Koleksi Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2015

download Koleksi Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2015

of 2

description

SOALAN

Transcript of Koleksi Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2015

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK SPM

SMK PERMATANG TOK JAYA

Koleksi Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2015SOALAN 4 : NOVEL

Kelantan

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan perwatakan satu watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam setiap novel.

[8 markah]

MRSM

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan usaha watak-watak saling membantu menyelesaikan masalah.

[7 markah]

(b) Unsur saspens yang dikemukakan oleh pengarang adalah untuk menimbulkan minat dalam diri pembaca agar meneruskan pembacaan mereka.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan unsur saspens dalam setiap novel tersebut. [8 markah]Terengganu

(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b) Tindakan yang diambil oleh watak utama dalam sesebuah novel banyak mempengaruhi jalan ceritanya.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua tindakan watak utama yang anda tidak bersetuju.

[8 markah]SBP

(a) Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari. Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan komen anda tentang cara masalah tersebut diselesaikan.

[7 markah]

(b) Huraikan satu peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang antara watak berdasarkan dua buah novel yang anda kaji.

[8 markah]Kedah

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa pada peringkat peleraian. [7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persoalan tentang semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap novel.

[8 markah]Perlis

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai pengorbanan yang terdapat dalam novel tersebut.

[7 markah]

(b) Huraikan satu latar tempat yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji.

[8 markah]