Konsep politik islam
description
Transcript of Konsep politik islam
KONSEP POLITIK ISLAM
Perkataan politik berasal daripada bahasa Yunani politicos atau bahasa Latin politica.Dalam
bahasa Perancis disebut politique.Asal katanya ialah dari akar kata polis bererti negera kota.Polis
juga bererti kemajuan.
Politik dalam bahasa Arab yang bererti al-Siyasaah yang merupakan masdar dari kosa kata saasa
yasuusu yang bererti melatih,memimpin,memerintah atau mengurus.Menurut Ibn Manzur dalam
Lisanul Arab,al-Suus bereti kempimpinan.Jika seseorang diangkat menjadi pemimpin maka
boleh dikatakan sawwasuhu wa asasuhu , wasasa al-amr siyasah yang seseorang mengatur
urusan politik.Bila dikatakan sawassa pulanun amra bani fulan membawa erti Si Fulan itu
member mandat untuk mengetuai Bani Fulan.Dalam kamus al-Munjid,ttakrif siasah disebut
sebagai mengedalikan urusan sebuah Negara.memperbaiki keadaan dan urusan manusia dan
mentadbir urusan sesebuah negeri .Di dalam satu hadith ada disebut mengenai kepimpinan Bani
Israel dimana ia menyebut nabi-nabi menjadi pemimpin-pemimpin bani Israel pada suatu masa
yang lampau.
Menurut Al-Nasafi,siasah ialah mengawal masyarakat dengan sesuatu yang membawa kepada
kemaslahatan sama ada dengan cara lemah lembut atau kekerasan.Manakala siasah menurut Ibn
Aqil pula bermaksud perbuatan yang boleh membawa manusia lebih hampir dengan kebaikan
dan menjauhkan mereka daripada kerosakkan sekalipun dengan perkara yang tidak disyariatkan
oleh Rasulullah.
Menurut Abdul Wahab Khalaf,siasah membawa erti mentadbir urusan awam dalam negara Islam
dengan sesuatu yang dapat melaksanakan kepentingan dan menolak bencana selagi tidak
bercanggah dengan prinsip-prinsip dalam syariat Islamiah.
Walaupun terdapat beberapa perbezaan antara politik dan siasah apabila dibuat pengkajian yang
lebih teliti dan mendalam seperti yang pernah dilakukan oleh para pemikir Islam namun dalam
konteks ini,pengunaan kedua-dua perkataan tersebut adalah berdasarkan kepada penggunaan dan
pemahaman umum iaitu satu bidang yang membahaskan soal-soal yang berkaitan dengan
pemimpin dan kepimpinan.Dalam konteks penulisan ini yang dimaksudkan dengan kepimpinan
itu adalah yang menyentuh secara langsung persoalan urusan kepimpinan umat dan negara.
DASAR POLITIK ISLAM
Dasar politik terbahagi kepada enam iaitu
1. Al-Hakimiah al-Ilahiyyah
Asas ini membawa kepada al-hakimiah yang bermaksud kuasa juridiksi dan kedau;atan
tertinggi ke atas alam semesta adalah milik Allah S.W.T.allah adalah pemilik kuasa
dalam menentukan sesuatu perintahdan larangan.Dialah yang menentukan hukum dan
peraturan ke atas alam semesta.Manakala manusia dan alam seluruhnya haruslah tunduk
kepada di bawah kekuasaan-Nya.
i) Bahawa Tuhan Pemelihara alam semesta ini pada hakikatnya adalah Tuhan
Pemelihara manusia,dan tidak ada jalan lain bagi manusia melainkan tunduk dan
patuh kepada sifat Ketuhanan-Nya Yang Maha Esa.
Firman Allah S.W.T
Katakanlah! Sesungguhnya sembahyangku,ibadatku,hidupku,dan matiku hanyalah bagi
Allau , Tuhan semesta alam.
(Surah Al-An’aam 6:162)
Katakanlah (wahai Muhammad: "Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah
mempunyai bukti yang tegas nyata. Oleh itu, jika Ia menghendaki tentulah Ia akan
memberi hidayah petunjuk kepada kamu semuanya".
(Surah Al-An’aam 6:149)
Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu
dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan
siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, dan mengeluarkan
benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan
sekalian alam? "(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan
menjawab (mengakui) dengan berkata: "Allah jualah yang menguasai segala-galanya! "Oleh
itu, katakanlah: "(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu
bertaqwa?
(Surah Yunus 10:31)
ii) Hanya Allah berhak mengadili dan menghakimi sesuatu,manusia wajib taat dan
beribadat kepadaNya.
Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu
menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan
sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal
ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah
melainkan Dia. Yang demikian itulah Agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui.
(Surah Yusuf 12:40)
iii) Allah yang menetapkan hukum dan peraturan.
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam
enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang
yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan)
matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya.
Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan
urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian
alam.
(Surah al-A’raaf 7:54)
iv) Bahawa hanya hukum Allah hukum yang benar (al-haq) kerana Allah sahaja yang
mengetahui hakikat segala sesuatu,di tanganNya penentuan hidayah dan pimpinan
yang benar serta jalan yang lurus.
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah)
pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan)
memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang
bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir
itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa
yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
(al-Baqarah 2: 212)
Konsep Al-Hakimiah terbahagi kepada tiga prinsip iaitu :
1. Prinsip Tauhid
Tauhid iaitu menyakini bahawa Allah S.W.T adalah pencipta
segala Alam semesta dan Pencipta segala sesuatu untuk
kepentingan manusia .
Allah adalah pemilik makhluk,Dialah Penguasa & Pengurus
kepada segala urusan.Dialah yang mempunyai kekuasaan dan
kedaulatan hukum ( Al- Hakimiah Al-Illahiah ) bagi segala
makhluk yang ada di langit dan di bumi
Konsep ini menetapkan bahwa segala apa yang ada termasuk
diri manusia itu sendiri adalah milik Allah S.W.T dan menolak
pemikiran yang mendaulatkan seseorang manusia atau
inidividu mahupun sesuatu kelompok atau golongan manusia
kerana kedaulatan hanyalah hak Allah iaitu tiada pemerintahan
selainNya dan tiada undang-undang lain selain undang-undang-
Nya.
Manusia ialah wakil yang diamanahkan untuk melaksanakan
segala perintah Allah S.W.T.
2. Prinsip Risalah
Risalah iaitu rasul adalah wakil Allah s.w.t yang
tertinggi,segala perintah dan larangan-Nya mesti
diikuti ,undang-undang tertinggi yang datang dari Allah dan
Ralulullah S.A.W.
Kerasulan dan pengutusan para rasul yang menyampaikan
kepada manusia segala perintah dan peraturan yang telah
ditentukan oleh Allah S.W.T .Dari utusan tersebut dapatlah
para manusia menerima perkara-perkara ini iaitu :
AL-QURAN yang terkandung di dalamnya penjelasan tentang
undang-undang serta perintah dari Allah yang mesti didirikan
oleh Islam dalam sisitem kehidupan manusia.
AS-SUNNAH iaitu segala perbuatan yang lahir dari Rasulullah
S.A.W samada ucapan,perbuatan atau takrir yang kesemuanya
merupakan penjelasan dan huraian tentang asas,undang-undang
dan prinsip yang ada dalam AL-Quran.
Firman Allah S.W.T
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia
ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya
diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu
memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun
untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima
taubat, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Nisaa’ 4:64)
3. Prinsip Khilafah
Khilafah bererti perwakilan atau menurut Islam kedudukan
manusia di dunia adalah sebagai khalifah Allah dan diberikan
kepercayaan untuk mewakili Allah di dalam kerajaan-Nya.
Konsep Khalifah terbahagi kepada empat iaitu :
Khalifah adalah manusia yang tidak boleh memiliki kerana
yang berhak memiliki hanya Allah S.W.T
Khalifah tidak boleh bertindak sesuka hati dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya tetapi
mestilah mengikut perintah Allah S.W.T.
Khalifah tidak boleh melakukan sesuatu yang melampaui batas
kekuasaan yang telah ditetapkan samaada untuk dirinya atau
kerjanya.
Khalifah mestilah meletakkan matlamat dalam melaksanakan
sesuatu perkara kerana menunaikan kehendak Allah dan bukan
kehendak diri sendiri.
Firman Allah S.W.T
Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah
hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu);
dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari
jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang
berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.
(Surah Shaad 38:26)
Jika salah satu dari keempat-empat konsep ini tidak menepati atau tidak dilaksanakan oleh
seseorang pemerintah maka bereti seseorang itu telah mengkhianati tugas sebagai Khalifah Allah
S.W.T. Islam tidak menyerahkan tugas kekhalifan kepada orang-orang tertentu tetapi
menyerahkannya kepada seluruh anggota masyarakat dalam melaksanakan apa yang terkandung
di dalam Islam.Namun demikian untuk melaksanakan tugas kekhalifan ini maka perlu dibentuk
suatu badan sebagai penggerak yang mengendalikan pentadbiran.Oleh itu perlu diadakan
perlantikan dari kalangan masyarakat yang memeliki sifat-sifat sebagai pemimpin dan kuasa
untuk memilih adalah ditangan umat Islam.
2. Keadilan
Setiap rakyat empunyai hak yang sama dari segi undang-undang,tiada yang memiliki
kekebalan.Sesiapa yang melakukan kesalahm pasti dihukum seadilnya.
Firman Allah S.W.T
Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan
keterangan yang menjadi neraca keadilan. Dan apa jalannya engkau dapat
mengetahui? Boleh jadi hari kiamat itu sudah hampir (masa datangnya).
Seruan Al-quran mengenai kewajipan berlaku adil bukan sahaja yang melibatkan kaum
muslimin semata-mata. Al-Quran menyeru supaya keadilan ditegakkan kepada semua
manusia termasuk orang-orang bukan Islam,malah terhadap musuh.
Firman Allah S.W.T lagi,
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-
orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan
jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada
tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana
sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan.
(Surah al-Maidah 5:8)
3. Persamaan
Setiap individu mempunyai kedudukan yang sama dari segi
hak ,kebebasan ,tanggungjawab dan tugas-tugas awam tanpa mengira warna
kulit,kaum,bahasa dan sebagainya.Firman Allah S.W.T
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujuraat 49:13)
4. Amanah dan Tanggungjawab
Pemerintah pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab serta perlu bersikap adil
dalam melaksanakan tugas pemerintahan tanpa mementingkan keperluan peribadi.
Firman Allah S.W.T ada menyebut :
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(Surah Al-Nisaa 4:58)
Sabda Rasulullah S.A.W
Tidak seorang pun wali (pemimpin ) bagi kaum musli yang meninggal dunia dalam
keadaan dia menipu (mengkhianati) mereka,kecuali ia pasti tidak masuk syurga kerana
Allah mengharamkannya.
(diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
5. Bai’at dan Ketaatan
Bai’at dan ketaatan terhadap pemimpin dalam perkara makruf dan tidak bercanggah
dengan hukum Allah S.W.T.
Firman Allah S.WT.:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)
RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Firman Allah S.W.T didalam surah Al-Mumtahanah ada menyebut :
Wahai Nabi! Apabila orang-orang perempuan yang beriman datang kepadamu untuk memberi
pengakuan taat setia, bahawa mereka tidak akan melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu
pun, dan mereka tidak akan mencuri, dan mereka tidak akan berzina, dan mereka tidak akan
membunuh anak-anaknya, dan mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara dusta yang mereka
ada-adakan dari kemahuan hati mereka, dan mereka tidak akan menderhaka kepadamu dalam
sesuatu perkara yang baik, - maka terimalah pengakuan taat setia mereka dan pohonkanlah
kepada Allah mengampuni dosa mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
(Surah Al-Mumtanah 60:12)
6. Amal Makruf Nahi Mungkar
Wajib melakukan yang benar ,mempertahankan kebaikan ,mancegah kemungkaran dan
menghukum kebatilan.
Firman Allah S.W.T
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai
syiar-syiar agama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-
binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang
hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan
mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya
(dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram
maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum
kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu
menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,
dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi
sesiapa yang melanggar perintahNya).
(Surah Al-Maidah 5:2)
Dan Firman Allah S.W.T
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan
keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu
sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin
(maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan
kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu
turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan
keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui
dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Surah Al-Nisaa 4:135)
Amar makruf nahi mungkar ini hendak lah berlaku secara timbale balik di anatara pemerintah dengan
rakyat.
Firman Allah S.W.T
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang
mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang
menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-
batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
(Surah al-Taubah 9:112)
Rasulullah S.A.W berpesan kepada umatnya agar tidak memandang ringan terhadap
tanggungjwab menegur dan membetulkan pemerintah apabila mereka menyeleweng daripada
hukum Allah.
SUMBER RUJUKAN
1) INSTITUI-INSTITUSI ISLAM karya Wan Ali Bin Wan Jusoh,Mohd
Hambali bin Rashid
2) INSTITUSI-INSTITUSI ISLAM karya Haslah Mohd Haniff
3) www.surah.my
4) http://familiazam.com/hadis.htm