Koko

52
1 1.0 PENDAHULUAN Kertas kerja merupakan hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah pihak untuk mendapatkan kelulusan. Kertas kerja juga dibenarkan untuk urusan- urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian, penyelidikan bagi sesebuah jabatan atau institusi tertentu. Draf kertas kerja perlulah terlebih dahulu diserahkan kepada pihak tertentu untuk disemak dengan teliti bagi memastikan cadangan-cadangan yang dikemukakan boleh diluluskan atau sebaliknya. Hal ini menjelaskan bahawa kertas kerja hendaklah disediakan dengan baik dan teliti khususnya untuk projek-projek yang memerlukan perbelanjaan besar. Penyediaan kertas kerja juga bergantung kepada pihak yang dijadikan sasaran. Contohnya, baru- baru ini penyediaan kertas kerja untuk menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu telah menjadikan semua guru-guru pelatih dan pensyarah-pensyarah sebagai audiens untuk pembentangan kertas kerja yang disediakan. Secara umumnya, kertas kerja yang berbentuk projek haruslah mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut: 1. Tajuk 2. Rasional 3. Objektif atau matlamat 4. Jangka Masa yang diperlukan 5. Kumpulan sasaran

description

GERKO

Transcript of Koko

Page 1: Koko

1

1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja merupakan hasil usaha tentang sesuatu yang dicatat atau dituliskan untuk

dikemukakan kepada sesebuah pihak untuk mendapatkan kelulusan. Kertas kerja juga

dibenarkan untuk urusan-urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian,

penyelidikan bagi sesebuah jabatan atau institusi tertentu.

Draf kertas kerja perlulah terlebih dahulu diserahkan kepada pihak tertentu untuk

disemak dengan teliti bagi memastikan cadangan-cadangan yang dikemukakan boleh

diluluskan atau sebaliknya. Hal ini menjelaskan bahawa kertas kerja hendaklah

disediakan dengan baik dan teliti khususnya untuk projek-projek yang memerlukan

perbelanjaan besar. Penyediaan kertas kerja juga bergantung kepada pihak yang

dijadikan sasaran. Contohnya, baru-baru ini penyediaan kertas kerja untuk

menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi Institut Pendidikan Guru Kampus

Kota Bharu telah menjadikan semua guru-guru pelatih dan pensyarah-pensyarah

sebagai audiens untuk pembentangan kertas kerja yang disediakan.

Secara umumnya, kertas kerja yang berbentuk projek haruslah mempunyai ciri-

ciri seperti yang berikut:

1. Tajuk

2. Rasional

3. Objektif atau matlamat

4. Jangka Masa yang diperlukan

5. Kumpulan sasaran

6. Andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa menjalankan projek.

7. Sumber-sumber kewangan yang diperlukan

8. Penubuhan jawatankuasa

9. Menentukan jadual tugas

10.Pelaksanaannya.

Page 2: Koko

2

ASPEK-ASPEK

PENILAIAN

Page 3: Koko

3

2.0 KAJIAN KES KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) 2011

2.1.0 PENGENALAN

Baru-baru ini, pelajar-pelajar Semester 5 Institut Pendidikan Kampus Kota Bharu,

Kelantan telah mengadakan satu aktiviti kejohanan yang dinamakan Kejohanan

Olahraga Tahunan (KOT) 2011 yang melibatkan semua warga institut. Program ini

merupakan salah satu tugasan yang harus dilaksanakan oleh mereka bagi memenuhi

sukatan pelajaran atau kursus yang diambil oleh mereka pada semester ini iaitu subjek

Pendidikan Jasmani.

Oleh itu, kami sekumpulan telah bersetuju untuk memilih Kejohanan Olahraga

Tahunan (KOT) 2011 sebagai satu program yang sesuai untuk menjalankan kajian kes

mengenai satu acara rasmi yang telah dianjurkan oleh pihak institut bagi membantu

kami menghasilkan kerja kursus Pengurusan Gerko pada semester 1 ini. Antara aspek

analisis yang perlu kami fokuskan dalam kajian kes ini iaitu:

1. Kertas Kerja

2. Minit Mesyuarat

3. Surat Menyurat

4. Penubuhan AJK

5. Pengelola

6. Atur cara

7. Buku Program

Page 4: Koko

4

3.0 ANALISIS KERTAS KERJA KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN (KOT) 2011

Kertas merupakan salah satu aspek yang penting dalam penganjuran sesebuah

program dan penghasilannya berkualiti dapat membantu kita mendapat kelulusan

daripada pihak atasan atau pihak pengarah. Kami telah membuat penilaian terhadap

Kertas Kerja Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) untuk melihat kekuatan dan

kelemahan yang terdapat dalam kertas kerja tersebut. (SILA RUJUK LAMPIRAN A).

Dalam menjalankan kajian ini, kami telah menggunakan teori elemen POSDCORB

untuk mempermudahkan kami dalam melaksanakan kajian kes ini. Elemen-elemen

POSDCORB iaitu:

1. Planning, that is working out in broad outline the things that need to be done and

the methods for doing them to accomplish the purpose set for the enterprise;

2. Organizing, that is the establishment of the formal structure of authority through

which work subdivisions are arranged, defined, and co-ordinated for the defined

objective;

3. Staffing, that is the whole personnel function of bringing in and training the staff

and maintaining favorable conditions of work;

4. Directing, that is the continuous task of making decisions and embodying them

in specific and general orders and instructions and serving as the leader of the

enterprise;

5. Co-Ordinating, that is the all important duty of interrelating the various parts of

the work;

6. Reporting, that is keeping those to whom the executive is responsible informed

as to what is going on, which thus includes keeping himself and his subordinates

informed through records, research, and inspection;

7. Budgeting, with all that goes with budgeting in the form of planning, accounting

and control.

Page 5: Koko

5

ELEMEN KEKUATAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN

Aspek

Penulisan

1. Bahagian pengenalan yang

jelas yang memberikan

gambaran umum terhadap

intisari utama kertas kerja

yang tidak terlalu panjang.

2. Gaya penulisan yang baik:

Keseragaman dari segi

ejaan dan tanda baca.

Kebolehbacaan, iaitu

memilih perkataan,

istilah, laras, wacana

yang sesuai.

Menggunakan bahasa

bersahaja tetapi jelas.

3. Bahagian penutup

mempunyai rumusan yang

merumuskan segala isi

yang disampaikan dalam

kertas kerja.

- -

Page 6: Koko

6

Planning/

Perancangan

1. Pemilihan tarikh yang sesuai yang membolehkan penglibatan hampir semua warga institut.

2. Kumpulan sasaran tidak dinyatakan secara jelas dan hanya melibatkan:

a) PPISMP SEM 2b) PISMP SEM 1c) PISMP SEM 3d) PISMP SEM 5 PISMP SEM 7 tidak dapat

terlibat kerana menjalani praktikum

Merancang tarikh yang sesuai yang tidak bertindan dengan sebarang aktivti atau program lain yang melibatkan guru pelatih.

Menyatakan secara jelas kumpulan sasaran yang sebenar dan tidak mengelirukan pihak yang membaca kertas kerja

Organizing/

Menyusun atur

1. Susun atur acara yang

lengkap.

1. Tidak menyatakan andaian-andaian atau halangan-halangan yang mungkin timbul semasa menjalankan projek.

Contoh: Cuaca hujan yang menghalang pelaksanaan program.

Menyatakan andaian-andaian

halangan yang mungkin timbul semasa

menjalankan projek.

Contoh: Penyediaan perancangan

yang lebih terperinci seperti pelan A

dan pelan B.

Staffing/

Jawatankuasa

1. Menyatakan Penubuhan

jawatankuasa KOT dan

senarai nama jawatankuasa

secara terperinci.

- -

Directing 1. Segala arahan diterima

dengan baik.

- -

Page 7: Koko

7

Co-ordinating 1. Penubuhan jawatankuasa

yang pelbagai dan

pembahagian tugas bagi

membolehkan program

berjalan dengan lebih

lancar.

1. Tidak melampirkan atau

menyatakan jadual tugas

setiap ahli jawatankuasa

bagi memperincikan lagi

kertas kerja yang

disediakan

Menghasilkan jadual tugas

jawatankuasa bagi membolehkan

pihak yang meluluskan kertas kerja

melihat dengan lebih jelas segala

perjalanan tugas AJK yang bertugas.

Reporting/

Pelaporan

1. Menyediakan carta aliran

penyediaan kertas kerja

dengan jelas.- -

Budgeting/

Peruntukan

Perbelanjaan

1. Segala perbelanjaan

dirancang dengan baik dan

terperinci.

1. Tidak menyatakan punca

sumber kewangan lain yang

sepatutnya sekiranya ada

seperti:

a) Pihak Institut

b) Guru pelatih

c) Pensyarah

Menyediakan peruntukan perbelanjaan

yang lebih terperinci yang merangkumi

pernyataan sumber-sumber kewangan

yang diterima supaya lebih jelas lagi.

Page 8: Koko

8

HURAIAN:

Kertas Kerja memainkan peranan penting dalam penganjuran sesebuah program yang

ingin dilaksanakan. Berdasarkan penilaian yang kami laksanakan terhadap kertas kerja

Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) 2011, kami mendapati bahawa penyediaan

sesebuah kertas kerja memerlukan elemen-elemen yang perlu difokuskan dalam

penghasilan kertas kerja yang berkualiti. Selain itu, melalui penilaian yang dibuat

terhadap kertas kerja ini, kami mendapati bahawa kertas kerja ini mempunyai kekuatan

dan kelemahan yang tersendiri. Di samping itu, penilaian terhadap kekuatan dan

kelemahan kertas kerja ini juga dibuat berdasarkan teori POSDCORB untuk

memudahkan kerja penilaian.

Dari segi aspek penulisan, kertas kerja ini tidak mempunyai sebarang kelemahan

sebaliknya mempunyai banyak kekuatan. Antaranya ialah bahagian pengenalan yang

jelas yang memberikan gambaran umum terhadap intisari utama kertas kerja yang tidak

terlalu panjang. Selain itu, gaya penulisan kertas kerja ini adalah baik seperti

keseragaman dari segi ejaan dan tanda baca, kebolehbacaan, iaitu memilih perkataan,

istilah, laras, wacana yang sesuai dan menggunakan bahasa bersahaja tetapi jelas.

Disamping itu, bahagian penutup mempunyai rumusan yang merumuskan segala isi

yang disampaikan dalam kertas kerja.

Elemen yang pertama yang kami guna untuk mengkaji kertas kerja ini dengan

lebih terperinci ialah Planning. Berdasarkan penilaian kami, kekuatan kertas kerja ini

ialah perancangan yang dibuat begitu terperinci dan elemen ini dapat dilihat melalui

pemilihan tarikh untuk menjalankan Program KOT ini. Pemilihan tarikh yang sesuai

amat penting dalam sesebuah kertas kerja. Hal ini kerana pemilihan tarikh yang sesuai

membolehkan kumpulan sasaran yang disasarkan seperti semua warga Institut

Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dapat terlibat dengan program yang bakal

dianjurkan tanpa bertindan dengan sebarang aktivti lain yang menghalang

pelaksanaannya. Namun dari segi kekuatannya, terdapat juga kelemahan dalam

pemilihan tarikh ini. Dalam kertas kerja dinyatakan kumpulan sasaran adalah pensyarah

dan semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, namun dari segi

tarikh yang dipilih hanya tidak melibatkan seluruh pelajar institut kerana pelajar PISMP

Page 9: Koko

9

semester 7 sedang menjalani praktikum pada ketika itu dan sesi Pengalaman

Berasaskan Sekolah bagi semester 3 terpaksa ditangguhkan selepas cuti. Dari segi

penambahbaikan pula, pihak penganjur perlu memilih tarikh yang sesuai seperti

merancang lebih awal dari tarikh sebelum bagi mengelakkan berlakunnya kekurangan

kumpulan sasaran akibat terdapat program lain yang berlaku pada masa yang sama.

Elemen yang seterusnya ialah Organizing. Berdasarkan kertas kerja ini,

kekuatan yang dapat dilihat ialah dinyatakan gambaran susun atur cara yang lengkap

dan tersusun. Hal ini menjelaskan bahawa kertas kerja ini menekankan penyusunan

atur cara yang lengkap bagi membolehkan pihak pengarah mendapat gambaran

sebenar atur cara yang ingin dilaksanakan. Manakala dari segi kelemahan pula, kertas

kerja ini tidak dinyatakan andaian-andaian terhadap sebarang halangan yang mungkin

berlaku sewaktu melaksanakan program. Pernyataan andaian ini amat penting bagi

membolehkan pihak yang membaca kertas kerja ini mendapatkan gambaran secara

jelas terhadap sebarang kemungkinan yang akan timbul bagi membolehkan tindakan

langkah persediaan dijalankan. Contohnya, halangan cuaca hujan yang menjejaskan

perjalanan program. Dari segi penambahbaikan, pihak pengerusi perlu menyatakan

andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa menjalankan projek.

Contohnya, penyediaan rancangan yang lebih terperinci seperti wujudnya pelan A dan

pelan B.

Elemen yang seterusnya pula ialah co-ordinating. Melalui elemen ini, kami

mendapati bahawa kekuatan kertas kerja ini terletak kepada terdapatnya pernyataan

yang menggambarkan penubuhan jawatankuasa yang pelbagai dan pembahagian

tugas bagi membolehkan program yang ingin dijalankan berjalan dengan lancar. Dari

segi kelemahan pula, kertas kerja ini tidak melampirkan atau menyatakan jadual tugas

setiap ahli jawatankuasa bagi memperincikan lagi kertas kerja yang disediakan.

Penentuan jadual tugas amatlah perlu bagi menyediakan kertas kerja yang berbentuk

Program Kejohanan Olahraga Tahunan ini kerana membolehkan ahli-ahli yang dilantik

mengetahui jadual bertugas sewaktu program dijalankan kelak. Dari segi

penambahbaikan pula, pihak yang menyediakan kertas kerja perlu menghasilkan jadual

Page 10: Koko

10

tugas jawatankuasa bagi membolehkan pihak yang meluluskan kertas kerja melihat

dengan lebih jelas segala perjalanan tugas AJK yang bertugas.

Melalui penilaian yang dibuat berdasarkan elemen reporting, kami mendapati

kertas kerja ini mempunyai kekuatan dalam membuat laporan sewaktu menyediakan

kertas kerja ini. Penyediaan laporan ini dapat dilihat dari segi penyediaan carta aliran

yang membolehkan pihak yang menerima kertas kerja dapat melihat gambaran yang

terperinci tentang proses penyediaan kertas kerja yang dilakukan oleh pihak penganjur.

Penyediaan carta aliran ini juga penting untuk dijadikan rujukan pada masa akan

datang untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada sebelum itu.

Akhir sekali ialah budgeting. Melalui penilaian kami, kekuatan kertas kerja ini

ialah terdapatnya peruntukan perbelanjaan yang dibuat dan segala peruntukan dibuat

dengan terperinci. Namun, dalam kekuatan penyediaan peruntukan perbelanjaan ini,

terdapat kelemahan yang dapat dikenalpasti iaitu pihak penganjur tidak menyatakan

dari mana sumber kewangan dan perbelanjaan itu diperolehi sekiranya ada.

Berdasarkan pemerhatian kami terhadap kertas kerja lain, kami mendapati bahawa

kebiasaannya terdapat pernyataan tentang punca sumber kewangan dan perbelanjaan

itu diperolehi dan ditulis di bahagian bawah jadual yang dibuat. Oleh itu, dari segi

penambahbaikan, pihak penganjur perlu menyediakan peruntukan perbelanjaan yang

lebih terperinci yang merangkumi pernyataan sumber-sumber kewangan yang diterima

supaya lebih jelas lagi.

Page 11: Koko

11

4.0 ANALISIS SURAT MENYURAT

Surat-menyurat adalah komunikasi dua hala yang berlaku dalam sesebuah

organisasi. Pentadbiran pejabat diuruskan melalui rekod bertulis dan surat-

menyurat merupakan aspek yang sangat penting. Urusan ini tidak dapat

digantikan oleh bentuk komunikasi terkini seperti khismat pesanan ringkas (sms)

atau e-mel.

Surat adalah sejenis komunikasi bertulis secara sehala bagi menyampaikan

suatu pesanan dari satu pihak kepada pihak yang lain. Contohnya, seorang

pengurus yang mewakili organisasinya ingin menyatakan perhargaan kepada

pihak berkuasa tempatan. Sudah tentu beliau akan mengutus surat yang

dikarang dengan baik dan berterus-terang.

Surat mempunyai peranan tertentu. Antaranya ialah:

1. Menjadi alat perhubungan .

Walaupun teknologi komunikasi semakin canggih, namun surat masih berperanan

besar di kebanyakan organisasi atau sesama individu. Biarpun dipisahkan jauh beribu

batu, surat masih menjadi pilihan ramai untuk berhubung

2. Rekod

Surat merupakan satu dokumen yang menjadi rekod pada masa depan.

Walaupun surat hanya sehelai, ia tetap dianggap menjadi rekod kerana butiran-butiran

yang ditulis tidak dapat ditarik balik melainkan disusul dengan surat yang seterusnya. 

3. Barang bukti

Semua urusan yang bersifat rasmi dibuat melalui surat. Amat jarang urusan rasmi

tidak melibatkan surat kerana hubungan antara organisasi atau di antara organisasi dan

individu mesti perlukan suatu penghubung untuk dipercayai. Contohnya, seorang

pelajar pascasiswazah yang hendak bertukar jenis penyelidikan memerlukan surat

pengesahan daripada dekan untuk berbuat demikian. Tanpa surat, pihak bendahari

Page 12: Koko

12

universiti tidak akan percaya kerana pertukaran jenis penyelidikan melibatkan

perubahan kadar yuran, justeru surat kebenaran tersebut menjadi bahan bukti utama.

4. Rujukan

Kadangkala sesuatu permohonan mengambil masa yang lama untuk diluluskan.

Ini berlaku kerana terdapat pertukaran pegawai, perubahan jawatan atau penstrukturan

semula agensi. Contohnya, sesebuah kementerian yang besar telah dikecilkan dan ada

sesetengah agensi telah dipindahkan ke kementerian lain. Bagaimana kita hendak

mengesan surat yang diihantar kepada kementerian terdahulu? Pastinya melalui

sesuatu rujukan. Jadi, mahu ataupun tidak, surat menjadi bahan rujukan yang penting

ketika itu.

Antara banyak jenis surat, surat rasmi adalah jenis surat yang paling penting.

PERANAN surat rasmi ialah:

1. Minta kebenaran

2. Tempahan

3. Jemputan rasmi

4. Rayuan

5. Sebarang aduan, bantahan atau cadangan.

6. Sebarang urusan rasmi

Page 13: Koko

13

Dalam menilai sesuatu aktiviti ataupun pengurusan yang dijalankan oleh

sesebuah organisasi, konsep SWOT (Strength,Weakness,Oppunirty,Treat) dan

juga POSCORB (Planning,Organizing,Staff.Coordinate,Reporting,Budjeting)

boleh digunakan.Hal ini adalah bertujuan bagi menganalisis setiap kekuatan dan

kelemahan dari pelbagai aspek pengurusan yang dijalankan.

Setelah menemubual pihak yang terlibat dan meneliti contoh surat menyurat

Kejohahanan Olahraga Tahunan IPGMKB edisi ke-3, dengan menggunakan kaedah

SWOT, kami telah menghuraikan serta mengklasifikasikan mengenai penulisan surat

kepada pelbagai aspek

Page 14: Koko

14

ASPEK PENILAIAN KEKUATAN

(STRENGTH)

KELEMAHAN

(WEAKNESS)

ANCAMAN

(TREAT)

PELUANG

(OPPUNIRTY)/

(PENAMBAHBAIKKAN)

FORMAT

Penulisan yang digunakan

menepati kriteria-kriteria

dalam penghasilan surat

rasmi. -

Terdapat beberapa

pencanggahan

penggunaan format

daripada jabatan-

jabatan yang terlibat

dalam pengurusan

penyampaian surat

rasmi.

Pihak Institut perlu

menyelaraskan penggunaan

format yang betul dalam

pengurusan surat rasmi bagi

melicinkan perjalanan proses

surat menyurat pihak yang

telibat.

MAKLUMAT

Penerangan maklumat

kepada penerima jelas

dan isi kandungan yang

mudah difahami.

-

Maklumat asal

mengalami perubahan

disaat-saat akhir

disebabkan beberapa

faktor yang tidak

dapat dielakkan.

Sentiasa mengemaskini

maklumat.

Membuat surat sokongan

ataupun ‘back up letter’ jika

berlaku sebarang perubahan.

SISTEM

PENGHANTARAN

Beberapa orang ahli AJK

ditugaskan mengedar

surat kepada jabatan

masing-masing.Hal ini

menjadikan tempoh masa

Beberapa orang

AJK lambat

bertindak dalam

proses penyerahan

surat

Pensyarah tiada

ketika wakil ajk

menyerahkan surat

pemberitahuan.

Melakukan pemberitahuan

maklumat secara lisan

supaya penyampaian

maklumat dapat dilicinkan

lagi contohnya menelefon

Page 15: Koko

15

penyampaian surat lebih

singkat dan efisyen

pensyarah yang terlibat

Page 16: Koko

16

RUMUSAN

Antara satu faktor dalam keberkesanan penyampaian maklumat. Setelah

mengadakan temubual bersama AJK yang terlibat dalam proses menyurat ini, hasilnya

kami telah membentuk sebuah jadual yang merangkumi penilaian keseluruhan

terhadap beberapa aspek.Salah satunya ialah penilaian mengenai aspek format surat

rasmi yang digunakan untuk surat menyurat.Kami mendapati kekuatan utama bagi

surat-surat tersebut ialah penggunaan format yang menepati kriteria-kriteria

dikehendaki.Contohnya seperti mengandungi tajuk ataupun perkara utama yang ingin

disampaikan, tarikh yang lengkap, alamat pengirim dan penerima.Namun, terdapat

beberapa ancaman dalam proses surat menyurat ini berlaku apabila terdapat

percanggahan penggunaan format daripada jabatan-jabatan yang terlibat dalam

pengurusan penyampaian maklumat.Justeru sebagai penambaikkan pada masa akan

datang, pihak IPG, seharusnya menyelaraskan format surat menyurat bagi

melancarkan gerak kerja sesuatu organisasi.

Daripada sudut maklumat pula, surat yang dihantar mengandungi maklumat

lengkap akan agenda yang akan dilaksanakan.Namun,sekiranya berlaku sesuatu

seperti perubahan maklumat pada saat-saat akhir, notis pemberitahuan perlulah

dikeluarkan dengan segera agar tidak menimbulkan salah faham antara pihak-pihak

yang terlibat.Selain itu juga, pihak pengurusan juga haruslah mengemaskini maklumat-

maklumat baru yang diperolehi supaya tidak berlaku penindihan maklumat.

Selain itu juga, kami turut mengkaji melalui daripada aspek keberkesanan

sistem penghantaran surat menyurat.Hasil temubual kami, kami mendapati AJK yang

terlibat membahagikan beberapa orang untuk menyampaikan surat kepada jabatan

masing-masing.Hal ini secara tidak langsung menjimatkan masa yang sedia

ada.Namun disebabkan beberapa orang AJK yang kurang memberi komitmen kerja,

terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran surat dan ini merupaakn antrara

kelemahan yang pelu diperbaiki pada masa akan datang.Selain itu juga, dengan

penghantaran surat sahaja tidak mencukupi,penyampaian maklumat secara lisan juga

perlu kerana ia merupakan

Page 17: Koko

17

5.0 ANALISIS MINIT MESYUARAT

Dikenali juga sebagai laporan mesyuarat.Suatu bentuk komunikasi dua hala

antara individu dalam situasi formal bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah

berbangkit.Selain itu ia juga boleh ditakrifkan sebagai rakaman tentang apa yang

berlaku dalam sesuatu mesyuarat.

Ciri Minit Mesyuarat

1. Antara perkara yang perlu diambil kira adalah setiausaha mencatat minit

sewaktu mesyuarat sedang berjalan dan merekodkannya dengan segera.

2. Setiausaha merekodkan setiap keputusan akhir yang dicapai dalam mesyuarat

bukannya setiap patah perkataan

3. Minit mesyuarat boleh juga dikatakan sebagai merakam perkara penting yang

dibincangkan,keputusanyang dibuat dan tindakanyang perlu diambil.

4. Kandungan minit bukan direka setiausaha atau pendapat peribadi.

5. Semua maklumat penting dan berkaitan seperi tarikh, kehadiran, butiran

perbincangan mengikut agenda dan sebagainya bagi memahamkan individuyang

tidak hadir mesyuarat.

6. Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama dengan butiran perbincangan

dalam mesyuarat.Turut merujuk kepada fakta yang dicatatkan yang harus juga

tepat.

7. Minit haruslah bebas dari keraguan dan maklumatyang tidak berkaitan.

8. Tandatangan pencatat merupakan salah satu cara membuktikan kesahihan.

9. Penulisan minit disusun mengikut agenda mesyuarat. Setiap perenggan harus

ada tajuk dan subtajuk yang bernombor mengikut urutan

Berikut adalah jadual penilaian kriteria laporan minit mesyuarat yang telah dibuat:

Page 18: Koko

18

ASPEK PENILAIAN KEKUATAN

(STRENGTH)

KELEMAHAN

(WEAKNESS)

ANCAMAN

(TREAT)

PELUANG

(OPPUNIRTY)/

(PENAMBAHBAIKKAN)

FORMAT

Laporan minit mesyuarat

yang dibuat merangkumi

ciri-ciri yang dikehendaki

serta bahasa penulisan

yang dgunakan juga jelas

dan difahami.

Laporan yang

disediakan tidak

lengkap dan kurang

memuaskan

Boleh menyebabkan

kualiti program yang

ingin dilaksanakan

sedikit terjejejas

disebabkan

kurangnya maklumat-

maklumat yang

berkaitan

Bertanyakan kepada individu

ataupun pensyarah yang

lebih mahir dalam membuat

laporan minit mesyuarat

sebagai rujukan.

AGENDA

MESYUARAT

Agenda dicatat dengan

sistematik dari segi masa

dan tarikh.

Tiada pengesahan

minit mesyuarat

yang lepas serta

tiada catatan

tentang isu

berbangkit ataupun

hal-hal lain.

Ketiadaan AJK yang

terlibat mampu

menyukarkan serta

serta membantutkan

penyampaian

maklumat

.Memastikan kehadiran AJK –

AJK terlibat dengan

carapenyampaian maklumat

yang lebih efektif

TINDAKAN

Tindakan trus diambil

seperti pengagihan kerja

Perubahan kerja

ataupun maklumat

Perlu mengadakan meyuarat susulan agar segala perkembangan semasa dapat

Page 19: Koko

19

semasa mesyuarat

menjadikan organisasi ini

sebuah organisasi yang

komited dalam

pelaksanaan kerja.

daripada yang

perancangan asal.

disampaikan.

Page 20: Koko

20

RUMUSAN

Hasil daripada soal selidik kami bersama AJK yang terlibat, kami mendapati

membuat minit mesyuarat bukanlah suatu yang mudah.Ia memerlukan penguasaan

yang tinggi dalam memastikan segala agenda yang terjadi di dalam mesyuarat direkod

kan dan menjadi rujukan pada masa akan datang.Antara aspek yang kami kaji ialah,

berkenaan format minit mesyuarat yang digunakan.Kami mendapati format dan

penulisan yang digunakan oleh oleh AJK yang terlibat mengikuti kriteria-kriteria yang

ditetapkan.Namun begitu, laopran yang disediakannya masih kurang lengkap

contohnya seperti perbincangan bajet kewangan, koordinat sesuatu AJK dengan Ajk

yang lain, dan sebgainya.Hali ini sedikit sebanyak boleh menjejaskan kuliti program

yang hendak dilaksanakan.Namun begitu, hal ini boleh diatasi sekiranya AJK yang

terbabit berbincang bersama individu ataupun pensyarah yang mahir dalam laporan

minit mesyuarat untuk dijadikan sebagai rujukan

Selain itu, kami juga turut mengkaji akan agenda-agenda yang dicatatkan

didalam minit mesyuarat.Waluupun minit mesyuarat tersebut lengkap dengan masa dan

tarikh mesyuarat dijalankan, namun ketiadaan hal-hal isu berbangkit dicatatkan serta

hal-hal lain sedikit sebnyak memberikan kesan kepada pelaksanaan program.Hal ini

perlulah ditangani, iaitu apabila dengan ada catatan mengenai hal-hal atau isu

berbangkit segala kelemahan dapat diatasi bagi melicinkan suatu program yang ingin

dilaksanakan

Page 21: Koko

21

6.0 ANALISIS PENUBUHAN AJK PENGELOLA

Penilaian penubuhan AJK Pengelola KOT 2011 berdasarkan POSCORB (Planning,

Organizing, Staffing, Coordinating, Reporting and Budgeting) dan SWOT (Strengths,

Weaknesses, Opportunities, Threats) dan dianalisis mengikut kejadian/perisitiwa

tersebut iaitu sebelum, semasa dan selepas peristiwa. Berikutan penilaian dibuat

melalui mengikut aspek Kekuatan, Kelemahan dan Penambahbaikan

6.1 Planning( Perancangan)

1. KEKUATAN

Sebelum acara KOT sebenar dilangsungkan perancang telah dibuat oleh ahli-ahli yang

terlibat. Dari aspek kekuatan KOT 2011 ini dapat dilihat ahli-ahli KOT 2011 telah

merancang untuk menubuhkan ahli jawatankuasa pengelola bagi acara rasmi Institut

Perguruan. Hal ini bagi melicinkan perjalanan perjalanan majlis berkenaan.

Semasa pemilihan AJK Ahli jawatankuasa pelaksanaan KOT 2011 telah berbincang

dan bersepakat untuk memilih AJK bagi mengelolakan majlis. Pembahagian tugasan

untuk mengelolakan majlis telah dibuat daripada semua aspek sebelum, semasa dan

selepas majlis dibuat. Dapat dilihat juga dari aspek kekuatan AJK pengelola untuk

pemilihan tarikh yang dipilih oleh AJK pengelola yang dapat memilih tarikh yang tepat

untuk Majlis tersebut dengan takwim pengajian IPG Kota Bharu yang penuh dengan

urusan lain.

Selepas pemilihan AJK Pengelola dilaksanakan mengikut perkara yang dirancang dan

pembahagian dipersetujui oleh semua pihak.

Page 22: Koko

22

6.2 ORGANIZING (ORGANISASI)

KEKUATAN

Secara rasminya kekuatan anggota organisasi untuk menjayakan kejohanan olahraga

ini seramai 195 orang AJK pengelola dengan pelbagai bidang tugasan ahli

jawatankuasa supaya memudahkan kerja-kerja perlaksanaan sebelum, semasa dan

selepas majlis. Dengan ahli organisasi yang besar ini kerja-kerja pengurusan mudah

untuk dilaksanakan seperti mana yang dikehendaki. Organisasi ini telah dibentuk dan

setiap organisasi pengelola diketuai oleh seorang ketua bagi sesuatu. Organisasi

tersebut mempunyai jawatankuasa tersendiri dan fungsi ketua untuk memastikan anak-

anak buah membuat kerja.

KELEMAHAN

Dengan organisasi yang begitu ramai mungkin sukar untuk memastikan anak-anak

buah membuat kerja.

PENAMBAHBAIKAN

Ketua-ketua setiap jawatankuasa perlu tegas untuk memastikan kerja yang dikehendaki

dibuat oleh ahli-ahlinya. Selalu berbincang dengan pihak-pihak lain seperti penasihat

KOT 2011 dan AJK tertinggi.

3. STAFFING

KEKUATAN

Kekuatan AJK yang cukup dalam membahagikan AJK pengelola untuk menjayakan

KOT 2011 ini. Pembahagian tugasan memenuhi dan menutupi ruang-ruang

jawatankuasa yang diperlukan.

Page 23: Koko

23

KELEMAHAN

Dari aspek kelemahan terdapat kekurangan untuk KOT 2011 yang boleh diperbaiki.

Sebagai contoh Jawatankuasa Siaraya & Juruacara beserta jawatankuasa Teknikal

yang terdapat sedikit kekurangan ataupun kelemahan yang dapat dikesan iaitu dari

aspek penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajar IPG tentang aturcara KOT 2011.

Penyampaian maklumat yang tidak begitu jelas menyukarkan kehadiran pelajar-pelajar

untuk menghadiri sukan tersebut. Bagi jawatankuasa teknikal masalah yang berlaku

dipadang yang menyebabkan berlaku sedikit ketidakpuas hati antara rumah-rumah

sukan sebagai contoh jarak ukuran yang ditetapkan oleh kawasan lontar peluru telah

berlaku kesilapan teknikal tentang jarak sebenar mengikut piawaian.

PENAMBAHBAIKAN

Kekangan masa yang terlalu suntuk menyebabkan faktor sedemikian. Oleh yang

demikian pengurusan dan pengaturacaraan mungkin boleh dibuat lebih baik dengan

pembahagian tugasan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang telah dibentuk. Ahli-ahli

jawatankuasa perlu akur dengan arahan yang diberi.

4. COORDINATING (PENYELARASAN)

KEKUATAN

Dari aspek ini penyelarasan untuk penubuhan AJK pengelola telah memastikan ahli-ahli

jawatankuasa bekerjasama dalam menyelesaikan masalah-masalah. Perbincangan dan

mesyuarat telah diadakan untuk melicinkan perlaksaan majlis tersebut sebelum hari

kemuncak tiba. Sebagai contoh, Jawatankuasa telah bermesyuarat untuk berbincang

mengenai masalah acara yang dipertandingakan pada hari seterusnya untuk

memperbaiki dan menutupi kelemahan yang terdapat pada hari itu.

KELEMAHAN

Tindakan yang dibuat oleh AJK pengelola untuk permurnian aktiviti mempunyai

kelemahan sedikit. Sebagai contoh bahagian Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata

Page 24: Koko

24

tidak menyediakan peserta yang menang untuk mengambil hadiah atas sebab-sebab

tertentu. Hal ini berlaku sedikit, masalah untuk tetamu jemputan menunggu peserta

mengambil hadiah tersebut.

PENAMBAHBAIKAN

Dalam aspek ini penyelarasan dan ajk yang bertanggungjawab perlu mengambil berat

dalam hal ini dan perlu diambil secara serius dalam melaksanakan tugasan tersebut.

5. REPORTING (LAPORAN)

KEKUATAN

Dari segi laporan yang ditulis laporan-laporan yang ditulis merupakan agenda yang

diperlukan misalnya bagi menutup kelemahan yang ada. Laporan yang ditulis

merupakan isu-isu berbangkit dari segi peralatan yang dipertanggungjawabkan oleh

Jawatankuasa Peralatan. Oleh yang demikian, jawatan kuasa Ajk pengelola mengmbil

langkah untuk memfailkan isu-isu tersebut dalam laporan tersebut.

PENAMBAHBAIKAN

Setiap laporan yang ditulis memerlukan tindakan segera dilakukan oleh Ajk pengelola.

Page 25: Koko

25

7.0 ANALISIS BUKU PROGRAM

Buku program merupakan salah satu perkara penting bagi sesuatu majlis yang

diadakan. Buku program dikatakan perkara penting kerana buku program

mengambarkan keseluruhan sesuatu majlis dari peringkat awal hingga peringkat akhir.

Buku program yang dibuat sempurna dapat memperlihatkan hasil kerja seseorang yang

begitu teliti tentang peristiwa yang diadakan.

Page 26: Koko

26

PENILAIAN KEKUATAN

(Strength)

KELEMAHAN

(Weakness)

PENAMBAHBAIKAN

FORMAT

1. Penulisan format yang

ditulis mengikut kriteria-

kriteria sesebuah buku

program yang sebenar.

2. Buku program dapat

menarik pemerhatian

pembaca

3. Buku program ini

mengambarkan

keseluruhan majlis yang

berlangsung pada hari

itu.

MAKLUMAT

1. Maklumat yang

ditunjukkan dalam buku

program lengkap dan

memenuhi kehendak

pembaca

JADUAL 1. Aturcara pertandingan 1.Kekangan masa 1. Tidak boleh disalahkan

Page 27: Koko

27

ATURCARA

MAJLIS

yang begitu terperinci dibuat

untuk pengetahuan umum.

mengakibatkan kelewatan

masa telah berlaku untuk

menutup acara majlis

penutupan yang ditunjukakn

dalam buku program.

jawatankuasa kerana keadaan

cuaca yang tidak menentu pada

hari itu. Ahli jawatankuasa boleh

membuat hari lain sebagai

“backup day” untuk menggnatikan

hari tersebut.

IDENTITI BUKU

PROGRAM

1. Buku program tersebut

mempuyai identity yang

tersendiri sebagai contoh

lambang Logo KOT 2011

menunjukkan bahawa buku

program tersebut

mempunyai nilai yang

menepati Kriteria isi majlis

tersebut.

THREATS

(ANCAMAN)

FAKTOR CUACA

1.Membuat ‘Plan B’ jika

faktor keadaan cuaca yang

tidak mengizinkan

Aktiviti KOT 2011 terpaksa

ditunda akibat faktor cuaca

(hujan) seketika.

Page 28: Koko

28

HURAIAN

FORMAT

Dari aspek penilaian format buku program kekuatan yang dapat dilihat iaitu buku

program tersebut ditulis mengikut kriteria-kriteria sesebuah buku program yang

sebenar. Buku program ini dirancang dari segi isi dan olahan. Oleh sebab itu, isi

kandungannya adalah penuh dengan informasi yang sebenar dari aturcara majlis

hingga jawatankuasa-jawatankuasa yang bertugas. Buku program ini tiada kelemahan

dari aspek format yang wajar. Buku program ini mengambarkan keseluruhan majlis

yang berlangsung pada hari itu.

MAKLUMAT

Aspek maklumat dinilai dalam program ini adalah sebagai kekuatan buku program

tersebut. Buku program ini dibuat dengan ketelitian dari aspek maklumat yang hendak

diketahui umum khasnya para tetamu untuk mengetahui serba sedikit info KOT 2011

tersebut. Tiada kelemahan dan penambahanbaikan yang dapat dibuat.

JADUAL ATURCARA MAJLIS

Kekuatan buku program ini menunjukkan aturcara yang akan berlangsung pada hari

itu. Ia merupakan faktor penting dalam sesebuah buku program yang dibuat. Namun

begitu, terdapat kelemahan dalam buku program ini iaitu aturcara yang ditunjukkan oleh

jadual tersebut telah berubah dari perancangan asal mengakibatkan kelewatan masa

telah berlaku untuk menutup acara majlis penutupan yang ditunjukakn dalam buku

program. Sebagai alternatif lain, faktor seperti cuaca tidak dapat dielakkan dan hal ini

dapat dibuat dengan menggunakan perancangan lain dengan persetujuan Ahli

jawatankuasa yang lain kerana boleh membuat hari lain sebagai “backup day” untuk

menggantikan hari tersebut.

Page 29: Koko

29

IDENTITI BUKU PROGRAM

Identiti buku program amat penting dalam buku program. . Buku program tersebut

mempuyai identiti yang tersendiri yang berupaya melonjakan ia sebagai buku program

KOT 2011 sebagai contoh lambang Logo KOT 2011 menunjukkan bahawa buku

program tersebut mempunyai nilai yang menepati Kriteria isi majlis tersebut. Ia

merupakan kekuatan yang ditonjolkan oleh buku program tersebut.

THREATS (ANCAMAN)

FAKTOR CUACA

Pada hari kemuncak majlis KOT 2011 yang diadakan berlaku ancaman seperti faktor

cuaca yang pada ketika itu hujan. Pada pandangan AJK pengelola jika pada hari

berkenaan hujan AJK tertinggi akan menunda hari kejohanan itu pada hari tersebut.

Page 30: Koko

30

8.0 ANALISIS DARI SEGI ATUR CARA PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA

TAHUNAN (KOT) 2011.

Atur cara merupakan sebahagian perkara penting yang perlu di rancang dalam

melaksanakan sesuatu program. Perancangan yang baik membolehkan program yang

dirancang berjalan dengan baik dan menerima sambutan daripada semua warga

instititut yang merangkumi semua pensyarah dan guru pelatih Institut Pendidikan Guru

Kampus Kota Bharu Kelantan. Dalam analisis dari segi atur cara ini, kami telah

mengambil kira semua atur cara yang di rancang oleh pihak penganjur iaitu sebelum,

semasa dan selepas. Secara ringkasnya atur cara program ini adalah seperti yang

berikut:

1. Sebelum KOT

a) Latihan Rumah Sukan

b) Sukantara

c) Acara sebelum KOT

Lompat Tinggi

Lompat Jauh

Lontar peluru

Rejam Lembing

Lompat Kijang

800M’

1500M

2. Semasa KOT

a) Acara Balapan

b) Acara Padang

c) Acara sukantara

d) Acara Sampingan

3. Selepas KOT

a) Persembahan

b) Penyampaian Hadiah dan cenderahati

c) Ucapan Perasmian Penutupan KOT

(SILA RUJUK LAMPIRAN F)

Page 31: Koko

31

ATUR CARA KEKUATAN KELEMAHAN PENAMBAHBAIKAN

SEBELUM 1. Kehadiran ahli rumah

sukan ke latihan

meningkat berbanding

dengan tahun lepas.

2. Penyertaan dalam

sukantara amat

menggalakkan.

2. Sesi latihan tidak

dijalankan dengan sebaiknya

sekadar untuk memenuhi

syarat semata-mata.

1. Menguatkuasakan

tindakan tatatertib akan

diambil terhadap ahli

rumah sukan yang tidak

hadir ke latihan.

a) Bayaran denda

b) LAM-PT

c) Tandatangan

kehadiran sebelum

dan selepas latihan.

SEMASA 1. Semua guru pelatih dan

pensyarah tetap

memberikan sokongan

menjayakan KOT walaupun

cuaca hujan.

2. Acara balapan tidak

hanya melibatkan guru

pelatih dari IPKB semata-

mata, malah dari institut-

institut lain:

a) USM

1. Kawasan balapan yang

kurang sesuai untuk acara

seperti acara balapan yang

memungkinkan kemalangan

mudah berlaku.

2. Pengurusan rumah sukan

yang lemah kerana pihak

pengurusan terpaksa

mencari atlet yang akan

mengambil bahagian

terutamanya ketika acara

1. Memastikan kawasan

balapan sesuai untuk

digunakan terutamanya

kawasan yang mempunyai

rumput.

2. Pihak rumah sukan harus

memastikan atlet-atlet telah

bersedia dengan

menyenaraikan nama atlet

yang akan bertanding

sebelum pertandingan

Page 32: Koko

32

b) IPG Sultan Mizan.

c) IPG Sultan Abdul

Halim.

(mengeratkan hubungan

silaturahim sesame atlet

dari pelbagai institut)

3. Acara sampingan

menarik minat dan

sambutan dalam guru

pelatih iatu Tarikan Qhaseh

dan Giant Croc.

yang dipertandingkan hendak

bermula.

dimulakan di sebuah papan

khas yang direka oleh setiap

rumah sukan.

SELEPAS 1. Gimik penutupan KOT

yang menarik dan

mendapat perhatian

daripada semua warga

institut:

a) Persembahan Askar

Wataniah dan

Rejimen Tentera

Darat Di Raja

Malaysia.

1. Upacara Penyampaian

hadiah kurang mendapat

sambutan kerana guru

pelatih pulang ke asrama

setelah mendapatkan

makanan yang disediakan.

2. Ketiadaan atlet untuk

menerima hadiah.

(Pengurusan Penyampaian

Hadiah lemah):

a) Penyampai hadiah (√)

1. Jawatankuasa Siar raya

dan juruacara harus kerap

membuat pengumuman

aktiviti yang akan

dilangsungkan seterusnya

bagi memastikan guru-

guru pelatih tidak pulang

ke asrama setelah

mendapatkan bekalan

makanan.

2. Pihak pengurusan

Page 33: Koko

33

b) Siar raya (√)

c) Atlet yang menerima pingat

(x)

penyampaian hadiah

harus mencari atlet yang

akan menerima hadiah

dan pingat terlebih dahulu

untuk bersedia bagi

menjimatkan masa

penyampaian hadiah dan

pihak penyampai tidak

tertunggu-tunggu.

Page 34: Koko

34

Page 35: Koko

35

Huraian:

Perancangan atur cara yang berkesan dapat menjadikan sesebuah program yang

dirancang oleh pihak penganjur berjalan dengan lancar. Berdasarkan atur cara yang

kami kaji yang dirancang oleh pihak penganjur dalam program Kejohanan Olahraga

Tahunan (KOT) 2011 peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, susun

atur cara telah disusun dengan begitu rapi yang menrangkum susun atur cara pada

peringkat sebelum, semasa dan selepas Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT)

berlangsung. Walaupun penyusunan susun atur cara yang adalah rapi dan terperinci

namun kami mendapati juga terdapat kekuatan dan kelemahan dalam

pelaksanaannya berdasarkan susun atur cara yang telah dibuat.

Berdasarkan penilaian kami terhadap atur cara yang telah disusun pada

peringkat sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan, acara yang disusun mengikut

keutamaan acara. Antara acara yang diadakan pada peringkat sebelum Kejohanan

Olahraga Tahunan ialah latihan rumah Sukan, acara sukantara dan acara sebelum

KOT seperti lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, rejam lembing, lompat kijang,

800M dam 1500M. Kekuatan pelaksanaan aktiviti berdasarkan atur cara yang

dirancang kami dapat membuat penilaian bahawa kehadiran ahli rumah sukan ke

latihan telah meningkat berbanding dengan tahun lepas. Ketidakhadiran ahli

sesetengah rumah sukan merupakan faktor yang menyebabkan kekalahan rumah

sukan tertentu pada tahun lepas. Selain itu, penyertaan dalam sukantara juga amat

menggalakkan kerana kehadiran yang 100% yang diberikan oleh ahli setiap rumah

sukan. Namun disebalik kekuatan pelaksanaan atur cara yang dirancang, terdapat

juga kelemahan yang dapat dilihat iaitu sesi latihan tidak dijalankan dengan

sebaiknya dan sekadar untuk memenuhi syarat semata-mata. Dari segi

penambahbaikan, pihak penganjur yang akan menganjurkan program seperti ini

perlu menguatkuasakan tindakan tatatertib akan diambil terhadap ahli rumah sukan

yang tidak hadir ke latihan seperti bayaran denda yang maksima, LAM-PT dan

tandatangan kehadiran sebelum dan selepas latihan dilakukan oleh pensyarah-

pensyarah setiap rumah sukan dan bukan hanya tertakluk kepada jawatankuasa

rumah sukan semata-mata bagi menggalakkan kehadiran para guru pelatih.

Pada peringkat semasa Kejohanan Olahraga Tahunan, susun atur cara dapat

dilihat dengan acara yang berlangsung pada hari tersebut iaitu acara balapan, acara

Page 36: Koko

36

padang dan acara sampingan. Kekuatan pelaksanaan susun atur cara yang telah

dirancang ialah semua guru pelatih dan pensyarah tetap memberikan sokongan

menjayakan KOT walaupun cuaca hujan dan pihak jawatankuasa penganjuran

bertungkus lumus memastikan program KOT tetap berjalan walaupun bermula

dengan agak lewat. Selain itu, pelaksanaan acara balapan tidak hanya melibatkan

guru pelatih dari IPKB semata-mata, malah dari institut-institut lain seperti dari USM,

IPG Sultan Mizan dan IPG Sultan Abdul Halim. Penyusunan atur cara bagi acara

balapan yang melibatkan pelajar-pelajar dari institut lain bukan sahaja menampakkan

kejayaan malah turut mengeratkan hubungan silaturahim sesama atlet dari pelbagai

institute. Di samping itu, acara sampingan yang dirancang juga telah menarik minat

dan sambutan dalam guru pelatih iatu Tarikan Qhaseh dan Giant Croc. Dari segi

kelemahan pula, kami mendapati bahawa kawasan balapan yang kurang sesuai

untuk acara seperti acara balapan yang memungkinkan kemalangan mudah berlaku.

Selain itu, pengurusan rumah sukan yang lemah kerana pihak pengurusan terpaksa

mencari atlet yang akan mengambil bahagian terutamanya ketika acara yang

dipertandingkan hendak bermula. Dari segi penambahbaikan pelaksanaan susun

atur cara yang telah dirancang, pihak penganjur perlu memperbaiki kawasan padang

dan memastikan kawasan balapan sesuai untuk digunakan terutamanya kawasan

yang mempunyai rumput. Selain itu, pihak rumah sukan harus memastikan atlet-atlet

telah bersedia dengan menyenaraikan nama atlet yang akan bertanding sebelum

pertandingan dimulakan di sebuah papan khas yang direka oleh setiap rumah sukan

dan setiap rumah sukan juga perlu disediakan alat pembesar suara bagi memanggil

para peserta yang akan mengambil bahagian.

Pada peringkat selepas KOT pula, kami mendapati bahawa pihak

penganjuran berjaya membuat satu pembaharuan yang berbeza berbanding dengan

Kejohanan Olahraga Tahunan yang telah diadakan sebelum ini. Kekuatan yang

dapat dilihat ialah pihak penganjur telah merancang dan menyusun atur cara yang

begitu menarik bagi memeriahkan program tersebut seperti gimik penutupan KOT

yang menarik dan mendapat perhatian daripada semua warga institut iaitu

persembahan daripada Askar Wataniah dan Rejimen Tentera Darat Di Raja

Malaysia. Dari segi kelemahan pula, kami mendapati bahawa susun atur cara bagi

upacara penyampaian hadiah begitu lemah dari segi pengurusannya dan

menyebabkan upacara penyampaian hadiah kurang mendapat sambutan. Hal ini

Page 37: Koko

37

kerana guru pelatih pulang ke asrama setelah mendapatkan makanan yang

disediakan oleh pihak rumah sukan dan penganjur. Selain itu, pelaksanaan bagi atur

cara penyampaian hadiah juga lemah dari segi pengurusannya kerana masalah

ketiadaan atlet untuk menerima hadiah. Dari segi penambahbaikan pelaksanaan atur

cara ini ialah pihak jawatankuasa Siar raya dan juruacara harus kerap membuat

pengumuman aktiviti yang akan dilangsungkan seterusnya bagi memastikan guru-

guru pelatih tidak pulang ke asrama setelah mendapatkan bekalan makanan.Pihak

pengurusan penyampaian hadiah pula harus mencari atlet yang akan menerima

hadiah dan pingat terlebih dahulu untuk bersedia bagi menjimatkan masa

penyampaian hadiah dan pihak penyampai tidak tertunggu-tunggu.