Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

18
1 1.0 PENGENALAN & KESAN BULI KEPADA PELAJAR 1.1 PENGENALAN Akhir-akhir ini, laporan akhbar banyak memaparkan tentang kes-kes perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah menengah khususnya. Masalah disiplin yang paling kerap dilaporkan adalah masalah buli. Buli menjadi masalah disiplin yang utama kini. Keadaan ini mendatangkan kebimbangan kepada semua pihak yang terbabit terutamanya ibu bapa, guru dan pelajar sendiri. Menurut Utusan Malaysia pada 29 Mac 2004, terdapat lebih 35 kes pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh 5 tahun daripada tahun 1999 hingga 2003. Pelajar yang bertingkah laku buli cenderung untuk membentuk tingkah laku ganas sehingga dewasa. Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli. Oleh itu, Masalah buli perlu dipandang serius oleh semua pihak dengan mencari inisiatif yang berkesan bagi menangani masalah ini. Pendekatan yang dilihat paling efektif dan sesuai dipraktikkan pada masa kini adalah dengan menggunakan pendekatan pemujukan kepada pelajar yang terlibat dalam masalah buli sama ada pembuli ataupun mangsa buli. Hal ini demikian kerana, pelajar pada masa kini tidak sama seperti pelajar masa dahulu yang dihukum oleh guru dengan cara yang lebih berat dan tegas. Mereka akan menjadi semakin memberontak jika langkah sedemikian diambil. Jadi, langkah terbaik adalah dengan cara yang lebih halus dan lembut iaitu kaedah pemujukan. 1.2 KESAN BULI KEPADA PELAJAR Masalah buli memberi kesan yang amat buruk kepada pembuli dan mangsa buli seterusnya mengancam keselamatan di sekolah. Perbuatan buli sama ada dalam bentuk fizikal atau verbal akan memberi kesan yang tidak baik kepada pelajar dan suasana persekolahan. Tingkah laku buli boleh menyebabkan kesakitan, kecederaan dan ketidakselesaan kepada individu terutamanya kepada mangsa buli. Hasil kajian daripada Ridby (1994) menunjukkan tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah mempunyai hubungan dengan fizikal dan mental. Tingkah laku buli akan menyebabkan perasaan rendah diri, penghargaan kendiri yang rendah, kemurungan, depresi dan bunuh diri (Olweus,1993). Kajian mengenai masalah buli dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di negara-negara barat mendapati murid yang membuli cenderung untuk menjadi penjenayah apabila dewasa manakala mangsa buli berkemungkinan besar akan membunuh diri akibat tekanan yang dihadapi.

Transcript of Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

Page 1: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

1

1.0 PENGENALAN & KESAN BULI KEPADA PELAJAR

1.1 PENGENALAN

Akhir-akhir ini, laporan akhbar banyak memaparkan tentang kes-kes perlanggaran

disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah menengah khususnya. Masalah disiplin yang

paling kerap dilaporkan adalah masalah buli. Buli menjadi masalah disiplin yang utama kini.

Keadaan ini mendatangkan kebimbangan kepada semua pihak yang terbabit terutamanya ibu

bapa, guru dan pelajar sendiri. Menurut Utusan Malaysia pada 29 Mac 2004, terdapat lebih

35 kes pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh 5

tahun daripada tahun 1999 hingga 2003. Pelajar yang bertingkah laku buli cenderung untuk

membentuk tingkah laku ganas sehingga dewasa. Kebanyakan masalah jenayah di sekolah

bermula dengan masalah buli. Oleh itu, Masalah buli perlu dipandang serius oleh semua

pihak dengan mencari inisiatif yang berkesan bagi menangani masalah ini. Pendekatan yang

dilihat paling efektif dan sesuai dipraktikkan pada masa kini adalah dengan menggunakan

pendekatan pemujukan kepada pelajar yang terlibat dalam masalah buli sama ada pembuli

ataupun mangsa buli. Hal ini demikian kerana, pelajar pada masa kini tidak sama seperti

pelajar masa dahulu yang dihukum oleh guru dengan cara yang lebih berat dan tegas. Mereka

akan menjadi semakin memberontak jika langkah sedemikian diambil. Jadi, langkah terbaik

adalah dengan cara yang lebih halus dan lembut iaitu kaedah pemujukan.

1.2 KESAN BULI KEPADA PELAJAR

Masalah buli memberi kesan yang amat buruk kepada pembuli dan mangsa buli

seterusnya mengancam keselamatan di sekolah. Perbuatan buli sama ada dalam bentuk fizikal

atau verbal akan memberi kesan yang tidak baik kepada pelajar dan suasana persekolahan.

Tingkah laku buli boleh menyebabkan kesakitan, kecederaan dan ketidakselesaan kepada

individu terutamanya kepada mangsa buli. Hasil kajian daripada Ridby (1994) menunjukkan

tingkah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah mempunyai hubungan dengan fizikal dan

mental. Tingkah laku buli akan menyebabkan perasaan rendah diri, penghargaan kendiri yang

rendah, kemurungan, depresi dan bunuh diri (Olweus,1993). Kajian mengenai masalah buli

dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah di negara-negara barat mendapati murid yang

membuli cenderung untuk menjadi penjenayah apabila dewasa manakala mangsa buli

berkemungkinan besar akan membunuh diri akibat tekanan yang dihadapi.

Page 2: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

2

2.0 KONSEP KOMUNIKASI, PEMUJUKAN & BULI

2.1 KOMUNIKASI

Perkataan komunikasi berasal dari perkataan “Communicate” yang bermaksud

pemberitahuan. Justeru, dapat difahami bahawa perkataan komunikasi menekankan individu

atau kelompok atau sifat ingin mempengaruhi orang lain. Komunikasi menitikberatkan sosial

dan “Communicator” merupakan individu atau kelompok yang berusaha mengadakan

komunikasi dengan individu atau kelompok. Gary (1989) menekankan komunikasi adalah

proses memberi makna dan mempengaruhi seseorang untuk mempercayai dan melakukan

sesuatu seperti yang dikehendaki. Komunikasi juga merupakan proses perpindahan

pengetahuan, pengertian atau perasaan yang dikongsi bersama melalui mesej yang

disampaikan sama ada secara lisan atau bukan lisan (Craig 1999). Komunikasi mempunyai

pelbagai tujuan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat,

mengurangkan kekeliruan dan salah faham, meningkatkan kesedaran dan motivasi,

merapatkan hubungan dan kasih sayang, meningkatkan kepuasan kerja dan sebagainya.

2.2 PEMUJUKAN

Definisi pemujukan pula boleh digambarkan melalui perbuatan iaitu pemujukan

dilakukan dengan memakai kata-kata manis dengan tujuan hendak memikat hati iaitu seperti

mengajak, menipu, dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat). Terdapat dua perkara

penting yang melibatkan matlamat pemujukan. Matlamat pertama adalah matlamat mesti

ditentukan dengan cara mengenal pasti mengapa proses memujuk dilakukan dan kedua,

mengenal pasti cara untuk menjelaskan matlamat tersebut bagi memastikan matlamat yang

ditetapkan jelas dan realistik Dalam menentukan matlamat memujuk, orang yang ingin

dipujuk perlu dikenal pasti terlebih dahulu kerana tidak semestinya orang pertama yang

terlintas di fikiran merupakan orang sebenar yang ingin dipujuk. Matlamat pemujukan

biasanya bersifat spesifik dan terfokus. Justeru, minda perlu ditetapkan untuk mencapai

matlamat tersebut. Selepas itu, bertekad dan beriltizam bagi memulakan langkah pertama

dalam proses memujuk iaitu menyampaikan idea. Ucapan pemujukan ialah ucapan yang

boleh disifatkan sebagai cuba mengetengahkan idea atau dalam erti kata lain ingin menjual

idea. Ucapan pemujukan adalah jenis ucapan yang paling banyak mempengaruhi orang

kerana ia disampaikan dalam kelompok yang ramai bagi mengubah persepsi pendengar

Page 3: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

3

tentang sesuatu perkara. Seorang pengucap yang hebat mampu mempengaruhi orang ramai

untuk mempercayainya.

2.3 BULI

Perlakuan buli merupakan satu fenomena yang kompleks (K.Collin et al.,2004).

Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina.

Terdapat pelbagai definisi yang melibatkan perbuatan buli. Definisi perlakuan buli yang

paling banyak diterima pakai oleh para sarjana ialah definisi yang diberikan Dan Olweus.

Beliau mendefinisikan perlakuan buli sebagai tingkah laku agresif yang dilakukan secara

berulang kali terhadap orang lain sama ada secara individu atau secara berkumpulan (Olweus,

1993). Ridby (1996) pula menyatakan bahawa tingkah laku buli merupakan perbuatan

menekan atau menindas sama ada secara fizikal atau psikologi oleh seseorang yang lebih

berkuasa terhadap seseorang yang tidak berkuasa. Para pengkaji telah mengenal pasti tiga

jenis tingkah laku buli yang terdapat dalam kalangan pembuli iaitu fizikal, verbal dan

antisosial. Jenis tingkah laku buli fizikal, verbal dan antisosial termasuklah tindakan-tindakan

seperti mengejek, pemulauan dan memukul (Olweus, 1991;Thompson dan Sharp, 1998).

Tingkah laku buli fizikal dan verbal merujuk kepada tingkah laku buli secara langsung.

Tingkah laku buli anti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung.

Definisi yang dinyatakan mempunyai persamaan dengan definisi oleh Connel dan Farrington,

1996; Espelage et al. (2000) iaitu jenis tingkah laku buli termasuklah serangan fizikal seperti

menumbuk, menendang dan menolak.

Page 4: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

4

3.0 TEORI-TEORI PEMUJUKAN

Para pakar psikologi sosial telah mengemukakan berbagai teori tentang perubahan

sikap yang mempunyai kaitan dengan perubahan tingkah laku yang melibatkan pemujukan.

Antara teori-teori itu adalah teori pembelajaran ( learning theory), teori pertimbangan sosial

(social judgement theory) dan Teori Respons Kognitif (Kognitif respons Theory). Dasar-

dasar dari teori-teori tersebut sebagai berikut:

3.1 TEORI PEMBELAJARAN ( LEARNING THEORY)

Teori ini lebih menumpukan kepada perubahan sikap yang dianggap sebagai suatu

proses pembelajaran kepada seseorang. Teori ini menerangkan tentang ciri-ciri dan hubungan

antara rangsangan dan tindak balas dalam suatu proses komunikasi. Hovlan, Janis dan Kelley

telah memberi sumbangan yang besar kepada teori ini apabila berjaya mencipta program

komunikasi dan perubahan sikap Yale (The Yale communication and attitude change

program). Program Yale telah mengidentifikasikan unsur-unsur dalam proses pemujukan

yang dapat memberi pengaruh terhadap perubahan sikap seseorang. Menurut program Yale,

terdapat empat unsur dalam proses pemujukan yang dapat mempengaruhi perubahan sikap

iaitu penyampaian sebagai sumber informasi baru, komunikasi atau maklumat yang

disampaikan, penerima dan situasi.

3.2 TEORI PERTIMBANGAN SOSIAL ( SOCIAL JUDGEMENT THEORY)

Menurut teori ini, perubahan sikap merupakan suatu penaksiran kembali atau

pendefinisian kembali terhadap sesuatu objek. Sikap mencakupi ruang gerak penerimaan,

ruang gerak tidak pasti dan ruang gerak penolakan. Perubahan sikap berlaku apabila mesej

pemujukan jatuh di dalam atau berdekatan dengan ruang gerak penerimaan seseorang. Sikap

akan berubah sesuai dengan arah mesej yang disampaikan. Posisi yang ditawarkan dalam

maklumat pemujukan akan terserap ke dalam posisi penerima sendiri. Sebaliknya, jika mesej

pemujukan jatuh di dalam ruang gerak penolakan, sikap penerima tidak akan berubah atau

berubah berlawanan arah dari mesej yang disampaikan. Posisi yang ditawarkan akan

bertentangan dengan sikap dan posisi penerima. Menurut teori ini, proses perubahan sikap

bergantung pada kekuatan pendirian individu dalam berpegang pada suatu nilai atau

pandangan. Apabila individu berpegangan pada pandangan yang ekstrem dalam suatu hal,

maka ruang gerak penerimaannya adalah sempit. kemungkinan terjadinya perubahan sikap

bagi individu tersebut adalah kecil. Sebaliknya, individu yang tidak ekstrem berpegang pada

Page 5: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

5

suatu pandangan akan memiliki ruang gerak penerimaan yang luas. Semakin luas ruang gerak

penerimaan seseorang, semakin besar kemungkinan seseorang individu untuk mengalami

perubahan sikap.

3.3 TEORI RESPONS KOGNITIF (KOGNITIF RESPONS THEORY)

Satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia memperoleh dan berubah

sikap mereka apabila bertindak ke atas komunikasi berbentuk pemujukan. Teori ini memberi

fokus kepada kenyataan bahawa penerima sesuatu maklumat bukan sekadar memberi tindak

balas terhadap maklumat yang diterima, tetapi juga menggerakkan pemikirannya terhadap

maklumat tersebut. Apabila seseorang menerima sesuatu perkara, maklumat yang cuba

memberi mesej tentang sesuatu perkara, maklumat tersebut akan dihubung kaitkan dengan

pengetahuan sedia-ada, menjadikan pemikirannya bertindak balas secara aktif terhadap

maklumat yang diterima. Teori ini mula diambil perhatian oleh Anthony G. Greenwald pada

tahun 1930 an. Kajian beliau adalah berkenaan dengan perubahan sikap. Perubahan sikap ini

berhubung dengan pembelajaran, persepsi, fungsi dan konsistensi. Keistimewaan teori ini

adalah teori ini diambil daripada teori-teori yang lain dan dengan mengumpulkan teori-teori

ini, maka muncullah apa yang dikenali oleh Greenward sebagai Kognitif respons.

Page 6: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

6

4.0 TEKNIK-TEKNIK PEMUJUKAN

Guru perlu memainkan peranan penting dalam memujuk pelajar yang menjadi

pembuli dan mangsa buli agar para pembuli sedar tentang perbuatan mereka dan

mengembalikan keyakinan diri pelajar yang menjadi mangsa buli. Hal ini kerana percakapan

guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi

nasihat, memberi arahan dan mengkritik. Edward dan Westergate (1987) meletakkan

tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan

guru.Terdapat pelbagai teknik yang boleh guru gunakan untuk memujuk pelajar-pelajar

tersebut agar menjadi insan yang lebih berguna kelak.

4.1 PENDEKATAN PSIKOANALITIK

Pendekatan ini cuba memahami tingkah laku dengan menganalisis cara personaliti

dibentuk melalui pengalaman silam (Asmawati Desa,2009). Pendekatan ini berkembang

daripada teori Frued berkenaan minda tidak sedar. Menurut Asmawati Desa (2009), istilah

psikoanalisis boleh merupakan suatu teori mengenai minda manusia dan tingkah laku atau

suatu bentuk terapi.

Frued berpendapat bahawa semua tingkah laku dan proses mental menunjukkan

bahawa konflik-konflik tidak sedar yang berlaku dalam diri seorang individu. Hal ini kerana

desakan untuk memenuhi tuntutan naluri atau keinginan seperti makanan, seks dan

keagresifan serta larangan yang dikenakan oleh masyarakat. Guru perlu menyelidik latar

belakang dan sejarah silam yang pernah dialami oleh pembuli dan mangsa buli.

Perkara ini amat perlu sebelum para guru ingin memujuk untuk menyedarkan pembuli

dan membangkitkan semangat mangsa buli. Latar belakang dan sejarah silam yang dialami

oleh mereka boleh diperoleh melalui pelbagai cara seperti bertanyakan sendiri kepada mereka

atau memperoleh maklumat daripada rakan karib mereka serta sumber-sumber lain yang

boleh dipercayai.

Page 7: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

7

4.2 TEKNIK MENIMBULKAN RASA POSITIF

Seseorang individu akan lebih mudah dipengaruhi apabila perasaan mereka berada

dalam keadaan positif (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd: 1997). Individu yang cuba

mempengaruhi seseorang juga menggunakan pelbagai cara seperti memberi hadiah percuma,

menjamu, bersiar-siar dan sebagainya. Para guru juga boleh menggunakan pendekatan ini

bagi menarik minat para pembuli dan mangsa buli untuk berubah sikap.

Guru perlu memenangi hati mereka terlebih dahulu sebelum memujuk mereka atau

menasihati mereka ke arah yang lebih baik. Teknik ini boleh menyebabkan para pembuli dan

mangsa buli rasa dihargai kerana kemungkinan sebelum ini mereka berasa kurang kasih

saying dan perhatian daripada keluarga dan orang lain.

4.3 TEKNIK EMPATI

Empati ialah keupayaan melihat perasaan orang lain seolah-olah merasai perasaan itu

umpama perasaan sendiri (Shahizan, Tsai dan Saw: 2005). Teknik ini merupakan teknik yang

paling sesuai kepada guru yang ingin melakukan komunikasi persuasif kepada pembuli dan

mangsa buli. Pendekatan ini selalu digunakan oleh guru kaunseling sekolah semasa

menjalankan sesi dengan klien yang kebanyakannya ialah remaja sekolah.

Menurut Shahizan, Tsai dan Saw (2005), empati penting dalam profesion kaunseling

kerana menurut Vanaerscot (1993), “Daripada pandangan ahli terapi kaunselor, empati adalah

satu kaedah khusus untuk mengetahui, namun perlu diingat bahawa dunia dalaman klien itu

tidak dapat diketahui sepenuhnya. Mengetahui secara dalaman juga bermaksud ahli terapi

menggunakan dunia fenomena logikalnya di mana beliau dapat memahami dan membuat

tanggapan secara langsung pada kliennya.”

Teknik ini bersesuaian kepada pembuli dan mangsa buli kerana mereka akan rasa

dihargai kerana perasaan mereka dirasai juga oleh guru. Guru juga boleh melakukan sentuhan

tubuh sekiranya perlu kepada pembuli dan mangsa buli agar mereka berasa lebih tenang dan

selesa serta mereka akan berasa terharu dan tersentuh perasaan mereka.

Page 8: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

8

4.4 TEKNIK BAHASA BADAN

Strategi menjalin hubungan adalah sangat penting dalam proses pemujukan. Bahasa

badan menjadi penentu keberkesanan usaha memujuk (Shahrul Nizam Junaini, 2010).

Pertama kali bertemu, biasanya guru dan para pelajar akan bersalaman sekiranya mereka

sama jantina. Bersalaman ialah satu hubungan tubuh yang sesuai.

Guru juga perlu duduk atau berdiri menghadap pembuli atau mangsa buli semasa sesi

pemujukan. Postur dan gaya badan amat penting dalam pendekatan ini. Gaya atau postur

badan guru perlulah sedikit menunduk dan sentiasa bersifat terbuka. Sepanjang perbualan,

guru perlulah mengekalkan pandangan di sekitar mata dan berbual dengan tenang agar

mereka berasa selesa untuk meluahkan perasaan mereka. Bahasa badan yang paling hebat

ialah senyuman. Guru perlu senyum untuk membangkitkan semangat mereka, namun

ekspresi wajah perlulah berpadanan dengan mesej yang ingin disampaikan. Mesej yang tidak

sepadan dengan riak wajah akan melemahkan pengaruh.

Page 9: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

9

5.0 PROSES PERUBAHAN TINGKAH LAKU BERKAITAN BULI

Dapatan kajian oleh Farrington (1993) menunjukkan wujud pertalian antara tingkah

laku buli dan kenakalan semasa di sekolah dengan tingkah laku agresif dan ganas semasa

dewasa. Penyelidik seperti Beale dan Scott (2001) mendapati tingkah laku agresif dan buli

merupakan satu fenomena tingkah laku yang berlaku secara berleluasa di sekolah pada hari

ini. Tingkah laku buli ialah tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang kali terhadap

orang lain secara individu atau berkumpulan (Olweous, 1993). Menurut Rigby (1996) pula,

tingkah laku buli ialah perbuatan menekan atau menindas sama ada secara fizikal atau

psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap seserang yang tidak berkuasa. Dalam

kata lain, tingkah laku buli merupakan satu bentuk interaksi sosial di mana individu yang

lebih dominan iaitu pembuli akan menunjukkan tingkah laku agresif yang cenderung

menyebabkan ketidakselesaan kepada individu yang kurang dominan atau lemah seperti

mangsa buli.

Tingkah laku buli atau perbuatan buli boleh terjadi dalam dua bentuk iaitu fizikal dan

psikologi. Menurut Olweus (1993) terdapat tiga jenis tingkah laku buli iaitu fizikal, verbal

dan tingkah laku antisosial. Tingkah laku buli fizikal adalah seperti memukul, menarik

rambut dan menendang . Tingkah laku buli verbal ialah seperti mengejek, menghina dan

mengusik yang melibatkan psikologi. Tingkah laku buli fizikal dan verbal ini merujuk kepada

tingkah laku buli secara langsung. Tingkah laku buli yang berkaitan dengan tingkah laku anti

sosial ialah memulau, mengata, fitnah dan merosakkan harta benda iaitu merujuk kepada

tingkah laku buli secara tidak langsung. Tingkah laku buli dalam bentuk antisosial pula boleh

berlaku dalam bentuk fizikal seperti merosakkan harta benda atau dalam bentuk psikologi

seperti pemulauan dan fitnah.

Tingkah laku agresif buli sama ada dalam bentuk fizikal atau verbal akan

menghasilkan kesan yang tidak baik terhadap suasana persekolahan dan pelajar itu sendiri.

Tingkah laku buli boleh menyebabkan kecederaan atau ketidakselesaan atau kesakitan ke atas

individu terutamanya yang menjadi mangsa buli. Dapatan kajian oleh Rigby (1994)

menunjukkan tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah mempunyai hubungan dengan

kesihatan mental dan fizikal. Menurut Olweus (1993), tingkah laku buli akan menyebabkan

mangsa buli rasa rendah diri, mempunyai penghargaan kendiri rendah, kemurungan, depresi

dan bunuh diri. Kes buli di kalangan murid-murid sekolah di negara-negara barat mendapati

murid yang membuli apabila dewasa kelak kemungkinan besar akan menjadi penjenayah.

Page 10: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

10

Manakala mangsa buli pula lebih cenderung untuk membunuh diri akibat tekanan yang

dihadapi.

Kebanyakan pembuli mempunyai fizikal yang kuat, bertubuh tegap dan berkuasa.

Pembuli kebiasaannya mempunyai tahap psikososial yang rendah namun mereka lebih

agresif, mempunyai fizikal yang lebih kuat dan lebih besar berbanding mangsa buli. Olweus

(1993) pula menyatakan bahawa perlakuan buli di kalangan pelajar lelaki lebih kerap berlaku

berbanding pelajar perempuan. Kajian tentang perlakuan buli di kalangan pelajar sekolah di

Malaysia kurang dijalankan.

Walaupun begitu, kajian yang dijalankan oleh Noran Fauziah Yaakub (2004) pada

tahun 2002 dan 2004, mendapati masalah tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah juga

wujud di Malaysia. Dapatan daripada kajian beliau juga menunjukkan pelajar lelaki dan

perempuan terlibat dengan tingkah laku buli psikologi seperti ejek, fitnah, pulau dan sisih,

dan pelajar lelaki lebih banyak terlibat dengan tingkah laku buli fizikal seperti menolak,

memukul dan menempeleng berbanding pelajar perempuan (Utusan Malaysia, 28 Mac 2004).

Page 11: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

11

6.0 SITUASI PEMUJUKAN

Situasi di bawah menggambarkan situasi antara guru dan pelajar yang suka membuli

rakan-rakannya. Guru tersebut cuba untuk menyedarkan pelajar yang suka membuli dengan

cara pemujukan. Situasi pemujukan ini dipermudahkan dalam bentuk perbualan antara guru,

Firas iaitu pelajar bermasalah buli, Aiman dan Zaiton iaitu mangsa buli. Huruf yang bertanda

condong menunjukkan beberapa teknik atau pendekatan pemujukan yang digunakan oleh

guru kepada muridnya. Perbualan tersebut adalah seperti berikut :

Guru : Saya mendapat laporan daripada ketua kelas kamu yang kamu selalu mengacau Firas

dalam kelas, mengusik Firas sewaktu sesi pembelajaran, menyorokkan alat tulis dan

macam-macam lagi yang kamu lakukan kepadanya. Betulkah apa yang dilaporkan

oleh ketua kelas kamu Aiman?

Aiman : Eh, mana ada cikgu. Saya tidak pernah melakukan perkara yang sedemikian rupa.

Semua yang cikgu katakan ini fitnah semata-mata cikgu.

Guru : Aiman, kamu jangan berdolak-dalih dengan cikgu. Ramai saksi yang melihat

perbuatan kamu. Kamu tahu kan perbuatan kamu boleh dikategorikan sebagai

perbuatan buli?

Aiman : Tapi cikgu, saya tidak pernah membuli Firas.

Cikgu : Baiklah, kalau kamu berkeras juga dengan keputusan kamu, saya akan memanggil

Firas dengan ketua kelas kamu.

10 minit kemudian, Firas datang bersama Ketua kelas, Zaiton.

Cikgu : Firas, betulkah Aiman selalu membuli kamu di dalam kelas.

Firas : Betul cikgu.

Zaiton : Saya dan rakan-rakan selalu melihat perbuatan Aiman terhadap Firas. Hampir setiap

masa dia akan menggangu Firas.

Cikgu : Aiman, lihat. Saksi sudah ada. Kamu tidak boleh menyangkal lagi perbuatan kamu

terhadap Firas. Apa sebenarnya masalah kamu, Aiman? Apa yang menyebabkan

kamu suka membuli Firas?

Page 12: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

12

Aiman : Saya mengaku bersalah cikgu. Saya sebenarnya cemburu akan Firas yang selalu

mendapat perhatian di dalam kelas hampir setiap masa.

Cikgu : Perhatian? Maksud kamu?

Aiman : Firas pelajar yang bijak, selalu mendapat nombor satu di dalam peperiksaan, semua

orang suka berkawan dengannya. Saya tidak sepandai Firas, tidak ramai yang suka

berkawan dengan saya. Perkara ini yang menyebabkan saya berasa cemburu

terhadapnya lalu saya mengambil keputusan untuk mengacaunya di dalam kelas.

Zaiton : Aiman, sebenarnya bukan soal bijak atau tidak kami berkawan dengan seseorang.

Kalau Firas tidak pandai sekalipun, kami tetap berkawan dengannya sebab dia baik

dan berbudi bahasa. Cuba lihat diri awak Aiman? Awak selalu mengacau pelajar di

dalam kelas, cuma dalam kes Firas, awak lebih kepada membulinya.

Cikgu : Aiman, orang tidak suka kepada orang yang tidak berbudi bahasa. Cuba awak lihat

diri awak, awak selalu mengacau pelajar di dalam kelas, kasar dan tidak tahu

menghormati orang lain. Macam mana orang hendak berkawan dengan awak kalau

begini perangai awak?

Aiman : Em.. (terdiam dan menundukkan kepalanya)

Cikgu : Aiman, saya bukan hendak memarahi awak, tetapi saya nak awak berubah kepada

yang lebih baik. Awak bukan tidak pandai, cuma awak mengalami banyak halangan

untuk belajar. Macam mana awak nak belajar kalau seharian awak di dalam asyik

mengacau para pelajar. Saya sayangkan awak. Saya anggap awak macam anak saya

sendiri Aiman.

Zaiton : Kami bukan tidak suka berkawan dengan awak sebab awak tidak pandai Aiman,

akan tetapi kami tidak suka dengan perangai awak. Kalau awak boleh ubah perangai

awak, kami dengan hati yang terbuka menerima awak dengan seadanya.

Aiman : Err.. tapi saya tidak pandai seperti Firas.

Firas : Saya tidaklah terlalu pandai Aiman. Kalau awak berusaha pun, awak akan jadi lagi

lebih pandai daripada saya.

Zaiton : Betul tu Aiman. Kami akan membantu kamu.

Page 13: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

13

Cikgu : Dengar itu Aiman. Rakan-rakan awak semua sayang akan awak. Mereka sanggup

memaafkan awak sekiranya awak berjanji untuk berubah. Aiman, kalau kita hendak

berjaya di dalam hidup, kita mesti rajin belajar.

Aiman : Ya cikgu. Maafkan saya.

Cikgu : Sekiranya awak ada masalah, awak datanglah berjumpa saya. Insya Allah, saya

akan menolong sedaya yang mampu. Saya maafkan kesalahan awak kali ini. Aiman,

minta maaf dengan Firas.

Aiman : Saya minta maaf Firas. Saya menyesal akan perbuatan saya terhadap awak. Saya

berjanji akan berubah. Tolong maafkan saya.

Firas : Saya maafkan awak Aiman. Saya harap kita boleh jadi rakan yang baik.

Aiman : Zaiton, saya pun hendak memohon maaf daripada awak. Maafkan saya jikalau saya

selalu menyusahkan awak.

Zaiton : Aiman, awak rakan saya. Saya tidak pernah berdendam. Saya maafkan awak. Cuma

saya harap, awak dapat berubah kepada yang lebih baik.

Cikgu : Macam inilah yang dinamakan semangat setia kawan. Cikgu gembira dengan kamu

semua.

Aiman : Cikgu, saya pun hendak memohon maaf daripada cikgu sekiranya selama ini saya

menyusahkan cikgu dengan perangai saya ini.

Cikgu : Cikgu maafkan awak Aiman. Baiklah, semuanya sudah selesai. Pulanglah ke kelas.

Aiman, kalau boleh minta maaf dengan rakan-rakan kelas kamu.

Aiman : Baiklah cikgu. Terima kasih.

Cikgu : Sama-sama.

Page 14: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

14

7.0 ANALISIS SITUASI PEMUJUKAN

Situasi pemujukan seperti ini kebiasaannya berlaku apabila guru disiplin atau guru

kaunseling membuat perjumpaan bersama murid yang mempunyai masalah suka membuli.

Apabila perjumpaan ini dilakukan, guru tersebut akan menggunakan cara pemujukan yang

sesuai bagi memastikan murid yang suka membuli ini mendapat kesedaran bahawa tingkah

laku yang dilakukannya adalah salah dan tidak bermoral.

Teknik pemujukan seperti ini sebenarnya berlaku hampir di semua bidang sama ada

dalam bidang pengiklanan, rumah tangga, politik mahupun dalam bidang pendidikan sendiri.

Melalui kaedah pemujukan dalam bidang pendidikan iaitu masalah disiplin murid, guru

biasanya tidak akan menggunakan kata-kata yang kasar kerana keadaan ini akan

menyebabkan murid yang bermasalah menjadi lebih berkeras dan seterusnya akan membuat

tindakan yang drastik seperti memberontak. Biasanya dalam kaedah memujuk ini, banyak

kata-kata manis digunakan oleh guru bagi menyedapkan hati muridnya. Pelbagai laras bahasa

akan digunakan dalam kaedah pemujukan ini. Kemahiran pemujukan ini dikatakan berkait

rapat dengan bidang komunikasi dan linguistik. Bahasa yang baik dan penggunaan cara yang

betul akan mampu untuk mengubah sikap dan tingkah laku seseorang pelajar yang

bermasalah.

Terdapat tiga langkah atau ciri khusus yang terdapat dalam kemahiran pemujukan

daripada situasi antara guru dan pelajar yang bermasalah buli. Ciri yang pertama ialah

pemberi komunikasi iaitu guru perlu mengusulkan tindakan atau langkah kepada muridnya.

Ini bermakna, jika guru mengharapkan muridnya mengubah sikap kepada yang lebih baik dan

tidak membuli, maka guru perlu memberitahu langkah atau tindakan yang perlu dilakukan

oleh murid tersebut. Kedua, guru sebagai pemujuk perlu mengemukakan bukti dan tujuan

supaya murid tersebut lebih yakin dan percaya kerana telah didedahkan dengan bukti yang

jelas serta tujuan yang jelas mengapa perkara tersebut perlu dilakukan. Dan yang terakhir

ialah gaya pemujukan yang dilakukan oleh guru perlulah berkesan, imaginatif, dan juga

emotif. Hal ini kerana teknik ini mampu untuk mempengaruhi murid tersebut untuk berubah.

Page 15: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

15

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, isu buli pada masa kini sememangnya boleh diselesaikan jika guru

dan murid saling mengamalkan berkomunikasi yang berkesan antara satu sama lain. Menurut

Abdullah Hassan Ainon Mohd, (2006), komunikasi di sekolah baik pihak guru mahupun

murid, masing-masing mempunyai pengalaman dan pengetahuan. Mengenai isu buli ini,

komunikasi pemujukan amatlah penting. Sebagai guru terutamanya, kemahiran dalam

komunikasi pemujukan perlu ada kerana dapat membantu guru menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh murid. Terdapat pelbagai teknik dan teori pemujukan yang dapat digunakan

untuk memujuk murid yang menghadapi masalah buli ini. Penggunaan teori pemujukan yang

betul membolehkan guru membantu pihak sekolah untuk menangani isu buli daripada

menjadi lebih parah. Selain itu, murid yang menjadi mangsa buli tidak akan berasa diri

mereka tersisih dan terancam kerana guru mengamalkan komunikasi pemujukan yang dapat

membantu mereka menyelesaikan masalah yang di hadapi.

Murid yang menjadi mangsa buli sememangnya akan mengalami trauma yang teruk

di mana sebahagian daripada mereka di buli secara fizikal dan mental. Oleh itu, komunikasi

pemujukan ini amat sesuai dengan situasi guru dan murid yang menjadi mangsa buli kerana

situasi sebegini perlu diselesaikan dengan cara memujuk. Secara ringkasnya, teknik

memujuk dapat membantu melembutkan hati seseorang kerana teknik ini menggunakan

bahasa percakapan yang lembut dan boleh mempengaruhi sikap seseorang. Justeru, guru

adalah orang yang kedua terpenting selepas ibu bapa dalam membentuk dan menangani

masalah murid di sekolah. (Noraini Ahmad,2000).

Page 16: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

16

RUJUKAN

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., (1997). Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap. Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Abdullah Hassan Ainon Mohd. (2009). Kemahiran Interpersonal untuk Guru. Kuala Lumpur:

PTS Professional Publishing SDN. BHD.

Asmawati Desa, (2009). Psikologi untuk Golongan Profesional: Edisi Ketiga. Selangor:

McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Beale, A. V. & Scott,P.C (2001). “Bullybusters:” Using drama to empower students to take a

stand against bullying. Professional School Counseling, 4(4), 300-308.

Craig, R. (1999). „Communication Theory as a Field‟, Communication Theory 9 : 119-61.

Edward, A.D. and Westergate (1987), Investigating Classroom Talk, London and Philadepia.

London: The Falmer Press.

Farrington, D.P. (1993). Understanding and preventing bullying. In M. Tonry (Ed.),

Crime and Justice, Chicago: University of Chicago, Vol. 17, pp. 381-458.

Gary, T.H. (1989). Communication Skills in The Organization. New Jersey : Prentice Hall

Inc.

Noraini Ahmad (2000). Kaunseling Remaja. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors SDN. BHD.

Noran Fauziah Yaakub (2004). Insiden Buli di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah:

Implikasi Kepada Pengurusan Sekolah. Kertas Kerja Seminar Nasional

Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-11 di Universiti Malaya.

Olweus, D. (1993). Bullying At School : What We Know and What We Can Do. Cambridge,

Ma : Blackwell.

Page 17: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

17

Olweus, D. (1991). Bully/Victim Problems among School Children : Basic facts and Effect

of a School-based Invention Programme. Dalam Pepler, D., & Rubin, K. (Eds.). The

Development and Treatment of Chillhood Aggression. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Olweus, D. (1993). Bullying in School. London, Willy and Son.: What we know and

what we can do. Oxford, Blackwell.

Rigby, K. (1996). Bullying in Schools and What To Do About it. Melbourne : Australia

Council for Educational Research.

Rigby, K. (1994). School bullies. Independent Teacher, April, 8-9.

Sidang Editor, (2005). Kamus Dewan Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahizan, Chen C. Tsai dan Hooi C. Saw, (2005). Intrapersonal & Interpersonal untuk

Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Syahrul N. Junaini, (2010). Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi tetapi Seni. Selangor: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

Thompson, D., & Sharp, S. (1948). The Dynamics of Victimisation and Rejection in School.

Improving Schools: Establishing ang Integrating Whole School Behaviour Policies.

London : David Fulton.

SUMBER INTERNET :

(Yahya,2005) Diperoleh pada Oktober 21 2011 daripada

eprints.utm.my/6258/1/2.pdf

(2009). Diperoleh pada Oktober 23 2011 daripada

http://ed150n5.blogspot.com/2009/08/perubahan-sikap.html

Page 18: Komunikasi & Pemujukan dikaitkan dgn BULI

18

(2010). Diperoleh pada Oktober 23 2011 daripada

http://bomohmuda.blogspot.com/2010/03/pembujukan-dalam-komunikasi-sebagai.html

SUMBER AKHBAR :

Utusan Malaysia, 28 Mac 2004.

Utusan Malaysia, 29 Mac 2004.