KONSEP PANTUN
description
Transcript of KONSEP PANTUN
KONSEP PANTUN
Menurut Za’ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, perkataan
pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama.
Ada pendapat mengatakan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu
panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan
dalam pengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.
Perkataan pantun dikatakan berasal daripada perkataan Bahasa Sanskrit
paribhasya atau Bahasa Jawa parik yang bererti pari atau peribahasa dalam
Bahasa Melayu.
Antara penulisan klassik Tamil yang mempunyai bentuk pantun telah dikarang
antara kurun ke dua hingga kurun ke lima dalam tempoh cankam. Contoh
rangkapnya adalah:-
nilattinum perite vaninum uyarntanru
nirinum arala vinre carar
karunkor kurincip pukkontu
perunte nilaikkum natanotu natpe
(Tevakulattar: Kuruntokai, 3)
Terjemahan
(Besar dari bumi, tinggi dari langit
Dalam dari laut, dilereng gunung
(kurunci tangkai gelap mekar - seperti madu
Besar lagi cintaku bagi Tuanku (lord of the land))
Antara persamaan yang boleh dilihat adalah ia menggunakan puisi sebagai
gambaran cinta, mempunyai jumlah silables sekata setiap baris, dan pecahan
gambaran pada dua baris yang sama.
Menurut Dr. Brandsetter pula, perkataan 'pantun' berasal daripada akar kata tun
yang boleh dikesan dalam Bahasa Jawa iaitu tuntun, dalam Bahasa Tagalog
disebut tonton yang diucapkan dalam aturan yang tertentu.
Dalam Bahasa Sunda, pantun bermaksud satu cerita (karangan) panjang
berirama yang dinyanyikan dengan iringan muzik. Manakala dalam masyarakat
Melayu pula, pantun bererti kuantrain, iaitu puisi yang tersusun dalam struktur
empat baris serangkap.
Pantun dapat dikelaskan berdasarkan kepada bentuk/struktur, tema/isi, fungsi
dan penyebarannya. Daripada pengkelasan inilah maka timbullah apa yang
disebut pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dan sebagainya.
Dari segi tema pula memunculkan jenis-jenis pantun seperti yang berikut:
pantun kanak-kanak
pantun cinta dan kasih sayang
telatah dan cara hidup masyarakat
pantun teka teki
pantun puji-pujian/sambutan
pantun nasihat, agama, dan adat
pantun naratif/cerita
Contoh pantun cinta dan kasih sayang:
Dari Mentakab ke Sungai Mati,
Singgah bermalam di Tangga Batu,
Tumpang di rumah Tok Lela;
Timbullah insaf di dalam hati,
Pemandu ramai penumpang pula tetap setia.
CIRI-CIRI PANTUN
Menurut Zaidan Hendy (1990),tiap bait terdiri atas empat baris kalimat, kemudian
tiap baris terdiri atas 4 hingga 6 suku kata atau 8 hingga 12 suku kata. Pada
baris pertama dan kedua di sebut pembayang kata dan baris ketiga dan keempat
disebut isi, sampiran melukiskan alam dan kehidupan, sedangkan isi pantun
berkenaan dengan maksud pemantun.selain itu, bersajak silang atau a-b-a-b,
ertinya bunyi akhir baris pertama sama dengan bunyi akhir baris ketiga dan bunyi
akhir baris kedua sama dengan bunyi akhir baris keempat. Pantun digunakan
pergaulan, maka pantun selalu berisikan curahan, perasaan, buah pikiran,
kehendak, kenangan dan sebagainya. Setiap bait pantun selalu dapat berdiri
sendiri kecuali pada pantun berkait. Pantun yang baik , bermutu ada
hubungannya antara pembayang dengan isi. Contoh pantun :
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belum lagi teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belum lagi sembuh.
Hubungan antara pembayang dan isi yang nampak pada pantun di atas ialah
sama-sama menunjukkan keadaan yang makin menghebat. Pantun yang kurang
bermutu, menurut Zaidan, yang diciptakan oleh kebanyakan, umumnya tidak ada
hubungan pembayang dan isi. Contoh pantun :
Buah pinang buah belimbing,
Ketiga dengan buah mangga,
Sungguh senang beristeri sumbing,
Biar marah tertawa juga.
Rangkap pantun di atas tidak menunjukkan adanya hubungan antara
pembayang dan isi, kecuali ada persamaan bunyi.
Menurut Zufahnur ddk (1996),serangkap pantun terikat oleh beberapa syarat
iaitu bilangan baris tiap bait adalah empat, bersajak AB-AB, terdapat banyak
suku katanya tiap baris 8-12, pada umumnya 10 suku kata dan pantun umumnya
mempunyai sajak akhir tetapi ada juga yang bersajak awal atau bersajak tengah.
Menurut Sumiati Budiman ( 1987),ada beberapa syarat yang mengikat pantun
iaitu : setiap bait terdiri atas empat bait,setiap baris terdiri atas 4 patah kata atau
8-12 suku kata. Baris yang pertama dan kedua merupakan pembayang , baris
ketiga dan keempat merupakan isi. Seterusnya berima a-b-a-b dan antara
pembayang dan isi terdapat hubungan yang erat.
Berdasarkan beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa pantun
adalah bentuk puisi yang terdiri atas empat baris yang bersajak silih dua-dua
( pola ab-ab), dan biasanya tiap baris terdiri empat perkataan. Dua baris
pertama disebut sampiran ( pembayang) manakala dua baris berikutnya disebut
isi pantun. Antara pembayang dan isi terdapat hubungan yang saling berkaitan.
Oleh kerana itu, tidak boleh membuat pembayang asal jadi hanya untuk
menyamakan bunyi baris yang pertama dengan baris ketiga dan baris
keduadengan baris keempat.
JENIS-JENIS PANTUN
Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenis pantun ialah pantun dua
kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat, dan pantun
sepuluh kerat. Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun.
Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenais bentuk lagi yang dinamakan
pantun berkait. Bentuk-bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang
berbentuk nasihat, adat, agama, teka-teki, jenaka dan juga ada sesetengahnya
berbentuk peribahasa.
Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam
pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi
Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan
secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya
masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis
keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru itu, pantun pantun dari segi isi
atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki,
jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib, perantau, adat, kepahlawanan,
peribahasa, kias ibarat dan agama. Meskipun begitu, penentuan jenis-jenis isi
atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap jenis isi pantun itu,
lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih dilihat pada
isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau persoalan
lain yang berhubungan.
Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada
umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya,
lebih jelas bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu
yang baik dan meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat"
dan "agama" tidak kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan
isinya. Umpamanya, persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat,
peraturan atau undang-undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan
Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.
Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, iaitu melalui penyampaian isinya
menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta
susunannya. Bagi pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka
setiap isi yang disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat
atau perbandingan. Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam
bentuk peribahasa; tetapi gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan
mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang memerlukan jawapan adalah
merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara berfikir secara spontan
dam membina kemahiran berfikir dengan tepat.
Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada
gambaran keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur
pengajaran, nasihat dan sindirannya di dalamnya.
CONTOH-CONTOH PANTUN
JENIS PANTUN CONTOH
PANTUN BERKAIT
Kebiasaannya terdiri dari empat
kerat juga, tetapi antara satu pantun
dengan satu pantun
berkait-kait pembayang dan
maksudnya. Pembayang kedua
pada pantun pertama dijadikan
pembayang pertama pada pantun
kedua dan maksud kedua dalam
pantun pertama dijadikan maksud
pertama bagi pantun kedua.
Pergi kehulu menjala ikan,
Belayar sampan ke Tanjung Jati;
Masa lalu jangan ditangiskan,
Masa depan jangan ditakuti.
Belayar sampan ke Tanjung Jati,
Cuaca redup di tepi muara;
Masa depan jangan ditakuti,
Bahtera hidup kemudinya usaha.
Cuaca redup di tepi muara,
Angin Barat bertiup nyaman;
Bahtera hidup kemudinya usaha,
Tanamkan kudrat pada keazaman.
Angin Barat bertiup nyaman,
Burung gagak terbang ke rimba;
Tanamkan kudrat pada keazaman,
Bulan tidak jatuh ke riba.