Klas Akaun

5
Prinsip Perakaunan SPM EPISOD 1 – KLASIFIKASI AKAUN 1. Kumpulan item manakah yang merupakan aset semasa dalam perniagaan Kedai Runcit Islah? A. Lekapan, Stok, Alatan Pejabat B. Stok, Sewa Terdahulu, Penghutang C. Gadai janji , Penghutang, Tunai di tangan D. Tunai di tangan, Tunai di Bank, Sewa Diterima Terdahulu JAWAPAN : B 2. Antara yang berikut, yang manakah BUKAN liabiliti perniagaan? A. Pemiutang niaga B. Komisen terakru C. Sewa diterima terakru D. Gadai janji Bangunan perniagaan JAWAPAN : C 3. Butiran manakah yang merupakan hasil kendalian perniagaan? A. Dividen daripada pelaburan B. Terimaan dari penghutang perniagaan C. Keuntungan atas jualan aset bukan semasa D. Terimaan dari perkhidmatan yang diberikan JAWAPAN : D 4. Antara yang berikut, pilih padanan contoh yang betul untuk jenis- jenis belanja kendalian perniagaan. Pengelasan / Jenis-jenis Belanja Kendalian perniagaan Contoh I Kos Jualan Insurans atas belian II Penjualan dan Pengagihan Angkutan masuk II I Pentadbiran dan am Gaji jurujual IV Kewangan Hutang lapuk A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV JAWAPAN : B

description

PA

Transcript of Klas Akaun

Page 1: Klas Akaun

Prinsip Perakaunan SPMEPISOD 1 – KLASIFIKASI AKAUN

1. Kumpulan item manakah yang merupakan aset semasa dalam perniagaan Kedai Runcit Islah?A. Lekapan, Stok, Alatan PejabatB. Stok, Sewa Terdahulu, PenghutangC. Gadai janji , Penghutang, Tunai di tanganD. Tunai di tangan, Tunai di Bank, Sewa Diterima Terdahulu

JAWAPAN : B

2. Antara yang berikut, yang manakah BUKAN liabiliti perniagaan?A. Pemiutang niagaB. Komisen terakruC. Sewa diterima terakruD. Gadai janji Bangunan perniagaan

JAWAPAN : C

3. Butiran manakah yang merupakan hasil kendalian perniagaan?A. Dividen daripada pelaburan B. Terimaan dari penghutang perniagaanC. Keuntungan atas jualan aset bukan semasaD. Terimaan dari perkhidmatan yang diberikan

JAWAPAN : D

4. Antara yang berikut, pilih padanan contoh yang betul untuk jenis-jenis belanja kendalian perniagaan.

Pengelasan / Jenis-jenis Belanja Kendalian perniagaan

Contoh

I Kos Jualan Insurans atas belianII Penjualan dan Pengagihan Angkutan masukIII Pentadbiran dan am Gaji jurujualIV Kewangan Hutang lapuk

A. I dan II C. II dan IIIB. I dan IV D. III dan IV

JAWAPAN : B

Page 2: Klas Akaun

5. Antara yang berikut, persamaan yang manakah TIDAK benar menggambarkan aset, liabiliti dan ekuiti pemilikA. Aset = Aset Bukan Semasa + Aset Semasa B. Liabiliti = Liabiliti Bukan Semasa + Liabiliti SemasaC. Ekuiti Pemilik = Modal = Pelaburan PemilikD. Ekuiti Pemilik = Aset + Liabiliti

JAWAPAN : D

6. Antara yang berikut, yang manakah TIDAK benar tentang persamaan perakaunan?

ASET(RM)

LIABILITI(RM)

EKUITI PEMILIK(RM)

A. 100 000 20 000 80 000B. 80 000 0 80 000C. 60 000 40 000 100 000D. 40 000 20 000 20 000

JAWAPAN : C

7. Urus niaga manakah yang akan mengurangkan jumlah ekuiti pemilik?A. Memberi diskaun RM48 B. Menerima komisen RM500 C. Membawa masuk kenderaan peribadi RM80 000 D. Membeli komputer untuk kegunaan perniagaan secara tunai RM5 500

JAWAPAN : A

8. Antara yang berikut, kenyataan yang manakah BENAR tentang ambilan oleh pemilik?A. Ambilan tunai akan mengurangkan keuntungan perniagaan B. Ambilan tunai sahaja yang akan mengurangkan ekuiti pemilik C. Ambilan barang hanya mengurangkan stok dan tiada kesan ke atas ekuiti pemilik D. Ambilan akan mengurangkan aset dan memberi kesan negatif ke atas ekuiti pemilik

JAWAPAN : D

Page 3: Klas Akaun

9. Butiran kewangan berikut diperoleh daripada buku perniagaan Kedai Dobi Ismeth pada 31 Disember, 2012.

Butiran RMPremis Milik Bebas 120 000Tunai di bank (Overdraf) 30 000Penghutang 40 000Komisen diterima terdahulu 5 000Gadai janji 50 000

Berapakah modal pada tarikh 31 Disember, 2012?A. RM75 000 C. RM145 000 B. RM85 000 D. RM245 000

JAWAPAN : A

10. Antara yang berikut, kesan urus niaga yang manakah BETUL ke atas persamaan perakaunan.

Kesan urus niaga ke atasASET LIABILITI EKUITI PEMILIK

(+) (-) (+) (-) (+) (-)

I Membayar sewa kedai secara tunai RM700

700 700

II Membeli sebuah Van secara kredit RM80 000

80 000 80 000

III Menjual stok bernilai RM200 secara tunai untuk RM260

260 200 60

IV Menerima cek RM2200 dari Penghutang dan diberikan diskaun RM200

2200 2400 200

A. I dan II C. II dan IIIB. I dan IV D. III dan IV

JAWAPAN : D

Page 4: Klas Akaun

TIPS PEPERIKSAAN:Semasa menjawab soalan-soalan yang berhubung dengan tajuk Kesan Urus niaga ke atas Persamaan Perakaunan, pelajar boleh mengaplikasikan petua berikut:

ASET  = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

Dengan demikian, kesan sesuatu urus niaga ke atas Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik dapat dinyatakan seperti berikut:

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK(+) (+)

(-) (-)(-)(+) Tiada Kesan

Tiada Kesan (-)(+)

KESILAPAN UMUM PELAJAR:Dalam tajuk Kesan Urus niaga ke atas Persamaan Perakaunan, antara kelemahan dan kesilapan pelajar adalah menentukan kesan urus niaga seperti berikut ke atas persamaan perakaunan.

Stok yang bernilai RM880 dijual dengan harga RM1000 secara kredit

Jawapan pelajar:Kesan urus niaga ke atas

ASET LIABILITI EKUITI PEMILIK

(+) (-) (+) (-) (+) (-)JAWAPAN YANG SERING DIBERIKAN 1000 880JAWAPAN YANG BETUL 1000 880 120

Jelas penyelesaian kesan urus niaga di atas ke atas persamaan perakauanan tidak seimbang dan tidak betul

Amaun yang patut dikurangkan daripada amaun stok ialah nilai kosnya iaitu RM880. Oleh kerana barang niaga ini dijual secara kredit, maka amaun Penghutang akan bertambah sebanyak RM1000. (Jika barang niaga dijual secara tunai,maka tambahkan kepada aset Tunai)

Perbezaan antara harga jualan dan nilai kos stok sebanyak RM120 (RM1000-RM880) adalah untung jualan stok niaga dan harus ditambahkan kepada untung perniagaan atau ekuiti pemilik.

Dari jawapan yang betul, dapat kita perhatikan keseimbangan dalam persamaan perakaunan dimana amaun bersih di kedua-dua belah persamaan adalah RM120