Klon bm 2005

20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah. 1 Puan Halimah sedang __________ ikan di dapur. (ID:1172294545627 /KLON/UPSR/2005/1) A merebus B memasak C membakar D menggore ng [Atas ] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 2 "__________ tidak yakin __________ akan berjaya, kalau hanya berpeluk tubuh sahaja," kata Maryam kepada Ahmad.(ID:1132092432856 /KLON/UPSR/2005/2) A Kalian ... dia B Saya ... awak C Awak ... baginda D Engkau ... mereka [Atas ] Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 3 Air kolam itu menjadi __________ kerana musim kemarau yang terlalu lama.(ID:1128010644958 /KLON/UPSR/2005/3) Jaw ab Jaw ab

Transcript of Klon bm 2005

Page 1: Klon bm 2005

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

1 Puan Halimah sedang __________ ikan di dapur.(ID:1172294545627 /KLON/UPSR/2005/1)

A merebus

B memasak

C membakar

D menggoreng

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.2 "__________ tidak yakin __________ akan berjaya, kalau hanya berpeluk tubuh sahaja," kata

Maryam kepada Ahmad.(ID:1132092432856 /KLON/UPSR/2005/2)

A Kalian ... dia

B Saya ... awak

C Awak ... baginda

D Engkau ... mereka

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.3 Air kolam itu menjadi __________ kerana musim kemarau yang terlalu lama.(ID:1128010644958

/KLON/UPSR/2005/3)

A kotor

B singkat

C cangkat

D wangi

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.4 Batu yang besar itu tidak __________ olehnya.(ID:1172579128979 /KLON/UPSR/2005/4)

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Page 2: Klon bm 2005

A berangkat

B terangkat

C pengangkat

D mengangkat

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

5 Terdapat lima batang pokok durian yang ditanam di __________ rumahnya.(ID:1172631826431/KLON/UPSR/2005/5)

A tepi

B sebelah

C belakang

D hadapan

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.6 Marina kelihatan __________ setelah sebulan terlantar di hospital.(ID:1170905126990

/KLON/UPSR/2005/6)

A halus

B kecil

C nipis

D kurus

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Page 3: Klon bm 2005

7 Kapal terbang itu tidak akan berlepas __________ penumpang telah penuh __________ masa untuk berlepas telah tiba.(ID:1131871067913 /KLON/UPSR/2005/7)

A jika ... sementara

B walhal ... apabila

C ketika ... hingga

D kendatipun ... kecuali

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

8 Orang ramai __________ membeli tiket perlawanan akhir bola sepak itu.(ID:1131871286953/KLON/UPSR/2005/8)

A berlonggok-longgok

B berebut-rebut

C berjengkek-jengkek

D bersiar-siar

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.9 Majlis perkahwinan kakak __________ dengan upacara berinai sebelum kedua-dua mempelai

bersanding di atas pelamin.(ID:1128014560885 /KLON/UPSR/2005/9)

A disertai

B diakhiri

C dimulakan

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Page 4: Klon bm 2005

D dinantikan

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.10 Pemuda __________ yang berasal dari bandar itu sangat baik budi bahasanya.(ID:1157243538214

/KLON/UPSR/2005/10)

A tampan

B comel

C cantik

D genit

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.11 Walaupun berjauhan, persahabatan mereka masih erat __________ isi dengan kuku.

(ID:1234625806150 /KLON/UPSR/2005/11)

A bagi

B sejak

C bagai

D selain

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.12 Dia tidak sanggup lagi melaksanakan tugasan itu __________ badannya semakin uzur.

(ID:1172554562323 /KLON/UPSR/2005/12)

A semasa

B sekiranya

C sementara

D sementelah

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Page 5: Klon bm 2005

13 Saiful dan Asmawi sedang meneliti __________ perkhemahan pasukan pengakap sekolah mereka.(ID:1128016253327 /KLON/UPSR/2005/13)

A peta lakar kawasan

B peta melakar kawasan

C peta melakarkan kawasan

D peta lakaran kawasan

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

14 "__________ simpan buku-buku itu semula di atas rak di hujung sana," kata Nadia kepada Nabila.(ID:1131847197023 /KLON/UPSR/2005/14)

A Sila

B Usah

C Jemput

D Tolong

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.15 Ayah mengucapkan takziah __________ Pak Cik Abu kerana kematian isteri beliau

semalam.(ID:1131872359133 /KLON/UPSR/2005/15)

A daripada

B dari

C pada

D kepada

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Page 6: Klon bm 2005

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

16 __________ mengumumkan acara lari di dalam guni sedang dijalankan.(ID:1132089051871/KLON/UPSR/2005/16)

A Juruacara

B Jurucakap

C Juruhebah

D Jurubahasa

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.17 Molly menjadi __________ dalam pertandingan itu kerana Foo Keong tidak datang.

(ID:1172555566444 /KLON/UPSR/2005/17)

A tahan lasak

B besar kepala

C bidan terjun

D hentam keromo

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

18 Ramli tidak terdaya untuk __________ sampan yang berat itu.(ID:1130051317153/KLON/UPSR/2005/18)

Jaw ab

Jaw ab

Page 7: Klon bm 2005

A mengayuh

B merentap

C menarik

D mengangkut

[Atas]Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.

19 "Wah, __________ seronok kalian kerana dapat mandi di dalam kolam ini!" kata Saiful.(ID:1128633246503 /KLON/UPSR/2005/19)

A terlalu sekali

B terlalu paling

C sungguh amat

D sungguh nian

[Atas]

20 Air di dalam tasik di tepi kawasan hutan itu keruh dan tenang.Perkataan berlawan bagi keruh ialah(ID:1172555785744 /KLON/UPSR/2005/20)

A bening

B berseri

C berkilat

D berkilau

[Atas]

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Page 8: Klon bm 2005

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

21 Apakah yang dilakukan oleh ahli-ahli bomba itu?(ID:1172637793205 /KLON/UPSR/2005/21)

A Mereka sedang menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

B Mereka sedang berbincang untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

C Mereka bercadang hendak menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

D Mereka gembira kerana dapat menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

[Atas]Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.22 Fikri menceritakan pengalamannya semasa berada di England kepada Zeti.(ID:1132092759480

/KLON/UPSR/2005/22)

A Siapakah yang menceritakan pengalamannya?

B Apakah yang diceritakan oleh Fikri kepada Zeti?

C Mengapakah Fikri menceritakan pengalamannya di England?

D Bagaimanakah Fikri menceritakan pengalamannya kepada Zeti?

[Atas]Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.23 (ID:1234280670680 /KLON/UPSR/2005/23)

A Arahan itu ialah bukan untuk semua pengawas perpustakaan.

B Pakaian rasmi tetamu pada malam itu adalah hijau dan biru tua.

C Masalah yang dihadapi oleh syarikat itu adalah kekurangan tenaga kerja terlatih.

D Gotong-royong itu dilakukan ialah untuk membersihkan kawasan makmal komputer.

[Atas]Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.24 I. Walaupun usianya sudah lanjut, pendengarannya masih tajam.

II. Tangan kakak luka kerana terkena pisau yang tajam.III. Budak itu sangat tajam otaknya.

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Page 9: Klon bm 2005

IV. Encik Rahim memukul kaki pencuri itu dengan tajam hingga patah.

(ID:1151622245309 /KLON/UPSR/2005/24)

A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II , III dan IV sahaja

[Atas]Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.25 I. Upacara nikah akad pasangan pengantin itu berlangsung dengan amat tertib.

II. Cikgu Omar dapat memahami hasrat hati Aziah dalam perbualan mereka itu.III. Badan anggota yang cergas dapat menjamin kesihatan diri.IV. Sayur-sayuran segar itu dibeli di pasar raya besar.

(ID:1235000176466 /KLON/UPSR/2005/25)

A I dan II sahaja

B II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

[Atas]Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.26 Ani menjemput ayahnya minum kopi itu.(ID:1172644050835 /KLON/UPSR/2005/26)

A "Ayah, pergilah minum kopi ini," kata Ani kepada ayahnya.

B "Silalah minum kopi ini, ayah," kata Ani kepada ayahnya.

C "Jemputlah minum kopi ini, Ani," kata ayah kepada Ani.

D "Ayah, minumlah kopi itu," jerit Ani kepada ayahnya.

[Atas]Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.27 "Selepas selesai aktiviti gotong-royong ini, bolehlah kita minum air sirap di warung Pak

Abu," ajak Ali kepada kawan-kawannya.(ID:1172644507860 /KLON/UPSR/2005/27)

A Setelah aktiviti gotong-royong selesai, Ali mengajak kawan-kawan Pak Abu minum air sirap di warungnya.

B Ali dan kawan-kawannya minum air sirap di warung Pak Abu setelah selesai aktiviti gotong-royong itu.

C Ali mengajak kawan-kawannya minum air sirap di warung Pak Abu setelah

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Page 10: Klon bm 2005

aktiviti gotong-royong itu selesai.D Setelah selesai aktiviti gotong-royong itu, Pak Abu mengajak Ali dan

kawan-kawannya minum air sirap di warungnya.

[Atas]Pilih ayat yang betul.28 (ID:1151623468589 /KLON/UPSR/2005/28)

A Zarini memetik sekuntum bunga mawar lalu diselitkan kepada sanggulnya.

B Mereka mengarak kemenangan pasukan hoki sekolah.

C Letih lesu badannya kerana tidak tidur semalaman.

D Kakak menghadiahi sebuah buku cerita kepada adik.

[Atas]Pilih ayat yang betul berdasarkan gambar di bawah.

29 (ID:1132173712431 /KLON/UPSR/2005/29)

A Wah, kasihan dia terpaksa bayar saman!

B Aduhai, malang sungguh nasibnya!

C Aduh, kenapa sampai kena saman!

D Cis, besarnya kereta dia!

[Atas]Pilih ayat-ayat yang betul.30 I. Kami akan menjemput nenek di bas stesen esok.

II. Semua murid yang cemerlang telah diraikan dalam majlis itu.III. Ketua pasukan telah menenangkan suasana yang kucar-kacir itu.IV. Perahu-perahu nelayan itu menyusuri pantai.

(ID:1132097863739 /KLON/UPSR/2005/30)

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Page 11: Klon bm 2005

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

[Atas]Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Pencemaran udara ialah gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara menyebabkan berlakunya perubahan cuaca dan mengancam kehidupan makhluk sejagat. Bahan-bahan itu terapung di udara sehingga memberi kesan negatif kepada manusia serta kehidupan alam flora dan fauna menyebabkan alam sekitar sudah tidak selamat untuk didiami. Keselamatan ialah keperluan asas bagi semua hidupan. Menghindari daripada kekotoran ialah satu daripada langkah ke arah keselamatan.Anasir-anasir yang tercemar itu akan masuk ke seluruh tubuh badan manusia melalui pernafasan. Sistem pernafasan manusia akan terganggu. Gas yang tercemar itu akan meracuni seluruh sistem pengangkutan oksigen. Bahan-bahan ini berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam saluran darah. Lama-kelamaan organ-organ kita akan bertambah lemah. Kesannya ialah akan timbul pelbagai jenis penyakit kronik misalnya kekejangan, barah, asma, anemia dan sistem paru-paru juga turut tergugat. Kita tidak boleh mengelak daripada udara malah sangat memerlukannya untuk hidup. Faktor keselamatan adalah sangat penting bagi semua kehidupan.Ramai orang yang meyedari bahawa kualiti udara yang semakin buruk ini bukan lagi masalah setempat malah sudah menjadi masalah global. Udara tercemar adalah akibat daripada aktiviti manusia dan proses alam sendiri. Asap kenderaan, asap kilang, peperangan ujian nuklear dan pembakaran terbuka adalah antara beberapa aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab dan telah menyumbang ke arah pencemaran udara. Namun demikian, pencemaran juga boleh terhasil daripada fenomena alam semula jadi, hutan terbakar kerana ribut petir, dan letusan gunung berapi. Akibat daripada pencemaran itu maka terjadilah jerebu, penipisan lapisan ozon dan pemanasan suhu. Jerebu ialah kesan segera daripada pencemaran udara.Langkah-langkah pencegahan perlu diwujudkan segera. Persidangan demi persidangan antarabangsa telah diadakan dan beberapa resolusi juga telah dibuat. Menggubal dan menguatkuasakan undang-undang perlu dibuat segera. Tindakan tegas perlu diambil untuk

Page 12: Klon bm 2005

memastikan peraturan itu dipatuhi. Sebelum itu, kesedaran diri perlu diterapkan kepada setiap individu bahawa kebersihan adalah sangat penting. Tindakan ini hendaklah berterusan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.31 Mengapakah kita perlu menjaga alam sekitar daripada tercemar?(ID:1131987272532

/KLON/UPSR/2005/31)

A Supaya tidak berlaku sebarang fenomena alam.

B Untuk melambatkan daripada terjadinya perubahan cuaca.

C Pencemaran alam boleh menjejaskan kehidupan semua makhluk.

D Alam yang tercemar akan menyebabkan menularnya penyakit berjangkit.

[Atas]32 Bagaimanakah manusia boleh menghidapi penyakit-penyakit yang kronik?(ID:1131992527388

/KLON/UPSR/2005/32)

A Bahan-bahan tercemar yang tersedut akan menggangu sistem perjalanan darah.

B Gas yang beracun di udara akan meracuni semua organ di dalam tubuh manusia.

C Udara yang disedut akan mengalir ke dalam sistem perjalanan darah.

D Udara yang cemar akan menyerang organ-organ sehingga manusia menjadi lemah.

[Atas]33 Apakah kesan langsung yang terjadi hasil daripada pencemaran?(ID:1131996211456

/KLON/UPSR/2005/33)

A Lapisan ozon semakin menipis.

B Berlaku penyakit kronik.

C Suhu semakin panas.

D Kejadian jerebu.

[Atas]34 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.(ID:1131995440398 /KLON/UPSR/2005/34)

A Tindakan tegas dilaksanakan setelah diadakan kempen kesedaran.

B Isu pencemaran udara merupakan masalah setempat.

C Masyarakat antarabangsa prihatin tentang pencemaran udara.

D Kualiti udara semakin berkurangan.

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Page 13: Klon bm 2005

[Atas]35 Frasa hangat-hangat tahi ayam bermaksud(ID:1131998110919 /KLON/UPSR/2005/35)

A orang yang agak lemah lembut.

B kelakuan yang selalu berubah-ubah.

C tingkah laku seseorang yang selalu marah-marah.

D sikap yang bersungguh-sungguh pada peringkat awal.

[Atas]Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Penggunaan getah mula berkembang apabila berlaku revolusi perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat. Permintaan terhadap getah telah meningkat dengan mendadak sehingga harganya mencecah ke paras tertinggi. Negara pengeluar getah asli seperti Malaysia cuba sedaya upaya untuk meningkatkan mutu getah asli dengan menubuhkan Pusat Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) pada tahun 1925.Walaupun getah berasal dari Brazil, namun negara ini tidak tergolong dalam senarai pengeksport getah utama di dunia. Antara negara pengeluar getah yang terbesar ialah Indonesia dan Thailand. Dahulu ladang-ladang getah di negara kita dimiliki oleh warga asing. Pada suatu ketika, negara kita pernah berada di tangga teratas negara-negara pengekport getah di dunia.Apabila negara kita semakin maju, banyak industri berasaskan getah telah menjadi tumpuan kerajaan. Eksport getah negara dalam bentuk bahan mentah seperti susu cair dan getah keping berubah kepada mengeksport barang-barang siap seperti tayar, sarung tangan, tilam dan perabot. Barang-barang keluaran di dalam negara kita mempunyai keunikannya tersendiri sehingga mendapat sambutan luar biasa di luar negara.Penebangan pokok-pokok getah tanpa penanaman semula atau menanam tanaman gantian seperti kelapa sawit dan pokok buah-buahan menyebabkan pengeluaran getah di dalam negara merosot. Segelintir rakyat tempatan pula kini lebih berminat bekerja di bandar sebagai buruh binaan dan di kilang-kilang perindustrian. Oleh yang demikian, RRIM telah mengambil langkah memperkenalkan benih yang bermutu dan baja khas. Sistem torehan baharu diperkenalkan agar hasil yang diperoleh dapat mengimbangi kekurangan keluasan kawasan penanaman. Subsidi penanaman semula kepada pekebun kecil ditambah untuk mengurangkan beban mereka dalam tempoh sebelum menikmati semula hasil

Jaw ab

Page 14: Klon bm 2005

daripada penanaman getah.36 RRIM ditubuhkan pada tahun 1925 untuk(ID:1127941771165 /KLON/UPSR/2005/36)

A meningkatkan kualiti getah asli.

B menambahkan permintaan getah asli.

C menaikkan harga getah asli ke paras tertinggi.

D mempelbagaikan pengeluaran barangan getah asli di Eropah dan Amerika.

[Atas]37 Negara yang pernah menduduki tempat pertama sebagai negara pengeluar getah di dunia

ialah(ID:1127948888091 /KLON/UPSR/2005/37)

A Brazil

B Thailand

C Malaysia

D Indonesia

[Atas]38 Antara berikut, yang manakah faktor utama kerajaan menumpukan perhatian dalam bidang

berasaskan getah?(ID:1127949229094 /KLON/UPSR/2005/38)

A Apabila negara bertambah maju.

B Banyak susu getah dapat dihasilkan.

C Barang-barang siap dapat dikeluarkan.

D Permintaan dari luar negara sangat menggalakkan.

[Atas]39 Yang berikut ialah punca kemerosotan pengeluaran getah, kecuali(ID:1127949590574

/KLON/UPSR/2005/39)

A tenaga buruh berkurangan.

B penggantian tanaman baru.

C penyelidikan tidak dilakukan.

D keluasan kawasan penanaman merosot.

[Atas]40 Apakah maksud rangkai kata mengurangkan beban mereka dalam petikan?(ID:1127950013128

/KLON/UPSR/2005/40)

A Memendekkan masa kerja-kerja menanam getah.

B Mengurangkan jumlah tanggungan penanaman getah.

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Jaw ab

Page 15: Klon bm 2005

C Meringankan masalah yang dihadapi penanam getah.

D Mengecilkan bilangan penanaman getah yang bermasalah.