KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

9
Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah TEKNIK ZIEFIR - MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB DUA NOMBOR BAGI PELAJAR TAHUN 5 SIANTAN 2 Oleh ROZITA BT PAIMAN SK KAMPUNG MELAYU, KLUANG, JOHOR. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mendarab 2 no mbor di kalangan pelajar tahun 5. Memandangkan tidak semua murid boleh menguasai sifir dengan baik maka pendekatan khusus yang cuba diketengahkan tertumpu kepada penggunaan Teknik Ziefir. Teknik ini menjurus kepada penggunaan satu teknik baru yang mudah untuk mendapatkan jawapan yang betul dan tepat. Tinjauan awal dilakukan terhadap buku latihan pelajar, temu bual dan pra ujian. Hasil data kajian menunjukkan bahawa seramai 8 orang daripada 35 orang pelajar tahun 5 Siantan 2, menghadapi masalah dalam menguasai sifir darab. Seterusnya tidak boleh menyelesaikan masalah yang berkaitan pendaraban 2 nombor. Pelajar telah didedahkan kepada 3 sesi aktiviti dari aras yang mudah kepada aras yang sukar. Untuk menilai pemahaman pelajar, mereka perlu menjawab soalan latihan yang diberikan setiap kali aktiviti dijalankan. Hasil dapatan kajian melalui ujian pos dan latihan yang dijalankan membuktikan bahawa Teknik Ziefir telah berjaya membantu murid dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pendaraban 2 nombor. 5 dari 10 orang murid kumpulan sasaran tersebut telah berjaya menjawab 15 soalan dengan betul. Hanya terdapat sedikit kesalahan pada penambahan nombor oleh 3 orang murid dari kumpulan sasaran tersebut. 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lepas Pada bulan Februari lalu, saya telah mengajar mata pelajaran Matematik tentang tajuk pendaraban dua nombor kepada murid-murid tahun 5 Siantan 2. Saya rasa terkejut ketika menyemak buku latihan murid. Saya dapati walaupun mereka telah berada di tahap 2 namun tahap penguasaan mereka bagi tajuk pendaraban amat mengecewakan. Lantaran itu, saya berasa terpanggil untuk mengenal pasti dan merungkaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Saya berpendapat kegagalan pelajar dalam menjawab soalan pendaraban ini adalah disebabkan kekeliruan yang timbul di dalam cara-cara menulis jawapan yang betul. Ditambah pula dengan keupayaan hafalan sifir darab yang sangat lemah. Oleh itu, perlu adanya satu kaedah baru yang membolehkan pelajar menguasai sifir dengan baik tanpa memaksa mereka melakukannya. Disamping itu juga, perlu ada satu teknik baru bagi menyelesaikan masalah pendaraban kerana teknik-teknik yang sedia ada tidak dapat menangani kemelut pemasalahan yang melanda kini. 2.0 Fokus Kajian Sebagai seorang guru saya sedar akan perbezaan tahap individu dalam menguasai pelajaran yang dipelajari. Oleh itu saya telah menggunakan teknik yang berbeza dari teknik yang dipelajari oleh murid sebelum ini. Murid-murid diharapkan dapat mengira olahan yang berkaitan pendaraban dengan tepat. Bertepatan dengan pendapat yang dinyatakan oleh Dunn, R dan Dunn, K. (1978) dalam bukunya berjudul ‘Teaching Students Through Their Individual Learning Styles’ : “We were amazed to find an abundance of literature that had been accumulated over an eight-year period repeatedly verifying that each student learns in ways that are different from his or her peers.” Kata-kata ini menjelaskan bahawa setiap pelajar belajar dengan cara yang berbeza dari rakan sebayanya.

Transcript of KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

Page 1: KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

8/6/2019 KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

http://slidepdf.com/reader/full/klmtsr-ziefirtimes-two-number 1/9

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 

TEKNIK ZIEFIR - MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDARAB DUA NOMBOR BAGIPELAJAR TAHUN 5 SIANTAN 2

Oleh

ROZITA BT PAIMAN

SK KAMPUNG MELAYU,KLUANG, JOHOR.

ABSTRAK 

Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran mendarab 2 nombor dikalangan pelajar tahun 5. Memandangkan tidak semua murid boleh menguasai sifir denganbaik maka pendekatan khusus yang cuba diketengahkan tertumpu kepada penggunaanTeknik Ziefir. Teknik ini menjurus kepada penggunaan satu teknik baru yang mudah untukmendapatkan jawapan yang betul dan tepat. Tinjauan awal dilakukan terhadap buku latihanpelajar, temu bual dan pra ujian. Hasil data kajian menunjukkan bahawa seramai 8 orangdaripada 35 orang pelajar tahun 5 Siantan 2, menghadapi masalah dalam menguasai sifirdarab. Seterusnya tidak boleh menyelesaikan masalah yang berkaitan pendaraban 2 nombor.Pelajar telah didedahkan kepada 3 sesi aktiviti dari aras yang mudah kepada aras yangsukar. Untuk menilai pemahaman pelajar, mereka perlu menjawab soalan latihan yangdiberikan setiap kali aktiviti dijalankan. Hasil dapatan kajian melalui ujian pos dan latihan yangdijalankan membuktikan bahawa Teknik Ziefir telah berjaya membantu murid dalammenyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pendaraban 2 nombor. 5 dari 10 orang muridkumpulan sasaran tersebut telah berjaya menjawab 15 soalan dengan betul. Hanya terdapatsedikit kesalahan pada penambahan nombor oleh 3 orang murid dari kumpulan sasarantersebut.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lepas 

Pada bulan Februari lalu, saya telah mengajar mata pelajaran Matematik tentang tajukpendaraban dua nombor kepada murid-murid tahun 5 Siantan 2. Saya rasa terkejut ketika menyemakbuku latihan murid. Saya dapati walaupun mereka telah berada di tahap 2 namun tahap penguasaanmereka bagi tajuk pendaraban amat mengecewakan.

Lantaran itu, saya berasa terpanggil untuk mengenal pasti dan merungkaikan masalah yangdihadapi oleh murid-murid tersebut. Saya berpendapat kegagalan pelajar dalam menjawab soalanpendaraban ini adalah disebabkan kekeliruan yang timbul di dalam cara-cara menulis jawapan yangbetul. Ditambah pula dengan keupayaan hafalan sifir darab yang sangat lemah.

Oleh itu, perlu adanya satu kaedah baru yang membolehkan pelajar menguasai sifir denganbaik tanpa memaksa mereka melakukannya. Disamping itu juga, perlu ada satu teknik baru bagimenyelesaikan masalah pendaraban kerana teknik-teknik yang sedia ada tidak dapat menanganikemelut pemasalahan yang melanda kini.

2.0 Fokus Kajian

Sebagai seorang guru saya sedar akan perbezaan tahap individu dalam menguasai pelajaranyang dipelajari. Oleh itu saya telah menggunakan teknik yang berbeza dari teknik yang dipelajari olehmurid sebelum ini. Murid-murid diharapkan dapat mengira olahan yang berkaitan pendaraban dengantepat.

Bertepatan dengan pendapat yang dinyatakan oleh Dunn, R dan Dunn, K. (1978) dalambukunya berjudul ‘Teaching Students Through Their Individual Learning Styles’ :“We were amazed to find an abundance of literature that had been accumulated over an eight-year period repeatedly verifying that each student learns in ways that are different from his or her peers.” Kata-kata ini menjelaskan bahawa setiap pelajar belajar dengan cara yang berbeza dari rakansebayanya.

Page 2: KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

8/6/2019 KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

http://slidepdf.com/reader/full/klmtsr-ziefirtimes-two-number 2/9

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 

2

Oleh itu Teknik Ziefir ini diperkenalkan bagi menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang tidak dapat menguasai sifir seterusnya membantu mereka menyelesaikan masalahpendaraban. Di dalam penggunaaan Teknik Ziefir pelajar diberikan penekanan kaedah penggunaangarisan-garisan dalam mencari hasil darab bagi 2 nombor.Seterusnya menggunakan satu teknik baru dalam menyelesaikan masalah pendaraban dua nomboryang lebih besar.

1. Menggunakan garisan melintang dan menegak untuk mendapat hasil darab dua nombor.

Contoh: 6 x 4 = ______ - Nombor 6 diwakili oleh garisan melintang.- Nombor 4 diwakili oleh garisan menegak.- Kira jumlah persilangan antara garisan melintang dan menegak untuk mendapatkan

 jawapan.

2. Menggunakan Teknik Ziefir bagi mendapatkan hasil darab dua nombor yang lebih besar.Contoh: 456 x 43

1 2 3 4 5 6

4

3

2

1

4

4

5

6

91

4

5

63

6 0 8

2

61

0

2 4

1 8

1 5

1 2

1

+

Page 3: KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

8/6/2019 KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

http://slidepdf.com/reader/full/klmtsr-ziefirtimes-two-number 3/9

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 

3

3.0  Objektif Kajian :

3.1 Objektif UmumMembantu meningkatkan kemahiran mendarab 2 nombor yang hasil darabnya kurang daripada10 000 dengan menggunakan Teknik Ziefir.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Menggunakan Teknik Ziefir untuk mencari hasil darab dua nombor.3.2.2 Menyelesaikan soalan pendaraban dua nombor menggunakan Teknik Ziefir.3.2.3 Menggunakan / mengaplikasi Teknik Ziefir dalam menyelesaikan soalan pendaraban

dua nombor.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang pelajar Tahun 5 Siantan 2 yang menghadapimasalah dalam mengingati sifir dan tidak dapat melakukan pendaraban 2 nombor dengan betul.Kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti ini diperolehi berpandukan hasil daripada keputusan ujianpra dan pemerhatian yang telah dijalankan terhadap pelajar 5 Siantan 2.

5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah :Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,

tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebihmendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data berteraskanpendekatan di bawah:

5.1.1 Pemerhatian Kaedah pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat

semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Di samping itupemerhatian juga di buat melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan secaralisan, semakan kerja rumah dan latihan bertulis.

5.1.2 Temu bual Temu bual ini dilakukan secara tidak formal. Ianya dijalankan terhadap murid-

murid yang mempunyai masalah dalam mendarab dua nombor.

5.1.3 Ujian Pra Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar penguasaan murid-murid

terhadap sifir dan pendaraban 2 nombor. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbinganbermula.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Bermula pada 1 Mac 2006, saya telah menjalankan tinjauanmasalah terhadap pelajar tahun 5 Siantan 2. Ianya bagi mengenal pasti pelajar yangmenghadapi masalah dalam menguasai sifir dan tidak dapat menyelesaikan soalanpendaraban. Pelajar yang dikenal pasti telah menjadi kumpulan sasaran bagi kajian ini. 

5.2.1 Pemerhatian Hasil pemerhatian yang dibuat didapati 8 orang pelajar mempunyai masalah

yang sama, di mana mereka menghadapi masalah dalam menguasai sifir 2 hingga 9.Seterusnya tidak dapat menyelesaikan soalan yang melibatkan pendaraban.

Page 4: KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

8/6/2019 KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

http://slidepdf.com/reader/full/klmtsr-ziefirtimes-two-number 4/9

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 

4

5.2.2 Temu bual Saya menemubual secara rambang terhadap pelajar yang menghadapi

masalah menguasai sifir. Dari temubual yang dibuat, didapati pelajar memberikan jawapan yang hampir sama.

Dialog antara guru dan pelajarGuru : Suka belajar matematik? Pelajar : Suka.

Guru : Boleh baca sifir 6? Pelajar : Saya tidak hafal la, cikgu.Guru : Mengapa tak hafal? Pelajar : Susah sangat nak hafal. Asyik lupa

aje.Guru : Macamana pula dengan darab dengan 

nombor yang besar? Pelajar : Saya memang selalu salah. Tak tahu

macamana nak dapatkan jawapan.Guru : Cikgu dah ajar cara yang perlu awak 

gunakan untuk mendapatkan  jawapan. Awak tak gunakan ke? 

Murid : Payah la cikgu.

5.2.3 Ujian Pra 

Hasil dapatan ujian pra yang diperolehi adalah seperti dalam jadual di bawah:

Jadual 1 : Analisis Ujian Pra Pelajar 5 Siantan 2 

JumlahSoalan

Jumlah JawapanBetul

BilanganMurid

PeratusGred

15 - 13 10 28 A

12 - 10 14 40 B

9 - 7 3 9 C

6 - 4 3 9 D

15soalan

3 - 0 5 14 E

JUMLAH 35 100

Berdasarkan ujian pra, didapati seramai 3 orang ( 9% ) pelajar mendapat gred D.Manakala 5 orang ( 14% ) pelajar telah mendapat gred E. Ini menunjukkan bahawa seramai 8orang pelajar gagal menjawab soalan pendaraban yang dikemukakan. Walaupun jumlahnyatidak ramai, tetapi boleh dianggap serius jika tidak diambil tindakan segera memandangkanianya salah satu daripada empat operasi utama dalam matematik.

Page 5: KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

8/6/2019 KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

http://slidepdf.com/reader/full/klmtsr-ziefirtimes-two-number 5/9

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 

5

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

5.3.1 Bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran ini saya telah merancang 3 aktivitiuntuk melaksanakan penggunaan Teknik Ziefir. Di akhir setiap sesi murid akanmenjawab soalan lembaran kerja bagi mengukur penguasaan mereka terhadap apayang telah dipelajari. 

a) Aktiviti 1

Sesi ini merupakan sesi awal dan pengenalan tentang penggunaan Teknik Ziefir. Muriddibimbing untuk menggunakan Teknik Ziefir dalam mencari hasil darab bagi duanombor. Beberapa soalan akan diajukan bagi menjurus kepada pemahamanpenggunaan teknik ini.

b) Aktiviti 2 Sesi ini merupakan sesi di mana murid akan diberikan penerangan lanjut tentangpenggunaan Teknik Ziefir. Murid akan didedahkan dengan beberapa soalan yang lebihsukar untuk memantapkan lagi pemahaman mereka terhadap teknik yang telahdipelajari.

c) Aktiviti 3 

Semasa sesi ini murid akan didedahkan bagaimana untuk mengaplikasikanpenggunaan Teknik Ziefir dalam mendapatkan jawapan bagi soalan yang berkaitandengan topik ini.

5.3.2 Bahan-bahan Yang Digunakan Semasa Kajian

a) Aktiviti 1i) Lembaran kerja 1 yang mengandungi 10 soalan.

b)   Aktiviti 2 i) Lembaran kerja 1 yang mengandungi 10 soalan.

b)   Aktiviti 3 i) Lembaran kerja 3 yang mengandungi 10 soalan.

5.3.3 Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian 

a) Saya memperuntukkan masa selama satu jam setiap hari untuk setiap sesiperjumpaan.

b) Saya bertindak sebagai pelaksana di dalam melaksanakan kajian tindakan ini.Sementara guru-guru dan juga murid-murid lain turut terlibat secara tidak langsungsemasa ujian pra dan dalam membuat pemerhatian.

c) Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan.Pemerhatian juga dilakukan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, melaluisemakan kerja rumah, latihan bertulis dan ujian pra.

d) Dua sesi temubual dijalankan terhadap pelajar-pelajar kumpulan sasaran untuk melihatrespon pelajar-pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepasmempelajari Teknik Ziefir.

e) Ujian pra dijalankan diperingkat awal kajian, manakala ujian pos dijalankan pada akhirtempoh kajian. Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisis bagi mengetahuiperubahan prestasi pelajar.

f) Soalan ujian pra dan ujian pos hampir sama bagi melihat murid sudah menguasaikemahiran yang dipelajari.

Page 6: KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

8/6/2019 KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

http://slidepdf.com/reader/full/klmtsr-ziefirtimes-two-number 6/9

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 

6

Jadual 2 : Jadual Pelaksanaan Kajian 

TARIKH HARI AKTIVITI

Jan - Mac 2006 Tinjauan Masalah

11 April 2006 Jumaat Ujian Pra

14 April 2006 Isnin Aktiviti 1

16 April 2006 Rabu Aktiviti 2

18 April 2006 Jumaat Aktiviti 3

21 April 2006 Isnin Ujian Pos

5.4 Perlaksanaan Tindakan Dan Penilaian

5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, saya memperkenalkan dan

menerangkan bagaimana menggunakan Teknik Ziefir kepada murid-murid. Pengajaran danpembelajaran menjurus kepada bagaimana menggunakan teknik ini dalam menyelesaikansoalan pendaraban. Murid didedahkan dengan beberapa soalan bagi menjurus kepadapemahaman penggunaan teknik ini. Di akhir pembelajaran murid dikehendaki menjawab 10soalan pendaraban.

i) Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian saya, kumpulan pelajar sasaran menunjukkan minat

terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Di mana pelajar didedahkan denganpenggunaan Teknik Ziefir yang memudahkan pelajar mendapatkan jawapan bagi setiap soalan

yang dikemukakan. Persaingan telah berlaku di mana setiap murid cuba menjawab setiapsoalan yang dikemukakan.

ii) Refleksi  Saya merasakan bahawa pendekatan pengajaran menggunakan Teknik Ziefir

memudahkan murid menyelesaikan soalan pendarabab 2 nombor. Ini dapat dilihat semasapelajar berlumba-lumba mendapatkan jawapan yang dikemukakan. Di samping itu, suasanaketika aktiviti dijalankan begitu ceria, harmonis dan memberikan keseronokan kepada murid.

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2  Penerangan yang lebih lanjut tentang penggunaan Teknik Ziefir akan diberikan kepada

murid. Murid juga akan didedahkan dengan beberapa soalan yang lebih sukar untukmemantapkan lagi pemahaman mereka terhadap teknik yang telah dipelajari. Setelah selesaisesi ini murid dikehendaki menjawab 10 soalan dari lembaran kerja.

i) Pemerhatian Dari pemerhatian yang dilakukan terhadap latihan yang diberikan, murid berjaya menjawabkesemua 10 soalan. Murid sudah boleh menggunakan teknik ini dengan lebih baik.

ii) Refleksi Saya berpuas hati dengan pencapaian setiap pelajar berbanding sebelum sesi bimbingandijalankan. Terdapat perubahan yang ketara di mana murid mampu menjawab soalan yangdiberikan.

Page 7: KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

8/6/2019 KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

http://slidepdf.com/reader/full/klmtsr-ziefirtimes-two-number 7/9

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 

7

5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3 Murid dibimbing bagaimana menggunakan Teknik Ziefir dalam menyelesaikan soalanpendaraban 2 nombor. Bagi melihat penguasaan murid dalam menggunakan teknik ini, muriddikehendaki menjawab 10 soalan pendaraban.

i) Pemerhatian Pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukan. Apa yang membanggakan ialah pelajar dapatmenjawab kesepuluh-sepuluh soalan dengan betul. Saya juga dapat meihat murid cuba

mengaplikasikan teknik yang telah dipelajari untuk mendapatkan jawapan. 

ii) Refleksi Saya berpuas hati kerana pelajar dapat menguasai Teknik Ziefir dan menggunakan teknik inidalam menyelesaikan masalah pendaraban.

5.5 Refleksi Kajian

5.5.1 Refleksi Pencapaian Murid Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, didapati kajian tindakan yang dijalankan initelah memberikan impak yang cukup baik di dalam membantu pelajar dalam menyelesaikansoalan pendaraban. Hasil dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan

pencapaian pelajar dalam latihan-latihan yang diberikan. Peningkatan pencapaian pelajar jugadapat dilihat dalam ujian pos.

Jadual 3 : Perbandingan pencapaian individu dalam ujian pra dan ujian pos serta latihan 1, 2 dan 3.

Jumlah Jawapan Yang Betul

Murid

Ujian Pra Latihan 1 Latihan 2 Latihan 3 Ujian Pos

Murid 1 2 9 10 10 13

Murid 2 3 8 10 10 15

Murid 3 3 10 10 10 15

Murid 4 4 8 9 10 13

Murid 5 4 9 10 10 15

Murid 6 6 10 10 10 15

Murid 7 6 10 9 10 15

Murid 8 6 10 10 10 14

Page 8: KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

8/6/2019 KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

http://slidepdf.com/reader/full/klmtsr-ziefirtimes-two-number 8/9

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 

8

Jadual 4 : Perbandingan pencapaian individu dalam ujian pra dan ujian pos 

JUMLAH JAWAPAN YANG BETULMURID

UJIAN PRA UJIAN POS

Murid 1 2 13

Murid 2 3 15

Murid 3 3 15

Murid 4 4 13

Murid 5 4 15

Murid 6 6 15

Murid 7 6 15

Murid 8 6 14

Hasil daripada kajian ini menunjukkan penggunaan Teknik Ziefir telah membantu muriddalam menyelesaikan soalan pendaraban. Merujuk jadual di atas, 8 orang murid kumpulansasaran kajian telah berjaya memperolehi keputusan yang amat membanggakan. 5 orangmurid telah berjaya menjawab kesemua soalan yang dikemukakan. Kesilapan kepadabeberapa orang murid hanya kerana murid tidak dapat menambah dengan betul.

5.5.2 Refleksi Sesi Temubual 

Sesi temubual dijalankan secara tidak formal selepas selesaimenjalani aktiviti bimbingan. Ianya dijalankan bagi mendapatkanpandangan pelajar sasaran terhadap teknik yang telahdiperkenalkan.

Dari sesi temubual yang dijalankan dapat disimpulkanbahawa pelajar amat berminat apabila menggunakan Teknik Ziefir. Mereka merasakan bahawateknik ini telah dapat membantu mereka menyelesaikan soalan pendaraban dengan mudah.

5.5.3 Refleksi Pemerhatian 

Teknik Ziefir telah membantu pelajar menjawab soalan dengan mudah. Misalnya,dalam ujian pra, pelajar telah melakukan banyak kesilapan dalam menjawab soalanpendaraban. Manakala, setelah diperkenalkan Teknik Ziefir kepada kumpulan sasaran, merekalebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diberikan.

Situasi ini dapat dilihat semasa ujian pos dijalankan terhadap kumpulan sasaran.Murid tersebut telah berjaya menjawab 15 soalan dengan betul. Hanya terdapat sedikitkesalahan pada penambahan nombor oleh 3 orang murid dari kumpulan sasaran tersebut.

Page 9: KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

8/6/2019 KLMTSR-ZIEFIR_Times Two Number

http://slidepdf.com/reader/full/klmtsr-ziefirtimes-two-number 9/9

Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah 

9

Kesimpulannya, penggunaan Teknik Ziefir adalah salah satu teknik pengajaran danpembelajaran yang boleh diadaptasikan di dalam kelas. Teknik ini telah diuji dan digunakandalam pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid dalam menyelesaikan soalanpendaraban.

5.5.4 Refleksi Keseluruhan 

Pada awalnya, telah dikenal pasti seramai 8 orang pelajar dalam kelas 5 Siantan 2yang tidak boleh menguasai sifir dengan baik. Seterusnya gagal menjawab soalan pendarabanbagi 2 nombor. Setelah diperkenalkan Teknik Ziefir, murid kumpulan sasaran telah berjayamenjawab soalan-soalan latihan berkaitan pendaraban dengan yakin.

Bersyukur kerana kajian tindakan yang dijalankan ini telah berjaya membantumenyelesaikan masalah penguasaan sifir darab oleh murid. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik.

6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya

Keberkesanan Teknik Ziefir dalam membantu pelajar menyelesaikan masalah pendarabantidak dapat dinafikan. Berteraskan hasil dapatan kajian, membuktikan penggunaan teknik ini mampumewujudkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan semasa menyelesaikan latihan yang diberi.Saya berpendapat bahawa teknik Ziefir boleh diperluaskan lagi penggunaannya kepada soalanpendaraban yang lebih besar.

BIBLIOGRAFI:

1) Ee Ah Meng. 1994. Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : PenerbitanFajar Bakti Sdn. Bhd.

2) Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Huraian Sukatan Pelajaran MatematikTahun 4. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

3) Sharifah Alwiah Alsagoff. 1984. Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur:Heinemann Asia.

4) Sub Unit Penyelidikan BPG. 2001. Modul Garis Panduan Kursus PenyelidikanTindakan. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.