Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

10
[Document title] 1 ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKASURAT 1 Pengenalan - Tamadun Islam 2-3 2 Aspek Ketuhanan dan Kepercayaan Berupaya Membangunkan Tamadun Manusia yang Unggul 3-5 3 Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dalam Membentuk Masyarakat yang Berbudi Pekerti dan Saling Menghormati 5-6 4 Keburukan Meninggalkan Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan dalam Kehidupan Manusia 7 5 Memupuk Kesedaran Kepercyaan kepada Tuhan dalam Kalangan Masyarakat Malaysia 8-9 6 Kesimpulan 9-10 7 Rujukan 10

Transcript of Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

Page 1: Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

[Document title]

1

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKASURAT

1 Pengenalan - Tamadun Islam 2-3

2 Aspek Ketuhanan dan Kepercayaan Berupaya

Membangunkan Tamadun Manusia yang Unggul

3-5

3 Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dalam Membentuk

Masyarakat yang Berbudi Pekerti dan Saling Menghormati

5-6

4 Keburukan Meninggalkan Konsep Ketuhanan dan

Kepercayaan dalam Kehidupan Manusia

7

5 Memupuk Kesedaran Kepercyaan kepada Tuhan dalam

Kalangan Masyarakat Malaysia

8-9

6 Kesimpulan 9-10

7 Rujukan 10

Page 2: Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

[Document title]

2

1.0 PENGENALAN – TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam telah memberi banyak impak kepada perabadan dunia terutamanya

kepada pembentukan negara Malaysia. Negara Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan

Brunei dahulnya merupakan gugusan Kepulauan Melayu atau dikenali sebagai Nusantara

Melayu atau alam Melayu. Islam dibawa oleh orang Arab ke Tanah Melayu pada abad ke-7

Masihi. Tambahan pula, pada awal abad ke-8 Masihi, Monggol telah dikuasai oleh pusat

kerajaan Islam. Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat Nusantara. Setelah

itu, pengajaran dan pengaruh Islam telah berkembang secara menyeluruh ke Asia Tenggara.

Menurut Coedes (1968), kepercayaan unsur ajaran Hinduisme, anismisme, Buddhisme dan

lain-lain telah berubah corak dan mengubah cara kehidupan masyarakat kepada ajaran

berpaksikan monoteisme iaitu dengan menyembah Tuhan yang Esa. Kedatangan Islam ke alam

Melayu telah diterima dengan baik oleh masyarakat kerana masih mengikuti corak ketaatan

kepada sultan dan pembesar istana. Kepercayaan ini mengubah corak pemikiran, akidah dan

akhlak masyarakat Melayu secara holistik.

Terdapat kesinambungan daripada kerajaan awal Melayu ke kerajaan Islam Melayu

Melaka hingga ke kerajaan Persekutuan Malaysia yang sedia ada. Sistem penyusunan kerajaan

Persekutuan Malaysia ialah hasil daripada kerajaan Melayu Islam yang telah diubahsuai oleh

penjajah Inggeris, satu perkembangan yang mengambil masa lebih 500 tahun. Menurut Buerah

Tunggak & Hussin Salamon (2011), masyarakat Melayu masih berpegang teguh dengan

identiti dan entiti kemelayuan. Secara kebetulan pula, nilai murni orang Melayu selari dengan

nilai Islam.

Ciri-ciri utama Islam ialah menyeluruh ataupun holistik dan sempurna. Islam meliputi

seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah teras undang-undang. Teras ini mewujudkan

sistem perundangan yang jelas dan teratur serta sistem nilai melalui etika moral yang

berwibawa. Sistem ini dikuatkuasakan untuk menjamin kemakmuran dari semua perlakuan dan

tindak-tanduk masyarakat Melayu dan segala aktiviti. Kedatangan ini juga memberikan impak

kepada sistem organisasi sosial dan institusi sosial yang lebih kukuh dan sistematik dalam

bidang pentadbiran, ekonomi, politik, pendidikan dan agama.

Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan sahaja

membantuk manusia untuk mengenal Tuhan tetapi juga kesejahteraan hidup. Di Malaysia,

agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan

kelompok etnik disamaan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang

Page 3: Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

[Document title]

3

Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta

masyarakat orang Asli dan suku kaum bumiputera di pedalaman abah dan sarawak sebagai

penganut animisme. Menurut Shamsul Amri (2012), golongan individu yang bertukar agama

dianggap telah keluar daripada kelompok etnik.

1.1 ASPEK KETUHANAN DAN KEPERCAYAAN BERUPAYA

MEMBANGUNKAN TAMADUN MANUSIA YANG UNGGUL

Rukun Negara adalah salah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prins ip

kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek

keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik dan perundangan. Pada 13 Mei 1969, Rukun Negara

digubal disebabkan berlakunya peristiwa pertumpahan darah. Rusuhan kaum yang berlaku

telah menggugat keamanan dan keutuhan negara ketika itu. Ideologi ini digubal semasa negara

sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas

penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara (MPN). Kata sepakat untuk mencipta satu

ideologi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN iaitu pada 27 Januari 1970.

Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat

dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat

Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Ini digambarkan dengan jelas melalui lima prinsip

yang terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada

Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan

Kesusilaan. Akan tetapi perbincangan ini akan hanya memfokus kepada “Kepercayaan kepada

Tuhan.”

Agama ialah ciri penting dalam kehidupan manusia kerana ketiadaan agama boleh

meruntuhkan keperibadian seseorang serta bangsa dan negara. Bangsa dan negara ini telah

diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah

akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Kaum-

kaum di Malaysia menganut pelbagai agama seperti Islam, Buddhisme, Taoisme,

Konfucianisme, Hinduisme, Kristian dan sebagainya. Pegangan agama juga dapat

membimbing tindakan seseorang untuk berbuat baik dan menghindari perbuatan jahat serta

mengenali pahala dan dosa. Prinsip ini mengingatkan rakyat Malaysia khususnya yang

beragama Islam agar lebih bertanggungjawab kerana kepercayaan kepada Tuhan lazimnya

dikaitkan kepada adanya alam akhirat atau Hari Pembalasan.

Page 4: Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

[Document title]

4

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi

Persekutuan tetapi agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan

aman dan tenteram di mana-mana bahagian dalam Persekutuan seperti yang termaktub dalam

Perlembagaan di bawah perkara. Fenomena ini membolehkan setiap individu berpegang

kepada kepercayaan yang diyakininya dan patuh kepada ajaran tersebut. Tindakan membeza -

bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Walaupun apa agama yang dianuti, percaya akan kewujudan Tuhan merupakan rukun sebagai

anak Malaysia.

Rukun Negara telah menyedarkan kita akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada

Tuhan dalam kehidupan manusia. Keperibadian diri seseorang, sesuatu bangsa serta negara

boleh diruntuhkan jika agama diketepikan. Masyarakat juga perlu menyedari betapa

pentingnya pegangan yang teguh terhadap ajaran agama masing-masing. Kerana pentingnya

sebuah agama, prinsip inilah telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara seperti

menurut Ayu Nor Azilah (2013)

Kebanyakan pengkaji sejarah agama berpendapat bahawa agama ialah keperluan asas

setiap manusia. Kepercayaan kepada agama merupakan sifat sejagat bagi seluruh manusia.

Pemikiran tentang agama sudah wujud dalam diri manusia sejak dilahirkan lagi. Bukti

penemuan arkeologi menunjukkan kehidupan manusia terawal sudah dipengaruhi oleh agama.

Agama merupakan jawapan kepada persoalan kehidupan yang sukar dijawab. Persoalan

mengenai manusia dan hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman ghaib yang tidak dapat

dijangkau oleh akal fikiran yang kesemuanya boleh dijawab oleh agama. Tegasnya, agama

akan memberi jawapan kepada pertanyaan yang sukar dijawab oleh akal. Akhirnya, agama

diminati kerana agama merupakan elemen pengukuhan ikatan persaudaraan.

Pembangunan dan pembentukan insan yang sempurna adalah bermulanya dari

pendidikan awal yang diterima sejak dari kecil. Untuk melahirkan rakyat yang rela berbakti

serta berkorban ke arah mewujudkan perpaduan kaum dengan mengamalkan sikap toleransi,

bekerjasama dan hormat menghormati adalah menjadi matlamat penting bagi pembangunan

sesebuah negara. Sikap ini membantu kearah pembentukan satu bangsa yang maju dan

makmur. Dengan kata lain, pendidikan yang disampaikan hendaklah mampu membina serta

menghidupkan kesedaran insan tentang hakikat ketuhanan dan kesediaan untuk mematuhinya.

Usaha-usaha kearah membentuk penerapan kepercayaan dan keyakinan kepada tuhan amat

penting untuk melahirkan insan yang mempunyai keyakinan diri bahawa manusia dan alam

Page 5: Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

[Document title]

5

tidak terjadi dengan sendiri tetapi ada penciptanya. Sikap keyakinan kepada Tuhan akan

menjadikan jiwa manusia sebagai hamba yang taat serta patuh perintah. Keyakinan ini akan

menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan

manusia digalakkan untuk mengkaji fenomena alam. Ini menjadikan insan itu lebih berfikiran

terbuka dan dapat menghargai semua perbezaan sebagai asas membangunkan idea-idea dan

fikiran. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab dalam mentadbir dan

memakmurkan alam ini dengan baik

1.2 PRINSIP KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN DALAM MEMBENTUK

MASYARAKAT YANG BERBUDI PEKERTI DAN SALING MENGHORMATI

Di Malaysia, terdapat pelbagai agama dan kaum yang berbeza kepercayaan.

Kepercayaan ini dapat membezakan tahap pemikiran sekelompok masyarakat sehingga dapat

mengubah cara hidup dan budaya masing-masing. Masyarakat yang saling hormat-

menghormati saling meyumbang kepada pembentukan masyarakat yang harmoni dan sentiasa

aman sejahtera. Menurut Francis Harden Hollis (2012) mengatakan bahawa setiap anggota

masyarakat perlulah memastikan keamanan yang dikecapi sekarang berkekalan di Malaysia.

Menurutnya juga, rakyat negeri Sabah amat bertuah kerana hidup dalam satu masyarakat

majmuk yang terdiri daripada penganut Kristian, Islam, Buddha dan sebagainya dan saling

menghormati antara satu sama lain.

Penggubalan Rukuan Negara mempunyai objektif tersendiri. Antaranya ialah

Khususnya bagi orang Islam diwajibkan menghormati penganut agama lain seperti

dalam Firman Allah dalam surah Al-An’aam ayat ke-108:

“Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak

akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami

memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbutatan mereka, kemudian

kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa

yang mereka telah lakukan,”

Amat jelas Islam menolak prinsip tidak toleransi dalam kehidupan masyarakat yang harmoni.

Allah SWT telah mencipta umat manusia yang datang dari pelbagai kaum, budaya, ras, agama

serta etnik. Allah SWT juga mengajar bahawa konsep toleransi adalah penting bagi tujuan

Page 6: Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

[Document title]

6

mewujudkan keharmonian dalam kalangan umat manusia. Ayat berkenaan menjelaskan

bahawa umat Islam perlulah menghormati masyarakat yang bukan Islam.

Prinsip kebebasan beragama juga diraikan dan diperuntukkan tempat yang wajar dalam

Islam. Penganut pelbagai agama bebas mengamalkan agama pegangan masing-masing dengan

aman tanpa merasa takut dan terancam. Berasaskan prinsip ini, rumah-rumah ibadat dibenarkan

untuk didirikan. Islam menganggap semua agama berhak untuk diamalkan oleh penganut

agama masing-masing. Ciri-ciri yang ada dalam Islam sangat berguna untuk menjaga kebajian

manusia sejagat. Namun, untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan, Islam

menganjurkan supaya dibuat dengan niat yang jujur atas dasar tanggungjawab secara langsung

pada Allah. Untuk itu, setiap perbuatan yang dilakukan akan dinilai dari segi kejujuran niat.

Kejujuran dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab sama ada terhadap individu atau

masyarakat mampu memberi impak dalam kehidupan manusia.

Penghormatan terhadap suku kaum dan agama yang lain bukan sahaja dituntut di dalam

Islam, malahan juga oleh agama lain. Perbuatan baik dan mengekalkan perpaduan merupakan

pegangan utama dalam setiap agama. Dalam memelihara keharmonian negara, masyarakat

Islam dan bukan Islam mempunyai peranan yang sama penting. Kegagalan masyarakat dalam

mewujudkan keharmonian menyebbakan konflik dan akhirnya membawa kepada krisis

kemanusiaan.

Perbezaan agama bukanlah penghalang terjalinnya kedamaian dan keharmonian di

antara sesama manusia. Meskipun pergaulan dengan orang yang berbeza iktikad kepercayaan,

namun kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan. Setiap agama di Malaysia sentiasa

mempraktikkan sikap toleransi dalam menyikapi perbezaan sesama manusia. Oleh itu, setiap

rakyat Malaysia perlulah memahami dan sensitif dengan isu-isu yang berkaitan dengan

kepercayaan dan budaya masyarakat yang lain. Setiap agama mengajar umatnya supaya

percaya dan yakin terhadap Tuhannya. Dengan keyakinan inilah maka wujud manusia yang

mempunyai keteguhan pendirian yang jati. Pelajar-pelajar zaman sekarang perlu diterapkan

semangat spiritual di sekolah lagi supaya mereka boleh mengenal diri sendiri sebelum mereka

menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Semangat ini mampu membangunkan potensi

individu yang selama ini terpendam untuk membentuk akidah yang mulia.

Page 7: Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

[Document title]

7

1.3 KEBURUKAN MENINGGALKAN KONSEP KETUHANAN DAN

KEPERCAYAAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Dalam kehidupan seharian, kepercayaan kepada Tuhan perlulah diletakkan di tempat

yang pertama. Terbukti bahawa apabila prinsip Kepercayaan kepada Tuhan di tempat yang

pertama di dalam Rukun Negara, maka rakyat Malaysia telah menerima kesannya. Kesan yang

baik di mana rakyat di negara kita diberkati dengan hidup yang aman dan damai. Jika konsep

Kepercayaan kepada Tuhan diabaikan, maka ia memberikan impak yang negatif kepada setiap

manusia dan penjuru dunia.

Terdapat kesan besar pengabaian beridabat kepada Tuhan. Impak langsung dari

pengabaian ialah tidak berlaku suatu bentuk penghayatan agama yang hakiki dalam sesebuah

masyarakat. Pengabaian ini memberikan kesan kepada kemurkaan Tuhan, kehilangan

keberkatan, timbul huru-hara, terjadi tidak keseimbangan dalam masyarakat dan berlaku

kezaliman secara berleluasa. Tujuan dan amalan menjadi kepada keduniaan dan kebendaan

semata-mata melainkan keikhlasan jika agama diketepikan oleh setiap individu. Dalam agama

Islam, keikhlasan adalah tunjang dan prinsip di dalam ibadat umat Islam. Hal ini boleh dirujuk

kepada Hadith Muslim riwayat Umar ibn al-Khattab bahawa sesungguhnya setiap amal umat

Islam itu dengan niat dan ganjaran akan mengikut apa yang diniatkannya. Golongan orang yang

hanya melakukan tugas atau amanah berdasarkan kebendaan dan duniawi sahaja tidak akan

tenteram. Golongan materialistik tidak akan menerima manfaat sifat-sifat keberkatan,

ketenangan, keuntungan dan kebahagian kerana melebihkan duniawi dan kebendaan semata-

mata. Dari aspek kepimpinan pula, diktator dan pemimpin yang zalim juga akan dilahirkan

kerana mempunyai rasa angkuh dan sombong sehingga tidak tunduk dengan prinsip keadilan

dan panduan dalam kitab al-Quran dan keagamaan Islam. Pemerintah tersebut akan berbuat

zalim dan tidak berperikemanusiaan malah berjauhan dari sifat-sifat keilmuan dan

berketamadunan serta berperikemanusiaan. Jika prinsip keadilan, kebenaran, kemanusiaan dan

keilmuan diketepikan, maka tidak berlaku lagi bentuk ketaatan kepada Allah dan Rasul serta

kemesraan dalam kalangan mukminin di dalam masyarakat Islam mahupun bukan Islam.

Page 8: Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

[Document title]

8

1.4 MEMUPUK KESEDARAN KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN DALAM

KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Obligasi untuk memupuk kesedaran kepercayaan kepada tuhan tidak harus dipandang

enteng oleh setiap ibu bapa serta masyarakat dan perlulah dijulang sampai ke langit. Ibu bapa

haruslah mendidik kesedaran ini sejak anak-anak masih kecil lagi, bak kata pepatah, melentur

buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana secara analoginya, kanak-kanak diibaratkan kain

putih dan ibu bapa mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa haDruslah

menerapkan ajaran agama yang mantap dengan membawa anak-anak mereka untuk mendekati

Tuhan seperti dalam bersembahyang dan mengikut anutan agama masing-masing. Selain itu,

ibu bapa perlulah mengajar anak-anak mereka untuk menghormati dan berbudi dengan orang

lain. Ibu bapa perlulah mendidik anak mereka untuk bersikap sopan santun dan mengajar anak

mereka untuk bercakap dengan orang yang lebih tua.

Sementara itu, peranan pendidikan formal dalam memupuk kesedaran kepercayaan

kepada Tuhan. Nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, rasional, amanah dan kepercayaan

kepada Tuhan perlulah diterapkan dalam subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan, serta Pendidikan Agama Islam. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan

minggu Kesenian Islam supaya menghayati keindahan Islam serta meningkatkan kepercayan

dan keyakinan kepada Allah SWT. Selain itu, para pendidik haruslah menerapkan amalan nilai

murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengajar murid untuk sentiasa

bersyukur serta menghormati guru dan rakan yang lain. Tambahan pula, kerajaan juga perlulah

mengorak langkah untuk mengambil inisiatif dan memandang serius masalah yang berkaitan

dengan sahsiah kanak-kanak kini. Pihak kerajaan sepatutnya berkolaborasi dengan pihak media

massa dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Astro dan sebagainya. Program Rancangan

Tanyalah Ustaz yang ditayangkan di TV9 perlulah dikekalkan kerana ia memberikan manfaat

dan menyebarkan dakwah serta pengetahuan tentang ajaran Islam yang sebenar. Program

seperti ini meningkatkan serta memperkuatkan akidah dan iman seseorang. Di samping itu,

peranan media massa, samada media cetak dan media elektronik amat penting dalam usaha

memupuk kesedaran kepercayaan kepada Tuhan. Berdasarkan penyelidikan, teknologi dan

maklumat pada zaman ini mampu mempengaruhi akhlak kanak-kanak. Bagi mengambil

perhatian kanak-kanak, tayangan animasi ataupun kartun yang berasaskan kisah-kisah Nabi

pada zaman dahulu yang berdasarkan al-Quran. Oleh yang demikian, semua pihak sewajarnya

berganding bahu untuk mengorak langkah bagi memupuk kesedaran kepercayaan kepada

Tuhan dalam kalangan masyarakat terutamanya sejak kecil lagi. Masyarakat perlulah sedar

Page 9: Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

[Document title]

9

bahawa kekurangan kesedaran ini dapat menyumbang kepada pelbagai gejala sosial yang

semakin berlaku dalam masyarakat.

1.5 KESIMPULAN

Dari penulisan ini dapatlah kita mengetahui betapa pentingnya keagamaan disemai di

dalam diri setiap individu terutamanya rakyat Malaysia. Sememangnya negara kita terkenal

dengan masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang agama. Selain itu negara kita terkenal

dengan keharmonian, keselesaan, toleransi dan kedamaian. Pegangan hidup ini amatlah

diperlukan untuk meneruskan hidup yang penuh dengan pancaroba dan cabaran. Kita tidak

mahu hidup tanpa arah tujuan dan terumbang-ambing di dalam pencarian kebenaran. Hidup

beragama adalah sebuah kehidupan yang harmoni, tenang dan damai. Ia juga mengajar manusia

supaya menjalankan kehidupan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sahsiah. Setiap agama mengajar umatnya supaya percaya dan yakin terhadap Tuhannya.

Dengan keyakinan inilah maka wujud manusia yang mempunyai keteguhan pendirian yang

jati. Pelajar-pelajar zaman sekarang perlu diterapkan semangat spiritual di sekolah lagi supaya

mereka boleh mengenal diri sendiri sebelum mereka menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

Semangat ini mampu membangunkan potensi individu yang selama ini terpendam untuk

membentuk akidah yang mulia. Sehubungan dengan itu ummah yang berakidah tidak akan

sanggup melakukan sebarang kemungkaran samada secara terangan atau secara tersembunyi

kerana sangat meyakini bahawa Allah SWT. Natijahnya, kesejahteraan dan keamanan dalam

sesebuah negara akan terjamin dengan sebaik mungkin seterusnya rakyat akan hidup dengan

aman dan makmur.

Dalam kepelbagaian etnik, agama dan budaya di Malaysia, masyarakatnya mampu

hidup dengan harmoni. Pemahaman tentang institusi agama, pusat ibadat, perayaan, ritual dan

simbol suci bagi agama yang dianuti oleh keseluruhan masyarakat Malaysia berupaya

memperkukuh hubungan antara penganut agama yang pelbagai. Perselisihan dan salah faham

antara agama yang berbeza dapat dibendung daripada terus merebak. Prasyarat kepada

pengukuhan hubungan antara agama yang lebih bermakna ialah setiap penganut agama yang

berbeza mestilah mempunyai sikap toleransi yang tinggi terhadap agama lain dan pendekatan

harus dipupuk ke arah yang lebih positif. Peningkatan tahap toleransi antara agama dan etnik

mampu ditingkatkan dengan kesediaan semua kelompok agama memahami dan menerima

perbezaan serta meraikan kepelbagaian. Dengan pengukuhan hubungan antara penganut agama

Page 10: Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

[Document title]

10

yang berbeza pasti dapat menyumbang ke arah keharmonian hubungan antara etnik serta

kesejahteraan pembangunan negara bangsa.

RUJUKAN

Ayu Nor Azilah Mohamad, Rohaini Amin, Nor Azlina Endut. (2013). “Rukun Negara:

Peranan, Penghayatan dan Cabaran dalam Perpaduan di Malaysia” dalam Mohd

Azani Jabar. (2013). Membina Bangsa Malaysia. Jabatan Perdana Menteri: Jabatan

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Coedes, G. (1968). The Indianized States of Southeast Asia. Canbera, Australia: ANU Press.

Francis Harden Hollis. (2012). Dalam artikel Borneo Post: Masyarakat pelbagai kaum, agama

diseru saling hormat-menghormati. Diakses pada 14 Mac 2017 dalam laman web

http://www.borneopost.com/2012/08/27/masyarakat-pelbagai-kaum-agama-diseru-

saling-hormat-menghormati/

Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua. Bangi: Univers it i

Kebangsaan Malaysia.