Sajak Kecek - Komsas Tingkatan 5
-
Upload
atiqah-azmi -
Category
Education
-
view
286 -
download
9
Transcript of Sajak Kecek - Komsas Tingkatan 5
KECEK
AWANG ABDULLAH
RANGKAP 1
Seorang pengarah telah membuka akaun semasanya di sebuah bank
terkemuka. Namun begitu, dia telah pecah amanah kerana
menyelewengkan hak milik orang lain untuk kepentingan diri.
RANGKAP 2
Seorang petani di kampung hidup dalam kemiskinan dan kedaifan
untuk membesarkan 12 orang anaknya. Namun begitu, petani
tersebut tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang
lain untuk meringankan beban yang dipikulnya sekian lama.
RANGKAP 3
Seorang nelayan di kawasan pantai mencari rezeki dilaut yang saban
hari yang bergantung kepada nasib dan keadaan cuaca di laut. Namun
begitu, nelayan itu tidak pernah meminta simpati daripada orang lain
kerana keadaan cuaca di laut sudah sebati dengan jiwanya.
RANGKAP 4
Tuhan sentiasa berpegang pada janji-Nya. Setiap inci perbuatan baik
atau jahat yang dilakukan oleh manusia akan dicatat dan terhitung
untuk diadili di akhirat kelak.
TEMA
Sifat manusia yang berbeza dalammelakukan sesuatu pekerjaanmempengaruhi kehidupan seseorang.
PERSOALAN
PERSOALAN
BENTUK SAJAK
Sajak “Kecek” ini berbentuk bebas. Sajak ini tidakterikat dengan ciri- ciri khusus seperti pantun atausyair.
Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
Bilangan baris dan kata dalam setiap rangkap tidaksama.
Bilangan suku kata dan setiap beris terdiri daripadatiga hingga dua belas suku kata.
Rima akhir sajak ini ialah
Rangkap pertama – abbcdba
Rangkap kedua – abcdccedccb
Rangkap ketiga – abcccbebcfgc
Rangkap keempat – abcdb
UNSUR KEINDAHAN
Pemilihan kata atau diksi yang indah danpembinaan ungkapan oleh pengarangbegitu indah dan berkesan. Contohnya:
dia mencantum kemiskinan– rangkap 1, baris5
Tuhan tidak pernah mungkir – rangkap 4, baris 1
Antara unsur gaya bahasa yang terdapatdalam sajak “Kecek” termasuklah:
Personafikasi. Contonya:
di rahang laut ternganga– rangkap 3, baris 4
Perlambangan atau imejan. Contohnya:
di rumah keadilan – rangkap 4, baris 5
Metafora. Contohnya:
pagar sengsara – rangkap 2, baris 6
pusaran nasib – rangkap 3, baris 6
papan hidupnya – rangkap 3, baris 12
Akaun kemiskinannya – rangkap 3, baris 12
Perulangan atau repetisi. Contohnya:
membuka akuansemasanya – rangkap 1, baris 2
membuka akaun kemiskinannya – rangkap 2, baris 3
membuka akaun sengsaranya – rangkap 3, baris 3
ANTARA UNSUR BUNYI YANG DIGUNAKAN DALAM SAJAK “KECEK” TERMASUKLAH;
Asonansi
• Perulangan bunyi vokal a:
membuka akaun semasanya – rangkap 1, baris 2
tetapi dalam diam– rangkap 1, baris 4
ke dalam akaun-Nya – rangkap 4, baris 4
di rahang laut ternganga – rangkap 3, baris 4
di bawah pusaran nasib – rangkap 3, baris 6
yang sudah lama – rangkap 2, baris 10
• Perulangan bunyi vokal e:
seorang nelayan – rangkap 2, baris 4
seorang petani – rangkap 2, baris 2
yang telah sekian musim – rangkap 3, baris 10
• Perulangan bunyi vokal i:
di ruang kedaifan – rangkap 2, baris 4
di papan hidupnya – rangkap 3, baris 12
di pantai – rangkap 3, baris 1
Membuka akaun sengsaranya – rangkap 3, baris 3
• Perulangan bunyi vokal u:
dan mengurung sederet anak-anaknya – rangkap 3, baris 5
Berlumut – rangkap 3, baris 11
Membuka akaun sengsaranya – rangkap 3, baris 3
Aliterasi
• Perulangan bunyi konsonan d:
tetapi dalam diam – rangkap 1, baris 4
di dalam pagar sengsara – rangkap 2, baris 6
• Perulangan konsonan t:
Tuhan tidak pernah mungkir– rangkap 4, baris 1
nada
Sajak “Kecek” bernada melankolik. Nada ini sesuai
untuk menggambarkan kesengsaraan petani dan
nelayan untuk meneruskan kehidupan demi menyara
keluarga. Sajak ini juga menggambarkan sikap
manusia yang berbeza dan ketegasan Allah dalam
mengadili manusia.
NILAI
Kejujuran
Jujur dalam melakukan sebarang perbuatan.
Ketabahan
Seorang petani dengan tabah membesarkan duabelas orang anaknya walaupun bergelumang dengan
kemiskinan.
Keadilan
Allah amat adil dalam menilai setiap amalan baik danburuk manusia
Kegigihan
Seorang nelayan dengan gigih mencari rezeki di laut luas yang amat berbahaya demi sesuap nasi.
PENGAJARAN
Kita hendaklah bersikap jujur danamanah dalam melakukan setiap
perkara.
Kita janganlah mengaut keuntunganatas kesusahan orang lain demi
kesenangan diri.
Kita haruslah tabah menjalani kehidupanyang penuh dengan pelbagai cabaran dan
rintangan
Kita mestilah gigih berusaha demi memperoleh rezeki yang halal.
Kita harus sedar akan balasan tuhanbagi setiap perbuatan kita di akhirat
kelak.
Kita hendaklah sabar dalam menghadapidugaan.
SEKIAN TERIMA KASIH
KUMPULAN 2 :ATIQAH
AZMEERA
ASYIQIN
INTAN
ADILA