Konsep menulis
-
Upload
farrahannyfaryhah -
Category
Documents
-
view
24 -
download
5
Transcript of Konsep menulis
KEMAHIRAN MENULIS
KONSEP MENULIS
MENULIS SEBAGAI SATU KEMAHIRAN BAHASA
• Proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan grafik
• Cara untuk berkomunikasi melalui bentuk grafik• Kemahiran yang sukar dan hanya dapat dikuasai melalui
pengajaran• Murid perlu mencatatkan simbol-simbol grafik iaitu huruf-
huruf atau gabungan huruf-huruf yang mempunyai hubungan dengan bunyi bahasa dalam pertuturan lisan
• Kemahiran menulis tertumpu kepada pengajaran bagi membolehkan murid-murid menguasai simbol-simbol grafik yang lazim digunakan dalam sesuatu bahasa
• Kemahiran asas perlu dikuasai oleh murid-murid sebelum menguasai kemahiran menulis.
TATABAHASA
MEKANISPENULISAN
PENYUSUNAN
PEMILIHANKATA
TUJUAN
KHALAYAK
PROSESMENULIS
ISI
SINTAKSIS
PENYAMPAIANIDEA YG JELAS,
TEPAT &BERKESAN
(Disesuaikan daripada Raimes, 1988:6)
KEMAHIRAN MENULIS(DEFINISI)
• Pembentukan simbol dalam bahasa.• Bertujuan menyampaikan ,menghubungkan sesuatu
mesei,maklumat atau idea kepada pembaca .• Simbol grafik semasa menulis ialah menggunakan
gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa bercakap.
Don Bryne (1979)
Kesimpulan kemahiran menulis
• Merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat , dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.
• Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis,tanda baca dan ejaan yang betul di samping tulisan yang jelas,cantik dan kemas
Aspek-aspek penting dalam konsep penulisan:
• Menggunakan pelbagai jenis ayat.• Mencatat dan menyusun maklumat.• Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan
kreatif.• Membuat ulasan tentang bahan yang
didengar,ditonton dan dibaca.
MATLAMAT KEMAHIRAN MENULIS
Pengajaran Kemahiran Menulis diajar kepada murid-murid supaya mereka dapat merakamkan apa yang didengar, dilihat atau dialami.
Dalam masa yang sama mereka juga akan menggunakan kemahiran berfikir sebaik mungkin.
Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari ini akan menghasilkan kemahiran menulis yang sistematik.
Konsep menulis:
• Melibatkan murid-murid supaya berfikir ,menaakul,menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.
• Murid perlu menguasai struktur karangan seperti nahu menulis panduan,pemerengganan dan menulis kesimpulan.
Sambungan…
Menulis merupakan satu proses menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat dan akhirnya sebuah wacana.
Justeru, penulisan merupakan cara untuk berkomunikasi melalui bentuk/simbol grafik.
PENGENALAN…
Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Sambungan …
Kemahiran Menulis perlu diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya murid-murid dapat menulis dengan betul.
Setiap peringkat mempunyai hubungan dengan kemahiran-kemahiran yang lain.
Pengajarannya mesti dirancang dengan kemas supaya murid-murid dapat menguasainya dan mempraktikkannya sebaik mungkin.
ASAS KEMAHIRAN MENULIS
Mengecam huruf
Memadan huruf dengan objek atau benda (sebutan)
Memadan huruf dengan objek atau benda (garisan)
Menyalin huruf sedia ada
Menulis huruf yang bertitik
Menulis huruf secara kendiri
Mewarna objek atau benda yang ada kaitan dengan huruf