KKP

6
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 TUGASAN 1: ULASAN KRITIS Dasawarsa ini, dunia pendidikan semakin rancak bergerak seiring dengan kepesatan dunia metropolitan. Masyarakat kini peka akan kepentingan pendidikan dalam membangunkan bangsa mahupun negara. Berbeza dengan situasi masyarakat lampau yang bersikap acuh tak acuh mengenai dunia pendidikan sehinggakan mereka bertanggapan bahawa hanya dengan pekerjaan buruh kasar mahupun petani juga dapat menyara kehidupan sekeluarga. Kini, seantero dunia bertarung untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam negara masing-masing kerana masyarakat sudah memberikan kepercayaan mereka terhadap dunia pendidikan yang sudah jelas membuktikan dapat memberi banyak kemaslahatan kepada diri, masyarakat dan negara. Hal ini dapat dilihat melalui lambakan graduan yang lahir seperti cendawan tumbuh selepas hujan dari universiti mahupun institut pendidikan. Menelusuri kualiti pendidikan sesebuah negara itu, domain utama yang dilihat sebagai pencetus pendidikan bertaraf kelas pertama itu, akarnya adalah daripada individu yang bergelar guru. Izharnya, guru merupakan profesion yang sangat penting dalam menjana pendidikan yang berkualiti. Kualiti pendidikan sesebuah negara itu bergantung kepada keberkesanan pengajaran guru semasa menyampaikan ilmu kepada anak didiknya. Justeru itu, semua pihak seharusnya berganding bahu dan memberikan sinergi kepada setiap pendidik dalam negara kita jika mahu melihat anak bangsa kita mengoncang dunia. Di samping itu, para pendidik juga seharusnya berani untuk menyahut cabaran untuk melahirkan graduan berminda kelas pertama. Tugas seorang guru itu bukanlah semudah yang disangkakan. Guru perlu memainkan peranan penting dalam memikul tugas sebagai seorang pendidik bangsa. Maka, bersandarkan kepada matlamat profesion keguruan itu, guru perlu sentiasa memperbaiki kaedah dan strategi pengajarannya untuk ke peringkat yang lebih baik. Arakian ini, terdapat banyak perubahan dalam pengajaran yang berlaku dalam alma mater. Jika dahulu, pembelajaran tradisional iaitu ‘chalk and talk’ merupakan kaedah tradisi yang digunakan. Namun peredaran masa menyaksikan anjakan paradigma berlaku dalam kaedah pengajaran guru kontemporari ini lantas pembelajaran tradisional tersebut sudah tidak relevan digunakan lagi. Kepesatan teknologi turut mempengaruhi kaedah dan strategi pengajaran guru kerana pendidikan perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dunia. Hal ini boleh dibuktikan dengan kewujudan makmal komputer, kelab ICT, kursus teknologi maklumat, institut yang menawarkan bidang perkomputeran dan seumpamanya. 1

description

GURU DAN CABARAN SEMASA (EDU 3093)

Transcript of KKP

Page 1: KKP

GURU DAN CABARAN SEMASA

TUGASAN 1: ULASAN KRITIS

Dasawarsa ini, dunia pendidikan semakin rancak bergerak seiring dengan kepesatan dunia

metropolitan. Masyarakat kini peka akan kepentingan pendidikan dalam membangunkan

bangsa mahupun negara. Berbeza dengan situasi masyarakat lampau yang bersikap acuh

tak acuh mengenai dunia pendidikan sehinggakan mereka bertanggapan bahawa hanya

dengan pekerjaan buruh kasar mahupun petani juga dapat menyara kehidupan sekeluarga.

Kini, seantero dunia bertarung untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam negara masing-

masing kerana masyarakat sudah memberikan kepercayaan mereka terhadap dunia

pendidikan yang sudah jelas membuktikan dapat memberi banyak kemaslahatan kepada

diri, masyarakat dan negara. Hal ini dapat dilihat melalui lambakan graduan yang lahir

seperti cendawan tumbuh selepas hujan dari universiti mahupun institut pendidikan.

Menelusuri kualiti pendidikan sesebuah negara itu, domain utama yang dilihat

sebagai pencetus pendidikan bertaraf kelas pertama itu, akarnya adalah daripada individu

yang bergelar guru. Izharnya, guru merupakan profesion yang sangat penting dalam

menjana pendidikan yang berkualiti. Kualiti pendidikan sesebuah negara itu bergantung

kepada keberkesanan pengajaran guru semasa menyampaikan ilmu kepada anak didiknya.

Justeru itu, semua pihak seharusnya berganding bahu dan memberikan sinergi kepada

setiap pendidik dalam negara kita jika mahu melihat anak bangsa kita mengoncang dunia.

Di samping itu, para pendidik juga seharusnya berani untuk menyahut cabaran untuk

melahirkan graduan berminda kelas pertama.

Tugas seorang guru itu bukanlah semudah yang disangkakan. Guru perlu

memainkan peranan penting dalam memikul tugas sebagai seorang pendidik bangsa. Maka,

bersandarkan kepada matlamat profesion keguruan itu, guru perlu sentiasa memperbaiki

kaedah dan strategi pengajarannya untuk ke peringkat yang lebih baik. Arakian ini, terdapat

banyak perubahan dalam pengajaran yang berlaku dalam alma mater. Jika dahulu,

pembelajaran tradisional iaitu ‘chalk and talk’ merupakan kaedah tradisi yang digunakan.

Namun peredaran masa menyaksikan anjakan paradigma berlaku dalam kaedah

pengajaran guru kontemporari ini lantas pembelajaran tradisional tersebut sudah tidak

relevan digunakan lagi. Kepesatan teknologi turut mempengaruhi kaedah dan strategi

pengajaran guru kerana pendidikan perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi

dunia. Hal ini boleh dibuktikan dengan kewujudan makmal komputer, kelab ICT, kursus

teknologi maklumat, institut yang menawarkan bidang perkomputeran dan seumpamanya.

1

Page 2: KKP

GURU DAN CABARAN SEMASA

Maka, antara kaedah dan strategi pengajaran guru yang dapat dilihat pada masa kini

ialah strategi pengajaran inovatif. Guru yang kreatif dan inovatif akan menjadikan mereka

guru yang berjaya. Justeru itu, guru seharusnya menggunakan strategi yang inovatif dalam

sesuatu pengajaran yang dijalankan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, inovasi

membawa maksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-

lain yang baru. Berikut merupakan rajah mengenai empat asas penting yang terkandung

dalam strategi pengajaran inovatif:

Rajah 1: Asas Penting Strategi Pengajaran Inovatif

Berdasarkan kepada rajah 1 di atas, dapat dilihat bahawa terdapat empat asas

penting yang terkandung dalam strategi pengajaran inovatif. Persoalan yang timbul

berkenaan dengan strategi ini ialah sejauh manakah pengajaran guru di sekolah rendah

mengaplikasikan strategi pengajaran inovatif ini? Berdasarkan pengalaman dan

pemerhatian saya semasa menjalani praktikum di sekolah, guru-guru di sekolah gemar

mengaplikasikan strategi pengajaran inovatif ini. Strategi pengajaran ini dapat menarik

perhatian murid untuk mengikuti sesi pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Kendatipun,

terdapat beberapa strategi yang agak sukar dilaksanakan kerana mengambil masa yang

panjang, namun tidak dinafikan bahawa guru-guru di sekolah mengaplikasikan strategi

pengajaran ini dengan sebaik-baiknya.

2

Asas Penting Strategi

Pengajaran Inovatif

Berasaskan projek

Berasaskan masalah

Elektronik (e-learning)

Berasaskan Laman

sesawang (web)

Page 3: KKP

GURU DAN CABARAN SEMASA

Berikut merupakan rajah mengenai langkah strategi pengajaran inovatif:

Rajah 2: Langkah strategi pengajaran inovatif

Semasa menjalani praktikum, saya mendapati guru-guru di sekolah mengaplikasikan

strategi pengajaran inovatif berasaskan projek. Guru menyediakan projek untuk

dilaksanakan oleh murid-murid kemudian guru memberikan arahan dan penjelasan tentang

langkah-langkah pelaksanaan projek tersebut. Contohnya projek seperti mengumpul

maklumat atau biografi mengenai tokoh ilmuwan dalam subjek Bahasa Malaysia.

Murid dikehendaki melaksanakan projek secara hands-on dan minds-on serta dengan

melakukan sedikit kajian. Melalui kaedah projek, murid akan belajar untuk menyelesaikan

masalah melalui proses inkuiri, berkomunikasi serta berkolaborasi, mengakses maklumat

melalui Internet atau menghasilkan projek menggunakan perisian komputer. Lazimnya

kaedah projek melibatkan masa yang lebih panjang daripada satu atau dua waktu

pembelajaran mengikut jadual waktu. Murid perlu belajar merancang dan menguruskan

masa serta kerja-kerja mereka. Lazimnya pelaksanaan kaedah projek dibuat dalam bentuk

kumpulan kecil walaupun ada kalanya dilaksanakan secara individu. Sama ada secara

3

Langkah Strategi Pengaja

ran Inovatif

Mengenali dan

menjiwai ciri murid

Strategi pengajar

an

Kreatif dan

inovatif

Kecindan

Daya imaginasi

yang tinggi

Pemilihan dan

aplikasi media

pengajaran

Page 4: KKP

GURU DAN CABARAN SEMASA

individu atau kumpulan kecil, murid masih perlu berbincang dengan orang lain untuk

menghasilkan projek berkenaan.

Melalui kaedah projek, murid akan dapat menyelesaikan masalah dalam konteks

dunia sebenar yang menjadi minat dan perhatian murid. Dalam melaksanakan projek, murid

mungkin akan menggabungkan maklumat daripada pelbagai sumber mata pelajaran seperti

Kajian Tempatan, Matematik, Sains dan sebagainya selain daripada mata pelajaran Bahasa

Malaysia itu sendiri. Kaedah projek membolehkan murid berfikir secara kreatif bagaimana

menyelesaikan masalah atau bagaimana menghasilkan projek yang terbaik. Semasa

melaksanakan projek, murid dikehendaki melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan

secara mendalam tentang projek berkenaan kerana terdapat cabaran yang membuatkan

murid fokus dengan kerja atau tugas pembelajaran seperti menyoal, mengakses maklumat,

merefleksi dan sebagainya.

Berdasarkan pembelajaran berasaskan projek, guru berperanan sebagai fasilitator

yang akan membentuk persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif serta

tanggungjawab bersama. Pada peringkat awal, guru perlu menstrukturkan tugasan serta

soalan-soalan yang terlibat agar murid tidak terpesong jauh daripada objektif pembelajaran

yang dirancang. Justeru itu, peranan guru sebagai fasilitator perlulah dilaksanakan dengan

sebaiknya agar murid faham akan tujuan dan matlamat mereka dalam pembelajaran

tersebut. Guru-guru di sekolah mengaplikasikan strategi pengajaran berasaskan projek ini

kerana dapat memenuhi waktu pembelajaran yang diperuntukkan dalam kelas dengan ilmu

yang padat dan tidak membosankan murid-murid. Justeru itu, melalui strategi ini, murid akan

lebih banyak menggunakan daya fikiran mereka untuk menyelesaikan persoalan yang

diberikan. Maka, akan banyaklah input yang diperolehi oleh murid itu sendiri apabila mereka

sendiri yang meneroka untuk mencari jawapan kepada persoalan yang diberikan.

Selain itu, saya dapati guru-guru di sekolah juga menggunakan strategi pengajaran

inovatif berasaskan masalah dalam sesi pdp yang dijalankan. Dalam strategi ini, saya dapati

guru akan memberikan satu bentuk masalah setelah selesai satu sesi pengajaran itu.

Contohnya, guru mengajar tentang deklamasi sajak. Kemudian guru akan berbincang

dengan murid-murid tentang maksud sajak tersebut secara keseluruhan. Setelah itu, guru

akan meminta murid-murid untuk membentuk kumpulan dan guru akan memberikan satu

masalah yang perlu diselesaikan oleh murid-murid dalam kumpulan mereka. Contohnya,

guru memberikan masalah yang berkaitan dalam sajak tersebut seperti nilai dan pengajaran

yang terdapat dalam setiap rangkap sajak. Guru meminta murid-murid berbincang dalam

kumpulan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

4

Page 5: KKP

GURU DAN CABARAN SEMASA

Dalam pembelajaran berasaskan masalah ini, terdapat beberapa proses yang akan

dilalui oleh murid-murid. Antaranya ialah mengenalpasti masalah, menganalisis masalah

dan mengumpul data, membuat keputusan, mengenalpasti penyelesaian terbaik dan

melaksanakan keputusan. Melalui proses-proses ini, murid-murid akan mempelajari ilmu

secara bertukar pendapat antara rakan-rakan dalam kumpulan. Maka, percambahan idea

yang pelbagai akan dapat dicetuskan dengan menggunakan pembelajaran ini. Walaupun

kelihatan terdapat gangguan pembelajaran seperti murid yang pasif, kelas terlalu bising

ataupun ahli kumpulan yang kurang cerdas, namun tidak dinafikan bahawa pembelajaran

berasaskan masalah ini dapat membantu murid untuk aktif dalam sesi pdp yang dijalankan.

Secara amnya, jelas membuktikan bahawa Pembelajaran Berasaskan Masalah ini

mampu untuk melahirkan dan mendidik murid-murid menjadi seorang pemimpin yang

mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, murid-murid dapat meningkatkan

minat dan motivasi untuk terus belajar, membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif,

menganalisis dan menyelesaikan masalah. Di samping itu, murid-murid dapat meningkatkan

pemahaman dan pengetahuan isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran dengan mudah dan

mendalam. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar

tersebut.

Strategi pengajaran inovatif iaitu pembelajaran berasaskan elektronik juga

diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah. Dalam pembelajaran ini, guru dan murid-murid

menggunakan kemudahan komputer dan juga internet untuk melaksanakan sesi pdp. Sesi

pdp berasaskan elektronik ini selalunya dilaksanakan oleh guru di makmal komputer. Proses

pelaksanaan sesi pdp ini dimulakan dengan guru membuka satu laman pembelajaran sama

ada yang diciptanya sendiri ataupun yang telah sedia ada dalam internet. Kemudian, guru

akan membuka laman interaksi atau ‘chatting’. Guru akan melaksanakan pembelajaran

dengan cara berkomunikasi dengan menggunakan komputer sahaja. Bentuk komunikasi ini

dikenali sebagai komunikasi serentak. Contohnya, guru mengajar subjek Sains. Guru akan

membuka satu laman yang mengandungi topik yang ingin diajar sama ada melalui internet

ataupun cd-rom. Justeru itu, guru akan mengajar murid-murid melalui komputer yang

berhubung dengan semua komputer yang digunakan oleh murid-murid dalam sesi

pengajarannya. Laman chatting berfungsi sebagai tempat untuk murid mengajukan

sebarang soalan ataupun jawapan. Maka, melalui sesi pdp ini, semua murid akan lebih

mudah mengakses pembelajaran. Tambahan pula, pengajaran menggunakan elektronik ini

amatlah sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid untuk mengikuti sesi pdp yang

dijalankan.

5

Page 6: KKP

GURU DAN CABARAN SEMASA

Selain itu, terdapat juga kaedah lain yang digunakan oleh guru yang dapat saya lihat

semasa berada di sekolah. Guru menggunakan kemudahan komputer riba untuk mengajar

murid-murid di dalam kelas. Guru tidak perlu membawa murid-muridnya ke makmal

komputer. Pembelajaran ini dijalankan di dalam kelas sahaja dengan melibatkan

kemudahan elektronik yang dikawal sepenuhnya oleh guru sahaja. Contohnya, guru

menggunakan slaid powerpoint untuk menunjukkan gambar ataupun situasi kepada murid-

murid. Kemudian, guru akan berinteraksi dengan memberikan penerangan ataupun

persoalan kepada murid-murid. Adakalanya, guru akan memaparkan video nyanyian

ataupun cerita kanak-kanak menggunakan media elektronik seperti komputer dalam

pengajarannya. Saya dapati strategi pengajaran ini sangat mudah untuk dilaksanakan

namun mampu menarik perhatian murid untuk terlibat secara menyeluruh sepanjang sesi

pdp berjalan.

Justeru itu, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya berada di sekolah,

sememangnya guru-guru di sekolah rendah mengaplikasikan strategi pengajaran inovatif.

Malahan, saya sendiri juga telah menggunakan strategi pengajaran inovatif ini dalam sesi

pengajaran saya di dalam kelas semasa berhadapan dengan murid-murid. Tuntasnya,

strategi pengajaran inovatif ini mempunyai banyak faedah dalam pengajaran dan

pembelajaran antara guru dan murid-murid. Inovasi pembelajaran merupakan sesuatu yang

penting dan mesti dilakukan oleh guru. Dengan adanya inovasi pembelajaran maka sebagai

seorang guru sebaiknya dapat belajar menciptakan suasana belajar yang menyenangkan,

dinamik, penuh semangat dan seronok. 

Suasana pembelajaran seperti itu dapat memudahkan murid-murid untuk

memperolehi ilmu dan guru juga dapat menanamkan nilai-nilai luhur yang hakiki dalam diri

murid-murid untuk mencapai tujuan pembelajaran. Inovasi pembelajaran merupakan

sesuatu yang penting dan harus dimiliki atau dilakukan oleh guru. Hal ini kerana

pembelajaran akan lebih hidup dan bermakna. Keinginan guru untuk mencari ilmu, kaedah,

strategi dan pendekatan yang baharu dalam pengajaran merupakan salah satu tunjang ke

arah pendidikan bertaraf dunia seperti pepatah Melayu mengatakan ‘dimana ada kemahuan,

disitu ada jalan’.

6