komsas tingkatan 5 1400

10
Komsas tingKatan 5 (1400) SINOPSIS 1: SINOPSIS 1: Drama dimulai dengan lantunan berlagu kisah Dolah Capik dan Siti Rahimah (berpenyakit kusta) yang telah lama berlaku, tetapi mereka berdua "muncul" semula setiap kali remang senja di tepi laut. Imbas kembali cerita perbualan Dolah dengan Soud tentang nasib dirinya, sambil menyatakan tekadnya untuk menjadi kaya denagn apa-apa cara pun. Seterusnya, Dolah sanggup membantah Maulana yang sedang mengajar di surau bahawa orang batil (pembohong) begitu kaya dan berkuasa. Dolah kemudiannya mendapatkan khidmat pawang dan jin tanah. Dolah tega (sanggup) mengheret mayat ibunya sendiri untuk ditanam di bawah rumah sebagai syarat jin membawa harta karun dan emas permata curi kepadanya. Setelah kaya, Dolah menempah kaki palsu, pakaian mewah, khidmat jurusolek dan arkitek. Namun, usaha Dolah meminang anak menteri dan anak wakil rakyat gagal justeru mereka mempersoalkan sumber kekayaannya. Akhirnya, Dolah menerima Doli yang berjaya memujuk Dolah menceritakan rahsia kekayaannnya.

Transcript of komsas tingkatan 5 1400

Page 1: komsas tingkatan 5 1400

Komsas tingKatan 5 (1400)

SINOPSIS 1:SINOPSIS 1:Drama dimulai dengan lantunan berlagu kisah Dolah Capik dan Siti Rahimah (berpenyakit kusta) yang telah lama berlaku, tetapi mereka berdua "muncul" semula setiap kali remang senja di tepi laut. Imbas kembali cerita perbualan Dolah dengan Soud tentang nasib dirinya, sambil menyatakan tekadnya untuk menjadi kaya

denagn apa-apa cara pun. Seterusnya, Dolah sanggup membantah Maulana yang sedang mengajar di surau bahawa

orang batil (pembohong) begitu kaya dan berkuasa. Dolah kemudiannya mendapatkan khidmat pawang dan jin tanah.

Dolah tega (sanggup) mengheret mayat ibunya sendiri untuk ditanam di bawah rumah sebagai syarat jin membawa harta

karun dan emas permata curi kepadanya. Setelah kaya, Dolah menempah kaki palsu, pakaian mewah, khidmat jurusolek dan

arkitek. Namun, usaha Dolah meminang anak menteri dan anak wakil rakyat gagal justeru mereka mempersoalkan sumber kekayaannya. Akhirnya, Dolah menerima Doli yang berjaya

memujuk Dolah menceritakan rahsia kekayaannnya.

Page 2: komsas tingkatan 5 1400

2:

Dolah membeli semua tanah orang kampung untuk memelihara kuda. Sungai tercemar teruk,

dan sekalian penduduk kampung menderita penyakit bawaan kuda, khususnya anak-anak kecil yang cacat dan dungu. Dolah berkahwin pula dengan Intan Siti Rahimah yang rajin ke

surau dan mengambil berat tentang nasib orang kampung walaupun ditegah oleh Dolah. Siti yang hamil mengidam udang galah, ikan sungai dan pucuk paku kampung walaupun

Dolah mahu mendapatkannya dari luar negeri.

Page 3: komsas tingkatan 5 1400

3:● Dalam mesyuarat orang kampung, Pak Sudin

tidak mahu semua masalah yang menimpa penduduk disalahkan sepenuhnya kepada Dolah, dan konconya Abu Lahab, kerana

mereka sendiri yang sanggup menjual tanah. Sedang mereka berhujah, masuk Tipah (isteri Leman) yang sarat mengandung dirasuk hantu kuda yang tidak kelihatan kepada orang lain. Romli menyokong Leman apabila Pak Sudin tidak mahu Dolah dibabitkan. Romli menuduh Pak Sudin tali barut Dolah menyebabkan Pak Sudin dan orang-orangnya marah dan keluar.

Haji Sabri cuba menenangkan Romli dan Leman supaya orang kampung tidak berpecah

belah.

Page 4: komsas tingkatan 5 1400

4:

Di tempat berburu, Dolah disondol seekor binatang seakan-akan babi. Dukun berusaha memulihkan Dolah dengan menyeru-nyeru

Moyang Sungai, moyang Hutan dan Moyang Binatang. Sementara itu, di mahkamah terbuka orang-orang kampung, Abu Lahab dan isterinya

dimasukkan ke dalam guni, kecuali bahagian muka. Hakim menolak tuntutan supaya tertuduh ditanam hidup-hidup hingga ke pangkal leher di dalam sebuah busut.

Sebaliknya, apabila Abu Lahab dan isteri menyatakan rasa insaf, serta sanggup

menebus tanah orang-orang kampung denga n kekayaan yang dikumpul sebelumnya.

Page 5: komsas tingkatan 5 1400

5:Mak Som Bidan menceritakan perihal Intan Siti

Rahimah melahirkan anak yang mirip babi hutan. Mak Som tidak percaya bahawa Siti Rahimah yang begitu

baik dan rapat dengan orang-orang kampung menerima nasib demikian. Sebaik sahaja memandang

anaknya, Dolah terus mengamuk, lalu menghalau Intan keluar dari kampung dalam kepekatan malam

dan hujan lebat. Kemudian Dolah mengigau ternampak jin tanah membawa harta karun. Dolah

mengejutkan Doli untuk mengambil periuk emas yang penuh harta karun. Tiba-tiba masuk mayat ibu Dolah

yang tidak kelihatan pada Doli. Mayat ibunya meminta Dolah bertaubat dan berhijrah dari kampung itu. Dolah

memohon ampun Ilahi sambil membaca surah al-Falaq. Sekonyong-konyong, Doli dan periuk emas

lesap. Dolah mendukung mayat ibunya.

Page 6: komsas tingkatan 5 1400

6:Arkitek, tukang pinang, jurusolek dan doktor menagmbil semula barang masing-masing daripada Dolah kerana

mendakwa diberi cek palsu. Anehnya, Dolah sudah tidak capik lagi. Dolah berhijrah dan bekerja menjual air, dan

sebelah malamnya bersolat, serta membaca kitab. Dolah tidak dapat mengecam Siti Rahimah yang bersentung (berkain sarung menutupi muka), kini anak angkat Pak

Imam dan bekas pesakit kusta. Dolah merapati Siti Rahimah, tetapi Siti Rahimah menafikan dia Intan Siti Rahimah. Dolah menyatakan hasrat untuk menjadikan

anyaman Siti Rahimah sebagai reka bentuk hiasan ukiran masjid di seberang sungai. Dolah menghadiahi Siti

Rahimah purdah, dibalasi senaskhah al-Quran.

Page 7: komsas tingkatan 5 1400

7:

Pak Long membawa berita Dolah karam di sungai. Siti Rahimah kemudian keluar dengan beg kecil untuk mencari Dolah. Pak Long yang tidak pernah bertanya asal usul Siti Rahimah tidak mampu menahan Siti Rahimah pergi,

melainkan mendoakan keselamatan Siti Rahimah dan Dolah. Drama diakhiri dengan lantunan berpuisi sang pengucap (pencerita,

narrator) kononnya beratus-ratus tahun lamanya, setiap kali senja di tepi sungai, Siti

Rahimah yang berpurdah, tetapi tidak berpenyakit kusta, setia menunggu Dolah yang

menghias masjid di seberang. Nelayan tidak bernai menyapa, datuk nenek menegah...

Page 8: komsas tingkatan 5 1400

NILAI:● 1. Nilai kesabaran

● Contoh:

• Soud meminta Dollah agar bersabar dengan hinaan orang kampung.

● 2. Nilai tolong-menolong

● Contoh:

● • Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampung mengajar mengaji.

● 3. Nilai kasih sayang antara suami isteri

● Contoh:

● • Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik.

Page 9: komsas tingkatan 5 1400

PENGAJARAN:● 1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta

yang halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya

mereka telah dimasukkan dalam tahanan. ● 2. Kita janganlah menindas golongan yang

lemah atau miskin. Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia

capik dan miskin.● 3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar. Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis

kuda yang dipeliharanya.

Page 10: komsas tingkatan 5 1400

PENGAJARAN:● 1. Kita hendaklah mencari rezeki atau harta

yang halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya

mereka telah dimasukkan dalam tahanan. ● 2. Kita janganlah menindas golongan yang

lemah atau miskin. Dollah dihina oleh masyarakat kampung sehingga tidak ada orang yang mahu menerima pinangannya kerana dia

capik dan miskin.● 3. Kita perlu menjaga keindahan alam sekitar. Dollah mencemarkan sungai dengan najis-najis

kuda yang dipeliharanya.