Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

28
KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILAND OLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN UKMalaysia 1. PENGENALAN Semenjak awal 1960-an, pelbagai usaha telah dilakukan oleh negara-negara rantau Asia Tenggara untuk merapatkan kerjasama. Pada tahun 1961 dan 1963, Tanah Melayu, Thailand dan Indonesia telah mewujudkan Association of Southeast Asia (ASA) dan Maplihindo, tetapi gagal. Apabila konfrontasi Malaysia-Indonesia tamat pada 1967, suatu pertubuhan baru yang dikenali sebagai ASEAN telah ditubuhkan. Negara pengasas pertubuhan ini adalah Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura. Matlamat penubuhan ASEAN adalah untuk menjalinkan kerjasama dalam pembangunan sosioekonomi serantau dan berusaha ke arah mewujudkan keamanan di rantau Asia Tenggara. Bagi mengelakkan konflik antara negara-negara anggota, pada tahun 1976 ASEAN memeterai perjanjian Amity and Cooperation. Di bawah perjanjian ini, negara-negara anggota bersetuju untuk menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamaan, keutuhan wilayah dan jati diri setiap negara anggota serta menghalang negara- negara anggota lain dari kegiatan yang boleh menggugat keutuhan wilayah negara-negara anggota lain. Perjanjian tersebut juga telah membentuk satu mekanisme bagi membolehkan negara anggota menyelesaikan masalah yang timbul antara mereka melalui rundingan dan undang-undang antarabangsa. Sehingga ke hari ini, negara- negara ASEAN telah berjaya untuk mengelak perbalahan dan 1

description

KONFLIK SELATAN THAILANDKUASA DAN DASAR THAILAND

Transcript of Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

Page 1: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysia

1. PENGENALAN

Semenjak awal 1960-an, pelbagai usaha telah dilakukan oleh negara-negara rantau Asia Tenggara

untuk merapatkan kerjasama. Pada tahun 1961 dan 1963, Tanah Melayu, Thailand dan Indonesia

telah mewujudkan Association of Southeast Asia (ASA) dan Maplihindo, tetapi gagal. Apabila

konfrontasi Malaysia-Indonesia tamat pada 1967, suatu pertubuhan baru yang dikenali sebagai

ASEAN telah ditubuhkan. Negara pengasas pertubuhan ini adalah Malaysia, Indonesia, Filipina,

Thailand dan Singapura. Matlamat penubuhan ASEAN adalah untuk menjalinkan kerjasama

dalam pembangunan sosioekonomi serantau dan berusaha ke arah mewujudkan keamanan di

rantau Asia Tenggara.

Bagi mengelakkan konflik antara negara-negara anggota, pada tahun 1976 ASEAN

memeterai perjanjian Amity and Cooperation. Di bawah perjanjian ini, negara-negara anggota

bersetuju untuk menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamaan, keutuhan wilayah dan jati diri

setiap negara anggota serta menghalang negara-negara anggota lain dari kegiatan yang boleh

menggugat keutuhan wilayah negara-negara anggota lain. Perjanjian tersebut juga telah

membentuk satu mekanisme bagi membolehkan negara anggota menyelesaikan masalah yang

timbul antara mereka melalui rundingan dan undang-undang antarabangsa. Sehingga ke hari ini,

negara-negara ASEAN telah berjaya untuk mengelak perbalahan dan pertentangan serta berusaha

menyelesaikan konflik dan pertikaian melalui rundingan dan perundangan melalui proses

mahkamah.

Walau bagaimanapun, adanya ASEAN bukan bermakna rantau Asia Tenggara telah bebas

dari masalah. Rantau ini masih dibelenggu oleh isu pemisahan seperti di Indonesia, Filipina dan

Thailand. Indonesia menghadapi Gerakan Aceh Merdeka (GAM), Filipina menghadapi gerakan

Moro (MNLF/MILF) manakala Thailand menghadapi pergolakan Melayu Patani. Berbanding

dengan konflik di Selatan Filipina dan di Aceh, konflik di Selatan Thailand kurang mendapat

perhatian antarabangsa. Pada umumnya, masyarakat antarabangsa menganggap konflik di Patani

sebagai masalah dalaman Thailand dengan masyarakat antarabangsa, terutama ASEAN, tidak

sepatutnya campur tangan. Walau bagaimanapun, berikutan rentetan keganasan, masyarakat

antarabangsa mula memberi fokus pada wilayah Patani, Yala dan Narathiwat. Ia bermula pada

awal April 2004, apabila sekumpulan pemuda Melayu telah menyerang pos-pos keselamatan dan

1

Page 2: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysiaberakhir dengan tragedi berdarah di Masjid Krisek pada 28 April 2004. Kejadian ini disusuli pula

oleh keganasan di pekan Tabal pada 25 Oktober 2004. Pelbagai rancangan yang telah dilakukan

oleh kerajaan Thailand tetapi keganasan masih berterusan dan semakin ganas. Persoalannya,

mengapa berlaku sedemikian?

2. SEJARAH KONFLIK PATANI

Konflik bermula pada tahun 1786 apabila kerajaan siam berjaya menakluki kerajaan Kesultanan

Melayu Patani melalui siri peperangan. Bermula dari ini, kerajaan Siam menggunakan dasar

‘Pecah dan Perintah’ yang bertujuan untuk melemahkan kuasa pemimpin-pemimpin Melayu

supaya tidak bangkit memberontak. Patani telah dipecahkan pada 7 wilayah iaitu Patani, Nong

Chik, Reman, Jalur, Legeh, Jering dan Jambu yang mana setiap wilayah dilantik dilantik raja-raja

‘boneka’ Melayu (Syukri, 2002). Pemecahan negeri ini merupakan salah satu usaha kerajaan

Siam untuk memastikan proses decentralization atau pemusatan kuasa berjaya dibentuk

memandangkan kuasa dari Eropah yang pada ketika itu berlumba-lumba mencari kawasan yang

dijajah di Asia Tenggara termasuklah Patani (Che Mohd Aziz, 2011).

Oleh yang demikian, dasar Thesaphiban diperkenalkan oleh Raja Chulalonhkorn pada

tahun 1897 sebagai merealisasikan dasar decentralization tersebut. Raja Chulalonhkorn dengan

bantuan Putera Damrong selaku Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan Akta Pentadbiran

Wilayah yang dikenali sebagai Kho Bangkhop Pokkhrong Huamung. Sistem Thesaphiban ini

membawa kepada penentangan raja-raja Melayu kerana ia bertujuan untuk mengurangkan

kekuasaan orang Melayu ke atas Patani secara perlahan-lahan. Akhirnya, pada tahun 1902

kerajaan Siam telah melucutkan jawatan Tengku Abdul Kadir selaku raja Patani dan

menghapuskan jawatan tersebut. Oleh itu, segala urusan pemerintahan bergantung kepada

Pesuruhjaya Siam. Penangkapan Tengku Abdul Kadir ini merupakan titik sejarah besar dalam

kehidupan Orang Melayu Islam Patani (OMIP) dan bermulalah penguasaan sepenuhnya kerajaan

Siam dengan menghapuskan sistem pemerintahan beraja dan secara tidak langsung menamatkan

pemerintahan kesultanan Melayu Petani (Che Mohd Aziz, 2011).

Namun begitu, penentangan OMIP terhadap dasar kerajaan Siam masih lagi berterusan.

OMIP mula cuba mendapatkan bantuan British di Tanah Melayu namun ternyata meleset apabila

2

Page 3: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysiaBritish mengadakan Perjanjian Bangkok atau ‘Anglo Siamese-Treaty’ dengan kerajaan Siam pada

tahun 1909. Perjanjian ini adalah untuk menentukan tanah jajahan masing-masing khususnya

negeri-negeri yang dikuasai oleh kerajaan Siam sebelum ini. Hasil dari perjanjian ini, negeri

Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu telah diserahkan pada kerajaan British manakala negeri

Patani diserahkan pada kerajaan Siam. Akibatnya, OMIP semakin ditindas kerana perjanjian

tersebut membuka ruang kebebasan kepada kerajaan Siam untuk melakukan apa sahaja ke atas

negeri Patani. Melalui perjanjian tersebut, Kerajaan British telah mengesahkan penjajahan Siam

ke atas Patani. Kebebasan kerajaan Siam ini membawa padah kepada Patani apabila dasar-dasar

yang digubal mulai menyentuh hal-ehwal budaya, identiti dan pendidikan OMIP. Dari sudut

agama, kerajaan Thailand telah menukar undang-undang syariah yang diamalkan sebelum ini

kepada sistem sekular. Manakala pengamalan Adat Istiadat Melayu tidak dibenarkan dalam

kehidupan seharian. Akibatnya, kes-kes yang berkaitan dengan syariah seperti nikah-cerai dan

pewarisan harta pusaka akan dibicarakan di mahkamah sivil dan diadili oleh hakim yang

berbangsa Thai-Buddha. Keadaan ini telah menyekat semua fungsi agama Islam dalam kehidupan

OMIP. Golongan raja Melayu yang menjadi penaung kepada agama Islam telah dihapuskan,

manakala masjid dan institusi keagamaan juga telah ditarik kuasa. Begitu juga dengan sekolah-

sekolah pondok yang mana kurikulum telah diubahsuai dengan memasukkan bahasa Thai sebagai

bahasa pengantar dan memasukkan tenaga pengajar yang berbangsa Thai (Che Mohd Aziz,

2011).

Kesengsaraan OMIP akibat persengketaan ini dilihat tiada kesudahan malahan semakin

meruncing apabila kerajaan Siam memperkenalkan dasar Rathaniyom pada tahun 1938. Dasar ini

membawa maksud hanya ciri-ciri kebudayaan Siam sahaja dibenarkan berkembang di Thailand

(Ahmad Fathy, 1994). Perlaksanaan dasar ini memberi cabaran yang lebih kuat kepada OMIP

apabila ia berbentuk paksaan. OMIP mulai bangkit menentang dasar ini kerana mereka tahu

bahawa budaya dan identiti cuba diasimilasikan oleh kerajaan Thailand. Dengan ini, pada tahun

1939 Haji Sulong bin Abdul Kadir seorang ulama terkenal di Patani telah menubuhkan al-Hai’ah

al-Tanfiziah li al-Ahkam al-Shar’iyyah atau Lembaga Perlaksanaan Hukum Syariah. Pertubuhan

ini bertujuan untuk mengumpul para ulamak di Patani dan bekerjasama mengadakan aktiviti

untuk mempertahankan kesucian agama Islam dari dicabuli oleh Rathaniyom. Antara usaha yang

dilaksanakan ialah mengemukakan 7 tuntutan untuk mengembalikan keamanan di negeri Patani

(Che Mohd Aziz, 2011).

3

Page 4: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysiaPerjuangan Haji Sulong dan rakan-rakannya turut dibantu oleh Tengku Mahmud

Mohyideen yang merupakan anakanda kepada Tengku Abdul Kadir Kamaruddin. Peranan

Tengku Mahmud ialah cuba mempengaruhi kerajaan British untuk mengambil negeri Patani dan

disatukan dengan Tanah Melayu. Namun, usahanya tidak berjaya apabila kerajaan British

mementingkan hubungannya dengan Siam serta bertindak menghapuskan pergerakan di Tanah

Melayu yang bertujuan untuk membantu OMIP. Ekoran daripada itu, Tengku Mahmud diarah

tidak terlibat dengan segala kegiatan untuk pemisahan Patani dan termasuklah diarahkan

Gabungan Melayu Patani Raya (GAMPAR) dibubarkan. GEMPAR ditubuhkan pada Mac 1948

di Kota Bharu, Kelantan oleh orang-orang Patani yang tinggal di Tanah Melayu. Penubuhannya

bertujuan untuk menyatukan wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan Satun menjadi Negara Melayu

Islam. Kedua membentuk pemerintahan sesuai dengan kehendak dan pendirian kebangsaan

Melayu, adat resam Melayu dan agama Islam. Ketiga, meningkatkan taraf kehidupan orang

Melayu Patani supaya mendapat hak, keadilan, kebebasan dan pendidikan (Ahmad Fathy, 1994).

Bermula dari sini didapati Patani mulai reda dengan pemberontakan orang Melayu kerana

kebanyakan pemimpin Melayu hilang dan dipercayai dibunuh secara sulit. Tambahan pula

pendekatan kerajaan Thailand yang semakin ketat bagi mengawal perkembangan OMIP di tiga

wilayah (Che Mohd Aziz, 2011).

Menjelang tahun 1960an hingga 70an, OMIP mulai bangkit bagi meneruskan

pemberontakan melalui pertubuhan gerakan pemisah. Mereka mendapat aspirasi disebabkan

Malaya memperoleh kemerdekaan pada 1957 daripada penjajah British. Kebangkitan gerakan

pemisah ini menjadikan senjata sebagai wadah perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan untuk

negeri Patani. Perjuangan mereka masih lagi aktif sehingga ke hari ini dan dipercayai bahawa

kejadian pembunuhan dan pembakaran tempat-tempat awam adalah perbuatan gerakan pemisah

dan juga pihak berkuasa yang dilihat masing-masing memainkan strategi dalam konflik kali ini

(Che Mohd Aziz, 2011).

4

Page 5: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysia3. KUASA DAN DASAR THAILAND

3.1 PENDAHULUAN

Menurut Weber (1947), kuasa merujuk pada kemampuan atau peluang individu atau beberapa

individu untuk melaksanakan impian mereka dalam satu tindakan sosial walaupun terdapat

tentangan daripada pihak lain (Dobratz, Waldner dan Buzzell, 2012). Kemampuan ini dinilai dari

segi kebolehan mendapatkan kerjasama dan sokongan individu yang lain untuk melakukan

sesuatu yang dikehendaki. Dalam erti kata yang lain, fungsi dan operasi sesebuah organisasi

sosial adalah tertakluk pada sistem kawalan dan kuasa yang diperoleh. Unsur asas sesebuah

organisasi bergantung pada bentuk kuasa yang wujud dalam organisasi sama ada dalam bentuk

sah dan diterima oleh ahli atau yang berbentuk paksaan serta di tolak oleh ahli organisasi (Sufean

Hussin, 2002). Makna ini hampir sama dengan makna yang diberikan oleh Stewart (1994) yang

menyatakan kuasa sebagai “…the ability to make something happen (or prevent it from

happening)”. Bagi isu konflik di Selatan Thailand, organisasi sah adalah Kerajaan Thailand yang

mana diterima oleh sejumlah penduduk Thailand yang majoritinya beragama Buddha dan

mengamalkan budaya Thai-Buddha, manakala OMIP adalah kumpulan minoriti yang menolak

kuasa yang wujud dalam Kerajaan Thailand melalui penolakan dasar atau polisi yang dilakukan

oleh pihak kerajaan Thailand yang sering dilakukan melalui paksaan tanpa mengambil kira

sensitiviti dan budaya OMIP.

Perkembangan politik di wilayah Selatan Thailand dibelenggu oleh tindakan seperti

penindasan, diskriminasi, pembunuhan dan rasuah. Anand Panyarachun bekas Perdama Menteri

Thailand menyatakan bahawa:

“Masalah utama di Selatan Thailand adalah politik, manakala sosial, ekonomi,

identiti adalah suatu yang kecil sahaja. Jadi, politik perlu ditukar dengan politik

yang menyelesaikan masalah” (Che Mohd Aziz, 2011).

Kenyataan ini memang ada kebenarannya kerana pertelingkahan antara OMIP dengan

kerajaan Thailand adalah berkisarkan pada tuntutan kemerdekaan. Tuntutan kemerdekaan ini

disebabkan tindakan kerajaan Siam menjajah negeri Patani yang dahulunya dimiliki oleh

Kesultanan Melayu Patani. Menurut Miall, Ramsbotham dan Woodhouse (1999), terdapat 3

5

Page 6: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysiafaktor yang menyebabkan sesuatu kumpulan etnik bangkit memberontak. Salah satunya ialah

wujud peristiwa yang menekan kelompok ini suatu masa dahulu dan segala kekuasaan mereka

telah dirampas sama ada dari segi politik dan ekonomi. Justeru, gerakan pemisah khususnya

masih lagi berhasrat untuk mengambil kembali kuasa politik di Patani dengan menjadikan

persenjataan sebagai wadah perjuangan. Pertembungan kedua pihak yang berkisarkan isu politik

ini menghasilkan episod yang silih berganti yang mana banyak kes pembunuhan dan kehilangan

pemimpin OMIP berlaku kerana menuntut kemerdekaan terhadap kerajaan Thailand (Che Mohd

Aziz, 2011). Kewujudan kumpulan gerakan pemisah sekitar tahun 60an yang menjadikan senjata

sebagai madah perjuangan berikutan kesedaran di kalangan anak watan Patani yang mendapat

pengajian dari dalam dan luar Negara. (Che Mohd Aziz, 2011).

Penentangan terhadap dasar-dasar politik kerajaan Thailand telah memberi kesan negatif

kepada budaya dan identiti OMIP. Pemberontakan OMIP untuk mendapatkan hak politik di

Patani dianggap mengancam pendominasian kuasa selama ini di Patani. Oleh itu, kerajaan

Thailand menggunakan pendekatan asimilasi sebagai jawapan untuk mengatasi tuntutan hak

politik mereka di Patani. OMIP kini mengalami proses asimilasi ke dalam budaya dan identiti

Thai-Buddha (Che Mohd Aziz, 2011). Oleh itu, dasar dan pendekatan kerajaan Thailand

terhadap konflik di Selatan Thailand boleh dikategorikan pada tiga bahagian iaitu:- (i) perluasan

kuasa; (ii) dominasi kuasa; dan (iii) pengawalan konflik berstruktur.

3.2 PERLUASAN KUASA

Perluasan kuasa, dasar dan pendekatan dilaksanakan diawal kejayaan kerajaan Siam menjajah

negeri Patani. Menurut Rubin (1994), perluasan kuasa merupakan satu pendekatan pengurusan

konflik melalui tindakan penaklukan atau penjajahan. Keadaan ini data dilihat apabila satu pihak

dengan jelas menggunakan kekerasan untuk mendapatkan kemenangan.

Pada awal penjajahan, pemerintahan negeri Patani masih diperintah oleh raja-raja Melayu

tempatan, tetapi pengesahan perlantikan atau perlantikan raja-raja dilantik oleh kerajaan Siam

(Ahmad Omar Chapakia, 2000). Kerajaan Siam melantik Tengku Lamidin menjadi “Raja

Boneka” negeri Patani bagi tujuan memadamkan hasrat Orang Melayu Islam Patani (OMIP)

bangkit memberontak. Walaupun Tengku Lamidin menjadi raja Patani namun bidang kuasanya

6

Page 7: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysiacukup terhad dan kebanyakannya dikuasai oleh raja Siam-Thai di Ligor (Ahmad Fathy, 1994).

Pendekatan ini merupakan salah satu bentuk paksaan yang mana OMIP ditekan untuk mematuhi

kehendak kerajaan Siam. Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh pelaksanaan pendekatan ini,

OMIP berjaya mengumpul keupayaan dan kekuatan untuk bangkit menentang yang mana

penentangan ini diketuai oleh Tengku Lamidin sendiri bangkit memberontak dan menghalau

orang-orang Siam dari negeri Patani. Akibat dari peristiwa penentangan oleh OMIP dan

Tengku Lamidi, kerajaan Siam telah melantik Nai Khun Sei, seorang yang berbangsa Siam

sebagai Raja Patani bagi tujuan meningkatkan cengkaman kerajaan Siam di Patani. Kerajaan

Siam menganggarkan bahawa kegiatan pemberontakan oleh OMIP dapat dibendung sekiranya

menggunakan teknik kawalan dan pendominasian. Sebaliknya kawalan yang dilakukan oleh

kerajaan Siam dengan menggunakan teknik ini dilihat tidak bertahan lama memandangkan OMIP

sentiasa bangkit memberontak (Che Mohd Aziz, 2011).

Ketika menghadapi masalah pemberontakan, kerajaan Siam membuat keputusan untuk

mengurangi kuasa Patani dengan memecahkan penyatuan orang Melayu Patani melalui dasar

‘Pecah dan Perintah.’ Tujuan pelaksanaan dasar ini adalah untuk membentuk kelompok-

kelompok dalam masyarakat OMIP dengan melakukan pengagihan negeri Patani pada wilayah-

wilayah kecil. Pada tahun 1816, Patani telah dibahagikan pada tujuh wilayah iaitu Patani, Nong

Chik, Raman, Rangea, Saiburi, Yala dan Yaring (Farid Mat Zain & Zulkarnain Mohamed, 2008).

Justeru, kekuasaan dan penyatuan OMIP semakin lemah apabila terpisah antara satu sama lain,

tambahan pula wujud pertelagahan di kalangan raja-raja Melayu bagi setiap wilayah yang

dipisahkan. Melalui konsep ini, usaha untuk menyelesaikan konflik yang timbul akan dapat

diatasi dan sedikit sebanyak dapat menguatkan cengkaman kekuasaan kerajaan Siam ke atas

negeri Patani. Sebagai Contoh, Raja Jering iaitu Nai Phya yang berbangsa Siam mempunyai

kuasa penuh untuk memantau setiap raja Melayu yang memerintah wilayah lain agar taat setia

kepada Raja Siam (Che Mohd Aziz, 2011).

Menjelang awal abad ke-20, dasar pemusatan kuasa atau “Boriwen” diperkenalkan yang

mana tujuh wilayah yang dipecahkan sebelum ini telah dicantumkan menjadi sebuah wilayah.

Kemudiannya, seorang Pesuruhjaya Siam diletakkan di wilayah tersebut yang menggantikan

kuasa-kuasa raja. Dengan itu, kuasa raja-raja dimansuhkan. Pesuruhjaya Siam ini akan

bertanggungjawab mentadbir keseluruhan wilayah selatan serta dipantau oleh Raja Siam di

Senggora (Songkhla) (Ibrahim Syukri, 2002). Dasar ini dikenali sebagai “Undang-Undang Tahun

7

Page 8: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysia116.” Melalui peraturan ini, wilayah-wilayah dalam negeri Patani berada dalam tanggungjawab

Majlis wilayah masing-masing setiap Majlis Wilayah dianggotai oleh Phya Muang atau gabenor

selaku pengerusi dan Palat Muang selaku timbalan pengerusi. Majlis ini berfungsi untuk

mengeluarkan peraturan pentadbiran di wilayah selatan dan dibantu oleh Yokrabat atau pegawai-

pegawai yang melaksanakan undang-undang. Setiap ahli dilantik atas budi bicara Raja Siam.

Dasar ini kemudiannya diperkuat dengan dasar baru yang dikenali sebagai “Peraturan Mentadbir

Tujuh Wilayah Bagi Tahun 120” dan kemudiannya dikemaskini dengan pembentukan dasar

Thesaphiban (Che Mohd Aziz, 2011).

Dasar Thesaphiban merupakan dasar pentadbiran wilayah Selatan Thailand. Setiap

wilayah akan disusun dalam satu unit yang dikenali sebagai Monthon dan setiap Monthon akan

ditadbir oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi atau dikenali sebagai Khaluang Thesaphiban.

Pesuruhjaya tinggi ini bertanggungjawab kepada Menteri Dalam Negeri. Dalam peraturan ini

juga, semua kakitangan kerajaan dari peringkat atas sehingga bawah akan dibayar gaji mengikut

sistem skim kebangsaan. Melalui dasar ini, Raja Siam berhak melantik sesiapa yang dirasakan

layak untuk memegang jawatan raja Melayu dan bukan lagi berbentuk semi-hereditary atau

berbentuk warisan. Manakala, raja-raja Melayu yang sedia memerintah tidak dibenarkan

memiliki pendapatan sampingan dengan terlibat dalam perniagaan atau pemajakan cukai.

Pendapatan mereka diperolehi melalui bayaran gaji yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat dan

dianggap sebagai pegawai kerajaan yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Dari segi

kuasa, raja-raja Melayu tidak mempunyai kuasa ke atas pegawai bawahan malahan kuasa baginda

bergantung pada Pesuruhjaya Tinggi Siam yang bertanggungjawab di bawah Kementerian Dalam

Negeri. Oleh itu, sebarang tindakan yang diambil oleh raja-raja Melayu harus mendapat

persetujuan daripada Pesuruhjaya Tinggi Siam terlebih dahulu yang perlu dihantar 7 hari sebelum

tindakan diambil. Tindakan seperti ini diambil kerana Raja Chulalongkhorn selaku penggubal

polisi ini bimbang memberi tanggapan negatif kepada kolonial barat. Walaupun begitu, kerajaan

Siam menjalinkan hubungan baik dengan kolonial Eropah khususnya British yang menjajah

Tanah Melayu bertujuan membolehkan pemaksaan ke atas raja-raja Melayu tanpa campur tangan

sekutunya itu (Che Mohd Aziz, 2011).

Selain itu, timbul isu-isu domestik lain kesan dari perlaksanaan dasai ini iaitu pegawai-

pegawai Siam yang bertugas di Patani bertindak melanggar arahan Raja Siam dengan mengambil

kesempatan memeras OMIP untuk mengumpul kemewahan. Keadaan ini masih lagi berlaku

8

Page 9: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysiasehingga ke hari ini apabila pegawai-pegawai tentera yang bekerja di tiga wilayah mendapat

pendapatan yang tinggi hasil dari kerja-kerja gelap mereka (Che Mohd Aziz, 2011). Walaupun

raja-raja melayu diberikan hak untuk mentadbir dalam urusan tertentu namun dicampuri oleh

pegawai Siam sehingga menimbulkan konflik dan peperangan. Kemuncak isu ini apabila hak

orang Melayu dalam politik Patani dicabuli apabila pemerintahan Raja Melayu dihapuskan

sepenuhnya.

3.3 DOMINASI KUASA

Dominasi merujuk kepada satu pihak yang bertindak memaksa pihak satu lagi mengikut

kehendaknya sama ada melalui kekerasan fizikal atau psikologi (Rubin, 1994). Dasar dan

pendekatan dalam konflik selatan Thailand ini bukan hanya berkaitan dengan kuasa tetapi

mengjangkaui pencerobohan identity dan budaya OMIP. Pendominasian kuasa hanya boleh

dilakukan apabila institusi beraja Melayu di Patani dihapuskan yang mana kuasa politik tidak lagi

terdapat di kalangan raja Melayu. Memandangkan politik di Patani dikuasai sepenuhnya oleh

kerajaan Siam, timbul hasrat kerajaan Siam untuk membentuk penyatuan rakyat Thailand melalui

proses asimilasi dan integrasi nasional. Dengan ini, kerajaan Thailand mendominasi identiti dan

budaya OMIP untuk membawa pada pembentukan satu Negara satu bangsa. Selain itu, ia dilihat

sebagai pendekatan untuk menyelesaikan masalah OMIP terhadap isu penjajahan dan perluasan

kuasa yang timbul sebelum ini (Che Mohd Aziz, 2011).

Pendekatan seterusnya yang diambil oleh kerajaan Siam adalah pendekatan asimilasi

dengan menumpukan kepada rakyat awam yang mana dirasakan boleh memberikan keamanan

yang berpanjangan di selatan Thailand. Pada tahun 1939, dasar Rathaniyom telah diperkenalkan

oleh Phibul Songkhram bagi bertujuan mengubah budaya dan identity OMIP kepada Thai-

Buddha. Beliau merasakan rakyat pasti akan bekerjasama untuk memajukan negara setelah

mempunyai satu pegangan dan saling bertoleransi untuk membangunkan sosio-budaya, ekonomi

dan politik. Oleh itu, kempen dimulakan dengan penubuhan Dewan Kebudayaan Thai atau Sepha

Wathana Tham yang menjadi pusat pada penstrukturan semula rakyat Thailand ke arah ‘Dunia

Thai’ yang baru. Melalui dasar ini, OMIP dipaksa memakai baju dan seluar potongan Eropah dan

makan menggunakan garpu dan meja. Dari sudut bahasa pula, pejabat-pejabat kerajaan atau

9

Page 10: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysiatempat-tempat rasmi yang lain tidak dibenarkan menggunakan bahasa lain selain dari bahasa Thai

dan layanan pula tidak diberikan sama rata yang mana lebih mengutamakan orang berbangsa Thai

(Patrick, 2007). Begitu juga dengan nama-nama individu dan kampung-kampung sebelum ini

dalam bahasa Melayu turut ditukar dengan perkataan Thai. Manakala polis dan tentera digunakan

untuk menguatkuasakan dikri berbentuk arahan ini. Oleh itu, terdapat kejadian yang mana

wanita-wanita dihentam dengan buntu senjata kerana mereka memakai baju kurung atau kebaya.

Begitu juga dengan golongan lelaki yang dipijak dan diseret serban atau jubah mereka oleh

tentera kerana memakainya di khalayak ramai (Che Mohd Aziz, 2011). Melalui dasar ini, OMIP

dipaksa mengamalkan bahasa, corak, pemakaian, pendidikan, sejarah dan adat budaya yang

berteraskan Thai-Buddha (Patrick, 2007).

Pada tahun 1957 semasa pemerintahan Jeneral Sarit Thanarat, dasar integrasi nasional

diperkenalkan yang merujuk pada pengamalan satu budaya, satu bahasa, satu agama dan satu

negara. Dasar ini adalah sambungan polisi yang sedia ada dan beliau berpendapat bahawa

program integrasi yang dilakukan sebelum ini terdapat kekurangan dan perlu ditingkatkan lagi

agar keamanan di selatan dapat dicapai sepenuhnya. Melalui dasar ini, pendekatan paksaan

digunakan untuk mengintegrasikan kelompok Melayu dan Thai. Dasar integrasi nasional yang

sedia ada diperkemaskan dengan mengarahkan sesiapa yang tidak menyokong dasar-dasar

kerajaan walau dalam keadaan mana sekalipun akan dipisahkan daripada majoriti masyarakat

Thai (Rahimmula, 2001). Saluran yang digunakan untuk memperkenalkan integrasi ini adalah

melalui sistem pendidikan di sekolah-sekolah pondok milik orang Melayu. Kerajaan percaya

bahawa sekolah-sekolah pondok merupakan nadi kepada kewujudan gerakan pemisah, manakala

sistem pendidikan yang baru ini akan dapat mengawal kegiatan sekolah-sekolah pondok (SP

Haris, 2006). Beliau mengarahkan supaya sekolah pondok menerima kemasukan mata pelajaran

Bahasa Thai sebagai sebahagian kurikulum dan bersedia menerima perkhidmatan guru-guru

kerajaan (Telling, 2006). Pendekatan penyelesaian ini walau bagaimanapun tidak mendatangkan

kesan positif kerana pada asas setiap dasar adalah mengasimilasikan identiti dan budaya OMIP.

Ternyata pendekatan ini tidak sesuai dengan OMIP yang mempunyai kekuatan dan pegangan

identiti. Kerajaan Thailand dilihat tersilap langkah apabila menggunakan pendekatan asimilasi

untuk menyelesaikan konflik dan membentuk penyatuan rakyat apabila ia ditentang oleh OMIP.

10

Page 11: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysia3.4 PENGAWALAN KONFLIK BERSTRUKTUR

Dasar yang dibentuk dalam pengawalan konflik berstruktur ini dilihat mempunyai matlamat yang

mementingkan dan menghormati keperluan OMIP. Ia bukan berbentuk pemaksaan atau tekanan

ketika dilaksanakan malahan lebih kepada mendapat kompromi dan kerjasama daripada OMIP

sendiri. Oleh itu, sepanjang konflik berlangsung, sudah tiba masanya konflik ini mengalami

transformasi yang konstruktif apabila kerajaan Thailand mula memahami kepentingan dan

kehendak OMIP.

Pendekatan yang digunakan adalah “Peraturan 66/23” semasa pemerintahan Jeneral Prem

Tinasulanonde yang membawa maksud menamatkan revolusi komunis secara pantas (Che Mohd

Aziz, 2011). Beliau menjadikan Komunisme sebagai sasaran utama untuk membentuk

perdamaian di selatan. Beliau telah menawarkan pengampunan kepada gerakan pemisah,

membaiki ketidakadilan yang wujud dalam pentadbiran kerajaan dan membentuk perpaduan serta

hala tuju semua pihak untuk bersama-sama membanteras anasir Komunis. Selain itu, beliau

meminta agar perbezaan ideologi dilupakan seketika dan menumpukan kepada penghapusan

pengaruh komunis di Thailand. Antara yang terkandung dalam polisi ini ialah penubuhan

‘43Civil-Police-Military Joint Head’ (CPM 43). Penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk

memberi peluang kepada orang awam, gerakan pemisah dan kerajaan untuk bekerjasama

membanteras fahaman Komunis. Di samping itu, ‘Administrative Center for the Administration of

Southern Border Provinces’ (ACASBP) ditubuhkan bagi tujuan untuk mempengaruhi dan

menyelesaikan jurang perbezaan antara pentadbir-pentadbir awam dengan masyarakat tempatan

di samping bekerjasama menghapuskan gerakan pemisah. ACASBP juga sebagai saluran

meluahkan permasalahan OMIP kepada kerajaan dan dilihat membawa kesan yang baik kepada

orang Melayu. Justeru itu, dasar ini merupakan pencarian titik persamaan antara OMIP dengan

kerajaan Thailand dan boleh dikatakan sebagai serampang dua mata (Che Mohd Aziz, 2011).

Begitu juga dengan pertubuhan gerakan pemisah yang mana kerajaan Thailand pernah

menawarkan dialog dan perundingan yang bertujuan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku.

Perundingan berbentuk konferen secara tertutup pernah berlaku pada tahun 1991 semasa

pemerintahan Anand Panyarachun yang melibatkan sayap kanan BRN iaitu Pasukan Komando

Revolusi Rakyat Patani (PKRRP) dengan Tentera Bahagian Empat. Dalam perundingan tersebut,

PKRRP mengemukakan 22 tuntutan bagi memastikan keamanan di tiga wilayah Selatan

11

Page 12: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysiaThailand. Walau bagaimanapun, perundingan ini gagal kerana pertukaran pemerintahan di

Bangkok yang mengakibatkan segala gerak usaha yang dibuat oleh kerajaan Anand Panyarachun

telah diabaikan oleh Chuan Leekpai yang menjadi Perdana menteri Thailand pada tahun 1992

(Che Mohd Aziz, 2011). Keberkesanan pendekatan penyelesaian yang digunakan semasa Jeneral

Prem hanya dapat dirasai oleh OMIP dalam tempoh masa selama 21 tahun.

3.5 PEMERINTAHAN THAKSIN SHINAWATRA SEHINGGA KINI

Namun, tahun 2004 merupakan titik permulaan konflik ini muncul kembali dengan pelbagai

tragedi dan peristiwa yang menyayat hati apabila Thaksin Shinawatra mengubah segala polisi dan

institusi yang selama ini menjadi asas pada keamanan. Perubahan ini telah menimbulkan konflik

yang selama ini berjaya diatasi. Pendekatan keras yang digunakan oleh Thaksin dalam

menyelesaikan konflik telah membawa pada kezaliman kepada orang awam. Justeru, hal ini telah

mendorong OMIP untuk bergiat aktif semula untuk menuntut kemerdekaan di samping

menghapuskan saki baki kesan asimilasi kepada masyarakat Melayu Patani.

Antara pindaan yang telah dilaksanakan ialah kuasa menguruskan konflik terletak di

tangan Perdana Menteri tanpa gangguan mana-mana pihak. Dengan kuasa yang dimiliki, beliau

telah menubuhkan Committee on Southern Thailand Provinces Peace-Building Policy (CSPPP)

yang bertindak untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang terbaru ini. Di bawah badan ini,

ditubuhkan pula Southern Provinces Administrative Committee (SPAC). Segala kajian dan

kelulusan bagi program perdamaian di wilayah selatan Thailand adalah melalui badan-badan ini.

Salah satu fungsinya ialah meminda Akta Darurat dan kelulusan penghantaran tentera dan polis.

Badan ini pernah membuat pindaan dengan menambah jumlah bilangan tentera dan polis dari

12000 kepada 40000 orang. Kedua-dua badan yang berpusat di Bangkok in Southern Border

Provinces Peacebuilding Command (SBPPC) turut membantu dalam perlaksanaan pindaan-

pindaan yang dibentuk tersebut. Antara pindaan lain yang dibuat ialah memberi kuasa kepada

pihak keselamatan untuk menahan atau menangkap sesiapa sahaja yang disyaki sebagai militan.

Mereka yang ditahan tidak memerlukan waran tangkap dari mahkamah dan jangka masa selama

30 hari tanpa bicara. Di samping itu juga, pihak berkuasa boleh merampas harta benda suspek

tanpa waran. Pihak berkuasa juga boleh melaksanakan penapisan berita tentang sesuatu kejadian

12

Page 13: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysiayang berlaku serta boleh mengharamkan penerbitan tertentu. Semua orang diwajibkan mendaftar

talian telefon bimbit serta pihak berkuasa dibenarkan mencuri dengar perbualan telefon sesiapa

sahaja. Kesemua ini telah menyumbang kepada peningkatan intensiti konflik semasa zaman

pemerintahan Thaksin (Che Mohd Aziz, 2011).

Hasil dari tindakan Thaksin menyebabkan wujud pelbagai insiden pada tahun 2004 seperti

pembakaran sekolah, menembak guru dan penjawat awam. Hal ini menunjukkan bahawa sistem

pendidikan berkonsepkan Thai-Buddha masih lagi berlaku dan ia masih ditentang oleh OMIP.

Tujuan pembakaran sekolah dilakukan bukan berniat jahat tetapi untuk memberitahu pada

kerajaan Thailand dan masyarakat luar bahawa sistem pendidikan yang diajar di sekolah adalah

satu proses asimilasi budaya Thai kepada anak-anak Melayu di sekolah (Che Mohd Aziz, 2011).

Pendekatan yang dibawa oleh Thaksin ini tidak memberi kesan positif kepada perdamaian di tiga

wilayah malahan ia semakin meruncing. Peranan pihak berkuasa khususnya tentera dan polis

adalah bertujuan untuk menekan rakyat tiga wilayah supaya takut dan tunduk kepada pemerintah.

Kejadian seperti Tragedi Masjid Kerisik dan Tragedi Tak Bai telah membuktikan bahawa

wujudnya usaha kerajaan Thailand untuk menakut-nakutkan rakyat dengan siri pembunuhan dan

penyeksaan secara terbuka.

4. JALAN PENYELESAIAN

Penyelesaian konflik di selatan Thailand terus menjadi perdebatan di kalangan para pengkaji.

Beberapa strategi yang diatur oleh kerajaan Thailand untuk menyelesaikan masalah isu patani

belum menunjukkan tanda-tanda kejayaan, sebaliknya keadaan di tiga wilayah tersebut semain

bergolak. Pendekatan ala-Thai, seperti penahanan tanpa bicara, penculikan dan pembunuhan

kejam, keganasan kumpulan militia Buddhist serta usaha pengsiaman bukan sahaja tidak

produktif tetapi telah meningkatkan lagi perasaan benci dan marah penduduk Melayu terhadap

kerajaan. Dalam keadaan sekarang, keganasan tidak akan berakhir. Sesungguhnya kunci

penyelesaian terletak di tangan Kerajaan Thailand.

Kerajaan Thailand perlu mempunyai keberanian politik bagi menukar pendekatan.

Pendekatan era-Pibul Songkhram bagi membentuk negara bangsa Thailand perlu diubah dan

disesuaikan dengan realiti sosiobudaya dan politik Melayu Selatan. Memang diakui bahawa

13

Page 14: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysiapendekatan baru ini amat sukar untuk diterima oleh puak konservatif. Walau bagaimanapun,

kerajaan Thailand tidak lagi mempunyai pilihan sekiranya ingin melihat wilayah bergolak

kembali aman dan stabil. Kerajaan Thailand perlu bersedia menyelesaikan secara politik dengan

mengadakan rundingan dengan wakil Melayu Patani. Adalah jelas dan nyata bahawa

penyelesaian pergolakan di tiga wilayah tersebut perlu berasaskan kefahaman tentang

kedinamikan isu Patani. Tanpa kefahaman ini, tidak mungkin pergolakan tersebut dapat

diselesaikan untuk jangka panjang (Nik Anuar Nik Mahmud, 2011).

Bagi orang Melayu Patani, mereka telah menjadi mangsa penjajahan, sejak dahulu

sehingga pada hari ini, mereka telah menjadi mangsa penindasan dan kezaliman pihak berkuasa

Thailand. Pihak Thailand pula keberatan untuk memberi ruang kepada Melayu Patani untuk

memerintah sendiri kerana yakin dan percaya bahawa Patani adalah sebahagian dari Negara

Thailand sejak zaman Sukhotai lagi serta diperkukuhkan pula dengan Perlembagaan Negara Thai

yang bersifat kesatuan itu. Oleh itu mereka harus mempertahankan kedaulatan wilayah Thailand.

Sebarang usaha untuk memisah atau mewujudkan pemerintahan sendiri atau autonomi perlu

ditentang habis-habisan. Hal ini jelas menunjukkan kedua-dua pihak mempunyai pandangan dan

persepsi yang berbeza tentang isu Patani. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak mahu melihat

Patani kembali aman dan stabil. Bagi orang Melayu Patani, mereka mahu menyelesaikan

masalah Patani melalui hak menentukan nasib atau hak memerintah sendiri. Orang Melayu mahu

mengekalkan identiti mereka sebagai ‘Melayu’ dan bukan sebagai ‘Thai-Muslim’, mempunyai

kebebasan mengamalkan ajaran Islam, mempertahankan kebudayaan dan adat resam Melayu,

termasuk bahasa serta memanfaatkan kekayaan hasil bumi Patani untuk Melayu Patani.

Manakala, bagi Kerajaan Thailand, mereka mahu mengekalkan Patani sebagai sebahagian dari

Thailand. Mereka mahu orang Melayu Patani menjadi sebahagian daripada warga Thai yang

bebas beragama dan mengamalkan kebudayaan dan adat resam mereka. Di samping itu, kerajaan

Thailand juga mahukan pembangunan dilaksanakan di wilayah selatan (Nik Anuar Nik Mahmud,

2011).

Matlamat ini boleh dicapai dengan satu reformasi sosiopolitik yang menyeluruh. Dari

segi politik, kerajaan Thailand boleh mempertimbangkan kemungkinan mewujudkan satu bentuk

Pentadbiran Istimewa di wilayah majoriti Melayu. Pentadbiran ini akan diuruskan oleh

penduduk-penduduk tempatan dalam kerangka Negara Thailand. Dari segi etno-budaya, kerajaan

Thailand perlu menerima hakikat tentang keunikan orang Melayu. Mereka harus diberi

14

Page 15: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysiakebebasan untuk mengamalkan adat resam dan kebudayaan mereka. Kerajaan Thailand perlu

mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi bagi wilayah tersebut. Agama Islam perlu

diberi tempat istimewa di wilayah tersebut. Hubungan antara Wilayah Istimewa dengan Kerajaan

Pusat perlu dipandu dalam kerangka Federalismo, yang mana hak dan tanggungjawab masing-

masing adalah jelas dan nyata. Wilayah Istimewa juga perlu diberi hak yang adil pada hasil

kekayaan wilayah bagi pembangunan sosioekonomi. Pada masa yang sama, kerajaan Thailand

harus menghapuskan kumpulan militia yang mengganas di wilayah tersebut. Puak pejuang harus

meletak senjata dan menyertai rancangan demobilisasi. Bagi memastikan kejayaannya,

pelaksanaan rancangan Wilayah Istimewa mestilah dipantau oleh badan antarabangsa (Nik Anuar

Nik Mahmud, 2011).

Pihak kerajaan Thailand perlu mempunyai keberanian politik untuk melaksanakan

rancangan Wilayah Istimewa ini. Ruang mesti dibuka kepada seluruh rakyat Thailand untuk turut

memberi pandangan bagi mencari jalan dan ruang demi mengembalikan keamanan dan kestabilan

wilayah yang bergolak ini. Pandangan sempit bahawa Patani adalah wilayah Thailand buat

selama-lamanya perlu dihapuskan. Demi keselamatan dan kestabilan Thailand dan wilayah

perbatasan, cadangan mewujudkan Pemerintahan Istimewa bagi wilayah Patani perlu diberi

pertimbangan sewajarnya oleh semua pihak. Oleh itu, kegagalan menyelesaikan masalah wilayah

Patani adalah satu tragedi kemanusiaan.

5. KESIMPULAN

Dasar dan pendekatan kerajaan Thailand dilihat menjadi punca kepada peningkatan konflik.

Kebanyakan dasar dan pendekatan yang digunakan adalah berat sebelah dan tidak menghormati

hak dan kepentingan OMIP. Dari segi pelaksanaan dasar, wujud paksaan dan penekanan kepada

golongan OMIP. Memandangkan kerajaan Thailand berada di pihak yang besar kuasanya,

pelbagai dasar dan pendekatan yang digunakan bertujuan untuk menindas OMIP yang berada di

pihak yang kecil kuasanya. Walau bagaimanapun, mereka sentiasa menentang kerajaan Thailand

biarpun mereka tahu bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan. Keupayaan ini datang dari

pegangan identiti yang cukup kuat khususnya agama Islam iaitu sebagai teras pada pegangan

mereka.

15

Page 16: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysiaTerdapat beberapa faktor yang dilihat menjadi pendorong pada wujudnya dasar-dasar

yang diperkenalkan oleh kerajaan Thailand. Antaranya, persepsi kerajaan Thailand yang masih

menganggap bahawa Patani adalah sebuah negara yang dijajah. Oleh itu, setiap dasar dan

pendekatan yang dibentuk haruslah mengikut prosedur penjajahan. Manakala bagi OMIP pula,

mereka menganggap negeri Patani adalah sebuah negeri yang merdeka pada satu masa dahulu

dan mesti dibebaskan dari penjajahan Thailand. Justeru, persoalan ini perlu diatasi oleh kedua

belah pihak kerana persepsi inilah yang menjadi faktor timbulnya isu-isu lain sehingga

mewujudkan konflik dan menjadi semakin rumit. Persoalan ketidakfahaman antara budaya

merupakan satu perkara yang penting dalam sesebuah konflik. Namun, ia dapat diatasi sekiranya

wujud satu bentuk komunikasi dua hala bagi tujuan perdamaian dan seterusnya menamatkan

konflik ini.

16

Page 17: Konflik Selatan Thailand_kuasa Dan Dasar Thailand

KONFLIK SELATAN THAILAND: KUASA DAN DASAR THAILANDOLEH: MOHD HADRI MOHD RIFIN

UKMalaysiaRUJUKAN

Ahmad Fathy. 1994. Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar, Pustaka Darulssalam.

Ahmad Omar Chapakia. 2002. Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan Thailand. Alor Setar: Pustaka Darulssalam.

Che Mohd Aziz Yaacob. 2011. Isu dan Penyelesaian: Konflik Pemisah di Selatan Thailand. Jebat: Malaysian Journal of History, Politic, & Strategic Studies, Vol. 38 (1): 13-34

Dobratz, B.A., Waldner, L.K., Buzzell, T. 2012. Power, Politics and Society: An Introduction to Political Sociology. United States, Pearson.

Farid Mat Zain & Zulkarnain Mohamed. 2008. Muslim Selatan Thai: Konflik dan Perjuangan. Shah Alam: Karisma Production.

Harish, S.P. 2006. Ethnic or Religious Cleavage? Investigating The Nature of The Conflict in Southern Thailand. Contemporary Southeast Asia: 28, no. 1: 48-69.

Ibrahim Syukri. 2002. Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Miall, H., Ramsbothan, O., Woodhouse, T. 1999. Contemporary Conflict Resolution: The Prevention, Management and Transformation of Deadly Conflict. Cambridge: Polity Press.

Nik Anuar Nik Mahmud. 2011. Mencari Perdamaian di Asia Tenggara: Merungkai Konflik di Selatan Thailand. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Patrick, J. 2007. From “Melayu Patani” to “Thai Muslim”: The Specter of Ethnic Identity in Southern Thailand. South East Asia Research, vol. 15 (2): 255-279.

Rahimmula, C. 2001. Peach Resolution: A Case Study of Separatism and Terrorist Movement in Southern Border Provinces of Thailand. Songklanakarin J. of Social Sciences & Humanities 10(1): 98 -112.

Rubin, J.Z. 1994. Constructive Management: An Answer to Critical Social Problem?. Journal of Social Issues, 50, 33-45.

Stewart, A.M. 1994. Empowering People. Singapore: Pitman Publishing.

Sufean Hussin. 2002. Dasar Pendidikan Progresif Perspektif Makro dan Mikro. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors.

Telling, E. 2006. The Impact of The Asian Tsunami on Southern Thailand Religious Strife. ICE Case Study: 184.

17