Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

14
Konsep Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak- kanak - Fizikal AHLI KUMPULAN : HAKIMIN ALEX KUAN AZERA

Transcript of Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

Page 1: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

Konsep Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak - FizikalAHLI KUMPULAN :

HAKIMIN

ALEX

KUAN

AZERA

SABRINA

Page 2: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

Apa itu ABP? Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) adalah salah satu amalan dan proses pembelajaran yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur , perkembangan diri,sekolah bakat dan minat murid.

Page 3: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

Prinsip ABP • Perkembangan domain kognitif,afektif dan psikomotr saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain

•Perkembangan berlaku mengikut turutan

•Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza-beza

•Perkembangan adalah berterusan

Page 4: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

Perkembangan fizikal Untuk amalan yang bersesuaian dengan perkembangan fizikal kanak-kanak guru harus menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk aktitivi motor kasar setiap hari termasuk waktu pemilihan bebas (sama ada aktiviti dan peralatan) setiap hari dan kanak-kanak diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti fizikal yang mereka mahukan

Page 5: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

Perkembangan Fizikal•Pertumbuhan dan perkembangan murid yang sihat, selamat dan ceria dapat memupuk personaliti yang positif.

•Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa perkembangan fizikal kanak-kanak perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka.

Page 6: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

•Bagi aspek fizikal tertutup bermakna kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah.

•Aspek fizikal terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah.

Page 7: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

•Kedua-dua kategori ini perlu dalam memperkembangkan kemahiran kanak-kanak.

•Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup.

•Manakala dalam sesuatu permainan kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka.

•Sebagai guru prasekolah, seharusnya kita tidak mengabaikan aspek ini kerana ia sangat membantu perkembangan kanak-kanak dan juga dapat menyediakan asas perkembangan fizikal yang mantap.

Page 8: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting:

• Perkembangan motor halus

• Perkembangan motor kasar 

• Kesihatan

• Keselamatan

Page 9: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

Ia menumpukan pada pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak secara sihat,selamat dan ceria sambil memupuk keyakinan diri dan personaliti yang positif.Komponen perkembangan fizikal ini meliputi tiga aspek iaitu :

perkembangan psikomotor

kesihatan

keselamatan.

Aspek psikomotor melibatkan penguasaan motor kasar dan motor halus yang berkaitan dengan pergerakan yang membolehkan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti fizikal dengan yakin.

Page 10: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

•Kaedah yang boleh digunakan ialah melalui aktiviti fizikal di dalam atau diluar kelas dengan menggunakan pelbagai alat permainan

•Aspek kesihatan meliputi latihan mengamalkan cara hidup yang sihat daripada segi mental dan fizikal melalui kebersihan, pemakanan yang seimbang dan menjauhkan diri daripadapenyakit.

•Aspek keselamatan pula merangkumi kebolehan kanak-kanak mengenal pasti objek dan situasi yang membahayakan diri dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk bertindak.Kedua-dua aspek kesihatan dan keselamatan ini boleh dijalankan melalui tunjuk cara,lakonan dan lawatan.

Page 11: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

Objektif Komponen Perkembangan Fizikal:

Komponen perkembangan fizikal membantu murid-murid:

i.Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu dalam aktiviti pembelajaran

ii.Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal

iii.Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat

iv.Membina minda yang sihat dan cerdas

Page 12: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

Implikasi

Page 13: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

• Amalan yang bersesuaian bermaksud mengambil kira tentang bagaimana perkembangan kanak-kanak, belajar dan berpadanan dengan kandungan dan strategi yang dirancang untuk kanak-kanak dalam program pendidikan awal kanak-kanak.

•Amalan yang bersesuaian bermaksud melayani kanak-kanak sebagai individu bukan sebagai sekumpulan kanak-kanak.

•Amalan yang bersesuaian bermaksud melayani kanak-kanak dengan mengetahui terhadap - mengenalpasti perubahan keupayaan kanak-kanak dan berkeyakinan dengan keupayaan kanak-kanak untuk dibina dan kanak-kanak berupaya boleh belajar.

Page 14: Komponen Perkembangan Fizikal .pptx

Rumusan Rumusannya dengan perkataan mudah, kita mesti mulakan berfikir tentang apa yang kanak-kanak suka dikuti dengan membina aktiviti, rutin dan harapan (expectation) yang boleh memenuhi ciri-ciri perkembangan fizikal,emosi,