KKP

5
2.0 PENULISAN KRITIS PERSEMBAHAN WAYANG KULIT KELANTAN Wayang Kulit Kelantan juga dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam. Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri Rama. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik Ramayana tradisi India. Berdasarkan kepada persembahan yang saya tonton di Kota Bahru, upacara ritual telah dilaksanakan. Sebenarnya upacara ritual dalam sesebuah persembahan wayang kulit kelantan terbahagi kepada dua komponen iaitu upacara buka panggung dan upacara tutup panggung. Upacara buka panggung merupakan upacara kenduri yang dilakukan sebelum sesuatu persembahan wayang kulit itu dipersembahkan. Upacara ini hanya dilakukan sekali sahaja iaitu pada malam pertama persembahan. Upacara tutup panggung pula merupakan upacara penutup yang menandakan tamatnya cerita dalam sesuatu persembahan. Malangnya saya hanya berpeluang untuk menonton upacara tutup panggung kerana malam sudah larut. Tetapi saya telah sempat menonton upacara buka panggung yang menggunakan serunai sebagai alat utama dalam persembahan. Pemainan serunai akan mengkagumkan kerana serunai sebukannya mudah untuk dimainkan memandangkan ia memerlukan nafas yang amat panjang. Tambahan pula, oleh sebab not-not pada serunai tidak mencukupi, pic yang dihasilkan tidak begitu jelas dan tepat seperti alat muzik piano. Oleh itu, dalam beberapa lagu yang dimainkan semasa upacara ritual, saya hanya dapat mengenali satu lagu iaitu lagu Mak Inang. Alat-alat muzik yang biasanya digunakan dalam sesebuah persembahan wayang kulit kelantan terdiri daripada sebatang serunai, sepasang gedombak, sepasang geduk, sepasang gong (tetawak), sepasang kesi, sebiji mong dan canang. Tetapi dalam persembahan yang saya tonton di Kota Bahru, alat-alat muzik yang digunakan ialah sebatang serunai, sepasang gedombak, sepasang geduk, sepasang gong dan sepasang kesi. Serunai, kesi dan gong masing-masingnya dimainkan oleh 3 orang. Gedumbak yang mempunyai ibu gedumbak dan anak gedumbak dimainkan oleh 2 orang. Disebaliknya, geduk dan gendang yang

description

Mz Msia

Transcript of KKP

2.0 PENULISAN KRITIS PERSEMBAHAN WAYANG KULIT KELANTAN

Wayang Kulit Kelantan juga dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana

pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam.

Walaubagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk ke

Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai Timur

Semenanjung Malaysia. Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita

dalam Hikayat Seri Rama. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang

disadur dari epik Ramayana tradisi India.

Berdasarkan kepada persembahan yang saya tonton di Kota Bahru, upacara

ritual telah dilaksanakan. Sebenarnya upacara ritual dalam sesebuah persembahan

wayang kulit kelantan terbahagi kepada dua komponen iaitu upacara buka

panggung dan upacara tutup panggung. Upacara buka panggung merupakan

upacara kenduri yang dilakukan sebelum sesuatu persembahan wayang kulit itu

dipersembahkan. Upacara ini hanya dilakukan sekali sahaja iaitu pada

malam pertama persembahan. Upacara tutup panggung pula merupakan

upacara penutup yang menandakan tamatnya cerita dalam sesuatu

persembahan. Malangnya saya hanya berpeluang untuk menonton upacara tutup

panggung kerana malam sudah larut. Tetapi saya telah sempat menonton upacara

buka panggung yang menggunakan serunai sebagai alat utama dalam

persembahan. Pemainan serunai akan mengkagumkan kerana serunai sebukannya

mudah untuk dimainkan memandangkan ia memerlukan nafas yang amat panjang.

Tambahan pula, oleh sebab not-not pada serunai tidak mencukupi, pic yang

dihasilkan tidak begitu jelas dan tepat seperti alat muzik piano. Oleh itu, dalam

beberapa lagu yang dimainkan semasa upacara ritual, saya hanya dapat mengenali

satu lagu iaitu lagu Mak Inang.

Alat-alat muzik yang biasanya digunakan dalam sesebuah persembahan

wayang kulit kelantan terdiri daripada sebatang serunai, sepasang gedombak,

sepasang geduk, sepasang gong (tetawak), sepasang kesi, sebiji  mong dan

canang. Tetapi dalam persembahan yang saya tonton di Kota Bahru, alat-alat muzik

yang digunakan ialah sebatang serunai, sepasang gedombak, sepasang geduk,

sepasang gong dan sepasang kesi. Serunai, kesi dan gong masing-masingnya

dimainkan oleh 3 orang. Gedumbak yang mempunyai ibu gedumbak dan anak

gedumbak dimainkan oleh 2 orang. Disebaliknya, geduk dan gendang yang juga

terdiri daripada sepasang dimainkan oleh 2 orang dengan seorang memainkan ibu

geduk dan ibu gendang; seorang lagi memainkan anak geduk dan anak gendang.

Selain itu, watak yang paling penting dalam sesebuah persembahan wayang

kulit yang tidak boleh diabaikan ialah Tok Dalang. Tok Dalang berperanan penting

kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengendalikan

persembahan wayang kulit. Beliau juga berperan sebagai pengarah dan pelakon.

Hal ini dikatakan demikian kerana beliau yang menggerakkan mulut dan tangan

patung serta menggerakkan keseluruhan patung. Di smaping itu, dalang adalah

sebagai pencerita. Beliau memberi dialog kepada patung. Saya berasa kagum

terhadap beliau kerana beliau dapat melaksanakan banyak perkara pada masa

yang sama. Dalam persembahan yang saya tonton, terdapat seorang pembantu

dalang yang duduk di tepi dalang bagi membantu beliau dalam proses

persembahan.

Semasa persembahan wayang kulit Dalang akan menentukan cerita dan

lagu yang akan dimainkan. Kebanyakan cerita dan lagu yang sering dimainkan pada

masa kini telah dimodenkan. Namun begitu cerita-cerita lama turut dimainkan pada

masa-masa tertentu. Bahasa pengantar yang digunakan oleh Tok Dalang ialah

dialek Melayu Kelantan yang telah mempamerkan pengaruh dari Patani. Ini juga

merupakan satu punca yang menyebabkan saya susah memahami persembahan

yang ditonton kerana imbuhan dialek kelantan agak berbeza dengan Bahasa

Melayu yang kami pelajari. Kemungkinannya bagi mengekalkan keaslian

persembahan wayang kulit kelantan yang sememangnya menggunakan bahasa

dialek, mereka tetap kekal dengan penggunaan bahasa dialek. Pada pendapat

saya, mereka boleh membuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah pemahaman

penonton terhadap persembahan yang ditonton seperti menyediakan broshure

ataupun satu papan kenyataan yang memperkenalkan isi cerita wayang kulit supaya

tidak mempersia-sia usaha pemain membuat persembahan dan usaha penonton

datang melihat persembahan tetapi tidak memahami langsung persembahan yang

ditonton.

Kesimpulannya, wayang kulit sebagai teater tradisional adalah pancaran hati

dan perasaan masyarakat Melayu tradisional. Ia bukan semata-mata sebagai alat

hiburan, tetapi yang lebih penting adalah gambaran sikap, nilai, norma, hati budi

dan konsep hidup serta kepercayaan pemikiran masyarakat pada waktu. Saya pula

berasa amat bersyukur kerana mendapat peluang menonton persembahan wayang

kulit kelantan di negeri asalnya dengan persembahan yang dipersembahkan

dengan penuh keaslian. Jika berpeluang melihat persembahan lain pada masa akan

datang, saya akan membuat persediaan supaya tidak menghadapi masalah seperti

tidak dapat memahami isi persembahan akibat bahasa dialek yang digunakan.

RUJUKAN

Abdullah, U. (2003). Wayang Kulit. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan,

Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

Aprilia, L. (2015, Julai 2). Sinopsis Cerita Ramayana. Retrieved from

http://documents.tips/documents/sinopsis-cerita-ramayana.html

Halim, M. A. (2015, Julai 12). Cerita di dalam Wayang Kulit Kelantan. Retrieved

from http://documents.tips/documents/cerita-di-dalam-wayang-kulit-

kelantan.html

Kedah, P. P. (2002). Peranan Dalang. Retrieved from http://www.memori-

kedah.com/page_pengenalan.php?

pageNum_Recordset1=1&totalRows_Recordset1=3&p=2&idstopic=13&idsk

andungan=48&mtopic=1

Kedah, P. P. (2002). Wayang Kulit Seri Asun. Retrieved from

http://www.mykedah2.com/10heritage/105_9_p2.htm

Matusky, H. A. (1998). Muzik Wayang Kulit Kelantan. The Asian Centre.

Ninotaziz. (2012). Hikayat / retold by Ninotaziz ; with introduction by Kamariah

Jaafar. In K. Jaafar. Cheras, Kuala Lumpur.: Utusan Publications &

Distributors.

LAMPIRAN 1

Gambar 1: Laksmana, Sri Rama, Wak Long, Pak Dogol dan Rawana.

Gambar 2: Tok Dalang yang sedang menggerakkan patung sambil bercerita.

Gambar 3: Pemain Muzik dan Alat Muzik.