Koleksi Kata Hampir Sama Maksud

download Koleksi Kata Hampir Sama Maksud

of 36

  • date post

    30-Sep-2015
  • Category

    Documents

  • view

    2.792
  • download

    17

Embed Size (px)

description

Koleksi Kata Hampir Sama Maksud

Transcript of Koleksi Kata Hampir Sama Maksud

  • Kata Hampir Sama Maksud

    Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

    1 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

    1.

    Mengangkat atau memegang sesuatu sambil bergerak ke tempat lain

    Pak Ali ke tebing sungai sambil membawa sebatang joran

    2.

    Membawa sesuatu di atas kepala

    Mak Limah berjaja dari rumah ke rumah sambil menjunjung barang jualannya.

    3.

    Menyandang sesuatu pada bahu

    Budak lelaki itu menggalas pelampung getah menuju ke pinggir laut.

    4.

    Membawa dengan meletakkan di atas bahu

    Pak Harun memikul padi yang diisi di dalam guni itu ke rumahnya.

    5.

    Membawa dengan mengepit di bawah ketiak

    Encik Rosman mengelek fail ketika menunggu bas tiba.

    6.

    Meletak di atas riba

    Did memangku anak kecil itu dengan penuh kasih sayang.

    7.

    Membawa sesuatu di atas tapak tangan/ menating

    Puan Atikah sedang menatang dulang berisi medal untuk dihadiahkan kepada pemenang pertandingan itu.

  • Kata Hampir Sama Maksud

    Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

    2 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

    8.

    Mengangkat ke atas Pak Samad menjulang anaknya ketika meredah sungai itu.

    9.

    Menjinjing/ membawa sesuatu dengan tangan ke bawah

    Suriati keluar dari kedai itu sambil menjinjit beg plastik.

    10.

    Membawa sesuatu dengan pengandar (batang kayu, besi, atau buluh)

    Wak Satiman mengandar sayuran untuk dijual di pasar tani.

    11.

    Menolak ke hadapan

    Salim membantu menyorong kerusi roda yang dinaiki pesakit itu.

    12.

    Memimpin

    Kamil menuntun basikal di kawasan sekolah.

    13.

    Menarik sesuatu dengan bergeser pada sesuatu permukaan/ dengan paksa

    Pak Abu menyeret lembu yang mati itu untuk ditanam.

    14.

    Menggerakkan ke atas / menaikkan

    Kamil mengangkat kerusi itu untuk diletakkan di atas meja.

  • Kata Hampir Sama Maksud

    Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

    3 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

    15.

    Mengangkat dari tempat asal

    Ibu mengangkit periuk besrisi kari itu dengan menggunakan pengalas.

    16.

    Mengangkat dan membawa ke suatu tempat

    Lori itu digunakan untuk mengangkut barangan ke rumah baharunya di taman perumahan.

    17.

    Mengangkat dan meletakkan di tempa Idin yang hampir/ memindahkan/ mengubah

    Kakak mengalihkan anak pokok bunga itu ke dalam pasu.

    18.

    Mengambil sesuatu daripada tangkai/ pokoknya

    Puan Seha sedang memetik buah jambu di belakang rumahnya.

    19.

    Memetik/ menarik sesuatu dengan galah bercangkuk

    Did menggunakan galah bercangkuk untuk mengait buah rambutan itu.

    20.

    Menusuk sesuatu dengan galah supaya jatuh

    Mamat menjolok buah mempelam di hujung dahan itu.

    21.

    Memetik atau menggali tanah dengan menggunakan cop

    Jika pelepahnya dibuang, mudahlah kita mengecop tandan buah kelapa sawit itu.

    22.

    Memusing/ memutar/ memilin

    Beruk Pak Seman sedang memulas buah kelapa di atas pokok.

  • Kata Hampir Sama Maksud

    Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

    4 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

    23.

    Memutuskan sesuatu dengan alat (gergaji, gunting, pisau)

    Encik Adrian menggunakan gergaji tangan untuk memotong papan itu.

    24.

    Tetakan yang agak dalam tetapi tidak memutuskan pokok

    Pak Utih menakik batang kelapa bagi memudahkannya memanjat pokok itu.

    25.

    Mencantas supaya sama rata

    Safari merepang pokok hiasan itu dengan gergaji mesin.

    26.

    Memangkas dahan/ ranting pokok

    Pak Uda mencantas ranting pokok yang merintangi laluannya.

    27.

    Menumbangkan pokok dengan alat (gergaji, kapak, parang)

    Dia menebang pokok itu dengan berhati-hati kerana boleh mengundang kecelakaan.

    28.

    Menggores sesuatu permukaan dengan agak dalam

    Pagi-pagi lagi, Pak Seman sudah berada di kebunnya untuk menoreh pokok getah.

    29.

    Memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian dengan menggunakan alat (pisau, kapak, gergaji)

    Sebilah kapak digunakan untuk membelah kayu api itiu.

  • Kata Hampir Sama Maksud

    Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

    5 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

    30.

    Meratakan atau membersihkan dengan pisau dan sebagainya

    Pak Mat menarah rumput pada keliling pokok itu dengan menggunakan cangkul.

    31.

    Menghaluskan dan melicinkan dengan pisau dan sebagainya

    Tok Seman meraut buluh itu untuk dibuat bingkai layang-layang.

    32.

    Membersihkan ikan /membersihkan rumput

    Ibu menyiang ikan yang baru sahaja dipancing oleh ayah.

    33.

    Menghiris tidak sampai putus

    Rozina mengelar ikan itu sebelum dilumuri garam dan kunyit.

    34.

    Memenggal /tetakan kuat untuk memutuskan kepala

    Dengan pantas, dia memancung kepala ular yang melulur ayamnya itu.

    35.

    Menetak sesuatu berulang kali supaya menjadi kecil

    Peniaga itu mencincang tulang lembu yang hendak dibeli oleh pelanggannya.

    36.

    Membuang / mengopak / mengopek kulit

    Masliza duduk di kerusi sambil mengupas buah mempelam.

  • Kata Hampir Sama Maksud

    Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

    6 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

    37.

    Memotong nipis-nipis

    Salmah menghiris bawang besar sebagai bahan tumisan sayurnya.

    38.

    Menghiris nipis-nipis

    Biasanya, kakaklah yang ditugaskan merincih bawang untuk dibuat bahan tumisan.

    39.

    Memotong untuk memisahkan daging dengan kulitnya

    Mereka melapah lembu yang telah disembelih itu di bawah pokok.

    40.

    Mencarik halus-halus dengan tangan, gigi, atau paruh

    Nurul menyiat daging yang telah direbus untuk dibuat serunding.

    41.

    Membelah bahagian tubuh

    Doktor terpaksa membedahh budak yang diserang apendiks itu.

    42.

    Mengeruk/ mengikis isi kelapa dengan sejenis alat pengukur

    Nenek duduk di atas pengukur sambil mengukur kelapa.

    43.

    Menyagat/ mengukur kelapa dengan parut

    Aliha memarut ubi kayu untuk dibuat penganan.

  • Kata Hampir Sama Maksud

    Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

    7 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

    44.

    Mengolah makanan mentah supaya masak

    Ibu saya sedang memasak makanan di dapur.

    45.

    Memasak nasi/ memasak santan untuk dijadikan minyak

    Kakak Haslina menanak nasi dengan menggunakan dapur elektrik.

    46.

    Memasak air dengan menggunakan api/ elektrik

    Abang Yusuff menjerang air yang diisi di dalam cerek itu.

    47.

    Mendidihkan bahan yang dimasukkan ke dalam air dengan api yang kecil

    Puan Safiah mereneh ramuan ubat itu untuk beberapa ketika sebelum boleh diminum.

    48.

    Memasak sesuatu dengan menggunakan wap air yang mendidih

    Puan Hazani mengukus pulut untuk sarapan keluarganya.

    49.

    Memasak dengan minyak yang panas

    Mamak itu sedang menggoreng mi yang dipesan oleh pelanggannya.

    50.

    Menggoreng tanpa minyak

    Kita perlu menyangai kacang tanah itu supaya mudah dibuang kulitnya.

  • Kata Hampir Sama Maksud

    Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

    8 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

    51.

    Mengeringkan dengan cara mengasapi sesuatu

    Nenek Kiah menyalai ikan yang telah disiangnya di atas pepara.

    52.

    Memasak makanan dengan cara meletakkannya di atas bara api

    Ibu memanggang ikan di atas bara api.

    53.

    Membalik-balikkan sesuatu di atas api agak pantas supaya tidak hangus

    Ibu melayur daun pisang yang hendak dijadikan pembungkus lepat pisang itu.

    54.

    Menyalakan/ memasak sesuatu dengan api

    Rahim baru sahaja membakar sampah yang disapunya tadi.

    55.

    Mencalarkan/ membuat garisan

    Fatha menggoreskan anak mancis untuk menyalakan lilin.

    56.

    Memanaskan dengan meletakkan sesuatu berdekatan api

    Lantaran kesejukan, dia mendiangkan tangannya pada unggun api itu.

    57.

    Menusuk/ meradak/ mencucuk senjata untuk melukai

    Dia menikam perut perompak itu dengan sebilah pisau.

  • Kata Hampir Sama Maksud

    Bil Perkataan Maksud Contoh ayat

    9 imajwa72@gmail.com Disalin semula pada Mac 2015. Sumber : Teman Pelajar Cemerlang

    58.

    mengoyakkan

    Ikmal merobek perut harimc itu dengan sebilah jembia.

    59.

    Memarang/ mengayun senjata dengan kuat untuk melukai

    Cikgu Adnan menetak ular yang melulur anak kambingnya.

    60.

    Menyelit/ memasukkan di celah

    Pengantin lelaki itu menyisipkan sebilah keris di pinggangnya.

    61.

    Mencabut dan menarik keluar senjata daripada sarungnya

    Pendekar itu membuka langkah sambil menghunuskan senjatanya.

    62.

    Menikam atau meradak dengan senjata atau benda tajam

    Hang Nadim berjaya menusukkan kerisnya ke perut lanun yang mengamuk di pekan itu.

    63.

    Melempar/ melontar/ membuang sesuatu dengan gerakan tangan yang kuat

    Peserta itu membuat pusingan sebelum membaling tukul besi yang dipegangnya.

    64.

    Melempari denga