Konsep karamah

13
KONSEP KARAMAH MOHD RIZAL AIDEY BIN RAIMI ABU BAKAR BIN KRAM MOHD NOR EDHAM BIN BUGAL

Transcript of Konsep karamah

Page 1: Konsep karamah

KONSEP KARAMAHMOHD RIZAL AIDEY BIN RAIMI

ABU BAKAR BIN KRAM

MOHD NOR EDHAM BIN BUGAL

Page 2: Konsep karamah

KARAMAH MAKNA KARAMAH SECARA BAHASA Berasal daripada perkataan karuma dengan

huruf ra yang berharakat dhammah,masdarnya adalah karaman dengan fathatain(dua fathah).

Kata karamah dikenal pasti sebagai sesuatu yang berharga dan berwibawa serta dikatakan juga sebagai yang mulia.Seseorang itu tidak akan dikatakan seorang yang mulia sehingga muncul darpada dirinya akhlak dan perbuatan yang terpuji.

Page 3: Konsep karamah

• MAKNA KARAMAH BERDASARKAN SYARIAT

Terpancarnya hal-hal yang luar biasa pada diri seseorang yang tidak membawa risalah kenabian atau sesuatu perkara yang tidak relevan dengan prinsip-prinsip keimanan dan amal soleh,maka perkara ini boleh dikatakan sebagai istidraj (sesuatu yang diluar kebiasaan manusia umumnya).

Tetapi jika perkara sebegini berlaku kepada seseorang yang membawa risalah kenabian,ia dinamakan sebagai mukjizat.

Page 4: Konsep karamah

SYARAT-SYARAT KARAMAH Di dalam kitab Bustanul Arifin, an-Nawawi membuat

ketentuan sebagai berikut: Agar karamah tidak menjadi sebahagian dari dasar-

dasar agama yang telah ditetapkan,maka sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Abu Ishaq dalam kitab al-muwafaqat, bahawasanya karamah itu tidak sah diistilahkan kecuali dengan dua syarat: Pertama : Tidak menyalahi hukum syariat Kedua : Tidak menyalahi kaedah agama Maka jika terdapat seuatu perkara yang luar biasa

bertentangan dengan agama dan syariat, perkara tersebut tidaklah disebut karamah tetapi dianggap sebagai khayalan, angan-angan dan sebahagian daripada bisikan syaitan.

Page 5: Konsep karamah

STANDARD BATASAN KARAMAH

Ada manusiayang menganggap diri mereka memiliki karamah padahal tidak memiliki karamah apa pun,Tetapi yang jelasnya kewalian adalah suatu yang menunjukkan seseorang itu memiliki karamah.

Abu Ishaq dalam kitab al-Muwafaqat mengatakan bahawa karamah itu bertujuan untuk menambahkan keyakinan untuk lebih mengenali Allah SWT serta memberi kan kekuatan untuk melaksanakan kewajipan terhadap-Nya.

Abu al-Hassan asy-Syadzali mengtakan bahawa karamah ini terbahagi kepada 2 bahagian:

1.Karamah berupa keimanan iaitu bertambahnya keimanan dan keyakinan untuk mengetahui kebenaran

2.Karamah berupa amal perbuatan yang benar dan menjauhi segala tipu daya.maka bagi mereka yang telah dianugerahi dua bentuk karamah ini tetapi mereka berpaling selain daripada itu,mereka ini dikatakan sebagi pendusta.

Page 6: Konsep karamah

KARAMAH PARA WALI Kisah Abu Bakar as-Siddiq dalam kitab Shalihain,saat

ia pergi bersama tiga orang tetamu ke rumahnya tetapi beliau tidak mempunyai makanan kecuali hanya sesuap makanan sahaja.Kemudian,ketika mereka sedang makan,makanan tersebut menjadi banyak.Mereka menjadi kenyang sementara itu makanan tersebut dilihat semakin banyak dan bertambah.Akhirnya makanan tersebut diangkat dan dibawa kepada Rasulullah.Kemudian datanglah rombongan kaum yang banyak menikmati makanan tersebut.

Page 7: Konsep karamah

KARAMAH WALI Khalid bin Walid saat mengepung benteng yang sangat

kuat.Mereka berkata,’’ kami tidak akan selamat sebelum engkau minum racun terlebih’’.Lalu Khalid meminumnya dan dia tidak merasakan pengaruh berbahay dari racun tersebut.

Demikian juga dengan Sa’ad bin Abi Waqqas.Doa apa saja yang ia panjatkan,sentiasa dikabulkan oleh Allah.Ia adalah orang yang mengalahkan parajurit-parajurit Raja Kisra dan menguasai Iraq.

Seorang Muhajirin bernama Ummu Aiman pergi keluar tanpa bekal makanan dan air.Dia hampir-hampir mati kehausan.Saat dia ingin membatalkan puasanya kerana sedang berpuasa,tiba-tiba terdengar suara yang perlahan dari atas kepalanya.Lalu dia mendongak kepalanya dan melihat timba air yang bergantung,lalu dia minum dari timba tersebut hingga dia merasa puas dan tidak merasa haus sepanjang sisa hayatnya.

Page 8: Konsep karamah

KARAMAH-KARAMAH YANG DITETAPKAN DALAM AL-QURAN

Page 9: Konsep karamah

KISAH ASHABUL KAHFI Diceritakan dalam surah Al-kahfi. Para pemuda mukmin yang melarikan diri dari raja mereka

yang zalim dan kafir. Berselindung dalam gua yang terletak disebuah gunung. Allah telah menidurkan mereka selama 309 tahun. Dalam firman Allah yang bermaksud:

“Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dah (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, ‘Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).’ Maka Kami tutupkan telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu, kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah diantara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (dalam gua itu).”

(Al-Kahfi [18]: 9-12)

Page 10: Konsep karamah

KISAH MARYAM Ia mengandung seorang bayi lelaki yang bernama Isa

Alaihissalam tanpa berhubungan dengam mana-mana lelaki.

Kejadian ini menunjukkan adanya karamah pada Maryam dan tanda-tanda kenabian Isa Alaihissalam.

Allah telah menegaskan tentang karamah yang diberikan kepada Maryam dalam firmanNya:“Maryam berkata, ‘Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-laki pun.’ Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril, ‘ Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehndak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya, “Jadilah,” lalu jadilah ia.”

(Ali Imran [3]: 47)

Page 11: Konsep karamah

KISAH ASHIF Sahabat Nabi Sulaiman Alaihissalam. Kisah tentang pemindahan singgahsana Balqis-Ratu Saba di Yaman

dari jarak jauh dalam tempoh sekelip mata. Singgahsana tersebut ke kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalam yang

terletak di Baitul Maqdis. Kisah ini diceritakan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Berkata Sulaimun, ‘ Hai pembesar-pembesar, siapakah diantara kamu sekalian yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.’ berkata ‘Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin, ‘ Aku akan datangkan kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aki benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya.’ Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab, ‘ aku akan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.’ Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata, ‘ Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencuba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmatNya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri, dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi maha Mulia.” (An-Naml [27]:38-40)

Page 12: Konsep karamah

KESIMPULAN

Karamah dianugerahkan oleh Allah swt kepada hamba- hambanya yang tertentu.

Bertujuan untuk menguji hambanya.Memberi sesuatu alamat(petanda).AWAS tipu daya dari IBLIS laknattullah bahawasanya sesuatu yang ajaib berlaku itu adalah Karamah.

Karamah daripada IBLIS dapat diketahui dengan ilmu yang banyak.

Page 13: Konsep karamah