KONSEP

5
KONSEP BAHAN MEDIA PENGAJARAN Media pengajaran dan pembelajaran yang kami cipta ini telah kami namakan sebagai..... Media pengajaran ini memerlukan guru menggunakan pendekatan belajar sambil bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing yang memudahkan pembelajaran murid dengan memberi penerangan bagi membolehkan murid memahami serta menguasai beberapa konsep dalam literasi nombor seperti penyelesaian masalah, operasi dan pengiraan, pengukuran dan kesedaran ruang. Media pengajaran ini mempunyai empat fungsi, iaitu untuk mengajar dan membolehkan mereka belajar menyelesaikan masalah, menguasai operasi tambah dan tolak, mengukur panjang dan mengenal pasti bentuk 2-dimensi dan 3- dimensi. Rajah : Kit permainan serba guna.

description

Mats

Transcript of KONSEP

Page 1: KONSEP

KONSEP BAHAN MEDIA PENGAJARAN

Media pengajaran dan pembelajaran yang kami cipta ini telah kami namakan

sebagai..... Media pengajaran ini memerlukan guru menggunakan pendekatan

belajar sambil bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru

hanya bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing yang memudahkan

pembelajaran murid dengan memberi penerangan bagi membolehkan murid

memahami serta menguasai beberapa konsep dalam literasi nombor seperti

penyelesaian masalah, operasi dan pengiraan, pengukuran dan kesedaran

ruang. Media pengajaran ini mempunyai empat fungsi, iaitu untuk mengajar

dan membolehkan mereka belajar menyelesaikan masalah, menguasai operasi

tambah dan tolak, mengukur panjang dan mengenal pasti bentuk 2-dimensi

dan 3-dimensi.

Rajah : Kit permainan serba guna.

Page 2: KONSEP

KESESUAIAN BAHAN

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang kami cipta ini adalah lebih kepada

kaedah belajar sambil bermain. Bahan ini amat sesuai digunakan dalam waktu

pengajaran Matematik kerana ia melibatkan semua unsur Matematik yang

perlu dipelajari dan difahami oleh murid-murid. Konsep suatu pelajaran lebih

mudah difahami oleh murid-murid sekiranya bahan pengajaran itu adalah

menarik. Oleh itu, semasa mencipta bahan media pengajaran ini, kami telah

mengambil kira beberapa aspek penting bagi memastikan kesesuaian bahan

untuk proses pengajaran, iaitu dari segi fungsi bahan dan sifat fizikal bahan.

Dari segi fungsi, penyediaan bahan pengajaran ini sangat bersesuaian dengan

murid kerana melalui media ini murid berpeluang mempelajari konsep

penyelesaian masalah. Sebagai contoh, terdapat soalan-soalan yang

memerlukan mereka berfikir untuk menyelesaikan satu situasi yang diberikan.

Ini membolehkan murid meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif

sebelum mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah yang diberikan

seperti yang ditekankan dalam model penyelesaian masalah Polya. Oleh yang

demikian, murid juga akan berupaya untuk memilih strategi penyelesaian

masalah yang paling sesuai digunakan untuk mendapatkan jawapan yang

tepat.

Selain itu, bahan pengajaran ini juga membolehkan murid menguasai konsep

operasi dan pengiraan. Media pengajaran ini menumpukan kepada

penguasaan dua daripada empat operasi asas, iaitu tambah dan tolak dengan

menggunakan kaedah pensil dan kertas. Melalui media pengajaran ini, kami

berupaya merangsang murid untuk belajar melalui aktiviti main di mana murid-

murid dikehendaki menjawab soalan yang melibatkan operasi sebelum

dibenarkan melambung dadu untuk membolehkan dia bergerak ke kotak yang

seterusnya. Keinginan untuk memenangi permainan ini secara tidak langsung

telah mendorong mereka untuk terus mempelajari teknik pengiraan yang betul.

Page 3: KONSEP

Di samping itu juga, bahan pengajaran ini juga amat sesuai digunakan kerana

ia turut membantu murid mempelajari konsep pengukuran dengan mudah.

Seperti yang kita ketahui, murid masih belum memahami sepenuhnya

mengenai alat-alat serta teknik pengukuran yang betul. Oleh yang demikian,

melalui bahan pengajaran ini, murid akan belajar dengan mengukur sendiri

panjang dengan menggunakan salah satu alat pengukuran yang tidak asing

lagi bagi murid-murid, iaitu pembaris. Contohnya, terdapat situasi yang

memerlukan murid untuk mengira jarak di antara dua haiwan dalam unit

sentimeter. Pada masa ini, mereka akan mengukur dengan menggunakan

pembaris. Melalui aktiviti pengukuran tersebut, guru dapat melatih murid murid

menggunakan koordinasi mata dengan betul untuk mendapatkan jarak yang

tepat.

Rajah : Murid mengukur jarak antara dua haiwan menggunakan pembaris.

Media pengajaran ini juga amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kerana ia membolehkan murid-murid menguasai konsep

kesedaran ruang sekali gus mengenali bentuk-bentuk pepejal seperti silinder,

piramid, kuboid dan kon serta ciri-ciri fizikalnya. Pengetahuan mengenai sifat-

sifat pepejal ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pendedahan

mengenai ciri-ciri pepejal ini disampaikan melalui media pengajaran kami

Berapakah jarak antara dua binatang ini dalam sentimeter.

Page 4: KONSEP

dalam bentuk soalan yang memerlukan mereka mengkaji bentuk-bentuk

pepejal yang telah disediakan. Selain itu, media pengajaran ini dapat

memudahkan lagi pengajaran guru dan pembelajaran murid itu sendiri kerana

pendedahan berkenaan bentuk-bentuk pepejal ini secara konkrit dapat

mengukuhkan lagi pengetahuan murid kerana mereka bukan sahaja mendapat

pengetahuan secara abstrak, malah mereka juga dapat melihat dan merasa

sendiri bentuk tersebut.

Antara situasi yang menunjukkan wujud peluang untuk murid Contohnya,

sebelum memulakan permainan ini, mereka dikehendaki membuat balingan

pada dadu yang mengandungi nama geometri. Kemudian, mereka akan

memilih geometri tersebut berdasarkan bentuk geomeri yang mereka perolehi

untuk dijadikan sebagai buah mereka. Pada ketika ini, guru akan memberikan

sedikit pendedahan tentang ciri-ciri bentuk yang mereka perolehi. Secara tidak

langsung, mereka mengetahui dan memahami ciri-ciri yang terdapat pada

bentuk tersebut seperti jumlah permukaan dan jumlah bucu.

Rajah : Bentuk-bentuk 3- D dijadikan sebagai buah pemain.

Di samping, kesesuaian bahan ini juga dapat dilihat dari aspek fizikal media

pengajaran ini sendiri. Kestabilan dan kekukuhan media pengajaran ini

membolehkan ia digunakan untuk tempoh yang lama. Selain itu, media

pengajaran yang kami cipta ini juga sangat fleksibel dan boleh dibawa ke

mana-mana. Keistiemewaannya seperti boleh dilipat telah memudahkan

Page 5: KONSEP

proses penjagaannya. Ciri-ciri seperti fleksibel dan boleh dibawa ke mana-

mana ini juga membolehkan murid memanipulasi serta meneroka fungsi

tersebut bagi meningkatkan pengetahuan sedia ada dan memperoleh

pengetahuan baru. Pada masa yang sama, pembinaan bahan yang kreatif

serta berwarna-warni juga dapat merangsang serta mendorong murid untuk

melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran melalui bermain. Dari

segi kos pula, media pengajaran ini tidak memerlukan peruntukan yang banyak

di mana bahan-bahan yang digunakan untuk membuatnya mudah didapati,

tidak terlalu mahal dan bersesuaian dengan kualitinya.

Secara ringkasnya, dapat kami katakan di sini bahawa media pengajaran ini

amat bersesuaian serta mempu merangsang pembelajaran murid kerana

penyediaannya telah mengambil kira semua aspek penting dalam memastikan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran seperti kepelbagaian

fungsi, kekreatifan, kestabilan dan kemudahan dari segi penjagaan serta mesra

pengguna. Media pengajaran ini juga dapat mendorong murid untuk terus

meneroka ilmu pengetahuan dan mendapat keseronokan melalui bermain.