KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

20
KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1 GEMA SEPI GADIS GENIUS PUISI TRADISIONAL Pantun Dua Kerat (Nasihat) Pantun Empat Kerat (Agama) Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) Pantun Empat Kerat (Teka-Teki) Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyahh Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman SAJAK Kian Kita Lupa Lebah dan Madu Hari Akhir Persekolahan Jangan Diari Lama Asap PROSA TRADISIONAL Taju l Muluk Hikayat Marakarma Budi seorang bapa angkat CERPEN Kasut Kelopak Jantung Tempang Tukang Lama Yuran Trauma Embah Sepucuk Surat daripada Kawan DRAMA Surat untuk Ina Arah ke Mana Mendung Hitam Beralih Jua NOVEL Istana Menanti PUISI TRADISIONAL PANTUN DUA KERAT (NASIHAT) Rangkap Maksud 1 Ucapan terima kasih atas pemberian seseorang dan berharap pada masa depan akan diberi lagi. 2 Seseorang yang suka bercakap banyak kebiasannya suka berbohong. 3 Harapan agar membalas surat yang telah dibaca. 4 Sikap seseorang yang malas berusaha menyebabkan dia tidak mendapat apa yang dikehendakinya. 5 Orang yang terang hati akan senang memahami apa yang diajar. 6 Sikap berani menanggung apa jua risiko setelah melakukan sesuatu tindakan. 7 Orang yang paling akhir selalunya ditugaskan untuk mengemas. 8 Jika mengkehendaki sesuatu seseorang itu perlulah pergi kepada orang yang memberi. 9 Nama baik akan busuk sekiranya menipu dan mencuri. 10 Setelah ditegur barulah seseorang itu berhenti bercakap. Tema Nasihat kepada murid-murid agar dapat melakukan sesuatu kebaikan dan menjauhi perkara yang dilarang. Persoalan 1. Sikap suka berbohong. 2. Berani menanggung risiko setelah membuat keputusan. 3. Berusaha untuk mencapai apa yang dihajati. 4. Penjagaan diri amat penting supaya nama tidak tercemar. Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi 1. Pengulangan: Pecah kaca pecah gelas; Saya kata itik, awak kata ayam 2. Penggunaan unsur alam: daun keladi, ikan siakap, kumbang, durian, cempedak. 3. Sinkope: nak 4. Aliterasi: B anyak cakap b anyak b ohong (pengulangan konsonan b) 5. Asonansi: Periu k belanga pasu ku ali (pengulangan vokal u) Nilai Bertanggungjawab; Kerajinan; Bijaksana; Amahah Pengajaran 1. Kita perlulah berusaha untuk memperoleh apa yang diingini. 2. Kita haruslah berani bertanggungjawab atas perkara yang kita lakukan. 3. Janganlah kita mengamalkan sikap negatif seperti suka menipu dan mencuri. 4. Kita hendaklah menghargai setiap pemberian orang lain. PANTUN EMPAT KERAT (AGAMA) Rangkap Maksud 1 Ilmu yang tinggi tidak akan berguna jika tidak sembahyang. 2 Orang yang tidak sembahyang akan mendapat

Transcript of KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

Page 1: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1GEMA SEPI GADIS GENIUS

PUISI TRADISIONAL Pantun Dua Kerat (Nasihat) Pantun Empat Kerat (Agama) Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) Pantun Empat Kerat (Teka-Teki) Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyahh Syair Kemangkatan Sultan SulaimanSAJAK Kian Kita Lupa Lebah dan Madu Hari Akhir Persekolahan Jangan Diari Lama AsapPROSA TRADISIONAL Taju’l Muluk Hikayat Marakarma Budi seorang bapa angkatCERPEN Kasut Kelopak Jantung Tempang Tukang Lama Yuran Trauma Embah Sepucuk Surat daripada KawanDRAMA Surat untuk Ina Arah ke Mana Mendung Hitam Beralih JuaNOVEL

Istana Menanti

PUISI TRADISIONAL

PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)Rangkap Maksud

1 Ucapan terima kasih atas pemberian seseorang dan berharap pada masa depan akan diberi lagi.

2 Seseorang yang suka bercakap banyak kebiasannya suka berbohong.3 Harapan agar membalas surat yang telah dibaca.4 Sikap seseorang yang malas berusaha menyebabkan dia tidak mendapat

apa yang dikehendakinya.5 Orang yang terang hati akan senang memahami apa yang diajar.6 Sikap berani menanggung apa jua risiko setelah melakukan sesuatu

tindakan.7 Orang yang paling akhir selalunya ditugaskan untuk mengemas.8 Jika mengkehendaki sesuatu seseorang itu perlulah pergi kepada orang

yang memberi.9 Nama baik akan busuk sekiranya menipu dan mencuri.

10 Setelah ditegur barulah seseorang itu berhenti bercakap.

TemaNasihat kepada murid-murid agar dapat melakukan sesuatu kebaikan dan menjauhi perkara yang dilarang.

Persoalan1. Sikap suka berbohong.2. Berani menanggung risiko setelah membuat keputusan.3. Berusaha untuk mencapai apa yang dihajati.4. Penjagaan diri amat penting supaya nama tidak tercemar.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi1. Pengulangan: Pecah kaca pecah gelas; Saya kata itik, awak kata ayam2. Penggunaan unsur alam: daun keladi, ikan siakap, kumbang, durian, cempedak.3. Sinkope: nak4. Aliterasi: Banyak cakap banyak bohong (pengulangan konsonan b)5. Asonansi: Periuk belanga pasu kuali (pengulangan vokal u)

NilaiBertanggungjawab; Kerajinan; Bijaksana; AmahahPengajaran1. Kita perlulah berusaha untuk memperoleh apa yang diingini.2. Kita haruslah berani bertanggungjawab atas perkara yang kita lakukan.3. Janganlah kita mengamalkan sikap negatif seperti suka menipu dan mencuri.4. Kita hendaklah menghargai setiap pemberian orang lain.

PANTUN EMPAT KERAT (AGAMA)

Page 2: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

Rangkap Maksud1 Ilmu yang tinggi tidak akan berguna jika tidak sembahyang.2 Orang yang tidak sembahyang akan mendapat pembalasan ketika di

alam baqa.3 Ilmu tidak mendatangkan apa-apa faedah jika tidak diamalkan.4 Hanya Tuhan Yang Maha Esa untuk disembah dan melebihi kuasa yang

lain.5 Balasan ketika di neraka amat menakutkan dan kita perlu muhasabah

diri.6 Segeralah bertaubat dan memohon ampun kepada Tuhan atas dosa

yang dilakukan jika hendak menjadi ahli syurga.

Tema Kesedaran terhadap kewajipan manusia ketika hidup di dunia sebagai bekalan ke akhirat.

Persoalan1. Kehidupan yang sia-sia bagi orang yang meninggalkan sembahyang.2. Balasan syurga dan neraka.3. Setiap ilmu yang dipelajari perlu diamalkan.4. Insaf akan kesalahan diri.5. Mengakui Tuhan Yanh Maha Esa.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi1. Anafora: Kemumu di dalamsemak (Rangkap 1, Baris 1)

Kemumu di tengah pekan (Rangkap 1, Baris 3)2. Simile: Bagai pohon tidak berbuah3. Unsur alam: kemumu, asam kandis, asam gelugur, bulan4. Bahasa Arab: Syurga, neraka5. Asonansi: Asam kandis asam gelugur (Pengulangan vokal a)6. Aliterasi: Disambut masak buah rembega (Pengulangan konsonan m)

NilaiKeinsafan; Bertanggungjawab; Kejujuran; Baik hati; Keadilan

Pengajaran1. Kita hendaklah menjaga amalan baik seperti sembahyang ketika di dunia.2. Kita perlu insaf akan kesalahan diri.3. Kita haruslah segera meminta ampun daripada Tuhan jika melakukan kesalahan.4. Kita hendaklah sentiasa mengingatkan diri kita supaya tidak melakukan kesilapan.

PANTUN EMPAT KERAT (BERJIMAT CERMAT)

Rangkap Maksud1 Dengan amalan berjimat cermat, rezeki yang sedikit terasa banyak2 Sikap berjimat cermat amalan murni manakala sikap boros amalan

syaitan.3 Amalan berjimat cermat dalam setiap perkara yang dilakukan akan

menjamin masa depan seseorang.4 Perbuatan suka belanja berlebih-lebihan adalah perbuatan yang sia-sia

dan akan menambahkan hutang.5 Agama menyuruh pengikutnya mengamalkan sikap berjimat cermat

untuk kesejahteraan hidup.6 Biarlah pendapatan sedikit tetapi kita tetap berjimat daripada

pendapatan banyak tetapi suka membazir.7 Rancanglah segala perbelanjaan untuk mengelakkan sebarang

pembaziran.

TemaKepentingan amalan berjimat cermat dalam kehidupan seharian.

Persoalan1. Kepentingan amalan berjimat cermat dalam kehidupan.2. Keburukan amalan boros dalam kehidupan.3. Amalan berjimat cermat dituntut oleh agama.4. Pentingnya perancangan perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi1. Anafora: jika2. Inversi: sungguh pahit buah peria sepatutnya buah peria sungguh pahit3. Penggunaan unsur alam: belukar, buah ara, buah peria, ladang, kacang4. Metafora: rezeki secupak terasa segantang5. Aliterasi: Indah nian pemandangan dunia (Pengulangan konsonan n)6. Asonansi: Sikap berjimat amalan mulia(Pengulangan vokal a)

NilaiRasional; Kesederhanaan; Kebersihan Mental; Berhemah

Pengajaran1. Kita hendaklah berjimat cermat kerana perbuatan membazir itu dilarang oleh Tuhan.2. Kita tidak boleh bersikap boros untuk mengelakkan kita daripada menanggung

hutang.3. Setiap perkara yang hendak dilakukan mestilah dirancang terlebih dahulu.

PANTUN EMPAT KERAT (TEKA-TEKI)

Page 3: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

Rangkap Maksud1 Cubalah teka benda yang kepalanya lebih besar daripada badan.

Jawapan:2 Cubalah cari benda yang semakin ringan apabila diisi.

Jawapan:3 Namakan binatang yang berdarah hitam, memiliki lapan janggut

dengan satu tulang. Jawapan:4 Namakan benda yang berwarna hijau ketika kecil dan menjadi merah

apabila besar. Jawapan:5 Sekiranya tuan bijak bestari, namakan benda yang bertanduk di

hidung. Jawapan:

TemaMenguji kecerdasan minda; iaitu berfikir tentang alam sekeliling.

Persoalan1. Manusia memerlukan latihan berfikir.2. Orang yang bijak dapat berfikir dengan pantas dan tepat.3. Berfikir secara rasional dapat menyelesaikan masalah yang banyak.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi1. Pengulangan/Repetisi: Makin diisi makin ringan2. Kata Ganda: kecil-kecil3. Asonansi: Makin diisi makin ringan ( Pengulangan vokal “i” )4. Aliterasi: Makin diisi makin ringan ( Pengulangan konsonan “n”)

NilaiKebijaksanaan; Kemahiran Berfikir; Rasional

Pengajaran1. Kita hendaklah berfikir secara matang supaya dapat menyelesaikan masalah.2. Kita hendaklah berfikir secara rasional dan logik supaya pendapat kita dapat diterima

oleh masyarakat.3. Alam sekeliling banyak membantu manusia berfikir.

SYAIR WASIAT AYAHANDA SITI ZAWIYAHRangkap Maksud

1 Pada suatu hari, saudagar dan isterinya sakit selama tujuh hari dan tidak boleh bergerak langsung.

2 Saudagar itu sedar bahawa dia akan meninggal dunia lalu memanggil anaknya dan mencium kepala anaknya itu sambil menangis.

3 Dia mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya itu dan mengatakan bahawa dia sudah hampir meninggal dunia sambil menasihati anaknya

supaya menjaga tingkah laku.4 Saudagar itu meninggalkan hartanya untuk membahagiakan anaknya

yang seorang itu dan dia mengingatkan anaknya itu supaya menerima harta itu semuanya untuk mendapatkan faedahnya.

5 Saudagar menasihati anaknya supaya bijaksana dalam menguruskan harta pusaka supaya harta itu tidak tergadai dan mengelakkan diri daripada menjadi papa kedana laksana perahu yang bersauh tunggal.

6 Harta yang tidak digunakan dengan sempurna sudah tentu harta itu tidak berguna, malahan harta akan habis menyebabkan manusia akan merana.

7 Janganlah lupa akan budi dan bahasa serta muliakan ibu dan bapa dan sekiranya berjumpa dengan mereka janganlah lambat untuk menyapa mereka.

8 Manusia hidup dengan adat yang berbeza dan ada yang tidak memandang harta dan benda kerana kemesraan itu yang penting dan menjadi penambah ilmu di dada.

TemaWasiat seorang ayah kepada anaknya.

Persoalan1. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.2. Pesanan kepada anak-anak.3. Ketinggian budi pekerti.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi1. Simile. Laksana perahu bersauh tunggal2. Sinkope. Hatiku; padamu3. Asonansi. Adalah kiranya tujuh hari ( Pengulangan vokal “a”)4. Aliterasi. Tidak bergerak kanan dan kiri ( Pengulangan konsonan “k”)

NilaiKasih sayang; Berbudi Bahasa; Bersopan santun

Pengajaran1. Kita hendaklah menyayangi anak-anak.2. Kita perlulah berbudi bahasa dengan orang lain.3. Kita haruslah bersopan santun apabila berbicara dengan orang lain.

SYAIR KEMANGKATAN SULTAN SULAIMAN

Page 4: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

Rangkap Maksud1 Negeri Deli tua memiliki kota yang kukuh dan berpagar batu. Pasarnya

pula dikunjungi ramai orang dan tidak dapat dibandingkan dengan tempat lain pada masa itu.

2 Baginda mempunyai tiga orang anak, iaitu yang sulung ialah putera dan yang di tengah merupakan seorang puteri yang sangat cantik.

3 Anakanda yang ketiga ialah seorang putera yang juga terlalu kacak menyebabkan semua orang tertarik hati dan dikasihi oleh semua rakyat tanpa mengira yang muda atau yang tua.

4 Permaisuri baginda pula sudah lama meninggal dunia dan baginda mencari gadis dan janda sebagai penggantinya, namun semuanya tidak menarik hati baginda.

5 Selepas beberapa lama duduk di atas taktha baginda, maka pada suatu hari baginda pun gering.

6 Penyakit itu sangat menyeksakan baginda sehingga menyebabkan badan baginda terlalu kurus dan banyak kali tabib datang untuk mengubati baginda.

7 Tabib telah berusaha sedaya upaya untuk mengubati baginda, namun penyakit tersebut tidak juga dapat diubati.

8 Usaha untuk mengubati baginda yang dilakukan oleh tabib tidak berkesan, malahan menyebabkan penyakit itu semakin teruk dan baginda sudah hampir menemui ajalnya.

9 Ubat yang diberikan tidak berkesan, lalu baginda akhirnya mangkat.10 Selepas baginda mangkat, takhta dan kebesarannya terpaksa

ditinggalkan di samping harta yang banyak yang dikurniakan oleh Allah.

TemaKehidupan seorang raja yang agung hingga menemui ajalnya.

Persoalan1. Kemasyhuran seorang raja.2. Kegigihan untuk mengubati penyakit.3. Takdir Tuhan yang menentukan segala-galanya.4. Semua yang hidup akan mati.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi1. Inversi. Hati baginda penuju tiada2. Sinkope. Penyakit tak dapat lagi diubati3. Bahasa istana. Gering; takhta; mangkat; baginda4. Bahasa Arab. Baqa; rabbulizzati; Allah5. Asonansi. Pasarnya ramai bukan suatu ( Pengulangan vokal “a”)

6. Aliterasi. Dengan kehendak Tuhan yang satu ( Pengulangan konsonan “n”)

NilaiKasih sayang; Kegigihan; Tolong-menolong

Pengajaran1. Kita perlulah mengasihi sesama insan.2. Kita hendaklah gigih berusaha tanpa mengenal rasa jemu.3. Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan.

SAJAKKIAN KITA LUPA

Rangkap Maksud1 Kita semakin lupa akan susah payah pejuang kemerdekaan yang

memperjuangkan negara apabila kita hidup dalam kemewahan.2 Kita semakin lupa akan penderitaan nenek moyang kita dahulu apabila

kita bersikap terlalu bangga dan sombong.3 Kita semakin lupa akan kesengsaraan di akhirat apabila Tuhan

melimpahkan kurnia yang banyak kepada kita.4 Walaubagaimanapun, kita cuma tidak lupa apabila sudah terlewat

untuk menyesali semua keterlanjuran tingkah laku dan sesuatu kebahagiaan sudah bertukar menjadi penderitaan dan kegembiraan bertukar menjadi kedukaan.

TemaManusia mudah lupa diri apabila hidup senang dan insaf apabila hidup susah.

Persoalan1. Harta dunia melalaikan manusia akan tanggungjawab sesama manusia dan kepada

Tuhan.2. Penderitaan sering mengingatkan manusia kepada Tuhan.3. Generasi tua telah banyak berkorban untuk keselesaan hidup generasi muda.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi1. Repetisi. Kian kita lupa2. Sinkope. tak lupa3. Inversi. Kian kita lupa (Kita kian lupa)4. Asonansi. Kian kita lupa ( Pengulangan vokal “a”)5. Aliterasi. Pada derita nenek moyang dahulu kala

( Pengulangan konsonan “d”)

Nilai

Page 5: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

Kesederhanaan; Kesyukuran; Mengakui kesilapan; Mengenang budi

Pengajaran1. Kita hendaklah mengenang budi dan berusaha membalas budi orang yang berbudi

kepada kita.2. Kita hendaklah berfikir secara rasional supaya tidak menyesal pada kemudian hari.3. Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas nikmat dan kurniaan Tuhan.

LEBAH DAN MADURangkap Maksud

1 Lebah-lebah membuat sarang pada pohon tualang. Lebah-lebah itu cergas dan rajin bekerja serta mengamalkan sikap terpuji, iaitu sentiasa hidup dalam kesepakatan.

2 Lebah-lebah itu terdiri daripada pekerja dan ratunya yang sentiasa bekerjasama dalam menghasilkan madunya yang manis dan menjadi penawar penyakit manusia.

3 Kehidupan lebah-lebah di pohon tualang itu telah menyedarkan penyajak supaya selalu berusaha dan meninggalkan jasa seperti madu lebah yang istimewa itu.

TemaSikap bekerjasama dapat membawa banyak kejayaan.

Persoalan1. Kecergasan dan kerajinan berusaha.2. Bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.3. Sumbangan jasa dan bakti.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi1. Repetisi. Ada ratu ada pekerja2. Simile. Seperti madumu yang istimewa3. Sinkope. Kau membuat aku sedar; seperti madumu yang istimewa4. Asonansi. Ada ratu ada pekerja ( Pengulangan vokal “a”)5. Aliterasi. Seperti madumu yang istimewa ( Pengulangan konsonan “m” )

NilaiMuafakat; Kerjasama; Kerajinan; Kebaikan bersama

Pengajaran1. Kita hendaklah bermuafakat apabila membuat sesuatu keputusan.2. Kita haruslah bekerjasama untuk melakukan sesuatu kerja.

3. Kita perlulah rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.

HARI AKHIR PERSEKOLAHANMaksud:Sungguhpun hari persekolahan telah berakhir, namun penyajak masih membaca buku. Nasihat guru sentiasa terngiang-ngiang di telinganya. Penyajak berasa sangat sedih untuk meninggalkan alam persekolahan tetapi pada masa yang sama, penyajak juga berasa gembira kerana dengan berakhirnya zaman persekolahan bererti penyajak telah dewasa dan dapat hidup berdikari.

TemaIlmu dan pengalaman amat penting dalam kehidupan manusia.

Persoalan1. Minat membaca mestilah diteruskan seumur hidup.2. Peranan guru ialah memupuk minat membaca dalam kalangan murid.3. Nasihat guru sangat berharga kepada murid-murid.4. Zaman persekolahan merupakan zaman yang amat menggembirakan.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi1. Metafora. Suara hati; mata batin; dakapan perpisahan; tangan nakal2. Repetisi. Ada suara hati, ada mata batin, ada air jernih, ada tangan nakal3. Asonansi. Dalam dakapan perpisahan ( Pengulangan vokal “a”)4. Aliterasi. Merdeka, kita ke takah dewasa! ( Pengulangan konsonan “k” )

NilaiDedikasi; Nasihat-menasihati; Penghargaan; Mencintai ilmu; berfikiran matang

Pengajaran1. Kita hendaklah mencintai ilmu, terutamanya dengan membaca buku.2. Kita perlulah menghargai jasa guru yang mendidik kita.3. Kita haruslah berfikiran matang dalam menghadapi dugaan hidup.JANGAN

Rangkap Maksud1 Penyajak tidak membenarkan anaknya dibawa pergi kerana dia masih

mencintai anaknya. Anaknya itu juga yang menjadi penghibur hatinya.2 Penyajak tidak membenarkan anaknya dibawa lari kerana dia tidak

boleh berpisah dengan anaknya. Dia terlalu menyayangi anaknya itu, terutama dalam mengharungi susah payah hidupnya. Penyajak menyedari bahawa kasih sayang ayah kepada anaknya mungkin lebih daripada kasih sayang ibunya.

3 Penyajak tidak membenarkan anaknya dibawa pergi dan dia akan

Page 6: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

mencari anaknya itu walaupun di mana-mana dia berada.

TemaKasih sayang seorang ayah terhadapnya.

Persoalan1. Kasih sayang yang sejati terhadap anak.2. Kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya yang tidak dapat dipidahkan.3. Ibu bapa akan melupakan kesalahan anaknya.4. Kerinduan dan kerisauan terhadap anak apabila berjauhan.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi1. Inversi. Pilu terasa, perih terasa sepatutnya terasa pilu, terasa perih2. Metafora. Permata hati; mata hatiku; sakit hati3. Sinkope. anakku; hidupku; kucari4. Asonansi. Pembalut luka dan penghibur lara ( Pengulangan vokal “u”)5. Aliterasi. Sakit diri perih terasa ( Pengulangan konsonan “r” )

NilaiKasih sayang; Cinta sejati; Memaafkan kesalahan; Tanggungjawab

Pengajaran1. Ibu bapa hendaklah memelihara anak-anak dengan penuh kasih sayang.2. Kita haruslah memaafkan kesalahan anak-anak.3. Kita perlulah sentiasa berhubung rapat dengan anak-anak.

DIARI LAMARangkap Maksud

1 Penyajak mengingati sejarah perjuangan terhadap kemerdekaan negara yang memerlukan pengorbanan yang besar.

2 Penyajak melahirkan perasaan cintanya kepada negara dengan menghadiri sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara kita yang diadakan di Dataran Merdeka. Penyajak menyaksikan kegagahan para peserta dalam perbarisan pada hari merdeka itu yang diharapkan akan diadakan sampai bila-bila.

TemaSemangat cinta akan negara yang tidak berbelah bahagi.

Persoalan1. Perjuangan menuntut kemerdekaan.2. Sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

3. Kegagahan peserta perbarisan hari kemerdekaaan.4. Semangat kemerdekaan dapat ditanamkan melalui sambutan Hari Kebangsaan yang

diraikan setiap tahun.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi1. Sinkope. tak sederas; kutegakkan2. Metafora. bumi merdeka; naungan masa3. Simile. sederas darah yang tertumpah4. Asonansi. diulit riang bersarung hiba ( Pengulangan vokal “i”)5. Aliterasi. kutegakkan cinta dan kasih sayang ( Pengulangan konsonan “k” )

NilaiCinta akan tanah air; Kegagahan; Semangat juang yang tinggi; Mengenang budi

Pengajaran1. Kita hendaklah cinta akan negara sendiri.2. Kita perlulah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam perjuangan.3. Kita hendaklah mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.

ASAPRangkap Maksud

1 Penyajak inginkan jawapan terhadap persoalan asap yang memedihkan matanya sehingga mengalirkan air mata.

2 Asap yang tersebar di udara telah menyukarkan penyajak bernafas. 3 Asap telah merosakkan saluran pernafasan penyajak dan berjuta-juta

manusia tanpa mengira usia.4 Sungguhpun asap tidak dapat dirasai dengan sentuhan, tetapi

meninggalkan kesan yang dahsyat ke atas manusia dan alam sekitar.

TemaKesan pencemaran alam terhadap manusia dan alam sekitar.

Persoalan1. Asap mencemarkan alam sekitar.2. Asap memudaratkan kesihatan manusia.3. Manusia bergantung hidup kepada alam sekitar.

Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi1. Sinkope. bisamu; jantungku; kurasai2. Personifikasi. telah kaurampas3. Asonansi. hanya satu jantungku ini ( Pengulangan vokal “a”)4. Aliterasi. memedihkan mataku ( Pengulangan konsonan “m” )

Page 7: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

NilaiCinta akan alam sekitar; Sayang akan nyawa; Bekerjasama

Pengajaran1. Kita hendaklah mencintai alam sekitar.2. Kita hendaklah memulihara alam sekitar demi kesejahteraan hidup bersama.3. Kita hendaklah menjaga kesihatan tubuh badan supaya dapat hidup sihat.

PROSA TRADISIONALTAJU’L MULUKTemaPengembaraan seorang anak raja yang mencari ubat untuk mengubati penyakit ayahandanya. Semasa dalam pengembaraan tersebutlah, Taju’l Muluk mengalami pelbagai peristiwa. Peristiwa-peristiwa yang dialaminya berkaitan dengan orang-orang yang dapat memberitahunya mengenai bunga bakawali yang sedang dicarinya. Hal ini juga telah membuatkan dia lebih matang dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.

Persoalan1. Kebijaksanaan dalam menangani sebarang masalah.2. Kecekalan diri menghadapi dugaan dan cabaran.3. Kasih sayang yang mendalam kepada seorang anak yang keseorangan.4. Orang yang tamak selalu rugi.

Watak dan PerwatakanTaju’l Muluk Putera bongsu kepada Raja Zainul Muluk seorang yang tampan seorang anak yang baik dan menyayangi ibu bapa. Bijaksana – berbaik-baik dengan Penghulu Mahligai untuk mengetahui muslihat

disebalik kemenangan Tuan Puteri Jenuh Hati dalam pertandingan catur. Pandai mengambil hati dan berbudi bahasa – disayangi oleh Penghulu Mahligai, raksasa,

dan Dewi Hamalah. Tabah dan Berani – meredah rimbayang gelap-gelita dan belukar yang dipenuhi ular

berbisa demi mencari bunga bakawali.

Tuan Puteri Jenuh Hati seorang yang pandai dan licik dalam permainan catur. Tamak dan mementingkan diri – menipu dan merampas harta orang lain dengan

sewenang-wenangnya.

Nenek / Penghulu Mahligai

seorang yang baik hati – sanggup memberikan semua hartanya kepada Taju’l Muluk kerana menyayanginya.

seorang yang penyayang – sangat menyayangi Taju’l Muluk seperti keluarganya sendiri.Raksasa sangat penyayang – menyayangi Taju’l Muluk seperti keluarganya sendiri menepati janji – berjanji untuk menghantar Taju’l Muluk ke taman Mahligai.

Puteri Bakawali Anak raja yang mempunyai penjaga dan juga mempunyai taman yang terdapat

sekuntum bunga bakawali.

Dewi Hamalah raksasa yang memerintah 12 000 raksasa menjaga taman Bakawali. penyayang – sangat menyayangi Taju’l Muluk seperti keluarganya sendiri.

PlotPermulaan: Raja negeri Syarqastan iaitu Raja Zainu’l Muluk buta mata selepas bangun daripada

tidur. Hanya satu ubat yang boleh mengubati penyakit baginda iaitu bunga bakawali.

Perkembangan: Empat orang anak Raja Zainu’l Muluk mencari bunga bakawali tetapi terperangkap

dengan Tuan Puteri Jenuh Hati. Taju’l Muluk meminta izin daripada ayahanda dan bondanya untuk mencari bunga

bakawali tersebut. Taju’l Muluk bekerja di bawah seorang amir dan belajar bermain catur sehingga mahir. Taju’l Muluk bertemu dengan seorang perempuan tua yang memberitahu rahsia

kemenangan Tuan Puteri Jenuh Hati dan akhirnya berjaya mengalahkan Tuan Puteri Jenuh Hati dan dapat membebaskan empat saudaranya.

Taju’l Muluk menceritakan kisah harimau dengan Brahman. Taju’l Muluk pergi ke taman Bakawali, menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan,

akhirnya Taju’l Muluk bertemu dengan raksasa yang mengambilnya sebagai anak. Taju’l Muluk membuatkan roti untuk raksasa, raksasa memanggil raksasa lain untuk

merasai keenakan roti Taju’l Muluk.

Klimaks: Raksasa mengirimkan jin dan Taju’l Muluk kepada Dewi Hamalah iaitu raksasa yang

menjaga Taman Bakawali.

Peleraian:

Page 8: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

Dewi Hamalah gembira dan amat menyayangi Taju’l Muluk. Oleh sebab terlalu sayang akanTaju’l Muluk, maka Dewi Hamalah telah mengahwinkan Taju’l Muluk dengan anaknya, Puteri Mahmudah.

LatarMasa

Pada zaman dahulu kala. Pada waktu siang. Pada waktu malam.

Tempat Negeri Syarqastan. Mahligai Puteri Jenuh Hati. Di dalam hutan. Di rumah orang tua

Masyarakat Masyarakat yang gigih berusaha. Masyarakat yang tolong-menolong. Masyarakat yang berbelas kasihan. Masyarakat yang bijaksana.

Gaya Bahasa1. Penggunaan Bahasa Asing

Bahasa ArabAstaghfirullah; Insya-Allah

Bahasa IstanaHamba; Tuan Puteri

Bahasa Klasikselaksa dirham; dewata muli

2. Simile. dia laksana orang gila3. Bahasa berirama dan bersyair.

NilaiKegigihan; Keberanian; Kebijaksanaan; Tolong-menolong; Murah hati

Pengajaran1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.2. Kita haruslah berani berhadapan dengan sebarang ancaman atau cabaran.3. Kita perlulah bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah.4. Kita mestilah membantu orang yang memerlukan pertolongan.

HIKAYAT MARAKARMATemaKetabahan seorang maharaja dari kayangan dalam menempuh kehidupan di bumi.

Persoalan1. Kesabaran dalam meneruskan hidup di bumi.2. Kegigihan dalam mendapatkan sesuatu yang diinginkan.3. Kasih sayang terhadap isteri.4. Perasaan belas kasihan sesama insan.5. Tolong-menolong terhadap orang yang memerlukan bantuan.

Watak dan PerwatakanBetara Angkasa Indera Dewa (Si Miskin) Baginda terkenal dengan kesaktiannya, gagah, berani, dermawan, budiman dan

setiawan. Menghormati Betara Guru – memohon perkenan untuk turun ke dunia melihat temasya

raja-raja. Tabah menempuhi kesukaran hidup apabila sampai ke bumi hingga digelar Si Miskin. Seorang yang sangat sayang akan isterinya dengan berusaha mendapatkan buah

mempelam dan nangka yang diidamkan oleh isterinya itu. Baginda seorang yang rajin bekerja. Baginda rajin menggali tanah untuk mendirikan

pondoknya sendiri.

Tuan Puteri Ratna Dewi (Isteri Si Miskin) Melahirkan dua orang anak, iaitu yang lelaki bernama Marakarma dan yang perempuan

bernama Tuan Puteri Nila Kesuma. Seorang yang sensitif dan mudah menangis apabila berdepan dengan masalah. Seorang yang penyayang dan sayang akan suami dan kedua-dua anaknya.

Maharaja Indera Dewa Seorang yang pemurah, di mana baginda memberikan buah mempelam dan buah

nangka kepada Si Miskin untuk isterinya yang mengidam.

Gaya Bahasa1. Bahasa berirama. Maka ada yang memberi buah,

ada yang memberi juadah,ada yang memberi nasi,

2. Bahasa istana. baginda; patik; hulubalang3. Bahasa Arab. Allah Taala4. Bahasa klasik. Kaus; tajau

Page 9: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

LatarMasa Zaman dahulu kala. Pada waktu siang. Pada waktu malam.

Tempat Di negeri Anta Beranta. Di bumi. Di taman Maharaja Indera Dewa Negeri Puspa Sari Di pasar dan di kedai buah.

Masyarakat Masyarakat yang tinggal di kayangan. Masyarakat yang penyayang. Masyarakat yang gigih berusaha. Masyarakat yang rajin. Masyarakat yang suka menolong orang.

NilaiPenyayang; Kegigihan; kerajinan; Tolong-menolong; Belas kasihan.

Pengajaran1. Kita perlulah menyayangi isteri kita sendiri.2. Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sesuatu.3. Kita mestilah menolong orang yang memerlukan bantuan.4. Kita perlulah menghormati orang yang lebih tua.

BUDI SEORANG BAPA ANGKATTemaTanggungjawab seorang bapa yang hendak melengkapkan anaknya dengan pelbagai ilmu agar menjadi anak yang berguna.

Persoalan1. Kasih sayang terhadap anak.2. Cinta akan ilmu.3. Kesabaran dalam menghadapi karenah anak murid.4. Patuh akan arahan pihak atasan.

Watak dan PerwatakanDatuk Batin Alam Bapa angkat Awang Sulung. Seorang yang penyayang dan sayang akan anak angkatnya, Awang Sulung, iaitu anak

saudaranya sendiri. Seorang yang cinta akan ilmu kerana menghantar Awang Sulung belajar mengaji Quran

dengan Tuan Kadi Alim dan menghantar Awang Sulung belajar mantik dan nahu bahasa Arab.

Seorang yang memiliki ilmu keduniaan dan mengajar ilmu-ilmu keduniaan seperti silat kepada Awang Sulung.

Seorang yang murah hati kerana memberikan emas setaka kuning kepada Tuan Kadi Alim yang mengajar Awang Sulung mengaji Quran.

Uli Emak Si Anjing Isteri Datuk Batin Alam. Seorang yang penyayang dan sayang akan Awang Sulung seperti anaknya. Seorang yang bertanggungjawab kerana menziarahi saudaranya Tuanku Si Helang Laut

dan permaisurinya yang mangkat tanpa pengetahuannya.

Awang Sulung Merah Muda Anak angkat Datuk Batin Alam. Memiliki wajah yang kacak. Semua orang terpesona akan kekacakannya itu selepas

giginya diasah dan disapu dengan baja kayu. Seorang yang cerdik dan cerdas otaknya. Awang Sulung terang hati dan begitu cepat

belajar. Seorang yang tangkas dan cekap bersilat. Dapat mengelak tikaman Datuk Batin Alam

dan menepuk tengkoloknya hingga jatuh. Seorang yang hormat kepada orang tua dan menurut segala arahan bapa angkatnya,

Datuk Batin Alam.

Tuan Kadi Alim Guru mengajar mengaji. Awang Sulung belajar mengaji Quran dengannya. Seorang yang penyabar. Bersabar dengan karenah Awang Sulung semasa mengajarnya

mengaji.

Tuan Malim Kecil Guru bahasa Arab. Seorang yang penyabar. Bersabar dengan karenah Awang Sulung semasa mengajarnya

nahu dan mantik bahasa Arab.

Gaya Bahasa1. Bahasa istana. Baginda; peterana

Page 10: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

2. Simile. ...bagai wajah purnama terlepas dari saputan awan3. Personifikasi. Keesokan harinya ketika sejuk subuh menggigit tulang, kerana sebelum

fajar menyinsing...4. Simpulan bahasa. Anak susu5. Bahasa klasik. Gerangan; belabat; emas setaka6. Bahasa Arab. Kadi7. Bahasa berirama. Bedil kecil merendang garam

Bedil besar sederam-sederam

LatarMasa Pada zaman dahulu kala. Waktu subuh. Pada malam Jumaat dan malam Isnin.

Tempat Istana Bandar Mengkalih. Di rumah Tuan Kadi Alim. Di rumah Tuan Malim Kecil. Di peterana. Di telaga diraja.

Masyarakat Masyarakat yang penyayang. Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua. Masyarakat yang cinta akan ilmu. Masyarakat yang patuh akan arahan.

NilaiKasih sayang; Hormat-menghormati; Cinta akan ilmu; Patuh akan arahan; Sabar

Pengajaran1. Kita hendaklah sayang akan anak-anak.2. Kita haruslah mencintai akan ilmu pengetahuan.3. Kita perlulah patuh akan arahan pihak atasan.4. Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua.5. Kita haruslah bersabar dengan karenah anak murid.

CERPENKASUT KELOPAK JANTUNGTemaKemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.

Persoalan1. Sikap tanggungjawab seorang guru terhadap muridnya.2. Mengenang jasa guru.3. Tabah menghadapi kesusahan hidup.4. Kegigihan untuk mencapai kejayaan.

PlotPermulaanCikgu Harun menerima sebuah bungkusan hadiah yang tidak diketahui nama pengirimnya.

PerkembanganCikgu Harun teringat kenangan beliau mengajar di sebuah kampung 30 tahun lalu. Ahmad, seorang pelajar miskin yang selalu tidak berkasut telah didenda oleh cikgu Harun memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang. Disebabkan malu, Ahmad tidak hadir ke sekolah.

KlimaksCikgu Harun berasa menyesal dengan tindakannya. Beliau ke rumah Ahmad dan terkejut melihat keadaan rumah Ahmad. Cikgu Harun membeli sepasang baju dan sepasang kasut kepada Ahmad.

PeleraianCikgu Harun mendengar berita bahawa Ahmad sudah berjaya kini dan menjadi pengurus besar di salah sebuah syarikat pengeluar kasut yang terkemuka.

Watak dan PerwatakanCikgu Harun Seorang pesara guru. Cikgu Harun pernah menjadi guru selama 30 tahun. Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab terhadap pelajarnya. Seorang guru yang tegas. Seorang yang bersimpati dengan kesusahan pelajarnya.

Ahmad Seorang pelajar yang miskin. Dia tidak mampu untuk membeli kasut dan pakaian sukan

untuk digunakan di sekolah. Ahmad rajin ke sekolah walaupun menghadapi masalah kemiskinan dan hanya berkaki

ayam. Seorang yang patuh akan arahan guru. Ahmad seorang yang jujur. Seorang yang gigih belajar dan berusaha. Seorang yang mengenang jasa guru.

Page 11: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

LatarMasa Pada waktu pagi. Pada waktu malam. Pada waktu petang.

Tempat Di dalam kelas. Di rumah Ahmad. Di padang sekolah.

Masyarakat Masyarakat pelajar. Masyarakat yang miskin. Masyarakat guru yang bertanggungjawab. Masyarakat yang mengenang jasa. Masyarakat pesawah.

Gaya Bahasa1. Bahasa yang mudah difahami dan ayat-ayat pendek.2. Bahasa puitis. Lebih tiga dekad lalu, ketika kedaifan masih menjadi sinonim dengan

kehidupan marhaen di luar bandar.3. Simile. ...bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tengkoroknya.4. Personifikasi. ...perbendaharaan kata yang terlontar... ; kesabaran masih tersisa...5. Bahasa Inggeris. uniform

NilaiBertanggungjawab; Gigih; Patuh akan arahan guru; Simpati; Mengenang jasa

Pengajaran1. Kita hendaklah gigih belajar walaupun miskin.2. Kita patut menyedari bahawa kemiskinan bukanlah penghalang untuk mencapai

kejayaan.3. Seseorang guru hendaklah prihatin dengan latar belakang pelajarnya.4. Kita hendaklah mengenang jasa guru yang banyak berjasa kepada kita.

TEMPANGTemaSikap memandang rendah terhadap golongan yang cacat.

Persoalan1. Tabah menghadapi kekurangan diri.

2. Persahabatan yang ikhlas.3. Penyesalan terhadap kesalahan yang dilakukan.

PlotPermulaanPengarang memperkenalkan watak Hafizi yang sering diejek oleh Kamil dan kawan-kawannya.

PerkembanganKamil dan kawan-kawannya bukan sekadar mengejek, malah turut membuli dan berkasar dengan Hafizi.

KlimaksKamil lemas semasa mandi di kolam. Hafizi telah menyelamatkan Kamil.

PeleraianKamil berasa malu dengan dirinya sendiri kerana orang yang diejeknya dan dihinanya telah menyelamatkan nyawanya. Kamil meminta maaf daripada Hafizi.

Watak dan PerwatakanHafizi Seorang pelajar yang dilahirkan cacat kerana kakinya tempang. Namun begitu, Hafizi

menerima ketentuan takdir ini dengan hati yang terbuka. Merupakan anak orang berada. Dia dihantar dan dijemput oleh pemandunya iaitu Pak

Mat setiap kali pergi dan balik dari sekolah. Seorang yang penyabar. Dia sabar dengan perbuatan Kamil dan kawan-kawannya yang

selalu mengejek dan membulinya. Seorang yang berani. Dia berani terjun ke kolam untuk menyelamatkan Kamil. Seorang pemaaf. Dia tidak berdendam dengan Kamil dan dia dengan ikhlas memaafkan

Kamil.

Raja Kawan baik Hafizi. Dia selalu menemani Hafizi. Seorang yang baik hati. Dia selalu membela Hafizi sekiranya Kamil dan kawan-kawannya

membuli Hafizi. Seorang yang berani. Dia berani berhadapan dengan Kamil dan kawan-kawannya yang

selalu membuli Hafizi.

Kamil Watak antagonis, iaitu watak yang selalu menjadi penentang kepada watak utama

(Hafizi).

Page 12: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

Seorang pelajar yang nakal. Dia akhirnya insaf selepas diselamatkan oleh Hafizi daripada mati lemas.

LatarMasa Pada waktu pagi. Pada waktu tengah hari.

Tempat Di dalam kelas 4 Sains 1. Di padang sekolah. Di perhentian bas. Di tepi kolam mandi.

Masyarakat Masyarakat pelajar. Masyarakat yang mengalami kecacatan. Masyarakat yang suka menghina kecacatan orang lain. Masyarakat yang menginsafi kesalahan diri.

NilaiMenerima ketentuan takdir; Sabar; Baik hati; Berani; Keinsafan; Memaafkan kesalahan orang lain.

Pengajaran1. Kita hendaklah menerima ketentuan takdir Tuhan dengan hati yang rela.2. Kita janganlah menghina dan mengejek kecacatan orang lain.3. Kita hendaklah membantu orang yang ditimpa kemalangan walaupun orang itu selalu

menyakiti hati kita.4. Kita hendaklah mengakui kesalahan diri dan memohon maaf atas kesalahan diri kita.5. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain.

TUKANG LAMATemaDilema yang dihadapi oleh tukang rumah yang menggunakan kaedah dan cara lama ketika bertukang setelah kedatangan tukang baru.

Persoalan1. Sikap isteri yang suka membebel.2. Kegigihan melakukan kerja.3. Perubahan cita rasa masyarakat dalam seni pembinaan rumah.

PlotPermulaanPak Talib tukang dileteri oleh isterinya kerana sudah lama tidak bertukang.

PerkembanganBeberapa hari kemudian, Pak Talib pergi ke rumah Encik Mamat untuk membuat reban ayam. Pak Talib berasa sangat sedih kerana dia hanya ditugaskan membuat reban ayam kampung dan dia dianggap seolah-olah tukang kampung. Untuk membuat reban ayam Eropah, Encik Mamat mengupah tukang muda. Upah yang diberi oleh Encik Mamat cukup rendah dan mengecewakan Pak Talib.

KlimaksPak Talib hairan dengan perubahan isterinya, Mak Lamah yang bermuka manis menyambut kepulangannya.

PeleraianSemuanya terjawab apabila malam itu, Mak Lamah memberitahu bahawa Manas telah merisik anaknya, Si Timah untuk dijadikan isteri. Pak Talib sangat gembira dengan berita itu dan juga perubahan sikap isterinya.

Watak dan PerwatakanPak Talib Pak Talib seorang tukang rumah yang mengamalkan cara lama. Bertanggungjawab terhadap keluarganya. Penyabar dan sabar dengan sikap isterinya. Rajin bekerja dan mempelajari ilmu bertukang secara tidak formal.

Mak Lamah Isteri Pak Talib. Sangat garang dan suka berleter.

LatarMasa Pada waktu pagi. Pada waktu malam.

Tempat Rumah Pak Talib. Rumah Encik Mamat.

Masyarakat Masyarakat tukang rumah

Page 13: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

Masyarakat yang kuat berleter. Masyarakat yang gigih melakukan pekerjaan.

Gaya Bahasa1. Bahasa yang mudah dan ringkas2. Ayat-ayat yang pendek dan mudah difahami oleh pembaca.3. Simile. .....seperti memberi ucapan selamat tinggal....4. Gaya bahasa pantun. Pak Talib gedang-gedang,

Mak Lamah gulai labu,Pak Talib banyak hutang,

Mak Lamah jual kelambu.

NilaiBertanggungjawab; Gigih; Rajin

Pengajaran1. Kita hendaklah gigih dan tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan.2. Kita hendaklah bersedia untuk bersaing dalam bidang pekerjaan.3. Sebagai ketua keluarga, kita hendaklah bertanggungjawab mencari rezeki.

YURANTemaKemiskinan yang boleh menjejaskan pelajaran seorang pelajar.

Persoalan1. Ponteng sekolah.2. Kes ragut yang sering berlaku di bandar.3. Kegigihan untuk belajar.

PlotPermulaanAmin ingin ke sekolah dan meminta wang yuran daripada ibunya, teteapi ibunya masih belum mempunyai wang.

PerkembanganAmin dimarahi oleh Cikgu Arsad dan pengetua kerana masih gagal menjelaskan yuran sekolah dan yuran peperiksaan PMR. Amin sedih dan malu. Keesokannya, Amin mengambil keputusan untuk ponteng sekolah dan pergi ke pekan. Di pekan, Amin telah menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa ragut. Ketika di balai polis, Amin tertinggal beg sekolah.

Klimaks

Wanita itu pergi ke rumah Amin untuk menyerahkan beg sekolah Amin yang tertinggal di balai polis. Amin terkejut dan takut akan dimarahi oleh ibunya.

PeleraianWanita itu menceritakan semua yang telah berlaku. Wanita itu menghulurkan sumbangan wang kepada Amin. Amin gembira dan akan meneruskan cita-citanya.

Watak dan PerwatakanAmin Seorang pelajar tingkatan 3 yang miskin. Dia tidak mampu membayar yuran sekolah dan

yuran peperiksaan. Gigih belajar wallaupun miskin. Tidak suka menyalahkan orang lain. Seorang yang berahsia. Seorang yang sifat berani.

Mak Jah Ibu Amin. Seorang ibu yang bertanggungjawab. Beliau tetap berusaha untuk mendapatkan wang

bagi membayar yuran sekolah Amin. Seorang ibu yang prihatin.

LatarMasa Pada zaman sekarang. Pada waktu pagi.

Tempat Di rumah Amin. Di sekolah. Di bilik pengetua. Di pekan. Di balai polis.

Masyarakat Masyarakat pelajar. Masyarakat yang miskin. Masyarakat yang berani. Masyarakat yang menghargai jasa orang lain.

NilaiBertanggungjawab; Gigih; Berani; Mengenang budi.

Page 14: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

Pengajaran1. Kita hendaklah gigih dalam menuntut ilmu.2. Kita hendaklah berani bertindak untuk menyelamatkan seseorang yang berada dalam

kecemasan.3. Kita hendaklah mengenang budi seseorang yang telah membantu kita.

TRAUMA EMBAHTemaTrauma yang dihadapi kesan daripada kisah silam. Embah trauma dengan sikap datuk yang sangat garang dan trauma ini terbawa-bawa ketika embah sakit.

Persoalan1. Sikap garang atau mementingkan diri sendiri boleh memudaratkan orang lain.2. Kepentingan mengambil makanan tambahan untuk kesihatan.3. Pemikiran konservatif terhadap bidang pendidikan untuk golongan wanita.4. Perniagaan jualan langsung untuk menampung ekonomi golongan wanita.5. Tanggungjawab anak-anak menjaga ibu bapa yang telah tua.PlotPermulaanPengarang memperkenalkan watak “aku”, ibu “aku”, dan embah.

PerkembanganIbu menjalankan perniagaan jualan langsungibu menjalankan perniagaan jualan langsung. “Aku” teringat semula kisah datuk dan embah. Embah sangat takut akan datuk yang sangat garang. Selepas datuk meninggal, embah tinggal bersama-sama mak cik “aku” di Kuala Lumpur. Selepas kematian suami mak cik, embah tinggal bersama-sama ibu di kampung.

KlimaksApabila suatu malam, embah menjerit-jerit ketika tidur. Embah trauma dengan peristiwa kematian kedua-dua anaknya.

PeleraianIbu “aku” tetap setia menjaga embah dengan sempurna. Trauma embah menginsafkan “aku” dan “aku” kagum dengan sikap ibu.

Watak dan PerwatakanAku Seorang anak yang telah berkahwinan dan mempunyai anak. Seorang anak yang bertanggungjawab. Seorang penyayang – menyayangi ibu dan embah.

Ibu Ibu “aku”. Mementingkan kesihatan diri. Bertanggungjawab, rajin, dan gigih serta sanggup berkorban.

Embah Nenek “aku”, berusia 80 tahun, tua dan uzur. Seorang yang taat akan perintah suami, menghormati suami, adil dan pandai memasak.

LatarMasa Pada waktu siang. Pada pukul 3 pagi.

Tempat Di rumah ibu. Di rumah datuk.

Masyarakat Masyarakat yang mementingkan kesihatan diri. Masyarakat yang sanggup berkorban demi ibu bapa. Masyarakat yang menjalankan perniagaan jualan langsung. Masyarakat yang terlalu patuh kepada suami.

NilaiBertanggungjawab; Gigih; Keadilan; Kasih sayang.

Pengajaran1. Kita hendaklah menjaga kedua-dua ibu bapa apabila mereka tua.2. Kita hendaklah gigih dan rajin apabila mengusahakan sesuatu perniagaan.3. Kita haruslah sanggup berkorban demi ibu bapa.

SEPUCUK SURAT DARIPADA KAWANTemaHubungan persahabatan yang sangat akrab. Persahabatan antara “aku” dengan Abe sangat rapat dan sukar untuk dipisahkan.

Persoalan1. Merahsiakan sesuatu penyakit daripada pengetahuan orang lain.2. Sahabat yang baik boleh membentuk diri kitamenjadi baik.

Page 15: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

PlotPermulaan“Aku” mendapat surat daripada Abe yang memberitahu Abe akan kembali semula ke Kuantan.

PerkembanganKedatangan Abe cukup untuk menggembirakan “aku”. Abe seolah-olah inging menyembunyikan sesuatu daripada “aku”. Hubungan “aku” dengan Abe sangat mesra sehinggalah tamat peperiksaan.

KlimaksKeputusan PMR diumumkan, keluarga Abe datang menjemput Abe untuk dibawa ke Kelantan semula. “Aku’ bersedih.

Peleraian“Aku” membaca surat yang diberikan oleh Abe, tetapi tidak sempat dihabiskan selepas dilarikan oleh adik lalu dicampak ke dalam unggun api. “Aku” tidak mendapat jawapan tentang rahsia Abe. Cerpen ini berakhir dengan situasi saspens dan mengharapkan pembaca membuat kesimpulan sendiri tentang pengakhirannya.

Watak dan PerwatakanAku Seorang pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Saint Thomas dan merupakan kawan

baik Abe. Seorang yang mementingkan persahabatan. Seorang yang mengambil berat tentang masalah kawan.

Abe Kawan “aku” yang baru pindah dari Kelantan. Seorang yang suka berahsia. Seorang yang pintar dalam pelajaran.

LatarMasa Pada pukul 9.45 pagi. Pada waktu petang. Pada waktu tengah hari.

Tempat Di Terminal Bas Makmur. Di ruma “aku”. Di Sekolah Menengah Saint Thomas.

Di Cenderawasih.

Masyarakat Masyarakat yang mementingkan hubungan persahabatan. Masyarakat yang suka berahsia. Masyarakat pelajar.

Gaya Bahasa1. Simile. ...seperti orang gila...; ...bagaikan orang kurang siuman...2. Peribahasa. ...bagaikan ‘isi dengan kuku’...; ...naik darah.3. Penggunaan surat.

NilaiPrihatin; Persahabatan; Tolong-menolong.

Pengajaran1. Kita hendaklah ikhlas dalam menjalinkan hubungan persahabatan.2. Kita hendaklah berkawan dengan kawan yang boleh membawa kita ke arah kebaikan.3. Kita hendaklah berkongsi masalah dengan orang lain.

DRAMASURAT UNTUK INAPemikiranPemikiran yang ingin diutarakan pleh pengarang melalui drama ini ialah:Permasalahan yang biasa berlaku di sekolah. Sikap segelintir pelajar lelaki yang suka mengganggu pelajar perempuan. Zali cuba memikat Zalina kerana Zalina merupakan seorang pelajar yang cantik dan cerdik.

Persoalan1. Pergolakan jiwa remaja dalam zaman persekolahan.2. Bertolak ansur dapat mengekalkan persahabatan.3. Masalah disiplin dalam kalangan pelajar.4. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar.

PlotPermulaanPenceritaan bermula di bawah sebatang pokok pada waktu rehat persekolahan.Badar, Jais dan Zali berbual-bual mengenai niat Zali yang mahu mengenali Zalina dengan lebih rapat. Badar dan Jais mencadangkan agar Zali menulis surat perkenalan kepada Zalina.

Page 16: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

PerkembanganZali menulis sepucuk surat kepada Zalina. Atas bantuan rakan-rakannya, Zali telah berjaya meletakkan surat tersebut di dalam laci meja Zalina. Zalina menjumpai surat itu dan membacanya. Setelah itu, dia bergegas keluar dengan Fatimah untuk berjumpa dengan Cikgu Halil.Zali mula berasa takut. Zali diingatkan oleh Badar supaya tidak mengaku bahawa dialah yang menulis surat tersebut.

KlimaksCikgu Halil masuk ke dalam kelas dengan keadaan yang serius. Beliau meminta agar pelajar yang menulis surat tersebut mengaku di hadapan kelas. Hal ini kerana menulis surat kepada pelajar perempuan adalah melanggar disiplin sekolah.

PeleraianCikgu Halil mendapat tahu bahawa Zali yang menulis surat tersebut. Zali telah meminta maaf kepada Zalina dan Zalina telah memaafkan Zali.

Watak dan PerwatakanZalina Merupakan seorang pengawas sekolah. Bijak, cantik dan bersopan santun. Sikap yang dimilikinya itu menyebabkan Zali tertarik

untuk mengenali Zalina dengan lebih rapat. Seorang yang tegas. Terbukti apabila dia mengadu kepada Cikgu Halil mengenai surat

yang diterimanya. Dia bersikap positif apabila bersedia untuk memaafkan kesalahan Zali.

Zali Merupakan seorang murid biasa. Dia berkawan baik dengan Badar & Jais. Digambarkan mempunyai sifat yang pemalu. Sikap ini jelas dilihat apabila dia ingin

berkenalan dengan Zalina tetapi malu untuk meluahkan rasa hatinya. Berani; dia menulis surat kepada Zalina serta meletakkannya di dalam laci meja Zalina

seperti yang dicadangkan oleh dua orang rakannya, Badar dan Jais.

Cikgu Halil Guru disiplin yang sangat tegas. Terbukti apabila beliau menghukum murid-muridnya

melakukan kesalahan khususnya yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Mempunyai sifat yang baik hati apabila tidak mengambil tindakan terhadap Zali setelah

Zalina memaafkan Zali.

Badar dan Jais Merupakan rakan baik Zali. Sering mengusik Zali apabila mendapat tahu Zali meminati Zalina.

Fatimah Merupakan rakan kepada Zalina. Seorang murid yang rajin mengulang kaji pelajaran. Mempunyai sifat suka menyindir Zalina mengenai perasaan dan sikap Zalina kepada Zali.

LatarMasa Pada waktu pagi, iaitu sebelum sesi persekolahan bermula.

Tempat Di bawah sebatang pokok. Di dalam kelas.

Masyarakat Murid lelaki dan perempuan yang sedang meningkat remaja. Murid-murid lelaki yang suka mengusik. Murid-murid perempuan yang rajin belajar.

Gaya Bahasa1. Sinkope; kau, tapi, tu, aje2. Bahasa Inggeris; ok, member, hooray, relax.3. Personifikasi; Fasal lembap, kau orang berdua. Aku minta maaf. Matematik dalam

kepala. Otak macam komputer.4. Bahasa Kiasan; kura-kura dalam perahu; masuk bakul angkat sendiri.5. Peribahasa; tidak lari gunung dikejar.

NilaiTegas; Persahabatan; Bijak; Tolong- menolong; Keberanian.

Pengajaran1. Kita hendaklah bersikap tegas terhadap apa jua keadaan sekalipun.2. Kita hendaklah menjaga hubungan persahabatan antara rakan-rakan seperjuangan.3. Kita mestilah bersikap tolong-menolong antara satu sama lain agar kerja yang

dilaksanakan dapat dilakukan dengan sempurna.4. Kita haruslah mempunyai disiplin yang tinggi bagi membolehkan diri dihormati.5. Kita hendaklah sentiasa bersedia memaafkan kesalahan orang lain kepada kita.

ARAH KE MANAPemikiranPemikiran yang ingin diutarakan oleh pengarang melalui drama ini ialah:

Page 17: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak. Haji Pakir dan Hajah Derisah menyesal kerana terlalu memanjakan anaknya, Rohani sehingga Rohani menjadi korban najis dadah.

Persoalan1. Sikap tidak menghormati ibu bapa.2. Kehidupan anak tunggal.3. Kesan penyalahgunaan dadah.4. Kepentingan didikan agama kepada anak-anak.

PlotPermulaanBermula apabila Haji Pakir dan Hajah Derisah mengunjungi pusara anak tunggal mereka, Rohani yang mati kerana ketagihan dadah yang teruk kira-kira setahun yang lalu.

PerkembanganHaji Pakir dan Hajah Derisah mengenang kembali ketika mereka bertengkar antara satu sama lain tentang sikap Rohani yang semakin biadap. Haji Pakir menyalahkan isterinya kerana terlalu memanjakan Rohani.

KlimaksBerlaku semasa Haji Pakir bertengkar dengan Rohani. Pertengkaran ini timbul setelah Haji Pakir menegur Rohani yang pulang lewat pada malam itu. Pertengkaran itu menyebabkan Rohani dihalau oleh ayahnya.

PeleraianDi tanah perkuburan, Haji Pakir dan Hajah Derisah meratapi pemergian anak tunggal mereka

Watak dan PerwatakanHaji Pakir Suami kepada Hajah Derisah. Ayah kepada Rohani. Seorang bapa yang tegas. Sikap ini jelas apabila dia melarang Rohani bercampur dengan

kawan-kawan yang tidak berguna. Seorang yang penyayang kerana sentiasa mengikut kehendak anaknya. Seorang bapa yang bertanggungjawab kerana memarahi Rohani agar mengubah

sikapnya dan tidak mengambil dadah. Haji Pakir mengambil tindakan yang melulu apabila dia menghalau Rohani dari rumah

kerana terlalu marah akan sikap Rohani yang biadap terhadapnya.

Hajah Derisah Isteri kepada Haji Pakir. Ibu kepada Rohani.

Seorang ibu yang terlalu memanjakan anaknya. Seorang ibu yang lemah lembut. Sikap ini dapat dilihat apabila dia melayan Rohani

dengan penuh kelembutan walaupun Rohani bersikap biadap. Insaf akan kesilapannya mendidik anak dengan cara yang salah.

Rohani Anak tunggal Haji Pakir dan Hajah Derisah. Anak yang tidak menghormati ibu bapa.. Berpelajaran tinggi. Anak gadis yang liar dan bebas melakukan apa-apa sahaja. Seorang anak yang kurang ajar kerana berani melawan kata-kata ayah dan ibunya. Seorang penagih dadah.LatarMasa Pada waktu pagi Hari Raya Aidilfitri. Malam

Tempat Di tanah perkuburan Islam. Di ruang tamu.

Masyarakat Ibu bapa yang mengabaikan pendidikan agama kepada anak-anak. Remaja yang tidak bijak mengurus masa dan menghisap dadah. Anak yang tidak menghormati ibu bapa. Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak dan menurut segala kehendak anak.

Gaya Bahasa1. Sinkope; kau, nak, tak.2. Bahasa Inggeris; flashback.3. Penggunaan Bahasa Arab; Astaghafirullahalazim.4. Inversi; ...Bukan baru setahun dua umurnya.5. Peribahasa; bagai menatang minyak yang penuh; membabi buta; kacang hantu; panas

baran; berendam air mata; ibarat kain yang putih bersih; sakit hati.6. Simile; ....menyebabkan budak-budak zaman ini lepas bebas macam burung merpati!7. Anafora; HAJI PAKIR: (keras) Biar dia dengar! Biar dia tahu! Biar dia tahu bahawa aku

dah jemu jelak dengan perangainya. Aku dah bosan melihat sikapnya!8. Repetisi; HAJI PAKIR: Tak buat apa-apa! Tak buat apa-apa......NilaiKasih sayang; Bertanggungjawab; Ketabahan; Keinsafan.

Page 18: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

Pengajaran1. Kita hendaklah mentaati ibu bapa sebagai menghargai jasa mereka yang bersusah payah

melahirkan dan membesarkan kita hingga dapat melihat bulan dan matahari serta alam yg indah ini.

2. Kita haruslah menerima dengan hati yg tabah tentang ajal dan maut itu ketentuan Tuhan.

3. Ibu bapa hendaklah meluangkan masa untuk memahami masalah dan perasaan anak-anak.

4. Kita hendaklah bijak membuat sesuatu keputusan agar tidak terjebak dalam kancah kehinaan seprti dadah.

MENDUNG HITAM BERALIH JUAPemikiranPemikiran yang ingin diutarakan oleh pengarang melalui drama ini ialah:Kemiskinan hidup golongan nelayan. Kehidupan Pak Jusuh sebagai nelayan sangat susah sehingga menyebabkan dia dibebani hutang dan tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan anaknya, Jamilah.

Persoalan1. Tanggungjawab seorang ketua keluarga terhadap keluarga.2. Keprihatinan seorang ibu terhadap pelajaran anaknya.3. Amalan tolong menolong dalam masyarakat.4. Tanggungjawab kerajaan membantu rakyat melalui pelbagai rancangan.

PlotPermulaanJamilah bersiap-siap untuk keluar ke perjumpaan belia di balai raya. Dia tetap pergi walaupun ibunya menasihati Jamilah supaya bersekolah dahulu dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti persatuan. Sebelum keluar, dia menyerahkan sepucuk surat berkenaan yuran peperiksaan SPM yg perlu dijelaskan kepada ibunya untuk diserahkan kepada ayahnya.

PerkembanganPak Jusuh yg baru pulang dari laut, dimaklumkan oleh Mak Limah tentang yuran peperiksaan anaknya. Pak Jusuh merungut dan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai wang tetapi dimarahi oleh isterinya. Pada masa yg sama, datang pula Mutusami untuk menmungut hutang yg tertunggak.

KlimaksPak Jusuh tidak dapat membayar hutang yg diminta oleh Mutusami kerana ketiadaan wang. Pak Jusuh naik angin apabila Mutusami masih berkeras dan mengugut Pak Jusuh untuk membawa masalah ini ke mahkamah. Akhirnya, Pak Jusuh menghalau Mutusami dari rumahnya.

PeleraianSetelah campurtangan Mak Limah, akhirnya Mutusami mengalah dan bertolak ansur. Pak Seman datang ke rumah Pak Jusuh untuk mengundangnya ke majlis di rumah menantunya. Pak Jusuh akhirnya membuat keputusan untuk memohon menjadi peneroka di tanah rancangan tersebut.

Watak dan PerwatakanPak Jusuh Ayah kepada Jamilah dan suami kepada Mak Limah. Bekerja sebagai nelayan. Gigih berusaha walaupun hasil tidak memuaskan. Banyak berhutang dengan Mutusami. Menyedari kesilapan dan ingin memasuki tanah rancangan semula.

Mak Limah Ibu kepada Jamilah dan isteri kepada Pak Jusuh. Sanggup berkorban untuk suami. Sanggup menggadai radio untuk menjelaskan hutang Mutusami.

Pak Seman Kawan kepada Pak Jusuh. Seorang peneroka tanah rancangan. Memahami masalah kawannya. Pak Seman mengajak Pak Jusuh berjumpa penghulu

untuk membuat permohonan tinggal di tanah rancangan.

Mutusami Tauke kedai. Bertimbang rasa. Mutusami bertimbang rasa dengan masalah yang dihadapi oleh Pak

Jusuh dan isterinya apabila meminta mereka membayar hutang sekiranya mempunyai wang.

LatarMasa Pada waktu petang.

Tempat Di ruang tamu rumah Pak Jusuh – Pak Jusuh didatangi Mutusami ketika beliau sedang

berbual-bual dengan isterinya.

Masyarakat Masyarakat nelayan yang miskin. Masyarakat yang suka berhutang.

Page 19: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

Masyarakat yang tinggal di tanah rancangan.

Gaya Bahasa1. Bahasa yang mudah difahami2. Simile; hitam pekat macam kopi O yang kita minum ini.3. Loghat India; Tolonglah. Saya pun mahu guna itu wang.

NilaiGigih; Bertanggungjawab; Bertimbang Rasa; Prihatin.

Pengajaran1. Kita hendaklah bijak merancang masa depan.2. Kita janganlah suka berhutang kerana akan menyusahkan diri.3. Kita tidak boleh mensia-siakan peluang yang diberikan supaya kita tidak ketinggalan.4. Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan pertolongan dengan ikhlas.

NOVELISTANA MENANTITemaMinat yang mendalam dalam mengkaji sejarah akhirnya membawa sekumpulan remaja menemui artifak sejarah yang berharga dan membantu pihak polis menangkap penjenayah yang cuba mengancam keselamatan negara.

Persoalan1. Kesedaran golongan muda tentang sejarah tanah air.

Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy sanggup meluangkan masa ke rumah Tuk Ngah kerana warga emas itu banyak mengetahui tentang sejarah setempat dan sejarah negara.

2. Semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa.Masyarakat di Kampung Ulu Seperi, Rembauterdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. Mereka hidup bersatu padu dan saling membantu. Khususnya ketika mencari Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di Gunung Datuk.

3. Kebijaksanaan pahlawan-pahlawan Melayu pada zaman dahulu dalam mengatur strategi perang.Pahlawan-pahlawan Melayu terdahulu membina kediaman yang jauh dipuncak bukit atau gunung agar terselamat daripada serangan musuh. Istana Menanti dibina di puncak Gunung Datuk telah dijadikan tempat dijadikan tempat berkumpulanya pendekar-pendekar Rembau dalam usaha mereka menentang penaklukan Portugis dan Inggeris.

4. Meminati bidang sejarah memberi kesan positif.5. Memperkenalkan sejarah tanah air kepada pembaca.6. Mengenang dan menghargai sejarah negara kita.7. Menghayati dan menghargai sejarah/tokoh.

PlotPermulaanTuk Ngah bercerita tentang peristiwa-peristiwa yang ada kaitan dengan sejarah tanah air. Setelah mendengar cerita tersebut, Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy teruja untuk mengkaji Istana Menanti. Tuk Ngah berjanji untuk menemani mereka.

PerkembanganMereka sampai di puncak Gunung Datuk tetapi Istana Menanti berkunci dari dalam. Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng masuk ke dalam istana melalui tingkap. Mereka terkunci di dalam bilik peraduan raja. Mereka masuk ke dalam terowong untuk mencari jalan keluar. Malangnya, mereka terserempak dengan sekumulan lelaki yang memiliki senjata api. Mereka ditangkap dan dipaksa menggali tanah.

KlimaksPolis berjaya menangkap semua penjenayah tersebut dan merampas sebuah peti besi yang mengandungi harta yang bernilai jutaan ringgit.

PeleraianKhairil, Fadhil, Ramasamy, dan Ah Seng diraikan dalam majlis kesyukuran. Menteri Besar menyampaikan hadiah dan orang ramai mengucapkan tahniah. Berita tentang mereka menangkap penjenayah disiarkan dalam akhbar.

Watak dan PerwatakanFadhil Berusia sekitar 15 tahun. Bersemangat kenta mahu mengetahui tentang sejarah tanah airnya. Bapanya bernama Karim dan ibunya bernama Mak Joyah. Sahabat kepada Ramasamy dan Ah Seng. Seorang yang sangat rajin bertanya untuk mencari maklumat tentang suatu peristiwa

sejarah. Sangat meminati bidang sejarah. Mendengar nasihat dan petua orang tua.

Tuk Ngah Berusia hampir 80 tahun dan mempunyai daya ingatan yang kuat. Seorang yang tidak lokek ilmu. Mempunyai pengalaman luas dalam selok belok hutan. Seorang yang bertanggungjawab.

Ah Seng Sebaya dengan Fadhil.

Page 20: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

Anak kepada Encik Leong dan Puan Lily. Seorang yang pelupa dan memandang remeh pesanan orang tua. Rajin membuat catatan. Seorang yang berani.

Ramasamy Sebaya dengan Fadhil dan Ah Seng. Anak kepada Encik Shanti dan Puan Mary. Seorang yang sangat rajin bertanya. Meminati bidang sejarah.

Khairil Berusia dalam lingkungan 30-an dan berbadan gempal. Penuntut di Universiti Putra. Meminati sejarah. Seorang yang berani. Seorang yang jujur. Seorang yang bijak.Dolah Seorang lelaki tua berumur dalam lingkungan 80-an. Menganggap dirinya pejuang pembebasan. Mengkhianati negara. Pernah menjadi ketua PKM.

LatarTempat1. Rumah Tuk Ngah di Ulu Seperi , Rembau, Negeri Sembilan.

Contohnya: Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng berkongsi cerita dengan Tuk Ngah tentang banyak cerita sejarah setempat dan sejarah negara di rumah ini.

2. Istana Menanti dan kawasan sekitarnya.Contohnya: Istana Lama ini terletaknya di puncak Gunung Datuk. Ketika Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy tiba, di dalam istana bersih seolah-olah ada penjaganya.

3. Jeram Lubuk Petai.Contohnya:Jeram ini terletaknya di kaki Gunung Datuk. Airnya jernih dan sejuk. Namun, kawasan ini dikatakan berpuaka dan didiami makhluk halus.

4. Terowong rahsia di bawah tanah.Contohnya: Terowong itu gelap, bercabang dua dan menyeramkan. Terowong itu menjadi tempat persembunyian ribuan tikus dan kelawar.

5. Kedai runcit Encik Leong. Contohnya: Menjadi tempat penduduk Kampung Ulu Seperi berkumpul di sini bagi membincangkan masalah kehilangan Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng.

6. Balai polis Kampung Ulu Seperi.

Contohnya: Pak Senik, Encik Karim, Encik Leong dan Encik Shanti melaporkan kehilangan tiga sahabat. Sarjan Mokhtar menyuruh pihak polis dan penduduk kampung berkumpul di perkarangan balai sebelum gerakan mencari dijalankan.

Masa1. Waktu Siang.

Contohnya: Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng ditemani Tuk Ngah memulakan ekspedisi mendaki Gunung Datuk.

2. Waktu malam. Contohnya: Penduduk kampung dan anggota polis menjalankan gerakan mencari orang hilag di sekitar Gunung Datuk.

3. Seluruh cerita: Cerita ini berlangsung dalam tempoh seminggu. Pada hari Jumaat iaitu ketika tiga sahabat merancang untuk ke Gunung Datuk di rumah Tuk Ngah hingga hari Jumaat yang berikutnya iaitu ketika majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan di balai raya.

Masyarakat1. Golongan muda yang peka akan sejarah.

Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan muda yang minat akan sejarah setempat dan sejarah tanah air.

2. Golongan tua yang serba tahu akan sejarah.Tuk Ngah mewakili orang lama yang banyak melalui zaman seperti zaman kependudukan Jepun dan zaman darurat. Beliau juga banyak tahu tentang sejarah setempat dan sejarah negara.

3. Masyarakat yang berbilang kaum dan agamaPenduduk di Kampung Ulu Seperi, Rembau hidup makmur meskipun dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.

4. Masyarakat desa yang hidup bagai aur dengan tebing.Penduduk setempat membantu pihak polis mencari Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di puncak Gunung Datuk.

5. Masyarakat yang belot dan derhaka pada negara.Dolah mewakili segilintir masyarakat yang belot dan derhaka kepada negara. Dia sanggup bersekongkol dengan pihak komunis dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan selepas Tanah Melayu Merdeka.

Nilai1. Cinta akan negara.

Contohnya: Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy rajin bertanya dan mengkaji untuk mengetahui sejarah tempatan dan sejarah negara daripada Tuk Ngah.

2. Bekerjasama.Contohnya: Penduduk kampung bekerjasama dengan pihak polis dalam gerakan mencari dan menyelamatkan Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy yang hilang.

Page 21: KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 1

3. Berani.Contohnya: Tiga sahabat itu berani ke puncak Gunung Datuk semata- mata untuk melihat keunikan Istana Menanti. Begitu juga dengan Khairil Anuar yang berani bersendirian semata-mata untuk mengkaji sendiri nilai sejarah yang ada di situ.

4. Prihatin.Contohnya: Khairil Anuar peka dan prihatin akan keselamtan Fadhil dan rakan-rakannya meskipun dia baru sahaja mengenali tiga sahabat itu.

5. Kasih sayang.Contohnya: Ibu-bapa Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sangat sayang akan anak mereka.Mereka berasa amat risau apabila anak-anak mereka lewat pulang dan segera bertindak melaporkan kehilangan mereka kepada pihak polis.

Pengajaran1. Kita hendaklah sentiasa menghormati dan menghargai orang tua yang banyak

pengalaman dan pengetahuan.2. Kita hendaklah berhati-hati apabila menyertai sesuatu ekspedisi.3. Ibu bapa hendaklah prihatin akan perkembangan diri anak-anak.4. Kita hendaklah sanggup berkorban demi kesejahteraan dan keamanan negara.5. Kita hendaklah menyemai rasa ikhlas dalam persahabatan.6. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan pahlawan dan pejuang tanah air pada

zaman dahulu.