komunikasi keluarga
-
Upload
aina-abdul-aziz -
Category
Documents
-
view
82 -
download
0
description
Transcript of komunikasi keluarga
Bincangkan halangan-halangan komunikasi dalam keluarga dan bagaimana hendak
meningkatkan keberkesanan komunikasi.
Abstrak
Artikel ini akan membincangkan secara inklusif tentang halangan–halangan
komunikasi yang wujud dalam keluarga pada masyarakat moden hari ini. Halangan-
halangan tersebut akan dikenalpasti dalam aspek interaksi fizikal dan emosi. Sebelum
menyelami ke dasar permasalahan ini, definisi dan elemen-elemen kepada proses komunikasi
akan diperhalusi terlebih dahulu supaya masalah ini dapat di atasi sejak di peringkat akar
umbi lagi. Beberapa halangan-halangan utama seperti persepsi, keterbukaan, pemilihan
bahasa, waktu, dan tahap sosial yang berbeza-beza membina batu penghalang kepada
komunikasi yang berkesan ini. Namun demikian, setiap halangan tersebut mampu diatasi jika
langkah-langkah yang proaktif dimainkan oleh setiap anggota keluarga terutamanya ibu dan
bapa melalui pemahaman yang baik tentang cara komunikasi yang berkesan dan
signifikannya kepada keharmonian keluarga. Teknik komunikasi yang betul serta pendekatan
yang sewajarnya akan dihujjahkan dengan realistik supaya taraf keberkesanan komunikasi
dalam keluarga sering dinamik dan efektif seiiring zaman yang semakin mencabar.
1.0 Pendahuluan
Keluarga merupakan satu institusi sosial yang penting dalam masyarakat di mana
keluarga yang sejahtera akan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara
keseluruhannya. Namun demikian, dengan kepesatan arus globalisasi cabaran terhadap
keluarga semakin kritikal dan menuntut ibu bapa memainkan peranan yang paling efektif
khususnya dalam hubungan dengan anak-anak agar kesejahteraan keluarga dapat dikekalkan
seiring dengan perkembangan tersebut. Justeru itu, menyedari akan kepentingan hubungan
keluarga yang sejahtera, pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan ke arah memantapkan
perhubungan tersebut.
Secara umumnya, komunikasi keluarga merujuk kepada cara bagaimana ibu bapa
berkomunikasi dengan anak mereka dalam membentuk sosialisasi terutama pada peringkat
awal kanak-kanak. Pola komunikasi kekeluargaan didapati mempunyai pengaruh terhadap
cara anak memproses maklumat daripada luar persekitaran keluarga yang membawa kepada
kebolehpercayaan sesuatu maklumat itu. Ada beberapa kajian terdahulu menunjukkan
komunikasi keluarga mempunyai kaitan dengan tingkah laku anak khususnya remaja. Maka
seharusnya komunikasi keluarga dititikberatkan agar ia berlangsung dengan baik.Jika
komunikasi keluarga tidak dapat berjalan dengan sepatutnya, ia akan membawa kepada
beberapa implikasi negatif yang akan membabitkan anak sebagai mangsa. Sebagai contoh,
apabila terjadinya konflik1 memungkinkan komunikasi yang tidak menyenangkan akan
membawa implikasi buruk terhadap pemikiran anak di dalam keluarga berkenaan.
Perlu difahami, bahawa komunikasi merupakan satu proses penyampaian gagasan,
harapan dan pesanan yang disampaikan melalui lambang tertentu yang mengandung erti ,
dilakukan oleh penyampai pesan (sumber, penyampai sendiri) ditujukan kepada penerima
pesan(receiver,komunikan, audience). Komunikasi dalam interaksi keluarga penyampai pesan
dapat ayah, ibu, orang tua, anak , suami, isteri , mertua, datuk dan nenek. Begitupun sebagai
penerima pesan. Pesan yang disampaikan dapat berupa informasi, nasihat,petunjuk,
pengarahan, meminta bantuan. Komunikasi yang terjadi dalam keluarga merupakan
komunikasi yang unik. Komunikasi yang terjadi dalam keluarga melibatkan paling sedikit
dua orang yang mempunyai sifat , nilai-nilai, pendapat , sikap, fikiran dan perilaku yang khas
dan berbeza-beza.
Seterusnya, menurut Bigner konsep teori sistem keluarga ini digunakan dengan
meluas untuk menerangkan kefungsian keluarga khususnya berkaitan hubungan di antara ibu
bapa dan anak di mana ia menerangkan interaksi kompleks yang berlaku dalam keluarga dan
juga faktor yang mempengaruhi proses keluarga membuat keputusan dan menetapkan
pencapaian matlamat tertentu. Selain itu, teori sistem juga menerangkan bagaimana keluarga
memberi respons terhadap sebarang perubahan, bukan sahaja dalam keluarga tetapi juga
terhadap perubahan luaran yang memberi cabaran kepada kestabilan untuk berfungsi secara
efektif. ( UKM :2011: 45 )
Komunikasi yang positif dan berkesan telah dikenal pasti sebagai asas kepada
sesebuah keluarga untuk berfungsi dengan baik. Ini khususnya apabila anak-anak telah mula
meningkat remaja di mana pada waktu tersebut mereka mula berupaya untuk membina
identiti dan membuat keputusan. Sebagaimana kajian Barnes dan Olson (1985) menunjukkan
apabila komunikasi di antara ibu bapa dan anak remaja berlangsung dengan baik, hubungan
keluarga semakin rapat, wujud hubungan kasih sayang dan seterusnya memudahkan sebarang
penyelesaian masalah. Menurutnya lagi, komunikasi adalah satu proses yang memudahkan
pembinaan kohesi dan penyesuaian di kalangan keluarga.
1 seperti kecelaruan keluarga, pertengkaran dan perceraian.
2.0 Perbincangan
a) Halangan-Halangan Komunikasi Dalam Keluarga
Antara halangan – halangan komunikasi dalam keluarga yang selalu berlaku ialah
sikap suka bertindak dengan melulu, menuduh atau tanggapan yang salah terhadap ahli
keluarga. Hal ini menyebabkan komunikasi dua hala antara ahli keluarga terjejas serta timbul
perasaan dendam. Tanggapan yang salah terhadap keluarga hendaklah dijauhi. Setiap suami
dan isteri perlu tahu bagaimana adabnya melayan pasangan iaitu dengan menggunakan cara
dan adab yang telah digariskan dalam Islam seperti memberi salam, sopan dan hormat.
Sebagai ibu bapa pula, Norazman menekankan bahawa ibu bapa adalah contoh kepada anak-
anak dan tingkah laku mereka mudah menjadi perhatian dan ikutan anak-anak. (Bernama
2012:2).
Selain itu, komunikasi pada waktu yang tidak sesuai juga antara halangan komunikasi
dalam keluarga. Jika kita lihat pada konteks untuk memberi nasihat. Seorang suami tidak
boleh menasihati isteri pada waktu yang tidak sesuai. ( Nur Yasmin & Muhammad Raihan
2012:375 ) Sebagai contoh, seorang suami jangan menasihati atau mengkritik isteri pada saat
isteri keletihan setelah seharian bekerja, hal ini kerana nasihat tidak akan mendatangkan
pengaruh bahkan sebaliknya boleh menimbulkan reaksi yang negatif. Keluhan, kritikan,
nasihat dan sebagainya memerlukan waktu yang tepat. Dengan memilih waktu yang tepat,
maka ada kesempatan untuk menyampaikan suatu permasalahan lebih jelas, lebih luas, dan
lebih mendalam, sehingga sama-sama akan mendapatkan hasil yang lebih baik.
Seterusnya, halangan komunikasi dalam keluarga juga berlaku apabila wujudnya
prasangka atau persepsi negatif terhadap salah seorang daripada ahli keluarga seperti
memandang rendah, mengejek dan melabel dengan kekurangan tertentu. Contohnya, jika
isteri mempuyai jawatan yang lebih tinggi daripada suaminya maka ia akan rasa bangga diri
serta memandang rendah terhadap suami. Hal ini akan menimbulkan halangan komunikasi
antara suami isteri yang menjadi mangsa keadaan ialah anak-anak. Komunikasi keluarga
dalam tempoh anak sedang meningkat remaja menjadi aspek penting yang menyumbang
kepada keseluruhan atmosfera keluarga. (Noller 1985). Pendapat yang sama2 juga
menyatakan bahawa persekitaran komunikasi keluarga memberi kesan kepada anak pada
peringkat pertengahan perkembangan mereka. (Fitzpatricketal 1996).
2 Dari segi pencapaian akademik, Ullrich dan Kreppner (1997) mendapatibahawa terdapat perkaitan di antara kualiti komunikasi keluarga dengan pencapaian akademik di kalangan remaja
Disamping itu, penampilan atau ekspresi ketika berbicara juga perlu diambil kira di
dalam komunikasi keluarga. Misalnya memek muka, kesediaan fizikal dan mental, nada suara
serta tatacara memberi tumpuan. Berdasarkan kajian yang dijalankan 65% daripada
komunikasi bersemuka disampaikan melalui isyarat tanpa lisan. Seterusnya Pergerakan badan
boleh menghasilkan bahasa komunikasi tanpa lisan (non-verbal communication) seperti
isyarat gerakan tangan, isyarat air muka dan isyarat bahasa badan. ( Harrison 1965: 168 ).
Reaksi yang positif akan memeberi kesan yang positif dan sebaliknya jika reaksi negatif
maka kesanya juga negatif. Dalam interaksi keluarga dapat digunakan beberapa jenis
komunikasi. Jenis-jenis komunikasi dapat dikelompokaan dalam empat macam, iaitu
komunikasi bertulis, komunikasi lisan, komunikasi nonverbal3, komunikasi satu arah iaitu
komunikasi berbentuk perintah, intruksi dan paksaaan dan seterusnya komunikasi dua arah
yang lebih bersifat informative dan persuasive dan memerlukan hasil.
Sehubungan dengan itu, halangan komunikasi dalam keluarga turut tercetus apabila
kurangnya kemahiran mendengar yang sangat menyusut di kalangan ahli keluarga.
Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat
kanak-kanak dan dewasa Senario di mana sang ibu sering mengulang-ulang panggilan, soalan
serta arahan terhadap anak-anak sering dilihat di dalam institusi keluarga. Barker (1971) telah
menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu, beliau
merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30%
bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses pendengaran berperanan
penting dalam komunikasi.
Namun demikian, anak-anak sering bertindak sebaliknya iaitu dengan bersikap endah
tidak endah dengan situasi seperti itu. Oleh yang demikian, budaya atau kemahiran
mendengar secara aktif perlu menjadi asas supaya halangan komunikasi dapat dihindarkan.
Bukan setakat itu, kita juga mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa yang telah
diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Devine (1981) menyatakan bahawa dengan
mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan
keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri.
Proses mendengar berkait secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini
melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inference, mengagakkan hasil,
generalisasi, organisasi dan dalam membuat rumusan.
3 Komunikasi dengan menggunakan mimik, pantonim, bahasa isyarat
Tembok penghalang kepada komunikasi berkesan dalam keluarga turut disumbang
oleh kualiti hubungan ibu bapa. Ullrich (1999) mendapati bahawa pola khusus komunikasi
ibu bapa menentukan sama ada mudah atau sukar membuat penyesuaian terhadap perubahan
yang berlaku dalam keluarga khususnya apabila anak pertama mula memasuki alam
keremajaan. Barnes dan Olson (1985) mendapati bahawa keluarga yang mempunyai
hubungan komunikasi yang baik di antara ibu bapa dan anak remaja akan memberi kepuasan
kepada keseluruhan aspek kualiti hidup. Kajian oleh Jackson et al. (1998) di kalangan remaja
menunjukkan komunikasi keluarga yang berkesan berkait dengan kepuasan terhadap keluarga
dan kurangnya berlaku percanggahan di antara ibu bapa dan anak khususnya apabila anak
mula meningkat remaja. Kajian mereka juga mendapati terdapat hubungan yang positif di
antara komunikasi keluarga dengan penghargaan, kendiri remaja, dan beberapa aspek
kesejahteraan hidup di kalangan remaja.
Tidak ketinggalan, isu perbezaan gender dalam komunikasi di mana Noller dan Bagi
(1985) mendapati remaja lelaki dan perempuan cenderung untuk berkomunikasi lebih dengan
ibu berbanding bapa kecuali topik berkaitan dengan politik. Pendedahan kendiri juga lebih
banyak dilakukan terhadap ibu berbanding bapa, di mana anak remaja perempuan lebih kerap
membuat pendedahan kendiri berbanding anak lelaki dan didapati juga ibu lebih tepat
meramal respons daripada anak remaja berbanding dengan bapa.
b) Cara-Cara Meningkatkan Keberkesanan Komunikasi Dalam Keluarga
Tidak dinafikan, semasa berkomunikasi banyak halangan yang perlu dihadapi
terutama sekali dalam institusi keluarga. Cara meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam
keluarga ialah menjadi pendengar yang baik. Mendengar dengan baik bermaksud seseorang
itu mendengar sambil memahami dan menghayati perasaan orang yang berkomunikasi
denganya. Mendengar adalah berkait rapat dengan member perhatian. “ tanpa perhatian,
mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud”
( Roger 1951:94 ). Untuk membolehkan wujudnya keadaan ini, pasangan terlibat perlu
mengelak daripada membuat andaian yang bukan – bukan. Berilah peluang untuk
meyampaikan mesejnya sehingga selesai. Oleh itu bersedialah dari segi mental, fizikal dan
penampilan untuk melayani dan mendengar apa yang disampaikan oleh pasangan.
Seterusnya, komunikasi akan menjadi lebih berkesan apabila wujudnya seseorang
yang memainkan fungsi sebagai komunikator. Pada umumnya orang tua dalam kehidupan
keluarga banyak melakukan perannya sebagai seorang komunikator.Fungsi komunikator
adalah menyediakan sumber informasi, menyaring dan mengevaluasi informasi yang tersedia
dan mengolah informasi ke dalam bentuk yang sesuai bagi beberapa anggota keluarga
sebagai kelompok penerima informasi tersebut, sehingga kelompok penerima dapat
memahami informasi tersebut. Syarat-syarat yang perlu dimiliki seorang komunikator, yaitu
harus bersemangat, kritis, memiliki kepercayaan diri, memiliki sikap dan tindakan terpuji,
memelihara proses komunikasi yang tengah berlangsung, mendelegasikan dan membagi
tanggung jawab, penuh inisiatif, menghargai kemampuanl anggota keluarga , mawas diri dan
mampu mengadakan pengawasan.
Berbincang juga dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi. Menurut Ketua
Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Norazman Amat, komunikasi
memainkan peranan yang sangat penting dalam hubungan suami isteri. "Kita menggunakan
komunikasi dalam proses mendapatkan zuriat, menyatakan perasaan dan kehendak, membina
kemesraan dan kasih sayang, berhibur, mengenali pasangan dengan lebih dekat dan juga
untuk membimbing dan mendidik," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk
'Komunikasi Dalam Keluarga' pada Seminar Pemantapan Keluarga Siri ke-14 anjuran Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini baru-baru ini. Justeru, katanya, dalam
mencapai proses tersebut, suami isteri haruslah sedar bahawa rumah tangga yang dibina itu
adalah milik bersama. Bahkan mereka juga perlu sentiasa berbincang dan mencari kata
sepakat dalam setiap hal atau masalah yang timbul dalam keluarga. ( Bernama 2012:3 ).
Dalam kehidupan berkeluarga pasti ada perselisihan. Seperti kata pepatah “sedangkan
lidah tergigit inikan pula manusia biasa”. Justeru salah seorang daripada ahli keluarga
perlulah mengambil langkah yang terbaik untuk menyelesaikanya dengan memberi dan
menerima teguran secara bijaksana4. Jika salah seorang melakukan kesalahan, dia hendaklah
segera mengakui kesalahanya dan meminta maaf. Firman Allah s.w.t “ dan hendaklah mereka
memaaf dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan
Allah adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”. ( Nur Yasmin & Muhammad Raihan
2012:382 ).
4 Teguran yang diberi mestilah ikhlas dan bersedia menerimanya, tidak menengking apabila marah tetapi menggunakan bahasa badan, menegur dengan lembut tetapi tegas terhadap perkara yang tidak menyenangkan .
Seterusnya, kerap melakukan aktiviti bersama dapat meningkatkan keberkesanan
komunikasi. Keluarga digalakkan melakukan ibadah dan beriadah bersama, mengingati dan
meraikan ulang tahun perkahwinan dan hari lahir, berkongsi melakukan tugas dirumah serta
meluangkan masa bercuti bersama. Sebagai contoh dalam suatu peperangan, apabila
Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya hendak menyediakan makanan, Rasulullah s.aw
membahagi pekerjaan dan baginda mengatakan bahawa tugas mengumpul kayu bakar
menjadi tanggugjawabnya. Para sahabat mendesak supaya Rasulullah duduk sahaja
danbiarkan mereka sahaja yang mengerjakan semuanya. ( Nur Yasmin & Muhammad Raihan
2012:382 ). Kita hendaklah mengambil ikhtibar daripada kisah ini dengan sentiasa
bekerjasama sesama ahli keluarga.
Selain itu penekanan terhadap komunikasi bukan lisan mendahului komunikasi lisan
menghasilkan komunikasi yang berkualiti dalam keluarga. Trees (1999) mendapati
komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan oleh ibu menyumbang kepada sokongan emosi
kanak-kanak. Bronstein (1994) juga mendapati di kalangan keluarga di Mexico, pola
interaksi di antara ibu bapa anak berkait dengan perkembangan sosial dan emosi anak-anak
di mana ibu bapa yang mesra dan menyokong menyumbang kepada tingkah laku anak-anak
yang ekspresif dan asertif manakala tingkah laku ibu bapa yang menghukum dan bersifat
membatasi berkait dengan tingkah laku anak-anak yang pasif dan provokatif. Dapatan kajian
ini turut disokong oleh Sheran (1999) yang mendapati bahawa corak interaksi antara ibu dan
anak akan mempengaruhi kecekapan sosial5 kanak-kanak tersebut.
Dari segi teknik, keberkesanan komunikasi terhasil dengan kebijaksaan menarik
perhatiaan ahli keluarga. Komunikasi yang efektif , iaitu sikap dan tingkah laku itu sesuai
dengan yang diharapkan dari komunikasi tersebut.Prosedur yang dapat ditempuh untuk
mendapat efek yang baik dari komunikasi menurut Wilbur Schraam yang disebut sebagai
Procedur A – A; yaitu :proses dari attention ke action. Komunikasi dalanm interaksi
keluarga , pertama harus dibangkitkan dulu Attention (perhatian) anggota keluarga dengan
berbagai cara; kemudian Interest (kepentingan) yang disampai kan , sesuai dengan kebutuhan
keluarga atau anggota keluarga. Selanjutnya kembangkan keinginan-keinginan anggota
keluarga sehingga timbul Decision (keputusan) untuk melakukan pesan yang diharapkan.
Proses terakhir dari keputusan itu muncul Action (tindakan).
5 Cara ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak mereka memberi implikasi berpanjangan kepada perkembangan emosi anak-anak mereka (Hybels & Weaver 1998).
3.0 Kesimpulan
Dalam kehidupan seharian, komunikasi dalam keluarga adalah sesuatu perkara yang
sangat penting tetapi masih dipandang enteng oleh sesetangah pihak. Ini kerana, institusi
keluarga memainkan peranan membentuk sikap dan tingkah laku individu sejak dari kecil
lagi. Institusi keluarga memainkan peranan besar dalam proses sosialisasi yang membawa
kepada perkembangan sikap anak. Hakikatnya perkembangan anak remaja pada hari ini tidak
terkecuali daripada menghadapi pelbagai cabaran dan masalah.
Dunia kini, remaja sentiasa dikaitkan dengan masalah sosial, akhlak, jenayah dan
sebagainya. Inilah yang akan berlaku jika komunikasi keluarga gagal dan membolehkan
golongan remaja ini melakukan sesuatu berdasarkan kemahuannya sendiri yang
memungkinkan dirinya terdedah dengan pengaruh sekeliling bagi mencari jalan keluar yang
dirasakan perlu. Atas kesedaran itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merangka pelbagai program untuk menangani
permasalahan khususnya yang berkaitan keluarga. Hubungan keluarga dari perspektif
komunikasi dilihat berdasarkan kepada teori sistem keluarga di mana setiap ahli merupakan
unsur dalam satu sistem yang saling berinteraksi di antara satu sama lain ke arah
mengekalkan keseimbangan sistem
Sebagai kesimpulan, komunikasi keluarga yang positif memberi kesan jangka panjang
terhadap perkembangan emosi, sosial, dan mental anak-anak. Persekitaran komunikasi yang
positif juga akan membentuk remaja membina identiti yang mantap dan mampu berhadapan
dengan cabaran semasa. Komunikasi juga dilihat bukan sahaja memberi kesan positif kepada
keluarga yang ‘sihat’, namun ia juga memberi kesan yang positif terhadap emosi dan
keupayaan pesakit khususnya anak-anak untuk berhadapan dengan penyakit yang sedang
dihadapi. Sebaliknya pula kajian lalu menunjukkan bahawa keluarga yang tidak
mengamalkan komunikasi yang berkesan dalam keluarga akan mendatangkan kesan negatif
terhadap perkembangan anak-anak khususnya apabila mereka meningkat remaja.
Bibliografi
Alo. (1997). Komunikasi Antarpribadi. Bandung : PT.Citra Aditya Bakti
Barnes, H. L. & Olson, D. H. 1985. Parent-adolescent communication and the circumplex model.
Child Development, 56: 438-447.
Bigner, J. J. 2002. Parent-Child Relations: An Introduction to Parenting. Ed. ke-6. Upper Saddle
River, New Jersey: Merrill Prentice Hall.
Fitzpatrick, M. A. & Ritchie, D. L. 1994. Communication schemata within the family: Multiple
perspective on family interaction. Human Communication Research 20(3): 275-302.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2008). Memasuki Gerbang Perkahwinan. Kuala Lumpur. Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ).
Lily Mastura Harun & Ramlan Hamzah. (2007). Asas Kaunseling Keluarga. Shah Alam : Universiti
Teknologi Mara
Mok Song Sang. (2009). Siri Pendidikan Perguruan Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah.
Subang Jaya. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Narimah Ismail. 1994. Correlates of concept-oriented and socio-oriented family communication in
two Malay communities: A comparative study. Disertasi PhD. Universiti Putra Malaysia,
Selangor.
Nur Yasmin & Muhammad Raihan. (2012). Indahnya Cinta Dan Hubungan Suami Isteri. Selangor.
Yasmin Publication.
Prof Dr Mohammed Zin Nordin, (2011). Kemahiran Komunikasi. Perak:Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Carter, B. & McGoldrick, M.(eds), The Expanded Family Life Cycle (3).249-273.Boston:
Allyn &Bacon