Kod etika guru prasekolah

11
10.8 KOD ETIKA PERLAKUAN GURU PRASEKOLAH Adakah anda seorang guru prasekolah yang baik? Perkara yang sangat mustahak kepada seorang guru prasekolah adalah : meletakkan kanak-kanak dan keluarga mereka sebagai fokus yang utama. Kanak-kanak adalah kanak-kanak, mereka perlu diterima, dihormati dan dilayan dengan cara yang terbaik. Anda sentiasa menunjukkan kelakuan yang mengambil berat tentang mereka. Kita perlu senyum, ketawa, bercakap dengan kanak-kanak, berjenaka dengan kanak-kanak, meletakkan tangan pada bahunya, duduk bersama mereka, dan memeluk mereka jika perlu dan memberitahu kanak-kanak bahawa anda sangat mengambil berat terhadap mereka. 10.8.1 Etika Tanggungjawab Kepada Kanak-Kanak Sebagai pendidik kanak-kanak adalah wajar anda mempunyai ciri-ciri profesional seperti berikut: Peka terhadap perasaan kanak-kanak dan kualiti kanak- kanak berfikir. Lebih mengutamakan kebajikan kanak-kanak dan keselamatan kanak-kanak kami daripada hal-hal lain.

description

 

Transcript of Kod etika guru prasekolah

Page 1: Kod etika guru prasekolah

10.8 KOD ETIKA PERLAKUAN GURU PRASEKOLAH

Adakah anda seorang guru prasekolah yang baik?

Perkara yang sangat mustahak kepada seorang guru prasekolah adalah :

meletakkan kanak-kanak dan keluarga mereka sebagai fokus yang

utama. Kanak-kanak adalah kanak-kanak, mereka perlu diterima,

dihormati dan dilayan dengan cara yang terbaik.

Anda sentiasa menunjukkan kelakuan yang mengambil berat

tentang mereka. Kita perlu senyum, ketawa, bercakap dengan

kanak-kanak, berjenaka dengan kanak-kanak, meletakkan tangan

pada bahunya, duduk bersama mereka, dan memeluk mereka jika

perlu dan memberitahu kanak-kanak bahawa anda sangat

mengambil berat terhadap mereka.

10.8.1 Etika Tanggungjawab Kepada Kanak-Kanak

Sebagai pendidik kanak-kanak adalah wajar anda mempunyai ciri-ciri

profesional seperti berikut:

Peka terhadap perasaan kanak-kanak dan kualiti kanak-kanak berfikir.

Lebih mengutamakan kebajikan kanak-kanak dan keselamatan kanak-

kanak kami daripada hal-hal lain.

Sedia mendengar suara hati kanak-kanak dan memahami mereka.

Mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang kepada kanak-kanak.

Selalu menggunakan komunikasi bukan lisan dan memaksimakan

komunikasi bersama kanak-kanak.

Sentiasa melindungi hak kanak-kanak.

Bersikap adil terhadap setiap seorang kanak-kanak tanpa mengira faktor-

faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau

agama.

Menerima kanak-kanak sebagai individu yang berbeza dan menggunakan

aspek yang positif dalam kumpulan kanak-kanak.

Membuat kawalan yang baik daripada membuat ugutan (threatening).

Page 2: Kod etika guru prasekolah

Memberikan perasaan yang responsif, sentiasa memberi galakan dan

memberi peluang kejayaan kepada kanak-kanak serta memberi sokongan

apabila mereka dalam keadaan yang kebingungan dan keliru.

Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang

dapat memberikan contoh yang baik kepada kanak-kanak.

Membawa unsur kecindan (humor) dan daya imaginasi dalam kumpulan.

Meningkatkan dan memaksimakan komitmen terhadap kekuatan dan

potensi kanak-kanak.

Membimbing dan mengajar kanak-kanak mempelajari satu tahap

penguasaan kemahiran mengikut tahap pencapaian dan penguasaan

kemahiran mereka.

Kod Etika Terhadap Kanak-Kanak ( Etika NAEYC )

P-1.1.Kita tidak boleh merosakkan kanak-kanak. Kita tidak boleh terlibat dalam

membahayakan kanak-kanak dengan apa cara sekali pun. Kita tidak boleh

menindas, merosakkan anggota fizikal kanak-kanak.

P-1.2.Kita tidak patut menyertai mana-mana aktiviti yang mendiskriminasi kanak-kanak

yang memberi kelebihan kepada aktiviti yang berlandaskan agama, bangsa,

warganegara, kebolehan, status, kelakuan atau kepercayaan ibu bapa mereka.

P-1.3.Kita perlu melibatkan diri dengan aktiviti yang berilmu dalam memberi keputusan

yang wajar dan melibatkan kepentingan kanak-kanak.

P-1.4.Kita perlu membiasakan diri dengan simptom penderaan kanak-kanak dari segi

fizikal, seksual, lisan dan emosi serta tahu tentang undang-undang dan akta dalam

melindungi kanak-kanak.

P-1.5.Apabila kita mempunyai bukti tentang penderaan kanak-kanak, kita perlulah

melaporkan kepada pihak yang berkenaan dan pastikan tindakan sewajarnya akan

diambil.

Page 3: Kod etika guru prasekolah

10.8.2 Etika Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa

Pendidik kanak-kanak juga mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa dan

keluarga kanak-kanak seperti:

Sebagai seorang guru anda adalah seorang manusia yang

mementingkan manusia lain.

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak

mereka.

Kita mempunyai etika tanggungjawab untuk merahsiakan semua

maklumat mengenai kanak-kanak dan keluarganya kecuali yang

berhak mengetahuinya.

Kita tidak boleh menceritakan hal kanak-kanak di hadapan ibu

bapa mereka, kerana ini akan merosakkan konsep kendiri kanak-

kanak.

Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat

di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.

Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak

mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu

bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau

melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar

terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh

kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

Page 4: Kod etika guru prasekolah

Etika Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa dan Keluarga ( Etika NAEYC)

P2.1 Kita tidak boleh menafikan ahli keluarga kanak-kanak daripada memasuki bilik

darjah.

P2.2 Kita akan memberitahu keluarga kanak-kanak tentang falsafah program, polisi

dan kelayakan akademik

P2.4 Kita akan melibatkan keluarga dalam membuat keputusan penting yang

melibatkan anak mereka.

P2.5 Kita akan memberitahu keluarga jika anak mereka terlibat dengan kemalangan

semasa di sekolah.

P2.6 Keluarga akan diberitahu secara penuh tentang apa-apa cadangan penyelidikan

yang melibatkan kanak-kanak dan mereka akan diberi peluang sama ada

memberi atau tidak memberi persetujuan.

P2.7 Kita tidak akan melibatkan diri dalam eksploitasi terhadap keluarga. Kita tidak

akan menggunakan perhubungan kita dengan keluarga untuk kepentingan

peribadi atau keuntungan diri sendiri.

P2.8 Kita akan mengekalkan kerahsiaan dan hormat terhadap keluarga serta hak

mereka terhadap hal-hal peribadi.

10.8.3 Etika Tanggungjawab Kepada Masyarakat

Guru pendidikan awal kanak-kanak harus memupuk kesantunan diri kepada

kanak-kanak di bawah jagaannya supaya menghormati ibu bapa dan orang

yang lebih tua

Mengelakkan diri mengajar kanak-kanak tentang ajaran yang

bertentangan dengan adat dan budaya masyarakat.

Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan diterima oleh

masyarakat.

Mempamerkan bahasa pertuturan yang baik untuk menjadi ikutan

kanak-kanak dan keluarga.

Menunjukkan cara berpakaian yang sopan dan terpuji.

Menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggung

jawab sebagai seorang warganegara dan sanggup mengambil bahagian

dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Page 5: Kod etika guru prasekolah

Mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang sumbang pada mata

masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu

bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

10.8.4 . Etika Tanggungjawab Terhadap Pentadbir

Guru mempunyai etika dan tanggungjawap kepada pentadbir atau guru besar

atau pengurus di premis nursery iaitu :

sentiasa patuh kepada arahan perkhidmatan atau arahan guru

besar dari masa ke semasa. Contohnya arahan menepati masa

datang dan waktu balik sangat penting.

Guru mesti datang awal sebelum kanak-kanak datang.ke sekolah.

Guru tidak boleh balik sebelum kanak-kanak semua balik ke rumah

masing-masing.

Guru perlu menunggu kanak-kanak sehingga ibu bapa mereka

menjemput mereka balik.

Jawatankuasa pentadbir perlu menetapkan masa paling lewat

untuk mengambil anak mereka dan sekiranya lewat perlu

dimaklumkan lebih awal dan bayaran lebih masa perlu dikenakan

mengikut jam yang ditetapkan.

Guru tidak boleh meninggalkan kanak-kanak tanpa guru lain atau

pembantu. Kita perlu sentiasa hadir bertugas bersama kanak-

kanak.

Segala kelengkapan dan perabut yang dibeli dan digunakan perlu

direkod dan dilaporkan kepada pentadbir dari masa kesemasa.

Guru hendaklah membuat permohonan kepada pentadbir

sekiranya hendak membawa kanak-kanak untuk aktiviti lawatan

dan mendapatkan keizinan dari ibu bapa atau penjaga tentang

lawatan yang hendak dilaksanakan.

Segala perkara yang melibatkan kewangan perlu mendapat arahan

dari pentadbir, dan sekiranya memungut yuran atau sumbangan

wang perlu diserahkan kepada bahagian kewangan sekolah.

10.8.5 Etika Tanggungjawab Terhadap Pekerja

Page 6: Kod etika guru prasekolah

Pembantu tadika yang telah dilantik oleh kerajaan adalah menjadi ahli dan rakan

sejawat kepada anda dalam melaksanakan aktiviti–aktiviti di prasekolah. Anda

yang menentukan senarai tugas yang perlu dilakukan setiap hari di prasekolah.

Antara tugas yang yang mesti dilakukan oleh pekerja adalah seperti berikut:

Mempastikan prasekolah sentiasa bersih dan kemas di dalam dan di luar

bilik darjah. Contohnya mengelap lantai bilik darjah setiap hari selepas

kanak-kanak meninggalkan bilik darjah.

Memasak makanan mengikut menu yang anda ditetapkan pada setiap

hari. Anda memastikan makanan yang dimasaknya sentiasa bersih dan

cara masak yang sesuai dengan selera kanak-kanak iaitu tidak pedas dan

elakkan keracunan makanan.

Sentiasa hormat kepada pekerja dan menjaga kebajikannya

Anda perlu membimbing pekerja supaya memahami psikologi kanak-

kanak dan bekerjasama dalam melaksanakan saranan yang positif untuk

kanak-kanak melakukannya contohnya sentiasa mengucapkan terima

kasih, menghormati orang tua dan memuji sekiranya kanak-kanak

melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan terpuji.

10.9 GURU SEBAGAI MODEL

Seorang guru prasekolah mesti berkelakuan baik dan berfikir dengan cara

yang berbeza daripada guru sekolah rendah. Guru prasekolah perlu

mempunyai keyakinan diri untuk berbuat sesuatu, cekap dalam pengetahuan,

kemahiran dan kepakaran dalam ilmu pengetahuan. Guru perlu menunjukkan

model yang baik .

”If we want them to treat ech other with courtesy and dignity, then we must do

the same to them.” ( Betty 2004 )

Guru mestilah melakukan perkara-perkara yang positif seperti berikut:

Bercakap dengan lemah lembut.

Biar kanak-kanak tahu yang guru memuji apa yang baik mereka lakukan.

Beri ucapan salam atau selamat pagi kepada kanak-kanak secara individu

supaya kanak-kanak tahu mereka dihargai dan memang istimewa.

Guru menunjukkan cara yang baik . Sebagai contoh guru tidak boleh

duduk di atas meja atau minum sambil berjalan.

Page 7: Kod etika guru prasekolah

Demonstrasi kelakuan yang sopan dengan orang dewasa yang lain

dalam bilik darjah. Ini kerana kanak-kanak sangat berminat untuk

memerhati orang dewasa berinteraksi dan selepas memerhatikan

kanak-kanak akan meniru tingkah laku tersebut.

Galakkan kanak-kanak bermain. Bermain adalah kerja kanak-kanak.

Bermain adalah konsep belajar yang merupakan pengalaman yang

bermakna.

Guru sebagai pengurusi. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak

kebebasan dan berdikari untuk membuat keputusan tentang aktiviti yang

mereka pilih, contohnya apabila memilih aktiviti bermain..”Play is a natural

avenue for children learning” Beri peluang kanak-kanak memilih alat

mainan yang mereka minati.

Guru menjadi fasilitator bermakna memudahkan pembelajaran kanak-kanak.

Guru sebagai pemandu ( Instructor ) perlu mempraktikkan perkara berikut:

Menarik perhatian kanak-kanak dengan menggunakan bahan yang

konkrit iaitu bahan tersebut dijadikan bahan untuk memulakan

perbualan. Guru menarik perhatian kanak-kanak sebagai contoh bahan

blok. Guru boleh juga sediakan bahan yang baru.

Beri arahan yang jelas kepada kanak-kanak.

Jika disoal apakah kualiti guru yang berkesan untuk kanak-kanak, tentu banyak

jawapan yang diberikan. Di antara kriteria yang penting ialah mudah didekati,

peka, bertenaga, jenaka, fleksibel, atau sabar ”warmth,sensitivity,energy, sense

of humor, flexibility,or patience.” (Feeney &Chun,1985, Katz, 1984).