Koko

12

Transcript of Koko

Page 1: Koko
Page 2: Koko

1. Laman Utama Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum.

2. Klik pada menu Manual Pengguna. Sila muat turun manual untuk pengguna Sekolah.

Halakan tetikus atau ‘mouse’ ke , klik kanan dan pilih “Save Target

As…”.

Page 3: Koko

3. Simpan fail manual ini di dalam folder yang senang dicari.

4. Sila rujuk kepada menu Hubungi Kami sekiranya pengguna mempunyai sebarang

masalah semasa menggunakan sistem ini.

5. Klik pada menu Sekolah untuk akses sebagai pengguna sekolah atau Guru.

6. Masukkan Id Pengguna dan Kata laluan yang telah diberikan oleh Jabatan Pelajaran

Negeri (JPN), KPM. Pastikan ID Pengguna dan Kata laluan adalah betul. Sekiranya

pengguna lupa kata laluan, sila hubungi pegawai JPN di negeri masing-masing.

Page 4: Koko

7. Format kata laluan bagi pengguna sekolah adalah seperti berikut :-

Contoh Kod Sekolah : ABC9876

Id Pengguna : ABC9876

Kata laluan : ABC9876$

* pastikan id pengguna dan kata laluan ditaip menggunakan HURUF BESAR

i. ABC9876 merujuk kepada kod sekolah.

ii. $ adalah tanda “dolar sign”.

8. Klik butang Masuk untuk log masuk ke sistem.

9. Bagi pengguna yang pertama kali masuk ke sistem ini, pengguna perlu menukarkan

kata laluan kepada yang baru dan memasukkan maklumat seperti nama, soalan

keselamatan dan jawapan soalan keselamatan. Maklumat ini perlu diingat bagi tujuan

sekiranya pengguna lupa pada kata laluan. Semua maklumat yang bertanda * adalah

wajib diisi. Klik butang Simpan.

10. Klik butang Cetak untuk mencetak maklumat yang telah dimasukkan untuk simpanan

pengguna sekiranya mengalami masalah lupa id pengguna dan katalaluan.

Page 5: Koko

11. Maklumat yang telah dicetak hendaklah disimpan ditempat yang selamat bagi

mengelakkan akaun pengguna dapat diketahui dan diakses oleh individu yang tidak

bertanggungjawab.

12. Klik butang Kembali untuk log masuk semula ke sistem menggunakan katalaluan baru.

13. Sekiranya pengguna lupa kata laluan, sila klik pada link . Masukkan

maklumat Kod Sekolah, Soalan Rahsia dan Jawapan Soalan Rahsia dengan betul dan

klik butang Cari.

Page 6: Koko

14. Apabila proses penukaran kata laluan baru berjaya, pengguna perlu log masuk ke

sistem menggunakan kata laluan yang baru tadi. Isikan maklumat guru dengan betul.

15. Klik butang Seterusnya.

16. Terdapat lima (5) menu utama untuk pengguna sekolah/guru.

i.

a. Pengguna/guru memasukkan markah pelajar satu persatu berdasarkan nama dan

nombor ic pelajar.

b. Sila pilih Jenis Peperiksaan.

Page 7: Koko

c. Pastikan bilangan dan senarai nama pelajar adalah betul. Pengguna juga boleh

susun (sort) senarai pelajar mengikut turutan Nama, Angka Giliran atau

Jumlah (CGPA). Lihat contoh di bawah.

d. Masukkan markah koko di dalam petak Jumlah(CGPA). Julat markah CGPA

yang perlu dimasukkan adalah antara 0.00 hingga 10.00 sahaja.

e. Contoh format markah adalah seperti berikut :

i. 5.8

ii. 3.01

iii. 0.6

iv. 8.59

v. 10

vi. 0.99

vii. 0

f. Tanda hijau disebelah kanan CGPA menunjukkan format markah yang

dimasukkan adalah betul dan tanda merah menunjukkan markah yang

dimasukkan adalah tidak mengikut format. Sila masukkan markah mengikut

format yang betul. Markah yang bertanda merah TIDAK akan disimpan oleh

sistem.

g. Setelah selesai markah dimasukkan, klik butang Simpan yang terdapat di

bahagian bawah.

Page 8: Koko

h. Markah berjaya disimpan.

i. Pengguna/guru boleh menyemak semula markah yang telah disimpan dengan

mengulangi langkah sebelum ini.

ii.

a. Muatnaik fail *.csv ke dalam sistem.

b. Ikuti langkah-langkah seperti contoh di bawah untuk muatnaik fail ke

sistem.

c. Buka fail baru dalam Microsoft Excel. Masukkan nombor ic pelajar dan

markah kokurikulum sahaja. (Sekiranya maklumat telah pun disimpan

dalam format excel *.xls, pengguna hanya ‘save as’ fail ke *.csv sahaja)

Page 9: Koko

d. Simpan (save as) fail dalam format *.csv

e. Klik butang Browse.

f. Cari fail yang telah disimpan .*csv tadi dan klik Open.

Page 10: Koko

g. Sila pilih (tick) jenis peperiksaan pelajar dan klik butang Muatnaik.

h. Fail telah berjaya dimuatnaik ke dalam sistem.

i. Sila buat semakan di menu . Markah juga boleh

dikemaskini secara manual disini.

iii.

a. Sekiranya nama murid tiada di dalam senarai Jenis Peperiksaan yang di

pilih, pengguna boleh menggunakan butang Carian Calon untuk

membuat carian.

b. Pengguna boleh membuat carian calon berdasarkan nombor ic atau nama

pelajar.

Page 11: Koko

c. Carian pelajar melalui nombor IC. Masukkan nombor IC tanpa tanda ‘-’

dan klik Cari.

d. Hasil carian yang berjaya dijumpai akan dipaparkan.

e. Carian pelajar melalui nama. Masukkan nama pelajar dan klik Cari.

f. Pengguna juga boleh menggunakan tanda % untuk membuat carian

berdasarkan nama murid yang sukar dicari.

Page 12: Koko

Contoh :

1. %IDHAM%AHMAD%

2. AHMAD%TAJU%DIN

3. MOHD HISHAM%ABDULLAH

iv.

a. Pengguna boleh mencetak senarai nama pelajar dan markah

kokurikulum.

b. Pilih jenis peperiksaan SPM, STPM atau STAM.

c. Senarai nama pelajar akan dipaparkan seperti contoh di bawah. Klik

pada gambarajah untuk cetak senarai tersebut.

v. - Untuk keluar daripada sistem