Konsep Kendiri Pelajar

download Konsep Kendiri Pelajar

of 13

Transcript of Konsep Kendiri Pelajar

  • 8/19/2019 Konsep Kendiri Pelajar

    1/13

    1

    KONSEP KENDIRI PELAJAR: SATU KAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI

    Lenny Lai Mei [email protected] 

    Liu Tse [email protected]

    Kolej Komuniti Mas GadingLot 742-750, Off Parent Lot 742,

    Bau Town District,94007 Bau, Sarawak

    Abstrak

    Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap konsep kendiri pelajar yang meliputi

    enam aspek iaitu kendiri fizikal, kendiri etika dan moral, kendiri peribadi, kendiri keluarga,

    kendiri sosial dan rakan sebaya, dan kendiri sifat-sifat akhlak. Kajian ini juga melihat perbezaankonsep kendiri mereka berdasarkan data demografi iaitu jantina, bangsa, lokasi tempat tinggal,

    status pekerjaan bapa dan bilangan adik-beradik. Sampel kajian in berjumlah 100 orang yang

    terdiri daripada pelajar semasa Kolej Komuniti Mas Gading. Kajian ini merupakan satu kajian

    deskriptif dan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen kajian

    menggunakan Soal Selidik Konsep Kendiri Tennessee dengan lima skala likert dengan pekali

    kebolehpercayaan cronbanch Alpa 0.75. Analisis soal selidik mendapati tahap konsep kendiri di

    kalangan pelajar kolej komuniti Mas Gading pada tahap sederhana dengan nilai min di antara

    2.92 hingga 3.21. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan

     jantina, bangsa, lokasi tempat tinggal dan bilangan adik-beradik dengan tahap konsep kendiri

    pelajar. Berdasarkan status pekerjaan bapa pula, dapatan menunjukkan terdapat perbezaan

    min yang signifikan di antara bapa yang bekerja dan tidak bekerja pada kendiri fizikal dan

    kendiri keluarga. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan tahap pembentukan

    konsep kendiri pada diri pelajar. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada

    pihak-pihak yang berkenaan bagi membantu meningkatkan tahap pembentukan konsep kendiri

    positif di kalangan pelajar kolej komuniti.

    Kata Kunci :

    Konsep kendiri, fizikal, keluarga

    Abstract

    Purpose of this research is to identify the level of students’ self -concept which consisting of sixaspects included physical, moral, personal, family, social and peers. On the other hands, thisresearch also aims to identify the difference between students’ demographic data: gender,races, location, fathers’ working status and the numbers of siblings towards their self -conceptlevel. Total of the sample in this research is 100 students who are still studying in CommunityCollege Mas Gading. It is a descriptrive research with quantitative method throughquestionnaire named ‘ Tennessee Self-concept Scale' with five likert scales, and the alphacronbach gained was 0.75. Finding in this research stated that there was a modest level of self-concept among the students ranged from 2.92 to 3.21. The finding also showed that there is no

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]

  • 8/19/2019 Konsep Kendiri Pelajar

    2/13

    2

    significant difference among gender, races, location and numbers of siblings towards their levelof self-concept but there is a significant difference between fathers’ working s tatus towards theirself concept in physical and family aspects. A few suggestions had proposed to improve thelevel of students’ self concept. The findings also can be input and guidelines as well to thecertain authorities in order to improve the positive self concept formation among students incommunity college.

    1.0 PENGENALAN

    Konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau

    bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif.

    (Epstein, 1980). Ini disokong oleh Abu Bakar dan Abdullah Sani (2010) bahawa konsep kendiri

    mempengaruhi pembentukan diri seseorang individu pelajar. Pelajar yang mempunyai masalah

    disiplin bermaksud pelajar yang terlibat dalam tingkah laku yang kurang menepati nilai

    pegangan masyarakat (Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, 2007). Terdapat beberapa

    faktor yang membentuk konsep kendiri individu. Salah satu faktor adalah pengalaman interaksi

    bersama keluarga. Disamping itu, konsep kendiri seseorang remaja berkait rapat denganpersepsi yang dihasilkan daripada pengalamannya termasuk peneguhan daripada persekitaran

    dan orang-orang yang penting dalam hidup mereka seperti ibu, bapa dan ahli keluarga yang

    lain (Rogers, 1959).

    1.1 Latarbelakang Kajian

    Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No 398/2225/00

    yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan

    Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Ia bertujuan untuk menyediakan laluan alternatif

    kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk

    mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional termasukperdagangan, pertanian, kesihatan dan lain-lain (JPKK, 2012). Walaupun pelajar kolej komuniti

    adalah dalam golongan yang tercicir dari segi akademik, tetapi mereka merupakan golongan

    yang perlu bimbingan yang betul untuk menjadikan mereka dalam pembentukan modal insan

    yang cemerlang dan berjasa kepada ekonomi dan pembangunan negara pada masa yang akan

    datang (Zainuddin Abu, Zuria Mahmud dan Salleh Amat, 2008).

    1.2 Pernyataan masalah

    Dalam konteks sekolah, pembentukan konsep kendiri merupakan suatu proses yang penting

    selain proses menimba ilmu pengetahuan. Pada asasnya, keterampilan tingkah laku seseorangpelajar adalah amat berkait dengan konsep kendiri seseorang individu dan ia dapat dipaparkan

    oleh seseorang individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif. Konsep kendiri sering

    dikait dengan pencapaian akademik juga. Misalnya kajian daripada Othman (1995) dan Zahara

    (2000) menunjukkan terdapat perkaitan antara konsep kendiri positif dan pencapaian akademik

    yang baik. Sebaliknya, sekiranya pelajar mempunyai konsep kendiri yang rendah dan negatif,

    kemungkinannya mereka akan menjadi devian, tiada keyakinan diri dan tersisih (Azizi, Fauziah,

    Zurihanmi dan Noordin, 2005). Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh Nurul Ezzati

  • 8/19/2019 Konsep Kendiri Pelajar

    3/13

    3

    (2008), dan Noor Sa’adah (1999)  telah menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang

    signifikan antara konsep kendiri yang tinggi adalah tidak bergantung dengan pencapaian

    akademik yang tinggi. Ini disokong oleh Sharifah (1998) yang menyatakan bahawa konsep

    kendiri bukanlah faktor utama dalam menentukan mutu pencapaian akademik bagi seseorang

    pelajar. Oleh yang demikian, punca keciciran pelajar kolej komuniti bukan sahaja daripada

    kelemahan dalam pelajaran tetapi sebab-sebab lain seperti latar belakang keluarga, pergaulandengan rakan sebaya dan sebagainya.

    Hasil temuduga dengan Cik Suharyati Binti Sulaiman, selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan dan

    Kemahiran (KJKK) di Kolej Komuniti Mas Gading, beliau berpendapat bahawa tahap konsep

    kendiri pelajar di kolej komuniti adalah berada dalam tahap yang sederhana. Ini adalah kerana

    keputusan peperiksaan mereka kurang memberangsangkan justeru menyebabkan keyakinan

    mereka kurang. Mereka juga kurang berdikari dalam apa jua keadaan. Selain daripada itu,

    konsep kendiri juga bergantung kepada latar belakang keluarga mereka seperti status

    pekerjaan bapa, lokasi tempat tinggal mereka dan bilangan adik-beradik dalam keluarga.

    Tambahan pula, kebanyakan kajian tahap konsep kendiri telah dibuat pada peringkat sekolah

    sahaja terhadap pelajar. Kajian pada peringkat kolej komuniti masih kurang dijalankan.

    Berdasarkan kenyataan di atas, maka ini telah menarik perhatian pengkaji untuk mengkaji

    pelajar kolej komuniti dari segi tahap konsep kendiri di kalangan mereka.

    1.3 Persoalan kajian

    i. Apakah tahap konsep kendiri pelajar kolej komuniti?

    1.4 Hipotesis kajian

    H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap konsep kendiri antara pelajar lelaki

    dengan pelajar perempuan.H02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap konsep kendiri antara pelajar yang

    berlainan bangsa.

    H03 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap konsep kendiri antara pelajar berdasarkan

    lokasi tempat tinggal mereka.

    H04 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap konsep kendiri antara pelajar berdasarkan

    status pekerjaan bapa mereka.

    H05 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap konsep kendiri antara pelajar berdasarkan

    bilangan adik-beradik.

    1.5 Batasan Kajian

    Kajian ini ingin mengetahui tahap konsep kendiri di kalangan pelajar kolej komuniti Mas Gading

    yang mengambil kursus Sijil Teknologi Maklumat dan kursus Sijil Lanskap dan Pengurusan

    Nurseri. Kajian ini hanya menumpu kepada enam aspek konsep kendiri responden iaitu kendiri

    fizikal, kendiri etika dan moral, kendiri peribadi, kendiri keluarga, kendiri hubungan sosial/rakan

    sebaya, dan kendiri sifat akhlak. Keenam-enam aspek ini amat penting kerana mempunyai

    hubungan yang signifikan dengan konsep kendiri yang melibatkan tanggapan responden

    terhadap diri sendiri dengan persekitaran mereka. 

  • 8/19/2019 Konsep Kendiri Pelajar

    4/13

    4

    1.6 Kepentingan kajian

    Kajian ini adalah penting kepada pihak-pihak seperti di bawah:

    i. Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP)

    Kajian ini adalah penting sebagai panduan rujukan kepada pihak HEP tentang arahkecenderungan semasa merancang aktiviti tahunan kepada pelajar supaya impaknya

    dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang sama ada dari segi fizikal dan sahsiah.

    ii. Unit Kaunseling

    Kajian ini adalah penting sebagai input kepada unit kaunseling untuk memahami punca

    masalah pelajar dari segi konsep kendiri sekarang supaya senang untuk menstrategikan

    pendekatan atau aktiviti yang sesuai kepada mereka.

    iii. Pensyarah

    Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan manfaat kepada para pensyarah supaya

    lebih memahami keadaan dan keperluan pelajar dan sama-sama membantu

    membentuk kendiri sebenar pelajar supaya mereka menjadi insan yang berguna kepada

    agama, keluarga, bangsa dan negara.

    iv. Ibu bapa

    Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak ibu bapa memahami perkembangan kendiri

    anak-anak mereka, supaya anak-anak dapat menjadi insan yang diharapkan dan

    dibanggakan oleh mereka satu hari nanti.

    2.0 KAEDAH DAN BAHAN KAJIAN

    Kajian ini adalah merupakan kajian awal berbentuk kajian kes bagi melihat tahap konsep kendiri

    dalam kalangan pelajar di sebuah kolej komuniti. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian

    deskriptif dan berbentuk kuantitatif.

    2.1 Populasi dan sampel kajian

    Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Kolej Komuniti Mas

    Gading. Jumlah pelajar setakat sesi Julai 2013 adalah seramai 125 orang. Penyelidik

    menggunakan kaedah persampelan rawak bagi mendapatkan sampel kajian. Penentuan saiz

    sampel dalam kajian ini adalah berasaskan kaedah yang digunakan oleh Krejcie dan Morgan

    (1970). Oleh itu, sebanyak 100 soal selidik diedarkan bagi memastikan bahawa jumlah yang

    dikehendaki dalam kajian ini dipenuhi dan memastikan hanya responden yang menjawab

    dengan lengkap sahaja dijadikan sampel.

    2.2 Instrumen Kajian

    Kajian ini menggunakan soal selidik Konsep Kendiri Tennessee oleh Fitts dan Warren (1996)

    serta borang latar belakang responden. Borang soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian

    iaitu bahagian A mengandungi soalan tentang latar belakang pelajar. Bahagian ini

    mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor demografi responden. Bahagian B pula

  • 8/19/2019 Konsep Kendiri Pelajar

    5/13

    5

    adalah Skala Konsep Kendiri Tennessee (SKKT). Soal selidik Skala Konsep Kendiri Tennessee

    (Tennessee Self-Concept Scale) yang dibentuk oleh Fitts digunakan untuk menilai konsep

    kendiri sampel kajian ini. Chiam (1976) telah menterjemahkannya kepada versi Bahasa Melayu.

    Menurut Azizi et al (2002), beberapa aspek yang merupakan sumber utama pembentukan

    konsep kendiri remaja boleh dikenalpasti dengan soal selidik ini. Ia mengandungi item untukmelihat konsep kendiri pelajar. Aspek-aspek ini adalah konsep kendiri fizikal, konsep kendiri

    etika dan moral, konsep kendiri peribadi, konsep kendiri keluarga, konsep kendiri sosial/rakan

    sebaya dan konsep kendiri sifat-sifat akhlak. Seramai 10 orang responden yang bukan

    responden sebenar telah diambil secara rawak untuk menjalankan kajian rintis ini. Nilai pekali

    kebolehpercayaan bagi instrumen yang diperolehi adalah 0.75. Berdasarkan Millan dan

    Schumacker (1984), instrumen ini diterima untuk menjalankan kajian ini.

    2.3 Data Dan Analisis

    Data-data yang diperolehi dari pelajar-pelajar Kolej Komuniti Mas Gading dikumpul dandiproses berdasarkan kod-kod yang ditentukan. Data-data yang dikumpul diproses

    menggunakan program “Statistical Packages for The Social Science”  (SPSS for Window) Versi

    17.0. Data-data ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Ukuran pada

    Jadual 1 digunakan bagi mentaksir taburan min dan penentuan tahap konsep kendiri pelajar.

    Jadual 1 : Pentaksiran Penentuan Tahap Konsep Kendiri

    SELANG SKALA MIN  TAHAP MIN 

    1.00 hingga 2.33 Rendah

    2.34 hingga 3.67 Sederhana

    3.68 hingga 5.00Tinggi

    (Lewis dan Robin, 2000)

    3.0 DAPATAN KAJIAN

    Berdasarkan hasil analisis data mengenai persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan,

    dapatan kajian dapat dirumuskan seperti berikut:

    i. Tahap konsep kendiri pelajar kolej komuniti

    Jadual 2 : Tahap Konsep Kendiri Pelajar

    ASPEK KENDIRI  N  MIN  TAHAP Fizikal 100 3.06 Sederhana

    Etika dan moral 100 3.21 Sederhana

    Peribadi 100 2.92 Sederhana

    Keluarga 100 3.72 Tinggi

    Sosial/rakan sebaya 100 3.02 Sederhana

    Sifat akhlak 100 2.92 Sederhana

  • 8/19/2019 Konsep Kendiri Pelajar

    6/13

    6

    Berdasarkan jadual 2, tahap konsep kendiri pelajar kolej komuniti Mas Gading berada pada

    tahap sederhana dengan nilai min di antara 2.92 hingga 3.21 berdasarkan lima kendiri. Hasil

    kajian mendapati tahap konsep kendiri pelajar adalah tinggi bagi kendiri keluarga iaitu pada min

    3.72.

    ii. Perbezaan antara tahap konsep kendiri dengan jantina pelajarJadual 3 : Ujian-T Perbandingan Tahap Konsep Kendiri Mengikut Jantina

    ASPEK KENDIRI  JANTINA  N  MIN  SP  UJIAN-T  P 

    Fizikal Lelaki 52 3.03 0.28 0.26 0.61

    Perempuan 48 3.09 0.31

    Etika dan Moral Lelaki 52 3.17 0.29 0.27 0.61

    Perempuan 48 3.25 0.32

    Peribadi Lelaki 52 2.89 0.39 0.29 0.59

    Perempuan 48 2.95 0.39

    Keluarga Lelaki 52 3.63 0.33 0.08 0.78

    Perempuan 48 3.82 0.32

    Sosial/rakansebaya

    Lelaki 52 3.01 0.38 0.02 0.89

    Perempuan 48 3.03 0.35

    Sifat akhlak Lelaki 52 2.86 0.61 0.94 0.34

    Perempuan 48 2.98 0.68

     Analisis Ujian-T berdasarkan jadual 3 di atas menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang

    signifikan terhadap enam konsep kendiri berdasarkan jantina.

    iii. Perbezaan antara tahap konsep kendiri dengan bangsa pelajar

    Jadual 4 : Ujian ANOVA Perbandingan Tahap Konsep Kendiri Mengikut Bangsa

    ASPEK KENDIRI  BANGSA  N  MIN  SP  UJIAN-T  P 

    Fizikal Melayu 27 3.05 0.29 0.50 0.61

    Cina 9 3.15 0.26

    Lain-lain 64 3.05 0.30

    Etika dan Moral Melayu 27 3.17 0.25 0.29 0.75

    Cina 9 3.25 0.25

    Lain-lain 64 3.22 0.34

    Peribadi Melayu 27 2.96 0.36 1.05 0.35

    Cina 9 3.07 0.24Lain-lain 64 2.88 0.42

    Keluarga Melayu 27 3.71 0.28 1.52 0.22

    Cina 9 3.54 0.54

    Lain-lain 64 3.75 0.33

    Sosial/rakan

    sebaya

    Melayu 27 3.08 0.41 2.16 0.12

    Cina 9 3.20 0.20

  • 8/19/2019 Konsep Kendiri Pelajar

    7/13

    7

    Lain-lain 64 2.97 0.36

    Sifat Akhlak Melayu 27 2.82 0.62 2.22 0.11

    Cina 9 2.58 0.62

    Lain-lain 64 3.01 0.64

     Analisis Ujian ANOVA dalam jadual 4 menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang

    signifikan terhadap enam konsep kendiri berdasarkan bangsa.

    iv. Perbezaan antara tahap konsep kendiri dengan lokasi tempat tinggal pelajar

    Jadual 5 : Ujian-T Perbandingan Tahap Konsep Kendiri Mengikut Lokasi Tempat Tinggal

    ASPEK KENDIRI  LOKASI TEMPATTINGGAL 

    N  MIN  SP  UJIAN-T  P 

    Fizikal Bandar 33 3.09 0.27 2.34 0.13

    Luar Bandar 67 3.04 0.30

    Etika dan Moral Bandar 33 3.24 0.30 1.08 0.30

    Luar Bandar 67 3.20 0.31

    Peribadi Bandar 33 2.93 0.36 1.18 0.68

    Luar Bandar 67 2.92 0.41

    Keluarga Bandar 33 3.66 0.31 0.32 0.57

    Luar Bandar 67 3.75 0.36

    Sosial/rakansebaya

    Bandar 33 3.02 0.41 0.36 0.55

    Luar Bandar 67 3.02 0.35

    Sifat akhlak Bandar 33 2.87 0.73 1.30 0.26

    Luar Bandar 67 2.94 0.60

     Analisis Ujian-T dalam jadual 5 menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan

    terhadap enam konsep kendiri berdasarkan lokasi tempat tinggal.

    v. Perbezaan antara tahap konsep kendiri dengan status pekerjaan bapa pelajar

    Jadual 6 : Ujian-T Perbandingan Tahap Konsep Kendiri Mengikut Status Pekerjaan Bapa

    ASPEK KENDIRI  STATUSPEKERJAAN BAPA 

    N  MIN  SP  UJIAN-T  P 

    Fizikal Bekerja 84 3.06 0.31 7.89 0.01

    Tidak Bekerja 15 3.08 0.15

    Etika dan Moral Bekerja 84 3.22 0.31 1.31 0.25Tidak Bekerja 15 3.18 0.28

    Peribadi Bekerja 84 2.94 0.40 0.12 0.73

    Tidak Bekerja 15 2.79 0.34

    Keluarga Bekerja 84 3.73 0.36 5.26 0.02

    Tidak Bekerja 15 3.63 0.20

    Sosial/rakan Bekerja 84 3.04 0.37 0.52 0.47

  • 8/19/2019 Konsep Kendiri Pelajar

    8/13

    8

    sebaya Tidak Bekerja 15 2.93 0.33

    Sifat akhlak Bekerja 84 2.91 0.63 0.01 0.92

    Tidak Bekerja 15 2.91 0.75

     Analisis Ujian-T dalam jadual 6 menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan

    terhadap empat konsep kendiri berdasarkan status pekerjaan bapa kecuali dua konsep kendiriiaitu kendiri fizikal dan kendiri keluarga.

    vi. Perbezaan antara tahap konsep kendiri dengan bilangan adik-beradik pelajar

    Jadual 7 : Ujian ANOVA Perbandingan Tahap Konsep Kendiri Mengikut Bilangan Adik-beradik

    ASPEK KENDIRI  BILANGAN ADIK-BERADIK 

    N  MIN  SP  UJIAN-T  P 

    Fizikal Tiada 3 3.18 0.47 0.36 0.70

    1 hingga 4 orang 57 3.06 0.31

    Lebih 4 orang 40 3.04 0.26

    Etika dan Moral Tiada 3 3.21 0.33 0.04 0.97

    1 hingga 4 orang 57 3.20 0.30

    Lebih 4 orang 40 3.22 0.33

    Peribadi Tiada 3 3.10 0.20 0.51 0.60

    1 hingga 4 orang 57 2.94 0.42

    Lebih 4 orang 40 2.89 0.36

    Keluarga Tiada 3 3.47 0.17 0.94 0.40

    1 hingga 4 orang 57 3.71 0.37

    Lebih 4 orang 40 3.75 0.30

    Sosial/rakansebaya Tiada 3 3.27 0.49 0.73 0.491 hingga 4 orang 57 3.02 0.38

    Lebih 4 orang 40 3.00 0.35

    Sifat Akhlak Tiada 3 2.93 0.46 0.06 0.94

    1 hingga 4 orang 57 2.94 0.64

    Lebih 4 orang 40 2.89 0.66

     Analisis Ujian ANOVA dalam jadual 7 menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang

    signifikan terhadap enam konsep kendiri berdasarkan bilangan adik-beradik.

    4.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

    4.1 Tahap Konsep Kendiri Pelajar

    Berdasarkan penganalisaan terhadap tahap konsep kendiri pelajar Kolej Komuniti Mas Gading,

    di dapati responden tidak mempunyai konsep kendiri yang tinggi bagi lima konsep yang dinilai

    kecuali konsep keluarga sahaja. Dapatan ini bertetapan dengan kenyataan yang diberikan oleh

    ketua jabatan Kolej Komuniti Mas Gading iaitu tahap konsep kendiri pelajar hanya pada tahap

  • 8/19/2019 Konsep Kendiri Pelajar

    9/13

    9

    sederhana sahaja. Hal ini menggambarkan bahawa majoriti pelajar mempunyai tanggapan

    penilaian yang sederhana terhadap dirinya sendiri.

    Min tertinggi bagi kendiri keluarga dalam kajian ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh

    Zulkifli (2003) yang mengkaji hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik

    pelajar sekolah di daerah Johor Bahru. Dapatan kajiannya mendapati bahawa aspek konsepkendiri keluarga mempunyai min tertinggi manakala konsep kendiri yang lain berada pada tahap

    sederhana seperti aspek kendiri fizikal, etika dan moral, sosial dan peribadi. Walau

    bagaimanapun, kajian ini bertentangan dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Sa’adah (1999) 

    yang menunjukkan bahawa faktor konsep kendiri fizikal mempunyai min yang tertinggi

    berbanding dengan konsep kendiri keluarga. Hal ini berlaku kerana responden berasa tidak

    dihargai oleh ahli keluarganya dan seterusnya menyumbang kepada konsep kendiri keluarga

    yang rendah.

    4.2 Perbezaan Tahap Konsep Kendiri Berdasarkan Demografi

    Berdasarkan demografi responden, bilangan responden lelaki dan perempuan adalah lebih

    kurang sama manakala majoriti responden (64%) terdiri daripada kaum bumiputera Sarawak

    iaitu kaum Iban dan Bidayuh selain daripada kaum bumiputera Sabah seperti Kadazan dan

    Dusun. Hanya minoriti yang berbangsa Melayu (27%) dan Cina (9%) Responden juga pada

    kebiasaanya mempunyai keluarga yang sederhana besar dengan sekurang-kurangnya

    mempunyai 2 atau lebih adik beradik (97%) dan kebanyakan responden tinggal di luar bandar

    (67%). Ini menunjukkan bahawa kaum bumiputera etnik tidak kira lelaki mahupun perempuan

    yang mempunyai keluarga sederhana besar yang berasal dari luar bandar tidak membezakan

    mereka dari segi konsep kendiri.

    Responden yang memasuki kolej komuniti merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

    dari sekolah menengah kebangsaan di sekitar kawasan Bau dan luar kawasan Bau. Ciri-ciri

    sekolah menengah kebangsaan pula membolehkan mereka bergaul dan belajar tanpa mengira

     jantina, bangsa, tempat tinggal dan saiz keluarga. Faktor rakan sebaya yang kuat di sekolah-

    sekolah menyebabkan responden lebih selesa bersama rakan-rakan yang mempunyai

    personaliti dan pencapaian yang sama dengannya. Kajian yang pernah dibuat oleh Radin

    (1999) terhadap pelajar-pelajar di empat buah Sekolah Menengah di Johor mendapati pelajar

    selalu menerima nasihat dan pendapat daripada rakan-rakan sebayanya apabila membuat atau

    mengambil sesuatu keputusan yang berkaitan dengan diri mereka. Menurut Moktar (1999),

    ramai remaja mula mempelajari erti kehidupan bersama rakan sebaya. Oleh yang demikian,

    faktor pergaulan dari sekolah menengah lebih mempengaruhi tahap konsep kendiri respondendi kolej komuniti.

    Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap konsep kendiri fizikal dan

    kendiri keluarga berdasarkan status pekerjaan bapa responden. Ini mengambarkan bahawa

    keadaan fizikal diri responden dan institusi keluarga memainkan peranan penting terhadap

    perbezaan tahap konsep kendiri responden di kolej komuniti. Berdasarkan data Kajian

  • 8/19/2019 Konsep Kendiri Pelajar

    10/13

    10

    Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi tahun 2010-2012, didapati bahawa lebih

    daripada 50 peratus graduan Kolej Komuniti Mas Gading mempunyai jumlah pendapatan

    keluarga responden adalah di bawah seribu. Ini menjelaskan status ekonomi keluarga pelajar

    kolej komuniti adalah tidak tinggi.

    Menurut Azizi (2005), konsep kendiri seseorang dipengaruhi oleh orang-orang ‘significant ’seperti ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya. Ini disokong oleh Tajudin (1999) yang mendapati

    ibu bapa yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai serta mempunyai pendapatan

    yang rendah menjadi punca responden gagal di dalam pelajaran. Sikap dan tanggungjawab ibu

    bapa terhadap pelajaran anak-anak mereka akan terabai disebabkan mereka tidak dapat

    memenuhi kelengkapan yang seharusnya disediakan di dalam proses pembelajaran anak-anak.

    Hurlock (1974) yang menyatakan stabiliti di rumah mempengaruhi perkembangan konsep

    kendiri anak. Konsep kendiri kanak-kanak akan terjejas jika mereka tidak menerima perhatian

    daripada kedua-dua orang tuanya. Menurut Zakaria (1996) pula, faktor latar belakang

    (pendapatan keluarga dan taraf pendidikan) ibu bapa dan faktor komitmen ibu bapa

    mempengaruhi konsep kendiri anak-anak. Hasil dapatan ini bercanggah dengan kajianCoopersmith (1967) dalam kajiannya mendapati tiada hubungan antara penghargaan kendiri

    dan saiz keluarga, ketinggian atau status sosio ekonomi. Dalam penulisannya, Azizi Yahaya, et.

    al. (2005), ada menyatakan bahawa sebagai seorang yang positif, seseorang itu perlulah

    menerima dirinya seadanya iaitu sama ada dari segi fizikal, mental, status sosioekonomi,

     jawatan, kelebihan, kelemahan dan sebagainya.

    4.3 Implikasi Kajian

    Kesan daripada keciciran responden daripada sekolah menengah telah membawa kepada

    tahap konsep kendiri responden yang sederhana pada peringkat kolej komuniti. Ini

    menunjukkan bahawa pelajar kolej komuniti masih boleh dididik dan dibentuk kearah kendiriyang lebih positif. Penekanan dari tahap kendiri sosial dan kendiri sifat akhlak perlu

    dititikberatkan memandangkan kedua-dua aspek ini mempengaruhi kendiri responden setiap

    hari tanpa disedari. Kemahiran generik perlu diterapkan dengan lebih berkesan di kalangan

    responden sebelum melangkah ke dunia pekerjaan. Antara kemahiran generik yang perlu ada

    bagi responden berdasarkan hasil daripada dapatan kajian ini termasuklah kemahiran

    berkomunikasi, mengurus diri sendiri, membuat penyesuaian dan bersikap positif.

    Kajian ini juga menjelaskan bahawa terdapat pengaruh pendapatan keluarga terhadap kendiri

    fizikal dan kendiri keluarga terhadap pembentuk konsep kendiri positif para responden. Kedua-

    dua kendiri ini saling berkaitan rapat. Responden yang berasal dari keluarga yang

    berpendapatan pada kebiasannya akan memastikan dirinya sentiasa kemas. Keadaan ini

    adalah berkaitan dengan hierarki keperluan individu yang diutarakan oleh Maslow (1968).

    Kewangan keluarga menggambarkan kebolehan ibu dan bapa memenuhi keperluan anak-

    anaknya. Sekiranya kewangan tidak mencukupi, bagaimana ibu dan bapa memenuhi keperluan

    fisiologi ahli keluarganya? Sekiranya individu tidak dapat memenuhi keperluan fisiologinya,

    bagaimanakah individu akan memenuhi keperluan di peringkat yang seterusnya? Adalah wajar

    untuk menyatakan bahawa kemiskinan boleh menyebabkan ibu bapa banyak membiarkan

  • 8/19/2019 Konsep Kendiri Pelajar

    11/13

    11

    anak-anak bersendirian di rumah kerana mereka lebih mementingkan untuk mencari jalan

    mendapatkan sumber kewangan.

    4.4 Cadangan Kajian

    Berdasarkan perbincangan di atas, pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yangdifikirkan perlu bagi meningkatkan lagi tahap konsep kendiri positif, bukan setakat untuk pelajar

    Kolej Komuniti Mas Gading, malah kepada semua pelajar di kolej komuniti kepada beberapa

    pihak. Antara cadangan yang difikirkan perlu adalah:

    i. Pelajar perlu membuka minda dan berpandangan positif dalam apa jua yang dibuat.

    Mereka perlu melangkah ke depan dengan lebih berani dalam menghadapi masalah

    kendiri masing-masing. Mereka harus peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling

    mereka dengan berhubung dengan orang luar dan mengamalkan budaya hidup sihat

    yang dapat diterima oleh masyarakat dengan mematuhi peraturan-peraturan dan

    displin yang telah ditetapkan. Disamping itu pelajar juga digalakkan berinteraksi

    antara satu sama lain.

    ii. Ibu bapa harus sedar betapa pentingnya pengaruh keluarga dalam pembinaan

    konsep kendiri anak-anak mereka. Mereka haruslah berusaha untuk mewujudkan

    satu suasana yang baik dan positif untuk memastikan anak-anak berada dalam

    keadaan selesa apabila bersama dengan keluarga walaupun tidak mempunyai

    pendapatan yang tinggi.

    iii. Pensyarah merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi konsep kendiri pelajar

    kerana pensyarah merupakan model yang sentiasa diikuti oleh pelajar. Menerusi

    seminar Hal Ehwal Pelajar, perkongsian pendapat dan pengalaman antarapensyarah kolej komuniti dengan pihak luar seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan

    Kesihatan, Jabatan Belia dan Sukan dan sebagainya. Kursus atau bengkel yang

    berkaitan diharap dapat memantapkan lagi fungsi pensyarah di kolej komuniti dalam

    meningkatkan tahap konsep kendiri pelajar.

    iv. Penganjuran pelbagai program, bengkel dan kursus pengukuhan diri, kepimpinan,

    kemahiran generik, khidmat masyarakat oleh Unit Hal Ehwal Pelajar kolej komuniti

    dengan kerjasama Unit Kaunseling juga penting dan ia merupakan salah satu

    langkah secara langsung dalam membantu pelajar menjadi seorang yang lebih

    pandai berinteraksi dan yakin. Penekanan kepada pembinaan konsep kendiri positif

    harus ditekan sepanjang pelaksanaan aktiviti-aktiviti bersama pelajar.

    v. Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mencadangkan satu ujian konsep kendiri

    kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bagi bakal-bakal pensyarah untuk

    memastikan pensyarah mempunyai konsep kendiri yang tinggi sahaja dipilih menjadi

    pengajar. Keputusan ujian ini boleh dijadikan panduan kepada pihak Kementerian

    membuat pemilihan bakal pensyarah kelak.

  • 8/19/2019 Konsep Kendiri Pelajar

    12/13

    12

    5.0 KESIMPULAN

    Hasil daripada kajian, pengkaji mendapati bahawa tahap kensep kendiri di kalangan pelajar

    Kolej Komuniti Mas Gading adalah berada dalam tahap yang sederhana. Selain itu, hasil kajian

    telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor status kerja bapa

    dengan tahap konsep kendiri pelajar. Ini menunjukkan bahawa bapa telah memainkan perananyang penting dan mempunyai impak yang besar terhadap perkembangan konsep kendiri anak

    mereka.

    6.0 RUJUKAN

     Abu Bakar, Zainudin and Abdullah Sani (2010), Riyanti Kepentingan Konsep Kendiri PositifDalam Pembelajaran. Skepen 2010 Conference Proceedings.

     Azizi Yahaya, Fauziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya dan Noordin Yahaya. (2005).Pembangunan Kendiri . Skudai: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

     Azizi Yahaya, Halimah Ma’alip, Amir Hamzah Abdul dan Sharifudin Ismail (2002). Hubungan Di

     Antara Konsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap Pencapaian AkademikPelajar Di Sekolah Menengah Di Johor Bahru.http://eprints.utm.my/2403/1/Aziziyahaya___Hubungan_Konsep_Kendiri_Dengan_Kemahiran_Komunikasi.pdf.  Akses pada 5 Julai 2013.

    Chiam, H. K. (1976). A Study Of The Self-Concept Of Form 4 Students In An Urban Area AndSome Of Its Correlates. University of Malaya: Dissertasi Ph.D.

    Coopersmith, S. (1967). The Antecedents Of Self-Esteem. San Francisco: Fresman.Epstein,S. (1980). The Self-concept: A Review And The Proposal Of An Integrated

    Theory Of Personality . Englewood Cliffs,NJ: Prentice Hall.Fitts, W.H. and Warren, W.L. (1996). Tennessee Self-Concept Scale Manual. (Second Ed.). Los

     Angeles: Western Psychological Services.Hurlock, Elizabeth B. (1974). Personality Development . New York : McGraw-Hill.

    Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (2007). Unit Hal Ehwal Murid. Laporan SalahlakuPelajar-pelajar Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Terengganu Tahun 2006.Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (2012).  Didapati pada Oktober 1, 2013.

    http://www.jpkk.edu.my/jpkk/index.php/maklumat-kami/visi-dan-misi.htmlKrejcie, R.V. and Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research.

    Educational and Psychological Measurement.Lewis dan Robin (2000). Statistik Untuk Pengurusan. Edisi Ketujuh. Petaling Jaya: Pearson

    Education Asia Pte. Ltd.Maslow, A. H. (1968). Toward A Psychology Of Being  (2nd ed). New York: Van Nostrand

    Reinhold.Mc Millan, J.H. dan Schumacker, S. (1984). Research in education: A conceptual International

    Handbook . USA: Pergamon Press.

    Mokhtar Mokri (1999). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih Aliran KejuruteraanTeknikal Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Selepas PMR Di DuaBuah Sekolah Menengah Teknik Melaka. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana.

    Noor Sa’adah Royani. (1999). Hubungan di antara Konsep Kendiri dengan Pencapaian Akademik. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

    Nurul Ezzati, A. (2008). Hubungan Antara Konsep Kendiri, Dimensi Personaliti Dan persekitaranKeluarga Terhadap Pencapaian Akademik pelajar SPA, SPE Dan SPJ . Tesis IjazahSarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

    http://eprints.utm.my/2403/1/Aziziyahaya___Hubungan_Konsep_Kendiri_Dengan_Kemahiran_Komunikasi.pdfhttp://eprints.utm.my/2403/1/Aziziyahaya___Hubungan_Konsep_Kendiri_Dengan_Kemahiran_Komunikasi.pdfhttp://www.jpkk.edu.my/jpkk/index.php/maklumat-kami/visi-dan-misi.htmlhttp://www.jpkk.edu.my/jpkk/index.php/maklumat-kami/visi-dan-misi.htmlhttp://eprints.utm.my/2403/1/Aziziyahaya___Hubungan_Konsep_Kendiri_Dengan_Kemahiran_Komunikasi.pdfhttp://eprints.utm.my/2403/1/Aziziyahaya___Hubungan_Konsep_Kendiri_Dengan_Kemahiran_Komunikasi.pdf

  • 8/19/2019 Konsep Kendiri Pelajar

    13/13

    13

    Othman Md Johan (1995). Kesan Konsep Kendiri Terhadap Tingkah Laku Murid-Murid. TesisDr. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Radin Khairuddin Mohammad (1999). Faktor Pemilihan Bidang Serta PencapaianPrestasi Pelajar Di Sekolah Menengah Teknik. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Ijazah Sarjana Muda.

    Rogers, C. R. (1959). A Theory of Theraphy, Personality and Interpersonal Relationships as

    developed in the Client-Centered Framework, dalam S.Koch, (ed), Psychology : A Studyof Science. New York: McGraw Hill.

    Salleh Amat dan Zuria Mahmud (2007). Monograf Pengajaran & Pembelajaran IPTA-IsuSemasa dalam Pendidikan Tinggi Assertiveness: Concept and Its Roles in DevelopingBetter Interpersonal Skills among Malaysian Undergraduate Students. CADE: UPMSerdang.

    Sharifah Binti Mohd Kassin (1998). Perkaitan Di Antara Konsep Kendiri Pelajar DenganPencapaian Akademik – Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis IjazahSarjana Muda.

    Tajudin Ali (1999). Faktor Yang Membawa Kepada Sikap Rajin Belajar Tiong Hua.http://www.idealis_mahasiswa.net/artikel_harian/feb2002/14feb03.html.  Akses pada 5Julai 2013.

    Yahaya, A., Amir Hamzah, A. dan Mohd Taib, N. (2005). Perubahan Konsep Kendiri DiKalangan Pelajar Pra-Universiti Di beberapa Sekolah Batu Pahat . InternationalConference On Learning And Motivation. Langkawi, Kedah, Malaysia.

    Zahara (2000). Hubungan Antara Konsep Kendiri Dan Motivasi Pencapaian DenganPencapaian Dalam Mata Pelajaran Sejarah.  Universiti Kebangsaan Malaysia: TesisSarjana

    Zainuddin, A., Zuria, M. dan Salleh, A. (2008). Pendekatan Kaunseling Menangani MasalahKebebasan dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi: Satu Kajian Kes. JurnalPendidikan 33, 107 – 123.

    Zakaria Bin Othman (1996). Hubungan faktor-faktor Latarbelakang dan Komitmen Ibu Bapadengan Pencapaian Matematik . Universiti Utara Malaysia :http://www.asig.uum.edu.my/research/ethesis/p_pendidikan.cfm.  Akses pada 5 Julai

    2013.Zulkifli Mohd Yasin. (2003). Hubungan Antara Konsep Kendiri dengan Pencapaian

     Akademik Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Pontian.Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

    7.0 PENGHARGAAN

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada staf-staf akademik dan

    sokongan Kolej Komuniti Mas Gading kerana telah memberi sokongan yang padu dalam

    menjayakan kertas penyelidikan ini. Selain daripada itu, tidak lupa juga untuk merakamkan

    terima kasih kepada pelajar-pelajar yang terlibat sebagai responden dalam kajian tersebut.

    http://www.idealis_mahasiswa.net/artikel_harian/feb2002/14feb03.htmlhttp://www.asig.uum.edu.my/research/ethesis/p_pendidikan.cfmhttp://www.asig.uum.edu.my/research/ethesis/p_pendidikan.cfmhttp://www.idealis_mahasiswa.net/artikel_harian/feb2002/14feb03.html