Kks

12
KAEDAH KAJIAN: (a) Kaedah Lisan/ Temubual : menemuramah orang sumber untuk mendapatkan maklumat. menemubual tokoh seperti pengetua, guru dan tokoh pelajar. (Nyatakan siapa yang ditemubual) (b) Kaedah Analisis Dokumen : memilih maklumat atau dokumen yang berkaitan seperti fail kurikulum dan kokurikulum sekolah (Nyatakan maklumat dokumen yang digunakan) (c) Kaedah Pemerhatian: membuat pemerhatian ke atas kemudahan infrastruktur seperti asrama, pusat sumber, dan makmal ICT (d) Kaedah Melawat Tempat Kajian: nyatakan tempat yang dilawati (e) Kaedah Melayari Internet:mendapatkan maklumat daripada internet (Nyatakan laman web yang digunakan) KERJA KURSUS TINGKATAN 3 Elemen 1 (Mengumpul Fakta Sejarah) 1. Internet 2. Melawat Tempat Kajian (masukkan gambar2 yang diambil di tempat kajian) 3. VCD (simpan gambar & video berkaitan tajuk kajian) 4. Akhbar 5. Orang Sumber (mesti ada nama,alamat dan umur serta mesti ada transkripsi perbualan) 6. Majalah/ risalah

Transcript of Kks

Page 1: Kks

KAEDAH KAJIAN:

(a) Kaedah Lisan/ Temubual : menemuramah orang sumber untuk mendapatkan maklumat.                                                     menemubual tokoh seperti pengetua, guru dan tokoh pelajar.                                                    (Nyatakan siapa yang ditemubual)(b) Kaedah Analisis Dokumen : memilih maklumat atau dokumen yang berkaitan seperti fail                                                      kurikulum dan kokurikulum sekolah                                                      (Nyatakan maklumat dokumen yang digunakan)

(c) Kaedah Pemerhatian: membuat pemerhatian ke atas kemudahan infrastruktur seperti asrama,                                            pusat sumber, dan makmal ICT

(d) Kaedah Melawat Tempat Kajian: nyatakan tempat yang dilawati

(e) Kaedah Melayari Internet:mendapatkan maklumat daripada internet                                                   (Nyatakan laman web yang digunakan)

KERJA KURSUS TINGKATAN 3

Elemen 1 (Mengumpul Fakta Sejarah)

1. Internet

2. Melawat Tempat Kajian (masukkan gambar2 yang diambil di tempat kajian)

3. VCD (simpan gambar & video berkaitan tajuk kajian)

4. Akhbar

5. Orang Sumber (mesti ada nama,alamat dan umur serta mesti ada transkripsi perbualan)

6. Majalah/ risalah  

Elemen 2 

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. TAJUK KAJIAN (i)

2. SENARAI KANDUNGAN (ii)

3. PENGHARGAAN (iii)

4. OBJEKTIF KAJIAN 1

Page 2: Kks

5. KAEDAH KAJIAN 2

6. HASIL KAJIAN

1.0  Maklumat Asas

      1.1  Nama/ Jenis Kegiatan Ekonomi

      1.2  Sejarah/ Asal-usul Kegiatan Ekonomi

      1.3  Lokasi/ Tempat Kajian

      1.4  Pihak yang mengusahakan/ individu/ 

              kelompok masyarakat yang mengusahakan

2.0  Latar Belakang

      2.1  Tujuan dijalankan

      2.2  Proses/ Cara Pelaksanaan

      2.3  Peralatan/ Kaedah yang digunakan

       2.4  Produk yang dihasilkan

       2.5  Tempat/ Kawasan (bengkel/ keluasan tanah DLL)

       2.6  Kos Pengendalian 

                        (pilih mana-mana 4 aspek sahaja)

3.0  Sumbangan/ Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

      3.1  Status Keluarga/ Mobiliti Sosial

      3.2  Identiti Keluarga/ Kawasan

      3.3  Sumber Pendapatan

      3.4  Penerusan Tradisi Keluarga

      3.5  Memenuhi Permintaan

      3.6  Pembangunan kawasan setempat

       3.7  Hubungan Kemasyarakatan

       3.8  Industri Hiliran

Page 3: Kks

       3.9  Prasarana/ Rangkaian Perniagaan

       3.10 Pelancongan

       3.11 Peluang Pekerjaan

                       (pilih mana-mana 4 aspek sahaja)

4.0  Prospek

      4.1  Cabaran/ Kekangan yang dihadapi

      4.2  Penglibatan pihak luar/ galakan kerajaan atau swasta

       4.3  Reaksi/ penerimaan masyarakat

      4.4  Saranan dan harapan

                       (pilih mana-mana 4 aspek sahaja)

7. RUMUSAN

8. LAMPIRAN

9. RUJUKAN

Elemen 3

Nilai-nilai Patriotisme yang perlu pelajar masukkan dalam tugasan 2

(sekurang-kurangnya 5 nilai patriotisme dimasukkan dalam tugasan 2.)

Berbangga Sebagai Rakyat Malaysia

      menghormati raja dan pemimpin negara

      menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara

      menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, dan jata negara)

      menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara

      menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

      berbangga dengan sejarah negara

Bersemangat Setia Negara

      cinta akan bangsa dan negara

      taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara

      sedia berkorban untuk bangsa dan negara

Page 4: Kks

      bertanggungjawab kepada bangsa dan Negara

      berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara

      peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara

      bersyukur sebagai warganegara Malaysia

Bersemangat Kekitaan

      bersatu padu dan berharmoni-bertolak ansur dan bertoleransi

      bekerjasama dan tolong-menolong

      hormat-menghormati

      bersefahaman dan bermuafakat

      muhibah atau semangat bermasyarakat

Berdisiplin

      berakhlak dan berbudi pekerti mulia

      mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara

      mematuhi peraturan dan undang-undang

      berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi

      bertindak wajar

      bersifat amanah dan jujur

      berlaku adil dan bertimbang rasa

Berusaha dan Produktif

      rajin dan gigih

      berdikari

      tabah menghadapi cabaran

      menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan

      berganding bahu membangunkan Negara

      berilmu dan berketrampilan

Tugasan 2: 

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan

Page 5: Kks

unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.

Soalan:Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsaMalaysia. Berikan pendapat anda.

Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia

Bincangkan kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum campur tangan British.A. Pengenalan (3/2 markah)

Kegiatan ekonomi Tanah Melayu sebelum campur tangan British lebih bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan perdagangan juga dijalankan oleh saudagar-saudagar tempatan (Rajaraja Melayu dan pembesar-pembesar Melayu). Di Sabah dan Sarawak kegiatan ekonomi sara diri dan komersial dijalankan oleh kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan Melayu. Di Sabah masyarakat pribumi yang menjalankan kegiatan ekonomi saradiri ialah orang Bajau, Kadazan/Dusun, Melayu Brunei dan Kedayan. Mereka menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi huma, padi sawah, mencari hasil hutan dan memburu binatang. Sebilangan penduduk menjalankan kegiatan perniagaan dan perdagangan.

B. Isi1. Kegiatan Ekonomi di Tanah Melayu (10 markah)Kegiatan Ekonomi Saradiria. Penanaman Padi. Padi merupakan tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat Melayu tradisional. Padi ditanam untuk kegunaan sendiri, bukan untuk jualan. Dua jenis padi yang ditanam iaitu padi huma dan padi sawah. Padi huma di tanam di kawasan tanah tinggi seperti di lereng-lereng bukit kerana tidak memerlukan air yang banyak. Penanaman padi huma dijalankan secara pertanian pindah yang kebiasaan dijalankan oleh orang Asli seperti Semai Jakun dan Temiar. Padi sawah pula dipercayai diperkenalkan oleh orang Siam dan Minangkabau. Padi sawah ditanam di kawasan tanah rendah dan di kawasan yang mempunyai banyak air. Kebanyakan kawasan penanaman padi sawah adalah kawasan yang subur seperti tebingtebing sungai dan tanah pamah persisiran pantai. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Kuala Selangor, Dataran Perlis, Seberang Prai, Pahang dan Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun beras masih diimport oleh Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Padi sawah memerlukan banyak air. Antara kaedah yang digunakan ialah sistem pengairan . Melalui sistem ini air sungai disekat dengan membina empangan yang diperbuat daripada kayu, kincir air dan terusan. Kaedah yang digunakan dalam penanaman padi ialah menggunakan binatang untuk membajak, najis binatang, kuku kambing untuk menanam padi.

b. Tanaman-tanaman Lain. Selain tanaman padi, tanaman-tanaman lain juga ditanam iaitu jagung, kopi, tembakau, pisang tebu, ubi kayu, lada hitam gambir, kelapa dan keledek.

c. Hasil hutan . Memungut hasil hutan merupakan kegiatan tradisi masyarakat Melayu. Antara hasil hutan ialah rempah-ratus, kayu-kayan, rotan, damar, madu lebah, nipah, buluh, kapur barus, buah-buahan, getah jelutung, kayu cendana serta pelbagai hasil hutan yang lain. Pengumpulan hasil-hasil hutan ini dilakukan orang-orang Melayu dan Asli.

d. Memburu binatang Masyarakat Melayu tradisi menjalankan kegiatan memburu binatang sebagai kegiatan sampingan. Antara binatang yang diburu termasuklah pelanduk, kancil, rusa, seladang dan ayam hutan. Kegiatan berburu dijalankan secara meluas di Pahang dan Terengganu. Kegiatan menjerat gajah juga dijalankan kerana gajah boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan . Gajah digunakan sebagai alat pengangkutan atau pengangkutan utama golongan pemerintah ,di samping menjadi lambang ketinggian taraf seseorang pemerintah. Gajah juga

Page 6: Kks

dijadikan hadiah oleh pemerintah atau persembahan serta kenderaan semasa peperangan. Kegiatan menjerat gajah dijalankan secara meluas di Pahang kerana terdapat banyak binatang liar di negeri tersebut.

e. Penternakan Antara kegiatan menternak binatang utama masyarakat Melayu ialah ayam, itik, lembu dan kerbau. Selain menjadi sumber makanan, binatang ternakan seperti lembu dan kerbau juga digunakan untuk membajak sawah dan menarik kayu.

f. Perikanan Kegiatan menangkap ikan merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai, tasik, dan sungai. Hasil tangkapan digunakan untuk keperluan diri dan lebihannya dijual atau dikeringkan. Penduduk di Kelantan, Terangganu dan Pahang menjalankan kegiatan menangkap ikan di laut antara bulan Mac hingga Oktober. Kegiatan menangkap ikan dihentikan antara bulan November hingga Februari kerana keadaan laut yang bergelora dan berbahaya kepada nelayan. Cara menangkap ikan berbeza-beza dan bergantung kepada keadaan setempat, sungai atau laut. Antara alat-alat yang digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan tasik ialah serampang, tombak, tali kail, bubu, jala, pukat, pancing, jaring, tangguk, kelong, gawai, jermal, serkap dan lukah. Alat-alat yang digunakan menangkap ikan di laut ialah pukat, jala, jaring kelong dan rawai.

Kegiatan ekonomi komersial.a. Padi dan beras. Di Kedah , Perlis dan Kelantan kegiatan penanaman padi adalah bersifat separa sara diri dan berorientasikan komersial. Kedah mengeksport beras ke Pulau Pinang. Manakala Kelantan pula mengeksport beras ke Singapura. Negeri-negeri yang dapat menghasilkan lebihan hasil beras ialah Selangor, Perak dan Terengganu. Mereka mampu membekalkan beras kepada negeri-negeri Melayu lain.b. Hasil Hutan Hasil hutan merupakan kegiatan ekonomi komersial yang sangat diperlukan oleh para pendagangan. Antara hasil hutan yang dieksport ialah rotan, damar, gading gajah dan sebagainya.

Kegiatan pertanian dagang.a. Lada hitam dan gambir Lada hitam dan gambir banyak ditanam di Johor dan Pulau Pinang. Di Johor penanaman lada hitam dan gambir dijalankan oleh orang-orang Cina. Temenggong Daeng Ibrahim memberi hak berekonomi kepada tauke-tauke dan ketua kongsi gelap Cina bagi mengusahakan ladang-ladang lada hitam melalui Sistem Kangcu atau Surat Sungai.

ii. Kopi Ditanam oleh peladang-peladang Eropah. Kopi ditanam secara besar-besaran di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

b. Tanaman jualan lain Tanaman tebu banyak ditanam di Seberang Perai dan Krian. Orang Eropah memainkan peranan penting dalam penanaman. Banyak kilang memproses tebu didirikan di kawasan ini. Ubi kayu banyak diusahakan di Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan. Ditanam secara meluas pada pertengahan abad ke-19.

Kegiatan Perlombongana. Bijih Timah Diusahakan oleh raja dan pembesar Melayu. Antara pembesar Melayu yang menjalankan kegiatan pelombongan bijih timah ialah Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Raja Jumaat. Mereka menggunakan buruh-buruh Cina. Kawasan kegiatan bijih timah yang utama ialah Kinta, Larut, dan Dinding di Perak; Sungai Ujong dan Sungai Linggi di Negeri Sembilan; Sungai Selangor dan Sungai Kelang di Selangor.

Page 7: Kks

b. Emas. Diusahakan di Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor. Pada peringkat awal emas diusahakan oleh orang-orang Minangkabau dari Sumatera.

B. Kegiatan Ekonomi di Sarawak ( 5 markah )Kegiatan Ekonomi Sara diri.a. Penanaman Padi. Padi huma diusahakan oleh orang Iban, Bidayuh dan Kenyah. Diusahakan secara bergotong-royong. Padi huma diusahakan oleh masyarakat Kelabit yang tinggal di kawasan bukit Hulu Sg.Baram. Sistem tali air dibina untuk mengairi kawasan sawah.

b. Perikanan. Dijalankan oleh orang Melayu yang tinggal di kawasan persisiran pantai Kaum Iban menjalankan penangkapan ikan di kawasan sungai terutamanya di Sungai Rejang, Saribas dan Batang Lupar.

c. Tanaman-tanaman lain. Antara tanaman lain yang ditanam ialah lada hitam, pokok buah-buahan dan pokok mengkuang. Orang Melanau menjalankan kegiatan memproses sagu di Oya dan Mukah.

d. Perlombongan Antimoni diusahakan oleh orang Bidayuh.

e. Perdagangan. Dijalankan oleh orang Melanau dan Brunei di kawasan sempadan. Barang-barang yang didagangkan ialah sagu.

Kegiatan ekonomi komersiala. Lada hitam Tanaman eksport terpenting pada zaman pemerintahan Brooke. Diusahakan oleh peladang Cina terutamanya pengusaha daripada Singapura. Brooke memberi tanah kepada saudagar-saudagar Cina untuk membuka kebun lada hitam. Antara tahun 1935-1939 Sarawak merupakan pengeksport kedua terpenting selepas Indonesia.

b. Gambir. Harga gambir meningkat pada tahun 1890-an. Brooke memberi tanah kepada peladang Cina. Gambir ditanam secara meluas di Bau. Pada awal abad ke-20, tanaman gambir mulai merosot kerana harganya tidak stabil.

c. Sagu. Sagu ditanam secara meluas di antara tahun 1850-1860. Diusahakan oleh orang Melayu dan Inggeris. Inggeris membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada pekebun-pekebun kecil. Mulai abad ke-20 orang Cina mulai mengambil alih kegiatan ini dan kemudian menguasai perusahaan sagu.

d. Perlombongan. Emas dilombong di Bau oleh orang Cina. Antimoni dilombong di Bahagian Pertama Sarawak. Pembesar Melayu menggunakan tenaga buruh Dayak.

C. Kegiatan ekonomi di Sabah. ( 5 markah )Kegiatan ekonomi sara diria. Penanaman Padi Tanaman makanan utama. Padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun. Kawasan penanaman padi yang utama ialah Tuaran, Papar, Penampang dan lembah bukit di Ranau, Keningau dan Tambunan. Padi huma ditanam di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang. Padi huma diusahakan oleh orang Murut danBajau.

Page 8: Kks

b. Tanaman-tanaman lain Jagung, ubi kayu, keledek, buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan ‘ makanan selang”c. Pertukangan Dijalankan oleh kaum Bajau. Mereka terkenal dengan kemahiran bertukang besi, menenun kain dan memacu kuda.d. Perikanan Dijalankan oleh masyarakat Melayu Brunei dan Kedayan. Dijalankan di sepanjang pantai perairan Sabah dan bersempadan dengan Brunei.e. Penternakan Binatang yang diternak ialah kerbau, ayam, itik dan khinzir. Dijalankan oleh suku kaum dusun dan Kadazan.Kegiatan Ekonomi Komersiala. Tembakau SBUB telah menggalakkan penanaman tembakau. Tembakau mula diusahakan oleh orangorang Cina. Selepas tahun 1884, peladang-peladang Belanda dan Jerman memainkan peranan penting dalam penanaman tembakau. Kawasan tumpuan ialah Pantai Timur Sabah. Pada tahun 1890 terdapat 60 estet tembakau yang kebanyakan tertumpu di Bahagian Timur Laut dan Pantai Timur Sabah. Peladang menggunakan tenaga buruh dari Singapura dan Hong Kong. Pada penghujung abad ke-19 penanaman tembakau merosot apabila permintaan dari Amerika merosot.

b. Perlombongan. Emas diusahakan oleh orang Cina di Sungai Segama. Petroleum diusahakan secara komersial oleh SBUB.

C. Penutup ( 2/3 markah )Kegiatan ekonomi di Malaysia sebelum kedatangan Barat bersifat sara diri dan komersial. Kegiatan ekonomi sara diri adalah untuk keperluan diri dan keluarga sendiri. Kegiatan ini menjadi komersial apabila lebihan yang ada dijual atau ditukar dengan barangan lain. Setelah kedatangan Barat, kegiatan ekonomi sara diri masih wujud dan kegiatan komersial serta perdagangan semakin berkembang.

Sistem Ekonomi Tradisional

Sistem ekonomi tradisional merupakan sistem ekonomi yang dijalankan secara bersama untuk kepentingan bersama (demokratis), sesuai dengan tata cara yang biasa ditempuh oleh nenek moyang sebelumnya.

Dalam sistem ekonomi tradisional, tugas pemerintah hanya terbatas memberikan perlindungan dalam bentuk pertahanan, dan menjaga ketertiban umum. Dengan kata lain kegiatan ekonomi yaitu masalah apa dan berapa, bagaimana dan untuk siapa barang diproduksi semuanya diatur oleh masyarakat.

Sistem ekonomi tradisional terdapat pada kehidupan masyarakat sederhana yang menggantungkan pada hasil alam untuk memenuhi kebutuhan hidupnya. Dalam sistem ekonomi ini rumah tangga bertindak sebagai produsen sekaligus konsumen sehingga setiap rumah tangga hanya berusaha memenuhi kebutuhannya sendiri.

Pada umumnya, sistem perekonomian ini berlaku pada negara-negara yang belum maju, dan mulai ditinggalkan. Misalnya Etiopia. Tapi pada umumnya, sistem ekonomi ini sangatlah primitif dan hampir tidak ada lagi di dunia.

Ciri-ciri sistem ekonomi tradisional adalah sebagai berikut:1. Alam merupakan sumber kehidupan dan sumber kemakmuran.2. Belum ada pembagian kerja dalam masyarakat.3. Hanya sedikit menggunakan modal.4. Jenis produksi disesuaikan dengan kebutuhan setiap rumah tangga.

Page 9: Kks

5. Masih menggunakan sistem barter dalam pemenuhan kebutuhan hidupnya.6. Proses produksi dan sistem distribusinya terbentuk karena kebiasaan atau tradisi yang berlaku di tengah

masyarakat.7. Terpeliharanya sifat kekeluargaan dalam kehidupan masyarakat.8. Teknik produksi dipelajari secara turun temurun dan bersifat sederhana.

Kelebihan sistem ekonomi tradisional adalah sebagai berikut: Tidak terjadi persaingan usaha karena semua kegiatan dilakukan berdasarkan kebiasaan. Masyarakat merasa sangat aman, karena tidak ada beban berat yang harus dipikul. Dengan sifat kekeluargaannya, masyarakat hidup dalam kebersamaan.

Kelemahan dari sistem ekonomi tradisional adalah sebagai berikut: Hasil produksi terbatas sehingga masyarakat tidak berusaha mencari keuntungan atau laba. Pola pikir masyarakat tidak berkembang karena diakibatkan oleh pengaruh tradisi. Tidak memperhitungkan efisiensi dan penggunaan sumber daya. Kegiatan ekonomi dilakukan untuk memenuhi kebutuhan hidup saja, tidak untuk meningkatkan

kemakmuran dan kesejahteraan. Teknologi yang digunakan masih sangat sederhana, sehingga produktivitas rendah