komsas tingkatan 2

13
Anak Penggunting Rambut Sinopsis: Cerpen "Anak Penggunting Rambut" mengisahkan seorang ayah yang mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak yang berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan. Manis. Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam. Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut walaupun ayah sudah berusia enam puluh lima tahun kerana kebanggaan itu, rambut Manis akan digunting oleh ayah sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah diterima menjadi peneroka FELDA, beliau menggambil upah menggunting rambut setelah pulang dari ladang. Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaan ayahnya sebagai penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan menceritakan kesusahannya mencari rezeki di kampung dengan melakukan banyak pekerjaan termasuk menggunting rambut meskipun pendapatannya tidak seberapa. Ayah juga menceritakan rezeki sebagai penggunting rambut sudah sebati dengan hidup sejak kali pertama belajar menggunting rambut. Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa kemenangan yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis selesa dengan berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki disebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu ayah menyenanginya apatah lagi Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas kematian isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya hingga terlupa menggunting rambut Manis. Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk kanak-kanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut diletakkan di dalam bekas kelengkapan gunting rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu Manis selalu mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah tersebut tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh lagi mengambil wang upah gunting tanpa kebenarannya. Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa pelanggan yang datang. Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tiga orang pelanggan yang menanti kepulangannya. Manis akan membantu tugas-tugas lain seperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk menggali lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting. Di alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun dicemburi oleh ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan meminta ayahnya menggunting rambutnya mengikut gaya yang baru. Akhirnya, imej Manis berambut pendek telah menjadi ikutan rakan-rakannya tetapi tidak disenangi oleh warden asramanya. Apabila meningkat dewasa Manis menyambung pelajarannya ke Kuala Lumpur. Sepanjang pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke

description

komsas

Transcript of komsas tingkatan 2

Page 1: komsas tingkatan 2

Anak Penggunting Rambut

Sinopsis:

Cerpen "Anak Penggunting Rambut" mengisahkan seorang ayah yang mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak yang berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan. Manis. Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam.Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut walaupun ayah sudah berusia enam puluh lima tahun kerana kebanggaan itu, rambut Manis akan digunting oleh ayah sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh. Apabila ayah diterima menjadi peneroka FELDA, beliau menggambil upah menggunting rambut setelah pulang dari ladang.Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaan ayahnya sebagai penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan menceritakan kesusahannya mencari rezeki di kampung dengan melakukan banyak pekerjaan termasuk menggunting rambut meskipun pendapatannya tidak seberapa. Ayah juga menceritakan rezeki sebagai penggunting rambut sudah sebati dengan hidup sejak kali pertama belajar menggunting rambut.Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa kemenangan yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis selesa dengan berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki disebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu ayah menyenanginya apatah lagi Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas kematian isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya hingga terlupa menggunting rambut Manis.Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk kanak-kanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut diletakkan di dalam bekas kelengkapan gunting rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu Manis selalu mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah tersebut tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh lagi mengambil wang upah gunting tanpa kebenarannya.Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa pelanggan yang datang. Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tiga orang pelanggan yang menanti kepulangannya. Manis akan membantu tugas-tugas lain seperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk menggali lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting.Di alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun dicemburi oleh ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan meminta ayahnya menggunting rambutnya mengikut gaya yang baru. Akhirnya, imej Manis berambut pendek telah menjadi ikutan rakan-rakannya tetapi tidak disenangi oleh warden asramanya.Apabila meningkat dewasa Manis menyambung pelajarannya ke Kuala Lumpur. Sepanjang pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis cuma menelefon ayahnya dengan memberi pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung.Pada suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada kawan Manis yang menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan mengidap leukemia sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak apabila mengusap helaian dan gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit kepalanya. Kepala Manis kini sudah separuh botak.Doktor memberi harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Namun begitu, Allah lebih sayang akan Manis. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis kepada ayahnya masih terngiang-ngiang di telinga ayahnya betapa sehelai rambut Manis amat bermakna dan Manis tidak mampu menyimpannya lagi.

Plot:

Permulaan

Page 2: komsas tingkatan 2

Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan kerja sampingan tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek.

Perkembangan

Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun ditertawakan oleh kawan-kawannya. Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan ditegur oleh warden asramanya. Setelah melanjutkan pelajarannya di peringkat universiti, Manis tidak pulang ke kampungnya dan hanya sekadar menelefon ayahnya sahaja.

Klimaks

Manis disahkan mengidap penyakit leukemia oleh doktor. Dia hanya boleh hidup selama beberapa bulan sahaja. Ayah tersentuh hati apabila menerima perkhabaran itu.

Peleraian

Penyakit leukemia Manis bertambah parah. Manis akhirnya meninggal dunia. Ayah menerima suratan takdir Allah dengan mengenang kembali makna sehelai rambut Manis yang gugur akibat penyakit leukemia.

Teknik Penceritaan:

1. Dialog. Contoh: "Mengapa abah teruskan juga menjadi penggunting rambut bila dah sampai ke sini?"

2. Imbas kembali. Contoh: Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika. Dia menangis.3. Monolog dalaman. Contoh: Kau tak rindukan pisau cukur yang pernah tergores di leher

jinjangmu. Manis sudah lapan bulan abah tidak menggunting rambutmu

Capa Rengat

Sinopsis:

Cerpen 'Capa Rengat' mengisahkan seorang remaja yang ingin merasai kehidupan di kampung ibunya. Pada waktu petang, "Aku" akan mengikut bapa saudaranya Pak Cik Kinto, ke bukit-bukit di keliling kampung untuk menyedut udara segar dan menembak burung-burung serta menjengah ikan-ikan di sungai. Hubungan Pak Cik Kinto dan "Aku" seperti belangkas.

Pada sebelah petangnya. "Aku" tidak dapat ke mana-mana kerana Pak Cik Konto pergi untuk berurusan dengan peguam. Ibu "Aku" pula berasa bosan tinggal lebih lama di kampung. "Aku" mengambil keputusan merayu-rayau di sekeliling di kampung. Ketika lalu di sebidang paya, "Aku" melihat lima orang anak muda sedang bermain di bahagian tepi paya.

Seorang budak perempuan, Su mengajak "Aku" bermain bersama-sama mereka. Permainan yang dimainkan begitu janggal dan "Aku" berasa kekok pada permulaannya tetapi kemesraan budak-budak kampung menghilangkan rasa kekok "Aku". Akhir sekali, "Aku" diajak bermain rumah katak. Setiap kali rumah katak "Aku" siap dibina, Su akan memecahkannya.

"Aku" cuba menangkap Su kerana mempersenda-senda kebolehan "Aku". Rupa-rupanya, Su begitu lincah meniti batang dan melompat hingga ke seberang paya. Tanpa diduga, Su menghampiri "Aku" dan menghadiahkan sekuntum bunga Capa Rengat atau bunga melur hutan yang berbau wangi. Kami seolah-olah dibuai perasaan apabila berganding bahu menyiapkan rumah katak dalam kota buatan.

Page 3: komsas tingkatan 2

Tiba-tiba, ketika "Aku" dan Su asyik membina jalan menuju pintu masuk kota buatan, seorang budak lelaki berumur lapan tahun menjerit nama Su. Su terpaksa pulang ke rumah dengan segera. "Aku" mengenal pasti Su mempunyai seorang ibu tiri yang bengis daripada kawan-kawan sepermainan. Budak yang memanggilnya Su itu ialah adik tirinya.

Pada sebelah malamnya, "Aku" tidur dengan nyenyak. Bunga Capa Rengat diletakkan di dalam botol berisi air. "Aku" ingin merasai kesegaran bau wangi Capa Rengat dalam tidur.

Setelah sehari berada di kampung, ibu memutuskan siri lawatan ke kampung dipendekkan. Pak Cik Kinto dan Mak Cik Kinto meminta ibu memanjangkan tempoh di kampung tetapi ibu mendesak-desak untuk pulang. "Aku" berasa terharu untuk meninggalkan kampung dan kesayuan hatiku makin mendayu-dayu.

Dalam keadaan separuh sedar, "Aku" bertanyakan kepada ibu tentang kesediaannya untuk pulang ke kampung semula. Malangnya ibu melahirkan ketegasan untuk tidak pulang ke kampung lagi kerana urusan tanah dan rumah pusaka selesai. Keputusan ibu membuatkan "Aku" sedih apabila "Aku" terpandang bunga Capa Rengat yang sudah layu dan terkenangkan wajah Su.

Plot:

1. Permulaan

"Aku" pulang ke kampung bersama-sama dengan ibunya untuk menguruskan tanah pusaka dan rumah pusaka. Mereka berdua tinggal di rumah Pak Cik Kinto, bapa saudara "Aku". Pada waktu pagi, Pak Cik Kinto melayani "Aku" dengan membawanya berjalan-jalan di bukit sekeliling kampung.

2. Perkembangan

Pada sebelah petang, "Aku" merayau-rayau di sekeliling kampung kerana Pak Cik Kinto ke kota untuk berurusan dengan peguam. "Aku" betemu dengan sekumpulan budak kampung yang sedang bermain di tepi paya. Salah seorang budak perempuan kampung yang bernama Su mengajak "Aku" bermain bersama-sama dengan mereka. Ketika bermain, Su telah memberikan "Aku" sekuntum bunga Capa Rengat ( melur hutan ). Kerana leka bermain, Su dipanggil pulang oleh adik lelaki tirinya pulang ke rumah. "Aku" pulang ke rumah dan meletakkan bunga Capa Rengat dalam botol berisi air.

3. Klimaks

Keesokan paginya, "Aku" dikejutkan dengan keputusan ibu untuk pulang ke kota. "Aku" berasa sedih dengan keputusan ibu kerana baru hendak merasai kenikmatan suasana kampung.

4. Peleraian

"Aku" pulang ke kota dengan kenangan yang indah hasil pemberian bunga Capa Rengat daripada Su, seorang gadis kampung.

Teknik Penceritaan:

Cerita disusun mengikut kronologi urutan masa.

1. Pemerian

Contoh: Kami menyedut udara pergunungan yang segar. Kami melihat burung-burung berterbangan. Di samping itu, Pak Cik Kinto tidak pernah lupa membawa senapang patah, kalau-kalau bertemu denak.

2. DialogContoh:

Page 4: komsas tingkatan 2

Contoh: "Cantik. ya!" kata budak perempuan itu.

"Cantik," jaeabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.

3. Kejutan

Contoh: Adik tiri Su muncul dan memanggil Su pulang semasa "Aku" sedang bermain dengan Su dan kawan-kawannya.

Dendam

Sinopsis:

Cerpen 'Dendam' ini mengisahkan hubungan kekeluargaan antara kakak, adik, ibu dan ayah. Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan buku latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along sangat berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi adiknya. Selain itu, Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah ingin mengadu kepada ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat untuk mengadu.

Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya telah dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya dan melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai alasan yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya mendiamkan diri ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang perangkap untuk mengenakan adiknya.

Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu meluap-luap apabila rantai pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang menyebabkan rantai itu putus tapi Along menafikannya. Along menuduh Angah yang menyebabkan rantai itu putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah dan kemungkinan Angah juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan merotan Angah dengan menggunakan tali pinggang. Teriakan dan raungan Angah bergema di seluruh rumah.

Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along sendiri tidak pernah dipukul sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar suara tawa nakal Angah. Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah yang sedang lena tidur. Along menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah. Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Along memeluk Angah kerana rasa terharu dan meyedari kasih sayang antara adik beradik.

Plot:

Permulaan

Cerpen ini dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru dibeli semalam terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti dulu buku kerja Kimia menjadi mangsa. Along terpaksa mengorek tabung Arnab untuk membeli buku teks Geografi tetapi telah dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along memarahi Angah kerana perbuatannya dengan menampar pipi adiknya hingga terjatuh di atas sofa lalu menangis.

Perkembangan

Semasa hidangan makan malam ayah merungut dan memarahi Along kerana membiarkan Angah masuk ke bilik bacaan ayah dan merenyuk dan mengoyakkan kertas kerja Ayah. Kemarahan ayah

Page 5: komsas tingkatan 2

begitu lahap oleh api dendam yang membara. Along cuba untuk membela diri dengan mengatakan bukan dia yang melakukannya. Along juga merungut kerana setiap kesalahan adik akan ditanggung olehnya. Along memohon agar ayah dan ibu bersikap adil padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi Along, kerana dia adalah kakak. Along juga melawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu mengatakan Along biadap kerana melawan cakap orang tua. Manakala ayah membisu mendengar pembelaan daripada Along. Kemuncak kemarahan, Along menghalau adiknya dari ruang tamu.

Klimaks

Klimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu mengamuk kerana terlalu menyayangi rantai pusaka turun temurun itu. Ayah cuba menenangkan ibu untuk membetulkan semula rantai yang putus tetapi tidak dihiraukan oleh ibu. Along tidak mengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh Angah yang memutuskannya. Angah disebatkan dengan tali pinggang oleh ayah.

Peleraian

Along memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah menyelak baju kurung dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada sebatan tali pinggang ayah. Along memohon kemaafan daripada Angah dan mereka berpelukan. Akhirnya Along sedar adiknya memerlukan kasih sayang dan perhatian.

Teknik Penceritaan:

1. Dialog.

Contoh:

"Nak jadi samseng! Senang-senang koyakkan buku Along."

"Angah cuma tengok saja ..."

2. Imbas kembali.

Contoh: Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan Kimianya pada cuti yang lalu.

3. Monolog dalaman.

Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku terhadap Angah?

Maaf Kupinta

Sinopsis:

Fauzi seorang anak yang kematian ayah tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah tirinya. Ayah tirinya sangat menngongkong kehidupannya. Ayah tirinya tidak membenarkan Fauzi menonton televisyen terutama acara hiburan dan filem-filem. Ayahnya hanya membenarkan Fauzi menonton televisyen untuk rancangan berita ataupun hal ehwal semasa. Bapa tirinya juga mengongkong perjalanan hidupnya. Ayah tirinya juga tidak mengizinkan Fauzi pulang ke rumah terlalu lewat malam dan sering mengambil tahu dengan siapa Fauzi berkawan.

Satu peristiwa telah menimpa hidup Fauzi. Kepala Fauzi berbenjol kerana terjatuh dan terhantuk pada tiang. Fauzi lari menaiki basikal ke rumah neneknya. Dia benci dan marah kepada ayah tirinya. Setelah lama tinggal di rumah neneknya, ayah dan ibunya berbincang untuk menghantar Fauzi ke

Page 6: komsas tingkatan 2

asrama. Cikgu Zainuddin, Kaunselor sekolah telah membantu bagi membolehkan Fauzi tinggal di asrama.

Semasa di asrama Fauzi sering dilawati oleh ibu dan bapa tirinya. Ibunya sering membawa buah tangan semasa melawat Fauzi. Manakala ayah tirinya memberi wang saku untuk kegunaan di asrama. Semasa di asrama Fauzi telah sedar daripada kesilapannya dan berubah sikap. Hal ini demikian kerana dia sentiasa dinasihati oleh rakan karibnya Syahir dan juga ustaznya.

Pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti hujung tahun, Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui keluarganya. Selepas makan malam di kampung, Fauzi mengambil kesempatan memohon kemaafan daripada ayah tirinya atas segala kesalahan dan salah faham terhadap ayah tirinya. Ibunya berasa bangga dengan perubahan sikap Fauzi. Fauzi mula menolong ayah tirinya di sawah dan di laut. Dia juga turut menunjuk ajar adiknya dalan pelajaran.

Plot:

Permulaan

Pengarang memulakan cerita di sebuah asrama dengan watak utamanya Fauzi tidak sabar untuk pulang ke kampung menemui adik-adik, ibu dan bapa tirinya. Fauzi tidak dapat melelapkan matanya kerana ingin mengisi cuti sekolah dengan rancangan yang telah diaturnya. Syahir kawan Fauzi menegur Fauzi kerana masih belum tidur walaupun hari telah lewat malam. Rakan-rakannya di Asrama A telah berdengkor. Dia teringat punca dia tinggal di asrama sekolah. Bukan kerana pencapaiannya dan kemiskinannya tetapi ada sebab lain mengapa dia tinggal di asrama.

Perkembangan

Fauzi teringat punca mengapa dia tinggal di Asrama A. Dia terdengar ayah tirinya berbual dengan ibunya untuk menghantarnya ke asrama. Ayah tirinya amat tegas dalam mendidik Fauzi. Fauzi tidak dibenarkan balik lewat malam dan juga tidak dibenarkan menonton rancangan yang tidak berfaedah. Saban hari ayah tirinya akan bertanya kerja rumah yang diberikan oleh guru kepada Fauzi sebaik sahaja pulang dari sawah. Suatu ketika Fauzi terjatuh dan kepalanya benjol menyebabkan dia lari ke rumah neneknya yang berada empat kilometer dari rumahnya. Ibunya juga menegur bapa tirinya kerana kasar dalam mendidik Fauzi.

Klimaks

Selepas makan malam, Fauzi memohon maaf daripada ayah tirinya akan sikapnya selama ini. Fauzi sedar akan tujuan ayah tirinya bersikap tegas kepadanya selama ini. Ayah tirinya cuba menyelamatkan Fauzi daripada terlanggar tiang dan kepalanya terhantuk menyebabkan kepalanya benjol. Malam itu Fauzi gembira kerana hajatnya untuk meluahkan perasaannya kepada keluarganya tercapai.

Peleraian

Fauzi memenuhi cuti sekolahnya dengan membantu keluarganya di sawah. Dia juga akan turun ke laut mengikut ayah tirinya. Di samping itu, Fauzi menolong adik-adiknya dalam pelajaran. Kini Fauzi mempunyai semangat untuk memajukan keluarganya.

Teknik Penceritaan

1. Monolog dalaman: Contohnya, "Benar kata-kata Syahir itu?" Fauzi berkata-kata sendirian.2. Dialog: Contoh, "Emak kamu tahukah kamu di sini?" Nenek Sapiah melepaskan keluhan

kesal.3. Imbas kembali: Contohnya, Di asrama Fauzi terkenangkan kehidupannya di kampung.4. Imbas muka: Contohnya, Fauzi membayangkan perkara yang akan dilakukannya apabila

pulang bercuti.

Page 7: komsas tingkatan 2

5. Pemerian: Contohnya, Cahaya bulan tertumpah ke permukaan sawah. Daun padi kelihatan terliuk-liuk dibelai mesra oleh angin malam. Indah sungguh pemandangan malam itu.

Gema Sepi Gadis Genius

Sinopsis:

Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program 'antibusut'. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya. Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua.

Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah 'busut' yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif.

Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Saluran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakanya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Lamunan Basirah terhenti apabilapintu yang terkuak berbunyi. Beberapa orang remaja tersembul di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi. Basirah cukup terharu.

Selepas itu, sekali lagi osiloskop dipasang untuk mengesan gema panggilan dari luar. Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani yang ada pada ketika itu menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan terbaru. Selang beberapa minit umpan mengena.

Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.

Plot:

Permulaan

Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiada pun daripadanya berjudul program 'antibusut'. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk.

Perkembangan

Page 8: komsas tingkatan 2

Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah 'busut' yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, telah membuka buku log untuk merekod penceroboh.

Klimaks

Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat uji kaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan bantuan pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan Hanani, mereka berjaya mengesan penceroboh tersebut.

Peleraian

Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.

Teknik Penceritaan:

1. Deskriptif (pemerian ). Contohnya, dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4).

2. Monolog dalaman. Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu ( m/s 10 ).

3. Imbas kembali. Contohnya, Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah pun lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar yang terletak di pinggir bandar meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s4).

4. Imbas muka. Contohnya, Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah ( m/s 17 )

Warkah Daripada Ibu

Sinopsis:

Page 9: komsas tingkatan 2

Mira telah menerima warkah daripada ibunya. Hampir setahun Mira dan adik-adiknya tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan. Namun ibunya tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Ibu Mira berharap agar suatu hari nanti Mira akan faham tindakan ibu dan bapanya itu. Mira dan keluarganya telah bersiap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka sampai ke kampung datuknya menjelang senja. Pada malam hari mereka semua telah tidur berderetan di ruang tamu walaupun nenek telah menyiapkan bilik untuk mereka. Mereka tidur dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Keesokan harinya, apabila ibu dan bapanya berangkat pulang, perasaan sayu dan hiba mula dirasai oleh Mira. Namun adik-adiknya kelihatan riang kerana perpisahan dengan ayah dan ibu tidak begitu bermakna kepada adik-adiknya. Nenek telah mengajak Mira ke kedai untuk memperkenalkan Mira dengan rakan-rakan sebaya Mira serta mengenali tempat di kampung neneknya itu. Bermula dengan perkenalan dengan Suzana di kedai, Mira mula mengenali kawan-kawan barunya yang lain. Mira mula bersekolah dan mengulang kaji pelajarannya. Dalam keheningan subuh yang syahdu serta bunyi kokok ayam sahut-menyahut, Mira membaca sekali lagi surat yang dikirim oleh ibunya.

Dalam surat tersebut, ibunya berdoa agar Mira dan adik-adiknya sentiasa dilindungi Allah. Persoalan yang tidak terjawab oleh ibu Mira sebelum ini telah dinyatakan di dalam surat tersebut. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Ibunya mengimpikan anak-anak yang soleh. Di kampung, Mira lebih terdedah kepada nilai-nilai moral. Walaupun sejak kecil ibu bapa Mira mahukan ialah Mira dapat bersyukur dengan apa-apa yang Mira ada. Hal ini akan membuatkan jiwa Mira kuat dan tabah menghadapi apa-apa jua dugaan Allah. Setelah hampir setahun, Mira telah menunjukkan prestasi yang baik. Hal ini menunjukkan Mira sudah faham sebab dia dihantar ke kampung. Setelah membaca surat daripa ibunya, Mira melipat surat tersebut dengan baik. Sekali lagi air mata Mira mengalir. Mira baru faham akan tersirat selama ini. Betapa besar pengorbanan dan harapan ibu dan ayah terhadap Mira.

Plot:

Permulaan

Mira telah menerima warkah daripada ibunya setelah hampir setahun Mira tinggal di kampung bersama dengan datuk dan neneknya. Keputusan ibu dan ayahnya menghantar Mira untuk tinggal dengan datuk dan neneknya telah menimbulkan seribu persoalan kepadanya.

Perkembangan

Mira dan keluarganya telah bersiap-siap untuk ke rumah datuknya di kampung. Mereka tidur bersama-sama dengan nyenyak sekali kerana kepenatan seharian dalam perjalanan. Perpisahan dengan ibu dan bapanya telah menimbulkan perasaan sayu dan hiba Mira. Nenek telah mengajak Mira ke kedai dan dia telah berkenalan dengan Suzana. Mira mula bersekolah di kampungnya dan suasana persekolahan di sana telah memberikan kesedaran kepadanya. Mereka tidak menghiraukan perkara-perkara lain selain mengulang kaji pelajaran.

Klimaks

Mira telah membaca surat yang dikirimkan oleh ibunya. Dalam surat tersebut, ibunya menyatakan tujuan sebenar dia menghantar Mira dan adik-adiknya ke kampung kerana bimbang dengan gejala sosial yang melanda masyarakat bandar kini. Masalah sosial yang melanda masyarakat kota begitu menghantui dan menakutkan ibunya. Manakala corak pergaulan dan persekitaran di kampung masih yang terbaik kerana masih mengekalkan amalan dan ciri-ciri hidup masyarakat berharmoni. Harapan ibunya agar anak-anak menjadi anak yang solehah, mampu menghargai kasih sayang dan pengorbanan orang tua.

Peleraian

Page 10: komsas tingkatan 2

Setelah membaca warkah daripada ibunya, Mira memahami tujuan ibunya menghantarnya dan adik-adiknya tinggal di kampung.

Teknik Penceritaan:

1. Dialog

Contoh: "Mira... ibu terpaksa menghantar Mira dan adik-adik tinggal dengan nenek di kampung pada hujung bulan ini," tiba-tiba saja ibu menyuarakan hasrat hatinya itu pada suatu hari. ( m.s:60 )

2. Deskriptif ( Pemerian )

Contoh: Aku berbangga mempunyai ibu bapa yang penyayang. Walaupun sibuk dengan kerja dan tugas seharian di pejabat, mereka masih ada waktu untuk bermesra dengan keluarga. Ibuku seorang yang lemah lembut dan selalu setia dengan ayah. ( m/s 61 )

3. Monolog Dalaman

Contoh: Keputusan ibu dan ayah menghantar aku dan adik-adik untuk tinggal di kampung bersama datuk dan nenek, membuatkan aku bertanyakan diriku dengan berbagai-bagai pertanyaan. ( m/s 1 )