komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

15
Drama: Berkhidmat untuk negara KOMSAS TINGKATAN 4

Transcript of komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Page 1: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Drama: Berkhidmat untuk negaraKOMSAS TINGKATAN 4

Page 2: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

TEMA

Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negatif tentang Program latihan Khidmat negara (PLKN).

Page 3: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

PERSOALAN

1) Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara.

Contoh: Nora dan rakan-rakannya berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpampang di papan kenyataan sekolah.

2) Kasih sayang ibu bapa terhadap anakContoh: Dato’ Khir Ghazali berpendapat bahawa Aiman perlu menghadiri PLKN

untuk membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya itu supaya menjadi seorang yang berguna pada negara.

Page 4: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

3) Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar

Contoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.

Page 5: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

WATAK DAN PERWATAKAN

WATAK PERWATAKANAIMAN (Watak utama)

o Seorang yang agresif :- Bersikap kasar dengan pembantu rumah yang melayannya dengan baik dan mesra

o Seorang yang pemalas :- Semua kerjanya di rumah dibantu oleh orang gaji dan apabila berdepan dengan sesuatu masalah, dia akan tidur.

KHIR GHAZALI

o Seorang yang bertanggungjawab :-Walaupun sibuk bekerja beliau mengambil berat terhadap Aiman. Apabila Aiman berdepan dengan masalah beliau mendengarnya dengan sabar dan cuba menyelesaikannya.

Page 6: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

MASNAH o Seorang yang penyayang :- Dia tidak bersetuju Aiman menyertai PLKN kerana bimbang keselamatan anaknya.

o Seorang yang sanggup menyalahgunakan pengaruh untuk kepentingan sendiri :- Datin Masnah meminta suaminya menggunakan pangkat dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian untuk anaknya daripada menghadiri PLKN.

CIKGU DAHARI o Seorang yang sentiasa memberi galakan kepada anak murid :- Apabila diberitahu bahawa ramai pelajar terpilih sebagai peserta PLKN, beliau berasa teruja dan menyatakan bahawa Malaysia bertuah kerana mendapat remaja yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara.

o Seorang yang berpengetahuan luas :- Beliau menerangkan tentang pelaksanaan PLKN secara terperinci kepada anak-anak muridnya.

Page 7: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

POSMEN o Seorang yang berfikiran positif :- Apabila Aiman menyuruh posmen membuang surat Jabatan Latihan Khidmat Negara, posmen telah memberi nasihat kepada Aiman agar fikir tentang kemahiran dan pengalaman yang bakal diperoleh oleh Aiman melalui PLKN.

o Seorang yang amanah :- Selepas memberi kata-kata perangsang kepada Aiman tentang kebaikan PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya menghantar surat kerana dia menganggap surat-surat tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya.

Page 8: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

LATAR

LATAR MASA• Waktu tengah hari- Nek Sinah menjemput Aiman menikmati

makan tengah hari.

• Waktu pagi - Aiman berdialog bersama-sama rakan-rakan di sekolah tentang PLKN yang bakal dihadiri mereka.

• Waktu petang - Selepas balik dari sekolah Aiman berbual bersama-sama dengan ayah dan ibunya di rumah.

Page 9: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

LATAR TEMPAT• Rumah Aiman - Peristiwa Aiman menerima surat

daripada Jabatan latihan Khidmat Negara.

• Sekolah menengah - Dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan.

Page 10: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

LATAR MASYARAKAT• Masyarakat yang sibuk bekerja - Khir Ghazali iaitu ayah Aiman

digambarkan sebagai hartawan yang sibuk bekerja. Ibunya, Datin Masnah juga selalu tidak berada di rumah manakala kakaknya sibuk dengan tugasan di universiti.

• Masyarakat yang penyayang - Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya serta melayannya seperti cucu sendiri.

• Masyakat yang sombong - Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya yang sentiasa bersikap lemah lembut. Nek Sinah berasa kesal dengan tingkah laku Aiman dan ahli keluarganya yang hanya mementingkan wang ringgit.

Page 11: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

GAYA BAHASA

Sinkope“Saya tak berminat langsung”

PeribahasaHujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri

sendiri

Inversi“…Amanah orang semua surat ini.”

Page 12: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Bahasa asingPenggunaan bahasa Inggeris – daddy, mummy

Simile“Nak angan-angan macam Mat Jenin.”

Page 13: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

NILAI

NILAI AMANAH -Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat.

NILAI KASIH SAYANG -Nenek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak makanan kegemarannya.

NILAI TANGGUNGJAWAB -Walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar masalah Aiman.

NILAI CINTA AKAN TANAH AIR -Apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa kita perlu menghargai tanah air kita

Page 14: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

PENGAJARAN

Kita haruslah menghormati orang

yang lebih tua daripada kita

• Aiman biadap terhadap pembantu rumahnya yang menganggapnya sebagai cucu sendiri.

Kita mestilah bersikap amanah dalam

menjalankan tugas. 

Posmen menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang posmen dengan penuh amanah.

Page 15: komsas tingkatan 4 - BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Kita perlulah memberi sokongan kepada program

kerajaan• Cikgu Dahari memberi

galakan dan kata-kata perangsang kepada anak-anak muridnya agar menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara.