KMTPP 01

download KMTPP 01

of 13

Transcript of KMTPP 01

KMTPP 01: MENGHASILKAN BUKU SKRAP PEJABAT TERBUKA KMTPP 02: MENHASILKAN BUKU SKRAP PEJABAT TERTUTUP

NAMA

: MUHAMMAD FIRDAUS BIN NORFADZLON

KELAS NO. K/P PENTAKSIR

: 4 PTP 2 : 961297-01-5385 : EN. MOHD ASNAWI BIN KAMALUDIN

TARIKH HANTAR : 30 FEBRUARI 2012

Isi Kandungan

Pengenalan Definisi Pejabat Definisi Pejabat Terbuka Definisi Pejabat Tertutup Ciri-ciri Pejabat Terbuka Ciri-ciri Pejabat Tertutup Gambar/Keratan akhbar/Majalah sebagainya Lakaran Pejabat Terbuka Lakaran Pejabat Tertutup Penutup Rujukan Penghargaan ___________________

Setiap organisasi sama ada organisasi perniagaan atau bukan perniagaan mempunyai pejabat masing-masing untuk menjalankan segala aktiviti. Terdapat dua jenis pejabat, iaitu pejabat terbuka dan pejabat tertutup.

Pejabat berfungsi menyediakan perkhidmatan seperti memberi penjelasan, mengendalikan sistem fail, menjalankan kerja-kerja pentadbiran, merekod dan menyimpan fail dan sebagainya.

Susun atur pejabat hendaklah kelihatan menarik dan teratur untuk memudahkan aktiviti pejabat dijalankan.

Keselamatan di dalam pejabat perlu diutamakan supaya dapat memberikan keyainan dan keselesaan kepada staf. Segala peraturan keselamatam yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua staf untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang mugkin berlaku.

Definisi pejabat ialah tempat untuk melaksanakan segala aktiviti dan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran, kewangan, memproses dan menyimpan maklumat kea rah mencapai matlamat organisasi dengan sempurna dan teratur

Definisi pejabat tertutup bermaksud mempunyai bilik-bilik yang menempatkan staf mengikut hierarki jawatan. Pejabat ini juga dikenali sebagai pejabat tradisional.

Definis pejabat terbuka ialah mempunyai ruang yang lebih terbuka dan bebas untuk bergerak dan dipisahkan oleh dinding-dinding mudah alih atau mudah dipasang dan senang diubah suai apabila diperlukan.

Ciri-ciri: mempunyai bilik-bilik yang menempatkan staf mengikut hierarki jawatan. Pejabat ini juga dikenali sebagai pejabat tradisional. Perabot dan peralatan yang terdapat di dalam bilik-bilik itu adalah untuk kegunaan staf di dalam bilik tersebut. Staf berkenaan bertanggungjawab terhadap peralatan dan perabot yang terdapat di dalam biliknya. Contohnya, almari, kabinat, kerusi, meja, sofa, komputer dan telefon Bilik yang tertutup dapat memberi peluang kepada staf untuk memberi tumpuan terhadap kerja Data dan maklummat rahsia organisasi lebih selamat dan terjamin daripada risiko kecurian kerana segala dokumen tersebut disimpandi dalam bilik yang berkunci.

Ciri-Ciri: mempunyai ruang yang lebih terbuka dan bebas untuk bergerak Dipisahkan oleh dinding-dinding mudah alih atau mudah dipasang dan senang diubah suai apabila diperlukan. Tempat atau ruang yang lebih luas disediakan untuk pengurus mengiku hierarki jawatan. Memudahkan pengawalan dan penyeliaan kerana staf ditempatkan secara berkelompok berhampiran dengan pengurus jabatan masing-masing. Lebih ekonomi kerana mempunyai ruang yang khas untuk menempatkan peralatan pejabat seperti komputer, mesin taip dan mesin facsimile untuk diguna oleh semua staf. Kedudukan peralatan ini mudah alih dan boleh diubah sekiranya diperlukan.

Dengan penghasilan buku skrap ini saya dapat memahami dengan lebih jelas mengenai maksud pejabat terbuka dan tertutup. Saya juga dapat mengetahui tentang kepentingan sesebuah pejabat. Selain itu, penghasilan buku skrap ini membuatkan saya dapat mengetahui lebih lanjut tentang ciri-ciri pejabat terbuka dan tertutup, secara tidak langsung saya dapat membandingkan jenis-jenis pejabat yang terdapat di sesebuah syarikat dengan baik dan jelas. Dengan ilmu pengetahuan yang saya perolehi hasil daripada membuat buku skrap ini saya dapat mendapati bahawa sesebuah organisasi perlu bijak memilih sesebuah pejabat mengikut kesesuaian tersendiri untuk penghaslan produk atau perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan.

Terdapat beberapa rujukan yang telah membantu saya melaksakan buku skrap ini antaranya ialah buku teks Teknologi Pejabat Perniagaan. Ianya telah memberi saya pelbagai maklumat yang penting.

Selain itu, internet juga antara sumber rujukan yang telah membantu saya dan memberi saya maklumat yang diperlukan. Rakan-rakan saya juga telah memberikan maklumat yang penting supaya saya dapat menyelesaikan bukun skrap ini.

Akhir sekali ialah majalah. Saya telah merujuk kepada majalah yang sesuai untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk saya mewujudkan buku skrap ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengetua S.M.V Perdagangan, Pn.Hjh Zanariah binti Hj Ahmad kerana telah mengizinkan saya untuk membuat buku skrap ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pentaksir dan guru TPP saya, En. Mohd Asnawi bin Kamaiudin kerana telah membantu saya memberi maklumat yang penting. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya iaitu En. Norfadzlon bin Mohd Noh dan Pn. Habibah binti Mohd Kassim.

Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan saya kerana tidak pernah berputus asa untuk memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.