KONSEP PEMIKIRAN SEJARAH

7
KONSEP PEMIKIRAN SEJARAH Marzano et all. (1998) menjelaskan pemikiran sejarah melibatkan satu set operasi mental yang dikenali sebagai proses. Proses ini merangkumi pembentukan konsep, pembentukan prinsip, kefahaman, penyelesaian masalah, membuat keputusan, penyiasatan dan penggabungan yang melibatkan beberapa kemahiran berkir. Proses pemikiran di peringkat a!al adalah lebih kepada pemerolehan pengetahuan, sementara di peringkat akhir ia lebih kepada penghasilan dan aplikasi ilmu. Peranan pemikiran sangat penting kepada kepada seseorang pengkaji dan penyelidik sejarah dan bukannya pemikiran itu sendiri sebagai gejala dalam sejarah. "leh itu beliau menyamakan sejarah itu dengan pemikiran apabila beliau menyatakan baha!a semua sejarah itu adalah sejarah pemikiran. #eliau menyatakan baha!a sejarah tidak dapat ditulis se$ara saintik ke$uali sejarah itu dapat menggambarkan kembali di dalam akalnya akan pengalaman orang%orang yang tindakannya sedang dikaji oleh sejara!a berkenaan (&usof 'brahim, 198 ). uret (198*), menyatakan baha!a +ejarah merupakan satu bidang ilmu yang boleh dibuat pelbagai interpretasi dari semasa ke semasa. uru tidak perlu lagi menyediakan pelajar dengan segala fakta dan penjelasan sejarah, malah dalam kerangka pemikiran sejarah era -ne! history ia lebih kepada penumpuan untuk mengasah intelek pelajar se$ara kritikal dan analitikal (/enkins, 1990). /adi, konsep pemikiran sejarah perlulah difahami oleh pelajar aga mereka dapat dilatih menjadi sejara!an. Pemikiran +ejarah pula berdasarkan uraikan +ukatan Pelajaran 2urikulum #ersepadu +ekolah Menengah (0330), merupakan satu bentuk proses kognitif yang murid%murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. 2enyataan ini selari dengan takrifan pemikiran +ejarah yang dibuat oleh 4ineburg (0331) ialah satu $ara berkir yang unik. #eliau juga berpendapat pemikiran +ejarah merupakan bentuk yang paling mendalam, merupakan proses yang asli disebabkan perkembangan psikologi. #eliau turut menyatakan pemikiran +ejarah ialah 5goes against the grain of ho! !e ordinally think..6 Pemikiran sejarah juga menunjukkan pengajaran yang bertumpu kepada usaha mempertajamkan pemikiran menjadi perkara yang sangat penting dalam perubahan pendidikan kini. 'ni disebabkan pemikiran berkait rapat dengan unsur intelek yang diberi penekanan dalam 2#+M (2amarudin aji usin, 1997).

description

sej

Transcript of KONSEP PEMIKIRAN SEJARAH

KONSEP PEMIKIRAN SEJARAH

Marzano et all. (1998) menjelaskan pemikiran sejarah melibatkan satu set operasi mental yang dikenali sebagai proses. Proses ini merangkumi pembentukan konsep, pembentukan prinsip, kefahaman, penyelesaian masalah, membuat keputusan, penyiasatan dan penggabungan yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Proses pemikiran di peringkat awal adalah lebih kepada pemerolehan pengetahuan, sementara di peringkat akhir ia lebih kepada penghasilan dan aplikasi ilmu.

Peranan pemikiran sangat penting kepada kepada seseorang pengkaji dan penyelidik sejarah dan bukannya pemikiran itu sendiri sebagai gejala dalam sejarah. Oleh itu beliau menyamakan sejarah itu dengan pemikiran apabila beliau menyatakan bahawa semua sejarah itu adalah sejarah pemikiran. Beliau menyatakan bahawa sejarah tidak dapat ditulis secara saintifik kecuali sejarah itu dapat menggambarkan kembali di dalam akalnya akan pengalaman orang-orang yang tindakannya sedang dikaji oleh sejarawa berkenaan (Yusof Ibrahim, 1985).

Furet (1983), menyatakan bahawa Sejarah merupakan satu bidang ilmu yang boleh dibuat pelbagai interpretasi dari semasa ke semasa. Guru tidak perlu lagi menyediakan pelajar dengan segala fakta dan penjelasan sejarah, malah dalam kerangka pemikiran sejarah era new history ia lebih kepada penumpuan untuk mengasah intelek pelajar secara kritikal dan analitikal (Jenkins, 1992). Jadi, konsep pemikiran sejarah perlulah difahami oleh pelajar agar mereka dapat dilatih menjadi sejarawan.

Pemikiran Sejarah pula berdasarkan Huraikan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (2002), merupakan satu bentuk proses kognitif yang murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan bimbingan guru. Kenyataan ini selari dengan takrifan pemikiran Sejarah yang dibuat oleh Wineburg (2001) ialah satu cara berfikir yang unik. Beliau juga berpendapat pemikiran Sejarah merupakan bentuk yang paling mendalam, merupakan proses yang asli disebabkan perkembangan psikologi. Beliau turut menyatakan pemikiran Sejarah ialah goes against the grain of how we ordinally think..

Pemikiran sejarah juga menunjukkan pengajaran yang bertumpu kepada usaha mempertajamkan pemikiran menjadi perkara yang sangat penting dalam perubahan pendidikan kini. Ini disebabkan pemikiran berkait rapat dengan unsur intelek yang diberi penekanan dalam KBSM (Kamarudin Haji Husin, 1994).

KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

Antara kemahiran pemikiran Sejarah yang digariskan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah (2002) yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum untuk diterapkan oleh guru-guru Sejrah kepada para pelajar ialah:-

i.Memahami kronologi.Memahami kronologi bermaksud melihat masa lalu, kini dan masa akan datang mengikut urutan sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Sebagai contoh pelajar tingkatan satu yang telah belajar tentang zaman pra sejarah, dapat melakar carta masa yang menunjukkan kehidupan zaman pra sejarah seperti Paleolitik, Neolitik dan Logam. Melalui pemahaman kronologi ini para pelajar dapat membuat perkaitan antara masa lalu dengan masa kini.

ii.Meneroka buktiKemahiran ini mengenalpasti sumber pertama dan kedua serta membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut, di samping mendapat maklumat daripadanya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru bagi menerapkan kemahiran meneroka bukti ialah dengan mengarahkan pelajar berfikir dan meneroka bukti tentang mengapa kerajaan-kerajaan maritim wujud di tepi pantai.

iii.Membuat interpretasiBermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa dengan memberi ulasan dan kupasan. Dengan itu pelajar akan lebih memahami perkaitan antara fakta Sejarah dan tafsiran Sejarah dengan baik. Kemahiran membuat interpretasi ini juga bermakna masa lalu yang boleh difahami melalui pemerhatian dan interpretasi yang sistematik dapat membantu kita hidup dengan lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Sebagai contoh pelajar dikehendaki membuat tafsiran tentang konsep tamadun mengikut pandangan Barat dan Islam. Dengan membandingkan kedua-dua pandangan ini pelajar telah membuat tafsiran dan ulasan serta perbandingan tentang perbezaan kedua-dua pandangan Barat dan Islam.

iv.Membuat imaginasiMerupakan kemahiran pemikiran Sejarah. Ia merupakan satu usaha melibatkan pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang dikaji. Kemahiran imaginasi ialah secara visual dan empati. Empati misalnya merujuk kepada seseorang yang menilai sejarah menurut kacamata sumber atau subjek sejarah yang terlibat, contohnya untuk menilai tindakan kenapa Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia, maka kita perlu meletakkan diri kita pada tempat Tunku pada ketika keputusan penting tersebut hendak diambil. Cara ini boleh menjelaskan kepada kita mengapa tindakan itu diambil.

v.Membuat rasionalisasi

Melibatkan penggunaan akal dalam membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Para pelajar perlu mempunyai kemahiran mengumpul data, membuat hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens daripada data yang dikumpul. Kemahiran ini membolehkan kita mendapat pengetahuan yang penting daripada kajian masa lalu yang seterusnya membimbing kita untuk membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan (Paul & Elder, 2006). Contoh yang boleh diambil untuk membuat rasionalisasi ialah mengarahkan pelajar untuk membincangkan tentang Perang Dunia Kedua yang membawa banyak kemusnahan atau mengapa Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan.

Kelima-lima kemahiran tersebut adalah kemahiran-kemahiran yang sangat melibatkan proses-proses Sejarah atau kemahiran prosedural guru dan pelajar. Para guru akan membimbing pelajar untuk membuat perkaitan antara masa lalu dan masa kini, menganalisis, menyelidik dan memproses bukti-bukti,membuat hipotesis, memahami dan memberi penerangan serta membuat pertimbangan. Seterusnya, ia pula akan terlaksana apabila para guru Sejarah melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran Sejarah. Dengan itu, secara tidak langsung para pelajar akan memperoleh kelima-lima kemahiran yang dinyatakan (Zahara & Nik Azleena, 2007).

Menurut Peter Seixas (1996), beliau telah mengenalpasti ENAM ELEMEN SPESIFIK DALAM DISIPLIN SEJARAH bagi membentuk satu rangka kerja tentang pemikiran Sejarah yang perlu diterapkan kepada para pelajar.

i.Kepentingan (Significance)Dalam unsur kepentingan sejarah ini, pelajar-pelajar perlu mempunyai kemahiran membezakan antara peristiwa yang remeh dan penting. Dalam hal ini pemilihan kepentingan sejarah bergantung kepada minat dan nilai yang terdapat dalam masyarakat tersebut. Oleh itu pelajar-pelajar disarankan untuk mengkaji sejarah tentang masyarakat, kehidupan dan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan kepada mereka. Misalnya dalam kajian yang dilakukan oleh Barton dan Levstik (2004) dan oleh Yeager, Foster dan Greer (2002) mendapati pelajar amat dipengaruhi oleh identiti nasional mereka dalam membuat pemilihan tentang peristiwa yang penting.

ii.Epistemologi dan bukti (Epistemology and evidence)Ia melibatkan pemahaman bagaimana kita mengetahui masa lampau. Apakah bukti yang kita ada ? Sejauhmana bukti tersebut boleh dipercayai? Bagaimana kita boleh menjelaskan tentang kewujudan tafsiran sejarah yang berbeza dan bertentangan. Sebagai contoh kanak-kanak tidak sepatutnya dibiarkan dengan pandangan bahawa hanya ada satu kisah benar sahaja pada masa lampau. Sedangkan pada hakikatnya sejarawan membuat pelbagai inferens berdasarkan bukti, justeru itu wujud pelbagai tafsiran tentang sesuatu peristiwa masa lalu.

iii.Kesinambungan dan perubahan (Continuity and Change)Unsur ini menekan pemahaman tentang perubahan masa lalu yang merupakan pusat pemikiran Sejarah. Umur merupakan faktor untuk memahami keadaan ini; iaitu seseorang yang berumur dikatakan lebih memahami perubahan yang berlaku pada masa lalu misalnya perubahan dari segi teknologi dan nilai berbanding dengan mereka yang lebih muda. Namun begitu terdapat juga pengkaji yang menolak pendapat ini. Menurut mereka umur bukanlah satu faktor utama dalam memahami perubahan masa lalu. Menurut pengkaji-pengkaji ini pengalaman hidup turut menjadi faktor iaitu golongan muda yang mengalami pengalaman perang, pelarian, imigran dan mereka yang kehilangan ibu bapa atau yang berpindah randah dari satu kawasan ke kawasan lain mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang perubahan Sejarah berbanding dengan mereka yang hidup dalam suasana yang aman.

iv.Perkembangan dan kemerosotan (Progress and decline)Berdasarkan unsur ini pelajar perlu memahami bahawa dalam kehidupan akan mengalami peringkat perkembangan dan kemerosotan. Dalam peringkat perkembangan hidup seseorang mengalami kejayaan, manakala kemerosotan mereka mengalami satu keadaan yang sukar. Oleh itu dalam konsep pemikiran Sejarah mereka seharusnya dapat mengenalpasti atau membezakan kewujudan dua keadaan ini. Ini adalah penting agar mereka dapat memahami proses yang berlaku dalam peristiwa Sejarah.

v.Empati dan penilaian moral (empathy and moral judgement)Pemikiran sejarah memerlukan seseorang mempunyai daya imaginasi dan empati. Tujuannya agar pelajar-pelajar tidak merasa asing dan pelik tentang peristiwa masa lalu. Malah mereka seharusnya perlu mempunyai rasa hormat dan perasaan ingin tahu tentang peristiwa-peristiwa masa lepas. Penyelidik British Christopher Portal(1987), menegaskan bahawa empati merupakan satu cara pemikiran imaginative yang memerlukan kemahiran kognitif untuk melihat nilai-nilai kemanusiaan dalam peristiwa Sejarah.

vi. Historical AgencyElemen terakhir pemikiran sejarah ini merujuk kepada bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu terjadi. Dalam elemen ini pelajar ditekankan supaya menghargai Sejarah dan memahami bahawa tindakan rakyat pada masa lampau memberi kesan kepada rakyat pada masa kini. Seterusnya menyedari bahawa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mereka pada masa kini akan memberi kesan kepada generasi yang akan datang. Mempunyai pemikiran Sejarah bukan sahaja memikirkan tentang masa lampau , malah ia melibatkan melihat diri sendiri sebagai waris daripada masa lampau dan sebagai pelaku pada masa kini.PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH.

Ramai yang berpendapat mengajar sejarah hanyalah tentang bercerita atau just tell stories. Sejarah mengandungi kisah tentang kehidupan individu atau tokoh. Sesuatu cerita jika diceritakan dengan baik boleh menarik minat pelajar untuk belajar sejarah. Para sejarawan sependapat bahawa fakta tidak boleh bercakap, jadi menjadi tugas sejarawan untuk membentuk persoalan, membentuk inferens, membuat penilaian sekiranya perlu dan membuat kesimpulan tentang fakta sejarah tersebut (Crabtree et all., 1993).

Oleh itu pelajar-pelajar perlu didedahkan dan diterapkan dengan kemahiran pemikiran Sejarah. Keadaan ini selaras dengan Orientasi pendidikan sejarah peringkat Sekolah Menengah Atas yang bertujuan untuk memberi pemahaman ilmu dan memupuk pemikiran sejarah Namun begitu, untuk memupuk kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar-pelajar bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi Sejarah merupakan satu subjek yang paling sukar untuk diajar di sekolah menengah (Sizer, 1984). Ini dapat dibuktikan dengan kaedah pengajaran guru sejarah yang tidak sesuai dan kurang menarik. Malah ramai yang tidak mengetahui bagaimanakah kaedah pengajaran Sejarah yang paling baik atau sesuai (Howard & Mendenhall, 1982).

Walaubagaimana pun, kajian yang dilakukan oleh Wineburg dan Wilson (1992), mendapati antara cara untuk memberi kemahiran pemikiran Sejarah dalam kalangan pelajar ialah, guru Sejarah perlu melibatkan pelajar dalam pengajarannya serta menggunakan pelbagai teknik dan kaedah seperti debat, main peranan, demonstrasi, analogi dan lain-lain. Kaedah pengajaran yang aktif ini berkesan kerana ia menyebabkan pelajar-pelajar berkomunikasi dengan mata pelajaran tersebut dan secara tidak langsung dapat menimbulkan minat pelajar.

Bagi menerapkan konsep pemikiran Sejarah di dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah perlulah merangsang pemikiran pelajar. Ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti pembelajaran aktif yang melibatkan proses mencari bukti, membuat pertimbangan dan rasionalisasi, interpretasi dan imaginasi dengan bimbingan guru. Oleh itu para guru Sejarah perlulah memiliki pemahaman dan pengetahuan mengenai kemahiran pemikiran Sejarah untuk dilaksanakan dalam pengajaran mereka.

Bersesuaian dengan pendapat Antonio (2008) yang menyatakan, pengajaran Sejarah dalam bilik darjah perlu menggunakan kaedah pengajaran aktif. Menurutnya lagi Sejarah adalah satu proses menyiasat tentang sumber primer dan sumber sekunder . Sejarawan kebiasaannya akan menyoal dengan pertanyaan seperti mengapa dan bagaimana ketika menjalani proses Sejarah. Malah guru juga turut menggunakan kaedah menyoal ketika mengajar tetapi tujuan menyoal seorang guru Sejarah berbeza dengan seorang sejarawan. Tujuan seorang sejarawan menyoal adalah untuk memberi makna kepada fakta-fakta yang diperolehi. Manakala guru Sejarah pula menyoal untuk menggalakkan pelajar agar berfikir mengikut pendekatan Sejarah.

Selain daripada itu salah satu cara untuk membentuk kemahiran pemikiran sejarah ialah dengan menggunakan kaedah inkuiri terhadap sesuatu bahan atau sumber (bukti) sejarah. Kaedah inkuiri ini yang mewujudkan sifat ingin tahu dalam diri pelajar untuk melakukan proses pencarian dan penemuan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat melatih pelajar untuk berhjah secara logik, bernas dan disokong oleh fakta-fakta sejarah (Antonio, 2008)

Bagi membentuk pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran Sejarah, ia memerlukan bukan sahaja kemahiran menguasai fakta, malah pelajar tersebut juga perlu mempunyai kemahiran menganalisis perkaitan antara satu fakta dengan fakta yang lain. Justeru itu, pelajar-pelajar perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas bagi menyokong hipotesis serta sebab dan akibat.

Pemikiran sejarah sebenarnya, memerlukan persoalan, yang mana jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul tidak memerlukan satu jawapan yang benar atau salah. Apa yang penting dalam mendapatkan jawapan pelajar perlulah mencari hipotesis-hipotesis yang sesuai. Pelajar perlu menyusun bukti-bukti untuk menyokong hipotesis mereka. Malah berfikir secara sejarah juga memerlukan pelajar menganalisis sebab dan akibat (Holt, 1990). Keadaan ini juga memerlukan pelajar dapat membezakan anatara sebab segara dan sebab panjang sesuatu peristiwa itu berlaku. Berdasarkan penerangan dapatlah kita rumuskan bahawa pemikiran sejarah dapat melatih pelajar berfikir secara kritis.