KONSEP PENTAKSIRAN

8
KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN. KONSEP DAN TEORI PENTAKSIRAN Mokhtar Ismail; Langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu. Tahap, status, nilai. Proses / nilai yang menunjukkan nilai kuantitatif. Merangkumi skala ordinal atau skala selang. Menentukan kedudukan / pencapaian murid. Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar. Produk : Pengetahuan, kemahiran Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi KONSEP PENTAKSIRAN Pentaksiran haruslah dilihat sebagai : Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Aktiviti yag

Transcript of KONSEP PENTAKSIRAN

Page 1: KONSEP PENTAKSIRAN

KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

KONSEP DAN TEORI PENTAKSIRAN

Mokhtar Ismail; Langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu.

Tahap, status, nilai.

Proses / nilai yang menunjukkan nilai kuantitatif.

Merangkumi skala ordinal atau skala selang.

Menentukan kedudukan / pencapaian murid.

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

Penghakiman : Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran haruslah dilihat sebagai :

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.

Aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Aktiviti yang dijalankan secara berterusan.

Aktiviti yag bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.

Page 2: KONSEP PENTAKSIRAN

KONSEP PENGUJIAN :

o Penilaian / pencapaian pada tahap eksplisit : Perubahan tingkah laku yang nyata, menjawab secara lisan atau bertulis.

Persediaan

Pelaksanaan Pemeriksaan

Peringkat pengujian :

KONSEP PENGUJIAN :

KONSEP PENILAIAN Proses pengumpulan maklumat.

Proses membuat analisis.

Selepas peperiksaan dan pentaksiran.

Tindakan selanjutnya.

Prosedur :

1) Persediaan Ujian.

2) Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi).

3) Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian.

4) Buat Analisis.

5) Interpretasi / Dapatan / Tindakan.

Page 3: KONSEP PENTAKSIRAN

Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah

Membandingkan pencapaian pelajar dengan rakan-rakan sekelas atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain bagi melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang. Maklumat ini digunakan untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.

Mengenal pasti pelajar yang tinggi dan amat lemah keupayaannya bagi menentukan kerja-kerja pemuliha dan pengayaan.

Membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pembelajaran pelajar agar dapat menentukan arah dan jenis pendidikan pelajar bagi menyalurkan mereka ke jurusan-jurusan tertentu seperti jurusan sains, sastera dan teknikal.

Membolehkan guru menilai bahan, teknik, dan kaedah pengajaran mereka sebagai asas meningkatkan pengajaran mereka.

Pelajar mengetahui kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera pula memperbaikinya.

Page 4: KONSEP PENTAKSIRAN

TAKSONOMI

TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu.

[Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]

- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.

- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).

- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap

berfikir pelajar.

TAHAP ISTILAH

Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,tulis semula.

Penggunaan

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

Analisis

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Page 5: KONSEP PENTAKSIRAN

# Diasaskan oleh, David R. Krathwohl Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.# Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.# Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

5 peringkat

Penerimaan

Bertindak balas

Menilai

Organisasi

Perwatakan

Page 6: KONSEP PENTAKSIRAN

5 PERINGKATPENERIMAAN

-Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk

memberi perhatian.

-Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran

atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa

atau persekitaran yang berhubung dengan

domain afektif.

-Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras:

1. KESEDARAN

2.KESUDIAN UNTUK MENERIMA

3.PERHATIAN YANG TERKAWAL DAN TERPILIH

GERAK BALAS

- Melibatkan diri secara aktif terhadap

sesuatu dan mendapat kepuasan

daripadanya.

- Pada aras ini, pelajar bersedia dan

rela untuk membuat reaksi yang mudah

terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI

- Pada peringkat ini perlakuan

adalah didasarkan atas konsep

dan prinsip yang telah dinuranikan

sehingga menjadi kepercayaan.

- Perlakuan cenderung menjadi

konsisten walaupun dalam

keadaan yang berbeza jika

kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI

-Membawa maksud membentuk

sesuatu sistem nilai.

- Apabila lebih daripada satu nilai

dinuranikan maka membolehkan

beberapa nilai digunakan.

- Pelajar terpaksa membina

beberapa hubungan dan

keutamaan di antara nilai-

nilainya.

Page 7: KONSEP PENTAKSIRAN

Taksonomi Solo

Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.

.

Aras Taksonomi Solo

1) Prestructural Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.

2) UnistructuralJawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.

3) MultistructuralJawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.

4) RelationalJawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.

5) Extended AbstractJawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumattambahan.

Page 8: KONSEP PENTAKSIRAN

PENILAIAN BAHASA

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PORTFOLIO

PEMERHATIAN

KONTRAK PEMBELAJARAN

SOAL JAWAB

PROJEK

KERTAS KERJA

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian

pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.

Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar( Wiggins, 1989).