konsep muzik.docx

11
 1. Irama Diaplikasikan ke pada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil. b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek. c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter. d. Beat-beat mempunyai tekanan. e. abungan n!t / beat membentuk c!rak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang. Simb!l "erbal # Irama detik n!t dan tanda rehat meter tekanan c!rak irama$ !stinat!$ rentak. %bjekti& ' ( ' # ' ada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat # 1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik ). Membezakan panjang pendek sesuatu nilai n!t dalam c!rak irama. *. Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu. +. Membezakan irama/r entak yang sama dan tidak sama. ,. Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan/didengar. ). Mel!di Susunan pic secara melintang. a. erdapat pic tinggi$rendah dan sederhana. b. 'ic dalam mel!di b!leh bergerak menuju ke arah tinggi$rendah dan

description

sdp

Transcript of konsep muzik.docx

1. IramaDiaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik.

a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil.b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek.c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter.d. Beat-beat mempunyai tekanan.e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang.

Simbol Verbal :Irama detik not dan tanda rehat metertekanan corak irama, ostinato, rentak.

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama.3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu.4. Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama.5. Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan/didengar.

2. Melodi

Susunan pic secara melintang.

a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana.b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar.c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat.d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic.e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu.f. Pic boleh disusun secara berurutan.g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.

Simbol Verbal :Melodi skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi sekuens nada

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid anak mendapat mengenal pasti dan membezakan :1. Antara melodi dan iringan.2. Pic tinggi,tengah dan mendatar.3. Skel yang dimainkan.4. Pic yang melompat dan berulang.5. Nada sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan.

3. Warna Ton

Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri.Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan.

Simbol Verbal:

Alat suara- manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dll. perkataan deskriptif ton- gelap , cerah , padat, garau, kasarsuara- soprano ,alto ,tenor dan besKeluarga alatmuzik- membranofon, aerofon , kordofon dan idiofon.

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :1. Mengenal psati bunyi-bunyian yang didengar di sekeliling mereka.2. Menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar, diterokai / eksperimen dll.3. Membezakan dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut, kasar, tinggi, rendah, padat, garau dll.4.Mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano, rekoder, dram, trumpet, gong, violin dll.

4. Bentuk

Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton.a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea.b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar.c.Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan.d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan.

Simbol Verbal :Motif frasa seksyen, koras, rangkap ABA , berulang, kontras intro, koda

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaan murid-murid akan dapat membezakan dan mengenalpasti :1. Frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/mainkan.2. Rangkaian lagu berangkap da korasnya.3. Intro dan koda sesebuah lagu atau muzik.

IramaMelodiWarna tonBentukHarmoniTeksurEkspresi

5. Harmoni.

Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan serentak.a. Dua pic boleh dibunyikan serentak.b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak.c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak.d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.

Simbol Verbal :Harmoni jeda triad tonik/kord round, polifoni, deskan,kaunter melodi kord iringan homofoni

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat :1. Membezakan antara melodi (rangkaian pic) dan harmoni (himpunan pic-pic - iringan).2. Mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan muzik/lagu dua atau lebh dua suara.3. Menyanyi lagu pusingan - round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi dan deskan.

IramaMelodiWarna tonBentukHarmoniTeksurEkspresi

6. Ekspresi

Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu ekspresi ide muzik.a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut.b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan.e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.

Simbol Verbal :Dinamik Volume cerscendo diminuendo susutain, legato, staccato cepat, lambatmud - riang, tenang, cemas, cergas.

Objektif P & P :

Di akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat :1. Membeza dan mengenal pasti di antara bunyi pada sesebuah lagu dan muzik yang kuat dan lembut.2. Memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur- ansur menjadi kuat atau perlahan.3. Memahami bahawa sesetengah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek, lembut, panjang, terputus-putus dan lain-lain lagi.

IramaMelodiWarna tonBentukHarmoniTeksurEkspresi

7. Tekstur / Jalinan

Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau banyak.b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni.

Simbol Verbal

Solo duet trio quartet orkestra monofoni homofoni polifoni

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :1. Mengenal pasti samada lagu/bunyi yang didengar itu dinyanyikan/dimainkan oleh seorang,dua atau lebih.2. Membezakan bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan polifoni.

KONSEP MUZIK

MELODI

Susunan pic secara melintang.Susunan pic tinggi,rendah dan sederhanaPic boleh bergerak menuju kearah tinggi,rendah dan mendatar - jedaPic boleh bergerak secara bertangga atau melompat - skelTon-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan anatara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic frasa laguGabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi laguPic boleh disusun secara berurutan sekuensPic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah lagu nada

Objektif untuk konsep melodi ialah:Murid dapat mengenal pasti dan membezakan1.antara melodi dan iringan2.pic tinggi,rendah dan mendatar3.skel yang dimainkan4.pic yang melompat dan berulang5.nada sesebuah lagu yang dimainkan/nyanyikan

IRAMA

Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsure masa dalam muzik.Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil - detikSetiap beat dan rehat mempunyai nilai samada panjang atau pendek not dan tanda rehatKumpulan beat membentuk tanda masa/meterBeat-beat mempunyai tekanan accentsGabungan not/beat membentuk corak irama yang berkaitan dan atau berulang-ulang corak irama,ostinato,rentak

Objektif untuk konsep irama ialah:Murid dapat1.merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik2.membezakan panjang pendek sesuatu corak irama3.merasa tekanan/accent pada sesebuah lagu4.membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama5.mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/nyanyikan

BENTUK

Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton motif.Gabungan siri pic-pic menghasilkan satu ide muzik - frasaRangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu ide muzik yang lebih besar seksyen,koras,rangkapSegmen muzik (motif,frasa,seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikanSegmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan intro,koda

Objektif untuk konsep bentuk ialah:Murid dapat membezakan dan mengenal pasti1.frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/dimainkan2.rangkaian lagu berangkap dan korusnya3.intro dan koda sesebuah lagu atau muzik

HARMONI

Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menegak dan dinyanyikan/dimainkan serentak1.dua pic boleh dibunyikan serentak jeda2.gabungan 3 atau lebih pic dimainkan serentak triad,kord3.dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabung dan dibunyikan serentak round,polifoni,deskan,kaunter melodi4.iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni kord iringan,homofoni

Objektif untuk konsep harmoni ialah:Murid dapat1.membezakan antara melodi (rangkaian) dan harmoni (himpunan pic iringan)2.mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan lagu/muzik dua atau lebih suara3.menyanyi lagu pusingan round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi dan deskan.

WARNA TON

1.bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber yang mempunyai cirri-ciri yang tersendiri alat,suara manusia,binatang,kenderaan,alam semulajadi2.sesuatu bunyi-bunyian yang mempunyai mutu berlainan dan memberi satu gambaran atau ide yang tersendiri garau,kasar,pipih,nyaring3.hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri yang dibuat daripada bahan-bahan tertentu,cara dibuat dan dibunyikan soprano,alto,bes,alat membranofon(gendang),aerofon(tiupan), kordofon(bertali) dan idiofon

Objektif untuk konsep warna ton ialah:Murid dapat1.mengenal pasti bunyi-bunyian yang didengar sekeliling mereka2.menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar,diterokai,dieksperimenkan3.membeza dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut,kasar,tinggi,rendah,garau dll4.mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano,rekoder,dram,dll

EKSPRESI

Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang menghasikan satu ekspresi ide muzik1.sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut2.satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur crescendo,diminuendo3.sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan,dilicinkan dan dipendekkan secara beransur sustain,legato.staccato4.sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan5.sesebuah lagu/muzik mempunyai cirri-ciri tersendiri mud (riang,sedih,cergas)

Objektif untuk konsep ekspresi ialah:Murid dapat1.mengenal pasti dan membezakan antara bunyi sesebuah lagu/muzik yang kuat dan lembut2.memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur menjadi kuat atau sebaliknya3.memehami bahawa sesebuah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek,panjang,lembut,terputus-putus dll.TEKSTUR/JALINAN

Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi bunyi yang didengar1.sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau tebal atau banyak solo,duet,trio.quartet,okestra2.ia ditentukan oleh pembentukan harmoni monofoni,homofoni,polifoni