Konsep Jihad Full

28
JIHAD March 13, 2009 Filed under: RELIGION,UNDERGRADUATE — atulasca @ 5:09 am Tags: SEMESTER 2, TITAS PENGHARGAAN Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat juga kami menyiapkan kerja kursus yang talah diamanahkan kepada kami ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan kepada Dr. Asyraf bin Hj. Abdul Rahman yang telah banyak membantu kami dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini.Sumbangan yang beliau berikan sangat kami hargai.Tak lupa juga kepada ahli-ahli kumpulan kami serta keluarga kami yang sama-sama terlibat yang banyak memberi sokongan moral dan idea-idea bernas. Sesungguhnya, inilah yang mampu kami berikan setelah melakukan beberapa penyelidikan dan kajian untuk tajuk yang diberikan iaitu “Jihad Menurut Perspektif Islam”.Diharapkan agar kerja ini dapat memberi manfaat baik untuk diri kami mahupun untuk masyarakat amnya. “Segala yang baik adalah datangnya dari Allah dan yang buruk juga datang dari Allah S.W.T. tapi disandarkan kepada kami sebagai hambaNya yang lemah…” Sekian,Wassalam. OBJEKTIF Memahami takrif dan konsep jihad yang sebenar menurut perspektif Islam Mengkaji realit jihad masa kini. Mengkaji hukum-hukum perlaksanaan jihad pada zaman rasulullah dan sekarang. Mendalami pengertian jihad secara menyeluruh dan lebih mendalam. Memahami konsep jihad dari peristiwa-peristiwa pada masa sekarang.

Transcript of Konsep Jihad Full

JIHAD March 13, 2009

Filed under: RELIGION,UNDERGRADUATE atulasca @ 5:09 am Tags: SEMESTER 2, TITASPENGHARGAANAssalamualaikum W.B.T.Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat juga kami menyiapkan kerja kursus yang talah diamanahkan kepada kami ini dengan jayanya.Sekalung penghargaan kepada Dr. Asyraf bin Hj. Abdul Rahman yang telah banyak membantu kami dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini.Sumbangan yang beliau berikan sangat kami hargai.Tak lupa juga kepada ahli-ahli kumpulan kami serta keluarga kami yang sama-sama terlibat yang banyak memberi sokongan moral dan idea-idea bernas.Sesungguhnya, inilah yang mampu kami berikan setelah melakukan beberapa penyelidikan dan kajian untuk tajuk yang diberikan iaitu Jihad Menurut Perspektif Islam.Diharapkan agar kerja ini dapat memberi manfaat baik untuk diri kami mahupun untuk masyarakat amnya.Segala yang baik adalah datangnya dari Allah dan yang buruk juga datang dari Allah S.W.T. tapi disandarkan kepada kami sebagai hambaNya yang lemahSekian,Wassalam.OBJEKTIF Memahami takrif dan konsep jihad yang sebenar menurut perspektif Islam Mengkaji realit jihad masa kini. Mengkaji hukum-hukum perlaksanaan jihad pada zaman rasulullah dan sekarang. Mendalami pengertian jihad secara menyeluruh dan lebih mendalam. Memahami konsep jihad dari peristiwa-peristiwa pada masa sekarang.PENDAHULUANJihad adalah begitu sinonim dikaitkan dengan masyarakat dan agama Islam. Amalan itu sering dikaitkan sebagai perjuangan membela agama di atas dasar jihad dengan nama Allah S.W.T. dan agama Islam adalah syahid. Istilah jihad apabila didefinisikan dalam konteks yang sempit adalah jihad demi agama dan negara. Sebaliknya apabila ditafsirkan secara lebih umum, maka jihad boleh membawa banyak pengertian.Ibn Abbas berkata : mencurahkan tenaga di jalanNya dan tidak takut terhadap segala celaan (Zad Al-Maad)Muqatil berpendapat maknanya ialah : Beramallah semata-mata kerana Allah dan sebenar-benar amal dan beribadahlah dengan ertikata sebenar ibadah. (Zad Al-Maad)Di sini jelas pengertian jihad dengan maknanya yang khusus iaitu berperang di jalan Allah. Manakala maknanya yang umum iaitu hidup kita di awal sehingga ke akhirnya adalah jihad yang memiliki tahap-tahap dan pusingan; dan setiap pusingan melayakkan pusingan yang lain pula. Imam Ibn Qayyim ketika membicarakan tahap-tahap ini, ia memulakan dengan berjihad terhadap jiwa dan nafsu untuk mengenali kebenaran, kemudian berjihad untuk beramal dengannya dan jihad tahap kedua pula ialah bersabar terhadap segala kebenaranya dan semua ini dianggap jihad. Sebarang kepincangan yang tedapat pada tahap-tahap ini atau kegelojohan tidak akan menghasilkan amalan sebenar yang dikehendaki.Sesungguhnya perjalanan sangat panjang dan cabarannya sangat banyak bagi sesiapa yang benar-benar ingin mengharunginya perlulah menyiapkan diri dengan tarbiyyah, kesabaran, dan sanggup bersusah payah dan di waktu yang sama berusaha dengan segala kemampuannya untuk menyeru orang lain menuju jalan yang kurus ini.TAKRIF & DIFINISI JIHADPengertian jihad boleh di lihat dalam beberapa sudut. Jihad adalah dari perkataan Arab iaitu jahada yajhadu jahdu yang bererti kesulitan dan beban.Al-Fahdu pula bermakna kesungguhan dan keupayaan terakhir.Dalam erti kata yang luas jihad boleh didefinasikan sebagai berjuang dalam peperangan, berjuang melawan nafsu, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan lain-lain perjuangan pada jalan Allah dan meninggikan kalimah Allah.Manakala definasi jihad dari segi bahasa,istilah dan syarak seperti berikut:Takrif Al-Jihad menurut BahasaPenyerahan segenap kemampuan manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.Takrif Al-Jihad menurut IstilahPara fukaha bersepakat iaitu peperangan dan membantu semua persiapan perangTakrif Al-Jihad menurut SyarakBahawasannya Jihad itu jika dinyatakan secara mutlak tanpa qayyid maksudnya adalah Qital (Perang) dan mengerahkan kemampuan daripadanya untuk meninggikan kalimatullah. Dan tarif Jihad yang lebih mendasar dan lebih mencakup adalah yang dinyatakan dalam Mazhab Hanafi iaitu: Mencurahkan kemampuan dan kekuatan dengan berperang di jalan Allah SWT, dengan jiwa, harta dan lisan dan selain itu. (Al-Kisani, Badaiu Ash-Shanaii 9/4299)Ibnu Rusyd mengatakan: Setiap orang yang meletihkan dirinya di dalam mentaati Allah, maka sungguh ia telah berjihad di jalanNya, kecuali bahawasanya perkataan Jihad fie Sabilillah bila dinyatakan secara mutlak, maka dengan kemutlakannya itu tidak dapat diartikan selain dari: Memerangi orang orang kafir dengan pedang, hingga mereka masuk kedalam agama Islam atau membayar Jizyah dari tangan mereka, sedang mereka dalam keadaan hina. (Muqaddimah Ibnu Rusyd 1/369)Makna perkataan Al-Jihad di dalam Al-QuranPerkataan Al-Jihad pada ayat-ayat Makiyyah menunjukkan makna Jihad menurut bahasa yang am, yaitu antara lain:Sesiapa yang berjihad maka sesungguhnya ia berjihad untuk dirinya sendiri.(QS Al-Ankabut 6)Dan orang-orang yang berjihad dijalan Kami, sungguh Kami benar-benar akan menunjukkan mereka pada jalan jalan Kami. (QS Al-Ankabut 69)Perkataan Al-Jihad pada ayat-ayat Madaniyyah berjumlah 26 perkataan dan kebanyakan menunjukan dengan jelas akan makna Qital (Perang), diantaranya:Surat At-taubah ayat 41Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Surat At-Taubah ayat 86Dan apabila diturunkan surat (yang memerintahkan kepada orang munafik itu): Berimanlah kamu kepada Allah dan berjihad beserta Rasul-Nya, Niscaya orang-orang yang sanggup di antara mereka meminta izin kepadamu (untuk tidak ikut berjihad) dan mereka berkata: Biarlah kamu berada bersama orang- orang yang duduk.PERINGKAT-PERINGKAT JIHADDalam istilah Muslim disebut:Berjihadlah kamu sekalian dengan harta, lidah dan jiwa kalian.Jihad fi sabilillah melalui empat peringkat dalam proses pengsyariatannya:1. Umat Islam diharamkan berperangSejarah Islam membuktikan bagaimana siksanya umat Islam di awal dakwah Rasulullah SAW di Kota Mekah.Mereka diseksa, didera, diugut dan di bunuh, seperti mana yang berlaku keatas Bilal bin Rabah, bahkan baginda Rasulullah juga menerima siksa yang sama. Namun umat Islam ketika itu diminta bersabar dengan tindakan kejam kaum kafir dan musyrikin Mekah. Firman Allah SWT dalam an-Nisa ayat 77 yang bermaksud, Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka : Tahanlah tanganmu dari berperang dan dirikan solat.2. Keizinan Berperang dan BerjihadSetelah menerima tentangan hebat kaum kafir Mekah sehingga usaha membunuh Rasulullah SAW dirancang,akhirnya umat Islam diizinkan untuk mempertahankan diri daripada musuh.Selain itu, umat Islam juga mula mengorak langkah berhijrah ke tempat baru. Hijrah ke Habsyah adalah hijrah pertama dalam Islam barulah diikuti hijrah ke Madinah.Manakala peperangan pertama dalam Islam adalah Perang Uhud yang berlaku pada 4 hijrah.Sesungguhnya Islam membenarkan umatnya memerangi musuh yang menyerang dan sejarah perang Badar membuktikan tentera Islam memenangi peperangan itu.Firman Allah SWT surah al-Haj ayat 39 bermaksud,Telah diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi,kerana sesungguhnya mereka dianiaya.Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Berkuasa menolong mereka itu.3. Jihad adalah wajib ketika musuh menyerangFirman Allah SWT di dalam al-Baqarah ayat 190 yang bermaksud, Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.Melalui surah al-Haj ayat 39, umat Islam diberi keizinan berperang apabila mereka diperangi atau diserang musuh.Sebaliknya, ayat ini pula menegaskan kepada kewajipan ke atas umat Islam mempertahankan diri,agama dan negara apabila diserang.Namun demikian sebagai agama sejahtera, Islam mempunyai batas-batas dan etika berperang yang mesti diikuti. Antaranya tidak boleh membunuh kanak-kanak,kaum wanita, orang-orang tua yang lemah dan sebagainya.4. Memerangi kaum musyrikin dan kafirAkhirnya umat islam di perintahkan memerangi kaum kafir dan musyrikin yang memerangi Islam dan umatnya.Umat Islam perlu jelas disini, golongan yang harus diperangi adalah kaum kafir yang menyerang umat Islam.Dalam hal ini, ulama Islam membahagikan golongan kafir kepada dua. Pertam kafir harbi iaitu golongan kafir yang mengancam serta memerangi Islam dan Umatnya.Golongan kafir harbi dibolehkan bagi umat Islam untuk berjihad jika diperangi. Keduanya kafir zimmi iaitu golongan kafir yang tidak boleh diperangi kerana mereka tidak mengancam Islam dan umatnya.Selain itu, kafir zimmi memberi taat setia kepada pemerintahan negara Islam serta membayar cukai jizyah kepada negara.Melalui surah al-Anfal ayat 39 yang bermaksud,Dan perangilah mereka, supaya tidak ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah SWT.HUKUM-HUKUM PERLUNYA BERJIHADHukum Jihad itu terbagi dua : Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Menurut Ibnul Musayyab hukum Jihad adalah Fardu Ain sedangkan menurut Jumhur Ulama hukumnya Fardu Kifayah yang dalam keadaan tertentu akan berubah menjadi Fardu Ain.1) Fardu Kifayah :Yang dimaksud hukum Jihad fardu kifayah menurut jumhur ulama iaitu memerangi orang-orang kafir yang berada di negeri-negeri mereka.Makna hukum Jihad fardu kifayah ialah, jika sebagian kaum muslimin dalam kadar dan persediaan yang memadai, telah bersedia mengambil tanggung-jawab melaksanakannya, maka kewajiban itu terbebas dari seluruh kaum muslimin. Tetapi sebaliknya jika tidak ada yang melaksanakannya, maka kewajiban itu tetap dan tidak gugur, dan kaum muslimin semuanya berdosa.Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang karena uzur) dengan kelebihan satu derajat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada uzur) dengan pahala yang amat besar. (QS An-Nisa 95)Ayat diatas menunjukan bahawa Jihad adalah fardu kifayah, maka orang yang duduk tidak berjihad tidak berdosa sementara yang lain sedang berjihad. ketetapan ini demikian adanya jika orang yang melaksanakan jihad sudah memadai(cukup) sedangkan jika yang melaksanakan jihad belum memadai (cukup) maka orang-orang yang tidak turut berjihad itu berdosa.Jihad ini diwajibkan kepada golongan lelaki yang baligh, berakal, sihat tubuh badannya dan mampu melaksanakan jihad. Dan ia tidak diwajibkan atas kanak-kanak, hamba sahaya, kaum wanita, orang lumpuh, orang buta, orang kudung, dan orang sakit.Ibnu Qudamah mengatakan: Jihad dilaksanakan sekurang-kurangnya satu kali setiap tahun. Maka ia wajib dilaksanakan pada setiap tahun kecuali uzur. Dan jika keperluan jihad menuntut untuk dilaksanakan lebih dari satu kali pada setiap tahun, maka jihad wajib dilaksanakan karena fardu kifayah. Maka jihad wajib dilaksanakan selama diperlukan.Imam Syafii mengatakan : Jika tidak dalam keadaan darurat dan tidak ada uzur, perang tidak boleh diakhirkan hingga satu tahun.Al-Qurtubi mengatakan: Imam wajib mengirimkan pasukan untuk menyerbu musuh satu kali pada setiap tahun, apakah ia sendiri atau orang yang ia percayai pergi bersama mereka untuk mengajak dan menganjurkan musuh untuk masuk Islam, menolak gangguan mereka dan menzahirkan Dienullah sehingga mereka masuk Islam atau menyerahkan jizyah.Hadis-hadis yang menerangkan bahwa hukum jihad dalam makna yang umum (dengan tangan, harta atau hati) itu jihad fardu ain, antara lain :Barangsiapa yang mati sedangkan ia tidak berperang, dan tidak tergerak hatinya untuk berperang, maka dia mati diatas satu cabang kemunafikan. (HR Muslim, Abu Daud, Nasai, Ahmad, Abu Awanah dan Baihaqi)Sesiapa yang tidak berperang atau tidak membantu persiapan orang yang berperang, atau tidak menjaga keluarga orang yang berperang dengan baik, niscaya Allah timpakan kepadanya kegoncangan. Yazid bin Abdu Rabbihi berkata : Didalam hadis yang diriwayatkan ada perkataan sebelum hari qiamat. (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Darimi, Tabrani, Baihaqi dan Ibnu Asakir)Dan sekiranya hukum jihad secara langsung berhadapan dengan orang-orang kafir sudah berubah dari fardu kifayah menjadi fardu ain, maka tidak ada yang dikecualikan siapapun harus pergi berperang dengan apa dan cara apapun yang dapat dilakukan. Dibawah ini akah dibahas mengenai keadaan Jihad yang hukumnya fardu ain.2. Fardu AinHukum Jihad menjadi Fardu Ain dalam beberapa keadaan:1. Jika Imam memberikan perintah umum.Jika Imam kaum muslimin telah mengumumkan mobilisasi umum maka hukum jihad menjadi fardu ain bagi kaum muslimin yang memiliki kemampuan untuk melaksanakan jihad dengan segenap kamampuan yang dimilikinya. Dan jika Imam memerintahkan kepada kelompok atau orang tertentu maka jihad menjadi fardu ain bagi siapa yang ditentukan oleh imam.Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahwa nabi Muhammad saw bersabda pada hari Futuh Mekkah:Tidak ada hijrah selepas Fathu Mekkah, tetapi yang ada jihad dan niat, Jika kalian diminta berangkat berperang, maka berangkatlah. (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, An-Nasai, Darimi dan Ahmad)2. Jika bertemu dua pasukan, pasukan kaum Muslimin dan pasukan kuffar.Jika barisan kaum muslimin dan barisan musuh sudah berhadapan, maka jihad menjadi fardu ain bagi setiap orang Islam yang menyaksikan keadaan tersebut. Haram berpaling meninggalkan barisan kaum Muslimin.Allah berfirman :Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur). (QS Al-Anfal 15)Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (sisat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya. (QS Al-Anfal 16)Rasulullah saw bersabda :Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan, Beliau saw ditanya: Ya Rasulullah, apa tujuh perkara yang membinasakan itu? Beliau saw menjawab : (1) Mempersekutukan Allah, (2) Sihir, (3) Membunuh orang yang telah dilarang membunuhnya, kecuali karena alasan yang dibenarkan Allah, (4)Memakan harta anak yatim, (5) Memakan riba, (6) lari dari medan pertempuran; dan (7) Menuduh wanita muminah yang baik dan tahu memelihara diri, berbuat jahat (zina). (HR Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasai, Thahawi, Baihaqi, Baghawi).3. Jika musuh menyerang wilayah kaum Muslimin.Jika musuh menyerang kaum muslimin maka jihad menjadi fardu ain bagi penghuni wilayah tersebut. Sekiranya penghuni wilayah tersebut tidak memadai untuk menghadapi musuh, maka kewajiban meluas kepada kaum muslimin yang berdekatan dengan wilayah tersebut, dan seterusnya demikian jika belum memadai juga, jihad menjadi fardu ain bagi yang berdekatan berikutnya hingga tercapai kekuatan yang memadai. Dan sekiranya belum memadai juga, maka jihad menjadi fardu ain bagi seluruh kaum muslimin diseluruh belahan bumi.

Ad Dasuki (dari Mazhab Hanafi) berkata : Didalam menghadapi serangan musuh, setiap orang wajib melakukannya, termasuk perempuan, hamba sahaya dan anak- anak mesikipun tidak diberi izin oleh suami, wali dan orang yang berpiutang.Didalam kitab Bulghatul Masalik li Aqrabil Masalik li Mazhabil Imam Malik dikatakan :Dan jihad ini hukumnya fardu ain jika Imam memerintahkanya, sehingga hukumnya sama dengan solat, puasa dan sebagainya. Kewajipan jihad sebagai fardu ain ini juga disebabkan adanya serangan musuh terhadap salah satu wilayah Islam. Maka bagi siapa yang tinggal diwilayah tersebut, berkewajipan melaksanakan jihad, dan sekiranya orang-orang yang berada disana dalam keadaan lemah maka barangsiapa yang tinggal berdekatan dengan wilayah tersebut berkewajiban untuk berjihad.Dalam keadaan seperti ini, kewajipan jihad berlaku juga bagi wanita dan hamba sahaya walaupun mereka dihalang oleh wali, suami, atau tuannya, atau jika ia berhutang dihalangi oleh orang yang berpiutang. Dan juga hukum jihad menjadi fardu ain disebabkan nazar dari seseorang yang ingin melakukannya.Dan kedua ibu-bapa hanya berhak melarang anaknya untuk berjihad manakala jihad masih dalam keadaan fardu kifayah. Dan juga fardu kifayah membebaskan tawanan perang jika dia tidak punya harta untuk menebusnya, walaupun dengan menggunakan serluruh harta kaum muslimin.Ar Ramli (Dari Mazhab Syafii) mengatakan :Maka jika musuh telah masuk kedalam suatu negeri kita dan jarak antara kita dengan musuh kurang daripada jarak qasar solat, maka penduduk negeri tersebut wajib mempertahankannya, hatta (walaupun) orang-orang yang tidak dibebani kewajiban jihad seperti orang-orang fakir, anak-anak, hamba sahaya dan perempuan.Ibnu Qudamah (dari Mazhab Hambali) mengatakan :Jihad menjadi fardu ain didalam 2 keadaan:a. Apabila kedua pasukan telah bertemu dan saling berhadapan.b. Apabila orang kafir telah masuk (menyerang) suatu negeri (diantara negeri-negeri Islam), Jihad menjadi fardu ain atas penduduknya untuk memerangi orang kafir tersebut dan menolak mereka.4. Hukum Jihad pada masa sekarang.Ketetapan jumhur ulama bahwa hukum jihad itu fardu kifayah adalah fatwa mereka bagi kaum muslimin dalam keadaan khilafah Islamiyyah masih tetap dan itupun dengan menetapkan pula adanya keadaan yang boleh menyebabkan berubahnya hukum jihad dari fardu kifayah menjadi fardu ain.Sekarang keadaanya lain, bumi telah berubah dengan lenyapnya kekuasaan Islam, dan khilafah Islamiyah. Keadaan seperti ini mewajibkan kita untuk meninjau kembali pokok permasalahan.Imam Ibnu Taimiyyah berkata : Jika musuh hendak menyerang kaum muslimin, maka menolak musuh itu menjadi wajib atas semua orang yang menjadi sasaran musuh dan atas orang-orang yang tidak dijadikan sasaran mereka.Imam Ibnul Hammam mengatakan : Sesungguhnya jihad itu diwajibkan hanyalah untuk meninggikan Dienullah dan menolak kejahatan manusia. Maka jika tujuan itu berhasil dengan dilaksanakannya oleh sebagian kaum muslimin maka gugurlah kewajiban bagi yang lain, sama halnya seperti sholat jenazah dan menjawab salam.Perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah, dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah.. (QS Al-Anfal 39)Berdasarkan keterangan di atas sungguh terang dan jelas bagi kita bahwa hukum jihad pada masa sekarang ini adalah FARDU AIN.PEMBAHAGIAN BENTUK JIHAD1. Jihadun Nafsi:Iaitu Pembinaan/Tarbiyyah manusia terhadap dirinya untuk mentaati Allah, menolak fitnah syahwat dan syubhat, dan melaksanakan ketaatan walupun ia amat berat dan tidak disukai oleh hawa nafsunya.Ibnul Qayyim membagi Jihadun-Nafsi ini menjadi empat bahagian: Jihadun Nafsi (Jihad terhadap diri) untuk memahami petunjuk dan Dien yang Haq. Jihadun Nafsi (Jihad terhadap diri) untuk mengamalkan Dien yang Haq Jihadun Nafsi (Jihad terhadap diri) untuk menyeru (Dakwah) kepada Dien yang Haq, untuk mengajari orang yang belum mengetahui. Jihadun Nafsi (Jihad terhadap diri) untuk bersabar menghadapi kesulitan kesulitan dakwah (menyeru) kepada Allah dan bersabar menghadapi gangguan makhluk, dan juga menanggung semuanya itu kerana Allah.Selanjutnya Ibnul Qoyyim mengatakan : Jika manusia telah menyempurnakan keempat martabat ini, maka jadilah ia termasuk kedalam golongan Rabbaniyyin, kerana sesungguhnya Ulama Salaf sepakat bahwa orang alim tidak berhak digelar Rabbaniy sehingga ia mengetahui Al-Haq, mengamalkannya dan mengajarkannya. Oleh karena itu, barang siapa yang telah mengetahui, mengamalkan dan mengajarkan Al-Haq, maka ia dipanggil sebagai manusia yang agung dalam kerajaan langit.Oleh karena pentingnya jenis Jihad ini terdapat keterangan didalam hadis yang menunjukan pengertian Jihad secara ringkas dan singkat:2. Jihadus Syaitan :Yaitu Jihad melawan syaitan dengan menolak syahwat dan syubhat yang dilontarkan (godaan syaitan) kepada manusia. Jihad terhadap syaitan dengan menolak syubhat yaitu dengan ilmu yang manfaat dan warisan para nabi sehingga membuahkan keyakinan yang teguh didalam hati. sedangkan Jihad terhadap syaitan dengan menolak syahwat dan segala keinginan yang merosak iaitu dengan perasaan takut kepada Allah dan banyak mengingati perjumpaan denganNYA dan kedudukannya dihadapan Allah SWT.3. Jihadul Kuffar :Iaitu Jihad menghadapi orang kafir dengan memerangi dan membunuh mereka, dan mengerahkan segala yang diperlukan dalam peperangan baik berupa harta, jiwa dan yang lainnya sebagaimana sabda nabi Muhammad saw :Perangilah orang-orang musyrik itu dengan hartam, diri dan lisanmu. (HR Abu Daud, An Nasai, Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Baghawi dan Ibnu Asakir dari Anas ra) Ia bertanya lagi : Apakah Jihad itu? Beliau menjawab: Engkau perangi orang-orang kafir jika engkau menjumpai dimedan perang. Ia bertanya lagi : Jihad macam mana yang paling utama? Beliau menjawab : Sesiapa yang dilukai anggota badannya dan dialirkan darahnya. (HR Ahmad)Firman Allah :Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar (Agama Allah), (yaitu orang-orang) yagn diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar Jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk. (QS At-Taubah ayat 29)Menurut Mazhab Hanafi : Jizyah dibebankan kepada Ahli Kitab, dan Majusi, dan Wathani (penyembah berhala) yang berbangsa Ajam (bukan Arab dan bukan orang murtad). Oleh itu Jizyah tidak diterima dari Wathani yang berbangsa Arab dan dari orang Murtad. Mereka hanya disuruh memilih masuk Islam atau Perang.Menurut Mazhab Maliki : Jizyah : Harta yang dibebankan oleh Imam kepada orang kafir baik terhadap Ahli Kitab, orang Musyrik ataupun orang kafir selain mereka, walaupun kaum Quraisy.Menurut Mahzab Syafie : Didalam kitab A-Um, Asy-Syafii menyatakan : Majusi itu beragama selain agama berhala, tapi dalam sebagian agama mereka berbeza pula dengan Ahli Kitab dari Yahudi dan Nasrani sebagaimana Yahudi dan Nasrani berbeza pula dalam sebagian agama mereka. Dan Majusi itu berada disatu kawasan bumi yang Ulama Salaf penduduk Hijaz tidak mengenal agama mereka sebagaimana mereka kenalnya terhadap agama Nasrani dan Yahudi.Menurut Mazhab Hambali : Ahli Kitab dan Majusi diperangi sehingga mereka masuk Islam, atau mereka membayar Jizyah dalam keadaan hina, dan orang-orang kafir selain mereka diperangi hingga mereka masuk Islam.4. Jihadul Murtaddien.Perbuatan orang Murtad disebut Riddah.Menurut bahasa : Riddah adalah mundur yaitu kembali dari sesuatu menuju sesuatu yang lain. Golongan Murtad adalah mereka yang kembali kepada kekafiran sesudah masuk Islam.Menurut Syara : Riddah ialah kembali dari Islam kepada kekafiran. Jadi Murtad bermakna orang yang menjadi kafir sesudah memeluk Islam, baik dengan ucapan, keyakinan, keraguan ataupun dengan perbuatan.Seseorang atau sesuatu kumpulan boleh menjadi Murtad dengan melalui salah satu dari beberapa sebab berikut ini, antara lain : Mempersekutukan Allah apakah melalui Itikad, ucapan ataupun perbuatan seperti sujud kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan fesyen orang Nasrani. Mengingkari agama Islam atau satu rukunnya. Orang yang mengitikadkan bahawa tidak wajib melaksanakan hukum-hukum yang diturunkan Allah. orang yang meninggalkan Solat kerana mengingkari kewajipannya, dan demikian pula jika ia mengingkari kewajipan solat walaupun tidak meninggalkannya. Orang yang meninggalkan solat kerana kesombongan atau kedengkian. Orang yang meninggalkan solat karena meremehkan dan memandang hina terhadap solat Orang yang meninggalkan solat, dan berterusan meninggalkannya hingga dibunuh Orang yang meninggalkan solat kerana berpaling daripadanya, ia tidak mengakui kewajipan bersolat dan tidak pula mengingkarinya.Perbuatan perbuatan diatas jika dilakukan oleh seorang yang baligh serta berakal, baik laki-laki maupun wanita dan perbuatan demikian dilakukan dengan pengetahuan sendiri maka perbuatan itu menjadikannya Murtad.Hukum mengenai orang murtad adalah dibunuh.Firman Allah :Barangsiapa yang murtad diantara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya. (QS Al-Baqarah ayat 217)Sesiapa yang menukarkan agamanya maka bunuhlah ia. (HR Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, An-Nasai dan Ibnu Majah)memerangi orang murtad termasuk Jihad fie Sabilillah dengan makna menurut syara, kerana tarif jihad sesuai baginya iaitu: Memerangi orang kafir untuk meninggikan Kalimah Allah, sedangkan orang-orang murtad itu adalah orang-orang kafir dan memerangi mereka, untuk meninggikan kalimah Allahbahkan Ibnu Qudamah penulis kitab Al-Mughni menetapkan bahwa memerangi kafir asli. Ibnu Qudamah berkata : mereka ini yakni orang-orang Murtad lebih berhak untuk diperangi, karena membenarkan mereka boleh jadi orang-orang seperti mereka membujuk uantuk menyerupai mereka dan murtad bersama mereka.5. Jihadul Bughat al-KharijinFirman Allah : Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mumin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah, jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. (QS Al-Hujarat 9)6. Jihadul Muhabirin al-MufsidinFirman Allah: Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerosakan dimuka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia, dan akhirat mereka akan mendapatkan siksaan yang besar. Kecuali orang-orang yang taubat (diantara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka: maka ketahuilah bahwasannya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS Al-Maidah 33-34)7. Jihadul Munafiqin.iaitu Jihad menghadapi orang-orang munafiq dengan lisan, menegakkan hujjah atas mereka, mencegah mereka dari sikap kekafiran yang tersembunyi, menjauhkan segala permainan dan langkah-langkah mereka, dan menolak terhadap perbuatan dan perilaku mereka dsb. Dan Jihad terhadap mereka ini merupakan satu jenis dari Amar Maruf dan Nahi Munkar.8. Jihaduz ZaliminIaitu Jihad terhadap orang-orang Fasik, Zalim, Ahli bidah dan pelaku kemungkaran. Dan Jihad terhadap mereka ini termasuk juga dalam satu jenis Amar Maruf dan Nahi Munkar.TUJUAN JIHAD DI JALAN ALLAHJihad bukanlah tujuan akhir dan bukan pula sasaran akhir akan tetapi jihad adalah jalan yang telah disyariatkan Allah untuk mewujudkan sasaran dan tujuan seperti:1. Mencari keredhaan Allah azza wa jallaKerana itu, semestinyalah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang dijalan Allah. Barangsiapa yang berperang dijalan Allah, lalu ia gugur atau memperoleh kemenangan maka kelak akan kami berikan kepadanya pahala yang besar. (QS An-Nisa ayat 74)Dari Muaz bin Jabal ra, dari Rasulullah, beliau bersabda : Perang itu ada dua. Barangsiapa yang (berperang) mencari wajah Allah, mentaati Imam, menginfakkan harta pilihan, memudahkan kawan, menjauhi perbuatan merusak, maka sesungguhnya tidur dan jaganya semuanya membuahkan pahala. Adapun orang yang berperang karena kesombongan, riya dan mencari kemasyuran, dan durhaka terhadap Imam serta membuat kerusakan dibumi maka sesungguhnya ia tidak akan kembali dengan rezeki yang cukup. (HR Abu Daud, An-Nasai dan Al-Hakim)2. Untuk mengawal Dawatul IslamIslam wajib disebarkan ke seluruh umat manusia diseluruh muka bumi dengan tidak membenarkan adanya berbagai rintangan yang memisahkan antara Dai (Pendakwah) dan Madu (Yang di Dakwah). Maka untuk mengawal perjalanan dawah dan memeliharanya dari berbagai rintangan seperti tersebut, Allah telah mensyariatkan Jihad fie Sabilillah. Dan selain itu, juga untuk memelihara kaum muslimin dari berbagai fitnah terhadap agama mereka, atau dari berbagai ancaman terhadap kehidupan, kehormatan, harta dan akal mereka.Di dalam Al-Quran , Allah telah memberitahukan kita kaum Muslimin tentang sikap dan niat orang-orang kafir terhadap Islam dan kaum Muslimin. Sikap mereka adalah menghalangi, berpaling, sombong, menentang, benci, menjajah, membunuh, memerangi, buruk, merosak dan sebagainya.Sebagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS Al-Baqarah ayat 109)3. Menguatkan Kaum Muslimin dan Melaksanakan Hukum Allah dimuka BumiKatakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufarannya), niscaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi sesungguhnya akan berlaku (kepada mereka) sunnah (Allah terhadap) orang-orang dahulu. Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah, dan (supaya) agama itu seluruhnya semata-mata untuk Allah. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah maha melihat apa yang mereka kerjakan. Dan jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahwasannya Allah pelindung kamu. Dan Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baiknya penolong. (QS Al-Anfal 38-40)Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal saleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahwa ia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumu, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Ia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan), sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Ku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (QS An;Nur ayat 55)4. Ujian dari Allah untuk menapis orang-orang muminDan Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (QS Al-Imran ayat 139)5. Menghapuskan penghambaan manusia kepada selain Allah dan digantikan dengan penghambaan kepada Allah semata-mata.Firman Allah: Katakanlah: Wahai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah). (QS Al-Imran ayat 64)Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (iaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk. (QS At-Taubah ayat 29)Perangilah mereka supaya jangan ada fitnah, dan niscaya agama itu semata mata untuk Allah(QS Al-Anfal ayat 39)REALITI AMALAN JIHAD MASA KINIIstilah jihad pada hari ini sudah diterima pakai dengan lebih meluas.Sama ada blok timur atau blok Barat menerima pakai istilah jihad.tetapi apa yang pastinya,jihad itu dipandang dari dua sudut iaitu positif dan negatif. Sebagai contoh, jihad dipandang negative oleh pihak Barat terutamanya selepas peristiwa 11 September. Islam telah digelar sebagai agama yang ganas dan umat islam terutamanya di Afghanistan sebagai pengganas.Sebaliknya pula dalam serangan pencerobohan tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya ke atas Iraq, pandangan terhadap jihad telah berubah.Rakyat Iraq berkewajipan untuk mempertahankan negara mereka.Serangan pihak musuh adalah pencerobohan ke atas kedaulatan negara dan ianya mesti dipertahankan.Untuk itu, jihad itu perlu dinilai sebagai mempertahankan agama dan negara daripada musuh.Konsep Pertahanan NegaraMaka hendaklah berperang pada jalan Allah orang-orang yang menjual hidup di dunia dengan akhirat (yakni orang beriman), Barangsiapa yang berperang pada jalan Allah sampai ia terbunuh atau beroleh kemenangan, nanti akan Kami anugerahkan dengan ganjaran pahala yang besar (Surah An-Nisa: ayat 74)Contoh terbaik untuk mengaplikasikan pertahanan ialah dengan melihat apa yang dilaksanakan dan diamalkan oleh Rasulullah saw dalam membina kekuatan yang merangkumi dan mencakupi keseluruhan elemen-elemen kehidupan pada zaman tersebut. Proses pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw telah menghasilkan para sahabat yang mempunyai kekuatan akidah yang teguh, kekuatan ikatan persaudaraan yang kukuh dan mempunyai azam dan cita-cita yang jauh.Pendidikan yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw adalah dengan mempersiapkan individu muslim dengan melaksanakan pentarbiyyahan (pendidikan) menyelesaikan kehidupan manusia melalui method tarbiyyah secara komprehensif dan tidak mcngabaikan sedikitpun sama ada aspek fizikal, intelektual, spiritual, kehidupan material, kehidupan batin dan seluruh aktiviti manusia di dunia ini. Hasil yang diperolehi melalui proses tersebut amatl mengkagumkan dengan lahirnya para sahabat yang mempunyai teladan yang patut dicontohi oleh generasi kemudian. Hakikatnya para sahabat yang dididik oleh Rasulullah SAW bukan sahaja menjadi seorang pendakwah tetapi pada masa yang saMA menjadi tentera-tentera yang mengibarkan bendera ad-Deen Islam ke seluruh alam.Dari sudut ketenteraan secara khusus, Rasulullah saw telah membahagikan penyusunan angkatan tenteranya kepada beberapa jabatan iaitu:Jabatan Barisan Hadapan (Jabatan yang paling penting) meliputi: Bahagian Strategi dan Taktik Peperangan. Bahagian Syura. Bahagian Memperkuatkan Kekuatan Tempur. Bahagian Operasi Latihan dan Persenjataan.Jabatan Tadbir dan Logistik yang meliputi: Bahagian Pengurusan Harta Rampasan Bahagian Perkhidmatan Perubatan.Kedua-dua jabatan ini tidak dipisahkan dan tidak dibezakan dari sudut tanggungjawab untuk berperang. Ini bermakna di bahagian manapun seorang itu berada, kewajipan mengangkat senjata untuk berperang adalah sama. Rasulullah saw telah membuktikan kepada dunia, betapa kekuatan persenjataan sahaja adalah tidak mencukupi jika sekiranya anggota tentera terdiri daripada mereka yang lemah dari sudut spritual dan mental serta fizikal. Pembinaan yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah saw untuk mewujudkan ruh jihad yang membara di kalangan para sahabat apabila keluar berjihad adalah memulakannya dengan pembinaan diri anggota tentera itu terlebih dahulu dan disertai dengan kemahiran peperangan. Inilah kaedah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah saw sehingga baginda dan para sahabat (tentera-tentera Islam) mampu memenangi peperangan penting walaupun mempunyai kekuatan persenjataan yang terbatas.Konteks Negara MalaysiaDalam konteks negara Malaysia,konsep jihad perlu difahami secara lebih luas dan terbuka.Amalan jihad perlu jelas agar tidak mengganggu-gugat keamanan dan kedamaian rakyat dan negara.Terdapat peristiwa-peristiwa yang dikaitkan dengan jihad telah berlaku di dalam negara seperti perstiwa Sauk.Sebenarnya, jihad perlulah bermatlamatkan mendapat keredaaan Allah S.W.T. bukannya memenuhi ideology politik dan agenda individu yang tertentu. Jika matlamat jihad terpesong dari landasan syariat maka perjuangan tersebut adalah kosong dan berdosa.Untuk itu, setiap pengorbanan atau jihad hendaklah jelas dan bertujuan fi sabilillah.Realitinya, banyak lagi lyang perlu diperjuangkan oleh masyarakat Islam di Malaysia khasnya.Selain berjihad melalui peperangan, umat islam mestilah berusaha mengangkat semula kegemilangan islam dalam semua bidang.Kekuatan islam dan umatnya pada hari ini bukan semata-mata kerana semangat dan kekuatan dalam ketenteraan sahaja.Sebaliknya, kekuatan ekonomi, politik, sains, teknologi dan sebagainya adalah intipati kekuatan yang sebenarnya pada hari ini.Justeru, dengan penguasaan tersebutlah umat Islam akan digeruni pihak musuh dan seterusnya boleh menjadi pemangkin kepada nega-negara lain di dunia ini. Hari ini kuasa tersebut dimiliki oleh Barat setelah mencedok dan mengaplikasikan segala ilmu dalam tamadun Islam.PANDANGAN ORIENTALIS BARAT TERHADAP JIHADDengan berdasarkan kepada makna dan matlamat jihad yang telah kami terangkan ini, dimanakah dakwaan musuh Islam kononnya agama ini berkembang dengan mata pedang, dan ia adalah syariat permusuhan.Kemudian mereka melukiskan para mujahid Islam dengan gambaran yang menggerunkan dan menakutkan, manusia yang buas di tangannya sentiasa terhunus pedang dan panahan kejahatan sentiasa terpancar dari matanya, pemikirannya sentiasa dibelenggui dengan penbunuhan dan rompakan.Apabila ia melihat orang kafir akan terus menangkap dan mencekiknya.Musuh tersebut diberi dua pilihan sama ada menyebut kalimah syahadah atau tengkuknya dipukul.Cromer seorang mubaligh Kristian,penjajah dan pembenci islam pernah mengatakan: Jihad adalah semata-mata fikrah permusuhan dan Islam talah mencelupnya dengan acuan syara,agar seorang muslim dapat mempertahankan dirinya dari dari serangan musuh,sedangkan pada masa aman ia merupakan fikrah permusuhan terhadap jiwa, harta dan maruah.Ia adalah pemikiran yang khianat dan menggalakkan permusuhan. Mereka yang memburuk-burukkan jihad, sekalipun ramai namun tiada seorang pun yang berani untuk mengemukakan kepada kita satu contoh peristiwa dalam sejarah Islam untuk membuktikan dakwaan mereka dan menyokong dakwaan mereka,sepertimana yang dikatakan : Lempar batu sembunyi tangan.Apa yang telah terbuktu dalam lipatan sejarah sehingga hari ini pada setiap tempat ialah kaum musliminlah yang menjadi mangsa pengkhianatan, tekanan, penyeksaan dan keganasan.Pencetus peperangan ini adalah daripada musuh Islam namun mereka mentomahkan bahawa ini semua adalah angkara jihad dan para mujahidin,sedangkan sudah terbukti ianya adalah gara-gara kejahatan mereka,dan matlamat yang mereka inginkan disebalik kempen keji ini ialah agar ramai orang Islam mengundur diri dari berjihad.Sehinggalah sebahagian mereka mengatakan jihad hanyalah untuk bertahan sahaja dan yang lain pula akan berkata apa kaitan kita dengan jihad?kita adalah pembawa berita gembira dan berdakwah dengan cara yang berhikmah,dan berbincang dengan cara yang baik.manakala sesetengah yang lain terus melenyapkan jihad dari pemikiran mereka.Inilah yang sangat dikehendaki oleh musuh Islam: Menjauhkan orang Islam dari ke fardhuan yang telah ditetapkan sehingga ke hari kiamat,namun Alhamdulillah, Harakah Islamiyyah telah (berjaya) mengembalikan rukun ini pada kedudukannnya yang sebenar.ISU- ISU BERKAITAN JIHADPembunuhan Beramai-ramai Umat Islam Palestin Oleh Rejim ZionisPalestine Times: Mac 1993Senarai Pembunuhan Beramai-ramai berikut bukanlah lengkap, tetapi sekadar membuktikan realiti sebenar penjajahan sebenar Rejim Zionis Yahudi ke atas Palestin dan juga untuk membuktikan bahawa kekejaman dan penindasan ini bukanlah seperti lain-lain kesan sampingan peperangan, tetapi adalah kekejaman yang diatur rapi dengan satu tujuan mutlak, iaitu sebuah Negara Yahudi yang bebas dari goyim (bukan Yahudi).YEHIDA13 Disember 1947: beberapa orang pemuda Islam di kampung Yehida (berhampiran Petah Tekva, penempatan Zionis yang pertama ditubuhkan) telah berjumpa di sebuah kedai kopi apabila mereka ternampak sepasukan Peronda Tentera British memasuki kampung tersebut. Mereka berasa agak lega kerana pada hari sebelumnya pengganas Yahudi telah membunuh 12 orang Palestin. Empat buah kereta ronda tersebut berhenti di hadapan kedai kopi tersebut dan beberapa orang lelaki berpakaian seragam dan bertopi besi kelaur darinya. Namun mereka bukanlah askar-askar British tetapi penganas-pengganas Israel yang menyamar. Mereka melepaskan tembakan dari mesingan ke arah orang ramai yang berada di kedai kopi tersebut. Sesetengah dari mereka pula telah meletakkan bom-bom bersebelahan dengan rumah-rumah orang Islam manakala sebahagian yang lain melemparkan bom-bom tangan ke arah orang awam.Kelihatan seperti seluruh penduduk kampung tersebut akan dibunuh mereka. Kedatangan peronda British yang sebenar bagaimanapun menghentikan rancangan mereka. Seramai 7 orang Islam terbunuh. Pada hari yang sama, sebelum kejadian tersebut, 6 orang Islam terbunuh manakala 23 lagi cedera apabila bom-bom buatan sendiri dilemparkan ke arah orang-orang Islam yang berdiri berhampiran Damascus Gate di Baitul-Maqdis. Di Jaffa, sebuah bom lagi membunuh 6 orang Islam dan mencederakan 40 orang lagi.Rejim Zionis memang kurang-ajar tetapi di manakah maruah Ummah ini apabila hanya mengharapkan tentera kuffar untuk mempertahankannya. Hinanya kita tanpa kekuatan hasil semangat Jihad.KHISAS18 Disember 1947: 2 buah kereta penuh dengan pengganas-pengganas Haganah melalui Kampung Khisas (di sempadan Lebanon-Syria) sambil melepaskan tembakan dari mesingan dan melontar bom-bom tangan. 10 orang Islam dibunuh.QAZAZA19 Disember 1947: 5 orang kanak-kanak Islam dibunuh oleh pengganas Yahudi yang meletupkan perumahan di perkampungan Mukhtar.PERKAMPUNGAN AL-SHEIKH1 Januari 1948: Pada malam tersebut kira-kira 200 orang Yahudi berssenjatakan mesingan dan bom tangan telah menyusup masuk ke sebuah perkampungan kecil yang dikenali sebagai al-Sheikh (5km Tenggara Haifa). Mereka datang dari arah bukit-bukit selatan kampung tersebut (besar kemungkinan dari penempatan Yahudi, Nisher kira-kira 5km dari kampung tersebut). Mereka menyerang rumah-rumah pada sekitar perkampungan tersebut dengan bom-bom tangan dan kemudiannya menyelesaikan serangan mereka dengan mesingan membunuh kira-kira 40 orang Islam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.DEIR YASSIN9-10 April 1948: Pembunuhan Beramai-ramai ini membuktikan kekejaman rejim Zionis Israel dan juga sifat dusta mereka. Ketua kampung tersebut telah berjanji dengan pihak Zionis untuk memberikan maklumat tentang pergerakan orang-orang luar di kawasan tersebut dan juga lain-lain maklumat strategik dengan syarat kampung mereka tidak diganggu oleh rejim tersebut. Rejim Zionis Israel bagaimanapun tidak memegang janji mereka. Di dalam operasi yang dikenali sebagai Operation Unity, pengganas-pengganas Haganah, Irgun dan Stern telah bekerjasama. Pada jam 4:30 pagi, hari Jumaat, 9 April 1948, mereka telah mengepung kampung tersebut yang berhampiran dengan 2 penempatan Yahudi, Givat Shaul dan Montefiore. Selama 2 hari, pengganas-pengganas Yahudi ini membunuh lelaki, perempuan dan kanak-kanak, merogol para wanita dan menyamun barang-barang kemas mereka.Seorang doktor dari Pertubuhan Palang Merah yang tiba di kampung tersebut pada hari kedua telah menceritakan apa yang dilihatnnya sendiri sapu bersih seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pengganas tersebut. Menurut beliau sapu bersih ini dilakukan dengan mesingan, kemudian bom tangan dan disudahi dengan pisau.Perut wanita-wanita Islam dibelah dan bayi-bayi disembelih di tangan-tangan ibu-ibu mereka yang tidak mampu berbuat apa-apa. Kira-kira 250 orang dibunuh sebegini. 25 dari mereka adalah ibu-ibu hamil yang ditikam perut mereka dengan bayonet ketika masih hidup. 52 orang kanak-kanak dikudungkan di hadapan ibu-ibu mereka, dan mereka kemudiannya dibunuh dan kepala mereka di kerat putus. Agensi Yahudi dan komander Pasukan Darat British mengetahui tentang peristiwa ini ketika ia berlaku, tetapi, tiada apa-apa tindakan diambil untuk menghentikanya.Mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada mereka yang ingin bekerjasama dan berbaik-baik dengan puak Yahudi ini.NASER AL-DIN13-14 April 1948: Sebuah kontigen pengganas Lehi dan Irgun telah memasuki kampung ini (berhampiran dengan Tiberias) pada malam 13 April berpakaian seperti pejuang Arab. Apabila mereka tiba, para penduduk kampung telah keluar untuk menyambut mereka. Pengganas-pengganas tersebut telah membalas dengan tembakan, membunuh keseluruhan penduduk kampung tersebut kecuali 40 orang. Semua rumah di kampung itu diranapkan.BEIT DARAS21 Mei 1948: Setelah beberapa kali gagal menduduki kampung ini, rejim Zionis telah menggerakkan sebuah kontigen yang besar dan mengepung kampung ini. Para penduduk Beit Daras mengambil keputusan bahawa kaum wanita dan kanak-kanak lebih baik meninggalkan kampung itu. Ketika mereka ini bergerak meninggalkan kampung tersebut, tentera Zionis telah membunuh kesemua mereka walaupun menyedari bahawa mereka adalah kaum wanita dan kanak-kanak yang tidak ikut berperang.MASJID DAHMASH11 Julai 1948: Selepas Batalion ke-89 Komando Israel yang diketuai oleh Moshe Dayan menduduki Lydda, pihak Israel telah mengumumkan kepada orang-orang Islam melalui pembesar suara bahawa sekiranya mereka pergi ke sebuah masjid, mereka akan selamat. Sebagai membalas dendam atas satu serangan bom tangan yang membunuh beberapa orang askar Israel, 80-100 orang Islam telah dibunuh di dalam masjid tersebut. Tubuh mereka ditinggalkan bergelimpangan dan reput selama 10 hari. Masjid tersebut masjid berdiri tetapi ditinggalkan sehingga kini.Pembunuhan ini menyebabkan penduduk di Lydda dan Ramle ketajutan dan panik. Mereka kemudian dihalau keluar dari bandar-bandar ini setelah segala barangan milik mereka diambil oleh askar-askar Israel. Brigadier Komander ketika itu, Yitzhak Rabin berkata, Tiada cara lain kecuali dengan kekerasan dan tembakan amaran untuk memaksa mereka berjalan 10-15 batu ke tempat mereka bertemu tentera. Kebanyakan dari 60,000 penduduk Lydda dan Ramle melarikan diri ke kem pelarian berhampiran Ramallah. Kira-kira 350 orang mati dalam berjalanan akibat kekeringan dan strok kepanasan. Ramai yang terselamat dengan meminum air kencing mereka sendiri. Keadaan di kem pelarian itu menyebabkan banyak kematian lagi.DAWAYMA29 Oktober 1948: Berikut adalah pengakuan seorang tentera Yahudi yang menyertai pendudukan perkampungan Dawayma (di daerah Haifa): Mereka membunuh di antara 80 hingga 100 orang kaum wanita dan kanak-kanak. Untuk membunuh kanak-kanak, mereka memecahkan kepalanya dengan kayu. Tidak ada sebuah rumahpun yang ditinggalkan tanpa mayat Seorang komander mengarahkan seorang askar membawa 2 orang wanita ke dalam sebuah bangunan sebelum meletupkan bangunan tersebut Seorang askar lagi berasa bangga kerana telah merogol seorang wanita Arab sebelum membunuhnya Pembunuhan ini dilakukan oleh Batalion ke-89, yang bertanggung-jawab di Lydda.SHARAFAT7 Februari 1951: askar-askar Israel telah melintasi sempadan persenjataan ke kampung ini (5 km dari Baitul-Maqdis) dan meletupkan rumah ketua kampung dan jiran-jiran beliau. 10 orang terbunuh (2 lelaki tua, 3 wanita, 5 kanak-kanak) dan 8 orang tercedera.KIBYA14 Oktober 1953: Pada jam 9:30 malam kira-kira 700 askar biasa Israel telah menyerang kampung Kibya di sempadan Jordan (Barat Daya Baitul-Maqdis). Dengan menggunakan mortar, mesingan, senapang dan bahan letupan, mereka telah meletupkan 42 buah rumah, sebuah sekolah dan masjid. Setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dijumpai mereka dibunuh. 75 orang penduduk kampung dibunuh dengan kejam. Operasi ini diarahkan oleh Ariel Sharon.KAFR QASEM29 Oktober 1956: Para Pengawal Sempadan Israel memulakan apa yang mereka namakan rondaan ke Perkampungan Segitiga pada jam 4 petang. Mereka memberitahu ketua-ketua kampung di situ bahawa waktu bermulanya curfew hari tersebut dan hari-hari seterussnya adalah 5 petang bukannya 6 petang lagi. Mereka tiba di Kafr Qasem pada kira-kira 4:45 petang dan ketua kampung tersebut telah memprotes kerana terdapat kira-kira 400 orang kampung yang bekerja di laur kampung dan beliau tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberitahu mereka tentang waktu yang baru itu. Seorang pegawai berjanji pada beliau yang para pekerja tersebut akan diuruskan. Para pengawal tersebut kemudiannya telah menunggu di pintu masuk kampung tersebut. 43 orang penduduk Kafr Qasem telah dibunuh apabila mereka pulang dari bekerja oleh tentera Israel kerana melanggar undagn-undang yang tidak mereka ketahui. Pada pintu masuk sebelah utara pula, 3 orang dibunuh manakala 2 orang lagi dibunuh di dalam kampung tersebut. Mangsa-mangsa termasuklah wanita dan kanak-kanak. Lutanat Danhan sedang meronda kawasan tersebut dengan jeepnya dan melaporkan kejadian tersebut. Melalui wirelessnya, dia berkata, kurang 15 orang Arab. Tidak lama kemudian dalam laporannya melalui radio ke ibupejabatnya dia berkata, terlalu sukat untuk dikira.AL-SAMMOU13 November 1966: Tentera Israel menyerang kampung ini, memusnahkan 125 buah rumah, sebuah klinik dan sekolah dan juga 15 buah rumah di perkampungan berhampiran. 18 orang terbunuh dan 54 orang cedera.SABRA DAN SHATILA15-18 September 1982: Selepas pendudukan Lebanon Phalangist oleh Israel pada 1982, boneka Israel membunuh lebih 3000 orang Islam Palestin, lelaki, wanita dan kanak-kanak di bawah pemerhatian tentera Israel. Kiraan mayat oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah melaporkan 2750 mayat. Jumlah sebenarnya diyakini jauh lebih tinggi dan mungkin tidak akan diketahui.OYON QARA20 Mei 1990: Seorang askar Israel memaksa buruh Islam berbaris dan membunuh 7 daripada mereka denga sub-mesingannya. 13 orang lagi orang Islam dibunuh oleh tentera Israel di dalam demonstrasi berikutan pembunuhan tersebut.MASJID AL-AQSA8 Oktober 1990: Polis Israel melepaskan tembakan ke atas umat Islam di Masjidil-Aqsa membunuh 22 orang.MASJID IBRAHIMI25 Februari 1994: Seorang pengganas Yahudi dari penempatan Keryat Arba membunuh 50 orang Islam di Masjid Ibrahimi di al-Khalil (Hebron) dan memcederakan kira-kira 200 orang. Berikutnya, demonstrasi besar-besaran diadakan di jalan-jalan di Palestin dan tentera Israel telah membalas dengan peluru hidup. 23 orang terbunuh dan ratusan lagi cedera. Laporan-laporan menyatakan bahawa terdapat 3 orang Yahudi yang menembak, bukan seorang.JABALIA28 Mac 1994: Seorang polis Yahudi yang menyamar telah membunuh 6 orang aktivis Islam dan mencederakan 49 orang lagi. Sesetengah aktivis Islam yang cedera telah dikeluarkan dari kereta-kereta mereka dan ditembak mati di kepala mereka.CHECKPOINT ERETZ17 Julai 1994: 11 orang Islam dibunuh dan 200 orang lagi cedera.Ini hanyalah sebahagian daripada siri kekejaman rejim Zionis Israel ke atas Umat Islam Palestin. Sekiranya serangan-serangan ke atas Selatan Lebanon diambil kira, jenayah kekejaman Zionis ini akan lebih jelas lagi. Sekiranya kita mengkaji secara terperinci tentang kekejaman pada 1948 dalam opersai sapu bersih, pemusnahan tempat-tempat suci Islam, perampakan askar-askar dan penduduk-penduduk Yahudi, mungkin kita dapat memahami apa itu Zionism sebenarnya. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap umat Islam unuk berjihad apatah lagi dalam situasi-situasi di atas.KESIMPULANJihad merupakan antibodi kepada umat Islam dalam merealisasikan apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. Melaksanakan jihad dalam erti kata yang sebenarnya mampu memacu kehidupan umat Islam ke arah yang lebih sempuma. Kelemahan yang melanda umat Islam adalah disebabkan kurangnya penghayatan terhadap pengertian jihad apatah lagi apabila pengertian jihad telah diselewengkan oleh musuh-musuh umat Islam.Antara kesimpulan yang penting yang berkaitan dengan jihad ialah persoalan keimanan yang sebenar.Pelaburan ini tidak akan mengecapi keuntungan maksima melainkan sekiranya mereka memiliki cirri-ciri seorang mumin sebenar.Kemudian Allah menjanjikan pertolongan,kecekalan, kemenangan dan keteguhan bagi orang mumin.kita perlulah bersifat dengan cirri-ciri orang beriman agar semua janji ini menjadi kenyataan.Tidak menerima hukum jihad ialah dengan tidak menyahut seruan jihad.Allah telah memberi amaran kepada kepada mereka yang enggan menyahut laungan jihad dengan azab yang pedih.Kerana kalau kita menggambarkan majoriti umat Islam tidak menyahut seruan jihad natijahnya ialah kehancuran umat Islam dan musuh bermaharajalela terhadap mereka dan menjadi fitnah terhadap agama mereka.Demikian juga mereka yang mundur kebelakang ketika bertempur dengan musuh.Kita juga membayangkan kalau majoriti umat Islam mundur ke belakang Islam akan hancur.Apalah sangat tarikan yang membuatkan seseorang itu terlalu keberatan untuk berjihad ,melainkan tersilau dengan habuan dunia dan kenikmatannya,serta segala syawat. Jesteru, saudara Islam sekelian perlulah menguranginya agar tidak menghalang daripada berjihad di jalan Allah sehingga mendedahkan diri kepada azab yang pedih.RUJUKAN- Mohd Liki Hamid, Pengajian Tamadun Islam, Edisi ke-2, PTS Publication & Distribution Sdn.Bhd. Muhammad Abdullah Al-Khatib;Terjemahan:Mohd Nizam bin Mohd Ali, Penjelasan di Sekitar Risalah Taalim ,Dewan Pustaka Fajar Muhamad Zuhri, Penerbit : Raja-Murah-Al-Qonaah, Terjemahan Jawahirul Bukhari. Muhammad Qutb, Alih Bahasa : Yusoff Zaky Yaacob, Salah Faham Terhadap Islam. Sayyid Abul Ala Al-Maududi, Terjemahan : Wan Jaffree Wan Sulaiman, Imam Islam Jihad. http://www.geocities.com/ks_biltz Leave a Comment