KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIO

8
KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA Bagi sesebuah negara yang berbilang kaum pasti akan mempunyai pelbagai corak sosio-budaya. Sosio-budaya bermaksud hubungan masyarakat dengan budaya dari segi cara hidup, adat istiadat dan lain-lain. Perubahan sosial budaya akan terjadi apabila sebuah kebudayaan melakukan kontak dengan kebudayaan asing. Hal ini berkait rapat dengan Malaysia yang terdiri lebih daripada 200 etnik. Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia boleh dilihat dari pelbagai segi seperti bangsa, struktur masyarakat, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina. Daripada kepelbagaian sosio-budaya ini, sifat demokrasi harus dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan perbalahan diantara kaum. Bangsa menurut Kamus Dewan (1999) bermaksud sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Definisi bangsa mengikut definisi Ernest Renan pula, adalah sebagai sebuah kumpulan yang ingin tinggal bersama. Beliau menyatakan “avoir fait de grandes choses ensemble, vouloir en faire encore” yang bermaksud menempa kejayaan yang hebat bersama-sama di masa lampau, dan berhasrat meneruskannya. Selain itu, Abdul Rahman Embong, 2001, menyatakan bahawa konsep bangsa adalah satu komuniti orang ramai (komuniti politik) yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama,serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama yang merangkumi bahasa, budaya, sastera dan nama. 1

description

SOSIO BUDAYA

Transcript of KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIO

Page 1: KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIO

KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA

Bagi sesebuah negara yang berbilang kaum pasti akan mempunyai

pelbagai corak sosio-budaya. Sosio-budaya bermaksud hubungan

masyarakat dengan budaya dari segi cara hidup, adat istiadat dan lain-lain.

Perubahan sosial budaya akan terjadi apabila sebuah kebudayaan

melakukan kontak dengan kebudayaan asing. Hal ini berkait rapat dengan

Malaysia yang terdiri lebih daripada 200 etnik. Kepelbagaian sosio-budaya di

Malaysia boleh dilihat dari pelbagai segi seperti bangsa, struktur masyarakat,

kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina. Daripada kepelbagaian sosio-

budaya ini, sifat demokrasi harus dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang

kemungkinan yang boleh menyebabkan perbalahan diantara kaum.

Bangsa menurut Kamus Dewan (1999) bermaksud sekumpulan orang

yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Definisi

bangsa mengikut definisi Ernest Renan pula, adalah sebagai sebuah

kumpulan yang ingin tinggal bersama. Beliau menyatakan “avoir fait de

grandes choses ensemble, vouloir en faire encore” yang bermaksud

menempa kejayaan yang hebat bersama-sama di masa lampau, dan

berhasrat meneruskannya. Selain itu, Abdul Rahman Embong, 2001,

menyatakan bahawa konsep bangsa adalah satu komuniti orang ramai

(komuniti politik) yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui

perkongsian wilayah bersama, ekonomi bersama,serta mempunyai unsur-

unsur subjektif bersama yang merangkumi bahasa, budaya, sastera dan

nama.

Secara keseluruhan, konsep bangsa bermaksud kumpulan manusia

yang serupa asal usul dan serupa sifatnya. Contohnya, kaum Melayu, Cina

dan India yang telah bersama sejak dahulu lagi dan berjaya membentuk

Bangsa Malaysia seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri kita yang ke-

4, Tun Seri Dato’ Doktor Mahathir bin Mohammad. Pembentukan satu negara

bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya

mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang

bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini

1

Page 2: KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIO

istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan

toleransi perlulah difahami dan diamalkan.

Masyarakat Melayu adalah masyarakat majoriti di Malaysia.

Masyarakat Melayu wujud hasil dari percampuran di antara tiga rumpun

bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan

pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara. Secara umumnya,

masyarakat Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang

mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai Timur Sumatera dan beberapa

tempat lain di Nusantara. Masyarakat Melayu juga dapat ditakrifkan apabila

memiliki ciri-ciri seperti lazim berbahasa Melayu, berkebudayaan Melayu dan

beragama islam (Perkara 153).

Masyarakat Cina berasal dari keturunan pendatang dari China yang

tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Etnik

Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam

kumpulan dialek utama iaitu Hakka, Kantonis, Fujian, Teochew, Hainan dan

FuZhou.

Kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu dan Cina ialah

Orang India. Mereka adalah rakyat Malaysia yang berasal dari India.

Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di

Malaya. Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun

yang lalu.

Kesinambungannya, suasana bilik darjah yang terdiri daripada

pelbagai komposisi etnik campuran yang berbilang kaum tidak dapat

dipisahkan. Komposisi etnik ini berkait rapat dengan bangsa dan keturunan.

Jadi, murid-murid akan mempelajari pelbagai bangsa yang mendiami

Malaysia bertitik tolak melalui pembelajaran di dalam kelas. Sikap toleransi

dan berkerjasama harus dipupuk bagi mewujudkan nilai-nilai sosial diantara

bangsa semasa mereka kecil lagi, ibarat melentur buluh biarlah dari

rebungnya.

Konsep masyarakat bermaksud manusia yang hidup secara

berkumpulan dan berkelompok yang mengamalkan satu budaya yang sama.

2

Page 3: KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIO

Mengikut Kamus Dewan (2005), masyarakat ialah kumpulan manusia yang

hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

Masyarakat terbahagi kepada tiga konsep penting yang ditumpukan iaitu

masyarakat, budaya dan perpaduan dalam masyarakat.

Terdapat ciri-ciri yang tersendiri apabila disebut tentang masyarakat.

Mereka hidup dalam suasana berkelompok, mempunyai budaya yang

tersendiri dan sering mengalami perubahan. Mereka juga saling berinteraksi

sama ada dengan pihak dalaman ataupun dengan pihak luar. Interaksi ini

penting dalam mengekalkan hubungan baik sesama mereka. Dalam

masyarakat harus mempunyai pemimpin dan aturan dalam sosialnya supaya

kepimpinan dapat berlaku dengan lebih efisyen.

Dalam institusi masyarakat akan terdapat konsep etnik dan

perkauman. Definisi etnik menurut Kamus Dewan ialah berkenaan bangsa

manusia, ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama

atau membuang unsur sesuatu kaum. Ini dapat dilihat jelas di Malaysia yang

terdapat pelbagai kepercayaan agama, namun mereka masih menghormati

agama masing-masing tanpa memperlekehkannya.

Konsep etnik akan membentuk konsep etnisiti (kekitaan) dan

etnosentrisme (kepercayaan). Ini juga akan mewujudkan konsep rasisme

(kepercayaan negative terhadap satu kaum), prejudis (perasaan negative

yang tidak diluahkan secara terbuka tetapi disalurkan kepada etnik) dan

stereotaip (kenyataan umum yang negative terhadap sesuatu kaum).

Manakala masyarakat majmuk (Plural society) bermaksud masyarakat

pelbagai kaum (Multi-racial society) yang merujuk kepada suasana

kepelbagaian bangsa yang bersama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal

dalam sebuah negara yang sama. Menurut Kamus Dewan masyarakat

majmuk juga membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa

kaum. J.S Furnivall (1939) menyatakan bahawa sebuah masyarakat majmuk

merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar

kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak

sistem ekonomi, politik dan sosial. Masyarakat majmuk di Malaysia

dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan

3

Page 4: KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIO

kaum melalui perkerjaan, kekurangan kontrak sosial dan wujudnya satu

kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.

Daripada institusi masyarakat ini pasti akan membentuk kelas sosial

yang tersendiri. Kelas sosial bertujuan untuk mewujudkan perpaduan dalam

kalangan masyarakat. Walaupun terdapat peraturan dalam satu-satu kelas

sosial, namun mereka masih dapat bergaul dengan kelas sosial lain supaya

pemikiran mereka berkembang dan dapat mewujudkan keharmonian sesama

mereka. Sebagai contoh, golongan atasan seperti keturunan diraja masih

dapat berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya tetapi mesti mengekalkan

protokol tertentu.

Wajar bagi setiap masyarakat mempunyai kepercayaan yang

tersendiri. Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu

perkara. Mengikut Kamus Dewan (1994), kepercayaan merupakan keyakinan

atau akuan mengenai kebenaran berlaku sesuatu. Kepercayaan selalunya

akan diterima mengikut kepercayaan nenek moyang. Setiap kepercayaan

adalah mengikut agama yang dianuti. Contohnya, kepercayaan orang Melayu

sering kali dikaitkan dengan kepercayaan dalam agama islam iaitu percaya

akan kewujudan Allah, tuhan alam semesta. Sebaliknya, kepercayaan bagi

orang India bagi agama hindu mempercayai bahawa lembu sebagai salah

satu daripada tuhan mereka. Untuk menghormati kepercayaan ini, murid

harus didedahkan kepada kepercayaan masyarakat lain supaya tidak timbul

salah faham diantara mereka.

Pada zaman dahulu, manusia primitive purba mempunyai kepercayaan

animesma iaitu kepercayaan kepada makhluk halus dan roh. Mereka percaya

dan yakin bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mesti dihormati

agar semangat tersebut tidak mengganggu mereka.

Bahasa adalah salur yang penting dan alat yang menyalurkan idea

untuk berhubung sesama masyarakat. Menurut Cole (1998), bahasa adalah

satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan

kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks.

Ferdinand de Saussure ada menyatakan terdapat perhubungan diantara

bahasa, sebagai alat perhubungan dengan linguistik yang mengkaji struktur

4

Page 5: KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIO

bahasa, kerana struktur bahasa yang betul sahaja melahirkan fikiran yang

betul.

Bahasa akan berubah bersesuaian dengan peredaran zaman. Bahasa

juga sebagai alat komunikasi untuk manusia berkerjasama, melestarikan

kebudayaan dan penerusan pemikiran. Orang melayu bertutur dalam Bahasa

Melayu tetapi mengikut dialek negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.

Tempat-tempat tertentu yang mempunyai majoriti berbahasa akan

mempengaruhi bahasa masyarakat sekeliling. Contohnya di negeri Johor,

orang Cina banyak menutur bahasa Mandarin kerana dipengaruhi media

massa dari Singapura.

Masyarakat juga telah menetapkan beberapa cara secara turun

temurun untuk melakukan sesuatu yang dipanggil adat resam. Adat iaitu satu

kelaziman yang dilakukan oleh masyarakat. adat resam mempunyai “isbat”

kepada pelaku sama ada positif atau negatif.

Setiap kaum mempunyai adat yang berbeza. Adat resam yang tidak

kekok dan releven masih boleh diterima pakai masih diamalkan sehingga ke

hari ini. Contohnya bagi masyarakat Melayu, adat resam yang masih

diteruskan adalah seperti melenggang perut, meminang dan bertunang,

kematian, bersunat dan bercukur jambul. Bagi masyarakat Cina pula, adat

resam selalunya akan diamalkan apabila menerima kelahiran, kenduri

selepas kahwin dan apabila mencukur rambut. Begitu juga dengan

masyarakat India yang akan mengamalkan adat resam pada waktu-waktu

tertentu seperti sewaktu berkahwin dan semasa bersalin.

Menurut Comonwealth Of Leraning mengatakan jantina dirujuk sebagai

perbezaan biologikal di antara lelaki dan perempuan. Walaupun terdapat

persamaan diantara mereka, namun terdapat juga perbezaan ketara diantara

jantina tersebut. Tiga ciri biasa yang menggambarkan jantina seseorang

melalui organ luaran jantina, organ dalaman jantina dan pembangunan wanita

sekunder pada peringkat akil baligh.

Secara fitrahnya, lelaki akan bersikap agresif dan keras. Mereka akan

membentuk peribadi maskulin dan menggemari aktiviti yang menggunakan

5

Page 6: KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIO

tenaga dan ekstreme. Mereka juga sering dikaitkan dengan kerja-kerja yang

praktikal dan mengeluarkan peluh. Sebaliknya, wanita akan bersikap lemah

lembut dan bersopan santun. Wanita lebih menggemari aktiviti yang tidak

menggunakan banyak tenaga seperti menjahit, menanam pokok bunga dan

memasak. Wanita akan lebih cepat bersikap matang berbanding lelaki kerana

tempoh baligh seseorang wanita adalah bermula dari usia seawal 10 tahun.

Namun, mencapai satu tahap umur, lelaki akan mempunyai sama tahap

kematangan seperti wanita.

Kesimpulannya, kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat

majmuk seperti Malaysia akan mengundang pelbagai perbezaan pendapat

dan pemikiran. Jika tidak diajar dari kecil, masalah ini akan merebak dengan

lebih teruk. Jadi, menjadi satu tugas penting sebagai guru untuk mendidik

anak murid supaya menjadi manusia yang berguna dan bersikap toleransi

supaya mereka hidup dalam suasana aman damai pada masa akan datang.

6