Konsep modul literasi (program l inus) asas 3

31
KONSEP MODUL KONSEP MODUL LITERASI LITERASI (PROGRAM LINUS) (PROGRAM LINUS) ASAS 3 ASAS 3

Transcript of Konsep modul literasi (program l inus) asas 3

KONSEP MODUL KONSEP MODUL LITERASI LITERASI

(PROGRAM (PROGRAM LINUS) ASAS 3LINUS) ASAS 3

1.0 DEFINISI LITERASI Literasi didefinisikan sebagai keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung `dan’ serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

2.0 MATLAMATMatlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid yang mengikuti Program LINUS berkeupayaan untuk menguasai literasi dalam bahasa Malaysia dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti program LINUS.

3.0OBJEKTIF PROGRAM LITERASIObjektif Program Literasi adalah untuk memastikan murid berupaya:•Membaca, mencerakin, membina dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup;•Membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding;•Membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung;•Membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran; serta•Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang mudah seperti ‘dan’, ‘tetapi’, dan ‘kerana’.

4.0 OBJEKTIF LITERASI ASAS 3Pada akhir Program Literasi Asas 3 murid berupaya:•menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka dan suku kata tertutup;•menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding;•menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan yang mengandungi digraf, konsonan bergabung;•menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, dan vokal berganding yang mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka dan suku kata tertutup;•menyebut, membaca, membina dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran yang mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka dan suku kata tertutup;•menyebut, membaca, membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dengan kata hubung `dan’, `tetapi’, dan `kerana’; serta•menyebut, membaca, membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

5.0 FOKUS LITERASI ASAS 3Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Program LINUS, murid berupaya memperkaya kosa kata, meningkatkan pemahaman berbahasa dan menguasai kemahiran asas Literasi serta berkomunikasi secara baik bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran di dalam kelas arus perdana. Sehubungan dengan itu, pendekatan VAK dan kesepaduan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam Modul Literasi Asas 3.

5.1 Pendekatan VAKKaedah VAK menggabungkan deria penglihatan

(Visual), pendengaran (Auditori), dan pergerakan (Kinestetik). Dalam kaedah ini murid melihat, mendengar, menyebut dan melakukan tindak balas berikut:

•melihat huruf (visual)•mendengar sebutan guru (auditori)•menyebut huruf (auditori)•melakukan pergerakan fizikal dan sentuhan

(kinestetik)

a)Konsep Ansur Maju

• Aktiviti pengajaran disampaikan secara ansur maju.• Bermula dengan perkataan diikuti frasa dan kemudian ayat.• Bermula dengan perkataan yang senang kepada yang susah.• Daripada yang konkrit kepada yang abstrak• Daripada kontekstual kepada konstruktif.

5.2 Kesepaduan Pengajaran dan Pembelajaran Literasi Dalam pengajaran dan pembelajaran literasi, beberapa unsur berikutdisepadukan

b. Didik Hibur

• Murid LINUS adalah murid yang perlu diberi perhatian yang lebih khusus.• Aktiviti perlu disampaikan dengan aktiviti yang menarik.• Aktiviti didik hibur berunsur nyanyian, permainan, main peranan, lakonan dan pelbagai aktiviti yang menggembirakan kanak-kanak tetapi memberi kesan yang mendalam dalam proses pembelajaran murid

c) Konsep Penggabung Jalinan Kemahiran

• Mulakan dengan mendengar bunyi perkataan frasa atau rangkai kata dan ayat.• Bimbing murid menyebut apa yang didengar• Tekankan kemahiran mengeja dan membaca serta menulis perkara yang sama.• Modul ini mengaplikasikan gabungan beberapa kemahiran literasi.

d) Konsep Pengulangan

• Aktiviti ini merupakan aktivti terpenting dalam mengukuhkan aspek sebutan, bacaan dan ejaan.•Pengulangan aspek kosa kata juga ditekankan bagi mengukuhkan pemahaman murid dari segi makna perkataan dan mampu menggunakan dalam ayat yang dibina sendiri.•Latih tubi menjadikan murid LINUS lebih menguasai literasi.

e) Pembelajaran secara kumpulan kecil atau Individu

• Pembelajaran secara kumpulan kecil atau individu perlu bagi murid LINUS.tahun 2.• Modul ini perlu memuatkan aktiviti kumpulan.• Modul ini perlu menampakkan aktiviti membimbing sambil melatih murid yang sama kebolehan.

f) Bimbing perkara yang belum dikuasai dan Kukuhkan perkara yang telah dikuasai

• Perkara ini penting bagi memastikan keseluruhan kemahiran literasi dapat dikuasai oleh murid LINUS.• Jadikan 12 konstruk dalam saringan literasi sebagai tanda aras penguasaan murid literasi• Adakan juga ujian diagnostik bagi mengesan secara terperinci penguasaan literasi murid.

g) Pengajaran mengikut keupayaan individu

• Perkara ini perlu dilakukan supaya murid yang paling lemah tidak terabai dan murid yang maju tidak terkongkong dengan perkara yang sudah dikuasai.• Latihan yang disediakan dalam modul mestilah di pelbagai peringkat iaitu mudah, sederhana, dan susah.• Dicadangkan modul menyediakan ujian diagnostik yang berupaya menentukan kebolehan setiap murid.

h) Latihan menjadikan murid lebih baik (sempurna)

• Cadangan latihan yang dimuatkan dalam modul murid perlulah banyak dan dibuat melalui pelbagai pendekatan dan cara yang menarik.• Latihan mampu memperkukuh kemahiran literasi murid.

Kemahiran Asas 3 adalah seperti yang berikut:•Perkataan Suku Kata Terbuka1.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata terbuka.1.2 Membina dan menulis perkataan suku kata terbuka. 1.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan suku kata terbuka. 1.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi suku kata terbuka.

2.0 Perkataan Suku Kata Tertutup2.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata tertutup.2.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup.2.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan suku kata tertutup.2.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan suku kata tertutup.

3.0 Perkataan Diftong dan Vokal Berganding3.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding. 3.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding. 3.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi diftong dan vokal berganding. 3.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi diftong dan vokal berganding.

.4.0 Perkataan Digraf dan Konsonan Bergabung4.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.4.2 Membina dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.4.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.4.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

•5.0 Perkataan Berimbuhan Awalan dan Berimbuhan • Akhiran•5.1 Menyebut, membaca dan memahami perkataan • berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran. 5.2 Membina dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran. 5.3 Membaca dan memahami ayat tunggal yang mengandungi perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran.5.4 Membina dan menulis ayat tunggal yang mengandungi perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran.

6.0 Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk.6.1 Membaca dan memahami ayat tunggal.6.2 Membina dan menulis ayat tunggal.6.3 Membaca dan memahami ayat majmuk.6.4 Membina dan menulis ayat majmuk.6.5 Membaca dan memahami petikan berdasarkan bahan rangsangan.6.6 Membina dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

1.0PENDEKATAN VAKKaedah Penggunaan Pelbagai Deria (VAK) digunakan sebagai rangsangan terhadap pelbagai deria murid. Oleh itu, Modul Asas Literasi Asas 3 menggunakan pendekatan berikut:

1.1Penglihatan (visual) Penglihatan murid dirangsang melalui gambar-gambar yang bergerak atau suku kata yang berwarna-warni yang disokong oleh bunyi sebutan menggunakan bahan teknologi komunikasi maklumat (TMK). Contoh-contoh aktiviti penglihatan ialah: * Memerhati * melihat * menggambarkan • * Melukis * menulis * membuat kolaj

1.2 Pendengaran (auditori)Murid mendengar sebutan serta melihat pergerakanmulut guru. Murid menyebut perkataan tersebut. Contoh-contoh aktiviti pendengaran ialah:• mendengar rakaman• mendengar sebutan• menyebut semula• mengecam bunyi• mengambil imlak

1.3 Pergerakan (kinestetik)Kinestetik bertujuan untuk membolehkan murid belajar sambil bermain, belajar sambil menyanyi serta bertukar-tukar kemahiran. Contoh-contoh aktiviti pergerakan ialah:• main peranan (lakonan)• permainan• aktiviti luar bilik darjah• mereka cipta• simulasi• nyanyian dan gerakan

1.0 TEKNIKTeknik pengajaran merupakan suatu cara yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran yang ditetapkan. Antara teknik yang biasa digunakan ialah:

1.1 Main peranan Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.

1.2 Permainan bahasaPermainan bahasa ialah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan seperti teka silang kata dan sahibba.

1.3 Latih tubi Latih tubi merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta

atau kecekapan yang dipelajari.1.4 Bercerita

Bercerita sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa melalui kawalan nada suara, mimik muka serta berbantukan alatan yang bersesuaian.

1.5Kuiz bahasaTeknik ini dapat mengukuhkan pengajaran guru dan memantapkan pemahaman murid tentang sistem bahasa melalui pertandingan.

1.6 Sumbang saran Sumbang saran merupakan percambahan fikiran yang memerlukan setiap murid menyumbangkan pendapat dan idea.

1.7 Soal jawab Teknik ini dilaksanakan dengan cara murid menyoal dan menjawab soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran.

1.8 Simulasi Simulasi ialah melakonkan satu situasi yang hampir menyerupai keadaan sebenar secara berkumpulan atau secara individu

* KEPELBAGAIAN SUMBER BAHAN Kreativiti guru mengggunakan penggunaan pusat sumber sekolah dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Program Literasi. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus dan internet boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Modul Literasi Asas 3 dihasilkan untuk membimbing guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) menggunakan pendekatan VAK. Modul ini dibahagikan kepada 6 unit berdasarkan senarai kemahiran literasi asas 3. Untuk memudahkan guru, setiap unit mengandungi objektif, kemahiran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Setiap p&p akan dinyatakan pendekatan VAK manakah yang diberikan fokus iaitu sama ada visual, auditori ataupun kinestetik.

Selain itu, ikon berikut turut disertakan agar guru sentiasa dapat memberikan fokus kepada pendekatan VAK dalam p&p literasi asas 3.

kinestetikkinestetik

auditoriauditori

visualvisual

Terima Kasih Mohd Zaki bin Abd

Rahman019-3668904

[email protected]