KOD ETIKA PPJ · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972...

13

Transcript of KOD ETIKA PPJ · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972...

Page 1: KOD ETIKA PPJ  · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain- ... PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua
Page 2: KOD ETIKA PPJ  · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain- ... PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua
Page 3: KOD ETIKA PPJ  · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain- ... PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua

Mukadimah• Presiden Putrajaya

Tujuan

Definisi Etika

Budaya Warga Kerja

Kewajipan Terhadap Organisasi

Etika Perlaksanaan Tugas

Penutup

LAMPIRAN A• Nilai-nilai Teras dan Nilai-nilai Kembangan

LAMPIRAN B• Kod Pakaian Kerja Perbadanan Putrajaya

LAMPIRAN C• Surat Aku Janji

LAMPIRAN D• Ikrar

Kandungan5

6

6

6

7

11

12

13

16

18

19

3KOD ETIKA PERBADANAN PUTRAJAYA

Page 4: KOD ETIKA PPJ  · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain- ... PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua

MUKADIMAH

BismillahirRahmanirRahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua Buku Kod Etika Perbadanan Putrajaya ini dapat diterbitkan sebagai panduan kepada warga Perbadanan Putrajaya dalam melaksanakan tugas seharian.

Nilai dan etika kerja merupakan elemen penting bagi sesebuah organisasi khususnya dalam pembinaan peribadi yang berakhlak tinggi. Kecemerlangan sesebuah organisasi tidak bergantung kepada kemampuan dan pembaharuan sistem-sistem kerja dan teknologinya semata-mata, sebaliknya turut berkait rapat dengan kualiti peribadi yang ada pada setiap anggota organisasi tersebut.

Kualiti peribadi dengan akhlak yang tinggi akan menyumbang kepada perkhidmatan yang berkualiti dan mesra rakyat seterusnya meletakkan organisasi pada tahap kelas pertama. Oleh itu, usaha-usaha ke arah penerapan etika dan nilai murni dalam perkhidmatan di Perbadanan Putrajaya hendaklah dilakukan secara penuh iltizam dan berterusan oleh setiap warga kerjanya.

Buku ini secara umum menggariskan pelbagai etika dan nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap warga kerja Perbadanan Putrajaya semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Justeru, adalah diharapkan buku panduan ini dapat mendorong ke arah warga kerja Perbadanan Putrajaya yang lebih berintegriti, berdisplin, kompeten serta mengamalkan nilai-nilai murni pada setiap masa.

Akhir kata, semoga segala usaha murni kita ini akan diberkati Allah S.W.T dan dapat menjadikan Perbadanan Putrajaya sebuah organisasi yang lebih cekap dan berwibawa serta menjadi contoh dalam penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI SAMSUDIN BIN OSMANPresiden Perbadanan Putrajaya

5KOD ETIKA PERBADANAN PUTRAJAYA

Page 5: KOD ETIKA PPJ  · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain- ... PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua

KEWAJIPAN TERHADAP ORGANISASI

Warga PPj hendaklah memahami dengan jelas peranan dan hala tuju organisasi serta mematuhi peraturan-peraturan sebagaimana berikut:

(a) Fungsi PPj Fungsi PPj seperti mana yang termaktub dalam Seksyen 4 Akta Perbadanan Putrajaya

1995 [Akta 536] adalah: Melaksanakan segala fungsi-fungsi kerajaan tempatan bagi Wilayah Persekutuan

Putrajaya; Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan

ekonomi dan sosial di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya; Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan

komersil, pembangunan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya; dan

Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti di atas.

(b) Visi 2015 PPj Putrajaya akan menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang terurus (well-

managed), bersemangat dan bertenaga (vibrant) serta makmur (prosperous), yang memenuhi keperluan sosio-ekonomi, rekreasi dan rohaniah penghuni, warga kerja dan pelawat.

(c) Misi Tugas utama kami ialah merancang, mengurus dan membangunkan Pusat

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan secara cekap dan berkesan.

Kami berusaha memainkan peranan utama dalam merealisasikan visi Putrajaya untuk menjadi sebuah bandaraya yang terurus, bersemangat dan bertenaga serta makmur dengan:-

Membentuk dasar dan rangka kerja pembangunan yang sesuai. Menjalin hubungan dan pertalian yang membina dengan semua pemegang

kepentingan dan rakan kongsi. Membina organisasi yang berprestasi tinggi, cekap dan mesra pelanggan. Menyediakan kemudahan awam yang bertaraf dunia. Memupuk persekitaran yang kondusif bagi aktiviti komersil yang semakin

berkembang maju. Mengamalkan tahap tadbir urus dan integriti yang sangat baik.

TUJUAN

Kod Etika Perbadanan Putrajaya adalah merupakan garis panduan kepada warga kerja bertujuan untuk:

(a) Membudayakan nilai-nilai murni;(b) Menerangkan peraturan-peraturan umum kepada warga kerja; dan(c) Mewujudkan keseragaman penampilan dan tingkahlaku selaras dengan perundangan

dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

DEFINISI ETIKA

Etika adalah merupakan himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.

BUDAYA WARGA KERJA

Warga kerja Perbadanan Putrajaya (PPj) hendaklah sentiasa:

(a) Memberi taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Raja, Negara dan Kerajaan serta tidak boleh sama sekali membelakangkan kepentingan awam dengan kepentingan peribadi.

(b) Mengamalkan Nilai-Nilai Bersama PPj.(c) Menghayati dan berpegang teguh kepada integriti dengan memaparkan akhlak yang

mulia, terpuji dan boleh diteladani.(d) Berusaha memastikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dari segi

kecekapan masa, menepati janji, tahap layanan dan kualiti perkhidmatan.(e) Melaksanakan arahan pihak pengurusan selaras dengan undang-undang dan

peraturan.(f) Menghormati budaya dan tatasusila semua kaum.

KOD ETIKA PERBADANAN PUTRAJAYA6 7KOD ETIKA

PERBADANAN PUTRAJAYA

Page 6: KOD ETIKA PPJ  · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain- ... PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua

Menyelenggara dan menyimpan dengan baik kenderaan jabatan di tempat yang ditetapkan, dan tidak memandu pulang kenderaan berkenaan kecuali dengan kebenaran ketua jabatan dan tidak mengangkut penumpang selain yang dibenarkan.

Melaporkan dengan segera kehilangan atau kerosakan sebarang harta dan aset milik PPj kepada pihak pengurusan serta membuat laporan polis (jika diperlukan).

Menghindari daripada mengakses, menyampai, menyalin atau menyebarkan sebarang bentuk bahan bercetak, media elektronik atau internet yang ditegah sama ada yang menyentuh sensiviti agama, fahaman politik, kaum, jantina atau individu.

Memahami konsep harta dan aset milik bersama, iaitu semua warga PPj sama-sama bertanggungjawab ke atas penggunaan dan penjagaan harta/aset tersebut.

Membayar sendiri bil telefon bagi panggilan peribadi yang dibuat dengan menggunakan telefon pejabat.

(i) Keselamatan Perlindungan dan Kerahsiaan Maklumat Setiap warga PPj hendaklah memahami dan mematuhi sepenuhnya peraturan-

peraturan yang berkaitan dengan keselamatan perlindungan, termasuk kawalan dokumen, keselamatan fizikal pejabat, kesihatan warga pekerja dan pelanggan PPj selaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain-lain yang berkaitan.

Memahami dan mematuhi semua peraturan yang terkandung dalam Dasar Keselamatan ICT PPj.

Sebarang permohonan maklumat yang sensitif oleh agensi luar perlulah mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Presiden PPj/Pengarah Jabatan yang berkaitan.

(j) Perisytiharan Harta Setiap warga PPj bertanggungjawab mengisytiharkan harta mengikut jadual yang

ditetapkan, termasuk membuat perisytiharan terhadap sebarang perubahan berkaitan pemilikan harta atau pelupusan harta.

(k) Penguatkuasaan Peraturan/Undang-undang Semua pegawai PPj hendaklah memastikan tindakan penguatkuasaan terhadap

pelanggaran peraturan atau undang-undang secara tegas, adil dan saksama tanpa unsur pilih kasih.

(l) Pematuhan Peraturan Bercuti Warga PPj hendaklah berusaha mengelakkan daripada memohon atau mengambil

cuti pada hari yang telah dijadual diadakan mesyuarat, kursus, majlis rasmi atau yang seumpamanya.

(d) Nilai-Nilai Bersama Mengutamakan pelanggan dan komited untuk menyediakan perkhidmatan

yang berkualiti. Sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap perkara yang

dilaksanakan. Bekerja dalam satu pasukan bagi menjana kebolehan dan keupayaan bersama. Mendukung dan mengamalkan integriti pada setiap masa. Prihatin kepada komuniti dan alam sekitar.

(e) Nilai-nilai Teras dan Nilai Kembangan Semua warga PPj hendaklah mengamalkan nilai-nilai teras dan nilai-nilai kembangan

seperti di Lampiran ‘A’.

(f) Dasar Kualiti Membina organisasi yang berprestasi tinggi, cekap, mesra pelanggan dan mengamalkan

tahap tadbir urus dan integriti yang sangat baik.

(g) Penghayatan Disiplin Semua warga PPj perlu mengawasi waktu, kehadiran bekerja dan pelaksanaan kerja

dengan: Mengimbas sendiri kad perakam waktu kehadiran bekerja. Menepati masa semasa melaksanakan tugas rasmi dan ketika menghadiri majlis

rasmi. Memaklumkan kepada Ketua Jabatan/Bahagian/Unit berhubung pergerakan

keluar bagi urusan rasmi. Tidak meninggalkan tempat bekerja pada waktu pejabat untuk menjalankan

urusan peribadi (kecuali dengan kebenaran) dan mengganti semula waktu bekerja yang telah digunakan bagi urusan tersebut.

Memohon kebenaran daripada Presiden PPj sebelum terlibat secara aktif dalam mana-mana parti politik.

Memohon kebenaran daripada ketua jabatan sebelum terlibat dengan mana-mana kerja sampingan di luar bidang tugas PPj.

(h) Pengawasan Aset Setiap warga PPj hendaklah mematuhi peraturan berkaitan pengurusan harta dan

aset pejabat dengan: Mengambil tanggungjawab melindungi aset dan harta pejabat dari hilang, dicuri,

disalahgunakan atau digunakan bertentangan dengan undang-undang. Menggunakan aset dan harta pejabat seperti kenderaan, peralatan komputer, alat

tulis, telefon, internet dan faks hanya untuk urusan rasmi sahaja, dengan cermat dan bertanggungjawab.

KOD ETIKA PERBADANAN PUTRAJAYA8 9KOD ETIKA

PERBADANAN PUTRAJAYA

Page 7: KOD ETIKA PPJ  · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain- ... PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua

ETIKA PELAKSANAAN TUGAS

(a) Aku Janji Warga PPj mestilah membaca dan menandatangani Surat Aku Janji

(seperti di Lampiran ‘C’) semasa melaporkan diri ke PPj. Mereka harus memaparkan perlakuan yang mulia sepanjang tempoh perkhidmatan di PPj.

(b) Ikrar Warga PPj hendaklah berikrar menjadi warga yang beretika dan berintegriti

melalui Ikrar PPj (seperti di Lampiran ‘D’).

(c) Integriti Warga PPj hendaklah berintegriti pada setiap masa dengan:

Melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, adil dalam membuat keputusan dan sentiasa bersifat sabar.

Menjauhi segala ruang dan peluang untuk melakukan rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa.

Tidak menyalahgunakan nama PPj untuk kepentingan peribadi; dan Tidak menerima sebarang bentuk hadiah atau pemberian bersifat

peribadi daripada pelanggan.

(d) Amalan Budi Bahasa Semua warga PPj hendaklah berbudi bahasa dalam melaksanakan urusan

harian.

(e) Nilai-nilai Murni Semua warga PPj hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni semasa

melaksanakan urusan harian.

Warga PPj yang memohon cuti rehat hendaklah memastikan terlebih dahulu permohonan cuti tersebut telah diluluskan sebelum bercuti.

Warga PPj perlu memahami bahawa cuti adalah merupakan suatu “keistimewaan” dan bukan sebagai “hak” yang mesti diluluskan oleh pihak atasannya.

Warga PPj mestilah sentiasa mendahulukan urusan rasmi dan kepentingan PPj dalam urusan permohonan cuti rehat.

Warga PPj yang bercuti boleh diminta oleh penyelianya untuk mengemukakan sebab/alasan untuk bercuti, butir-butir pergerakan semasa bercuti serta maklumat berkaitan alamat dan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya diperlukan.

Warga PPj yang terpaksa bercuti mengejut atau cuti sakit, bertanggungjawab memaklumkan dengan segera kepada pegawai yang meluluskan cuti atau penyelia untuk memastikan tugasan yang diamanahkan kepada warga PPj berkenaan tidak tergendala. Warga PPj yang terlibat hendaklah mengemukakan permohonan cuti berkenaan dengan segera iaitu sebaik sahaja kembali bertugas.

(m) Pematuhan Peraturan Berpakaian Semua warga PPj hendaklah berpakaian kemas, sesuai dan sopan dengan mematuhi

Kod Pakaian Kerja PPj seperti di Lampiran ‘B’.

(n) Pematuhan Peraturan Umum Semua warga PPj hendaklah prihatin kepada setiap panggilan luar menerusi

telefon dan memastikan berusaha menjawab segera setiap panggilan dengan tidak membiarkan mana-mana panggilan telefon berdering lebih daripada tiga kali.

Pegawai yang ditugaskan berkhidmat di kaunter hendaklah melayan pelanggan dengan mesra dan bersopan santun serta memberikan perkhidmatan yang cepat dan cekap.

Mana-mana pegawai yang menghadiri sebarang mesyuarat atau majlis mewakili PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua Jabatan/Bahagian/Unit yang berkenaannya selewat-lewatnya keesokan harinya.

Telefon mudah alih hendaklah dimatikan atau dalam ‘silent mode’ semasa mesyuarat dan majlis rasmi. Pegawai yang dibekalkan telefon pejabat hendaklah sentiasa bersedia untuk menjawab panggilan rasmi tanpa mengira waktu dan lokasi.

Setiap warga PPj harus mengamalkan sikap berpegang kepada maklumat yang benar dan tepat yang berasaskan sumber rasmi.

Semua pegawai perlu memastikan pengemaskinian maklumat aduan atau maklumat korporat PPj dengan menyemak, mengemaskini dan mengemukakan maklumat mutakhir kepada Ketua Jabatan berkenaan atau Timbalannya.

Warga PPj hendaklah sentiasa mematuhi arahan, peraturan, pekeliling dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Agensi Pusat dari semasa ke semasa.

KOD ETIKA PERBADANAN PUTRAJAYA10 11KOD ETIKA

PERBADANAN PUTRAJAYA

Page 8: KOD ETIKA PPJ  · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain- ... PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua

NILAI-NILAI TERAS DAN NILAI-NILAI KEMBANGAN

NILAI-NILAI TERAS

(a) Amanah Setiap tugas hendaklah disempurnakan dengan penuh tanggungjawab

dan ikhlas.

(b) Benar Setiap amalan, tindakan dan perilaku hendaklah berasaskan kebenaran

berdasarkan undang-undang dan peraturan.

(c) Bijaksana Setiap tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan secara bijaksana

berpandukan ilmu, kemahiran dan tahap profesionalisme yang tinggi dengan pertimbangan yang teliti dalam sesuatu tindakan berasaskan fakta tertentu dengan mengambilkira kepentingan organisasi, perkhidmatan dan Negara.

(d) Adil Membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap

tindakan dan keputusan berasaskan undang-undang, peraturan, keutamaan sertaa fakta yang lengkap dan tepat.

(e) Telus Setiap tindakan dan keputusan hendaklah dibuat melalui proses yang

telus dan maklumatnya perlu dihebahkan kepada pihak yang berhak selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan.

(f) Bersyukur Menunjukkan sikap terima kasih dan menghargai kejayaan, pencapaian

dan anugerah yang diperoleh serta sentiasa menghargai nikmat dan rahmat Tuhan dan menunjukkan kepuasan terhadap nikmat yang diterima.

LAMPIRAN ‘A’

PENUTUP

Semua warga PPj hendaklah menjadikan Kod Etika ini sebagai panduan di dalam menjalankan tugas yang diamanahkan serta mengamalkannya secara berterusan, dalam usaha untuk kecemerlangan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Perbadanan Putrajaya khususnya dan kerajaan amnya.

KOD ETIKA PERBADANAN PUTRAJAYA12 13KOD ETIKA

PERBADANAN PUTRAJAYA

Page 9: KOD ETIKA PPJ  · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain- ... PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua

(f) Berbudi Mulia Berbudi mulia ialah satu nilai yang ada pada seseorang yang mudah

menolong orang lain tanpa disuruh dan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Gerak-geri dan kelakuannya penuh sopan, tidak menyakitkan hati atau menyinggung perasaan orang lain.

(g) Ikhlas Ikhlas bermaksud hati yang bersih, jujur dan suci. Warga PPj yang ikhlas

dalam melaksanakan tugasnya sentiasa menerima tanggungjawab dengan penuh keredhaan dan berusaha menghasilkan prestasi kerja yang terbaik secara berterusan. Mereka tidak menunjuk-nunjuk malahan sentiasa bersedia melaksanakan sebarang tugas yang diberi serta menyempurnakannya tanpa mengira masa. Kesungguhannya didorong oleh kejujuran dan rasa tanggungjawab dan bukan kerana pujian atau ganjaran.

(h) Sabar Sabar ialah sifat kekuatan dan ketahanan diri dalam menerima kesusahan,

musibah atau halangan. Seseorang yang sabar menganggap bahawa sesuatu tekanan kerja dan kesukaran yang dihadapi merupakan cubaan dan ujian dari tuhan.

(i) Sederhana Kesederhanaan ialah sifat yang menolak keterlaluan atau berlebihan.

Kesederhanaan pada seseorang pekerja dapat dilihat daripada kebijaksanaannya dalam membuat pertimbangan.

(j) Tekun Tekun bermaksud bersungguh-sungguh dan teliti dalam melaksanakan

sesuatu tugas. Warga PPj yang tekun adalah komited dalam tugasnya dan berupaya memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam menyempurnakan tugas. Mereka bukan sahaja produktif malah dapat menghasilkan output yang berkualiti dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

(a) Bertanggungjawab Tanggungjawab bermaksud sesuatu kerja, tugas atau janji yang

mesti dilaksanakan. Seseorang yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan sesuatu tugas bermakna beliau telah diamanahkan untuk menyempurnakan tugas tersebut.

(b) Berdedikasi Berdedikasi bermaksud kesungguhan sesorang bagi melaksanakan tugas

dengan sempurna. Warga PPj yang dedikasi sanggup melaksanakan kerja lebih daripada yang diharapkan serta tekun menyempurnakannya hingga tahap yang terbaik. Mereka juga mempunyai dorongan yang tinggi untuk sentiasa meningkatkan prestasi dan bersedia menerima nasihat atau teguran.

(c) Berdisiplin Disiplin ialah satu sifat yang mengawal diri seseorang untuk sentiasa

berperilaku berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai mulia. Warga PPj yang berdisiplin adalah mereka yang tertib dalam kelakuan dan tindakan, patuh dan taat kepada arahan, peraturan dan undang-undang, berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjaga maruah diri, organisasi, perkhidmatan dan negara.

(d) Bekerjasama Bekerjasama bermaksud tolong menolong demi kebaikan bersama. Oleh

kerana hampir semua jenis tugas dalam organisasi memerlukan kerjasama, maka semangat tolong-menolong amatlah diperlukan demi manfaat organisasi.

(e) Bersih Bersih ialah nilai yang melambangkan sifat suci daripada kekotoran rohani

dan jasmani dalam kehidupan.

NILAI-NILAI KEMBANGAN

KOD ETIKA PERBADANAN PUTRAJAYA14 15KOD ETIKA

PERBADANAN PUTRAJAYA

Page 10: KOD ETIKA PPJ  · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain- ... PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua

BIL KATEGORI JENIS PAKAIAN

3. PAKAIAN SERAGAM LELAKI DAN WANITA

• Pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam hendaklah mengenakan pakaian seragam setiap waktu bertugas.

4. PAKAIAN YANG TIDAK DIBENARKAN

• Baju berkolar bulat dan baju ‘T’ (berkolar atau tidak berkolar) sama ada berlengan panjang atau pendek.

• ‘Jeans’ atau seluar pendek.• Kasut sukan, kasut getah dan selipar yang sejenis

dengannya.• Pakaian menutup muka (purdah).• Pakaian yang dikhaskan untuk sesuatu acara.

5. GAYA RAMBUT Lelaki• Tidak melepasi paras bahu dan disisir kemas.• Rambut ala ‘punk’ dan bertocang atau apa-apa fesyen

yang tidak bersesuaian tidak dibenarkan.

6. PEMAKAIAN TANDA NAMA

• Sebelah kiri di bahagian hadapan (kira-kira seinci di atas poket baju) dan mestilah jelas dipamerkan.

• Dipakai setiap masa semasa bertugas pada waktu pejabat.

BIL KATEGORI JENIS PAKAIAN

1. PAKAIAN KERJA LELAKI

Kumpulan Pengurusan, Profesional dan Sokongan 1• ‘Lounge suit’ atau ‘bushjacket’ atau seluar panjang serta

baju kemeja dengan baju sesuai. • Baju hendaklah dimasukkan ke dalam dan bertali

leher.• Baju lengan panjang, lengan baju hendaklah jangan

dilipatkan.

Kumpulan Sokongan • Seluar panjang berserta baju kemeja dengan warna

yang sesuai.• Baju hendaklah dimasukkan ke dalam.• Baju lengan panjang, lengan baju hendaklah jangan

dilipatkan.

• Baju Melayu lengkap dengan bersampin; atau• Pakaian baju yang mirip dengan potongan baju

melayu dan di pakai dengan seluar panjang.• Pakaian baju melayu dengan kain sarung tidak

dibenarkan.

• Kasut adalah jenis kulit atau lain-lain kasut sejenis dengannya.

2. PAKAIAN KERJA WANITA

• Baju Kurung.• Kebaya.• Seluar Panjang dan ‘Blaus’ (melebihi paras punggung).• ‘Skirt’ (melebihi paras lutut).• Kasut atau sejenis dengannya yang mempunyai

bentuk yang sesuai boleh dipakai.

LAMPIRAN ‘B’

KOD PAKAIAN KERJA PERBADANAN PUTRAJAYA

KOD ETIKA PERBADANAN PUTRAJAYA16 17KOD ETIKA

PERBADANAN PUTRAJAYA

Page 11: KOD ETIKA PPJ  · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain- ... PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua

IKRAR PPj

Kami,Yang Dilantik

Berkhidmat Dengan Perbadanan PutrajayaMembuat Ikrar Di Sini

Bahawa Semasa Dan Selagi Kami Berkhidmat Dengan Perbadanan Putrajaya,

Kami PatuhDan Mengamalkan Teras-Teras Perkhidmatan.

Semasa Menjalankan Tugas-Tugas Ke Arah Ini,Kami Berazam,

Meninggikan Mutu Perkhidmatan Bekerja Dengan Penuh Tanggungjawab

Berusaha Mengikis Sikap Mementingkan Diri SendiriBerkhidmat Dengan Penuh Muhibbah Dan Kemesraan

Bekerja Ke ArahMemajukan Pemikiran Rakyat

Dan Pembangunan Negara Bekerjasama Dalam

Membenteras Kelemahan Dan Musuh-Musuh NegaraBerpegang Teguh Kepada Ajaran Agama.

LAMPIRAN ‘D’

Rujukan: PPj/KORP/PENT/HR(S)/74

SURAT AKU JANJI

Saya, …………………………. Kad Pengenalan No: …………………. beralamat di Jabatan …………………., dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi peruntukan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, pekeliling dan surat pekeliling serta apa-apa peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan dan dikuatkuasakan oleh Perbadanan Putrajaya dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan Perbadanan Putrajaya. Maka dengan itu saya berjanji, sebagaimana yang dikehendaki di bawah Jadual Kedua, Seksyen 3, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 bahawa saya:

(i) akan sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara, Kerajaan dan Perbadanan Putrajaya;

(ii) akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab;

(iii) tidak akan membelakangkan kewajipan kepada Perbadanan Putrajaya demi kepentingan peribadi saya;

(iv) tidak akan berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi bercanggah dengan kewajipan kepada Perbadanan Putrajaya;

(v) tidak akan berkelakuan dengan cara yang boleh menyebabkan syak yang munasabah bahawa saya telah membiarkan kepentingan peribadi saya bercanggah dengan kewajipan kepada Perbadanan Putrajaya sehingga menjejaskan kegunaan saya sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan Putrajaya;

(vi) tidak akan menggunakan kedudukan saya sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan Putrajaya bagi faedah diri saya sendiri;

(vii) tidak akan berkelakuan dengan sedemikian cara yang sehingga memburukkan atau mencemarkan nama Perbadanan Putrajaya;

(viii) tidak akan membawa atau cuba membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan saya atau pegawai atau pekhidmat lain berhubung dengan atau terhadap Perbadanan Putrajaya; dan

(ix) tidak akan ingkar perintah atau berkelakuan dengan cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.

Saya sesungguhnya faham bahawa jika saya disabitkan kerana telah melanggar Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605).

(Tandatangan Pegawai/Pekhidmat) (Jawatan Pegawai/Pekhidmat)

Di hadapan saya,

(Tandatangan Ketua Jabatan)

(Nama dan No. Kad Pengenalan Ketua Jabatan)

(Tarikh) (Cop Rasmi Jabatan)

LAMPIRAN ‘C’

KOD ETIKA PERBADANAN PUTRAJAYA18 19KOD ETIKA

PERBADANAN PUTRAJAYA

Page 12: KOD ETIKA PPJ  · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain- ... PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua
Page 13: KOD ETIKA PPJ  · PDF fileselaras dengan panduan Arahan Keselamatan, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan lain- ... PPj/Jabatan hendaklah melaporkan inti pati mesyuarat/majis kepada Ketua