konsep sosialisasi
-
Upload
yana-suliman -
Category
Documents
-
view
142 -
download
2
Transcript of konsep sosialisasi
Nurul Diyana Suliman
TAJUK : PERKEMBANGAN KECEKAPAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU PROSOSIAL
KONSEP SOSIALISASI
• Perkembangan sosial merujuk kepada kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan dengan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuk berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Kemahiran ini melibatkan komunikasi secara lisan atau bukan lisan. Dalam sosialisasi, perkembangan kanak-kanak berlaku secara peniruan dan modeling.
PROSES SOSIALISASI (Peniruan , Modelling)
KONSEP TEORI PERSAHABATAN (3 TAHAP-ROBERT SELMAN)
TAHAP 1- berlaku semasa kanak-kanak prasekolah. Sahabat dianggap kawan sepermainan sahaja.
TAHAP 2- pembentukan karekteristik pada permulaan persekolahan. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai & diharapkan untuk membantu.
TAHAP 3- Persahabatan lebih kepada hubungan intim, hubungan yang matang dan nilai persahabatan mula difahami
PERKEMBANGAN KECEKAPAN SOSIAL KANAK-KANAK
Interaksi rakan sebaya
Pembentukan hubungan persabahatan
Pengaruh jantina
Kesedaran ras dan budaya
Sensitiviti terhadap orang-orang kurang upaya
Peringkat perkembangan :
Baru lahir : Melihat wajah ibunya dengan penuh minat
6 minggu – 3 bulan: Bayi mula senyum bila bercakap-cakap dengannya
4-5 bulan: Ketawa, main cak-cak, bermain dengan kakinya.
Akan mengeluarkan bunyi tertentu untuk menarik perhatian orang.
Nurul Diyana Suliman
5-6 bulan: Membawa semua benda ke mulut
10-11 bulan: Melambai-lambai. Mula mengecam orang yang tidak dikenalinya.
11-12 bulan: Akan cuba memberi sesuatu ditangannya apabila diminta, menunjukkan dengan jari telunjuk apa yang dikehendakinya.
12-15 bulan: minum dengan cawan.
15-18 bulan: Meniru kerja-kerja rumah dan melakukan arahan-arahan yang mudah. Mempelajari persekitaran dengan penuh minat.
Dari 24 bulan: Memberitahu untuk ke tandas
3-4 tahun: Mula untuk berkongsi permainan, menggosok gigi, ‘imaginative play’
5-6 tahun : Suka memerhati orang bermain, sayangkan keluarga, membentuk perasaan terhadap alam sekitar, mempunyai perasaan terhadap orang lain., Lebih selesa berinteraksi dengan rakan seusia
BAGAIMANA SOSIAL BERKEMBANG MELALUI PENIRUAN DAN PEMERHATIAN ATAU MODEL?
RAKAN SEBAYA
a) Sahabat sebagai agen peneguhan
i. Memberi sokongan dan persetujuan positif kepada sahabat dalam bentuk senyuman, menawarkan bantuan, memuji dan sebagainya.
ii. Menerima segala kelemahan dan kebaikan seseorang sahabat
iii. Berkongsi, menerima idea-idea kanak-kanak yang lain, membenarkan kanak-kanak lain bermain bersama-sama, bekerjasama dan lain-lain.
b) Sahabat sebagai model sosial
i. Memperoleh pengetahuan serta mempelajari gerak balas tertentu dengan memerhati tingkah laku sahabatnya.
ii. Kanak-kanak gemar meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa yang lebih rapat dengannya.
INTERAKSI RAKAN SEBAYA, PERSAHABATAN DAN JANTINA BOLEH MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN SOSIAL?
RAKAN SEBAYA DAN PERSAHABATAN
Nurul Diyana Suliman
a) Interaksi positif dengan rakan membolehkan kanak-kanak memperoleh semangat bersaing serta kemahiran penyesuaian dengan orang lain. (kajian Harlow 1962).
b) Interaksi antara kanak-kanak boleh mempercepatkan perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak. Contohnya : seorang kanak-kanak pendiam akan mengalami perubahan hampir 80% apabila belajar bercakap daripada rakan yang gemar bercakap.
JANTINA
a) Kanak-kanak lebih memberi peneguhan kepada rakan sejantina kerana mereka lebih gemar berinteraksi dengan sahabat yang sejantina. Kanak-kanak akan bijak mengawal dan mengenalpasti had-had batasan pergaulan sosial dengan rakan berlainan jantina.
TINGKAH LAKU PROSOSIAL
Perkembangan perasaan empati kanak-kanak menunjukkan perasaan prihatin terhadap mereka yang lemah.
Cenderung untuk menunjukkan sikap membantu dan bekerjasama
Tingkah laku untuk bekerjasama dan keinginan untuk berkongsi boleh dipertingkatkan melalui teladan dan peneguhan
Tingkah laku agresif, intrusif, disruptif, asertif dan suka mengawal orang lain, melakukan keganasan atau mencederakan orang lain
Tingkah laku antisosial kanak-kanak – berbohong, bergaduh, mencuri dan lari dari rumah
Punca – modelling, kegagalan mencapai matlamat (kecewa)
TINGKAH LAKU SOSIAL SEMASA BERMAIN
peniruan
suka bertanding
berkawan setia
bekerjasama
simpati
pengiktirafan sosial
Nurul Diyana Suliman
IMPLIKASI TERHADAP P&P
Beri peluang dan sokongan untuk mencuba pelbagai aktiviti mengikut kebolehan
Jangan menghukum jika tersalah langkah
Peraturan bersifat ringkas & mudah difahami
Berikan pujian/ motivasi apabila kanak-kanak tunjukkan inisiatif
Laksanakan kurikulum yang meransang perkembangan-
Galakkan persaingan secara sihat
Gunakan kaedah bermain/ elemen permainan
Galakkan kanak-kanak kemuka/ bertanyakan soalan- guru perlu berikan maklum balas.
BENTUK SOSIAL
Sensetif & mudah menangis Manja & ingin dibelai Suka dihargai Ingin tahu & ingin cuba Suka tiru perbuatan orang Tamak-nak lebih Kedekut Suka bergurau Suka main masa buat kerja
CARA-CARA MENGGALAKKAN TINGKAH LAKU PROSOSIAL