juga haruslah menggalakkan murid membuat pilihan

untuk diri mereka sendiri kerana itu akan menjadikan mereka lebih selesa belajar dan

berinteraksi semasa berada dalam bilik darjah. Guru juga haruslah membiarkan kanak-kanak

yang mempunyai pilihan masa sendiri sama ada permainan atau aktiviti, kerana dalam

mendidik kanak-kanak para guru haruslah bijak dalam mengendalikan emosi mereka, para guru

Page 17: KKP PKK

17

haruslah mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan kondusif agar kanak-kanak

tidak berasa bosan dan malas untuk belajar. Semasa melakukan aktiviti, guru haruslah

mengelakkan sebanyak mungkin mengganggu murid yang sedang memberikan tumpuan

sepenuhnya terhadap aktiviti yang dilakukan, kerana apabila aktiviti yang dilakukan oleh

mereka, maka emosi negative akan hadir seperti marah dan geram keran diganggu ketika

melakukan aktiviti.

Para guru juga haruslah elakkan memarahi dan menghalang kanak-kanak untuk

mencuba sesuatu yang baru dengan sendiri semasa berasa di dalam bilik darjah. Justeru itu,

jadilah guru yang fleksibel yana mana mampu untuk menerima idea, pandangan dan komen

kanak-kanak dalam aktiviti kelas mahupun perbincangan. Jika kanak-kanak menginginkan

aktiviti yang berbahaya atau tidak sesuai, jangan terus memarahi mereka kerana hal itu akan

mengganggu emosi mereka dan akan bertindak negatif disebabkan perasaan marah atau

sebaliknya. Perkara yang sepatutnya dilakukan oleh para guru dalam menghadapi hal seperti

itu ialah menyusun semula tindakan murid-murid dengan had-had yang boleh di terima daripada

menolak langsung idea mereka.

Guru haruslah bijak dalam menggunakan orientasi kesan akibat yang lain kepada

kanak-kanak. Apabila memberi sebab dan alasan untuk melakukan atau tidak melakukan

sesuatu di dalam bilik darjah, guru seharusnya membantu mereka dalam memahami kesan

tindakan mereka kepada orang lain. Selain itu, daripada menggunakan pernyataan ‘JANGAN

BERLARI DALAM KELAS” adalah lebih baik untuk menggunakan arahan-arahan yang boleh

diterima atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh akal mereka seperti contoh ‘KITA TIDAK

BERLARI DALAM KELAS KERANA KITA TIDAK MAHU MENCEDERAKAN RAKAN YANG

LAIN”. Apabila guru memberi alasan dan menggalakkan kanak-kanak mengambil perhatian

terhadap kebajikan dan emosi orang lain. Hal tersebut akan membantu mereka dalam

mencapai tahap emosi yang baik dan sihat semasa berada di dalam atau luar bilik darjah.

Selain itu, sahsiah seorang guru merupakan elemen yang sangat penting dalam

penerapan unsur rohani yang baik dalam kalangan kanak-kanak.. Guru perlu menjadi ‘Role

Model’ di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada murid. Sepertimana yang kita

ketahui, Nabi Muhammad SAW merupakan contoh teladan yang baik. Baginda merupakan

seorang guru yang baik dan berakhlak mulia. Baginda adalah orang pertama yang melakukan

sesuatu sebelum menyuruh muridnya melakukan sesuatu itu, sehingga orang lain pun akan

dapat melihat dan melakukan sebagaimana yang mereka lihat dari tindakan Baginda. Oleh

sebab yang demikian, sebagai seorang guru yang menganuti agama Islam, haruslah menjaga

sahsiah diri sendiri sepanjang masa agar dapat menjadi teladan kepada murid sekolah. Nilai-

Page 18: KKP PKK

18

nilai murni juga haruslah ditonjolkan semasa pdp agar pelajar dapat melihat dan berfikir

sekaligus dapat mengikuti dan apa yang dilakukan oleh guru. Kerana kebiasaannya, pelajar

yang baru masuk akan memulakan pembelajaran yang pertama dengan menggunakan kaedah

peniruan sepertimana yang dinyatakan dalam buku Perkembangan Kanak-kanak.

Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam jiwa

pelajar. Seperti dalam elemen FPK yang menyatakan rakyat Malaysia yang dapat memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Elemen ini dapat

dikaitkan dengan peranan guru yang berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat

toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati. Saling menghargai dan menerima

dan sebagainya. Dalam elemen ini juga guru perlu mempertahankan maruah diri dan profesion,

agama, bangsa dan negara.

Guru juga sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing murid supaya mereka

berusaha belajar secara individu atau berkumpulan dan sebagai pendisiplin yang

bertanggungjawab menjaga disiplin murid serta membantu mereka membentuk sahsiah dan

kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat. Guru ialah pendidik yang berilmu

pengetahuan. Di samping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar, dan diberi tugas

menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan

peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru dituntut memiliki pelbagai

pengetahuan dan pemahaman yang bermanfaat untuk menimbulkan dan meningkatkan

motivasi pelajarnya semasa belajar, sehingga proses belajar yang dibimbingnya berjaya secara

optimal. Oleh kerana itu, guru perlu memahami dan menghayati serta menerapkan pelbagai

prinsip dan teknik-teknik untuk membangkitkan dan meningkatkan motivasi murid dalam

pembelajaran. Memang banyak sekali prinsip dan teknik yang berbeza-beza yang perlu

diketahui oleh guru, kerana di dalam usaha memotivasi murid sesungguhnya tidak hanya satu

prinsip dan teknik yang paling sesuai dipakai untuk semua pelajar, sepanjang masa, dan untuk

semua situasi. Berbeza mata pelajaran, berbeza keperibadian pelajar, dan berbeza

keperibadian guru menuntut perbezaan prinsip dan teknik yang dipakai dalam memotivasi

pelajar. Oleh kerana itu, perbezaan mata pelajaran, keperibadian pelajar dan keperibadian guru

harus dipertimbangkan dalam memilih prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang akan dipakai dalam

memotivasi pelajar.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas

dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa

Page 19: KKP PKK

19

kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan

daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini

hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.

Kesimpulannya, para guru haruslah tahu dan sedar akan tanggungjawab mereka dalam

membantu meningkatkan perkembangan fizikal, emosi, rohani dan intelek kanak-kanak ketika

berada di dalam bilik darjah, kerana zaman kanak-kanak ialah zaman pengukuhan untuk

menerapakan nilai-nilai yang positif yang akan mereka bawa ketika masuk sekolah menengah

kelak.

4.0 REFLEKSI

بسم الله الرحمن الرحيم

Page 20: KKP PKK

20

Alhamdulillah, segala pujian hanyalah layak kepada Allah S.W.T yang memberi

kesempatan dan peluang berserta kekuatan kepada hambaNya yang lemah ini untuk terus

menyiapkan tugasan untuk subjek Perkembangan Kanak-Kanak tanpa menghadapi halangan

yaang begitu besar.

Saya dan rakan sekelas yang lain telah diberi taklimat mengenai Kerja Kursus untuk

subjek Perkembangan Kanak-Kanak ini oleh Puan Barokah binti Kasran. Taklimat yang

diberikan oleh beliau mudah difahami oleh saya dan rakan sekelas yang lain. Tempoh yang

diberikan oleh beliau dalam menyiapkan kerja kursus ini adalah selama dua minggu. Pada

mulanya, saya merasakan tempoh dua minggu yang diberikan adalah sangat singkat. Saya

berasa kurang yakin untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Namun,

sebagai seorang bakal guru, saya haruslah memegang prinsip “Menangguh kerja itu

merupakan jalan menuju kegagalan”.

Oleh sebab yang demikian, saya telah memikirkan beberapa langkah dalam

mengendalikan masa saya dengan baik. Antaranya ialah, selesai sahaja menerima taklimat

mengenai kerja kursus pendek ini, saya terus bergegas ke perpustakaan untuk mencari bahan

rujukan tambahan. Selain itu, saya juga telah memperuntukkan masa yang sesuai untuk

memyiapkan kerja kursus ini. Pada pendapat saya, sesibuk mana seseorang itu, andai dia

mampu untuk menguruskan masa dengan baik, saya yakin semua perkara akan dapat

dikendalikan dengan baik dan teratur.

Tugasan kerja kursus pada kali ini meminta saya dan rakan-rakan untuk membuat satu

kajian mengenai perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal, kognitif, bahasa, sosioemosi

dan moral ke atas kanak-kanak. Oleh sebab yang demikian, saya dan rakan-rakan telah

memilih kanak-kanak sekolah Tadika Halimatus Saadiah kerana tadika ini berada dalam IPG

Kampus Pendidikan Islam. Selain itu, tugasan ini juga meminta saya dan rakan-rakan untuk

menulis satu esei yang bertajuk tugas seorang guru dalam membantu meningkatkan

perkembangan kanak-kanak yang sihat dalam bilik darjah. Saya merasakan tugasan ini

mencabar kebolehan saya kerana ini adalah pengalaman saya yang pertama untuk membuat

kajian terhadap kanak-kanak sekolah tadika.

Semasa berhadapan dengan mereka, berbagai-bagai karenah yang telah berikan oleh

mereka semasa membuat kajian. Terkadang saya tidak mampu untuk mengawal emosi marah

apabila ada dalam kalangan mereka yang sangat degil dalam menerima arahan dari saya dan

rakan-rakan yang lain. Namun, saya berjaya mengaal emosi marah itu apabila saya mula

Page 21: KKP PKK

21

menyedari bahawa untuk mengatasi masalah tersebut saya tidak seharusnya memarahi

mereka kerana hal itu akan mengganggu kestabilan emosi mereka. Oleh sebab yang demikian,

saya menggunakan cara memberi alasan yang boleh di terima akal mereka sepertimana yang

telah saya pelajari semasa sesi kuliah bersama Pn. Siti Barokah binti Kasran.

Namun, sepanjang proses membuat kajian tersebut, saya berasa sangat seronok dan

gembira kerana kanak-kanak yang hadir pada hari menunjukkan sikap yang positif dan

menerima kehadiran kami dengan wajah yang ceria walaupun ada segelintir daripada mereka

yang menayangkan wajah tidak selesa. Namun, semua itu tidak menghalang kami untuk

meneruskan kajian ke atas mereka.

Kajian yang telah saya dan rakan saya Madinah binti Abd. Razak lakukan ke atas dua

kanak-kanak yang dipilih ialah kajian perkembangan fizikal dari aspek perkembangan motor

halus dan kasar. Kami memilih perkembangan dari dua aspek tersebut kerana kami merasakan

aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam sesi menguji perkembangan mereka mampu untuk menarik

perhatian dan minat mereka. Hal ini adala kerana, kami telah menyediakan bermacam-macam

aktiviti permainan yang meransang pergerakan fizikal mereka. Sepertimana yang dikatakan

oleh Sigmun Freud (1968), main adalah suatu cara untuk mengurangkan emosi kebimbangan,

dan mengawal emosi dengan melepaskan tindakan haram dalam dunia khayalan mereka. Oleh

sebab yang demikian, kami telah memilih aktiviti-aktiviti yang merupakan satu permainan agar

kanak-kanak itu tertarik dan gembira.

Seterusnya, semasa proses menyiapkan tugasan ini, saya banyak mengkaji tentang

perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal. Saya merasakan apabila sesorang itu sihat

fizikal maka dia akan mampu untuk melakukan aktiviti yang baik untuk minda, emosi dan juga

rohani. Saya percaya semua manusia menginginkan fizikal yang sihat, begitu juga kanak-

kanak. Melalui tugasan ini juga, saya telah menyedari bahawa peranan seorang guru sangat

penting dalam perkembangan kanan-kanak yang sihat. Saya sebagai seorang bakal pendidik,

saya percaya bahawa ibubapa pada hari ini, semuanya menyerahkan tanggungjawab mendidik

anak mereka kepada guru seratus peratus. Oleh sebab yang demikian, saya perlu menyiapkan

diri saya dengan sebaiknya agar mampu mendidik anak bangsa mengikut acuan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan saya merasakan tugasan seperti ini merupakan satu cara untuk

saya terus mengkaji mengenai kanak-kanak agar saya mempu untuk memahami kehendak

mereka ketika berada dalam bilik darjah kelak.

Akhir sekali, segala peristiwa yang tidak baik semasa saya menyiapkan tugasan ini akan

saya jadikan sempadan di masa akan datang, dan segala yang baik akan saya jadikan teladan

Page 22: KKP PKK

22

dalam usaha saya untuk menjadi guru yang menjadi harapan masyarakat. Seterusnya. Ucapan

terima kasih saya tujukan kepada Puan Siti Barokah binti Kasran atas semangat dan dorongan

yang baik agar saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik.

Seterusnya, ucapan terima kasih saya kepada rakan saya saudari Madinah binti Abd.

Razak atas kerjasama yang telah diberikan semasa membuat kajian terhadap murid Sekolah

Tadika Halimaatus Saadiah. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak

membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.

Sekian, Terima Kasih

5.0 RUJUKAN

Faridah Nazir, Norhiza Mohd.Salleh & Zairinah Mohd. Shukur. (2014). Perkembangan Kanak-Kanak.

Selangor; Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Page 23: KKP PKK

23

Mok Soon Sang. (2010). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku. Perak; Multimedia Sdn. Bhd

Mok Soon Sang. (2010). Murid dan Alam Belajar. Perak; Multimedia Sdn. Bhd

Haliza Hamzah & Joy N.Samuel. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur; Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

Jas Laile Suzam Jaafar. (2008). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Selangor; Polygraphic (M)

Sdn. Bhd

Ali. (2012). Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak. Dicapai pada 19 Mac 2014

daripada http://aesnote.blogspot.com/2012/12/faktor-yang-mempengaruhi-perkembangan.html

Psikologi Duniaku. (2012). (t.p). Dicapai pada 19 Mac 2014 daripada

http://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/v-behaviorurldefaultvmlo.html

Riena Darrwish. (2010). Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak. Dicapai pada 19 Mac 2014

daripada http://rienadarrwish.blogspot.com/2012/12/konsep-asas-perkembangan-kanak-kanak.html

Kevaan Ann. (2012). Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak. Dicapai pada 20 Mac 2014

daripada http://dpli-sls.blogspot.com/2012/08/disediakan-oleh-suresh-vadiveloo-1.html

6.0 LAMPIRAN

Page 24: KKP PKK

24

Page 25: KKP PKK

25