Kompetensi Yang Perlu Ada Pada Pengetua

7
Modul 1 : Kepentingan kompetensi –kompetensi yang perlu ada pada seorang pemimpin Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah menjadi perhatian dan perbahasan. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan sistem pendidikan untuk menyediakan generasi muda secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Justeru, Sekolah sebagai sebuah institusi dalam masyarakat perlu mengubah paradigme untuk kekal relevan dengan iklim sosial abad ke 21. Pengetua sebagai pemimpin sekolah perlu mempunyai kompetensi mengurus dan memimpin organisasinya untuk berhadapan dengan anak-anak generasi Y sebagai bahan mentah utama untuk dibangunkan. Kompetensi penting yang perlu ada pada seorang pemimpin hari ini ialah keupayaan berfikiran strategik, berfokuskan kualiti dan proaktif. Seorang pemimpin yang mengutamakan kualiti akan membolehkan mereka bertindak secara proaktif dan membuat penambahbaikan secara berterusan. Dengan itu ia akan faham dasar dan hala tuju organisasinya, seterusnya mampu membina perancangan strategik untuk membawa organisasinya mencapai kejayaan. Pemikiran Strategik dan perancangan strategik

description

Kompetensi yang perlu dimiliki oleh pengetua untuk mengahadapi pendidikan Abad ke-21.

Transcript of Kompetensi Yang Perlu Ada Pada Pengetua

Page 1: Kompetensi Yang Perlu Ada Pada Pengetua

Modul 1 : Kepentingan kompetensi –kompetensi yang perlu ada pada seorang pemimpin

Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah menjadi perhatian dan perbahasan. Ibu

bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan

sistem pendidikan untuk menyediakan generasi muda secukupnya bagi menghadapi cabaran

abad ke-21. Justeru, Sekolah sebagai sebuah institusi dalam masyarakat perlu mengubah

paradigme untuk kekal relevan dengan iklim sosial abad ke 21. Pengetua sebagai pemimpin

sekolah perlu mempunyai kompetensi mengurus dan memimpin organisasinya untuk

berhadapan dengan anak-anak generasi Y sebagai bahan mentah utama untuk dibangunkan.

Kompetensi penting yang perlu ada pada seorang pemimpin hari ini ialah keupayaan

berfikiran strategik, berfokuskan kualiti dan proaktif. Seorang pemimpin yang mengutamakan

kualiti akan membolehkan mereka bertindak secara proaktif dan membuat penambahbaikan

secara berterusan. Dengan itu ia akan faham dasar dan hala tuju organisasinya, seterusnya

mampu membina perancangan strategik untuk membawa organisasinya mencapai kejayaan.

Pemikiran Strategik dan perancangan strategik

Pemikiran strategik adalah keupayaan untuk melepaskan isu-isu hari ini dan

meletakkan diri sendiri di dalam masa depan . (Nolan et.el , 2008 ). Dalam persoalan mengapa

perlu berfikiran strategik, Bustamam mengemukakan beberapa persoalan lain; Adakah saya

berpuas hati dengan keputusan yang telah saya capai? Adakah saya komited untuk kesan yang

positif kepada masyarakat? Tidakkah saya mahu membina dunia esok yang lebih baik untuk

generasi masa depan? Persoalan-persoalan ini mencetuskan gambaran bahawa pemimpin

yang berfikiran strategik perlu berfikir secara mendalam dan tidak boleh berpuas hati terhadap

pencapaian kini. Sebaliknya pemimpin ini perlu memikirkan suatu tindakan yang bersungguh-

sungguh untuk membawa perubahan yang positif kepada masyarakatnya masa depan. Hal ini

bertepatan dengan Model Graetz yang meletakkan peranan pemikiran strategik untuk mencipta

Page 2: Kompetensi Yang Perlu Ada Pada Pengetua

inovasi dan membayangkan sesuatu yang baharu pada masa depan yang jauh berbeza dengan

keadaan sekarang sehinggalah seseorang pemimpin itu dapat memimpin organisasinya untuk

menilai kembali strategi utama dalam industrinya. (Wikipedia).

Soalan-soalan yang sama boleh kita persoalkan terhadap pencapaian di sekolah.

Adakah saya berpuas hati terhadap pencapaian akademik murid-murid? Adakah aktiviti sukan

dan aktiviti persatuan di sekolah dapat membentuk murid yang berketrampilan? Pemimpin

sekolah yang berkata ‘tidak’ akan terus mencetuskan suatu pemikiran lanjut dan seterusnya

akan merancang tindakan perubahan. Hasilnya ialah perancangan strategik, iaitu mengambil

tindakan bagaimana cara untuk melakukan sesuatu bagi mencapai prestasi yang lebih baik.

Sekali lagi model Graetz menjelaskan, peranan perancangan strategik sebagai merealisasi dan

menyokong strategi yang dibangunkan melalui proses pemikiran strategik, seterusnya

mengadunkan semuanya bersatu kembali dalam industri.

Kompetensi ini akan mengupayakan pengetua menilai kembali hala tuju organisasi kini

dan membina impian baru untuk dicapai pada masa depan. Hal ini penting kerana peluang

untuk mencipta kejayaan baru dalam lapangan pendidikan pada masa depan terbuka luas.

Perubahan yang sangat pantas dalam dunia komunikasi misalnya memaksa pemimpin supaya

tangkas berfikir serta berkeupayaan mengadaptasi dan menerima penggunaan teknologi

maklumat dalam pengurusan sekolah dan proses pembelajaran-pengajaran. Cabaran kepada

pengetua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia melalui Anjakan ke-7 ialah

memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Hakikatnya

pencapaian terkini sebagai contoh, kajian Kementerian pada tahun 2010 mendapati bahawa

lebih kurang 80% guru menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu. Kajian tersebut

turut mendapati bahawa hanya satu per tiga murid menyatakan bahawa guru mereka

menggunakan ICT secara tetap. Kajian UNESCO pada tahun 2012 mendapati bahawa

penggunaan ICT tidak beranjak daripada sekadar penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan

sebagai alat pengajaran. Hal ini bermakna pengetua-pengetua perlu proaktif merancang pelan

Page 3: Kompetensi Yang Perlu Ada Pada Pengetua

pembangunan ICT di sekolah masing-masing. Justeru dalam usaha untuk membina hala tuju

baru mereka perlu segera menilai keupayaan sumber dan peluang serta kepelbagaian kaedah

untuk mencapai impian tersebut. Semuanya perlu digembeling dalam membentuk penyataan

misi yang jelas dan dimanifestasikan sebagai hala tuju baru sekolah yang dipimpin. Pengetua

yang dapat mengenal pasti siapakah dia dan siapa yang dia miliki, apakah peluang dan

cabaran yang dihadapi dan tahu ke arah manakah organisasi itu hendak dibawa akan dapat

merancang dan mengimplementasi strategi baru yang lebih kemas. Inilah kepentingan

berfikiran strategik dan melakukan perancangan strategik, digambarkan oleh Sun Tzu sebagai

berikut:

“If you know your enemy and know yourself, in a hundred battles you

will never fear the results. When you know yourself but not your

enemy, for every victory will be a defeat. If you know neither yourself

nor your enemy, you will lose every battle.” Sun Tzu 3:18.

Sangat jelas bahawa perancangan strategic terhasil daripada pemikiran strategik. Kedua-dua

kompetensi ini saling melengkapi dan sangat penting dikuasai oleh pemimpin sekolah. Secara

khususnya pula, perancangan strategik adalah satu disiplin yang melibatkan pihak

berkepentingan yang bekerja secara kolektif untuk melaksanakan analisis strategik,

menjelaskan misi dan matlamat, memilih strategi untuk mencapai matlamat, dan mengoperasi

matlamat strategik kepada pelan tindakan. Proses perancangan strategik sangat penting untuk

dikuasai oleh pengetua.

Sebuah organisasi boleh diibaratkan sebagai sebuah bongkah ais terapung di lautan

luas. Bongkah ais ini akan bergerak tanpa hala tuju, hanya mengikut arus dan pasang surut

laut, maka tugas pemimpin untuk menetapkan hala tuju yang jelas. Hanya 10 % peratus

sahaja yang timbul dan kelihatan di permukaan laut manakala 90 % lagi tenggelam di bawah

paras laut. Ini bermakna pengurusnya hanya tahu 10 % sahaja tentang organisasinya, kerana

Page 4: Kompetensi Yang Perlu Ada Pada Pengetua

90 % ialah aspek yang tersembunyi dalam diri stafnya. Hal ini bermakna proses untuk

mengimplementasikan pelan strategik juga memerlukan satu kompetensi khusus. Pemimpin

perlu tahu sesuatu itu betul dan perlu diperbetul dan melakukan sesuatu tindakan yang betul.

Kemahiran menguruskan staf agar melakukan sesuatu yang betul agar akur dengan matlamat

organisasi akan menghasilkan pencapaian yang diharapkan.

Kompetensi akhir yang sehubungan dengan perancangan strategik ialah penilaian

strategik. Setelah perancangan strategik diimplementasikan melalui pelbagai strategi,

pemantauan berterusan perlu dilakukan. Ini termasuklah memastikan stafnya merancang dan

melaksanakan pelan taktikal dan pelan operasi yang betul. Sekiranya berlaku sesuatu yang

tidak terduga semasa pengimplementasian, pemimpin boleh segera bertindak untuk

membetulkannya. Realitinya, tidak semua yang dirancang akan berjalan lancar, maka perlulah

pemimpin melakukan perubahan terhadap penjadualan pelaksanaan strategi, melakukan

pengubahsiauan strategi yang tidak mantap atau berkompromi dengan staf akan matlamat yang

baru.

Kesimpulannya, kompetensi asas yang mengupayakan seorang pengurus membawa

organisasinya ke hala tuju yang benar sangat penting dikuasai. Oleh itu, sebelum seorang

pengetua sekolah atau seorang pemimpin organisasi bertindak, ia perlu menguasai asas

berfikir secara strategik dan seterusnya trampil melakukan perancangan strategik,

mengimplementasikan dan membuat penilaian secara startegik.

Rujukan1. Hairudin MA & Bustamam AM (2009). Perancangan Strategik Sekolah. PTS Profesional

Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.2. Ong Hean Tatt (2003). Sun Tzu: Seizing Startegic Business Oppurtunities and

Advantages. Star Publications (M) Bhd. Petaling Jaya.3. Wikipedia, The free encyclopedia. Definition of Strtaegic Rhingking. 4. Bustamam AM. Strategic Thingking for Strategic Leaders : Ppt Slide Presentation. IAB5. Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025.