Kompetensi Kecerdasan Emosi Ass

download Kompetensi Kecerdasan Emosi Ass

of 18

Transcript of Kompetensi Kecerdasan Emosi Ass

INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS, JALAN YAACOB LATIF, 56000, CHERAS, KUALA LUMPUR.

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSIKERJA KURSUS PENDEK PRA PISMP SEM 3

SYAFIQ BIN SULIMAN 890926-01-5271 PRA PISMP SEM 3 MUZIK/ BI/ BM- J3.6 KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI DR LIEW MOI MOI 8 SEPTEMBER 2008

ISI KANDUNGAN

M/S

1.0 Pengenalan

2

2.0 Konsep Kecerdasan Emosi

3

3.0 Kompetensi Kecerdasan Emosi

5

4.0 Hubungkait Tindakan Watak Dengan Kompetensi Personal dan Kompetensi Sosial 10

5.0 Implikasi Kompetensi Personal

13

6.0 Cadangan

15

7.0 Refleksi dan Penutup

16

8.0 Rujukan

17

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

1

1.0: PENGENALAN

Jati diri merupakan salah satu yang amat penting dalam pembentukan diri seorang guru. Seorang guru yang berkualiti tinggi serta mampu untuk berhadapan dengan arus dan keperluan kehidupan yang mencabar akan lahir dengan adanya jati diri dalam diri guru tersebut. Salah satu komponen yang terdapat dalam kontaks jati diri ialah pemupukan tahap Kecerdasan emosi. Untuk pengetahuan umum, Keupayaan Kecerdasan Intelek yang tinggi tidak mencukupi serta tidak menjamin sepenuhnya kejayaan seseorang dalam bidang tertentu. Kajian telah membuktikan bahawa tanpa kekuatan dalam Kecerdasan Emosi, sesuatu individu itu tidak dapat menjangka ataupun membuat penilaian kendiri dengan baik untuk berfungsi atau memberi reaksi dengan lebih berkesan serta terjamin dalam pelbagai situasi serta cabaran dan dugaan yang dihadapinya. Memetik petikan daripada Human Resource Magazine, November 1997, ..Success at work is 80% dependent on emotional intelligence and only 20% dependent on IQ, Oleh sebab itu, matapelajaran Kompetensi Kecerdasan Emosi ( KKE ) telahpun diterapkan khususnya dalam kurikulum institut perguruan. KKE dianggap sebagai salah satu Kemahiran Generik yang terdiri daripada Kemahiran Belajar, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Pemudah Cara, Kemahiran Menilai Mentaksir, serta Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Untuk itu, elemen- elemen bestari yang akan diajar bersama Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) serta Gaya Pembelajaran Pelajar telah pun menerapkan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) untuk menjamin kebersanannya.

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

2

2.0: KONSEP KECERDASAN EMOSI

Manusia telah mencipta lebih 2000 perkataan untuk mencerminkan serta menerangkan jenis- jenis perasaan yang dialami. Oleh itu, pengenalan perasaan sendiri dan perasaan orang lain bergantung kepada kefahaman tentang tiap- tiap jenis perkataan mengenai perasaan atau emosi manusia. Kebolehan untuk mengecam, perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang lain dengan baik dipanggil Kompetensi Kecerdasan Emosi ( KKE ). Selain itu, ianya juga boleh didefinasikan sebagai sejenis kecerdasan social yang melibatkan kemahiran memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya, manfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. ( Young,1996 ) Kecerdasan emosi dalam kata lain dipanggil EQ ( Emotional Quotient ) seperti IQ ( Intelligence Quotient ). Mengikut Daniel Goleman (1995), EQ adalah prasyarat untuk kebersanan IQ. Ini membawa maksud IQ tidak akan berfungsi dengan baik jika bahagian otak kita rosak akibat daripada kecacatan emosi. Mengikut beliau lagi dalam bukunya Working with Emotional Intelligence menyatakan bahawa penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan intelektual (IQ) tetapi lebih penting ialah kecerdasan emosi, ( EQ ). EQ memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia serta sangat berpengaruh dalam kehidupan termasuklah dalam aspek sosial dan kesihatan. Mengikut peredaran zaman sekarang, satu krisis masyarakat telah muncul di mana IQ lebih meningkat sedangkan EQ semakin menurun. Antara sebab- sebab IQ meningkat termasuklah keramaian orang yang berpendidikan tinggi, nutrisi lebih baik, terdapat pelbagai cara untuk mengakses pengetahuan, dan juga saiz keluarga kecil di mana anak- anak dapat perhatian yang lebih. Antara gejala yang menunjukkan kemerosotan EQ pula ialah seperti keganasan, jenayah, penyalahunaan dadah, kemurungan di kalangan kanak- kanak dan remaja, pembuangan bayi, pembulian di

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

3

sekolah, keciciran di sekolah, penyakit pemakanan, alienasi dan sebagainya. Masalahmasalah ini boleh dikaitkan dengan KKE yang kurang baik. Kajian pula telah membuktikan bahawa majikan memerlukan indivudu yang mempunyai kemahiran mendengar serat kemahiran komunikasi verbal,

menangani halangan dan kegagalan dengan respin yang inovatif, dapat mengurus diri dengan baik, berkeyakinan, serta bermotivasi, berkesan dalam membuat kerja- kerja berpasukan, serta berkesan dalam memimpin sesuati organisasi. Dalam pada itu, sejarah perkembangan Kecerdasan Emosi KE telah bermula pada awal kurun ke 19 lg. Banyak teori- teori serta istilah- istilah digunakan dalam memainkan konteks Kecerdasan Emosi ini. Antara contoh ialah pada tahun 1920, E.L Thorndike menggunakan istilah Kecerdasan Sosial (Social Intelligence) dan pada tahun 1983 pula Howard Gardner telah mengemukakan Teori Kecerdasan Pelbagai ( Multiple Intelligence ).Selain itu, pada tahun 2000, Geetu Bharwaney telah menunjukkan bahawa KE boleh diukur, boleh dipelajari, berfungsi bersama dengan IQ dan bolah juga digunakan untuk membezakan antara prestasi cemerlan dan prestasi sambil lewa. Sekarang pula, EI dianggap penting bagi semua lapisan masyarakat. Ianya juga telahy mula diterapkan dalam kurikulum pendidikan latihan guru dan menjadi komponen penting dalam latihan pihak swasta dan kerajaan.

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

4

3.0: KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

Kompetensi Kecerdasan Emosi terbahagi kepada dua iaitu Kompetensi Personal dan Kompetensi Sosial. Keduaduanya terdapat bahagian atau

subkompetensi- subkompetensi yang tersendiri. Kedua- duanya beserta dengan subsubnya memainkan peranan yang penting dalam Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kompetensi Personal Salah satu bahagian dalam kompetensi Kecerdasan Emosi ialah Kompetensi Personal. Ianya terdiri daripada subkompetensi- subkompetensi iaitu, Kesedaran kendiri, Pengurusan kawalan kendiri dan Motivasi kendiri. Yang pertama ialah Kesedaran kendiri. Kesedaran kendiri bermaksud seseorang itu mengenali emosi dan kesannya. Individu itu juga dapat membuat tafsiran kendiri yang tepat serta mempunyai keyakinan diri. Dengan demikian, individu itu akan mempunyai

penghormatan kendiri yang akan membawa kesejahteraan kendiri. Individu yang mempunyai kesedaran kendiri biasanya akan menyedari emosi yang dirsasakannya dan sebabnya. Individu itu juga akan sedar akan kaitan antara perasaan dan pemikiran, perlakuan dan pertuturan serta sedar bagaimana emosinya mempengaruhinya. Mereka juga akan mempunyai kesedaran yang tinggi tentang nilai dan matlamat hidup serta sedar tentang kelemahan dan kekuatan diri mereka sendiri. Subkompetensi yang kedua ialah pengurusan kawalan kendiri. Sub ini dapat dilihat dari segi beberapa aspek seperti kawalan kendiri, amanah, ketekunan, kebolehsuaian dan inovasi. Setiap satu daripadanya akan mempengaruhi dan membentuk watak individu dari segi emosi. Aspek pertama ialah kawalan kendiri. Ianya bermaksud sesuatu individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif. Individu yang memepunya subkompetensi ini biasanya akan dapat menguruskan perasaan dan emosi negative dengan baik. Mereka juga akan tenang dan positif semasa tertekan selain berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan.

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

5

Aspek kedua ialah amanah. Ianya bermaksud sesuatu individu dapat mengekalkan peawaian kejujuran dan integrity. Mereka yang mempunyainya biasanya akan bertindak mengikut peraturan secara beretika serta boleh membina keyakinan melalui kenolehpercayaan dan autentisiti. Selain itu mereka juga akan mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain dan sentisa mengekalkan pandangan yang ada prinsip walaupun tidak begitu popular. Aspek yang ketiga ialah ketekunan. Ianya bererti sesuati individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri. Mereka yang mempunyainya biasanya memepunyai komitmen dan menunaikan janji. Mereka bersifat akauntable untuk memenuhi onjektif selain teratur dan sistematik dalam menjalankan tugas. Aspek keempat ialah kebolehsuaian. Ianya bermaksud sesuartu individu itu luwes dalam menangani setiap perubahan. Mereka yang memlikinya biasanya akan dapat menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan dan pertukaran yang kerap. Mereka juga akan dapai menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering mengalami perubahan selain luwes dalam memberi persepsi terhadap keadaan semasa. Aspek terakhir ialah Inovasi. Ianya bererti sesuatu individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea serta maklumat baru. Mereka yang memilikinya akan sentiasa mencari idea baru daripada pelbagai sumber dan memikirkan penyelesaian terbaik bagi masalah yang dihadapi. Mereka juga akan manjana idea- idea baru selain mempunyai perspektif terkini dan risiko dalam pemikiran. Selain itu, Motivasi kendiri juga merupakan salah satu daripada subkompetensi kompetensi personal. Motivasi kendiri dapat dilihat daripada beberapa aspek seperti motivasi kecapaian, komitmen, inisiatif dan optimism. Setiap daripadanya amat mempengaruhi individu dalam segi pengurusan personal. Aspek pertama merupakan motivasi kecapaian. Ianya bermaksud Sesuatu individu itu sentiasa berusaha ,menambahbaik atau memenuhi piawaian kecemerlangan. Mereka yang memilikinya biasanya akan memberikan matlamat mencabar dan mengambil risiko yang dipertimbangkan. Selain itu, mereka juga akan mengejar maklumat untuk mengurangkan ketidakpastian dan mencari jalan untuk penambahbaikan selain belajar cara untuk manambahbaik prestasi.

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

6

Aspek kedua ialah komitmen. Ianya bermaksud sesuatu individu itu memberi komitmen yang selaras dengan matlamat kumpulan atau organisasi. Mereka yang memilikinya akan sentiasa bersedia membuat pengorbanan kendiri atau kumpulan untuk memenuhi matlamat organisasi. Mreka juga akan menyedari nilai tujuan dalam misi mereka selain sentiasa mencari peluang secara aktif untuk memenuhi misi kumpulan. Aspek ketiga ialah Inisiatif. Ianya bermaksud sesuatu individu itu memepunyai kesediaan bertindak apabila ada peluang.Mereka yang memilikinya akan bersedia memanfaatkan peluang. Mereka akan mengejar matlamat yang tinggi daripada yang diperlukan atau dijangkakan selain mengenepikan birokrasuui dan peraturan sekiranya perlu untuk menyelesaikan tugas. Aspek yang terakhir pula ialah optimisme. Ianya bererti sesuatu individu itu memepunyai kecekalan untuk mencapai matlamat walaupun ada halangan dan ada masalah. Mereka yang mempunyainya biasanya akan terus berusaha mencapai matlamat yang telah di impikan. Mereka juga akan bertindak dengan harapan kepada Berjaya, bukannya ketakutan untuk gagal selain melihat masalah sebagai akibat keadaan yang boleh diurusbukan dari satu kekurangan personal. Kompetensi Sosial Kompetensi Sosial merupakan salah satu bahagian yang terdapat dalam Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kompetensi Sosial mempunyai dua subkomponen iaitu kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Kedua- duanya mempunyai peranan yang penting dalam mempengaruhi keberkesanan Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kesedaran Sosial Kesedaran kendiri memerlukan seseorang individu itu untuk menunjukkan tingkah laku seperti empati, orientasi khidmat, mengembangkan orang lain melayani kepelbagaian dan kesedaran politik. Tingkah laku yang pertama ialah empati. Ianya bermaksud mamahami palanggan kita serta rakan- rakan sejawat kita selain mengesan emosi dan memahami pandangan orang lain. Mereka yang mempunyainya akan peka kepada emosi orang lain, sentiasa bersedia mendengar, prihatin, serta memahami perasaan dan keperluan orang lain selain sedia membantu.

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

7

Tingkah laku yang kedua ialah orientasi khidmat. Ianya bermaksud kita dapat menjangka, mengenali serta memenuhi keperluan pelanggan kita. Mereka yang mempunyainya akan memahami keperluan pelanggan dan memberi khidmat khidmat serta produk yang diingini. Mereka juga akan bersedia untuk memberikan bantuan selain memahami perspektik pelanggan. Tingkah laku yang ketiga pula ialah mengembangkan orang lain. Ianya bermaksud kita dapat mengesan bagaimana orang lain boleh berkembang dan kita akan menggalakan mereka. Mereka yang mempunyai sikap ini akan sentiasa memuji dan memberikan ganjaran untuk menghargai. Mereka juga akan memberi maklum balas yang membina perkembangan mereka. Tingkah laku yang keempat ialah kesedaran organisasi dan politik. Ianya bermaksud kita pintar membaca arus emosi sesuatu kumpulan dan berupaya mengesan hubungan- hubungan kuasa dalam kumpulan. Manakala tingkah laku yang terakhir pula ialah Melayani kepelbagaian. Ianya bermaksud kita membina peluangpeluang melalui pelbagai ragam manusia. Kemahiran Sosial Kemahiran sosial bererti sesuatu individu itu mempunyai beberapa aspek tingkah laku sosial seperti pengaruh, komunikasi, kepimpinan berinspirasi, pemangkin perubahan, pengurusan konflik, menyemai dan mengekalkan hubungan, kolaborasi dan kerjasama, serta keupayaan berpasukan. Tingkah laku sosial yang pertama ialah pengaruh di mana ianya membawa maksud menggunakan taktik- taktik yang berkesan untuk mendapatkan keyakinan orang lain. Mereka yang mempunyai sikap ini akan mahir dalam mendapat keyakinan orang lain selain memberi tunjuk ajar dengan cara yang dramatik dan berkesan. Tingkah laku yang kedua pula ialah komunikasi yan membawa maksud berkebolehan menyampaikan mesej jelas, tepat dan mayakinkan. Mereka yang

mempunyai sikap ini akan sentiasa bertolak ansur, menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan ketelusan selain sentiasa memupuk komunikasi secara terbuka. Tingkah laku yang ketiga ialah Kepimpinan berinspirasi yang membawa maksud kita dapat membimbing dan memberi inspirasi kepada kumpulan dan ahli-

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

8

ahlinya. Mereka yang mempunyai sikap ini sentiasa mewujudkan minat dan sokongan kepda satu visi dan misi yang sama. Tingkah laku yang keempat ialah pemangkin perubahan membawa maksud kita akan memulakan atau mngurus perubahan dalam kumpulan. Mereka yang mempunyainya akan mnyedari bahawa perlunya perubahan dan mengatasi halanagan kepada perubahan. Tingkah laku yang kelima pula ialah pengurusan konflik yang membawa maksud kita dapat membuat rundingan dan dalam menyelesaikan perselisihan kumpulannya. Manakala tingkah laku yang keenam pula ialah menyemai dan mengekalkan hubungan yang membawa maksud kita dapat memupuk perhubungan yang penting dan berhasil dalam interaksi sosial hariannya. Mereka yang mempunyai sikap ini dapat menyemai dan mengekalkan jaringan hubungan yang luas dan tidak formal selain dapatmemupuk hubungan yang saling berfaedah. Tingkah laku yang ketujuh pula ialah kolaborasi dan kerjasama yang membawa maksud individu yang dapat bekerja dengan orang lain untuk mencapai matlamat sama. Individu tersebut akan focus ketika membuat kerjanya selain berkerjasama melakukan pekerjaan. Tingkah laku yang kelapan pula ialah keupayaan berpasukan yang membawa maksud individu yang dapat mewujudkan synergi kumpulan dalam usaha mencapai matlamat yang sama. Individu tersebut akan sentiasa menjaga nama baik kumpulannya selain sentiasa membina identity dan semangat berpasukan.

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

9

4.0:

HUBUNGKAIT

ANTARA

TINDAKAN

WATAK

DENGAN

KOMPETENSI

PERSONAL DAN KOMPETENSI SOSIAL.

Berdasarkan petikan akhbar kosmo bertajuk Berat hati serah cucu yang terkandung dalam soalan menceritakan atau melaporkan situasi yang dihadapi Shaari Hamid, 34 tahun yang merupakan suami kepada Norhanizah Ahmad,27 serta bapa kepada Muhammad Shafril, 4 tahun dan Nur Ameelia Syafiqah, 1 tahun. Shaari juga merupakan menantu kepada Yah Abdullah, 60 tahun. Dalam petikan akhbar tersebut, Shaari yang dikatakan seoprang yang baik serta mempunyai budi pekerti telah kehilangan isterinya serta dua anaknya secara serentak. Hal ini berlaku disebabkan isterinya norhanizah yang bertindak untuk tinggal di rumah keluarganya membawa kedua- dua anaknya bersama meninggalkan Shaari keseorangan. Norhanizah dikatakan bertindak demikian disebabkan tidak tahan dengan masalah keluarga yang dihadapinya bersama dengan Shaari. Sehinggalah tahap di mana Shaari telah ditemui mati bersama dengan kedua- dua anaknya di sebuah rumah di Parit Kasa, Nibong Tebal setelah mengambil kedua- dua anaknya daripada mentuanya Yah Abdullah. Mengikut penelitian yang dibuat, saya berpendapat bahawa Shaari berkemungkinan besar seorang yang suka untuk berjudi. Akibat nasib yang sentiasa tidak menyebelahinya, dia sentiasa kalah dalam pertaruhan judi yang disertainya tanpa pengetahuan isterinya dan terpaksa menghadapi hutang yang banyak untuk membayar duit pertaruhan yang telah beliau kalah. Akibat daripada itu juga, Shaari terpaksa untuk berhutang pula dengan ceti haram atau lebih dikenali sebagai Along bagi melangsaikan segala hutang piutangnya. Semakin hari, hutang Shaari semakin bertambah. Hal ini menyebabkan Shaari semakin tertekan dan sehingga terbawa- bawa masalah tersebut dalam keluarganya. Shaari bertukar menjadi panas baran dan sentiasa mahu memarahi isterinya. Dia juga dihantui konco- konco Along yang memburu hutangnya.Akibatnya,

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

10

isterinya pergi meningalkannya bersama dua orang anaknya. Sehinggalah klimaksnya Shaari ditemui mati bersama denga kedua- dua anak kecilnya. Hubungkait dapat dibuat berdasarkan kisah Shaari ini dengan kedua- dua bahagian dalam Kompetensi Kecerdasan Emosi iaitu Kompetensi Personal dan Kompetensi Sosial. Dalam Kompetensi Personal, Shaari sepatutnya mengamalkan ketiga- tiga subkompetensi yang terdapat di dalamnya. Antaranya ialah kesedaran kendiri. Shaari sepatutnya sedar akan emosi yang dirasakannya akibat daripada kalah dalam pertaruhannya serta dia juga haruslah mencari sebab dia terlibat dalam masalah emosi tersebut.Dia juga harus sedar bagaimana emosinya itu dapat mempengaruhi prestasinya samaada ketika sedang bekerja ataupun semasa dia bersama keluarganya. Selain itu, sekiranya mengamalkan kesedaran kendiri, dia akan dapat bersikap relektif dan belajar dari pengalamanya akibat daripada kalah dalam pertaruhan. Aspek lain dalam kompetensi personal yang boleh dikaitkan ialah pengurusan kawalan kendiri. Terdapat beberapa aspek dalam kawalan kendiri yang boleh diambil kira. Salah satu daripadanya ialah kawalan kendiri. Dengan adanya kawalan kendiri, Shaari akan dapat menguruskan emosi negatinya dengan baik. Dia juga akan bersikap tenang dan positif semasa tertekan. Selain itu, Motivasi kendiri juga merupakan salah satu subkompetensi yang boleh dikaitkan dengan kisah Shaari. Untuk itu, Shaari haruslah mempunyai sikap motivasi kecapaian yang dapat membentuk dirinya dari segi pengurusan personal bagi menyelasaikan masalah yang dihadapinya dengan keluarganya serta masyarakat. Dalam Kompetensi Sosial pula, terdapat 2 subkomponen lain iaitu Kompetensi Sosial serta Kemahiran Sosial. Dalam Kompetensi Sosial masrakat luar umumnya, harusalah mempunyai perasaan empati kepada Shaari. Begitu juga dengan isterinya haruslah bersifat empati dengan peka terhadap emosi Shaari yang tidak menentu. Dia juga haruslah bersedia untuk mendengar luahan masalah Shaari selain cuba untuk memahami perasaan serta keperluan Shaari dan sudi untuk membantunya. Selain itu, dalam aspek kemahiran sosial pula, isterinya termasuklah masyarakat luar haruslah mempeunyai sifat pengurusan konflik. Dengan mengamalkan

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

11

sifat ini, mereka akan dapat mengesan dan mengambil tindakan yang bijak bagi menyelasaikan masalah yang dihadapi Shaari. Mereka juga akan dapat mewujudkan situasi menang-menang terutama diantara Shaari serta Isterinya.

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

12

5.0: IMPLIKASI

Setiap yang berlaku pasti ada kesan ataupun implikasinya. Dalam situasi atau kisah Shaari, terdapat pelbagai implikasi Kompetensi Personal dan Kompetensi Sosial dalam menangani tingkah laku yang telah diberi. Kedua- dua kompetensi tersebut sememengnya banyak memeainkan peranan dalam tingkah laku yang di nyatakan. Antara implikasi tersebut ialah, termasuklah dalam kesedaran kendiri dalam konteks Kompetensi Personal. Kesedaran kendiri yang akan memberi implikasi yang positif kepada Shaari. Dengan adanya kedaran kendiri, Shaari akan dapat sedar akan emosi beliau yang terjejas akibat masalah hutang serta malah dia di buru Along. Denagn kesedaran itu, dia akan dapat cuba untuk membetulkan emosi dia tersebut seterusnya mengambil jalan yang betul dengan menenangkan dirinya dan cuba untuk menambil inisiatif lain bagi membantu dirinya. Begitu juga dengan adanya pengurusan kawalan kendiri. Dengan berupaya mengawal kawalan kendirinya, dia akan dapat berfikiran secara waras, dan focus dalam menangani tekanan yang dihadapi akibat masalahnya. Selain itu, dalam konteks Kompetensi Sosial pula, implikasinya terhadap Shaari ialah dalam aspek Kesedaran Sosial iaitu empati. Dengan adanya sikap empati dalam diri isterinya serta masyrakat umum, mereka akan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah Shaari. Dia akan lebih bersemangat sekiranya terdapat individu yang peka terhadap emosinya yang kurang stabil serta bersedia untuk mendengar luahan masalahnya. Dalam pada itu, dalam aspek Kemahiran social iaitu tingkah laku pengurusan konflik pula, ianya juga memberi implikasi positif terhadapnya. Sekiranya isterinya serta masyarakat umun mempunyai sikap ini, mereka akan dapat mengesan akan perubahan emosi Shaari serta Shaari sendiri dan seterusnya mengambil tindakan bijak dengan menyelesaikan konflik yang dihadapi Shaari. Situasi menang-menang juga

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

13

dapat diwujudkan antara Shaari denga isterinya untuk mereka menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

14

6.0: CADANGAN

Setelah membuat penelitian yang mendalam terhadap kisah Shaari, saya mempunyai beberapa cadangan terhadap Kompetensi Sosial yang perlu

diterapkan.Cadangan- cadangan saya merangkumi tingkah laku- tingkah laku yang terdapat dalam komponen Kompetensi Sosial yang telah saya pelajari. Cadangan- cadangan saya termasuklah dalam komponen kesedaran social yang terdapat dalam Kompetensi Sosial. Antaranya ialah sikap empati. Saya mencadangkan agar isteri Shaari menerapkan nilai empati dalam dirinya. Nilai empati yang diterapkan amat penting bagi isterinya untuk lebbih memahami serta peka selain mengambil berat terhadap diri Shaari yang berkeadaan tidak stabil emosinya. Di dalam komponen kemahiran social pula. Saya mencadangkan agar sikap pengurusan konflik diterapkan. Ianya perlu diterapkan dalam diri Shaari sendiri, begitu juga dengan isterinya. Dengan berupaya menguruskan konflik yang dihadapi, Shaari serta isterinya akan dapat mengesan masalah yang mereka hadapi samaada secara indiidu, dan juga bersama. Seterusnya, mereka akan dapat mengambil tindakan yang bijak seperti berjumpa dengan pakar kaunseling bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. Tambahan, sikap menyemai dan mengekalkan hubungan yang terdapat dalam subkomponen kemahiran social juga perlu untuk dilahirkan oleh mereka berdua. Nilai ini penting kerana dengan adanya nilai ini, mereka akan dapat memupuk hubungan suami isteri yang dapt memberi faedah kepada keluarga mereka. Hubungan yang mesra juga akan terlahir dnegan adanya nilai tersebut.

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

15

7.0: REFLEKSI

Setelah berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Pendek Kompetensi Kecerdasan Emosi ini, saya mendapati bahawa EQ memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia serta sangat berpengaruh dalam kehidupan termasuklah dalam aspek sosial dan kesihatan. Walaupun dilihat satu krisis masyarakat telah muncul di mana IQ lebih meningkat sedangkan EQ semakin menurun, perkara itu sepatutnya haruslah diubah. Sebenarnya, kedua- dua IQ dan EQ kedua- duanya penting. Kedua- duanya haruslah seimbang bagi mencapai kehidupan individu ataupun masyarakat yang lebih baik dan teratur tanpa adanya kes- kes seperti kes Shaari seperti yang dinyatakan. Saya berpendapat sekiranya kita menghadapi perkara negatif dalam kehidupan, kita seharusnya tidak berputus asa. Antara langkah yang boleh di ambil ialah seperti menyedari dan mengenal pasti emosi kendiri itu dan bukan emosi orang lain. Kita juga haruslah membuat dialog dalaman ( dalam diri sendiri ) yang konstruktif berdasarkan peristiwa yang mencetuskan emosi itu. Refleksi dan penyoalan diri juga penting bagi mengenal pasti konflik dalaman yang wujud. Selain itu, kita juga mnempunya rakan- rakan yang boleh untuk diwa berbincang untuk mencarui punca emosi yang dirasai selain merancang tindakan penyelesaian supaya emosi seperti ini dapat ditangani dengan cara yang betul mulai sekarang dan seterusnya. Untuk itu, saya berharap, pengajaran yang didapati daripada kisah Shaari ini akan dapat dikuasai oleh setiap individu tidak kira bangsa dan agama. Diharap juga mata pelajaran Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) ini akan dapat diterapkan dalm matapelajaran wajib di institut perguruan bagi melahirkan graduan guru yang baik serta berkualiti.

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

16

8.0: RUJUKAN

Buku Michael, A.J. (2006) Kompotensi Kecerdasan Emosi. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman.

Internet http://niasbarat.wordpress.com http://www.e-psikologi.com/masalah/index.htm

SYAFIQ BIN SULIMAN J3.6 MUZIK/BI/BM

17