Konsep Dan Pelbagai Makna Integrasi

download Konsep Dan Pelbagai Makna Integrasi

of 3

description

seni dalam pendidikan

Transcript of Konsep Dan Pelbagai Makna Integrasi

Konsep dan pelbagai makna integrasi Makna integrasi ialah perpaduan, bekerjasama atau penyatuan. Dalam seni integrasi ialah suatu aktiviti yang memastikan terdapat pelbagai bidang seni dalam sesuatu aktiviti mahupun kegiatan yang telah digabungkan dalam satu untuk melahirkan keserasian. Integrasi ialah apabila suatu perkara itu turut disatu padukan kepada satu sama yang lain. Dalam sesebuah negara, integrasi adalah lebih ke arah mengintegrasikan kaum di antara kaum-kaum yang lain untuk dapat disatukan.

Pengertian IntegrasiPsikologi - segala unsur perkembangan pelajar mengandungi aspek (JERIS) yang berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.Sosiologi - perhubungan seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan antara pelajar dengan guru.Pedagogi - kaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah.

Isu dan cabaran integrasiCabaran dan Halangan Integrasi Nasional; Perbezaan budaya dan agama Sistem PendidikanPupuk Integrasi Nasional Melalui Dasar Pelajaran Sistem Pendidikan Kebangsaan Agenda Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Konsep Sekolah Wawasan Aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum Perkasakan bahasa Kebangsaan Pupuk Kefahaman Dasar Pelajaran kebangsaan- keseragaman dari segi sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar.

Integrasi isi kandungan unit, pelbagai kemahiran, proses dan strategi pelbagai mata pelajaranIntegrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan mata pelajaran laina) Seni Muzik : lagu patriotik , Seni : melukisb) Sejarah Sejarah Malaysiac) Geografi Peta

Terdapat pelbagai jenis integrasi iaitu:(a) PenggabungjalinanProses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaranii.Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam sesuatu mata pelajaraniii. Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum

(b) PenyerapanProses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan proses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulis dan mengira.

(c) Penerapansatu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dangerak kerja kokurikulum. i. Pendekatan implisit penerapan secara tidak langsung. ii. Pendekatan eksplisit - mengadakan suatu peraturan dan arahan tentang sesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.

(d) Pemulihan Untuk membantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M.

(e) Pengayaan Aktiviti untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.i. Berbentuk Pengukuhanii. Berbentuk Perkembangan lebih kompleksiii. Pendekatan Integrasi - Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada