Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah
-
Upload
suparman-suarez-ii -
Category
Documents
-
view
299 -
download
5
Transcript of Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah
7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah
http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 1/10
Kem pendidikan
INTAN 2006
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK 1)
Ice Breaking
Aktiviti 1
Nama : Ikatan Sang Labah- labahAlatan : Benang
Masa : 40 minit
Objektif
• Membina ukhuwah di kalangan ahli dalam kumpulan dan fasilitator.
• Memberi peluang kepada peserta untuk mendapat kenalan baru.
• Membina rasa kepercayaan sesama ahli kumpulan.
Peralatan
• Benang
Perlaksanaan
1. Fasilitator memulakan majlis dengan Ummul Kitab.2. Semua peserta diminta menutup mata dan duduk di dalam bulatan.
3. Fasi akan meminta peserta untuk membayangkan bahawa mereka pergi ke
sebuah kedai dan mengambil satu barang dan di masukkan ke dalam poket.
4. Fasilitator akan mengikat hujung benang pada jari sambil
memperkenalkan diri. Kemudian fasilitator akan melontarkan benangtersebut kepada peserta.
5. Peserta tersebut akan melakukan perkara yang sama dengan fasilitatortetapi sebelum itu, peserta hendaklah memperkenalkan pesertasebelumnya.
6. Semasa peserta memperkenalkan diri mereka, ayat terakhir yang perlu
disebut “ saya menggosok gigi menggunakan …….”(barang yang telah
dimasukkan ke dalam poket tadi)Analisis
• Satu sarang labah- labah akan dibentuk.
Rasional
• Untuk menunjukkan satu ikatan yang akan terbina apabila sudah ada
perkenalan dan untuk menunjukkan rapport.
7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah
http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 2/10
Kem pendidikan
INTAN 2006
Kesimpulan :
Pada mulanya kita saling tidak mengenali dan tidak ada ikatan diantara kita.
Namun apabila sudah ada perkenalan maka wujud satu iktan yang pada zahirnya tidak
nampak dan dengan ini ikatan tersebut dapat menutup kelemahan masing – masing.
Aktiviti 2
Nama : Tag Nama
Bahan- bahan
• Kad Manila
• Gunting
• Tali
Masa : 30 minit
Langkah- langkah
• Peserta dikehendaki membuat name tag untuk ahli- ahli kumpulan masing-masing menggunakan kertas manila yang diberi.
• Name tag tersebut mestilah seragam bentuknya dan direka mengikutkreativiti masing- masing.
Aktiviti 3
Tajuk : Bukalah mulut !
Alatan : kertas mahjong/ pen marker
Masa : 20 minit
Kaedah:
1. Peserta diminta mereka ‘cheer’ untuk kumpulan mereka.
2. Selain itu, mereka juga harus mereka moto kumpulan mereka.
7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah
http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 3/10
Kem pendidikan
INTAN 2006
Aktiviti 4
Tajuk LDK : Jurnal Wajah
Alatan : Kertas A4 dan pensil
Masa : 20 minit
Objektif :
• Supaya peserta dapat mengenali ahli kumpulan dengan lebih rapat
• Bagi membina ukhuwah di kalangan ahli dalam kumpulan dan fasilitator
Perlaksanaan :
1. Fasi akan mengedarkan kertas A4 kepada setiap peserta.
2. Fasi akan mengarahkan peserta melukis gambar muka sendiri di dalam kertas
A4 tersebut.3. Fasi akan mengutip dan mengumpil semula kertas A4 yang telah siap dilukis
oleh peserta itu tadi.
4. Fasi akan mengedarkan kertas-kertas tadi kepada setiap peserta denganmemastikan setiap peserta tidak mendapat gambar muka mereka sendiri.
5. Setiap peserta diminta mencari muka orang yang terdapat pada gambar
tersebut dan mendapatkan maklumat mengenai dirinya.
Analisis :
• Pastikan para peserta melukis gambar muka mereka sendiri dengan jelas
supaya memudahkan kerja peserta lain.
Rasional :
• Bagi mengenali seseorang itu bukan sahaja dari paras rupanya.
• Untuk mengenali seseorang itu kita juga perlu berusaha danmemberanikan
• diri dengan berkomunikasi.
Kesimpulan :
Pada mulanya kita tidak mengenali antara satu sama lain. Namun apabila sudahada perkenalan maka wujud satu ikatan yang dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama
ahli dan sekaligus bersama fasi.
7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah
http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 4/10
Kem pendidikan
INTAN 2006
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK 2)
Motivasi diri
Aktiviti 1
Nama : Cari KawanAlatan : Penutup mata, kertas klu
Masa : 20 minit
Objektif
• Menunjukkan cara komunikasi yang berkesan menggunakan bunyi suara dan pendengaran tanpa menggunakan mata.
• Menggalakkan kepada peserta untuk melatih menggunakan teknik- teknik
pendengaran yang tertentu khususnya untuk pembelajaran mereka seharian.
Kaedah
1. Setiap kumpulan menghantar seorang sukarelawan untuk mencabut undi bagimemilih kertas klu, setiap kertas klu mempunyai nama- nama binatang seperti,
ayam, itik, burung, dan lain- lain.
2. Undian adalah rahsia, para sukarelawan tidak dibenarkan memberitahu nama binatang yang diperolehi kepada yang lain.
3. Setiap sukarelawan dikehendaki menutup mata dengan kain penutup.
4. Ahli kumpulan yang lain diasingkan dan dijarakkan diantara satu sama lain5. Apabila permainan dimulakan setiap pelajar akan buat bunyi binatang
mengikut arahan fasi.
6. Sukarelawan tersebut akan mencari bunyi binatang yang sama dengan kertas
klu yang dipilih.
7.
Masa diberikan selama 2 minit.
Rasional
• Mengetahui bahawa manusia adalah makhluk yang bijak, kita boleh menirusuara haiwan tersebut. Tetapi sebaliknya, haiwan tidak boleh meniru suara
kita.
• Keupayaan manusia terletak pada akalnya.
• Manusia akan berbuat apa sahaja untuk mencapai cita- cita mereka, oleh itu
jadikan agama sebagai asas untuk mengejar cita- cita.
• Bahawasanya manusia hidup memerlukan bantuan daripada orang lain.
‘Hiduplah dalam masyarakat, bukan masyarakat hidup dalam diri kita.’
7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah
http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 5/10
Kem pendidikan
INTAN 2006
Aktiviti 2
Nama : Bahtera Si Tanggang
Alatan : sebesen air, kertas A4/ surat khabar, 50 biji batu.
Masa : 20 minit
Objektif
• Mengajar mereka tentang persediaan yang perlu di dalam mengatasi masalah.
• Mengajak semua ahli kumpulan bersatu dalam menyumbangkan idea untuk
membina sebuah kapal.
• Mengembangkan idea mereka dalam menggunakan sumber- sumber alam
yang ada disekeliling mereka.
• Meyakinkan mereka tentang keupayaan kapal tersebut dalam menampung batu- batu kerikil yang sedang terapung di atas air.
Kaedah
1. Setiap kumpulan akan diberikan sehelai surat khabar untuk membina sebuah
kapal bagi menampung 50 biji batu kerikil.2. Setiap kumpulan diberi masa selama 5 minit untuk menyiapkannya.
3. Semua kumpulan akan diuji pembinaan kapal mereka dengan meletakkan
kapal mereka di atas air yang disediakan di dalam besen.4. Semua ahli kumpulan hendaklah meletakkan batu- batu kerikil yang diberikan
oleh fasilitator di atas kapal mereka, sehingga kapal mereka tidak dapat
menampung batu tersebut.5. Sekiranya kesemua batu tersebut habis, kumpulan tersebut berjaya mencipta
sebuah kapal yang kukuh.
Rasional
Semua orang akan mengalami masalah masing- masing dan mereka berupaya untukmengatasi masalah itu.Kapal dianggap sebagai diri kita, manakala batu- batu kerikil pula dianggap sebagai
masalah. Kapal yang dibina menunjukkan keteguhan diri kita dalam menangani masalah.
Jadilah seperti air, apabila disentuh, ia akan kembali tenang.
Jangan jadi seperti laut, walaupun nampak tenang, tetapi ia sentiasa bergelora.
7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah
http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 6/10
Kem pendidikan
INTAN 2006
Aktiviti 3
Nama : Hati ke Hati
Alatan : Tali rafia dan sehelai kertas
Masa : 20 minit
Objektif
Memberi gambaran kepada peserta bahawa mereka boleh melakukan perkara yang
dianggap susah
Kaedah
1. Fasi mengarahkan peserta membentuk bulatan dan menghulurkan tangan kehadapan.
2. Fasi meminta seorang daripada peserta untuk mengikat tangan dengan rakan
yang lain menggunakan tali.
3. Tangan diikat mengikut tangan kanan peserta pertama dengan tangan kiri
peserta kedua sehinggalah bila tiba giliran peserta yang mengikat, fasi akanmengikat tangannya dengan peserta terakhir. Bentuk yang terbentuk ialah
bulatan yang tidak terputus.4. Setiap peserta diberikan sehelai kertas dan mereka akan membuat apa jua
bentuk yang diarahkan oleh fasi menggunakan kertas tersebut.
5. Sessi pertama, fasi meminta peserta membuat bentuk segitiga daripada kertastadi.
6. Untuk seterusnya, fasi boleh meminta peserta untuk membuat bentuk yang
lebih sukar seperti bentuk papal terbang dan sebagainya.
Rasional
1. Mereka boleh melakukan sesuatu yang dianggap sukar pada mulanya.
2. Perlu memberi komitmen yang sepenuhnya dalam melaksanakan sesuatu.
3. Membina keyakinan diri mereka, bahawa mereka boleh melakukankannya dan berjaya.
4. Memupuk disiplin dalam diri peserta.
5. Kepentingan sabar dan kelembutan yang diselitkan dengan ketegasan dalammemberi arahan kepada orang lain.
6. Melatih komunikasi berkesan dalam diri dan mengawal keadaan.
ALLAH TAALA berfirman :
“Bertanyalah kepada ahli zikr (ilmu) jika sekiranya kamu tidak mengetahui”
Al-Nahl:43
7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah
http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 7/10
Kem pendidikan
INTAN 2006
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK 3)
Aktiviti 1
Nama :Jadual guruku
Alatan :pen, kertasMasa :30 minit
Kaedah :
1. Peserta diminta menutup mata serta membayangkan diri mereka adalah seorangguru.
2. Dengan arahan fasilitator, peserta diminta menyenaraikan jadual pelajar
cemerlang menurut fahaman mereka. 3. Fasilitator bersama-sama peserta akan membincangkan berkenaan jadual belajar
pelajar cemerlang serta mengupas sejauh mana pelaksanaan jadual pelajar
cemerlang dalam diri mereka.
Nota:Fasilitator boleh menceritakan pengalaman belajar mereka bagi memberi dorongan
positif kepada diri peserta.
Aktiviti 2
Nama : Yakin Boleh
Alatan : Tayangan Flash
Masa : 20 minit
Kaedah
Pelajar diminta mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang diberikan (tayangan flash).
Aktiviti 3
Nama : Cawan Ajaib
Alatan : Cawan AjaibMasa : 10 minit
Kaedah
• Letakan secawan air
• Kemudian fasi bertanya kepada peserta bagaimana hendak mengosongkancawan
Rasional
Apabila kita hendakkan sesuatu hendaklah berusaha dan buktikannya dengan kata lain,tidak sekadar kata sahaja.
Bagitu juga jira kita hendak berubah maka, kita mestilah berusaha ke arah itu walaupun
terpaksa menempuh dugaan.
7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah
http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 8/10
Kem pendidikan
INTAN 2006
Memo:
Selepas buat aktiviti ini, silat lihat jadual perancangan yang dilampirkan di dalam
fail
NAMA CITA - CITA
HALANGAN YANG DIHADAPILANGKAH YANG TELAH DIAMBIL
UNTUK MENGATASINYA
a)
b)
c)
a)
b)
c)
d)
7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah
http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 9/10
Kem pendidikan
INTAN 2006
APAKAH YANG AKAN ANDA DILAKUKAN SELEPAS INI
JUN JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER
Jadual Pencapaian
TAHUN
MATA PELAJARAN JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DEC
7/23/2019 Koleksi Modul Fasilitator Sekolah Rendah
http://slidepdf.com/reader/full/koleksi-modul-fasilitator-sekolah-rendah 10/10
Kem pendidikan
INTAN 2006